Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan2 Desa Bundoora,

Membaca email yang dikirim oleh Puan Hafizah ini membawa ingatan saya kepaad Desa Bundoora yang telah ditinggalkan. Terimbau kembali suasana Bundoora dengan University La Trobe dengan kolam yang ada burong kakatoo yang comel..jalan depan universiti menuju ke Reservoir, sekolah rendah Kingsbury, Bundoora Square, Mill Park Library yang besar dan sangat child-friendly.. Dengan Coles dan kedai-kedai kat sana.. Dengan majlis ilmu Study Circle Muslimah setiap kali dibuat dari rumah rumah sahabat yang berbeza, dengan perbincangan tajuk yang pelbagai dan membina minda, dengan anak-anak yang 'meriah dan bising' menemani setiap kali ibu-ibu ke majlis Study Circle, dengan makanan yang sedap-sedap berbagai jenis.. indahnya..


Terbayang semua kenangan yang sudah pasti tidak akan dapat dilalui kembali.

Dari Malaysia, walaupun saya tidak ada di sana dan ramai yang tak kenal terutama adik2 baru, saya rasa sungguh gembira membaca email ini, majlis Study Circle terus disemarakkan.Dari kejauhan ini, di doakan agar semua rakan-rakan Muslimah terutamanya akan sentiasa bersama-sama menghidupkan majlis ilmu ini dan beroleh keberkatan Allah dalam perjalanan jihad ilmu di negara orang.

"Wahai Allah, mudahkanlah perjalanan jihad ilmu sahabat-sahabat kami di Bundoora, semoga semuanya berjalan dengan mudah dan diberkati olehMu yang Maha Kaya." ameen

Sekian dan juga diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji yang akan datang lagi dua minggu.

Wassalam

Kak Hidayah
Dulu di Bundoora/Reservoir 2008-2012


From: Hafizah Dzulkifli
To: desabundoora@yahoogroups.com
Sent: Friday, 27 September 2013 10:09 AM
Subject: [desabundoora] Program Study Circle Muslimah

PROGRAM STUDY CIRCLE MUSLIMAH 2013
 
Assalamualaikum WBT,
Diharap warga Desa Bundoora berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa di dalam redha Allah SWT. Insya'Allah Program Study Circle Muslimah (PSCM) 2013 kita pada hari ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh / Hari 27 Sept 2013 (Jumaat)
Lokasi         : 1/221 Childs Road, Mill Park (Pn Nurul Hafizah)
*(Boleh park kereta di Crampton Cresent) 
Masa           : 7.00 malam
 
Aktiviti 
1) Bacaan Yassin berjemaah
2) Solat Isyak berjemaah
3) Sembang Ilmu bersama Pn Bazilah 
4) Jamuan Ringan (Portluck dari para ahli program)
5) Bersurai
 
Untuk sebarang cadangan, bolehlah berhubung dengan kami seperti yang tertera di bawah:-

Pn Nurul Hafizah
                : hafizahdzulkifli@gmail.com
Pn Siti Bazilah Binti Karim  :sbk_252@yahoo.com
Pn Khadijah Muhammad     : 0470294750
 
 Wassalam dan terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas;
Nurul Hafizah Binti Dzulkifli

04 81134637

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (23)
Recent Activity:
.

__,_._,___