Wednesday, December 5, 2012

Perjalanan Berakhir Sudah..

Perjalanan PhD saya..

Saya meninggalkan bumi Australia pada 1 December 2012, hari Sabtu jam 3pm, flight MAS 148 Melbounre -Kuala Lumpur. Tarikh ini menjadi titik noktah berakhirlah perjalanan jihad ilmu saya di bumi kangkaroo. Habislah apa yang saya lalui sebelum ini, dan bermulalah kisah laluan yang baru, kembali ke tanah air dan meneruskan hidup sebagai hamba Allah di tanah asal tercinta. Walaupun saya sukakan Melbourne, cintakan hampair kesemua yang saya lalui, (cuma kadang2 sy tak tahan sejuk) tapi ia adalah tempat saya bermukim. Saya akan kembali ke tanah asal selepas tamat tempoh permusafiran saya.


Seumpama orang belajar dengan kapal, meninggalkan tanah asal, belayar dan belayar, kemudian berhenti di satu pulau. Duduk di pulau tersebut sebagai tempat rehat, duduk seketika sebelum meneruskan pelayaran. Pelayar yang bijak akan melihat, mengexplore, mencari, mengutip, mengumpulkan semua kebaikan yang ada di tempat yang mereka singgah-melihat apa kebaikan tempat tersebut, mencari mutiara2 yang boleh di bawa balik ke tanah asal. Selepas beberapa ketika perjalanan diteruskan.

Saya ingin menjadi pelayar yang bijak. in sya ALlah.. semoga setiap laluan saya di Australia ini membri saya pengajaran yang sungguh bernilai dan bermakna dalam membina diri saya sebagai insan dan khalifah Allah di muka bumi Begitu juga untuk Aisyah dan Abah.

Bermula permusafiran kami di Melbourne pada 29 November 2008, kami explore perpustakaan awam di tempat kami tinggal. Saya dan Abah membawa Aisyah ke library awam hampir setiap minggu, dan meminjam 30 buah buku sekali pergi. Saya sangat cintakan sistem perpustakaan mereka. Kami sekeluarga menjadi ahli dan menjadi pengunjung tetap empat buah library awam, Perpustakaan Reservoir, Perpustakaan Thomastown, Perpustakaan Lalor, Perpustaakaan Mill Park dan juga Perpustatakaan Negeri di bandar Melbourne.

Kami berkelah dengan kerap di park permainan mereka, buat BBQ, panaskan lauk, main biau dan lain-lain. Kami explore apa yang mampu, mengenali dan membina hubungan baik dengan Muslims Singapore yang bermastautin di sini, mengenali dan selalu berkunjung ke Wallan, rumah Kak Min dan Abg Man. Begitu juga rakan-rakan lain yang menjayakan Madrasah Muhajirun di Ilim untuk anak-anak Melayu.

Kami pergi kutip buah, pergi ke tempat bersejarah mereka, melihat kebesaran Allah melalui kajidian alam yang sangat indah di Melboure.. dan banyak lagi...

Masa yang sama, perjalanan PhD saya tidak sesmooth orang lain. Laluan jihad ilmu saya sangat bersimpang siur, lintang pukang dan sangat sukar untuk dilukiskan atau dilakarkan dalam bentuk ayat. Hanya satu perkataan menggambarkan isi hati saya.. Ianya adalah SUKAR!.

Masa yang sama, saya bersangka baik pada Allah pencipta kita, apa pun yang Dia tentukan semuanya baik untuk saya..

Kisah laluan bersimpang siur saya akan bersambung lagi...