Tuesday, January 25, 2011

Sedih dan Sunyi..

Abah balik..

Selepas beberapa bulan di sini, abah balik Mesia semalam, pagi hari Ahad 23 Januari 2011. Lepas hantar Abah di airport jam 10pagi, saya bawa Aisyah ke Melbourne Uni naik train. Aisyah tak nak balik rumah dari airport. Aisyah beritahu saya, 'I don't want to go home le Umi. Abah takda tak best!'.. So saya pun bawak Aisyah ke Uni. Kami berada di Law School sampai jam 7.30pm. Sampai di Melbourne Central, saya bawak Aisyah makan nasi di EsTeller, nasi udhu' yang Aisyah suka.

Sampai di rumah jam 8.15malam, bila buka pintu, masuk dalam rumah tengok rumah gelap, saya rasa sangat sunyi dan hiba. Tetiba hati dibuai rasa sedih yang mendalam. Sunyinya..

Aisyah sangat terasa ketiadaan Abah. Masuk rumah, dia terus tanya soalan, 'Umi.. Abah gi mana?' Saya jawab..'Abahkan balik Mesia. tadikan kita hantar Abah gi airport..' Dia jawab..'Aa yelah Aisyah lupa.. sunyi la takda Abah..'

Kami solat maghrib berjemaah. Saya ajar Aisyah ngaji Quran dan lepas solat Isya', saya suruh dia tidur. Aisyah kata, 'Umi.. I miss Abah.. Tonight is my first night I sleep without dengar cerita abah. Tonight is the first night without Abah..' Dan my darling Aisyah terus menangis.. meleleh-leleh air matanya...

Setiap malam, selepas Aisyah baca doa nak tidur yang panjang, Abah akan cerita pasal tauhid, pasal kisah Nabi Adam sampai Nabi Muhammad, perang Badr, perang Uhud, perang Khandak, kisah Abu Jahal, kisah Amar, Bilal, Abu Bakar dan macam-macam pada Aisyah sebelum Aisyah tidur. Abah akan cerita sampai Aisyah ngantuk dan lelapkan mata. Selalunya 20mt sebelum Aisyah lelap..

Aisyah sangat miss Abah, kesian sangat saya tengok dia..

Aisyah tulis kertas besar dan tampal di pintu bilik tidur dia.

.Gambar Aisyah dan Abah ni diprint dan ditampal di pintu bilik Aisyah. kat tepi tu ada perkataan 'Ausie, Ausie Ausie...'


Saya pujuk Aisyah, peluk dia dan kata,
'Abah balik Mesia sebab Abah ada kerja ya. nanti kita jumpa Abah lagi..Abah kena jaga business Abah kat Mesia. Umi dengan Aisyah kena belajar kat sini. Nanti lepas ni kita jumpa Abah ya..'

Kesiannya Aisyah... air matanya mengalir dengan deras, tak berhenti-henti..
Saya turut merasa sangat sayu dan sedih...

Tetiba saya teringatkan budak-budak yang sangat rapat dengan ayah dan tetiba kehilangan ayahnya, dan ayah tak kembali ke rumah sama ada kerana hilang, mati atau bercerai. Sudah tentu lagi sedih perasaan anak-anak sebegini. Tetiba saya teringatkan blogger 'pause to reflect', seorang pelajar di UK yang kematian suami di UK kerana cancer. Arwah suaminya adalah classmate saya masa tingkatan empat dan lima di sekolah Agama Persekutuan di PJ (SMAP). Tetiba saya jadi sayu teringatkan dia dan anak-anaknya..

Hari kedua tanpa Abah, Aisyah masih lagi sedih dan sunyi..
Malam tadi dia menangis lagi..
'Ohhh anak Umi.. kesiannya Aisyah..'

Aisyah tulis di tisu betapa dia sangat miss Abah..