Thursday, December 2, 2010

Terbang Dan Berjalan

Berjalan..atau Terbang..

Tengok burung tepi rumah saya.. cantik sangat. Subhanallah.
Burung boleh terbang, jadi cepat dapat sampai ke tempat yang ditujunya..Tapi saya tak boleh terbang, semua laluan yang saya lalui kena dibuat satu demi satu..
saya akan terus berjalan..
..

Awak nak gi mana tu??

___________________


Jalan Yang Panjang..

Susah sebenarnya buat PhD ni.. banyak cabaran yang tidak terjangka yang datang dan perlu dihadapi. Kadang-kadang saya rasa nak nangis tapi sabar banyak-banyak. Mohon ALlah mudahkan laluan..

Ilmu adalah satu mutira yang mahal. Jika ia senang, sudah tentu semua orang dapat mengenggamnya. Ilmuan Islam terdahulu seperti Ibnu SIna mempunyai kepakaran dalam banyak bidang- ilmu agama, falsafah kehidupan, perubatan, ilmu tentang psycology manusia dan macam-macam.
Sedangkan ilmu yang sedang saya cari, begitu juga orang-orang lain sekarang hanyalah secebis kecil dari ilmu ALlah yang maha luas. Semalam ada perjumpaan- mesyuarat semua pelajar di bawah Prof Abdullah Saeed di biliknya di Melbourne Uni, perjumpaan sebulan sekali dan semalam adalah yang terakhir untuk tahun ini. Mesyuarat hampir 3 jam dan yang hadir 7 orang termasuk saya dan Adli. Banyak kami tanya soalan dan Pak Lah (saya dan Adli panggil beliau Pak Lah) said something yang saya sempat catat dalam buku catatan saya..

Beliau berkata,
'Always make yourselves up to the changes. Read as many books and articles even though they might not directly relevant to your thesis. Read about what happens in the world, about legal reforms, human rights, gender, Islamic business etc. We do not have to follow other people's thinking but we have to know and put our own stand. Be a knowledgeable person when you finish your PhD. As a researcher, always search for evidence and used evidence to support your opinions. Remember that, what we know is only a little compare to what we do not know...'

Insya Allah... saya akan berjalan terus dalam pencarian ilmu ini.. amin

Sekarang, saya sangat sibuk, tiap2 malam tidur kol 1.30 to 2.00 pagi. Subuh pulak jam 6.00 dah habis. Terpaksa susun jadual dengan baik..

Letih buat kerja, saya nak menghabiskan masa sekejap..
Nak upload gambar kenangan ler..


Teacher Fari, my beloved friend and the Principal of ISSA, sekolah Aisyah di Shah Alam datang ke Melbourne dan datang sehari ke rumah kami. Malamnya saya berborak dgn Kak Fari dari jam 11.00 mlm sampai jam 2.40pagi. lamanya tak jumpa..




Ni saya, Hafilah dan Adli sebagai presenters dalam CILS Conference hari tu..


Turn Saya..


Sapa kah mereka ini?? Orang yang banyak ilmu ni..

. Sebelah kanan sekali adalah Prof MB Hooker. Siapa yang baca buku Malaysian Law mesti tahu nama MB Hooker dan sebelah kiri sekali adalah Second Supervisor saya-Prof Tim Lindsey