Monday, December 27, 2010

Bunuh Diri

Bunuh Diri???

Membaca berita di Malaysia menyentak jiwa saya. Semakin ramai yang bunuh diri. Muslim Melayu semakin tinggi kadar bunuh diri di Malaysia. Apakah masalah yang dihadapi sudah terlalu berat? tidak terdaya dihadapi maka penyelesaiannya adalah bunuh diri? Kanak-kanak bunuh diri, belasan tahun bunuh diri, remaja awal dua puluhan bunuh diri, dewasa 30an bunuh diri, orang tua 50an bunuh diri.. aduhh apa sebenarnya yang berlaku sekarang ini. Menggerunkan dan menakutkan..

Bunuh diri???
Apakah ia jalan keluar dari masalah?

Gusar hati saya memikirkan masa depan anak bangsaku. Bunuh diri adalah mencabut nyawa sendiri. atas apa alasan yang kita cuba berikan, mencabut nyawa sendiri adalah haram, dilaknat Allah, tidak berbau syurga siapa mencabut nyawanya sendiri. itu janji Nabi Muhammad.

Mencabut nyawa sendiri adalah pengakhiran kepada masalah yang dihadapi di dunia, tapi ia adalah pemula jalan kepada azab yang dasyat yang tidak berkesudahan di akhirat nanti.

Tabah dengan ujian hidup, yakin ALlah uji kita kerana sebab yang hanya Dia ketahui. sabar dan bertawakal serta berusaha.. itu adalah pegangan kita.

Lihatlah alam dengan positif.
Alam ini indah jika kita mengindahkannya
dan ia kelam jika kita melihatnya kelam.

Kuatkan hati
Tabahkan jiwa
Kukuhkan jatidiri
Bangun dan terus bangun bila diuji
Jangan patah semangat
Jangan melihat ujian dari kacamata negatif
Allah tidak menguji kerana Dia benci
bukan kita saja yang diuji
Semua orang
Bahkan Nabi Muhammad paling besar ujian diterima

Ingatkan diri kita, anak, saudara dan rakan-rakan yang kita sayangi,
jangan bunuh diri
sayangilah diri kita
kerana kita adalah khalifah
kita bertanggungjawab atas diri kita..
apa yang kita buat
apa yang kita pilih..

Semoga ALlah kuatkan hati semua insan yang berhadapan dengan ujian getir..
Bunuh diri bukan pilihan kita..