Saturday, December 25, 2010

Program Agama..

Programs..

Dalam kesibukan urusan hidup, jangan kita lupa untuk pengisian kerohanian. Batin juga hidup dan perlukan makanan. Al-Ghazali kata 40 hari tak dengar ilmu agama, teguran dan tazkiran, hati kita buleh jadi keras. nauzubillah.

Saya juga tidak terkecuali. Sibuk sudah barang tentu. Perjalanan pengajian yang mendesak dalam masa yang sudah suntuk memerlukan perhatian yang sangat tinggi. Tapi setakat terdaya, saya dan keluarga cuba involve dalam program kemasyarakatan dan contribute dalam apa cara yang termampu. Ia adalah community service yang akan Allah tanya di akhirat kelak. 'Apa yang dah dibuat dengan umur, ilmu, harta, tenaga yang Allah berikan sepanjang usia ini?' Berbekalkan soalan tersebut sebagai prinsip hidup dan dengan harapan sekadar terdaya berusaha ke arah menjawab soalan2 tersebut, saya sekeluarga akan terus melibatkan diri dengan program agama, program dakwah dan program sosial kemasyarakat. Semoga Alllah berkati.. amin..

-------------------

Khamis dan Jumaat 23 -24 December 2010.

Kampung Vic anjurkan Khemah Ibadah. Ramai yang hadir- 85 orang kanak-kanak 7-13 tahun. Perempuan 35 selebihnya lelaki. Penganjur mintak bantuan saya jadi Fasi dan saya terima dengan doa semoga masa yangs aya berikan dua hari di sini, diberkati ALlah dan Allah sudi memberikan ganjaran, bantuan dan gantian dengan apa yang Dia ingini.. amin...

Gambar-gambar menarik program adalah di bawah ni..
(ni saya copy paste je dari facebook rakan-rakan.. thank you yer tuan empunya gambar..)



Semua peserta kanak-kanak lelaki dengan kaum bapa yang membantu program ini...Pengarahnya Din Hogan. Ketua Fasi Ustaz Khairul

Kanak-kanak dibuat beberapa kumpulan.. ikut umur..dengan 2 fasi setiap satu kumpulan seramai 16 orang

Ini pulak semua peserta kanak-kanak perempuan dengan ibu-ibu yang jadi orang kuat - tukang masak @ makcik kantin [hehe..], fasi-fasi, ada jadi tukang cleaners [hehe...], basuh periuk, masak, basuh tandas dll.. Semoga ALlah berikan pahala yang tinggi untuk kita semua.. amin

Ni dalam kumpulan saya.. Saya dengan Nur jadi Fasi untuk budak2 9-13 tahun.


Masa selesai majlis, penganjur mintak saya kasi hadiah pada peserta kanak-kanak perempuan. Ini saya dengan salah seorang peserta ni.. nama dia Aisyah..
____________________

Jamuan PotLuck rakan-rakan..

kat bawah ni pulak masa jamuan pot luck meraikan kawan-kawan yang dah tamat belajar dan nak balik for good ke Malaysia. Masa ni Olie. lepas tu Jalil pulak.. seronoknya melihat mereka yang dah tamat belajar dan berjaya menyerahkan tesis PhD.. semoga masa saya juga akan sampai nanti. amin..

_____________________

Program Agama ILIM

Saya tolong rakan-rakan di Madrasah hari Ahad juga. 3 minggu sekali, hari Ahad buat program dengan ibu-ibu..Kat bawah ni rakan-rakan Singapore ni.. kecuali situding biru tu, itu Azie, dia Malaysian PR Australia. yang lain semua PR dan citizen Australia berasal dari Singapore..

Lepas ceramh, kami makan-makan... Dari kiri Jun, Azi, saya, Kak Min, Kak Ros dan kak Syidah..