Thursday, November 22, 2012

Kata-kata semangat..

Semangat.. semangat..

Kenapa kita selalu guna perkataan semangat?
Bila ada musibah, kita nasihatkan kawan kita, "Kuatkan semangat yer.."
Kita nasihatkan anak-anak kita, "Tabah selalu, jangan patah semangat.."
Kita kata kat diri sendiri, "Jangan mengaku kalah, pertahan semangat juang yang ada.."

Kenapa semangat? dan apa peranannya dalam diri kita?

Saya sebenarnya masih terfikir-fikir pasal ni..
Kuatnya peranan semangat, sepertimana kuatnya peranan kata-kata pemberi semangat.

Semangat adalah pushing factor yang ada dalam jiwa kita.
Ia tertanam sama ada kita berusaha menanamnya, atau kerana ia diberi masuk ke dalam diri kita oleh orang lain. Ia boleh jadi kerana berlaku sesuatu yang mendesak kita untuk menanamkan semangat itu menjadi kuat, atau kerana ada orang lain yang selalu memberi kita kata-kata semangat dari luar.

Kita boleh jadi lemah semangat, hilang semangat juang, tak ada rasa nak ke depan, tak ada perasaan nak maju membaiki diri, kerana kita sendiri tidak berikan kata-kata yang baik untuk semangat kita. Jiwa halus kita yang akan malap apabila dibiarkan begitu sahaja.

Seorang doktor gigi, tidak boleh mencabut giginya sendiri walaupun dia tahu kat mana gigi yang sakit. Dia perlukan doktor gigi lain untuk mencabut giginya.  Seorang 'kita', saya dan anda, apabila berdepan dengan masalah, selalunya kurang berjaya memberi kata-kata semangat untuk diri sendiri, kita perlukan orang lain untuk memberi kata-kata semangat. Ini  membuktikan kita adalah manusia ciptaan Allah yang lemah. Kita ini lemah, kerana itu perlukan bantuan- dari orang lain, apatah lagi dari pencipta kita.

Kata-kata semangat adalah multi-vitamin yang kita perlukan. Saya, anda, anak-anak kita, pasangan kita, pelajar kita, kawan-kawan kita.. semua orang perlukan kata-kata semangat dari orang lain.

Jadi
Jangan berhenti berjuang,
sepertimana jangan berhenti memberi kata-kata penguat semangat juang.

_______________

Kata-kata pemberi semangat untuk saya dan anda..

There is no such word as TRY
There is only DO or DID NOT DO!


Always be BRAVE
even if you're not,
pretend to be
No one can tell the difference...

Jangan biarkan pemikiran negatif membunuh semangat kita...
teruskan memberi positif input, kata-kata penguat semangat..
jalan ke depan akan terus bercahaya... insya Allah..