Saturday, November 10, 2012

Letihnya............

Letihnya....

Saya tak tahu nak cerita betapa letihnya badan saya, dan letihnya kepala dan otak saya sekarang ini. Masa yang mengejar saya seperti tak cuku- masa untuk saya tidur dan berehat. Saya tidur 4 jam sehari, dan terus membetulkan tesis ini, refine and refine.. Subhanallah.. hanya Allah yang tahu betapa sukarnya..

Saya jumpa Pak Lah, banyak dia suruh tambah terutama mengenai perbahasan Muslim scholars.. yang ada sekarang belum cukup dalam, masih shalow.. Mencacau saya cari buku. Nasib baik saya ada Adli..[lecturer UIA yang juga anak murid bawah Pak Lah, kami dua orang saja budak Mesia bawah supervision Pak Lah]. Dia tolong saya carikan buku2 Arab kat mana dan download mana2 ebook kitab Arab untuk saya tambah dalam Chapter 4 yang pak Lah suruh..

Saya rasa macam nak tumbang bila baca comments Pak Lah. .. Saya email Pak Tim, mengadu.. [ adoii macam anak-anak saya rasa saya sekarang ni. Mengadu pada ayah yang baik atas masalah yang saya lalui.. ] dan Pak Tim dengan baik hati membalas email saya.."Hidayah yang baik, do not worry, I will call him and discuss with him. Finish your work and do not worry.." .. Terima kasih ya Pak..

Susah hati saya tak tahu lah macamana nak cakap...
Air mata saya mengalir sendirian.."Ya Allah tolonglah saya ni... kesihankanlah saya ya Allah..Saya nak siapkan tesis ni, saya nak balik Mesia ya ALlah.. tolonglah saya.."

Adli yang baik ni orangnya kelakar.. Bila dia tahu saya sedih, dia hantar sms tulis,
"Don't cry for me Argentina.."
 adoiii saya ketawa dan kurang siket rasa sedih..

Subuh pulak masuk awal dan habis awal. Saya terpaksa adjust waktu dengan baik. Dulu saya tidur jam 2 pagi, dan bangun jam 6 pagi tak apa sebab Subuh habis jam 7.30 pagi. Tapi sekarang subuh masuk jam 4.30 pagi dan habis jam 6pg. Kalau saya tidur jam 2 pg, saya takut tak terbangun.. Jadi saya terpaksa adjust lagi jadual saya, sama ada saya tidur jam 10.30 mlm dan bangun jam 2 pg atau 3pagi. Atau terus buat kerja, lepas solat subuh dalam jam 7pg baru tidur sampai jam 11 pagi.. Kelam kabut betul life saya.. Nak cerita kat orang pun tak reti dah. Kalau nak jumpa saya pun dah tak boleh sekarang ni, kerana masa saya, hanya untuk solat, makan sekejap dan semuanya di meja. Saya berada di meja hampir 17 jam sehari..

Ya Allah, berilah bantuanMu dan berilah pahala untuk semua yang saya buat.

Pak Tim tanya saya semalam,"Hidayah, tell me about your health?"
Saya jawab.."haaaa..what do you  mean Pak?"
Dia kata, "Just answer, bad or worse.."
Saya jawab.."I think worse.."

Dan Pak Tim ketawa.."Ok.. it is a good sign. It means you are doing your PhD. If you are ok, and sleep 8 hours a day, you won't get your PhD. PhD itu kesukaran, keletihan, kesusahan.. no pain no gain.."

"ooo.. baik Pak... Thank you Pak.. I want to continue my work, be in the gubuk derita seorang pelajar PhD..."

-----------------------