Selasa, 6 November 2018

Sistem Pendidikan Kita Memang Wajar diReform

Sekadar Pendapat Saya...
--------------------------


Sistem pendidikan sekolah kita wajar di reform- Nurhidayah Hashim

 Belanjawan 2019 menunjukkan Kementerian Pendidikan mendapat peruntukan tertinggi demi meningkatkan mutu pendidikan negara.  Syabas buat kementerian pendidikan. Pada 18 Oktober yang lepas, Menteri telah mengisytiharkan penubuhan Jawatankuasa Kajian Dasar dianggotai 13 orang pakar yang akan mengkaji  semula semua dasar dan sistem pendidikan sedia ada. Beberapa hari lepas, Menteri Pendidikan juga telah mengumumkan bahawa  peperiksaan bagi murid Tahap 1 yang melibatkan murid tahun satu, dua dan tiga akan dimansuhkan mulai 2019 dan menggantikannya dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif.Satu demi satu Menteri mengisytiharkan penambahbaikan yang ingin dijalankan.

Apabila kita ingin menambah baik sesuatu, wajar kita melihat kepada pihak lain sebagai gandingan, baharulah kita dapat melihat kedudukan kita dan kenapa reform sangat wajar dilaksanakan.


Saya adalah di antara ribuan rakyat Malaysia yang dianugerahkan peluang melanjutkan pengajian di Australia pada 2008 hingga 2012. Di samping membuat kajian saya berkaitan undang-undang keluarga, saya turut membantu sahabat baik saya yang bercuti sabatikal ketika itu, Allahyarham Profesor Madya Dr Che Noraini Hashim, seorang pakar pendidikan daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang datang ke Melbourne membuat kajian tentang persekolahan di Australia.

Saya bersama-sama Allahyarham menemu bual beberapa pihak berkaitan termasuklah pengetua, guru-guru sekolah di sana, pelajar Malaysia yang mempunyai anak-anak yang menghadiri sekolah di Australia dan juga anak-anak Malaysia yang pernah bersekolah di sana, Allahyarham Dr Che Noraini sangat gigih untuk melihat sistem sekolah di negara ditambah baik. Kesungguhan beliau dan tim pakar UIA membawa kepada terbinanya modul pendidikan kasih sayang di sekolah (rujuk ‘Love Pedagogy at School Setting’ - http://news.iium.edu.my/2016/05/27/love-pedagogy-intends-to-build-a-sense-of-love-and-affection/).


Allahyarham Dr Che Noraini juga menghasilkan pelbagai kertas kerja dan buku dengan tujuan yang sama. Pemergian mengejut Allahyarham pada Januari 2018 adalah satu kehilangan besar kepada bidang pendidikan. Saya yakin sekiranya beliau masih ada, Allahyarham pasti berasa amat gembira dengan usaha Menteri yang ingin membuat perubahan kepada sistem pendidikan negara ini.

Sebagai tanda sokongan kepada usaha Menteri dan meraikan sumbangan Allahyarham, saya ingin berkongsi beberapa dapatan penting berkenaan sistem persekolahan sekolah rendah di Australia. Sebahagian dapatan ini boleh dibaca dalam kertas kerja kami bertajuk ‘Educational Experiences of Malaysian students attending Australian schools: A Preliminary Discussion’ yang dibentangkan dalam International Conference on Teacher Education in the Muslim World anjuran IIUM pada November 2013.

Hak kanak-kanak menjadi dasar

Dalam temubual dengan pengetua di sebuah sekolah rendah di Utara Melbourne, kami diberitahu bahawa kerajaan Australia membuat perubahan hebat kepada sistem pendidikan mereka terutama sekolah rendah kerana mengangkat hak kanak-kanak. Mereka berpegang bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak mendapat pendidikan yang baik, dilayan dengan terhormat, berada dalam suasana belajar yang selamat, kondusif dan tiada tekanan yang merosakkan jiwa dan emosi kanak-kanak. Disebabkan itu, peruntukan tinggi diberikan untuk pendidikan, terutama bilangan sekolah rendah, fasiliti, keupayaan guru dan juga kajian pakar berkenaan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Kerajaan membina banyak sekolah di seluruh negara. Terdapat empat ke enam sekolah rendah kerajaan dalam satu daerah dengan jumlah sekitar 200-300 pelajar sahaja bagi setiap sekolah. Setiap kelas pula purata 19-22 pelajar sahaja dengan masa belajar sekitar 1 jam per subjek. Di Victoria di mana penduduk berjumlah sekitar 6.4 juta, terdapat  1,122 buah sekolah rendah kerajaan yang hanya mempunyai satu sesi sahaja iaitu dari jam 9 pagi sehingga 3.00 petang.

 Jika dilihat sebagai perbandingan, negeri Selangor dengan jumlah penduduk hampir sama iaitu sekitar 6.4 juta, dilaporkan terdapat hanya 659 buah sekolah rendah kerajaan dan kebanyakannya menjalankan dua sesi persekolahan.  Umumnya setiap kelas mempunyai 30-35 murid dan sesi bermula jam 7.30 pagi sehingga tengahari, atau sesi petang jam 1.00 sehingga 6.00 petang. Masa bagi setiap subjek hanyalah sekitar 30minit sahaja, Subjek yang ingin dipelajari pula adalah banyak dan murid-murid membawa beg yang berat dengan pelbagai jenis barang di dalamnya. Bagi yang bersekolah sesi pagi, kanak-kanak terpaksa bangun awal pagi untuk bersiap, keluar rumah ketika masih gelap dan selalu tidak ada kesempatan untuk minum pagi di rumah.

Sesi persekolahan bermula jam 9 pagi sebenarnya bertujuan memberi ruang kepada kanak-kanak mendapat tidur yang mencukupi, sekitar 10 jam sehari. Mereka juga dapat keluar ke sekolah di waktu yang selamat dan dapat minum pagi dengan keluarga terlebih dahulu sebelum ke sekolah. Ibu bapa dan guru-guru juga mempunyai masa yang munasabah untuk bersiap dan ia mengurangkan tekanan kepada semua pihak. Apabila sekolah satu sesi pula, pelajar boleh meninggalkan barang-barang mereka kerana kelas mereka tidak akan diguna oleh pelajar lain. Murid-murid pula hanya membawa beg berisi kotak pensil, bekas makanan dan sedikit buku nota setiap hari. Bagi pelajar tahap 1 -3, sekolah membekalkan buku tulis saiz A4 untuk setiap subjek kerana menekankan aspek kemampuan menulis dan menulis dengan jelas.

Dengan bilangan pelajar yang kecil, guru-guru sekolah rendah di sana yang ditemubual memberitahu bahawa bukan sahaja mereka dapat berhubung dengan murid dengan lebih rapat, bahkan mengenali latar belakang pelajar dan juga ibu bapa mereka. Perbincangan dua hala lebih mudah diadakan. Guru tidak perlu mengangkat suara menjerit-jerit untuk menarik perhatian murid. Ini menyebabkan proses pendidikan menjadi lebih tenang dan senang. Bahkan guru-guru dapat membuat penilaian kepada pelajar dengan lebih mudah. Ia sebenarnya memberi hak yang adil kepada semua kanak-kanak tanpa bias untuk dilayani dengan baik.

 Sekolah tidak dibeza-beza

Di negara kita, ramai ibu bapa mengeluh kerana sekolah berprestasi tinggi mempunyai tempat yang terhad sedangkan permintaannya sangat tinggi. Sekolah-sekolah yang bagus ini berbeza dengan yang lain kerana mereka mempunyai fasiliti yang lebih baik, peruntukan kewangan lebih besar, dan sekolah boleh memilih pelajar-pelajar yang pintar ingin masuk ke sekolah tersebut. Justeru, sekolah-sekolah ini mengadakan peperiksaan pre-sekolah untuk melihat kemampuan kanak-kanak. ibu bapa yang ingin anaknya masuk ke sekolah ini terpaksa bersaing dan berusaha memastikan anak mereka lebih daripada yang lain. Atas alasan itu, ramai yang telah membawa anak-anak seawal 5 tahun menghadiri tuisyen supaya lebih cepat daripada kanak-kanak lain. Semoga anak mereka akan mendapat markah tertinggi  semasa peperiksaan pemilihan dan diterima masuk oleh sekolah yang bagus ini. Perkembangan ini adalah dilema yang besar dan memberi tekanan kepada kanak-kanak dan ibu bapa. Dan dari sudut hak kanak-kanak, ia adalah tidak adil kepada yang lemah.

Apabila hak kanak-kanak menjadi dasar, pengetua tersebut turut memaklumkan bahawa pihak kerajaan Australia tidak menilai satu-satu sekolah sebagai sekolah bagus, berprestasi tinggi, sekolah terbaik dan memberi gred dan perbelanjaan tahunan kepada sekolah berdasarkan keputusan peperiksaan pelajar. Tetapi perbelanjaan sekolah diberi mengikut jumlah pelajar, keperluan untuk membantu meningkatkan keupayaan pelajar dan keperluan guru-guru untuk mendidik. Jika sekolah mereka mempunyai ramai pelajar luar (contohnya anak-anak rakyat Malaysia), maka mereka boleh memohon peruntukan  yang lebih untuk mendapat  alat bantu mengajar yang lebih baik untuk membantu kanak-kanak ini.

Justeru, antara sekolah dengan sekolah di Australia tidak ada semangat bersaing secara negatif bahkan selalu bekerjasama. Contohnya pengetua tersebut mengatakan bahawa ada pelajar yang agak lemah dalam mata pelajaran bahasa di sekolahnya akan dihantar setiap minggu selama dua jam ke sekolah berdekatan kerana mereka mempunyai guru pakar bahasa. 

Guru-guru mempunyai Ijazah Mengajar Sekolah Rendah dan mesra kanak-kanak

Guru-guru sekolah rendah di Australia ramai yang mempunyai ijazah atau sarjana khusus iaitu Degree of Teaching Primary School yang ditawarkan oleh banyak universiti si sana.  Mereka bukan sahaja mahir tentang bidang subjek tertentu, tapi juga mahir dengan skil memahami perkembangan emosi dan tumbesaran kanak-kanak serta bagaimana cara kanak-kanak menerima ilmu.



Guru-guru umumnya mesra kanak-kanak, mempunyai skil melayani kanak-kanak- anak yang lambat menanggapi sesuatu maklumat, anak cerdas, anak aktif, anak pendiam, anak autism dan lain-lain. Bahkan dalam percakapan dengan murid-murid, guru-guru memanggil dengan nama yang lembut seperti ‘honey, sweetheart, pretty girl, handsome boy’ dan perkataan lain yang positif.

Berkongsi pengalaman, seorang  pelajar Malaysia yang pernah belajar di sana menyatakan dalam sesi temu bual, selepas beliau sekeluarga sampai di Australia dan mendaftar anaknya ke sekolah, beliau berjumpa dengan pengetua dan guru kelas meminta mereka tidak memarahi anaknya jika anaknya tidak pandai kerana dia tidak faham bahasa Inggeris. Guru-guru bukan sahaja tidak marah kerana tidak pandai bahasa Inggeris, bahkan memberi sokongan yang amat tinggi sehingga anaknya sangat suka ke sekolah dan dapat  menguasai bahasa Inggeris dalam tempoh dua bulan sahaja.

Namun apabila kembali ke Malaysia dan mendaftar di sebuah sekolah, anaknya disindir oleh guru-guru dengan kata-kata, ‘Awak ni orang Islam ke tak, jawi pun tak tahu apa-apa.’ Bahkan ada guru yang mengatakan anaknya mengada-ngada kerana tidak pandai bercakap bahasa Melayu. Kawan-kawan pula menyindir lebih kuat sehinggakan selepas setahun kembali ke Malaysia, anaknya bertukar daripada seorang yang suka menjawab soalan dan ceria kepada pendiam dan rendah diri, serta selalu menangis tidak mahu ke sekolah.

Justeru, adalah sangat wajar Kementerian Pendidikan kita menggalakkan dan memberi peluang guru-guru sekolah menyambung pelajaran dalam bidang ‘Teaching Primary School’ dan menambahkan ilmu dan skil mereka dalam mendidik kanak-kanak. Berperwatakan mesra kanak-kanak seharusnya diambil sebagai criteria penting bagi perlantikan guru-guru sekolah rendah.

Semai nilai baik dan cintakan ilmu di sekolah rendah

Dasar mereka adalah sekolah rendah adalah tempat membina rasa cintakan ilmu dalam diri kanak-kanak dan menanam nilai-nilai murni. Mereka tidak mengajar subjek yang berat isinya atau fakta demi fakta dan ‘memaksa’ kanak-kanak belajar secara  serius, tetapi lebih kepada membuka minat dan kecintaan kepada ilmu dan maklumat. Apabila kanak-kanak suka kepada ilmu, maka mereka dengan sendiri berminat untuk mencari ilmu dengan lebih serius dan mendalam di sekolah menengah dan juga di peringkat universiti.

Guru-guru yang ditemubual mengakui bahawa mereka sebenannya tidak mempunyai buku teks yang tetap, hanya disediakan syllabus tahunan sahaja. Bagaimana kaedah dan tatacara untuk memastikan syllabus tersebut berjaya disempurnakan adalah di bawah kreativiti guru tersebut. Aktiviti yang dibuat dalam kelas juga membawa kepada penerapan nilai dan tidak kepada menilai keupayaan pandai atau tidak pandai.


Sesi mewarna dengan pensel warna disediakan sekolah untuk mendidik nilai berkongsi dan toleransi


 Untuk mencapai tujuan menerapkan semangat membaca, ibu bapa dijemput ke sekolah untuk diberi penerangan agar membaca bersama anak-anak selama 15 minit setiap malam. Murid-murid diberi buku catatan membaca dan ibu bapa perlu menandatangani mengesahkan sesi pembacaan tersebut dibuat. Bahkan dalam setiap pagi sesi persekolahan, guru kelas akan memulakan dengan membaca buku cerita selama 15 minit, sama ada buku dibaca oleh guru atau murid membaca secara individu.

Guru bercerita, pelajar duduk beramai-ramai dan bentuk meja mereka adalah ‘Island concept’

Sekolah kita membezakan murid mengikut markah peperiksaan. Kelas A selalunya lebih pandai daripada kelas B dan seterusnya. Sedangkan sekolah di Australia   tidak membezakan pelajar pandai dan kurang pandai dalam penyusunan kelas. Tidak ada kelas A, kelas B, kelas C dan sebagainya. Tetapi menggunakan nama guru kelas sebagai pengenalan, contohnya Kelas 3/4T merujuk kepada kelas di bawah seliaan guru kelas bernama Tim.  Kelas 1/2J menunjukkan kelas di bawah guru kelas bernama John dengan konsep meja dipanggil ‘Island concept’ untuk memudahkan pelajar berbincang.

Menurut guru-guru yang ditemubual, mereka  akan membuat penilaian dalam buku rekod menggunakan sistem band dengan melihat sikap murid, keupayaan menanggapi sesuatu input, keupayaan fokus dan bergaul dengan rakan-rakan. Mereka tidak menggunakan pendekatan ‘orang yang kuat akan berjaya’ dalam sistem pendidikan mereka, tetapi mengamalkan konsep ‘sama-sama berjaya.’ Justeru, dalam setiap kelas perlu ada gabungan tiga kategori pelajar - yang lambat memahami sesuatu input; yang sederhana kemampuan penerimaan input dan juga yang cepat faham sesuatu maklumat. Setiap kelas pula menggabungkan dua tahun sekali gus - Gred 1/2 diletakkan dalam satu kelas, Gred 3/4 dalam satu kelas dan Gred 5/6 bersama-sama. Jika  kelas 3/4J mempunyai 20 murid, maknanya 10 murid gred 3 dan 10 murid  gred 4 akan bergabung. Daripada 10 murid tersebut, 3 adalah pelajar yang cepat memahami maklumat, 3 yang agak sederhana dan 4 lagi yang lambat memahami sesuatu input.

Pelajar gred atas dan juga yang lebih cepat faham akan dilantik sebagai pembimbing atau ‘buddy’ kepada pelajar lain. Mereka akan bantu rakan yang lebih lemah, sekali gus menanam nilai tidak memandang hina orang yang kurang dari mereka, bahkan perlu saling membantu, bertanggungjawab dan pemurah. Pelajar dididik bekerjasama dan saling tolong menolong supaya yang lemah akan sentiasa dibantu secara rakan sekelas.


Seperti di Jepun, sekolah di Australia turut membuat jadual makan tengahari hendaklah di dalam  kelas bersama dengan guru. Makanan dibawa oleh murid daripada rumah atau ditempah  daripada kantin sekolah. Mereka akan makan bersama-sama, membolehkan guru mendidik nilai murni semasa makan seperti makan dengan tertib, berkongsi, jangan membuang sampah selepas makan dan sebagainya.  Di sekolah juga, semua guru-guru perlu mesra kanak-kanak dan menggunakan beberapa perkataan utama setiap masa  iaitu ‘please, sorry, thank you, great job, well done’ sehingga sebati dalam diri kanak-kanak.

 Pemberian Hadiah Markah Tertinggi dan Nombor Satu

Untuk menjayakan hasrat penerapan nilai-nilai, sekolah mereka tidak pernah memberi nombor kepada pelajar dan memberi hadiah kerana mendapat markah tertinggi dan sebagainya. Pengetua tersebut dalam sesi temubual turut menyatakan kehairanan dengan sikap ibu bapa Malaysia kerana ramai ibu bapa (pelajar rakyat Malaysia) yang datang berjumpanya ingin tahu kedudukan anak mereka, mendapat nombor berapa dalam kelas dan sebagainya. Sedangkan mereka tidak pernah memberikan nombor kepada pelajar.

Sekolah mereka mengamalkan hubungan mesra dengan ibu bapa. Semasa perhimpunan setiap Isnin, ibu bapa dibenarkan mendengar taklimat daripada guru-guru dan melihat pelajar yang menerima ‘pingat’. Beliau menyatakan semasa sesi perhimpunan, seorang murid daripada setiap kelas akan dipanggil ke hadapan untuk menerima lencana ‘Pupil of the Week’ daripada Pengetua. Guru kelas akan memilih  berdasarkan sikap dan nilai seperti pelajar paling awal ke sekolah, pelajar paling kerap membantu kawan, pelajar paling banyak membaca buku, dan lain-lain nilai yang mulia.


Lencana Pupil of the week yang dipin oleh Pengetua untuk pelajar yang mengamalkan nilai murni

Mereka juga tidak pernah membuat sesi penyampaian hadiah hujung tahun untuk markah tertinggi setiap subjek, pelajar mendapat nombor satu, dua dan sebagainya. Menurut beliau, pemberian nombor dan hadiah kepada yang tertinggi adalah perkembangan yang tidak sihat, tidak adil kepada pelajar yang kurang pandai dan boleh menanam rasa cemburu, tidak mahu berkongsi sesama kawan bagi kanak-kanak.

 Orientasi Peperiksaan, Kebajikan Murid dan cadangan pakar

Apabila Menteri Dr Maszlee Malik mengatakan bahawa murid sekolah akan mula memakai kasut hitam di sekolah, ramai mengatakan ia cadangan remeh dan berbagai kutukan diberikan. Walaupun ada pihak  pakar yang memberi input bahawa memakai kasut hitam boleh meningkatkan  rasa yakin diri lebih profesional dan lain-lain alasan, ia menunjukkan rakyat belum bersedia menerima perubahan dan menerima pendapat pakar kepada apa yang biasa berlaku.

Di Australia, perbincangan, perubahan  dan pendapat pakar adalah satu benda yang sebati. Apakah kesan kerja rumah yang guru berikan ke atas waktu bermain dan tidur kanak-kanak dibincangkan oleh pakar pendidikan, pakar mental kanak-kanak, pakar tumbesaran kanak-kanak dan ibu bapa secara terbuka di dalam seminar dan di televisyen. Hasilnya, sekolah tidak boleh memberi kerja rumah yang banyak kerana pelajar perlu mempunyai masa untuk bermain di waktu petang dan bermesra dengan keluarga serta membaca buku cerita di waktu malam. Apabila pakar tumbesaran kanak-kanak mengatakan kanak-kanak perlu tidur 8-10jam sehari dan perlu bermain untuk stamina mereka pada petang hari maka kementerian pendidikan dan semua institusi termasuklah sekolah akan mengikut demi kebajikan kanak-kanak. Sekolah dimulakan jam 9 pagi, masa rehat tengahari hampir 1 jam untuk pelajar bermain, tiada beg berat mengisi buku-buku dan sebagainya.

Apabila pakar menyatakan bahawa kanak-kanak tidak seharusnya dibebankan dengan peperiksaan  yang memberi tekanan, maka sekolah mereka tidak berorientasikan peperiksaan seperti kita. Mereka masih ada peperiksaan, paling awal adalah untuk pelajar tahun 3 tetapi ia tidak diguna sebagai bukti kejayaan kanak-kanak.  Ujian NAPLAN adalah ujian yang dijalankan pada bulan September untuk pelajar tahun 3, 5, 7 dan 9. Tujuannya untuk melihat tiga perkara iaitu Reading, Writing dan Numeracy (kemahiran menulis, membaca dan mengira).

Menurut pengetua yang ditemu bual, keputusan kanak-kanak dalam NAPLAN digunakan untuk menilai apakah kanak-kanak mereka berada dalam tahap tumbesaran yang betul, contohnya umur 9 tahun pakar tumbesaran mengatakan seharusnya sudah pandai menulis ayat yang panjang-panjang dan tulisan seharusnya sudah agak baik. Keputusan mereka dijadikan asas kemampuan dan jika di bawah tahap sepatutnya, maka sekolah akan berbincang dengan ibu bapa mencari jalan untuk membantu murid-murid tersebut.
Menurut guru-guru di sana yang ditemubual, Australia ingin melahirkan generasi masa depan yang cintakan ilmu dan mempunyai nilai murni. Apabila pakar mengatakan bahawa seseorang dewasa yang berjaya adalah orang yang mempunyai kemahiran berbahasa yang baik, pandai berkomunikasi, berani bertanya, suka berbincang, terbuka dengan pendapat berbeza, suka menyelesaikan masalah, kelakar, positif, suka membaca, tepat masa, suka membantu dan hormat kepada orang lain dan boleh bekerja dalam kumpulan, maka ia diterima sebagai objektif penting yang ingin dicapai oleh sistem persekolahan mereka.

Justeru, hampir seluruh pendekatan di sekolah rendah mereka menjurus ke arah merealisasikan idea tersebut. Hasilnya, pendekatan pendidikan sekolah rendah mereka dibuat secara ‘menarik’ di mana moto sekolah adalah ‘learning is fun’ (menuntut ilmu itu seronok), ‘school is fun’ (sekolah itu seronok), ‘critical thinking is the goal of education’ (berfikir secara kritis adalah matlamat pendidikan) dan suka bertanya dan berbincang adalah matlamat pendidikan. Pendekatan guru juga sangat mesra pelajar, positif dan membina.

 Oleh kerana pendidikan dibuat dengan gembira, seronok dengan pelbagai aktiviti perbincangan dua hala yang ceria, dengan syllabus yang tidak begitu berat, ia menjadikan belajar di sekolah rendah di sini seolah-olah bermain sahaja. Kanak-kanak hadir ke sekolah dengan perasaan seronok, dengan tekanan yang minima, belajar sambil bermain dan membina kemahiran yang lebih baik hari demi hari. Hadir ke sekolah adalah aktiviti yang dinanti-nanti oleh kanak-kanak.


Sekolah Kita di masa depan

Apabila Menteri Dr Maszlee Malik menyatakan bahawa sekolah kita akan berubah dan tidak lagi berorientasikan peperiksaan, ia adalah satu perkara yang dinanti-nanti. Kaedah ‘best practice’ negara lain seharusnya kita kaji dan ikuti dengan penambah baik yang sesuai dengan agama dan bangsa kita. Zaman bergerak ke arah revolusi 4.0. Jika sekolah kita gagal menyediakan generasi baharu yang mampu berdepan dengan cabaran masa depan, kita akan tertinggal ke belakang. 

 Apabila kewangan negara semakin pulih, kita berharap pihak kerajaan akan menjadikan  keutamaan untuk membina sekolah yang banyak,  menambah bilangan guru dan menghantar guru-guru menambah ilmu berkaitan skil ‘mengajar sekolah rendah’ dan sebagainya. Kita wajar mengambil contoh sekolah Australia yang meletakkan hanya 19-22 pelajar sebagai purata murid per kelas dan menerapkan nilai murni sebagai objektif persekolahan. Dengan bilangan pelajar yang sedikit, subjek yang sedikit dan guru yang mahir dengan perkembangan kanak-kanak, maka lebih mudah hasrat penambah baikan seperti yang  dicita-citakan dapat dicapai.
 Kepada Menteri Pendidikan, syabas diucapkan dan teruslah membawa perubahan kepada sistem pendidikan negara ke arah yang lebih baik.
Hidayah

Rabu, 25 Julai 2018

Kundasang, Sabah

Kundasang, Sabah..

Kundasang memang tempat yang Subhanallah.. amat cantik, sejuk dengan pemandangan sungguh indah..Hanya mampu kata Masya ALlah.. Subhanallah .. Maha Suci Allah, cantiknya alam ini...

Kami ke Kundasang Sabah pada 19/7/2018 sampai 21/7/2018. Daripada Airport Kota Kinabalu, saya dan keluarga sewa kereta MyVi, diambil di airport dan nanti dipulangkan di airport juga, terus ke Bandar Kundasang. 


Hotel Dream world Kundasang

Perjalanan hampir  2jam setengah. Sampai di Kundasang, kami ambil hotel Dream World.. Saya sangat recommend hotel ini. Allahu akbar, pemandangannya hanya ALlah yang tahu.. cantik sungguh.. Bila keluar daripada hotel, boleh jogging pagi2 dan nampak gunung kinabalu..Hotelnya bersih, kemas, cantik dan sungguh selesa. Alamat webnya 

 http://dreamworldkundasang.com/room-rate/


Jika saya diizinkan ALlah sampai lagi ke Kundasang, saya akan pergi ke hotel ini juga.. insya ALlah..

Daripada balkoni, kita akan dapat lihat seluruh Kundasang. Sungguh indahnya.. ALlahu akbar.. Malmnya ya ALlah...sangat sejuk...saya betul2 berasa seperti berada di Melbourne semasa winter. Melbourne terasa begitu jelas depan mata saya.. 
Wahai Melbourne yang indah, saya amat merinduimu...:-(



Rumah yang saya duduk semalaman. Sungguh indah dan menawan...:-)


Sejuknyer......

Lawatan ke kampong kambing biri2..Desa  Dairy Farm

Jangan lupa pergi tengok tempat kambing biri-biri, dipanggil Desa Dairy Farm. Tiket masuk RM4.70 sorang. Takdelah banyak sangat yang boleh dilihat. Jika ambik gambar sangat cantik sebab membelakangi Gunung Kinabalu... Lepas tu beli ice cream dia.. sedap juga..


Pekan Kundasang

Malamnya kami ke Pasar Kundasang.. macam pasar malam.. banyak gerai.. Kami pusing2 beli nasi, beli baju,beli beg tangan dan balik ke hotel jam 8.00 malam...


Hotel kedua: Hotel Celyn

Hari kedua kami pindah ke hotel yang mengadap Gunung Kinabalu pula.. Allah tingginya nak naik,jalan berlengkar2.. tapi bila sampai... ALlahu akbar, daripada Balkoni, kami nampak Gunong Kinabalu...Subahanallah.. 

Saya tunduk kepada kebesaran Allah yang Maha Hebat menciptakan alam yang indah ini. Dan saya bersyukur kerana ALlah beri keizinan untuk saya dan keluarga sampai untuk menyaksikan kebesaran ALlah..
 

Di Balcony Hotel Celyn

 Tempat Menarik 

 Kami ke tempat bersejarah Askar Australia.
Kemudian ke tempat ikan yang gigit kaki..hehe

 
Adoiii janganlah gigit kuat sangat

Antara gambar yang dapat kami ambil daripada hotel 




















Isnin, 28 Mei 2018

Buku 8


Alhamdulillah,


Buku baru tulisan bersama dengan penulis  Datuk Zainul  Rijal Abu Bakar telah  diterbitkan oleh ITBN pada awal 2018. Alhamdulillah

Isnin, 7 Ogos 2017

Selasa, 24 Januari 2017

Buku Baru

Syukur...



Alhamdulillah buku terbaru telah diterbitkan oleh Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) . Ia hasil perbincangan Penulis pertama iaitu Dato' Zainul Rijal dengan pihk ITBM. Saya bersyukur di atas nikmat ini.


Ia bertajuk:  
KEISTIMEWAAN ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DI MALAYSIA

Penulis:
ZAINUL RIJAL ABU BAKAR & NURHIDAYAH MUHAMMAD HASHIM

Saya bersyukur.. Alhamdulillah..

Dalam buku ini, ada prakata daripada YAA Dato' Dr Naim Mokhtar.





Jika ada yang berminat bolehlah email saya di puan.hidayah2@gmail.com

Selasa, 10 Januari 2017

Hubungan Suami Isteri

Suami dan Isteri.. 


Saya mencari sesuatu dalam internet, mencari perkataan yang sesuai untuk buku perkahwinan yang sedang saya tulis. Tiba2 saya terjumpa kisah ini dan ia sangat meyentuh hati saya..

---------------- 

Di sebuah pasaraya seorang suami bertengkar dgn isterinya dan menyuruh isterinya pergi masuk ke dlm pasaraya sementara dia duduk di bangku tidak ikut sama...ia diperhatikan oleh seorang pakcik yg dlm umur 60'an. Pakcik itu menghampiri suami tadi sambil bertanya:"Apa masaalah ni nk marah2 pd isteri, maaf pakcik bertanya".

"Tkde apa pakcik. Isteri sy ni ajak masuk dlm pasaraya ikut dia cari2 barang. Sy malas la pakcik letih dan bosan la dgn perangai org pompuan ni". Pakcik tu tersenyum sambil berkata: " Nak pakcik dulu dgn isteri pakcik pegi kemana2 berdua. Tapi isteri pakcik baru 5 bulan meninggal.

Kami lebih kurang sebaya. Kami guru. Bila bersara kami ke Mekah bersama. Kami tinggal berdua di rumah sb anak2 kami 6 org semua dah kawin tinggal di rumah masing2. Isteri pakcik malangnya mengidap kencing manis dan darah tinggi. Tiap2 hari kena makan ubat. Dia selalu tk berapa cergas dan pakcik la yg menjaganya.

Kini dia telah tiada pakcik terasa amat keseorangan. Siang pakcik rasa terlalu panjang dan malam terlalu sunyi. Tiap2 satu benda kepunyaan arwah mengingatkan pakcik pd nya. Sebak dan sedih melihat ubat2 yg masih belum dimakannya.

Ada nombor handphone dia tpi pakcik tau dia tidak  akan jawab panggilan pakcik dan message whatsapp kpdnya  pun dia tkkan baca...dulu pakcik tidur dikatil disebelah bahagian sb dia ada disebelah...tpi skrg pakcik tidur sorang2 di tengah2 katil...bila ke dapur skrg pakcik sorang2 buat sarapan tiada dia lg menyediakannya...tiada lg kami ke surau bersama...bayangkan nak..kami punyai sorang satu kereta skrg kereta dia kaku tak bergerak cuma sesekali pakcik pandu..oleh itu nak sementara isteri anak masih ada hargai la dia dan sayangi la dia...kita hidup sementara di dunia ini...pakcik hari2 ke pusaranya dan pakcik selalu berkata di pusaranya...."kau pegi la dulu abg akan ikut kemudian..."

Maaf pakcik balik dulu" Si suami terpegun terus bangun masuk ke pasaraya mencari isterinya.

Jumaat, 18 November 2016

Result UPSR

UPSR


Saya dengan penuh sedar menyatakan pendirian saya bahawa saya anti exam oriented keterlaluan kepada anak-anak umur 13 tahun ke bawah.

Tengok anak2 umur 12 tahun tidur 4jam sehari dan penuh dengan tuisyen demi tuisyen sampai tertidur di meja adalah satu kezaliman pada mereka... Mereka tak boleh rehat, tak cukup tidur sebab tak siap homework kena denda dengan guru2.. Bila result rendah dianggap tak pandai, dan tidak menggembirakan ibu bapa, guru2 dan sekolah... ..Tolonglah jangan dera anak-anak kita dengan A, B dan C...What a scary world for them..

Isnin, 22 Ogos 2016

Turki lagi..

Jumpa akhirnya..
Saya tak tahu apa makna lagu ini.. dan akhrinya baru sya jumpa..

Ini rupanya maksud lagu tersebut..



Semoga Turki kembali menjadi gagah seperti di zaman dulu.
Semoga ALlah selamatkan seluruh dunia Islam ....


Rabu, 17 Ogos 2016

Turki dalam Doaku..


Ketika  generasi muda di negara lain sibuk bermain pokemon go.. dunia di Turki sedang membara naik mebina kekuatan rakyat dan jati diri bangsa..

Saya selalu berdoa untukmu Turki...


Jumaat, 12 Ogos 2016

Pokemon Go

Pokemon Go

Ramai orang bermain pokemon Go.. tangkap pokemon kat mana-mana yang dijumpai. Ada yang jumpa dalam rumah, ada jumpa atas bumbung, ada jumpa atas jalan raya dan merata-rata.... Macam meriah jer main tu...

Tibe-tiba timbul Dr Zul al-Bakri Mufti Wilayah bagi pendapat mengataan ia tak elok, hendaklah dijauhi, menimbulkan mudarat dan lain-lain. Ramai yang membantah dan mengatakan Ustaz Zul ni rigid sangat..Akhbat-akhbar melaporkan Dr Zul kata main tu haram. Jadi marahlah peminat game ini...


Kemudian Dr Zul buat penjelasan, dia tidak sebut haram, dia sebut elok dijauhi, tidak bawa manfaat dan sebagainya..

Sebenarnya asalnya memanglah harus. main apa2 game yang tidak berlawan dengan Syariah semuanya harus. Tapi bila berlebih-lebihan, banyak masa terbuang, jadi ketaguh, lupa buat benda lain, asyik main main main... maka yang harus boleh bertukar kepada makruh dan buleh bertukar kepada haram dengan melihat keseriusan impak benda tersebut.

Bila baca di USA, ada accidentlanggar pokok sebab sibuk nak tangkap pokemon, ada yang terjun  dalam sungai nak tangkap pokemon,maka apa maknanya tu...

Orang dah tak perasan apa berlaku disekitar,lintas jalan tapi otak tak berada di jalan, tapi berada di sekitar jalan nak cari pokemon... maka ia sesungguhnya menimbulkan banyak mudarat..Bahkan mencari pokemon juga bukan jadi bermain lagi... tapi jadi hati jahat sebab nak dapat kuasa dan nak lawan dengan orang lain... Ia merosakkan jiwa.. Tujuan bermain adalah untuk relax otak, bukan jadi lebih parah.. dan jadi lebih jahat jiwa sebab nak jadi power power dan lebih power....



Saya setuju jika ia membawa banyak bahaya, hilang jati diri insan, semua jadi lupa diri maka mainan itu menjadi sangat tidak elok dan berubah menjadi haram hukumnya ke atas kita....


Isnin, 8 Ogos 2016

Turki

Saya jatuh cinta dengan Turki..
Dan saya bersyukur ALlah izinkan saya dapat menjejak kaki ke Turki.
Saya berdoa untuk Erdogan dan rakyat Turki..
Semoga mereka selamat dan dilindungi ALlah..

Saya mengikuti semua perkembangan Turki selepas cubaan rampasan tentera 15 Julai 2016. Dan sentiasa mencari2 kisah Erdogan. Semoga negara saya juga suatu hari nanti mendapat pemimpin seperti Erdogan...ameen..




Khamis, 4 Ogos 2016

Turki yang indah
















Saya jadi Giant.... Giant sudah mari... tapi sebenarnya Giant tu duduk atas bukit, dan orang2 tu duduk bawah bukit.. macam kena pijak dgn Giant je semua.. hehehe..

Rabu, 3 Ogos 2016

Istanbul di hatiku

Istanbul Turki

Apabila  mendengar berita rampasan kuasa tentera di Istanbul saya rasa sangat sedih. Ini kerana saya sekeluarga baru sahaja melawat Turki pada Bulan April yang lepas. Masa tu cuti semester dan kami berada di sana selama 10 hari 12 malam. Alhamdulillah.. Saya sangat gembira dan bersyukur dapat melawat Turki yang sudah lama berada di hati saya.

Kami sekeluarga sempat ke sana bersama kumpulan Jejak Uthmaniyah. Salah seorang daripada staf Jejak UThamaniyah (JU) adalah Zayd yang menjadi pemandu pelancong dan banyak bercerita tentang Istanbul dan tentera al-Fateh.

Hari-hari yang dilalui sangat menarik walaupyn amat letih.

Salah seorang staf Jejak Uthmaniyyah bernama Muzammil dipanggil Menk telah membuat video ini untuk diletakkan dalam youtube dan  facebook JU.

Dalam video ini banyak keluar saya, abah dan Aisyah... Ramai yang kami jumpa. Semuanya baik-baik dan peramah. Melawat Turki adalah pengalaman yang sangat menarik ... 

Syukur tidak terhingga ...



Ahad, 28 Februari 2016

Kun ANta

Kun Anta..

Lagu ni menarik.

Jadilah kita orang yang baik..
Baik kerana kita ingin menjadi baik.
Bukan kerana orang lain supaya disayangi atau dilihat orang.
Jadilah kita orang yang baik kerana ALlah.
Kerana Dia yang suruh kita menjadi baik,
dan kerana Dia yang ingin melihat di antara hamba-hambaNya siapakah yang paling baik amalnya.

Semoga kita menjadi diri kita yang sebenar,
yang baik dan amat baik.. ameen


 Nasyid Kun Anta akan diupload soon

Isnin, 18 Januari 2016

Fiqh Musafir..

Fiqh Musafir dan Australia yang indah...


Ingatan saya sungguh banyak berjalan-jalan kembali menelusuri Australia yang indah. Terasa macam abru lagi tinggal di Melbourne.. tetapi rupanya sudah 3 tahun saya balik Mesia..:-(

Kemarin, saya diminta menjadi speaker dalam masjlis perjumpaan dengan pelajar-pelajar yang akan fly ke Australia sekitar Februari nanti. Ada lebih kurang 40 orang semuanya.. ada yang akan ke Melbourne, ada yang ke Perth, ke Sydney, Canberra dan sebagainya.

Berjumpa mereka dan menyampaikan tajuk Fiqh Musafir semalam sungguh menggembirakan saya. Saya juga harap mereka turut gembira berjumpa saya dan mendengar perkongsian yang ada.

Dalam bercerita kisah hidup di Melbourne, saya ternampak-nampak laluan yang saya dan keluarga lalui sepanjang 4 tahun di sana. Rasa semuanya masih segar bugar dalam lipatan memori saya. Semasa bercerita tentang baru sampai ke Asutralia, saya ternampak2 di mata saya bagaimana kami solat subuh atas flight dan kemudian beratur di line 2 sebab declare ada ikan bilis, dan macam-macam. Milo saya kena rampas masa tu..:-( Terbayang ada van Uni tunggu dan bawa kami ke Malaysia Hall Melbourne. Terbayang Fadzlina yang baik dengan anaknya yang sangat comel membawa kami dari Malaysia Hall naik bas ke rumahnya di La Trobe Uni..terbayang seh=juknya saya ketika itu....

Bila bercerita tentang kebersihan dan kebaikan masyarakat mereka yang suka menegur semasa bertemu contohnya di park semasa bermain-main atau menegur dengan baik di counter2 supermarket, rasa terbayang saya dan Aisyah ke Coles di Summerhill, ke Preston market, ke Resourvuer Park dan lalin-lain...

Bila bercakap tentang sekolah dan pendidikan mereka, terbayang Aisyah ke sekolah bawa beg dengan lunch box sahaja, tanpa homework dan tiada stress, Aisyah belajar membina akal setahap demi setahap. Terbayang macam-macam... ohhh rindunya padamu Melbourne yang indah...

Saya ucapkan tahniah kepada mereka kerana dalam kesuntukan ekonomi yang semakin gawat, maatawang semakin kecil nilainya,. mereka masih didizinkan Allah untuk sampai ke Down Under..

Saya bercerita tentang solat atas flight, bersihkan buang air dengan air sedikit dan tisu, sapu khuf dan stokin, makanan halal dan macam-macam-macam lagi...

Jika ada peluang, baik juga jika dapat cari buku Dr Mazlee Malik mengenai tajuk ini..


 Isi talk Fiqh Musafir..







Saya berdoa semoga semua anak-anak  semalam akan berjaya di Austalia. Semoga semua mereka menjadi insan berguna.. seperti ikan yang sentiasa tawar isinya walau di kelilingi air laut yang masin. Kukuh dalamannya dan hanya berubah apabila nyawa sudah tiada di jasad. Begitu hendaknya kita Muslim yang baik, di mana kita dilontar, di Australia kah, di Canada kah, di Jepun kah, kita kekal beriman, menjaga batas-batas agama, menjaga amalan kita dan menjadikan rukhsah sebagai pemangkin dalam permusafiran yang ada..

Saya tidak boleh menyembunyikan perasaan saya bahawa tempat tahun tinggal di Melbourne adalah the best experience I ever had. I love Melbourne so much- the place that gave me a lot of lessons... dan saya sehingga sekarang setiap kali berdoa mengucapkan syukur tidak terhingga kerana ALlah sudi memberikan saya peluang tersebut.. Terima kaish wahai Tuhanku atas nikmat yang terlalu banyak ini..

Khamis, 31 Disember 2015

Allah bersama kita..

Masalah...

Semua orang ada masalah. ia adalah cabaran dalam melalui hari-hari di dunia ini. Ia adalah ujian-test-exam yang dibentangkan di hadapan kita.

Justeru, orang yang bijak, dan ingin terus menjadi bijak tidaka kan mengundur diri dari melalui cabaran dan masalah.

jalanlah terus.. kerana kita hanya melalui satu fasa dalam kehidupan kita yangs emuanya dalam aturan dan pengetahuan Allah.

Apabila kita rasa resah, sedih dan berduka.. ingatlah Inna Allaha maana...
Sesuangguhnya Allah bersama kita..