Wednesday, August 3, 2016

Istanbul di hatiku

Istanbul Turki

Apabila  mendengar berita rampasan kuasa tentera di Istanbul saya rasa sangat sedih. Ini kerana saya sekeluarga baru sahaja melawat Turki pada Bulan April yang lepas. Masa tu cuti semester dan kami berada di sana selama 10 hari 12 malam. Alhamdulillah.. Saya sangat gembira dan bersyukur dapat melawat Turki yang sudah lama berada di hati saya.

Kami sekeluarga sempat ke sana bersama kumpulan Jejak Uthmaniyah. Salah seorang daripada staf Jejak UThamaniyah (JU) adalah Zayd yang menjadi pemandu pelancong dan banyak bercerita tentang Istanbul dan tentera al-Fateh.

Hari-hari yang dilalui sangat menarik walaupyn amat letih.

Salah seorang staf Jejak Uthmaniyyah bernama Muzammil dipanggil Menk telah membuat video ini untuk diletakkan dalam youtube dan  facebook JU.

Dalam video ini banyak keluar saya, abah dan Aisyah... Ramai yang kami jumpa. Semuanya baik-baik dan peramah. Melawat Turki adalah pengalaman yang sangat menarik ... 

Syukur tidak terhingga ...