Tuesday, June 1, 2010

Abuya Arqam Siri 2

Arqam.. Sambung cerita..

Pertama kali saya ikut kawan-kawan Arqam ke Sungai Penchala, saya tidur kat sana bersama mereka. Diasrama wanita. Malamnya ada ceramah, orang sangat ramai dan saya rasa sungguh takjub melihat ramainya dan meriahnya Sungai Penchala masa tu.

Lepas Isya' ada ceramah, dan penceramahnya saya tak tahu siapa. kawan-kawan saya menyalin sungguh-sungguh semua isi kandungan ceramah. Kepelikan pertama yang saya jumpa adalah dalam ceramah tu, Penceramah tu sebut that ulama' zaman dulu sangat menjaga hubungan suami isteri. Kalau ada yang solatnya tak kusyu', dia akan muhasabah hubungannya dengan isteri dan masa itu kalau solat tak kusyuk, adalah silap apa yang isteri buat. Sebab itu ulama2 dulu esoknya kawin lain kalau malamnya solat tak kusyuk dan isteri yang bertanggungjawab. pastu dia sebut Saidina Ali kawin 15 orang, alasan sebab solat kusyuk tak kusyuk, dan cerai dan kawin.

Saya pelik... Mana dia dapat maklumat tu? Tak pernah saya dengar. Saya terus tanya kawan2 saya. Saya kata dengan dia orang tolong pergi tanya Ustaz tu, mana dia dapat info tu. Boleh tak saya nak tengok kitab yang dia rujuk kata Ali kawin berbelas orang pastu ada ulama' kawin cerai sebab solat tak kusyuk. Kalau isteri solat tak kusyuk, nak salah kat sapa pulak?

Peliknya kawan-kawan saya kata apa yang ustaz tu cakap semuanya betul sebab kita tak boleh rasa tak yakin pada tuan guru. semuanya benar tak ada lain selain benar belaka.. umpphh pelik tu!

Pastu masa yang lain, kawan Arqam saya cerita- ustaz cerita dalam kuliahnya kata Rusia ada peluru berpandu, semua tempat tak berkecuali semuanya ada dalam sasaran mereka kecuali Sungai Penchala.. umphhh saya jawab lebih kurang, 'Apa benda ustaz tu cakap ni.. mana dia dapat maklumat ni... tak munasabah langsung!. Buleh tak kalau kita pergi jumpa ustaz-ustaz yang buat statement pelik-pelik ni..'

Lepas tu masa malam Jumaat, mereka selalu baca yasin dan zikir aurat Muhammadiah mereka. Satu kali saya dijemput ke majlis wanita, saya pergilah lepas maghrib. Masa tu ketuanya yang sepatutnya mengetuai amalan malam tu baru saja uzur (period) . Lepas maghrib dia mandi wajib, pakai telekong dan mengetuai bacaan yasin, dia baca yasin sama-sama, dan terus kepada amalan zikir tersebut. Peliknyer.. Saya tanya, 'setakat yang saya belajar, uzur is uzur, kecuali darurat je buleh baca Quran. mana buleh uzur pergi mandi wajib, baca yasin then sambung uzur balik. tak pernah ada dalam kitab fiqh'. Dia jawab, boleh sebab nak baca zikir mereka, itu sangat penting dan biasa dibuat.

Saya diianggap pelik sebab asyik question semua benda.. Mereka cuba berhujah menggunakan alasan ketaatan kepada tuan guru adalah perkara besar. Saya tak da banyak ilmu, tapi saya banyak question kot.. [hehe...] Sebab itu lepas banyak kali pergi dan pergi ke Penchaala, saya dibawa berjumpa isteri-isteri Abuya mereka untuk berbincang agaknya, supaya saya dapat diyakinkan.. Tapi tak juga dapat diyakinkan. Bahkan saya lagi banyak suarakan kepelikan saya. Saya sebenarnya lebih kepada memerhati dan menilai..

Kemudian saya tengok kawan-kawan saya pakai badge gambar Abuya Arqam di tudung mereka, di beg mereka, letak dalam locker mereka, di buku-buku letak gambar Abuya. Saya tak puas hati, saya suarakanlah kepelikan saya..Kenapanya kena letak gambar Abuya kata tudung, beg semua ni.. dari letak gambar dia, baik ler letak tulisan Lailahaillah ker, nama Muhammad Rasulullah ker.. Kalau semua kiri kanan, atas bawah gambar Abuya, ini bukan sayang lagi tapi dah jadi puja ni..

Banyaknya kepelikan yang saya jumpa dan saya bersuara.. akhirnya mereka pun tak suka dengan saya kot.. lepas tu tak ajak dah ke Penchala lagi. [hehe..]

Saya buat kesimpulan saya sendiri lepas melihat dan memerhati..

Ramainya orang Arqam mula mengenali agama dan amalan selepas terlibat dengan Arqam. Dan mereka meletakkan kepercayaan 600% kepada Arqam sebagai jemaah yang akan membimbing mereka menjadi insan soleh dan kamil. Apa sahaja yang diberikan diterima sebulat hati dan dijunjung dengan sebaiknya. Sedangkan latarbelakang pendidikan agama adalah tidak begitu kuat. Ilmu agama asas maksud saya. Maka apa yang diterima dianggap seolah-olah pertama kali diketahui dan dijunjung. Bagi mereka, Jemaah Arqam adalah satu-satunya penyelamaat bagi mereka dan Abuya adalah segala-galanya bagi mereka.

Selepas saya tamat UIA, kemudian berlakulah pelbagai peristiwa dalam Arqam sehingga membawa kepada penangkapan Abuya, dikenakan tahanan rumah, Sungai penchala ditutup, semua program mereka diharamkan dan Majlis fatwa mengisytiharkan Arqam dan amalan Aurat Muhammadiyah meenyimpang dari islam dan diharamkan..



Sehingga yang terbaru, Khadijah Am isterinya mengatakan Abuya tidak mati, akan bangkit menjadi ketua dibumi..

Bagi saya..
Perkembangan di dalam Arqam memang sangat pelik..
Sungguh pelik..


Justeru, saya punya kesimpulanan, kenali agama hendaklah lebih awal dibuatoleh seseorang sebelum daripada kenali jemaah. waimma jemaah apa sekalipun. Tidak ada yang perfect, jika silap, kita wajar gunakan akal dan ilmu asas yang kita ada. Jangan mengikut secara taklid membuta tuli.. Timbanglah sesuatu dengan neraca akal yang waras dan ilmu agama yang jelas.
bertanyalah kepada yang tahu apa-apa yang kamu tidak tahu..

'Fas alu ahla alzikr inkuntum la ta'lamun..'
Allahumma faqqihna fiddin..

selesai..