Wednesday, December 4, 2013

UPSR Aisyah

Aisyah..

"Umi.. takutlah Aisyah dapat berapa A ya?.." Ini kata-kata Aisyah masa nak pergi sekolah hari keluar result UPSR hari tu. Hari Khamis 14 Nov 2013. Abah kasi Aisyah bawak handphone ke sekolah sebab cikgu benarkan jika ada sesiapa nak cek result UPSR melalui handphone kat sekolah. So Aisyah pun bawaklah..

Abah hantar Aisyah setiap hari ke sekolah ISSA dalam jam 7.40pg. Saya pula bertugas untuk menjemputnya jam5pm. Hari tersebut, lepas kelas jam 10.30am, saya ke ISSA untuk mengambil result Aisyah. Ramai parents dah ada..

Bila saya sampai, Aisyah dan kawan2 baiknya dah tahu pun berapa mereka dapat, sebab semuanya cek result melalui hp Aisyah.. :-)

Saya bersyukur kerana seorang SUtaz sekolah mereka, namanya Ustaz Safwan selalu memberi nasihat yang lebih kurang dengan nasihat saya kepada Aisyah dan rakan-rakannya.. Aisyah menceritakan kepada saya, Ustaz tersebut menasihati budak2 dengan berkata.."Berapa pun yang kamu dapat, kena bersyukur kepada Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu. Kamu dapat 5A pun bagus, dapat 4A pun bagus, dapat 1 A pun bagus.. Yang penting exam ini macam kamu belajar naik basikal, jatuh jatuh.. nanti lepas ni ada banyak lagi kamu akan belajar.. jadi bukannya naik basikal ni terus habis. Jadi exam ni macam kamu naik basikal.. Lepas ni ada exam lain bila kamu dah belajar banyak.. Bagi Ustaz, kamu semua pandai, tak kira berapa banyak A kamu dapat.."

Dan saya memanjatkan syukur pada Allah kerana nasihat sebegitu diberi kepada anak-anak..

Saya bagitau Aisyah.."Aisyah dapat berapa A pun tak apa.. Yang penting Aisyah belajar kerana Allah, nak jadi pandai kerana Aisyah nak jadi Khalifah Allah yang baik, dan boleh menjaga alam ini.. Kita belajr kerana Allah, bukan sebab nak jadi riyak, sombong sebab dapat banyak A.."

Dan darling saya, Aisyah dikurniakan ALlah 4 A 1 B. ALhamdulillah atas semua nikmat... Dan saya memeluknya dan mengatakan, " Aisyah sujud syukur ya... sebab Allah dah bagi banyak A pada Aisyah.. Syukur pada ALlah.." Dan Aisyah sujud syukur selepasnya...

______________ 

pada 8-10 Nov, sekolah Aisyah membuat Camp Ukhuwwah di Bangunan Restu, Keluang untuk semua budak darjah 6. Dan saya bagi salah satu talk pengisian pada malamnya. Tajuk saya adalah "Menjadi Anak soleh solehah.." Saya bersembang dengan mereka, menceritakan mengenai kisah Umar dan budak pengembala kambing yang takutkan Allah dan tidak mahu menjual kambing tersebut kerana tidak mendapat kebenaran tuannya. Saya ceritakan mengenai anak gadis yang tidak mahu mencampurkan air ke dalam susu yang ingin dijual walaupun disuruh ibunya kerana takutkan Allah yang melihat apa yang dilakukan.. Saya ceritakan kisah2 ini menunjukkan bagaimana iman kepada ALlah, kepada malaikat yang kita tidak nampak sangat penting untuk kanak-kanak dan semua orang.

Kita nak jadi baik kerana ALlah sayang kepada orang yang baik. Dan saya tanyakan cita2 mereka.. dan saya mengikuti nasihat Prof Muhaya yang menceritakan mengenai 'skrip kehidupan' untuk didedahkan keapda kanak-kanak remaja.. Saya meminta mereka menulis apa yang mereka nampak akan terjadi 10 tahun akan datang. Ramai yang menulis mereka adalah seorang Doktor yang hafiz/hafizah.. Subhanallah.. Dan saya kata, "Jika kita nak jadi doktor yang hafizah, kita kena pergi sekolah yang bagus..." Akhirnya sebhagaian besar, saya rasa 2/3 nak naik tingkatan 1 di sekolah ISSA yang sama. termasuklah Aisyah...

Semoga mereka semua membesar menjadi mukmin yang baik sebagai generasi akan datang yang menjadi tunggak alam ini.. insya ALlah.. ameen...