Ahad, 25 Januari 2009

Lalat, Summer dan Berenang

Aktiviti Bermanfaat...

Rupanya masa summer di sini lalat banyak sangat.. sudahlah banyak, besar-besar rupa dia..
Kalau berjalan jer, ada saja lalat yang minat kat kita, dia akan datang terbang-terbang depan mata, hinggap atas hidung, kita tepis dia terbang, pastu hinggap lagi.. isyy..pegiler wehh..

Saya pun rasa pelik, dari mata dia datang yer..
Sebab sebelum ni tak ada lalat, tak ada nyamuk dan insect-insect lain. Tapi bila panas jer, laluan yang biasa kita lalu akan penuh dengan semut yang beratur panjang ..panjang dan sangat panjang.. Lalat pun banyak, bila malam nyamuk pun datang..Pelik bila fikir, masya Allah..

Kat rumah saya semua tingkap ada mosquito netting tapi tiap hari ada saja yang masuk, menyelinap ikut mana ni.. Saya tengok nettingnya ok, tapi tiap2 hari saya kena kebumikan beberapa ekor lalat yang berjaya saya bunuh.. hehe.. (saya guna kertas surat khabar yang digulong jadi panjang dan keras, pastu saya pun.. pang... ahhh kena ngkau!)

Setiap kali nak lalu pergi kemana -mana, Aisyah akan bising..'Umi umi.. hati-hati.. jangan pijak semut, dia orang tengah berbaris ni.. Nabi Sulaiman tak pijak semut..'
'Ye ye.. Umi tak pijak, mana ada pijak...'
Tapi kadang-kadang terpijak jugak.. 'Sorry yer semut, tak sengaja..'

Hari ni hari Ahad, saya duduk di rumah baca buku, baca surat khbaar dan insya Allah petang nanti saya akan bawa princess mandi di kolam.. Tiap saat my beloved princess dok tanya, 'Pukul berapa we want to go to smiwwing pool Umi.. lagi berapa jam Umi.. tak sabarnya Aisyah nak berenang.. zuuuu...bunyi air bila Aisyah terjun dalam kolam, Umi tengok yer.. Aisyah dah pandai berenang..'

'Ok nanti kita pergi yer,. Kita tengok sapa yang pandai berenang.. Aisyah lawan Umi nanti yer..'

Musykil ni.. 'Buleh ker saya kalahkan si comel Aisyah petang ni...'
Kita tungguuuuu....

Sabtu, 24 Januari 2009

Skype

Teknologi baru..

Pernah dengar tak skype?
Pernah tak guna skype?
Sebenarnya saya yang tak savvy sangat..
Saya baru tahu pasal skype..

Sebenarnya kita boleh bersembang melalui internet dengan orang lain tak payah bayar line telefon. Caranya guna yahoo mesenger tapi kadang-kadang tak dapat.. Cara satu lagi adalah kita guna skype.



Mula-mula kita pergi ke http://www.google.com/, tekan skype. bila keluar skype, download skype tu.. Pastu kawan kita tu pun kena download skype jugak. Bila dua-dua dah ada skype, kita boleh call, dan boleh jugak sembang suara saja, boleh jugak tekan untuk tengok gambar orang kita tengah bersembang tu..

Kita boleh sembang dengan skype dengan orang sebelah bilik, boleh jugak dengan sebelah rumah. Boleh jugak dengan sebelah taman, kampung, dan buleh jugak dari lain negeri dan negara.. Janji orang tu guna internet ler..



Contohnya Aisyah skype dengan Abah..
Walaupun di mana Abah..
Di sebelah bilik je...
Macam kat bawah ni ler keluar gambar Abah..




Aisyah pun dah skype dgn Aliya..
Jadi bagi yang belum pakai skype.. cubaler buat..
Terutama adik beradik saya dan kawan-kawan kat Mesia..
Download ler skype, nanti boleh kita bersembang..
Teknologi ni ... canggih sungguh!

Sambun Nasihat Belj Luar Negara..Tempat Tinggal

Sambungan..

Hari tu saya kata nak sambung mengenai tempat tinggal kat luar negara.. jadi sekarang saya nak sambung sikit ni..

Saya lihat di kalangan pelajar Mesia ada beberapa pendapat.

1-Mesti cuba usaha dapatkan penempatan yang dekat dengan Universiti tempat belajar supaya senang berulang alik. Tak kiralah dia mahal atau murah atau kecil. Priority dekat dengan Universiti.

2-Tak kisah duduk mana-mana pun janji selesa dan menarik serta memenuhi citarasa English style. Kalau jauh boleh naik kereta atau bas dan sebagainya. Yang penting rumah menarik dan cantik, ada halaman, boleh anak-anak bermain, ada garaj tempat kereta dan ada ruang belakang.

Ada yang berpendapat, inilah peluang sekali duduk negara orang so patutnya all-out untuk duduk rumah cantik. Beli barang dan isi mengikut sekehendak kita, Englisy style... Bila nak balik nanti, kita jual ler barang-barang pada pelajar Mesia yang baru datang. Ada yang pilih duduk rumah dalam Universiti dan fully furnished, ada yang sewa rumah orang fully furnished, separa furnished dan macam-macam..

Pada pendapat saya, apa pun ok. Janji tak membebankan kewangan sebab kita hidup kat sini guna duit biasiswa, duit rakyat jadi bersesuaian sajaler lebih baik. Saya rasa kalau suami belajar dan yang duduk rumah sepenuh masa adalah isteri dan anak-anak, kena ambik rumah besar, supaya ada ruang bergerak dan keluarga takler tension. Koman-koman boleh bercucuk tanam kat belakang rumah bila free mengisi masa lapang.

Kalau kat sini, saya tengok ada pelajar yang belajar di Melbourne University kat bandar sana, tapi duduk di hujung Melbourne sebab dapat rumah lebih murah dan lebih besar. Ada yang pilih nak duduk dalam kawasan ramai Muslim di Coburgh, Dendanong dan sebagainya.

Ada rumah yang kawan-kawan saya dapat, sewanya AUD250 seminggu, maknanya AUD 1000 sebulan. Murah tu.. Ada yang dapat AUD270/week, jadi AUD 1100 sebulan. Ada dapat AUD 290/week, sebulan kenalah dalam AUD 1200. Ada yang ambik rumah AUD 300/w dan sebagainya.

Setakat ini, saya allright dengan apa yang ada. Bagi saya (setakat inilah..lepas ni kalo berubah stand tak tahuler pulak..) saya pikir bahawa nak duduk sini sekejap saja. 3 -4 tahun saja, jadi kalo saya nak rumah yang power2 tu bukan kat sini, sepatutnya kat Shah Alam ler..

Tetiba Teringat

Tetiba Saya Teringat...

Selalunya dulu setiap hari Isnin malamnya saya akan bergegas ke Bangi untuk menghadiri Kelas Darus Syifa'. Rupanya sesi kali ini sudah bermula pada 12 Jan lepas. Kumpulan ke 21, saya dulu kumpulan 20. Mesti ramai macam masa saya hadiri dulu..

Dalam kelas, kita akan dengar ceramah Ustaz Harun Din sepanjang 1.30 jam sambil bersila. Dan saya akan selalu lenguh kaki, lenguh belikat, lenguh belakang dan saya akan pilih duduk tepi dinding supaya saya boleh menyandar atau pilih duduk tempat lapang sikit supaya saya boleh berlunjur kaki. Sekejap pusing kanan, sekejap pusing kiri.. Dan hampir setiap minggu saya akan mengantuk.. (hehe..)

Jumaat, 23 Januari 2009

Indahnyer Pandangan

Burung..
Bilik study saya betul-betul berdepan dengan dahan-dahan pokok.. penuh depan cermin tingkap. Semalam angin sangat kuat sampai saya rasa macam nak tumbang pokok-pokok tu semua..

Semalam memang angin sangat kuat, dalam berita sebut banyak pokok tumbang dan bumbung rumah tercabut. Katanya 100km/hour kelajuan angin.. (betol ker..)
Tetiba ada seekor burung terbang betol-betol hinggap atas ranting depan meja study saya.. Saya pun ambik kamera dan snap segera.. cantiknya dia..Subhanallah..

Tengoklah pokok-pokok yang penuh depan tingkap bilik study saya..
Tetiba ada sekor burung... berhenti rehat ker awak?
Saya zoom dan tangkap gambar dekat.. letih ke terbang awak?
Dia cool jer.. Lepas 3 minit, dia terbang lagi.. meninggalkan saya yang tengah pening-pening lalat baca buku ni.. Babai awak...



Sekarang saya tengah baca buku Islamic Law: Theory and Practice Edited by Robert Gleave and Eugenia Kermeli.. Terbitan Library of Congress.. Buku ni koleksi articles yang dibentangkan dalam Conference bertajuk 'Islamic Law: Theory and Practice' held at Ashburne Hall, Univ of Manchester in June 1995.

2/3 penulis artikel dalam buku tersebut adalah non-muslim mebincangkan mengenai Islamic Law berkenaan ijtihad, fatwa, mufti, islamic court di Israel, di Granada dan ada satu artikel mengenai Syiie. Buku ni ditulis tahun 1995. Ada satu artikel disebut ada dibentangkan oleh Prof Daud Bakar dari malaysia tapi tak diterbitkan dalam buku ni.. Saya tengah nak paham bagaimana pemikiran non muslim terhadap Islam dan Islamic law..

Study Circle 3

Kat Rumah Kami..

Malam tadi study cirrcle 3 dibuat kat rumah kita orang..
Alhamdulillah saya tengok orang yang sama akan sentiasa datang dan ada pertambahan lagi..
Malam tadi dalam 15 orang yang datang.. Saya suka melihat mereka ada minat untuk datang..



Masa nak mula majlis, yang senyum comel tu Ummi Salwa, Coordinator Majlis Study Circle ni.. Semua orang keluarkan Yasin masing-masing dan sapa yang bawak air letaklah kat tengah-tengah..

Lepas baca yasin, saya tolong kawan-kawan setakat yang saya mampu.. saya bacakan fatihah, ayat syifa', selawat syifa' dan juga doa penerang hati kepada semua air-air tu.. Dengan izin Allah semoga siapa-siapa yang minum air yaisn ini beroleh kebaikan, kesihatan yang baik dan ketenangan hati.. Biiznillah.. Allah will..-Lillahi taala..


OIC ker kat belakang tu Na? Pemerhati politik sedang berdiri melihat perkembangan yang berlaku... hehe..

Hari ni Nor isteri Pak Tam yang baca kitab Syeikh Daud Fatani.. Tudung biru tu Nor dan sebelahnya anak sulung beliau..Hari ni kita sambung mengenai mandi wajib, syarat-syarat bersuci dan kisah ulama' Syeikh Daud Fatani yang saya baca dalam buku yang saya dapat di National Library tu..


Inilah muka adik-adik yang comel dan ceria ini.. Semoga ada ler sedikit manfaat dari perkongsian ilmu ini.. Amin . Semoga Allah beri saya selalu ikhlas dalam apa sahaja yang saya kerjakan..



Lepas discussion, kami makan
Makanan punyalah banyak.. semangat betoi!. hehe...
Gie bawak nasi dengan ikan masak asam, Nor bawak meehun, Su bawak nasi ayam, Ummi dan gengnya bawak puding roti. saya pulak masak spaghetty blognese,ada yang bawak buah strawberry, Ina pulak bawak hippopotamus berendam.. hehe.. Badak berendam,..Aisyah dengan Aliya jadi johan makan nombor satu..

Lepas makan, kami solat Maghrib. Malam ni diimamkan oleh Nur.
Lepas tu kami semua sepakat nak join swimming for ladies kat Swimming Pool Ahad ini. Berkumpul jam 5.45pm dan kami semua akan bergerak car-pool ke pool.. Bayarannya sangat murah, AUD4 seorang dan AUD2 untuk kanak-kanak.. 6-8 every Sunday..

Thanks to ALlah...Saya sangat seronok melihat perkembangan ini..amin..

We Will Not Go Down

SUPPORT GOR GAZA

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


“Download” di pautan berikut http://www.michaelh eart.com/ Song_for_ Gaza.html





______________


Palestine Forever By Sami Yusuf

Khamis, 22 Januari 2009

Patut ke Tak Patut??

Sambungan..

Saya banyak dapat soalan dari students saya sebenarnya...
Patut sangat saya jawab..

Sebenarnya patut atau tak patut bergantung kepada beberapa perkara..

Kalau perkara tersebut tak betul pada agama, maka patutnya jangan buat..
Contohnya patut tak buka tudung kerana tunang suruh?
Tak patut, sebab itu berlawanan dengan agama..

Patut tak kita lawan ibu bapa kerana seorang kekasih?
Sangat tak patut kerana restu ibu bapa adalah restu Allah...
Tapi kekasih saya seorang yang soleh..
Bincang elok-elok, jangan bertegang leher..

Patut tak kita bagitau orang kita naik pangkat?
Tengok keadaan.. Kadang-kadang patut untuk kongsi berita gembira..
Kadang-kadang tak patut.. sebab boleh menyebabkan orang jaki..

Patut ker kita biarkan diri kena belasah dengan suami sedangkan Islam benarkan kita selamatkan diri.. Tak patut..
Patut ker kita teruskan hubungan dengan tunang kalau kita sudah dapat bayangkan kerumitan demi kerumitan akan timbul.. Tak patut...
Patut ker tak kita bagitau jiran kita nak pindah..Patut.. Jika tidak boleh timbul fitnah, hilang gitu jer macam pencuri...
Macam tulah dalam semua perkara..


Kita kena buat nilaian sendiri apabila berdepan dengan sesuatu perkara..
Patut atau tidak patut, kita kena fikirkan sendiri, bila kita tanya ramai orang, kita akan dapat banyak pandangan. Namun begitu, akhirnya kita sendiri yang patut buat tindakan.
Jika perkara tersebut bersifat peribadi, ceritalah kepada orang tertentu, jangan cerita kepada semua orang..

Kemudian, dalam menjawab patut atau tidak patut, nilaian ilmu dan tahap mudharat sesuatu keputusan perlu dinilai..
Tanyalah hati kita sendiri..
Apa kata diri kita ?
Tetapi mesti nilai dari kaca mata agama..
Apa kata ibu bapa..
Apa kata orang terdekat?
Apa kata orang sekitar kita..

Jika kita rasa tak patut pergi rumah kawan yang buat kenduri..
Nanti rumah kita pun tak ada orang datang..
Jika kita rasa tak patut tolong orang lain..
Nanti orang pun tak tolong kita..

Jika kita buat gini, apa kesannya..
Jika tak buat gitu.. apa kesannya..
Jika buat ada mudarat, pilih yang tak ada mudharat.

Jika buat dan tak buat - sama-sama dapat mudharat..
Pilihlah yang mudharat lebih rendah..
Dalam agama dipanggil akhaffu al-dharaain..
Dalam bahasa inggeris disebut, Between two evils, choose the lesser one..

Akhirnya buatlah keputusan dengan sebaiknya..
Patut atau tidak..
Timbanglah dengan baik..
Dan bila sudah buat keputusan..
Tetapkan hati, jangan berpatah balik..
Yakin pada Allah.. insya Allah kita telah buat keputusan yang betul!

Apa Patut Kita Buat?

Patut ke Tak Patut?

Kadang-kadang kita berdepan dengan keadaan yang kita tak tahu apa patut kita buat..
Patut buat ker ni ? hii... tak patut ni..
Tak patut betul aku buat macam ni ...
Hii apasal ler aku tak buat.. patutnya aku buat..
Isy tak patutnya aku ni..
Patutnya aku buat macam ni..
Pasal ler aku buat..Patutnya aku tak buat macam ni..
Pernah tak rasa macam tu?
Patutnye pernah rasa ler...


Patut tak saya kaco orang? Tak patut..
Patut tak saya tak kaco orang? Tak patut..
Kadang-kadang kena jugak kaco orang..hehe...

Hari tu ada saya terima beberapa email bertanyakan soalan peribadi...
Plus yang saya tambah-tambah ler..

Patut tak saya bercerai dengan suami saya sebab dia ada affair dengan kawan sepejabatnya..
patut tak saya pergi mahkamah sebab suami pukul saya..
Patut tak saya berhenti kerja sebab saya bergaduh dengan bos saya...
Patut tak saya berkawan dengan opismate saya sedangkan saya tahu dia dah bertunang..
Patut tak saya mintak tolong orang bila saya nak pindah..
Patut tak saya bagitau kawan-kawan saya bila saya naik pangkat..
Patut tak saya bagitau parents saya ada orang nak kawan dengan saya..
Patut tak saya putuskan hubungan dengan tunang saya sebab kita orang tak serasi..
Patut tak saya bergaduh dengan jiran saya sebab saya tak suka dia..

Apa yer nak jawab??

Nanti saya pikir dulu..
Patut jawab ker tak patut jawab..

Besambung lagi..

Rabu, 21 Januari 2009

Takjub...

Apa yang takjub tu?

Takderlah takjub sangat .. tapi kira takjubler jugak..

Saya mencari-cari sesuatu info mengenai Syeikh Daud Fatani. Terasa nak tahu sangat bagaimana latar belakangnya, jadi saya surfed internet, masuk blog ulama' nusantara, web e-pondok, masuk web tokoh islam dan guna google dan sebagainya.. 2 jam saya membaca satu demi satu.. semua biodata tentangnya hanya ditulis dengan ringkas. Saya pergi ke web al-fataniyyah, ditulis ada satu buku bertajuk Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani: Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara; tulisan H.W.M Shaghir Abdullah yang diterbitkan oleh HIZBI Shah Alam tetapi sudah habis dalam simpanan.

Saya cuba surf untuk access buku tersebut, amazon.com dan banyak yang lain semua tulis tiada dalam simpanan, habis stock dan sewaktu dengannya.

Tetiba..

Saya try untuk masuk dalam Library Universiti dan tulis tajuk buku tu... rupa-rupanya buku tersebut ditulis ada satu copy dalam bahasa Malaysia di National Library Australia. Masya Allah.. apa lagi, saya pun apply service document delivery untuk buku tersebut..

Akhirnya selepas 3 hari saya isi borang tersebut, tadi saya dapat email dari Library pagi tadi untuk datang ke kaunter and collect the document tersebut. Subhanallah..

Saya tengah baca ni..

History

Historical Event..

Seluruh dunia memerhatikan kisah bersejarah Obama seorang lelaki kulit hitam menjadi presiden Amerika ke 44. Saya tengok muka dia macam muka orang Melayu, kadang-kadang macam muka orang Jawa, kadang-kadang macam muka orang Indon. Tapi tak nampak macam Black..

Apa perasaan kita meilihat dia naik dan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika?
Tak der perasaan??
Tak ambik pot??
Lantak ler sapa pun jadi Presiden, takde hal punya??
Perasaan bangga sebab bukan Bush lagi jadi Presiden?
Perasaan was was apa sebenarnya dia akan buat lepas ni??


Saya ambik yang terakhir. Saya was was sebenarnya.. Kenapa jadi Presiden Amerika ni besar sangat? Sebabnya Amerika kuasa terhebat dari segi dunia yang fana' in.. bercakap tentang manusia ler, bukan bercakap tentang kebesaran Allah..

Bila menonton Astro kat Mesia dulu, (kat sini, ada 5 jer channel.. semuanya boring pada saya.. hampeh belaka.. saya sangat rindukan TV Mesia..) Abah akan tengok Channel 511 mengenai Documentary. Dan banyak kisah mengenai ketenteraan Amerika, bagaimana mereka buat dan bagaimana mereka berlagak sebagai Polis Dunia..

Justeru, saya memang was was..
Apakah pendekatannya nanti..
Apa kaedah mendekati Muslim and Muslim world..
Apakah yang akan berlaku selepas ini??
Sama-samalah kita nanti dengan mata yang celik , minda terbuka dan jiwa yang peka..
__________________

Ini dari AAP

We chose hope over fear: President ObamaJanuary 21, 2009, 11:19 am
Obama becomes U.S. president and turns page on Bush years January 21, 2009, 10:40 am

Barack Obama became America's first black president on Tuesday in a singular moment of history and proclaimed the nation had chosen "hope over fear" in the face of economic gloom and foreign wars.

"Starting today, we must pick ourselves up, dust ourselves off, and begin again the work of remaking America," the new president told a nation caught in the worst economic blight since the 1930s Great Depression.

Obama, the son of a black Kenyan father and white American mother, laid his hand on the same Bible that Abraham Lincoln used at his inauguration in 1861 to take the oath of office.
He quickly broke with departing president George W Bush's policies on the war on terrorism and the economy, and told the rest of the world America was "ready to lead once more" in an 18-minute inaugural address.

Obama's inauguration, on the steps of the US Capitol which was partially built with slave labour, broke the highest racial barrier in the United States, and may go a long way to consummating civil rights icon Martin Luther King's dream of racial unity.
"We have chosen hope over fear, unity of purpose over conflict and discord," Obama said in a sombre, sometimes poetic inaugural address shot through with optimism that the new president can sail America through its current storms.

"Today I say to you that the challenges we face are real, they are serious and they are many," Obama said, seeking to buy himself time to haul the country out of its current woes.
"They will not be met easily, or in a short span of time. But know this, America - they will be met."

Amid the exuberant celebrations, Obama and wife Michelle left their armoured limousine to twice walk stretches of the inauguration parade route, which wended from the US Capitol back to the White House.

Obama beamed as he waved to the crowds, walking hand-in-hand with his wife down Pennsylvania Avenue, then walked into the White House for the first time as the 44th president.
The crowd on the National Mall numbered at least two million, the Washington Post said, and many in the throng wept as the new president spoke.

Bush looked on as the torch of power was passed, after his turbulent eight years in the White House. As Bush and wife Laura flew over the mall in a helicopter on the first leg of their trip back to Texas, the crowd mockingly sang Na Na, Hey Hey, Kiss Him Goodbye.

In his speech, Obama also sent an immediate message to the rest of the world, and Muslim nations in particular, after America's ties with some of its top allies were tarnished during the Bush years, especially over the Iraq war.

"America is a friend of each nation and every man, woman, and child who seeks a future of peace and dignity, and that we are ready to lead once more," he said.
"To the Muslim world, we seek a new way forward, based on mutual interest and mutual respect.

"We understand that greatness is never a given, it must be earned."

But he also warned that those who would use "terror" and slaughter innocents to threaten the United States would face an uncompromising response.
"Our nation is at war, against a far-reaching network of violence and hatred," Obama said.
"We say to you now that our spirit is stronger and cannot be broken; you cannot outlast us, and we will defeat you."

Obama called on Americans to launch a "new era of responsibility" as the economy sinks deep into recession, brought on by massive stocks of bad mortgages and debt.
"Our economy is badly weakened, a consequence of greed and irresponsibility on the part of some, but also our collective failure to mark hard choices and prepare the nation for a new age."
He also signalled a sharp shift from Bush administration anti-terror policies which critics say have compromised US ideals and the constitution.

"As for our common defence, we reject as false the choice between our safety and our ideals."
He said the United States would begin to "responsibly leave Iraq to its people and forge a hard-earned peace in Afghanistan ."

The new president also said the United States would join other nations in rolling back "the specter of a warming planet."

With expectations running high at home and globally, Obama's team is pleading for patience as it confronts a groaning in-tray of challenges from Gaza to the Guantanamo Bay prison camp.
Obama has vowed to hit the ground running as soon as he takes office, pushing an $US825 billion stimulus package to lift the US economy and vowing to repair the tattered US image abroad.
The new president has also offered talks with US foes such as Iran .

Selasa, 20 Januari 2009

Defend Yourself Aisyah!

Teakwando Class...


"Umi.. Umi ada tak duit nak bayar ni..?'
'Ada.. insya Allah..Umi tak de duit, kita mintak duit abah..hehe...'

Susah hati ker tak de duit?
Takde..
Setakat ini saya tak der lagi seingat saya ...
Saya tak pernah susah hati pasal duit..
Alhamdulillah so far so good..
Kalau terdesak sangat saya SOS ler my kakak-Kak Za in JB.. hehe..
Ada duit, kita beli, takde duit kita diam je lah..
Walaupun saya suka beli, tapi saya selalu ingat mengenai fiqh awlawiyyat..
yang tak penting saya tak beli sesuka hati..

___________

Sekarang kita cite pasal Aisyah lak.
Tadi jam 5pm waktu Melbourne pada hari Selasa tarikh 20 Jan 09, Aisyah mendaftar diri ke Sekolah Hall's Teakwando.. Instructornya ada 6 calit hitam kat pinggang, namanya apa yer.. tadi saya ingat.. sekarang dah lupa dah..

Aisyah dinilai untuk pastikan dia masuk kelas mana...
Best jugak saya tengok Cikgunya test...

'Ok Aisya, let's start with your leg, which one you always use when you kick? ok, put the foot like this..'
'Ok Aisya, show me your palm? ok now you hold like this. I want you to punch this board.. ok using your right hand, punch harder.. ok Aisyah.. good...'




















'Ok Aisya.. if I want to hurt you .. ok I want to grab your head.. defend yourself Aisya.. show me what to do..''






Akhirnya.. Aisyah masuk kelas belt kuning.
Esok jam 4.30 pm kelas formal bermula..
Sebulan $83 sebanyak 5 sesi seminggu.. Bagus ler tu..

Nampak gaya jadual Aisyah kena diubah suai ni.. supaya kelas ngaji dan waktu main kat taman tetap ada walaupun nak pergi kelas teakwando ni..

"Aisyah kenapa Aisyah kena belajar teakwando?
'Sebab Abah selalu pesan Aisyah kena jaga Umi kalau Abah takde.. sebab tu Aisyah kena belajar Teakwando..'

'Good girl...'
amin

How I describe Myself?

Who am I..

Saya ni sebenarnya seorang yang sangat simple..
Saya tak suka beli barang berjenama, bahkan saya tak kenal pun nama-nama brand power-power..
Bila nak beli -saya akan beli jer..
Saya sebenarnya tak suka pilih-pilih, nak beli, ambik terus..
Saya selalu takjub dengan orang yang banding-bandingkan harga barang..
Kenapa kena banding, beli jer ler..
Kalau pergi pasar malam ker, supermarket ker.. saya ambik-ambik barang dan terus bayar..
Kalau ada orang tanya yang ini berapa sekilo? Yang ini berapa harga? Saya tak tahu..
Sebab tu kalau pergi dengan Abah, saya selalu kena tegur..
Saya suka pergi ke Supermarket..pastu saya mesti beli barang biar siketpun..
Janji ada barang, tak boleh pergi balik tangan kosong..
sebab pergi tu dah makan masa..
Kat Mesia saya buat macam tu..
Sampai sini pun saya belum boleh ubah lagi..
Sekarang saya sudah pokai..
Saya baru dapat email dari Bendahari UiTM..
Katanya "Kami akan masukkan duit elaun puan pada penghujung bulan Mac nanti.."
Ya Allah.. lambatnyer.. duit saya dah habis..
Saya baru balik dari Target dan Coles..
Tadi saja baru habis $200
Apa saya dah beli yer..
Teruk betol saya ni..
Oh.. duit oo.. duit..

Isnin, 19 Januari 2009

Isnin 19 Jan 09

Monday

Tadi Umi ke office dari jam 12 sehingga jam 6 petang. Hari ini Umi masak tomyam.. best..

Jam 6.15-7.30 bermula kelas ngaji untuk 4 orang secara formal ... hari ini hari pertama bagi Arash dan Wawa dan minggu ketiga bagi Aliya dan Aisyah. Lepas ngaji main-main dalam rumah.. main mak-mak, main tolak-tolak, main sekolah-sekolah, main princess-princess.. Sian Arash sebab he is the only boy, so dia tak nak join akhirnya dia tengok TV cerita Ninja Turtle..

Jadual Aisyah :

Isnin- Jam 6-7 Ngaji Quran dan Jawi, 7-8pm ke taman main scooter

Selasa - Jam 5-7- Kelas Teakwando, esok mula sambung tali pinggang kuning..

Rabu- Jam 6-7 Ngaji dan Jawi, 7-8 ke taman main scooter

Khamis- Jam 6-9 pm- ikut Ummi pergi Study Circle

Jumaat- 6-7pm- Ngaji dan Jawi, 7-8 pm ke taman main scooter

Sabtu- - acara bebas

Ahad- 6-8 swimming .. yeaa.. Umi pun ikut swimming sekali.. bestnyer

Ahad, 18 Januari 2009

I was there!

Support Gaza in the Melbourne City

Pagi tadi 18 Jan 09, jam 11 pagi, kami naik bas ke Melbourne City..
with one intention..
to show our support for Gaza...

Sampai saja, kami terus ke Big W, Bangunan Shopping Complex di hadapan State Library tempat diadakan Rally. Tengok-tengok barang siket, akhirnya beli coklat dan baju untuk Aisyah, lepas tu naik ke tingkat tiga untuk makan-makan. Hari ini juga saya akan berjumpa dengan Dr Ruziaton, seorang aktivis NGO Islam as Ketua Wanita JIM Selangor yang sedang membuat attachment di Medic Fac Monach University. Seronoknya dapat jumpa Kak Ton.

Seperti biasa, kami bawa bekal untuk lunch. Kali ini lagi special, saya masak meehun goreng tapi ramai peminat.. hehe.. Aliya tambah 2 kali, Aisyah tambah dua kali.. Ina pulak cuba recipe baru, she bakes lasagna.. fuhh terernya..Kami makan sama-sama..Alhamdulillah..

Selesai makan, kami berjalan ke Victoria State Library, jam baru kol 1.20 pm, rasanya baik kalau ke Masjid di Jalan Jefffscot dulu untuk solat tapi tukar fikiran selepas tengok orang sudah mula ramai dan semangat rally juga nampak hebat dan membara.

Saya bersembang dengan seorang nenek yeng sudah tua.. dalam 65 tahun, saya ambik gambar dia dengan Aisyah tapi tak jadi gambar tu. Mulanya dia yang start the conversation.

Katanya..'This is a very special day.' Then I answered ..'Yes, I'm here to show my support for Gaza. Are you here for this event?' Then she answered with a very impressive remarks, 'Yes, I come here purposely for this rally. We should support Palestine. Pity to those people..you are a good person because you come for this rally'...' Dia tanya saya asal negara mana.. Bila saya tanya dia asal mana dan duduk mana, katanya dia orang Australia, berasal dari Melbourne dan sekarang tinggal di East Melbourne.. Kagum saya melihat kesungguhan dia.

Kami telah menuju ke meja untuk sign petition..


Saya sedang sign petition support Palestine...

Sapa ni? Oooo these are the ladies with brave hearts from Malaysia..amin..

Saya dengan Dr Ruziaton...

Orang makin ramai di tangga library..

Ini tangga tengah yang lebar tu dah mula penuh dengan orang.


Ini adalah meja-meja di tepi jalan. di situ ada dijual lencana anti israel, Free Palestine dan sebagainya. Saya beli empat untuk dipakai di baju masing-masing..


Majlis bermula dalam kol 2 lebih siket di mana ada yang menjadi MC dan menjemput beberapa orang memberi ucapan yang berani dan menarik. tapi speaker tak berapa kuat. Saya tak dapat dengar sepenuhnya ucapan mereka.

Ramai members yang membawa sepanduk, banners, flags dan macam-macam untuk menzahirkan simpati kepada Palestine. Saya nampak ada budak muda yang bawak anak patung dibalut dengan kain putih penuh darah dan ditulis.. 'Israel, you killed this baby!' dan banyak lagi ..




Ini adalah crowd di hadapan tangga utama Library. Semuanya memandang ke jalan raya kerana ada satu van yang menjadi pentas tempat speaker berucap.

Saya berdiri di sebelah kanan speaker.. Yang sedang berucap disebut namanya adalah Brother Nasir. Sepatutnya Mufti Australia hadir tetapi MC umumkan katanya pagi tadi tiba-tiba Syeikh Mufti jatuh sakit, jadi ucapannya dibaca oleh Brother Nasir. Antara yang saya dengar adalah ..'In the name of Allah, Most Gracious Most merciful.. I urge israel to stop the massacres.. May Allah help Palestine and all the Palestenian people.' Sebelum wakil Mufti adalah wakil Church of Australia yang berucap.


Semua orang mendengar ucapan dengan semangat. Ramai yang saya tengok hadir adalah orang puteh dan orang Arab dan yang belah-belah East sana..
Saya cukup pelik bila saya bersembang dengan salah seorang AJK Penganjur, seorang remaja lelaki orang puteh dari La Trobe Uni yang sibuk membahagi pamplets etc, katanya the main organiser is Socialist Society. Then saya tanya, 'Where is the Islamic group from Melbourne? I thought they are the organiser for this rally.. ' Katanya..'We are the main organiser, but we work closely with 10 other societies in Melbourne..'
Walahua'lam..
Di tepi saya ada budak-budak muda dari East membaca bendera Arab Saudi dan lain-lain..


Flags ditiup angin...


Antara banners dan crowd yang ada..


Ramai budak-budak membawa bendera palestin dan balut badan mereka dengan bendera tersebut..
Apabila bermula Marching dalam jam 3.10pm, those who carried the flag dok depan, mereka di atas berada di atas jalan raya dan marching ke Parlimen
Saya lihat ada dua-tiga kereta polis depan State Library. Mereka akan tolak orang (tolak dengan mulut ..) supaya ke tepi jangan duduk atas lane tram.

Dalam jam 2.40 pm, lane tu terus takde tram lalu dah. Polis tutup laluan tram depan Library untuk benarnkan rally berlangsung dan mereka terus berarak beramai-ramai ke Parlimen.. ..

Selepas mereka mula marching, kami tidak ikut serta kerana Aisyah, Aliya dan Uwais sudah tersangat restless dan mengantuk.. Tapi Dr Ruziaton terus ke depan bersama members of the rally yang lain. Kami pulak terus berjalan ke tempat bas, balik rumah dan solat zohor di rumah .. Alhamdulillah.
___________________
Di bawah adalah laporan dari akhbar online thewest.com.au
Melbourne protesters condemn Israel-Gaza war
18th January 2009, 14:45 WST ;

Israel’s announcement of a ceasefire in Gaza has not deterred thousands of Palestinian supporters from marching in Melbourne to condemn the violence.

As many as 12,000 people gathered on the steps of Victoria’s State Library on Sunday in support of Australians for Palestine, waving Palestinian flags and carrying placards calling for an end to what was described as a “massacre”.

Israel held its fire in Gaza today after declaring a unilateral ceasefire in its 22-day onslaught, which has killed more than 1200 Palestinians.

South Australian Greens senator Sarah Hanson-Young welcomed the ceasefire announcement but said Israel must now withdraw its troops from Gaza. “Without that, we’re not really achieving stability and we’re not really putting ourselves in the best position for peace in the long term,” she told AAP at the rally.

“We must ensure that countries like Australia, regardless of whether there is a ceasefire or not in the next few days, still come out and condemn the disproportionate violence that has been going on.”

Senator Hanson-Young also addressed the crowd, calling on Prime Minister Kevin Rudd to openly condemn the situation in Gaza. “It’s time Prime Minister Rudd condemns the violence in Gaza,” she told the crowd. “It’s time Prime Minister Rudd gives Australia something to be proud of.”

She said the government should call for the immediate withdrawal of Israeli troops from Gaza.
The protesters, estimated to number 12,000 by Australians for Palestine organisers, marched from the library to the steps of the Victorian parliament.

Other speakers included former Democrats leader Lyn Allison, Australian Council of Trade Unions international director Alison Tate, and cartoonist Michael Leunig.

A special service for peace was expected to be held at Melbourne’s St Paul’s Anglican Cathedral later on Sunday afternoon, attended by Anglican Archbishop of Melbourne Dr Philip Freier and World Vision chief Tim Costello.

A solidarity meeting to show support for Israel, organised by members of Melbourne’s Jewish community, will be held on Tuesday.

MELBOURNEAAP -->

Sabtu, 17 Januari 2009

Bersembang Positif

Sembang-sembang

Kita memang suka bersembang. Manusia tabiienya suka bersembang. Kerana itu manusia diertikan sebagai hayawan al-natiqin.. Haiwan yang bercakap..

Kerana itu juga adanya bahasa menjadi perantara bersembang. Bagi yang bisu, isyarat tangan sangat penting... asalkan dapat bersembang.. Pointnya semua kita suka bersembang..

Medium bersembang pula ada banyak...Kita bersembang guna bahasa yang sama-sama difahami. Guna lisan, guna tulisan, guna kertas, guna sms, guna yahoo mesenger, guna skype, guna tepon, guna fax dan lain-lain..

Kerana itu..

Apabila tak ada orang untuk dilawan bercakap..
Kita akan rasa sangat boring dan kosong..

Justeru.. bersyukurlah selalu sekiranya kita boleh bercakap, boleh bersembang dan ada orang sebelah kita untuk diajak bersembang..

Dengan itu, kita akan selalu mensyukuri erti hidup, erti persahabatan, erti kawan dan taulan.. dan erti sembang itu sendiri..
__________________


Naji's Mum

Tadi saya bersembang dengan Oo.. a lady from Thailand yang berkahwin dengan orang Perth. Dia tinggal berdekatan dengan tempat saya tinggal. Sementara dia menemani anaknya Naji main scooter, saya pulak menemani Aisyah main scooter .. (seronok sangat dia main scooter yang dihadiahkan oleh Untie Ina dan Uncle Ibrahim.. thank you yer..)

Saya bersembang dengan dia pasal weather, bersembang pasal winter to come, about study here. Akhirnya about life. Dia tanya saya jam berapa bangun. Saya kata jam 5.15pagi untuk perform prayer. I am a Muslim, need to perform five times prayers a day. Dan dia terkejut..

Lepas tu dia tanya, apa yang dibuat masa prayer, why so early? Aisyah should wake up too? Don't you feel pity to wake her up at that hour? How about other Muslims? Are they wake at the same time like you? Are they doing the same prayer like you? Does Aisyah need to wear like you?

Saya pun bersembanglah..
Saya cakap....'Yeaa Aisyah is sill in the process of learning. I will try to wake her up, but she can continue her sleep after that. We call the prayer as Subuh. The time is from 4.06 am up to 6 am. So I can perform within the period. if I sleep early, I'll wake up at 4.15am. If I sleep late, maybe I wake up at 5.40am. But cannot exceed 6.am. If not we are liable before our God.. Aisyah is still young... but I have to teach her.. All of Muslims have to do the same. bla bla..

Lama juga kami bersembang..

Saya tanya dia, 'how do feel living in Melbourne? Is there anything different after getting married to Australian? with different culture. How about your religion and your husband? bla bla..

Akhirnya kami pun balik..

Saya teringat my friend Ina yang bercerita last week, katanya, she read one article written by Dina Zaman, Dina said, pelajar yang Gomen hantar pergi oversea bercampur dengan sesama Mesia, tak bercakap dengan orang luar, tak improve their english dan for sure tak de pun usaha sampaikan Islam melalui percampuran dengan bangsa lain..

Ada betul jugak dan ada tak betul dalam statementnye itu. But my mind keeps thinking about the statement..


Ituler citenya..Bersembang baik ada manfaat, bersembang tak baik, takde ler manfaat..
Justeru, marilah kita sama-sama memanfaatkan 'persembangan' kita ke arah yang positif.. amin..
(ada ker istilah persembangan dalam DBP? Rasa cam takde... hehe..)

Kawan-kawan BTN Ulu Sepri

Adik-adik yang bijaksana..

Saya dapat email dari adik-adik yang sama-sama BTN di Ulu Sepri dengan saya pada bulan Jun tahun lepas. Dah lama tak dengar berita jadi tak tahu di mana mereka semua berada. Dalam kumpulan kami hari tu ada dalam 12 orang. Rupanya-rupanya sebehagiannya telahpun terbang menyambung pelajaran masing-masing.

Saya rasa happy sangat mendapat tahu bahawa semua mereka berjaya meneruskan pengajian. Puteri Zubaida dah berada di Cardiff, UK.
Maziah pula dah berada di Hamburg, Jerman.
Seri Merianti pun nak ke Jerman very soon.
Pardon pulak dah 4 bulan di Seoul, Korea..
Salwa pulak dah 2 bulan di Perth.
Haliza dah fly ke UK
Jasmi pulak ke Finland.

Majoritinya berada dalam winter sekarang ini di sebelah UK, kecuali yang di sebelah Australia sekarang summer. Yang paling takjub adalah Jasmi, sekarang winternya -14 degree dan akan mencecah -20 degree.. Hiii sejuknyer......

Saya tak dapat nak bayangkan betapa menggigilnya saya kalau ada kat situ.. Kata Jasmi, dia pakai baju sampai 8 lapis sebab sejuk. Ya Allah.. takutnye dengar..Katanya belakang asarama tempat dia duduk ada sungai, dan sekarang sungai tersebut dah jadi beku macam air beku... sejuknya masya Allah..

Semoga semua orang akan beroleh kejayaan dalam pencarian ilmu yang panjang ini. Dengan iringan doa semoga ALlah memudahkan setiap laluan hidup kita..Kalau ada rezeki, pakat-pakat ler simpan duit nanti boleh kita ziarah menziarahi nanti.. Mana ler tahukan.. amin.

Jumaat, 16 Januari 2009

Study Circle 2

Study Circle Siri 2

Semalam 15 Jan petang siri kedua kelas kerohanian diadakan di rumah Atikah. Saya cadangkan dipanggil Study Circle dan semua setuju. ALhamdulillah ramai jugak yang datang, lebih ramai dari minggu lepas. Kalau ikut plan asal kami akan mula baca yasin jam 6.30 dan discussion mula jam 7pm sampai 8 pm. Lepas tu majlis makan-makan seperi kebiasaan pada jam 8-8.40mlm dan barulah solat maghrib. Maghrib masuk jam 8.45 malam kat sini manakala isyak pula jam 10.38 malam.

Petang semalam saya terlambat balik dari opis, di tambah pulak saya terpesona dengan kereta KEMBARA, jadi saya sampai rumah jam 6.10 malam. Saya dengan Ina plan nak ke kedai Pakcik Somalia dulu untuk beli pizza Halal untuk dibawa ke majlis tersebut tapi sebab lambat tak jadilah...Sampai rumah Atikah dalam jam 6.45 malam.

Lepas sembang sekejap, kami terus mulakan bacaan yasin. Ramai yang bawa air mineral dan kami letakkan ditengah-tengah bulatan. Lepas baca yasin, saya ambik semua air dan bacakan sedikit lagi ayat-ayat syifa', ayat penerang hati dan tiupkan pada air. Mudah-mudahan dengan izin Allah ia menjadi penawar untuk kami yang meminumnya.. Bi iznillah.. amin..

Lepas tu saya buka buku jawi yang sama, tulisan Syeikh Daud Fatani dan saya kata, semua orang try baca sikit sorang -lepas tu saya akan explain setakat yang saya tahu. Tajuk kali ini berkisar mengenai haid, nifas, wiladah, istihadhah, wudu' dan saya kaitkan dengan situasi di sini. dengan suasana sejuk dan kurang air. Bagaimana kadang-kadang kita bertemu dengan masyaqqah(hardship) maka kita diberi ruhksah (kelonggaran ) oleh Allah. Saya huraikan prinsip fikah Almasyaqqah Tajlibu al-Taysir (Hardship begets facility). contohnya tak air air, kita boleh tayammum. Terlalu sejuk kita boleh basuh khuf dll.

ALhamdulillah... Banyak discussion dua hala, saya seronok melihat semua orang ceria, gembira, dan saling bertanya soalan dan saling menjawab juga.. bagus sungguh. ..

Bab makan diluar jangkaan saya sungguh.. isyyy best bangat! Gie bawak nasi beriani dengan ayam beriani, Tikah buat susyi, Diana buat pasta, Faliq buat bubur kacang hitam. Azra bawak mushroom soup, ada buat garlic bread, cekedok, ada bawak kek buah.. wahhh sedapnya saya makan kenyang.. Saya cuma bawak telekung jer.. Sambil buat joke, saya kata.. 'Cikgu datang lambat, pastu tak bawak apa2 ni..'Semua ketawa dan kata..'takpe.. takper..'

Saya pergi tangan kosong, tapi balik tak kosong pulak. Bila balik saya bawak balik 4 tupperware iaitu satu tupperware pasta, satu tupperware isi kek coklat, mushroom soup dan susyi... ahhh baiknya adik2 ni.. siap bungkus dalam plastik untuk saya. Aisyah dan Aliya ikut, tapi asyik main jer.. ..

Kenyanglah kami untuk bekal breakfat esok harinya.. hehe..
rezeki rezeki.. Syukur pada Allah..

Kami semua sampai rumah jam lebih kurang jam 10 malam..
Semoga saya dan semua bahagia selalu..amin

Khamis, 15 Januari 2009

Kisah Ceria

Ceria

Masa saya balik dari pejabat di faculti tadi dalam jam 5.45 pm waktu Melbourne, saya jalan kaki melepasi tempat parking kereta. Kereta tak banyak tetiba saya ternampak sesuatu...

Hati saya rasa sangat gembira..
Apa yang saya nampak tu??

Saya nampak kereta KEMBARA di AUSTRALIA.. saya rasa sangat berbunga hati saya sebab dalam ribu-ribu kereta, ada yang pakai kete Mesia.. seronoknya..

Saya terus ambik gambar menggunakan tepon NOKIA saya..
Walau beribu batu, kereta Mesia rupanya ada kat sini..
Saya rasa bangga sangat...



Inilah kete KEMBARA tu..
Sapa yang punya yer.. saya rasa nak tanya jer tuan dia..Tadi saya plan nak tunggu jer nak tengok sapa yang bawak.. Pastu rasa nak gi tanya dia soalan.."How do you find our Mesian car? Why do you buy this car instead of Ford or Toyota..Do you think that Mesian car has a great potential here...'
Boleh ker tanya camtu... hehe...


Ini pula adalah mesej motivasi yang saya tampal di dinding rumah saya. Saya beli ni kat Petronas Station Seksyen 6 Shah Alam sebelum saya datang..
Tiap-tiap hari saya akan baca dan merenung dalam diri... memberi semangat kepada diri saya sendiri bahawa.. 'Aku boleh! Mesia boleh!.. Gambar motivasi macam ni sangat bagus, ia boleh membina semangat dalaman kita.. Pergiler beli kat Petronas yer..


Sapa yang comel ni? Adoii comelnya dia..
Umi baru lepas syampukan rambut dia, pastu pakai baju tuala yang Cik Na kirimkan tu..
ceria sakan dia..



Aisyah ni sekarang berada dalam bilik study Umi..
Inilah bilik study Umi.. bersepah-sepah sikit ler..

Rabu, 14 Januari 2009

Manuskrip Melayu Lama

Selesai Sudah Research IRDC Manuskrip Melayu


Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana saya berjaya menyelesaikan research yang terhutang dengan UiTM sebelum saya ke sini.

Saya telah berjaya menyelesaikan proses menukar aksara dan membuat analisa ke atas manuskrip Melayu hasil tulisan tokoh terbilang Syeikh Daud al-Fatani..
amin ...

Kajian ini didaftarkan di bawah IRDC UiTM mendapat gran FRSG. Saya membuatnya bersama dua orang kawan iaitu Kak Pah dan Nurul dengan dibantu oleh Eva. Selepas membahagi tugasan, saya sebenarnya membuat proses penukaran aksara sebahagiannya, kemudian semua orang mengrimkan kepada saya untuk dibuat pruf-read, membetulkan setiap perkara, memastikan sususan tersusun mengikut kehendak IRDC dan memastikan ia boleh diserahkan kepada pihak UiTM.

Memang sangat letih. ....
Tapi saya sangat teruja membuat kerja ini..

Saya fokus membuat perkara ini dalam 2 minggu ini dan beberapa kali saya tidak tidur untuk menyelesaikan nya. Semua kerja pembacaan untuk belajar saya tolak tepi dulu. Akhirnya dengan izin Allah saya berjaya menyempurnakannya .. Syukur

Membaca buku ini membawa saya meneroka ke zaman datok neneek moyang kita terdahulu. Hebatnya ilmu mereka dan bersungguhnya mereka ingin menyebar ilmu dengan menulis tangan. Kita hari ini ada komputer, boleh fotostat berapa copy kita nak, sedangkan dulu... bayangkanlah kesungguhan mereka.. Kerana kesungguhan dan pengorbanan mereka, kita mendapat cahaya islam di Tanah Melayu..

Buku tersebut selesai ditulis oleh Syeikh Daud Fatani pada Hari Isnin 13 Rejab 1252H dan saya telah selesai menukar aksara, membuat analisa dan menyusun dalam bahasa rumi pada hari ini Rabu 5 petang waktu Australia iaitu 14 Januari 2009 bersamaan 17 Muharram 1430H.

Bayangkan...
Buku tersebut yang ada di tangan saya sekarang ini berumur 178 tahun..
Semoga Allah memberi pahala sebesar-besarnya kepada Syeikh Daud Fatani atas peninggalan kitab besar ini.. Dan semoga saya juga diberi Allah pahala dan mendapat percikan keberkatan dari Syeikh berjasa ini. amin

amin thumma amin..
_____________

Siapakah Daud Fathani? Apakah isi kandungan tulisan tangannya itu?
Saya akan ceritakan dalam entry selepas ini..




Ini adalah muka depan manuskrip tersebut yang bertajuk Sullamul Mubtadi..


Muka surat tengah... Saya tunjukkan juga gambar MAMEE yang menemani saya masa buat kerja ni... MAMEE ni boleh dibeli di kedai Vietnam kat sini, tulispun tulisan Rumi untuk dijual di Malaysia. Saya makan MAMEE nya saja, perencahnya saya buang... (saja nak maklumkan.. hehe..)





Inilah muka akhir manuskrip tersebut....
Seronoknya saya..
Hanya Allah yang tahu..
p/s Ujian Cepumas..
Jika anda ingin tahu tahap keboleh bacaan jawi lama anda, klik atas tulisan buku tersebut. nanti dia akan jadi besar. Jika anda boleh baca, maknanya jawi anda ok. Jika tak boleh baca, kena masuk kelas jawi semula macam cerita P Ramlee Bujang Lapuk..

Pengajian Muslimat

Study Circle

Alhamdulillah minggu lepas majlis kerohanian yang pertama dianjurkan oleh adik-adik single Muslimat di sini telah mendapat sambutan yang baik. Untuk minggu ini, Umi Salwa sebagai Coordinator telah berbincang dengan saya untuk meneruskan kelas kedua pada esok hari yang akan diadakan di rumah Atikah. Saya sangat suka melihat ada yang berminat, semoga majlis sebegini akan dapat diteruskan dan saya berjanji untuk memberi bantuan setakat yang saya terdaya. Berkongsi sedikit ilmu yang Allah kurniakan dengan mereka yang berminat..

____________________

Di bawah adalah email maklumat majlis yang dihantar oleh Umi Salwa kepada yahoogroup tempat kami..


salam..
Alhamdulillah sambutan kelas agama yang kita laksanakan minggu lalu nampak memberansangkan dengan kehadiran warga muslimah bundoora..
Insyaallah minggu ini akan disambung santapan rohani @ Study Circle yang akan dilaksanakan seperti berikut, insyaallah;-

tempat- 13, MAIN DRIVE
tarikh- 15 Januari 2009
hari - khamis
masa- 6.30pm-9pm

tentatif:-
baca yasin 6.30-7pm,
Discussion 7-8pm
Makan 8-8.40
Solat 8.45-9mlm.

kita akan mulakan konsep pot luck untuk tak membebankan tuan rumah. di samping masing2 dapat mencuba resepi untuk santapan bersama..

Topik yang akan disampaikan adalah sambungan Fiqh Ibadah al-Nisa' (Mengenai urusan ibadah2 dan fiqh berkaitan perempuan seperti haid berapa lama, haid terputus-putus, istihadhah, kiraan nifas lepas bersalin, wiladah, bersihkan najis anak baru bersalin dan sebagainya.. .)

jangan lepaskan peluang untuk bersama2 mengimarahkan study circle ini and see you there..

THANK YOU & BEST REGARDS
______________

Saya sangat suka melihat perkembangan ini.. Semoga Allah memberi saya kekuatan dan keikhlasan kepada saya dalam beramal. amin thumma amin

Sambung Nasihat Belajar Luar Negara

Sambungan..

Ada yang tanya saya, 'Elok tak nak duduk hotel bila sampai sini? Atau lebih elok tumpang rumah orang?'

Pada pendapat saya,

'Tengoklah pada keadaan dan kita buat nilaian yang baik. Kalau duduk hotel, ia selasa tapi banyaklah kena bayar. Ada yang kena lebih AUD 1000 untuk duduk motel/hotel seminggu lepas sampai. Tapi positifnya kita bebas nak buat sesuka kita dalam bilik hotel. Jika duduk tumpang rumah orang, positifnya mungkin kita tak perlu bayar tapi mungkin negatifnya ada.

Jika menurut hukum tetamu, Islam kata tetamu yang datang rumah kita wajib dilayan dengan baik. Tahap tempoh menjadi tetamu adalah 3 hari. Kalau kita ada anak ramai dan mungkin tak bebas, bising dan lainnya, maka ada kemungkinan kita mengganggu tuan rumah pulak.

Tapi bagi yang ikhlas, apatah lagi yang berpegang kepada prinsip 'Saya tolong awak hari in. Mudah-mudahan waktu saya esok, ada pula Allah hantar orang lain untuk tolong saya.' maka 3 hari atau 10 hari mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka...

Untuk lebih memudahkan urusan mencari rumah, mungkin elok juga jika sorang datang dulu, tumpang sorang dengan tumpang ramai ahli keluarga berbeza keadaannya. Bila dah dapat rumah, barulah pasangan dan anak-anak menyusul.. Mungkin itu lebih baik.. Ini sekadar pendapat saja bagi yang tak dapat duduk Mesian Hall atau duduk hotel atau tak dapat sewa rumah orang yang balik Mesia collect data.

Ada yang emel saya tanya mengenai garage sale nak beli macamna kat sini. Saya letakkan web yang boleh dicari iaitu http://www.egaragesales.com.au/

Nanti saya jawab mengenai agen rumah pulak lepas ni..
setakat yang saya tahu lah..

Selasa, 13 Januari 2009

Nasihat Belajar Luar Negara

Sekadar Pendapat jer..

Selepas sebulan lebih berada di Melbourne dan bersembang dengan kawan-kawan yang ada di sini sambil membuat pemerhatian sendiri, saya merumuskan beberapa perkara penting sebagai persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Tapi rumusan ini bukanlah berkenaan dengan pembelajaran PhD sebab saya pun belum ke mana-mana lagi dalam perjalanan yang panjang ini. Hanya sekadar pendapat bagi membantu orang-orang baru yang akan bertolak selepas ini.. Oleh kerana ia adalah sekadar pendapat saya, maka sudah tentu ia tidak mempunyai sebarang ikatan undang-undang kepada mana-mana pihak sama ada yang hidup atau pun yang mati.

Perkara Penting Sebelum Bertolak

1- Mengenai plan going abroad.

Mesti berbincang dengan pasangan supaya mind setting kedua pihak clear dan bersedia. Jika isteri yang belajar, suami adalah tunggak kejayaannya. Jika suami tidak memberi sokongan, ia boleh membawa masalah lain bersangkutan satu demi satu.

Ada yang bertanya kepada saya dulu, 'Wajar tak saya pergi belajar oversea tapi suami tak benarkan?'
Jawapannya ;'Tidak wajar dan tidak boleh sama sekali sebab izin suami adalah a must'.

'Suami benarkan saya fly tapi dia tak mahu ikut.'
Jawapannya, 'Listkan kepentingan dalam hidup. Itu namanya fiqh awlawiyyat. Apa yang terpenting dalam hidup sebagai isteri, ibu, anak kepada ibu bapa dan juga sebagai pekerja? Jika pergi boleh membawa rosak rumah tangga, anak-anak terbengkalai, fikirlah dua kali. .. fiqh awlawiyyat maknanya meletakkan sesuatu mengikut kepentingan...'

Jika datang satu family dengan anak-anak, suami perlu fikir nak kerja apa kat sana? Jika perlu jadi 'nanny' maka mind perlu bersedia, jika tidak tension 600% nanti kerana tak ada kesediaan minda dan jiwa untuk membuat perkara tersebut. Kat sini, saya tengok ada yang jadi 'nanny' sepenuh masa, ada yang kerja di kedai pizza halal, ada di kedai dobi, kedai cuci, jadi 'pengantar surat khabar' dan lain-lain. Jika ada kepakaran teknikal seperti pandai komputer, pandai pasal kereta, electrik dan lain-lain lagi senang dapat kerja.



2-Persediaan untuk anak-anak.


Jika anak sudah besar, mereka mempunyai jiwa dan kenangan, maka perlu berbincang dan maklumkan plan kita. Buatlah satu majlis makan untuk dia maklumkan dan raikan kawan-kawan rapatnya dan kawan-kawannya raikan dia sama ada dengan hadiah atau tanpa hadiah. Ia akan menjadi kenangan manis untuk mereka bahawa perpisahan berlaku antara mereka. Jika main tinggal jer, saya kurang setuju kerana anak-anak yang dah besar ada kenangan dan mereka akan bercerita tentang kenangan manis atau pahit yang mereka alami.



3- Bila nak fly

Lebih baik fly masa nak masuk summer atau during summer. Tak kisahlah ke Australia atau ke mana-mana negara. Badan tak terkejut sangat dengan perubahan cuaca. Jika datang masa winter, sejuknyer... Lagi satu bila kita sampai kita tak tahu apa benda yang perlu dibeli, jadi baik kita datang masa cuaca lebih kurang Mesia. Bila dah settle down, baru kita boleh tanya dan sembang-sembanag dengan kawan-kawan yang dah ada , barang apa yang nak beli .. nak beli quilt, electric blanket, pillow, towel etc kat mana murah dll.

Saya tengok kebanyakan yang datang dan nak cari rumah, dalam 10-14 hari baru dapat rumah. Jadi perlu fikirkan nak duduk di mana masa sampai dalam 2 minggu tu. Saya dulu bertuah sebab Mesian Hall belum direpair dan saya memang dari awal lagi dah plan nak duduk Mesian Hall, kerana saya rasa lebih bebas, ada privacy, tidak sangat menyusahkan orang dan kita bayar pun murah.

Ada juga yang sewa rumah pelajar yang balik Mesia untuk collect data. Biasanya kat sini seminggu dalam AUD280-300, maknanya kalau kita sewa rumah orang dua minggu, kita dah tahu kena bayar dalam AUD 600. Ada juga yang duduk menumpang rumah kawan-kawan. Tengoklah yang mana sesuai dengan kita dan keluarga.

4- Duit nak bawak

Bawaklah cash dalam AUD 5000 ke 10,000 jika ada. Sebabnya banyak perkara kena beli dan kena bayar masa mula-mula sampai. Makanan, barang asas dan sebagainya serta rental, bond semuanya perlukan duit. Jika guna kad kredit dari Mesia, rasa saya lebih mahal cajnya. Itu yang berlaku pada saya. Semuanya saya bayar guna Ambank Credit Card sebab saya cuma bawa cash dalam AUD2000 sahaja. Hari tu masa nak beli barang, saya banyak minta tolong dari Ina tunjukkan mana tempat yang murah, Hot Bargain, Viatnamese shop, apa yang perlu dibeli, blanket jenis apa untuk tahan sejuk dan lain-lain.

Secara umumnya untuk membeli barang-barang asas rumah sewa, kita perlu dalam AUD 3000 termasuklah meja, sofa, peti sejuk, mesin basuh, dryer, kelengkapan dapur, kelengkapan belajar sendiri dan anak-anak, beli baju dll. Jika ada yang suka beli barang murah boleh beli di SAVERS, Garage Sale atau dari orang nak pindah dan juga dari mereka yang dah nak balik sebab habis belajar..

Kita kena peramah dan ringan mulut untuk bertanya. Dengan jadi peramah, senang didekati, murah senyum dan senang bersembang, banyak maklumat yang membantu hidup kita di negara orang dapat kita perolehi..


Kereta murah untuk 5 seaters yang baik condition boleh dibeli dalam AUD 2000-5000 di sini . Bagi yang anak ramai, kena beli 7 seaters dalam AUS 8000-10000. Bagi yang ada anak kecik, kena beli baby seat dan kelengkapan lain bersesuaian. Semuanya perlu duit. Jadi kena ada duit dalam poket.

5-Persediaan Barang Nak Bawak

Bawaklah barang yang perlu sahaja. Antara yang perlu adalah buku-buku asas untuk kita dan juga buku latihan anak-anak. Kain telekung, sejadah, Quran, muqaddam atau iqra' mana yang besesuaian mesti diletakkan dalam beg. Jangan jadi macam saya, tertinggal Quran sampai terpaksa mintak diposkan dari Mesia. Kita boleh juga dapat Quran tranlation Yusuf Ali di office Islamic Centre tapi ia perlu masa untuk pergi ke sana. Baju kurung bawaklah dalam 4-5 pasang. Ia digunakan terutama dalam majlis bersesuaian, hari raya, ceramah agama dan lain-lain.

Pada saya, kat sini sejuk dan berangin. Jadi tempat berangin eloklah pakai seluar panjang sebab kalau pakai baju kurung dan kain, ia boleh terangkat, terbang dan sejuk. Belilah seluar panjang yang kain sesuai, cotton sedap dipakai dan T Shirt yang sesuai. Jika kita pakai T Shirt labuh beridentiti Muslimah, belilah banyak-banyak dalam 10 helai ker, sebab susah nak cari baju T macam tu.

Tudung pun perlu bawak dalam 6-10 helai. Tudung kain bawal sangat nipis jadi perlu dililit supaya tidak nampak leher. Kalau ada tudung kecil untuk lapik dalamnya, itu lagi baik.. Jadi bawaklah kain alas dalam yang kecik atau apa-apa yang bersesuaian.

Lagi satu kita kena jalan laju di sini dan kena naik bas atau tram bila perlu. Saya berpendapat pakailah seluar panjang dengan T Shirt labuh. Itu lebih sesuai dan selesa. Yang penting ia menutup aurat.

Kat sini saya tengok ramai yang pakai pakaian santai pergi ke fakulti, tak pakai baju cantik-cantik macam kat Mesia, bahkan saya selalu tengok orang tidur terbaring atas carpet di library baca buku sambil cari buku di library. Pelik sungguh saya rasa..


Baju sejuk bawak 1 helai pun cukup sebab boleh beli di sini. Bila masuk musim panas, baju sejuk agak murah. Ubat keperluan, minyak panas kena bawak sebab kat sini tak ada minyak urut, minyak panas, minyak apa.. yang ada minyak baby johnson jer..

Makanan bawaklah yang dalam plastik berseal seperti Adabi, Brahim dll. Kat sini pun boleh beli makanan asia cuma perlu masa siket. Rice cooker, vacuum cleaner, lesong batu (kalau nak ler..) semuanya boleh dibeli di sini.

Dalam mengemas barang, timbang-timbanglah selalu supaya di bawah had dibenarkan sebelum bertolak. Jika ada banyak barang perlu dihantar, baik poskan dalam 2 minggu sebelum bertolak ke alamat kawan-kawan di tempat yang kita akan pergi, kerana by the time kita sampai barang pun sampai sekali.

Jangan lupa banyakkan solat hajat mohon ALlah mudahkan perjalanan. Dialah yang menyampaikan kita ke sesuatu tempat dan Dialah yang memberi kita rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka..

Itulah yang praktikalnya...

Isnin, 12 Januari 2009

Surat Irdina dan Aisyah

Aisyah dan Dina

Dina telah mengirim email kepada Aisyah melalui email ibunya Nurul beberapa hari lepas. Aisyah punyalah seronok dapat email dari Dina, dia terus balas dan asyik bercerita betapa rindunya Aisyah nak bermain dengan kawan-kawan kat Nursery Kristal, kawan-kawannya di sekolah ISSA, kawan-kawannya di sekolah Little Caliph, kawan-kawan jirannya dan sedaranya di Bangi, Kakak Afiah dan lain-lain, adik Absya dan semuanya kat sana..

Dina nama penuhnya Irdina, anak kepada Nurul Himmah kawan Umi di UiTM. Semasa Aisyah sekolah Little Caliph dia sangat mesra dengan Dina, suka dokong Dina sebab Dina ni kecik dari dia. Umur Dina 5 tahun dan Aisyah 6 tahun.

Lepas Aisyah masuk sekolah ISSA, Dina belum masuk sekolah. Tapi mereka berjumpa balik selepas Aisyah duduk di Nursery Kristal selepas habis sekolah. Kat situ mereka jadi rapat semula dan selalu lah Aisyah cerita bahawa Aisyah suka dokong Dina sebab Dina ringan dan sangat comel..

Ini adalah email dari Dina..

Assalamualaikum...
kakak aisyah awak dah pandai cakap english ke dan awak bile
awak nak balek dina dah rindukan aisyah.
dina dah masok darjah satu di sekolah sri pintar .

byebye

____________


Aisyah telah membalasnya ...
Ini adalah balasan email dari Aisyah..


Assalamualaikum,

dina kakak aisyah pun rindu kan dina.
dina dah makan.
dina sihat ke....
kak aisyah sihat
bai lain kali kita sembang lagi eh....
bai......
______________

Umi uploadkan sebagai kenangan perjalanan Aisyah..

Ahad, 11 Januari 2009

Perjalanan Aisyah

Aisyah di Melbourne...

Kat sini, kadang-kadang panas, kadang-kadang sejuk.. berubah-ubah ikut suka.. Kadang-kadang Umi basuh kain dan jemur, kadang-kadang masuk dryer lepas basuh..

Kat bawah ni gambar Aisyah tengah tulong Umi jemur baju Aisyah lepas basuh..




Ini gambar Aisyah dan Aliya main-main kat playground..

Ni pun sama.. best sangat main..Aliya cakap dia pakai skirt yang Tok Ma dia jahitkan..

Ini AIsyah dengan Aliya depan pokok apa yer..Pelam atau Apricot, (tak ingat dah..) tak jauh dari rumah Aisyah, jadi boleh pergi petik saja..

Ini pulak Aisyah dengan Aliya pergi visit ada kawan Umi dapat baby.. Comel baby dia..

Pakai Baju Tulis Carlsberg

Baju Tulis Carlberg..

Saya banyak kali bertembung dengan orang yang pakai baju bertulis Carlberg, Planet Holywood, Anchor dan lain-lain. Secara peribadi walaupun saya tak tengok dari sudut hukum, saya sangat tak suka tindakan pakai baju bertulis perkara tersebut. Sebabnya benda-benda tu tak bagus, berkait dengan arak, disco, tempat orang bercampur baur dengan arak dan lain-lain.

Kadang-kadang ada yang saya tegur, kalau students yang pakai, saya tegur direct jer... Selalunya saya tegur in a polite way..'Napa pakai baju tulis ni.. toksahlah yer.. tak bagus, nanti kita macam promote barang-barang tu pulak..' Ada yang senang ikut dan ada yang tak nak ikut.

Selalunya orang dewasa ler yang jawab power2 siket cam kata....'Baju jer ni.. bukan apa pun.. bukan tunjuk botol arak pun... Tak kan itu pun tak boleh..'..


Untuk memberi kita sedikit ilmu, mudah2an kita jelas, lain kali boleh kita jawab pada orang yang tanya pulak.. Kalau ada ler yang tanya...

____________

Jabatan Mufti Kerajaan,
Jabatan Perdana Menteri,
Negara Brunei Darussalam.
Author/Scholar : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaa
Date Of Issue : 1998


Soalan:

Dengan hormatnya sukacita dipohonkan fatwa berhubung dengan perkataan 'Carlsberg' pada pakaian, untuk kegunaan dan rujukan .


Jawapan:

الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، وآله وصحبه أجمعين.
Dalam dunia perniagaan berbagai-bagai cara dibuat untuk melaku atau melariskan sesuatu barangan atau jenama itu. Di sinilah peranan iklan dengan segala macam caranya. Salah satunya ialah dengan menulis nama barang di atas baju, dengan tujuan supaya barang itu dikenali, diminati lalu pengguna akan tertarik dan membelinya.

Carlsberg ialah jenama bagi sejenis minuman keras atau sejenis arak. Khamr atau arak itu adalah haram. Perkara ini telah jelas dan maklum kepada umat Islam.Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemerosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-Iainnya.

Semua orang yang berurusan bagi tujuan-tujuan berkaitan dengan arak .akan mendapat laknat Allah dan RasulNya, sebagaimana perkara ini disebut oleh Rasulullah Shallallhu 'alaihi wasallam:عن شبيب سمعت أنس بن مالك أو حدثنى أنس قال لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى الخمر عشرة عاصرها ومعتصرها والمعصورة له وحاملها والمحمولة له وبائعها والمبيوعة له وساقيها والمستقاة له حتى عد عشرة من هذا الضرب.


Maksudnya: "Daripada Syabib, saya mendengar Anas bin Malik (atau: Anas meriwayatkan kepadaku), dia berkata: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melaknat perihal arak kepada sepuluh orang; orang yang memerahnya, orang yang menyuruh memerahnya, orang yang meminta dibuatkan arak, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan arak, orang yang menjualnya, orang yang meminta dibelikan arak, orang yang memberi minum arak. orang yang minta diminumkan arak, sehingga Baginda menghitung . sepuluh daripada jumlah ini, (Hadis riwayat Ibnu Majah).


Apabila perkataan Carlsberg itu dilabel atau digambar di atas baju, maka tiada lain tujuannya ialah untuk mempromosi, melaris atau mengiklankan Carlsberg itu supaya ianya diminati dan akhirnya akan dibeli. Ini sudah tentu akan menguntungkan syarikat pengeluarnya.Maka sesiapa jua yang memakai baju yang ada padanya Carlsberg itu sarna ada disedari atau tidak, telah menolong untuk memperkenal, mempromosi dan melariskan jualan Carlsberg.

Oleh sebab Carlsberg itu sejenis arak, maka memakai baju yang ada padanya nama jenama ini adalah termasuk dalam tegahan umum oleh Allah:

ولا تعاونوا على الأثم والعدون

Tafsirnya: "Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. "(Surah Al-Maidah: 2)

Tidak syak lagi mempamerkan Carlsberg itu tidak sunyi daripada tujuan mempromosi dan memperkenalkan minuman itu supaya ianya lebih dikenali dan diminati sehingga akhimya membawa lebih laris dan lebih laku minuman arak itu.

Jika pemakainya ada tujuan sedemikian, maka si pemakai itu telah menolong pada yang haram. Atau jika dia tiada bertujuan yang demikian itu, namun apa jua caranya, sekurang-kurangnya secara tidak langsung dia masih sahaja boleh dianggap menolong perkara-perkara haram seperti yang disebutkan di atas.

Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan orang-orang Islam daripada memakai baju yang ada padanya jenama Carlsberg itu yang boleh menjerumuskan mereka kepada haram, maka adalah menjadi kewajipan kerajaan Islam untuk tidak membenarkan pengedaran atau menarik balik pengedaran mana-mana baju yang mengandungi jenama arak seperti Carlsberg atau yang seumpamanya.