Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan

Selasa, 24 Januari 2017

Buku Baru

Syukur...



Alhamdulillah buku terbaru telah diterbitkan oleh Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) . Ia hasil perbincangan Penulis pertama iaitu Dato' Zainul Rijal dengan pihk ITBM. Saya bersyukur di atas nikmat ini.


Ia bertajuk:  
KEISTIMEWAAN ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DI MALAYSIA

Penulis:
ZAINUL RIJAL ABU BAKAR & NURHIDAYAH MUHAMMAD HASHIM

Saya bersyukur.. Alhamdulillah..

Dalam buku ini, ada prakata daripada YAA Dato' Dr Naim Mokhtar.





Jika ada yang berminat bolehlah email saya di puan.hidayah2@gmail.com

Selasa, 13 April 2010

Promosi Buku Isu Syariah 2

Promo...

Saya ingin mempromosikan buku Syariah Siri 2.




ISU-ISU SYARIAH DI MALAYSIA SIRI 2



'Tunang putuskan pertunangan sedangkan majlis kami sudah dekat. Saya sangat malu atas tindakannnya. Apakah saya boleh tuntut di Mahkamah Syariah? Suami pukul saya sehingga lebam, mendera saya sedangkan saya tak ada sesiapa melihat penderaan tersebut. Apa patut saya buat? Bolehkah saya ke Mahkamah? Saya mempunyai banyak masalah rumah tangga melibatkan undang-undang, ke mana perlu saya pergi mencari penyelesaian?..'

Buku ini insya Allah dapat memandu anda mengetahui hak anda di sisi undang-undang Syariah di Malaysia...

......

Jika ada yang berminat mendapatkannya ,

sila Layari: http://jualbukuonline.blogspot.com

Promosi Buku Isu Syariah Siri 1

Promo....

'Isteri dipukul suami? Suami tidak membayar nafkah? Rumah tangga berkonflik? Bergaduh sepanjang hari? Apa seharusnya isteri lakukan? Patut berdiam diri merenung dan pasrah pada nasib atau bangun mencari keadilan dan menyelamatkan diri dari terus dizalimi dalam rumah tangga yang bergolak?'


Buku ini ada menunjukkan jalan untuk anda....

.

Jika ada yang berminat mendapatkannya , sila layari http://jualbukuonline.blogspot.com/

Rabu, 21 Januari 2009

Takjub...

Apa yang takjub tu?

Takderlah takjub sangat .. tapi kira takjubler jugak..

Saya mencari-cari sesuatu info mengenai Syeikh Daud Fatani. Terasa nak tahu sangat bagaimana latar belakangnya, jadi saya surfed internet, masuk blog ulama' nusantara, web e-pondok, masuk web tokoh islam dan guna google dan sebagainya.. 2 jam saya membaca satu demi satu.. semua biodata tentangnya hanya ditulis dengan ringkas. Saya pergi ke web al-fataniyyah, ditulis ada satu buku bertajuk Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani: Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara; tulisan H.W.M Shaghir Abdullah yang diterbitkan oleh HIZBI Shah Alam tetapi sudah habis dalam simpanan.

Saya cuba surf untuk access buku tersebut, amazon.com dan banyak yang lain semua tulis tiada dalam simpanan, habis stock dan sewaktu dengannya.

Tetiba..

Saya try untuk masuk dalam Library Universiti dan tulis tajuk buku tu... rupa-rupanya buku tersebut ditulis ada satu copy dalam bahasa Malaysia di National Library Australia. Masya Allah.. apa lagi, saya pun apply service document delivery untuk buku tersebut..

Akhirnya selepas 3 hari saya isi borang tersebut, tadi saya dapat email dari Library pagi tadi untuk datang ke kaunter and collect the document tersebut. Subhanallah..

Saya tengah baca ni..

Rabu, 2 Julai 2008

Buku Isu-isu Syariah

BUKU ISU-ISU SYARIAH DI MALAYSIA

Alhamdulillah, akhirnya buku hasil koleksi tulisanku dan Presiden PGSM iaitu Hj Zainul yang telah disiarkan dalam Berita Harian sepanjang 2005 sehingga 2007 telah berjaya diterbitkan. Sebahagian keuntungan jualannya akan disalurkan kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Buku ini telah selamat diterbitkan pada 14 Jun yang lepas oleh pihak UPENA (Pusat Penerbitan UiTM) dan majlis pertama jualannya adalah semasa Konvensyen Peguam Syarie pada 14 Jun lepas.


muka depan buku


muka belakang buku



Sebahagian dari isi kandungan buku

Buku ini dipasarkan oleh pihak UPENA dengan harga RM46.00 dengan 215 mukasurat.



Sepanjang bulan Julai ini dan dengan tujuan promosi, bagi sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya di Sekretariat PGSM di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dengan harga RM 37.00 sahaja.



Jika ada yang nak beli secara online boleh ke:

http://jualbukuonline.blogspot.com/

atau email to me- puan_hidayah@yahoo.com



Bagi yang membeli daripadaku, aku akan memberi sedikit kata-kata dan menurunkan tandatangan sebagai penulis di buku tersebut sebagai penghargaan atas sokongan dan belian tersebut...



Selalunya aku akan menulis,

'All the best..' atau 'Selamat berjuang..' atau 'Semoga selalu kuat dalam berjuang membantu agama Allah..' dan bagi isteri yang bermasalah dan membeli bukuku, aku akan menulis kata-kata pemberi semangat seperti...'Semoga tabah selalu menghadapi ujian hidup...' atau 'Jangan beralah, teruskan perjuangan..' atau ' Semoga Allah selalu memberi kekuatan...' Dan selepas itu aku akan turunkan tandatanganku...

__________

Semoga buku ini berguna untuk umat Islam yang ingin mengetahui mengenai isu-isu Syariah di negara ini..dan menjadi amal solehku yang aku hadiahkan pahalanya untuk Ayahku sayang Hj Hashim, ibuku sayang Hajah Che Gayah, suamiku sayang Hj Fairuz, anakku sayang Aisyah, adik beradikku sayang dan semua guru-guru yang berjasa mendidikku sehingga aku menjadi seperti aku sekarang ini.. Dan aku juga mengucapkan terima kasih pada Mr President yang sudi berkongsi artikel dan sama-sama menerbitkan buku tersebut bersamaku..

Semoga Allah memberkati seluruh perjalanan hidupku..

Selasa, 26 Februari 2008

Hari Yang Menggembirakan

Buku ketigaku diterbitkan

Pada hari Jumaat 22 Feb 2008 merupakan hari yang bermakna untukku. Pada hari ini sebuah lagi buku tulisanku telah diterbitkan oleh Pusat Penerbitan UiTM (UPENA). Buku ini adalah buku ketigaku yang telah berjaya diterbitkan. Yang pertama bertajuk Tamadun Islam diterbitkan oleh iBook. Buku kedua adalah buku yang aku terjemahkan bersama 3 pensyarah yang lain yang diterbitkan oleh UPENA pada tahun 2006 bertajuk 'Towards the Development of Hadhari Society in Malaysia'. Insya Allah ada tiga buah lagi di peringkat akhir di bawah UPENA.. Mereka menyebutnya sebagai 'pipe line'..
Harap dapat diterbitkan sekitar Julai 2008 ini. Semoga Allah permudahkan.. amin..

Buku ketiga ini bertajuk 'Perceraian Secara Fasakh: Konsep dan Amalan di Malaysia'. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah atas keizinan-Nya buku ini berjaya diterbitkan.

Buku ini sebenarnya adalah sebahagian besar dari kajianku semasa membuat Masters Syariah dan Undang-undang di Universiti Malaya pada tahun 2001. Tetapi aku telah menyusun kembali dengan sebaik mungkin (setakat termampu) dengan memudahkan ayat-ayatnya supaya boleh diterima dan difahami dengan baik oleh orang awam.

Perjalanan buku ini sebenarnya agak panjang..Aku telah menyerahnya kepada pihak UPENA pada Jun 2006 dan mengikut perancangan UPENA sendiri, ia sepatutnya berada dalam pasaran paling lambat pada Feb 2007. Tetapi yea... perancangan manusia tidak selalunya berjaya..

Pelbagai masalah berlaku bermula dengan selepas dummy dibuat, baru aku perasan peruntukan seksyen-seksyen undang-undangnya lari dan tidak bertepatan dengan yang sepatutnya. Selepas dibetulkan aku menghantarnya semula kepada UPENA. Tetapi tidak berapa lama selepas itu, komputer pihak designer telah crash dan semua soft copy buku ini telah hilang dan perlu diserahkan semula. Selepas waktu tersebut, pihak pencetak pula memendamkan buku ini atas alasan ayat-ayat quran tidak boleh dibaca dengan baik oleh mesin.. Macam-macam jadi.. sehingga aku rasakan agaknya Allah tak izinkan buku ni keluar kot..

Namun Alhamdulillah, pada Khamis lepas, Ustaz Salehuddin, staf UPENA telah menghantar SMS memberitahu bahawa buku ini akan keluar Jumaat ini.. Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah atas keizinan yang diberikan.

Buku ini membincangkan apa sebenarnya cerai fasakh dan banyak pendetailan dari segi pandangan mazhab-mazhab. Yang menjadikan buku ini lebih menarik (pada pendapatku..) adalah statistik dan kes-kes yang aku perolehi semasa hampir satu tahun aku berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sepanjang tahun 2000. Aku juga memasukkan tatacara di mahkamah bagaimana kes di bawa.

UPENA meletakkan harganya RM21 sebuah. Buku ini semuanya 159 muka surat dengan font 10 Times Roman. Tadi Ustaz Fairooz Pensyarah KUIS di Bangi mengambil 200 buah untuk dijual kepada pelajar-pelajarnya. Kawanku Peguam, Siti akan mengambil 200 buah esok untuk dijual kepada Peguam-peguam Syarie di Kedah. Selepas ini kawanku di UM akan membawanya untuk dijual kepada pelajar Syariah di sana. Aku juga telah menjualnya sebanyak 20 buah semalam kepada pelajar DLSA di UiTM..

Alhamdulillah.. Semoga buku ini akan habis dijual sebelum aku berangkat ke Melbourne pada Oktober 08 nanti.. Itulah doa dan perancanganku..

Buku ini juga sangat mahal dalam nilaianku kerana prakatanya ditulis oleh tiga orang yang sangat aku hormati dan muliakan..

Mereka adalah:

1- Yang Amat Arif Tuan Haji Hussain Ahamad. (Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan)
2-Tuan Haji Zainul Rijal Abu Bakar (Presiden Peguam Syarie Malaysia)
3- Dr Hj Rahimi Osman (Pengarah CITU, UiTM @ Bos tempat aku bekerja)

Buku ini telah aku hadiahkan kepada dua orang doktor perubatan yang rapat denganku yang tidak mempunyai latar belakang undang-undang. Dr pertama yang berumur 60 tahun telah memberi remarks yang sangat positif sehingga aku berasa sangat terharu..

Katanya:

"Saya seorang yang sangat susah untuk membaca buku kecuali ia benar-benar menarik minat saya, apatah lagi jika buku tersebut menyentuh isu-isu agama..Tetapi saya telah membaca buku awak sebanyak 3 kali habis dalam masa tiga hari. Ia benar-benar menarik saya sehingga saya teruja membaca dalam keadaan bersantai. Walaupun buku tersebut adalah buku undang-undang, tetapi saya sangat santai membacanya dan dapat memahami dengan baik. Kemungkinan kerana keikhlasan awak menulisnya mempengaruhi pembaca memahaminya...'

Alangkah sayunya hatiku mendengar pujian tersebut...


Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan pada Prof Madya Dr Syireen (Penolong Timbalan Naib Chanselor InKA) yang sangat banyak memberi jalan dan memudahkan jalan untukku memasuki laluan UPENA. Begitu juga kepada Tn Hj Haris (Pemangku Pengarah UPENA sekarang). Untuk Ustaz Salehuddin, Ustaz Yadman, Prof Madya Dr Ghafar di UPENA, setinggi terima kasih diucapkan kerana membantu perjalanan hidupku sehingga ianya menjadi sangat menarik dan mudah.. Semoga Allah memberi pahala yang banyak kepada anda semua...


Doaku,

'Wahai Allah.. semoga buku ini dapat membantuku diakhirat kelak, sebagai bukti aku ingin berbakti untuk masyarakatku.. terimalah ia sebagai amal solehku wahai Allah.. dan kurniakanlah pahalanya untukku, kedua ibu bapaku, suamiku dan semua orang yang aku kasihi.. amin...'

Nanti aku akan scan muka depan buku ini untuk dimasukkan di sini.