Ahad, 13 Disember 2020

INGIN BERJAYA DALAM HIDUP?

 BERJAYA DALAM HIDUP


Awak nak jadi orang berjaya atau orang gagal? 

Kalau orang tu ada akal, mesti dia akan jawab,

"Mestilah nak berjaya.. bodohla orang yang jawab nak gagal.."


Tapi apa benda dibuat ke arah nak berjaya tu?

humppp.. susah nak pikir..


jawapannya ..

Ada banyak kita kena buat...

Saya dan semua kena buat.


Mai kita buat ni nombor 1 setiap hari:

Gratitude. Mesti banyak bersyukur pada ALlah yang Maha Baik..

Dalam masa dua minit, cuba pejam mata dan tulis atas kertas apa yang saya feel gratitude hari ini..

Cuba tulis.... 

tik tok tik tok.... 

dua minit maknanya 120 saat..

kalau lima saat satu benda, maknanya kita patut boleh tulis 60 perkara kita feel grateful dan bersyukur.

Bangun pagi; Allah, 

1-syukur Engkau masih bagi aku hidup lagi, Terima kasih ALlah, 

2-bagi saya sihat, 

3-mata boleh tengok, 

4-telinga boleh dengar, 

5-kaki saya tak lumpoh, saya boleh berjalan. 

6-Tangan saya tak kudong, 

7-tangan dan jari saya semua boleh bergerak, 

8-boleh angkat barang, genggam nasi, pegang pen, banyaknya Kalau jari saya keras tak boleh saya nak grab, nak pegang pen, nak taip kat komputer... Terima kasih bagi saya jari dan tangan..

9- Saya ada mak ayah yang tak dera kita masa kita kecik

10-Saya ada rumah, ada org  homeless.. tak tahu mana nak tido.

11. Saya ada katil, boleh baring2 dan tido.. ada org atas lantai simen je tido..

12- Saya ada selimut, ada orang dahlah tidur tepi jalan, takde katil, takde selimut.. Allah terima kasih bagi saya macam-macam..

13- Saya ada otak, ada akal.. boleh pikir, bila baca boleh paham dan boleh hapal.. ALlah terima kasih bagi saya akak yang sihat dan kuat...

Tulis tulis tulis...


Bila kita bersyukur, dan rasa banyaknya ALlah dah bagi, jadi hormon positif akan keluar dan badan kita jadi lebih kuat, sihat, ceria, gembira, suka bantu orang, riang, kurang membebel, kurang bising nak komen itu ini...


Bila kita banyak sebut terima kasih pada ALlah.. ALlah janji, Dia akan beri lagi. tambah lagi.. banyakkan lagi..



"Jika kamu bersyukur, Aku akan tambah lagi.." (Surah Ibrahim: 7)


Jadi kita sedang usahakan  satu  daripada ciri orang berjaya.

Suka say thank you

 to Allah and to mahkluknya..


----------------------------------


Sabtu, 12 Disember 2020

 BOBOY DAN CASPER..


Abah sangat rindu dengan Boboy..

Sian Abah..



 IN LOVING MEMORY OF BOBOY 2


Awalnya kami tiada kucing walaupun suami saya dan Aisyah adalah pet lovers. Di rumah Bangi, Atok sangat suka kucing, ada kandang dengan 3 ekor kucing. Ada yang hilang, ada yang mati dan ada yang dapat baru... 


Semasa Aisyah tingkatan 4, dia minta kucing untuk teman dia belajar nak prepare for SPM. Abah said, "Tanya Umi, if Umi kata ok then Abah beli..' SO Aisyah pun merayu2lah minta dibenarkan bela kucing. Saya  pun bila consider alasannya macam kukuh juga:-) .. maka saya pun jawab "Ok lah." walaupun saya takut dan kurang suka sikit dgn kucing2..


Dipendekkan cerita, abah pun google lah di mudah.com

Akhirnya ada orang Putrajaya nak jual anak kucingnya.. kami ke Putrajaya  untuk  pilih dan akhirnya beli 5 ekor harga RM1200. Punyalah mahal.. tapi cantiklah sebab kucing lawa bulu banyak tu.. Akhir kisah, kami bawak balik dua, bagi atok 3 ekor.

---------------  


Bermulalah Aisyah ada kawan menemaninya sepanjang masa...:-)


Boboy dan Casper adalah buah hati Abah dan Aisyah...









Boboy... 

Boboy...

Casper...


Kedua-duanya sangat comel dan sangat baik..

Sekarang hanya tinggal Casper sahaja:-( 


yang benar

-Umi--