Jumaat, 6 November 2026

KENANGAN INDAH SBG PENSYARAH





 KENANGAN


Saya tengah bersihkan bilik Study saya, terjumpa surat-surat students kepada saya..


Rindunya kepada kenangan lama..























                         NARSISISTIC


Tanya Diri Anda      


Bila berurusan dengannya…


Adakah  anda:


□ selalu takut


□ selalu rasa bersalah


□ selalu rasa diri tidak cukup baik


□ anda perlu jaga emosinya setiap masa


□ anda mula ragu diri sendiri


Jika jawapannya kerap “ya”, itu tanda hubungan tersebut mungkin 

sedang menjejaskan kesejahteraan emosi anda.


Perkahwinan yang  tidak sihat akan menjadikan anda hilang keyakinan diri, takut suami marah, selalu rasa tidak berguna dan tidak cukup baik untuk dia. 

Dapatkan ebook Memahami Pola Narsisistik di link di bawah. Ebook ini boleh dianggap  macam ilmu asas tentang ciri2 narsisitik dan pola bergaul dan berkahwin dengannya..

www.barakahpublication.com






Ahad, 1 November 2026

 NARCISSISTIC


Soalan:

Apakah narcissist ni ada dua muka?

Jawapan:

Begitulah..

Mereka ada dua muka- satu muka ketika berada di khalayak ramai dan satu lagi ketika dia berada dengan pasangannya.

Depan orang ramai, mereka ceria, peramah, penuh dengan ramah, charming.
Mereka nampak confident, berkarisma, baik hati dan suka membantu...
Orang puji selalunya sebab mereka baik dan charming.
Dan mereka sangat mencintai validation, orang puji dan org raikan mereka.

Tapi dalam private life mereka sangat berbeza.

Dengan pasangannya, mereka tunjukkan warna diri mereka yang sebenarnya.

Mereka ni seperti monsters, suka bercakap bohong, tipu dan kelentong, suka mendera mental pasangannya dan lagi teruk mendera fizikal pasangan.

Pasangannya sahaja yang tahu perlakuan, sifat dan kelaku buruknya.

Antara pola hidup dgn mereka adalah:

1- Mereka sentiasa betul, tak boleh ditegur

2-Suka angkat bakul sendiri dan merendahkan pasangan

3- Suka cemburu buta

4- Controlling pasangan dari segi duit, baju, dgn siapa yang buleh kawan, tak dibenarkan balik kampong dll

5-Suka gaslighting pasangan

6-Pantang ditegur dan senang mengamuk

7-Ada sense of entitlement, rasa berhak kpd semua

Takleh sekat anginnya..

Mereka juga akan buat apa saja, guna siapa saja, selalu menipu semata2 untuk menjaga fake persona kepada orang lain.

Mereka tidak rasa bersalah melakukan semua itu.

Pasangan yang tidak tahu ilmu tentang perkara ini, yang mereka sedang berhubungan dan hidup dengan narcisisistic, boleh stress dan boleh kena depression sebab confuse dan sengsara dgn apa yg dilalui.

Jom Bangkit dengan ilmu.

Dapatkan bahan bacaan yang relevan untuk bantu anda.













 EBOOK NARSISISTIK


Alhamdulillah, saya telah selesai menulis 2 ebook berkaitan narsisitik dan sebuah buku hardcopy bertajuk SIAPAKAH DIA? PANDUAN MENGENALI DAN MENGHADAPAI PASANGAN NARSIS


Dapatkan E-Book Siri Bangkit Daripada Narsisistik untuk kenali ciri, pola dan taktik narsisistik yang mungkin selama ini anda tidak sedari supaya anda lebih faham apa yang sedang berlaku, tahu bagaimana untuk melindungi diri, dan mula membina hidup yang lebih tenang dan bermakna.






1. Kombo 5 E-Book Siri Bangkit Daripada Narsisistik :

https://tinyurl.com/5bcm5ura

2. E-book Bangkit Lindungi Diri

https://tinyurl.com/37su68vh

3. E-book Panduan Lengkap Fail Cerai

https://tinyurl.com/2ffz679a

4. E-book Berhadapan Narsis di Mahkamah

https://tinyurl.com/4c3cwzn3

5. E-book Co-Parenting Dengan Narsis

https://tinyurl.com/yvaz95s8

6. E-book Anda Bertanya Dr Hidayah Jawab

https://tinyurl.com/2kr5maez 


Boleh hubungi saya di puan.hidayah2@gmail.com atau whatsap di 0133606369

Rabu, 7 Oktober 2026

BERSARA DAN JADI  TIK TOKER


Saya mula bersara pada 1/2/2025.


Cepat betul masa berlalu. Dah setahun lebih saya bersara.


Kadang-kadang timbul rasa rindu kepada kelas dan pelajar2 serta tugasan harian dahulu:-)


Selepas saya pencen, saya banyak menghabiskan masa saya membaca, balik kampong dengan lebih kerap dan lama kerana kedua-dua ibu bapa saya sudah semakin uzur. Antara sebab saya mengambil pencen awal adalah kerana ibu bapa saya. Kami bergilir2 balik kampung, adik lelaki saya duduk dengan my parents, jadi orang lain balik bergilir-gilir dan adik saya bolehlah rehat sekejap, balik ke rumah mertuanya atau lain-lain urusannya. 


Selepas saya bersara juga, saya rasa Batik  Air dah kaya sebab tiket saya:-)


Setiap kali balik, saya akan beli tiket Batik Air di Subang ke KB, pergi balik setiap bulan sekitar RM330-400. 


Dulu saya naik Firefly, tapi sekarang saya boikot sebab mahal sangat. 


Sekarang baru saya masuk cerita Tik Tok. atas tu mukadimah saja.:-)


Pada hujung bulan Julai 2025,  saya teman suami ke Perak, dia ada urusan Business. Sepanjang jalan, kita borak-borak sekejap, saya tidur sekejap, lepas tu bangun, lepas tu tidur dan main Tik Tok beli barang. 


Tiba-tiba suami saya kata, "Cuba Umi cari jalan share ilmu rumah tangga kepada orang ramai yang tak perlu bayar."


Saya jawab, "Share kat mana? Kalau orang jemput Umi pergi lah.."


Suami saya jawab lagi, "Orang jemput tu maknanya ada bayaran. Yang ni orang tak payah bayar.. simpan ilmu nanti kena tanya..Share lah kat Tik Tok ke dll"


Masa tu saya jawab, "Tik tok kan tempat orang beli barang. macamana nak share."


Tiba-tiba...



Tengah scroll Tik Tok beli barang, saya termasuk LIVE seorang anak muda nama Nuyou, dia sebut masa tu, "Kalau ada profesional yang nak share ilmu kat Tik Tok, nanti bolehla DM saya, nanti saya ajarkan cara buat LIVE.."


Terkejut betul saya.. 


Macam Allah tunjuk2 jer..


Saya pun terus DM dia.


Saya memang ada Tik Tok akaun, untuk beli barang.. ada lah saya letak sikti2 recording, main hentam ikut suka masa tu.. follower adalah dalam 200 :-)


Maka malamnya, saya pun join LIVE Nuyuo dan belajarlah cara tulis Bio, cara tekan button LIVE, mana button buat tajuk, mana button tukar back ground. Apa CG, apa Violation dan merit dll..


Maka lebih kurang pada 27 Julai 25, saya pun start la..


Semasa buat Tik Tok, saya terima banyak sangat soalan berkaitan isteri kena dera, suami avoidant,  isu-isu Narsisitik. Suami Narsis, isteri narsis, mak narsis.


Akhirnya saya mula terjun kepada satu ilmu baru iaitu mengenai Narsisisme dalam perkahwinan. 


Saya habiskan banyak masa saya membaca reserch, attend LIVE Prof dari  UK, US, Indonesia, cari artikel ilmiah berkenaan isu ini dan saya kaitkan dengan Rumah tangga Harmoni, Rumah tangga Toxic, 


Akhirnya terhasillah buku SIAPAKAH DIA? PANDUAN MEMAHAMI DAN MENGHADAPI PASANGAN NARSISITIK. 


Saya berbincang dengan Penerbit Firdaus Press untuk terbit dan cetak buku ini. Saya pulun siapkan buku ini daripada bulan  Ogos dan September. Kemudian saya serahkan kepada Penerbit untuk selesaikan Grafic design dan sebagainya. 


Akhirnya pada 15 November 2025 Cetakan pertama 1000 buah berjaya keluar. 

Harga RM38 satu dengan hadiah Free buku 9 Formula Rumah tangga bahagia.














Saya pun mula belajar dengan Nuyuo macamana nak masukkan beg kuning dll dalam Tik Tok..


Alhamdulillah pandailah saya buka beg kuning.:-)


Daripada 15 Nov 2025 hingga September 2025, buku ini dah terjual 1000 buah, di Tik Tok, Shoppee dan juga dalam Ceramah dan juga bengkel2 yang saya kendalikan berkaitan rumah tangga.


 Pada September 2026, Firdaus Press buat  Cetakan Kedua untuk another 1000 copy. 


Sekarang Okt 2026,  cetakan kedua dah terjual dekat 200 buah dah. alhamdulillah 


Syukur..


Jemputlah bersahabat dengan saya di Tik Tok drhidayah01.

Pergi ke tik tok, cari drhidayah01. lepas tu dlm showcase saya ada buku ni. Jemput beli.

Alhamdulillah puji pada Allah, akaun Tik Tok saya daripada 200 orang dah naik kepada 44 ribu orang, syukur. 


Saya sedaya upaya cuba consistant membuat LIVE berkongsi ilmu setiap petang.


Khamis, 11 Jun 2026

Kembali ke Sari Ater Bandung

 Sari Ater

Alhamdulillah Umi dan Abah diizinkan ALlah sampai ke Sari Ater pada 7-9 Jun 2026 selepas 10 tahun lepas sampai ke sini buat kali pertama. Ketika itu Aisyah baru berumur 13 tahun.


Kenangan yang mengikat dalam hati Umi adalah mandi di bawah pancuran air panas dari Pergunungan Tangkupan Parahu. Sangat panas dan semoga menjadi ubat pada badan Umi dn Abah. ameen


Antara perkara yang sangat bermanfaat kali ini adalah:

1- Pagi Ahadnya 7 Jun Umi dan Abah terlibat dengan Program PERMATA di UniSel

2- Drp program jam 1.00pm, balik rumah, Aieman tolong hantar ke airport KLIA. Abah naik Batik AIR. Umi naik MAS menghabiskan separuh dari MASAsean yang tamat pada 11 Jun 2026. Tapi flight delay sampai jam 5.30pmbaru fly.

3-Sampai di Airport CGK Sukarno, Umi punya data kastam tak ada pulak dalam sistem, kena isi semula depan Staf. Untuk ingatan next time nak datang, jangan pergi ke link bebrbayar USD39 untuk dapateVisa dan Kartu Kedatangan Kastam, itu AGent. Terus  isi 2 borang di link AllIndonesia, sema free, iaitu: 1- Borang Ketibaan  Kastam dan 2- EVisa

4-Abah dah deal dgn Hotel Sari Ater untuk fetch di Airport, nama Supir adalah Pak Wawan, bayaran 1juta. Ambil masa 3jam lebih untuk sampai. Alhamdulillah sepanjang perjalanan, banyak kami berkongsi bercerita dngegan Pak Wawan. Saya rasa sangat bersyukur bertemu beliau. Kami masuk bilik di tingkat bawah jam 11.30malam. Letihnya. Lepas solat maghrib Isya Jama' Ta'khir, terus tidur keletihan.

5-Paginya subuh masuk 4.30am, abah ke masjid sebelah Sari Ater, Umi solat di bilik. lepas solat breakfast 6.00am, dan bersiap ke air panas jam 8.00am. Alhamdulillah terubat rasa rindu Umi pada air panas Sari Ater.

Abah Urut 150K

icecream 23k

air juice 20k

6-Petang mandi lagi. Jam 6petang, kami jumpa Pak Wawan dan ajaknya ke bilik. ALhamdulillah syukur pada ALlah atas segal izin dan rahmatNya. Lepas isya',  kami ke restoran Ketamanis mandi dalam kolam panas di situ dan order nasi goreng. Sampai jam 10malam, kami balik.

7-Esoknya, lepas breakfast, kami ke tempat mandian air panas lagi. Seronoknya hanya Allah yang tahu. Kami ke Waterpark main air lagi. sampai jam 10pagi, kami ke ATV, ambil yag satu jam pusing2 keliling Sari Ater. 

8-Jam 12.30tengahri Selasa, lepas olat jama takdim, kami naik kereta Pak Hasaan 500K sampai ke hotel Golden FLower di Bandar Bandung. Duduk semalam, Sehari pusing2 Bandung

9-Jam 12.30pm hari, kami naik kereta Grab dari Golden Hotel ke Wossy, kena batar275K seorang tiket ke Halim. Dari Halim naik Grab ke hotel Shalva. Satu malam 124k. lokasi ok. tapi ada pilihan lagi cantik iaitu MIAA dan GIAA Hotel sebab cross the road saja dari Thamarin City.

Maklumat Hotel: Jangan ambil yang 20-24 kaki persegi sbb sempit tak ada ruang solat. Ambil yang 24 kaki ke atas.









Ahad, 5 Januari 2025

30th Anniversary Umi & Abah

Alhamdulillah
Pada 1/1/2025 adalah Anniverasary Abah & Umi ke 30. 
Aisyah telah menghasilkan video yang best ini.

Syukur pada ALlah atas segala nikmat2 yang diberikan.. 


Lagu dalam video ini sangat menyentuh hati. Smeoga Allah berkati hinga ke jannah.
ameen













 

Selasa, 20 September 2022

Aisyah Aieman

 Syukur Alhamdulillah kerana Allah SWT telah mengurniakan kepada kami seorang Aisyah yang baik. 


Kami juga sgt bersyukur Allah hadirkan Aieman untuk Aisyah. 

Pada 30 Jun 2022 telah termeterai akad nikah antara mereka berdua. Alhamdulilah..


Doa Umi dan Abah untuk Aisyah dan Aieman, Semoga Allah memelihara dan merahmatimu berdua... hingga ke akhirnya..

ameen











Isnin, 30 Mei 2022

 ANAK KESAYANGAN KAMI 

AISYAH & AIEMAN



Anak saya Aisyah  sudah besar... 

dan dengan rahmat Allah, sudah memasuki alam baru dalam fasa kehidupannya.


Setiap saat saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah di atas limpahan kurnia yang dianugerahkan kepada saya dan seluruh ahli keluarga .



Anak saya sudah mempunyai pilihan hatinya.. :-) 

Dan kami memberikan sepenuh restu semoga ALlah merestui, melindungi dan menyayangi Aisyah dan  pilihannya...


Semoga ALlah memudahkan jodoh Aisyah dan Aieman dan menjaga mereka berdua sepanjang hayat dan menyatukan mereka kelak dengan penuh rahmat dan kasih sayangNya.. Ameen..


Grandparents keduanya sanggup datang dari Kelantan.. Masya Allah.. Syukur ke hadrat ALlah dan terima kasih kepada Puan Su, En Haniz,  Aieman, Dato Dr Hj Ahmad dan seluruh ahli keluarga dan terima kasih kepada Ma, Ayah, Kaknik, Abg Die dan semua ahli keluarga saya atas doa dan sokongan.. 







Bagus sungguh hasil kerja En Kyrol . Boleh contact dia di No telefon  018-298 0242 photographyhttp://instagram.com/kyrolphotography


Ahad, 15 Mei 2022

Lantikan Jawatan

 Dekan


Satu pengalaman yang sungguh mencabar dan mengajar saya banyak perkara adalah lantikan sebagai Dekan mulai 15 Dis 2019 sehingga 14 Dis 2021. 

Selepas beberapa kali sesi temubual dan hadir beberapa hari kursus di ILD, maka akhirnya Prof Kamal Harun ketika itu sebagai Timbalan Naib Canselor  Akademik UiTM telah menyerahkan surat lantikan di pejabat beliau pada 16 Dec 2019.




Dalam tempoh dua tahun ini, saya dilantik menerajui fakulti semasa COVID yang sangat mencabar. Pelbagai tugasan perlu dibuat dan banyak KPI yang perlu dicapai. Ada banyak pencapaian yang berjaya dicapai dan ada juga  kesilapan yang saya buat. Semoga ALlah memberikan pahala atas apa yang baik yang saya lakukan dan mengampunkan saya atas kesilapan yang saya buat.   

Purata jam  saya bekerja adalah 52 jam seminggu (dalam keperluan pensyarah adalah 40jam seminggu).  Selalunya saya masuk mulai 8.30pagi dan selalunya pulak  saya balik rumah sama ada jam 7.00 sebelum solat maghrib atau jam 8.00 selepas solat maghrib di pejabat. 


Pada 16 Disember 2021 saya telah menerima surat rakaman penghargaan daripada pihak UiTM  dan tamatlah lantikan saya sebagai Dekan.  Selepas berjumpa dengan semua staf pentadbiran di pejabat Dekan, petangnya saya mengangkat barang keluar dan mengambil gambar di pejabat Dekan sebagai kenangan. 


Saya rasa seperti beban seberat Bukit Uhud yang ada di bahu saya telah diangkat pergi.. :-)


Peace.... 


 2 years as the Dean... 

Kenangan.. 

Dean During COVID19...
semoga menjadi pahala di akhirat


Peluang yang sangat mahal.   saya mengucapkan setinggi2 syukur kepada Allah di atas peluang yang diberikan dan jutaan terima kasih kepada Pimpinan tertinggi UiTM yang mempercayai saya.

. 

May Allah reward me abundantly  and  bless me always.. ameen