NARCISSISTIC
Soalan:
NARCISSISTIC
Soalan:
EBOOK NARSISISTIK
Alhamdulillah, saya telah selesai menulis 2 ebook berkaitan narsisitik dan sebuah buku hardcopy bertajuk SIAPAKAH DIA? PANDUAN MENGENALI DAN MENGHADAPAI PASANGAN NARSIS
Dapatkan E-Book Siri Bangkit Daripada Narsisistik untuk kenali ciri, pola dan taktik narsisistik yang mungkin selama ini anda tidak sedari supaya anda lebih faham apa yang sedang berlaku, tahu bagaimana untuk melindungi diri, dan mula membina hidup yang lebih tenang dan bermakna.
1. Kombo 5 E-Book Siri Bangkit Daripada Narsisistik :
https://tinyurl.com/5bcm5ura
2. E-book Bangkit Lindungi Diri
https://tinyurl.com/37su68vh
3. E-book Panduan Lengkap Fail Cerai
https://tinyurl.com/2ffz679a
4. E-book Berhadapan Narsis di Mahkamah
https://tinyurl.com/4c3cwzn3
5. E-book Co-Parenting Dengan Narsis
https://tinyurl.com/yvaz95s8
6. E-book Anda Bertanya Dr Hidayah Jawab
https://tinyurl.com/2kr5maez
Boleh hubungi saya di puan.hidayah2@gmail.com atau whatsap di 0133606369
BERSARA DAN JADI TIK TOKER
Saya mula bersara pada 1/2/2025.
Cepat betul masa berlalu. Dah setahun lebih saya bersara.
Kadang-kadang timbul rasa rindu kepada kelas dan pelajar2 serta tugasan harian dahulu:-)
Selepas saya pencen, saya banyak menghabiskan masa saya membaca, balik kampong dengan lebih kerap dan lama kerana kedua-dua ibu bapa saya sudah semakin uzur. Antara sebab saya mengambil pencen awal adalah kerana ibu bapa saya. Kami bergilir2 balik kampung, adik lelaki saya duduk dengan my parents, jadi orang lain balik bergilir-gilir dan adik saya bolehlah rehat sekejap, balik ke rumah mertuanya atau lain-lain urusannya.
Selepas saya bersara juga, saya rasa Batik Air dah kaya sebab tiket saya:-)
Setiap kali balik, saya akan beli tiket Batik Air di Subang ke KB, pergi balik setiap bulan sekitar RM330-400.
Dulu saya naik Firefly, tapi sekarang saya boikot sebab mahal sangat.
Sekarang baru saya masuk cerita Tik Tok. atas tu mukadimah saja.:-)
Pada hujung bulan Julai 2025, saya teman suami ke Perak, dia ada urusan Business. Sepanjang jalan, kita borak-borak sekejap, saya tidur sekejap, lepas tu bangun, lepas tu tidur dan main Tik Tok beli barang.
Tiba-tiba suami saya kata, "Cuba Umi cari jalan share ilmu rumah tangga kepada orang ramai yang tak perlu bayar."
Saya jawab, "Share kat mana? Kalau orang jemput Umi pergi lah.."
Suami saya jawab lagi, "Orang jemput tu maknanya ada bayaran. Yang ni orang tak payah bayar.. simpan ilmu nanti kena tanya..Share lah kat Tik Tok ke dll"
Masa tu saya jawab, "Tik tok kan tempat orang beli barang. macamana nak share."
Tiba-tiba...
Tengah scroll Tik Tok beli barang, saya termasuk LIVE seorang anak muda nama Nuyou, dia sebut masa tu, "Kalau ada profesional yang nak share ilmu kat Tik Tok, nanti bolehla DM saya, nanti saya ajarkan cara buat LIVE.."
Terkejut betul saya..
Macam Allah tunjuk2 jer..
Saya pun terus DM dia.
Saya memang ada Tik Tok akaun, untuk beli barang.. ada lah saya letak sikti2 recording, main hentam ikut suka masa tu.. follower adalah dalam 200 :-)
Maka malamnya, saya pun join LIVE Nuyuo dan belajarlah cara tulis Bio, cara tekan button LIVE, mana button buat tajuk, mana button tukar back ground. Apa CG, apa Violation dan merit dll..
Maka lebih kurang pada 27 Julai 25, saya pun start la..
Semasa buat Tik Tok, saya terima banyak sangat soalan berkaitan isteri kena dera, suami avoidant, isu-isu Narsisitik. Suami Narsis, isteri narsis, mak narsis.
Akhirnya saya mula terjun kepada satu ilmu baru iaitu mengenai Narsisisme dalam perkahwinan.
Saya habiskan banyak masa saya membaca reserch, attend LIVE Prof dari UK, US, Indonesia, cari artikel ilmiah berkenaan isu ini dan saya kaitkan dengan Rumah tangga Harmoni, Rumah tangga Toxic,
Akhirnya terhasillah buku SIAPAKAH DIA? PANDUAN MEMAHAMI DAN MENGHADAPI PASANGAN NARSISITIK.
Saya berbincang dengan Penerbit Firdaus Press untuk terbit dan cetak buku ini. Saya pulun siapkan buku ini daripada bulan Ogos dan September. Kemudian saya serahkan kepada Penerbit untuk selesaikan Grafic design dan sebagainya.
Akhirnya pada 15 November 2025 Cetakan pertama 1000 buah berjaya keluar.
Harga RM38 satu dengan hadiah Free buku 9 Formula Rumah tangga bahagia.
Saya pun mula belajar dengan Nuyuo macamana nak masukkan beg kuning dll dalam Tik Tok..
Alhamdulillah pandailah saya buka beg kuning.:-)
Daripada 15 Nov 2025 hingga September 2025, buku ini dah terjual 1000 buah, di Tik Tok, Shoppee dan juga dalam Ceramah dan juga bengkel2 yang saya kendalikan berkaitan rumah tangga.
Pada September 2026, Firdaus Press buat Cetakan Kedua untuk another 1000 copy.
Sekarang Okt 2026, cetakan kedua dah terjual dekat 200 buah dah. alhamdulillah
Syukur..
Jemputlah bersahabat dengan saya di Tik Tok drhidayah01.
Pergi ke tik tok, cari drhidayah01. lepas tu dlm showcase saya ada buku ni. Jemput beli.
Alhamdulillah puji pada Allah, akaun Tik Tok saya daripada 200 orang dah naik kepada 44 ribu orang, syukur.
Saya sedaya upaya cuba consistant membuat LIVE berkongsi ilmu setiap petang.
Sari Ater
Alhamdulillah Umi dan Abah diizinkan ALlah sampai ke Sari Ater pada 7-9 Jun 2026 selepas 10 tahun lepas sampai ke sini buat kali pertama. Ketika itu Aisyah baru berumur 13 tahun.
Kenangan yang mengikat dalam hati Umi adalah mandi di bawah pancuran air panas dari Pergunungan Tangkupan Parahu. Sangat panas dan semoga menjadi ubat pada badan Umi dn Abah. ameen
Antara perkara yang sangat bermanfaat kali ini adalah:
1- Pagi Ahadnya 7 Jun Umi dan Abah terlibat dengan Program PERMATA di UniSel
2- Drp program jam 1.00pm, balik rumah, Aieman tolong hantar ke airport KLIA. Abah naik Batik AIR. Umi naik MAS menghabiskan separuh dari MASAsean yang tamat pada 11 Jun 2026. Tapi flight delay sampai jam 5.30pmbaru fly.
3-Sampai di Airport CGK Sukarno, Umi punya data kastam tak ada pulak dalam sistem, kena isi semula depan Staf. Untuk ingatan next time nak datang, jangan pergi ke link bebrbayar USD39 untuk dapateVisa dan Kartu Kedatangan Kastam, itu AGent. Terus isi 2 borang di link AllIndonesia, sema free, iaitu: 1- Borang Ketibaan Kastam dan 2- EVisa
4-Abah dah deal dgn Hotel Sari Ater untuk fetch di Airport, nama Supir adalah Pak Wawan, bayaran 1juta. Ambil masa 3jam lebih untuk sampai. Alhamdulillah sepanjang perjalanan, banyak kami berkongsi bercerita dngegan Pak Wawan. Saya rasa sangat bersyukur bertemu beliau. Kami masuk bilik di tingkat bawah jam 11.30malam. Letihnya. Lepas solat maghrib Isya Jama' Ta'khir, terus tidur keletihan.
5-Paginya subuh masuk 4.30am, abah ke masjid sebelah Sari Ater, Umi solat di bilik. lepas solat breakfast 6.00am, dan bersiap ke air panas jam 8.00am. Alhamdulillah terubat rasa rindu Umi pada air panas Sari Ater.
Abah Urut 150K
icecream 23k
air juice 20k
6-Petang mandi lagi. Jam 6petang, kami jumpa Pak Wawan dan ajaknya ke bilik. ALhamdulillah syukur pada ALlah atas segal izin dan rahmatNya. Lepas isya', kami ke restoran Ketamanis mandi dalam kolam panas di situ dan order nasi goreng. Sampai jam 10malam, kami balik.
7-Esoknya, lepas breakfast, kami ke tempat mandian air panas lagi. Seronoknya hanya Allah yang tahu. Kami ke Waterpark main air lagi. sampai jam 10pagi, kami ke ATV, ambil yag satu jam pusing2 keliling Sari Ater.
8-Jam 12.30tengahri Selasa, lepas olat jama takdim, kami naik kereta Pak Hasaan 500K sampai ke hotel Golden FLower di Bandar Bandung. Duduk semalam, Sehari pusing2 Bandung
9-Jam 12.30pm hari, kami naik kereta Grab dari Golden Hotel ke Wossy, kena batar275K seorang tiket ke Halim. Dari Halim naik Grab ke hotel Shalva. Satu malam 124k. lokasi ok. tapi ada pilihan lagi cantik iaitu MIAA dan GIAA Hotel sebab cross the road saja dari Thamarin City.
Maklumat Hotel: Jangan ambil yang 20-24 kaki persegi sbb sempit tak ada ruang solat. Ambil yang 24 kaki ke atas.