Memaparkan catatan dengan label Kisah hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah hidup. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Mac 2012

Hilang..

Diam..

Selepas Rudd kalah, dia terus senyap dan hilang dari pandangan mata umum. TV dah tak cari dia lagi, bila Queensland banjir, Premiernya bagi pandangan macam-macam, tapi Rudd tidak juga ada dalam TV. Terus hilang.. kesian dia..

Sepertimana hilangnya Kevin Rudd dari public, begitu jugala hilangnya tuan punya blog ni..hehe..

Saya dikunjungi ahli keluarga saya yangs aya sayang, Aisyah dan Abah dan kami semua berusaha untuk melihat kebesaran Allah dengan keluar berjalan-jalan sementara masih ada rezeki berada di Australia.

Kami ke Tasmania selama seminggu, Alhamdulillah puji syukur pada ALlah atas keizinanNya,  kami melihat betapa besarnya kuasa Allah menjadikan alam ini, menjadikan kecantikan yang begini indah. Tasmania sangat cantik. Syukur pada Allah..kerana memberikan keizinan kepada saya dan keluarga mencapai apa yang lama kami hasratkan..

Selepas selesai musafir, mereka kembali semula ke Malaysia dan saya tinggal sendirian di sini.
Saya perlu memecut perjalanan ini selaju yang terdaya. Saya bekerja dan bekerja, berada di meja tulis untuk menulis tesis ini hampir 15 jam sehari. Letihnya...

Pada masa yang sama, kisah Syria sangat meruntun hati kita,
Kenapa orang islam semakin hari semakin tidak keruan.
Apakah dunia ini akan berakhir dalam sedetik masa lagi, kerana Nabi bersabda, tanda akhir kiamat apabila umat Islam berperang sesama sendiri, di dunia timur melarat dari satu ke satu tempat.. Ya ALlah, hanya Engkau yang maha tahu..

Tapi, walaupun kiamat akan berlaku sedetik lagi, tugasan yang kita lakukan perlu kita habiskan.
Kata Nabi, 'Andai kiamat berlaku, tetapi di tanganmu ada sebiji kurma (untuk ditanam di tanah), maka hendaklah kamu habiskan tugasan tersebut..'

Wahai Allah, bantulah saya untuk menamatkan tugasan PhD  ini..
Walau apa terjadi, selagi ada hayat dan kudrat, saya akan menamatkannya.. insya ALlah..
Amin ya Rabbal a'lamin..

Jumaat, 17 Februari 2012

Buku ke 6.. dengan Izin ALlah..


Nurul Himmah yang baik telah mengirimkan kulit depan buku yang diterbitkan oleh UPENA.
Alhamdulillah, cantik muka depannya..
semoga isi dalamnya juga cantik dan membantu mereka yang membacanya.

Buku ke 6 saya...
Semoga ada kebaikan untuk generasi umat Islam..

Selasa, 7 Februari 2012

Kerja dan Repair Kete

Kerja dan Kete..

Saya nak kupas kisah yang saya masukkan beberapa hari lepas, tapi keadaan kurang mengizinkan. Saya sekarang sangat sibuk sebab nak siapkan chapter 3 dan 4. Insya Allah saya berdoa dan berazam untuk menamatkan perjalanan ibadah ilmu saya ini. Semoga ALlah izinkan saya habis PhD ini. ameen..

Setiap kali buat kerja, saya tidak pernah lekang dari membaca doa ini..
Semoga simpati Allah akan dicurahkan untuk saya dan semua yang berhajat.

"Wahai Allah,
dalam setiap urusan kami,
urusan dunia dan juga urusan akhirat,
tidak ada yang boleh memudahkannya melainkan Engkau Wahai Tuhan.
Tolnglah kami yang lemah ini..
Mudahkanlah wahai Allah semua  urusan kami..
Mudahkanlah Ya Tuhan..
Mudahkan Ya Rahman..

ameen.

Ya Rabb,
La sahla illa ma ja'al tahu sahla,
sahhillana umurana ya Rahman..
sahhillana umurana ya Rahim..

_______


Kete...

Sementara tu, hari ni saya ke Toyota Garry McMillon Service kat Preston nak repair kete..
Adoii punya ler mahal, hari ni saja saya kena caj AUD820... 
terkedu saya....
mahalnyer...

Bayarlah juga sebab keselamatan diri amat perlu diutamakan..
Selamat di Jalanraya adalah satu perkara penting perlu diutamakan, yang lain kita serahkan pada Dia, tuan punya nyawa dan hidup kita.....

Khamis, 2 Februari 2012

Pengisian Ilmu

Ilmu..

Yang ada pada kita adalah Islam. Tapi kalau kita duduk bertafakur, pikir dengan hati kecil kita dengan tulus, ilmu tentang agama kita sendiri tidak banyak kita tahu. Cuba anda pikir,  Betul ke tidak saya kata kita sebenarnya tahu sikit sangat pasal agama kita..

Ayat Quran, kalau kita baca, berapa banyak yang kita paham. Baca yang Arab tapi malas nak baca yang terjemah. betul ke saya kata ni? Buku-buku hadith nak baca sendiri, payahlah nak buat. Hadith 40 selalu kita dengar orang sebut, tapi adakah kita tahu isi perbahasan hadith-hadith nabi tersebut?

Hati kita ini ibarat satu mangkuk yang kosong. Ia terisi dengan cahaya rohani, yang datang melalui ilmu dan amal mendekatkan diri kepada ALlah. Apa agaknya isi hati kita.. cuba kita tanya sekali lagi hati kita, apa agaknya yang ada dalam mngkuk hati kita ini.. apakah cahaya ilmu atau ia hitam kerana jahilnya kita pada ilmu2 Allah.  Kalau kita tanya hati kita, kita suka dengar lagu, lagu apa yang masuk dalam hati kita..bait-bat apa yang kita hapal, kita hapal lagu lagi banyak dari ayat Quran... kita ni banyakkah sebenarnya ilmu pasal Quran, erti ayat yang Allah kirimkan pada kita. Banyak kah kita tahu tentang isi surat-surat yang Nabi hantarkan pada kita melalui hadith-hadith dia..
banyak ker sikit..

Saya tanya hati kecil saya..
Jika ada peluang sementara masih hidup, carilah jalan untuk kita tahu tentang agama kita.
Saya juga mencari.. semoga anda juga turut mencari..

Carilah ilmu walau di mana ia berada..





Video di atas adalah semasa saya menghadiri dua hari program mengetahui isi kandungan Surah Yusuf anjuran Mercy Melbourne. Diadakan pada Sabtu dan Ahad 28 dan 29 Jan di Dewan Univ Melbourne. Penuh dewan dalam 300-400 orang. ..Penceramahnya bernama Sheikh Sajid..
Secara isi kandungan surah Yusuf walaupun saya tahu tapi pengolehannya membuatkan saya seolah-olah berada dalam kisah Yusuf itu..Subhanallah
Saya bersyukur atas keizinan Allah memberikan saya peluang menghadirinya..

------------

Pada masa sama, Study Circle untuk Wanita Bundoora telah diadakan pada 25 Jan jam 7 malam di rumah Liza di Epping. Kali ini saya membawa tafsir surah al-Nisa' dan sedikit discussion pasal Fiqh wanita.

Akhirnya, mari kita pikir sekejap..
Di manakan kita sekarang ini..
Semoga kita selalu berada dalam dua golongan yang bermanfaat..
Sama-sama mencari..
dan juga  sama-sama memberi..

Carilah majlis ilmu walau sibuk bagaimana pun kita..
Jangan mengalah dengan ujian hidup walau betapa beratnya ia..
kerana ujian yang kita lalui tidak lebih berat dari beratnya ujian yang diterima oleh Nabi Yusuf..
Semoga kita terus mencari...
. ameen..

Khamis, 26 Januari 2012

Australia Day

National Day..

'Apasal takda kete kat parking ni..
Selalunya penuh..'
Saya berbisik sendirian..

'Peliknya.. '
Bisik hati kecik saya lagi..
'Sekarang dah jam 9 pagi, kenapa tempat parking ni kosong? Selalunya waktu ni dah kena parking tepi jalan ni.. Peliknya...'
Bisik saya sendirian.. sekali lagi..

Alhirnya saya mendapat jawapan...

'ohhh patut la takda worang..hehe..
Hari ni Hari Austalia Day rupanya.. cuti umum la kan..'
Ketawa saya...... hehe..

Hari ni cuti rupanya. National Day rupanya. Saya tengok ilan di tram stop tapi tak compute hari ni adalah 26 Jan. Tadi saya ke university, bawak kereta sampai train station, pastu naik train ke univeristy..

Kat University, ada 4 orng datang walaupun cuti...
Dan saya balik ke rumah jam 8 malm..

Sambil berjalan, saya berdoa..
'Wahai ALlah.. Izinkanlah saya menamatkan kerja PhD ini..
Saya nak balik Malaysia..
Ya ALlah.. tolonglah saya...'

Isnin, 23 Januari 2012

Buku Islamic Jurisprudence

 Buku..
ALhamdulillah..
Syukur pada ALlah kerana memberi izin buku bertajuk Islamic Jurisprudence berjaya diterbitkan. ALhamdulillah..
Buku ini adalah gabungan usaha kami berempat iaitu Dr Sabri, Dr Faigah, Ustaz Sidek dan saya sekali.
Insya Allah ia adalah buku saya yang keenam.
ameen..

Saya berdoa semoga ALlah menerimanya sebagai amal soleh di sisiNya.. ameen..
Doa saya..
..
'Ya ALlah, jadikanlah buku ini sebahagian amal solehku untuk agamaMu.
Sekiranya di sisiMua terdapat pahala atas usaha ini, sampaikan pahalanya untuk ibu dan ayah ku tersayang, datuk nenek dan seluruh keluarga kami.. '
amin ya Rabbal alamin..

--------------------------
 Saya menerima mesej dari Nurul..
Nurul adalah Pensyarah tempat saya bekerja yang ditempatkan di UPENA. 
Sekarang diberi nama baru UiTM Press.
 
utk makluman Puan Hidayah & Sharifah Faigah , buku The Concise Book of Islamic Jurisprudence telah pun selamat diterbitkan, dgn harga pasaran rm25,,alhamdulillah dan tahniah, maaf byk2 sbb sgt lewat,,ada beberapa perkara yg d luar bidang kuasa saya.
January 11 at 1:36pm ·


    • Puan Hidayah Nurul.. ooohh ini berita gembira yang menyerikan kerja2 tugasan akak yang bertimbun ini.. what a happy news. terima kasih ya nurul atas bantuan. semoga buku ini dpt menjadi pahala jariah kita semua, menyebarkan ilmu ALLah disamping membantu pelajar2 yg ambik paper ni.. insya allah.. p/s nurul, buleh ker tolong upload nak tengok muka depan buku ni please.. tqvm
      January 11 at 3:21pm · · 1

    • Nurul Himmah Kassan kak,,nampaknya akak & faiqah dpt hadiah tahun baru seiring dgn phd yg bakal digenggam, bertuah betul,,,pasal upload tu, nanti sy cuba ye sbb sy pun x tenguk lagi memandangkn sy dh x de d uitm press lagi :)
      January 11 at 3:32pm · · 1

    • Puan Hidayah subhanllah.. mudah2an berkatlah doa nurul himmah yang banyak berjasa ni.. ameen thumma ameen.. time kasih sekali lagi ya nurul
      January 11 at 3:34pm · · 1

Isnin, 9 Januari 2012

Perjalanan..

Berlalunya 2011..

Masa berlalu sepantas kerlipan mata. Pejam dan celik silih berganti dan hari demi hari ditinggal pergi. Tahun 2011 berakhir beberapa hari yang lepas. Ini bermakna Allah telah mengurniakan kami sekeluarga peluang dan rezeki yang besar bermukim sementara di bumi Melbourne. Genap sudah 3 tahun 2 bulan kami berada di sini. Bermula 28 Nov 2008 sehingga 28 Nov 2011 adalah 3 tahun cukup.

Cepatnya masa berlalu..
Subhanallah..
Semoga ada kebaikan yang kami cekup dan juga semoga ada kebaikan yang kami berikan sementara kami berada di sini. Melalui sebuah kehidupan di tanah orang, belajar mengenali budaya dan bahasa serta mengutip kebaikan dan manfaat.

Semoga ALlah redha..

Gambar-gambar sebelum berakhirnya tahun 2011..


Aisyah, Muaz dan Najah di hadapan Sekolah Kingsbury tempat Aisyah bersekolah selama 3 tahun..

Bersama-sama Mr Tyas, guru kelas Aisyah dan Muaz. She wrote a letter to Mr Tyas, 'Mr T, you are the best teacher I ever had. You're the first teacher and the last teacher  for me in Australia..'
Maknanya masa Aisyah sampai belum umur 7 tahun, dia masuk kelas Prep dalam 1 bulan, masa tu Mr T jadi guru kelas dia. Bila Aisyah masuk Grade 4, Mr T juga guru kelas dia..so the first and the last...


Ini masa hari train cuti.. 25 Dec 2011, kita orang naik train free 3 keluarga dari Reservoir ke Fitzroy Garden, Sally dan Kak Che Nor.. makan-makan dan balik semua ke rumah.. hehe.. sekadar  bawak budak2 jalan-jalan.. tapi letihnya on the back, train rosak.. lama ler jadi perjalanan kita..

Aisyah dan Najah di Fitzroy garden..

Aisyah di hadapan rumah, pada 23 Dec 2011...


Bye bye  2011..

Semoga ALlah membuka jalan dan pintu rezeki dan memberi kami smeua petunjuk dalam melalui hari-hari mendatang di tahun 2012..

Semoga ALlah redha..

Jumaat, 6 Januari 2012

Hail..

Hujan air batu..

Inilah kali pertama semenjak saya berada di sini dapat melihat hujan air batu..
Subhanallah...
Ia berlaku sekejap saja, masa petang Krismas 25 Dec 2011 lepas.
Saya dengan Aisyah kat rumah Faliq, di Regent dan dapat tengok kat belakang rumah Faliq..




Ahad, 1 Januari 2012

Sepi..

Hati yang sepi..

Saya balik dari airport. Menghantar Aisyah puteri kesayangan saya balik Malaysia sepanjang cuti sekolah ini. Insya Allah Aisyah dan Abah akan datang ke sini selepas cuti sekolah nanti. Insya ALlah..Abah dah balik Malaysia dua minggu lepas. Aisyah kali ini balik bersama Kak Nor dan anaknya Muaz.

Mengingat Aisyah, air mata saya mengalir membasahi pipi.. Saya rindukan suranya yang lunak. kata-kata hikmah yang selalu keluar dari mulut comelnya dan joke dan teka teki yang selalu menjadi bahan sembang selepas balik sekolah.

Aisyah...

Seminggu ini, saya melayannya dengan sepenuh hati. Menggembiranya dia dengan memberi waktu malam untuk 'family time' yang selalu dimintanya. Selepas solat maghrib, saya mendengar ceritanya, memandang ke dalam matanya dan memberi reaksi kepada semua percakapannya. Lepas solat Isya' berjemaah, saya duduk di katil sebelahnya, melihat dia menulis jawi, membaca Quran, dan  menonton cerita 'Kungfu Panda 2' dalam I Pad1 (yang saya beli dari seorang rakan, sekarang menjadi kepunyaan Aisyah). Berbincang iktibar dan moral dari movie kung fu panda 2 dan mendengar pendapat seorang kanak-kanak seusia 10 tahun.

Aisyah..

Selalu sangat Aisyah memberi pendapat yang menyebabkan saya terdiam dan merenung sendirian.
Apabila dia melihat saya berada di meja study di waktu malam, Aisyah akan datang bertanya soalan dan memberi kata-kata positif penguat jiwa saya.

'Umi, which chapter of your thesis that you are up to now?'
'Not much progress sayang. I'm doing my chapter 3, and half of chapter 4....'
'How many chapters all together Umi?'
"I'm not sure yet. Maybe 6 and maybe 7... Aisyah doa ya, I really want to finish this job.'
'It means you are doing well Umi. Just another 3 or 4 more chapters, then you can submit your thesis.'
'Insya ALlah.. Umi really hope so..'

"Umi.. if Umi rasa susah buat PhD. Umi ingat ya, that you are a coffee bean. you are not a carrot and you are not an egg. Coffee bean can accept challenges, change the environment but remain as a coffee bean. You must be like that Umi.  You can finish your PhD. Allah has given Umi a second chance after you transferred to Melbourne Uni, you can do it Umi.. I believe in you. ..'

Aisyah..
How I miss your voice..

Saya bertukar tempat tinggal dan berpindah ke rumah yang 'uzur dan buruk' pada pednapat saya. Dan saya rasa sangat sedih kerana berpindah. Tapi Aisyah, selalu memberi buah fikiran yang penuh berhikmah dan mendalam.. saya melihat betapa besarnya penciptaan Allah dalam diri seorang Aisyah.

Bila saya mengadu saya tak berapa suka rumah baru.
'Umi, you don't think about the house ya. Abah said, if you have a place to study, a room to rest, a place to sleep, then dah bagus dah Umi.. Umi concentrate on your research ya Umi. Bila dah siap, rumah kita kat Shah Alam best abah dah repair.. so kalau rumah kat Australia tak bagus pun takpa Umi.. Umi jangan sedih ya..'

Aisyah.. teringatnya Umi pada Aisyah...



Jumaat, 23 Disember 2011

Maher Zain in Melbourne

Peminat Maher..


Akhirnya tercapai hasrat Aisyah nak tengok Maher Zain secara life. :-)

"Maher Zain ler Umi..
Finally, I can see Maher Zain.. I thought this is a dream..
You know Umi, if Maher Zain sings for orphans, it is good.
Allah won't get angry because the songs are all ok, praise Allah and the Prophet.
But  we cannot go to other concerts like Justin Bieber  or other singers who do not remember ALlah, it is not good for us. Allah does not like that kind of songs.
You know Umi, my friends Joyce, Holly, and Aisyah too, we do not like Justin Bieber.. '

'Really, why Joyce and Holly do not like Justin Bieber? I thought all girls here in Australia love Justin Bieber. About songs and singers, Aisyah is right.. we can only listen to good songs..."

 "Yeahh.. girls like to scream when they see Justin Bieber.. we don't like that.."

Akhirnya...
hari yang ditunggu-tunggu pun tiba..
Pada 18 Dec 2011, Human Appeal International mengadakan konsert amal untuk kutipan derma anak yatim Palestin dan lain-lan tempat di Melbourne Convention Centre. Kami pergi ke sana, tiket semuanya AUD30 seorang. Aisyah gembira sangat2.. dan saya turut gembira melihat Aisyah gembira.. kerana kegembiraan Aisyah adalah kegembiraan saya!

Tapi budak2 ni menjerit jugak bila tengok Maher Zain... hehe...

Keseluruhan concert ini memang berjaya.
Tahniah untuk Human Appeal.

_______________

gambar kemudian..

Khamis, 22 Disember 2011

Skim Saraan Baru

Skim..

Bila kita kerja dengan kerajaan, kita tertakluk kepada skim apa yang diguna pakai masa kita diterima masuk bekerja. Bila ada perubahan, kita diberi hak untuk memilih sama ada nak ikut skim lama atau ikut skim yang baru. Sekarang Kerajaan keluarkan skim baru untuk kakitangan kerajaan dan semua orang yang terlibat dengan rancak berbincang tentang kebaikan dan kekurangan skim tersebut. Dan   31 Dec ini dikira tarikh akhir untuk kaki tangan kerajaan buat keputusan, sama ada nak sign berada dalam skim baru atau kekal dalam skim asal.

CEUPAC kata jangan sign borang kosong, kerana setiap kita perlu jelas tentang hak dan kesan atas tandatangan yang kita berikan. Kami, yang sedang cuti belajar tak terima apa2 pun dari UiTM, jadi saya anggap mereka akan poskan jika perlu kita sign, jika tidah, maka kita tunggulah...

Antara perkara baru yang sipi2 saya tahu (sebab saya belum sempat study detail-detail), adalah kerja sehingga umur 60 tahun dan tangga gaji yang berbeza. Saya rasa kalau kena suruh sign 60 saya tak sign kot. Tapi kalau sign kekal 56 or 58 kemudian dapat gaji tinggi nak jugak.. hehehe..
Saya akan sign borang tersebut tapi akan kekal pada takat umur yang saya dah sign dulu iaitu 56. Sebab sampai 56 or 58 tahun seperti yang saya dah sign dulu pun sudah cukup lama bagi saya.

Saya membayangkan hari-hari tua saya adalah masa untuk saya memberi khidmat secara total untuk persatuan kaum ibu, NGO Dakwah dan NGO Islam, bersama2 menghadiri dan berkongsi setakat ilmu yang ada dalam kuliah-kuliah agama dan pembentukan diri untuk sesama wanita dan anak-anak. Saya berhasrat menghabiskan masa di bilik study  saya kelak menulis artikel untuk surat khabar, majalah dan  beberapa buah buku untuk agama dan masyarakat. Saya berdoa semoga dalam umur 56 sehingga 65 saya dan suami saya masih sihat, kekal dalam rumah tangga yang bahagia, diberi rezeki yang mencukupi untuk kami pergi ke Mekah, umrah dan haji dan juga berjalan2 melihat bumi Allah.
ameen ya rabbal a'lamin

Aisyah kat masa masa tu yer..:-)
Aisyah masa tu belum kawin kot.. hehe...so boleh ikut umi dan abah.
kalau dah kawin, tak dapatler aisyah ikut sekali..:-)


Setakat ni itulah pendapat saya.. wallahua'lam...

Isnin, 12 Disember 2011

Perjalanan..

CILS 

Pada 28-29 Nov ada Conference for Postgrad kat Law School Melbourne Uni. Saya, Ina (Fadz Nawi) dan Adli present bawah theme 'Islamic law in Malaysia'.. Chair person panel kita orang adalah seorang ilmuwan hebat Prof MB Hooker, penulis buku2 undang2 Islam di Malaysia.

Saya rasa seronok mendengar nasihatnya yang panjang terutama mengenai sisterm perundangan di Malaysia.. Jika nak baca nasihatnya, boleh ke blog Fadlina Nawi..





Perjalanan..

Senaman..

Saya naik basikal dan lari-lari dan have a power walk kat Edwardess Lake dekat dgn rumah saya..

Senaman dan bergerak laju, terutama di padang boleh  merehatkan minda,  menggalakkan pertumbuhan sel baru dalam otak kita dan juga merelasekan tension..

Saya dan Dr Kak Che Nor..
p/s saya terlupa pakai topi keledar, nasib baik tak kena saman. Ada kawan kena saman AUD70 sebab naik basikal tak pakai topi keledar..

Aisyah panjat sampai atas... bravo aisyah


Ni Aisyah, Iman dan Arisha kat malahang Festival dekat dengan rumah kami..

Saya juga ke Vic Market minggu lepas 5 Dec 11, nak ke Flagstaff Garden depan Victoria Market. Tempat parking cuma 2 jam. Abah terlambat beberapa minit saja,  dia lari ke kereta sebab nak alih tapi staff yang jaga tu dah ada kat kereta.. dan dengan muka seposen dia kata..'I'm sorry, you  late for 1 minute. I have issued the ticket..' kena infringement penalty AUD60.. Rupanya staff tu kata, systemparking di Melbourne ini ada sensor- bila satu kereta sepatutnya 2 jam, lebih 1 second jer, penggera akan bunyi di stesen tempat staffnya jaga dan staff akan meluru ke petak parking tersebut dan issue computerize parking infringement. Dia kata kalau belum issue, dia boleh consider tapi once keluar jer, nothing can be done.

Nak jimat AUD10 parking yang 5 hours, kena denda AUD60..:-)

Tapi Abah sebagai seorang yang positif berkata..' Tak pa.. ALlah kasi ikut lain, dia ambik ikut lain.. Ini adalah satu cara Allah nak ambik duit kita. Nanti dia bagi rezeki dari jalan lain pulak..'

Insya Allah..

Isnin, 31 Oktober 2011

Kesihatan, Tetamu dan Birthday

Perjalanan..

Keadaan badan saya agak kurang baik beberapa hari kebelakangan ini. Kepala rasa sakit, darah naik ke belakang kepala dan saya  rasa macam nak pitam. Apakah kerana terlalu banyak bebanan dalam fikiran saya memikirkan tentang pengajian saya atau kerana penyakit2 lain.  Saya ke klinik di Reservoir dan Doktor kata tekanan darah saya sangat rendah.. Saya pun tak ingat berapa.. tapi lebih kurang bawahnya /50.. Saya diberi borang untuk ke Royal Melbourne Lab untk ambik darah dan cek.. Semoga tak adalah penyakit yang sukar.. Saya selalu berdoa mudah2an Allah menjaga saya dan seluruh ahli keluarga saya dari penyakit2 bahaya seperti cancer, darah tinggi, jantung dan sebagainya..

Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk kita terus berjuang mencari ilmu, dan memberi ilmu dan kepakaran untuk membantu agama dan umat Islam.. isnya Allah...

______________





Birthday...


Akhirnya tahun berlalu pergi..
Hari demi hari saya semakin berumur..
Subahanallah.. semoga hari-hari yangs aya lalui diberkati Allah..
Dan semoga hari-hari yang bakal saya lalui penuh barakah dan pimpinanNya..

Terima kasih Wahai Tuhan atas kenikmatan hidup yang Engkau kurniakan...

ameen...

Dan hari ini 28 Oktober 2011 adalah hari lahir saya yang ke 42..

Aisyah buat pancake ..:-)
Abah tak ada, jadi dia akan belanja kami satu kelaurga lepas balik sini nanti.. :-)

Hadiah dari Aisyah my beloved darling daughter...

Rabu, 12 Oktober 2011

Sunyi..

Sunyi dalam perjalanan yang panjang..

'Umi, I don't like when Abah is not here. I feel sad. i miss abah..'
  
bla bla... Aisyah meluahkan rasa hatinya pada saya..

Rumah kami menjadi sunyi kerana Abah sudah balik ke Malaysia pagi tadi. Jam 8 pagi kami ke airport menghantar Abah, dan Aisyah mula diam sepanjang jalan. dan bercakap siket sambil menunjukkan muka seposen takda mood. Tapi saya still hantar dia ke sekollah jam 10pg dan saya ke universiti.

Tapi saya tak dapat nak nafikan bahawa sekembali dari universiti, saya rasa rumah saya sangat sunyi. Abah dah takda, dan saya tidak mempunyai orang 'tua' sebaya saya untuk saya bersembang dan meluah rasa. Sunyi sungguh..


Ingatan saya terus jatuh kepada isteri arwah Pak Tam dan anak-anak mereka.
Saya rasa sudah tentu Nur akan terasa terlalu amat sunyi selepas kematian Pak Tam.. semoga Allah berikan kekuatan untuk beliau dan anak-anak..


Saya kata kepada Aisyah,  'Aisyah, do you still remember Umairah, Aiman dan Fatihah? I feel sad whenever I think about them.'

'Napa Umi?' Aisyah tanya saya.. 'Why should Umi think about them?'

" Aisyah feels sad sebab Abah balik Malaysia kan? Umi nak tell you something so that Aisyah can understand about their feeling.  Aisyah has to put your self in the shoes of anak2 pak tam. Walaupun aisyah feels sad, aisyah still can call, skype and tell abah that aisyah really miss abah. But umairah, aiman and fatihah could not do so. their father is no longer alive. they have to keep their feeling inside them. sedih sangat umi ingatkan dia. so aisyah should feel grateful to allah. insya allah next month abah will be here. jadi aisyah jangan  feel sad lagi ya.'. 

Kami bersembang-sembang pasal perasaaan anak-anak Pak Tam, alhamdulillah.. aisyah mula ok dan semoga dia dapat memahami kesusahan dan keperitan perasaan anak-anak yang kehilangan ibu bapa.

ia mengajar kita untuk selalu bersyukur atas apa yang kita ada..

Subhanallah.. 

Sabtu, 1 Oktober 2011

Tetamu..

Tetamu.

Saya bermain-main dengan design blog dan lepas ding dong saya akhirnya  try buat blog berwajah baru..:-) Hasilnya mulai hari ini, blog ini memakai make up biru dan mempunyai sedikit corak-corak.. Menarik tak? harap ianya menarik dan memberi nafas baru dan semangat baru pada saya dan anda semua yang melawat blog ini... Ceria seceria wajah baru blog ini..

Kisah tetamu, saya menerima tetamu dari Malaysia iaitu Pak Su Mazlan (Pak Su my husband dari Bangi). Kami meraikan dengan membawanya berjalan-jalan ke City dan juga Great Ocean Road. Semasa berjalan-jalan di Swanston Street, saya menunjukkan jalan ke Kedai Swatch, sebab ada satu jam yang saya sangat suka..Tiap kali saya jalan kaki dari Flinders Station melalui Swanston, saya akan stop kat kedai Swatch tersebut dan mengintai jam yang saya suka tersebut. Saya tunjukkan pada Abah (my hubby) dan juga kepada Pak Su, Abah said..'umpp cantik tapi cermin dia nanti calar tak? Umi kena beli yang water proof.. tak payah bukak-bukak...'

Lepas tu Pak Su pulak tambah..'Biar PakSu belikan, hadiah untuk hidayah..takpa murah pun, yang penting ingatan dan value dia.. bila Paksu dah takda, hidayah tengok jam tu, teringat that..ini paksu yang kasi hadiah..'

Seronoknya... 'Terima kasih Pak Su.'

Pada masa yang sama, delegasi dari Jabatan kehakiman Syariah datang ke Melbourne atas urusan rasmi selama dua hari. Saya rasa agak sedih dan terkilan kerana tidak dapat meraikan mereka. Saya mohon maaf kepada Dato' Asri, Ketua Hakim Syarie Perak, Dato' Zainul Rijal, Presiden Peguam Muslim dan lain-lain delegasi hebat kerana saya tidak dapat berjumpa dan meraikan mereka walaupun saya sangat ingin untuk berbuat demikian.

Ahad, 25 September 2011

Buku..

Buku-buku..

Masa mula-mula saya naik train dari Reservoir ke Melbourne City untuk ke University Melbourne, saya tak pernah dapat tahan dari mengantuk dan tidur.. Letih sungguh travel selama 45 mt - 1 jam pergi dan selama tu juga untuk balik ke rumah. Tapi lepas lama-lama, saya dah jadi lali. Orang tua kata mangli, satu benda susah, lama-lama sebab ulang buat terlalu banyak kali, jadi kita sudah tak rasa susah lagi.. Perumpamaan Bahasa Melayu adalah 'Alah bisa tegal dek biasa!.

Sepanjang naik train dan tram, saya akan baca buku. Saya dah buat banyak kali experiment dah..:-) Kalau saya baca buku berat-berat isi kandungannya, maka saya akan zzzzzzzzz (tidur) lagi cepat dari biasa..hehe.. tapi kalau saya baca benda ringan, saya akan mampu bertahan..[Maksud benda berat tu macam saya bawa nota mengenai kes mahkamah, artikel ilmiah dari journal, buku agama dan lain-lain..semuanya mata saya akan menjadi sangat berat...dan mula menutup tirai sepantas yang mungkin..::) Benda ringan maknaya buku novel, buku cerita, surat khabar, dan lain-lain yang saya tak perlu fikir berat2, sekadar baca terus nak tahu jalan cerita..]

Saya telah menghabiskan banyak novel dalam perjalanan dari rumah ke University dan balik dari univ.

Antara buku yang saya baca atas train adalah buku kegemaran saya.. saya ni agak berbeza siket dengan orang lain sebab buku kegemaran saya adalah Agatha Cristie, Sherlock Holmes, buku penyisatan..[agak saya sebab saya ni dari kecik cita-cita saya nak jadi polis..nak siasat dan tangkap orang jahat..hehe] jadi saya memang suka buku polis-polis ni..

Saya pinjam 6 siri Sherlock Holmes dari library Darebin dan saya habiskan atas train siket demi siket.. Tapi kalau buku bunuh-bunuh teruk saya tak baca.. saya juga tak baca buku-buku romance yang 'menakutkan', kerana saya percaya, sesuatu bahasa datang ke dalam diri kita melalui dua jalan yang besar (berdasarkan kajian orang terdahulu)
1) Kita baca dan baca dan baca dalam sesuatu bahasa, kita akan mendapat 'skil menulis'
2) Kita dengar dan dengar dan dengar sesuatu bahasa, kita akan mendapat 'skil bercakap'

Sebab itu budak-budak, dia dengar saja cerita TV, kartun, mak ayah bercakap.. lama-lama dia dapat bahasa itu sebagai bahasa pertuturannya.. Buku bacaan yang dibaca akan membaiki kemampuannya menulis ayat, karangan dan sebagainya..

Jadi, bacalah buku yang ada manfaat. buku yang bagus, bukan buku cerita lucah, bukan buku cerita artis-artis yang tak membina minda kita..Begitu juga, selalulah baca buku-buku dan dengar orang bercakap.. kita akan dapat bahasa tersebut- sama ada english, arabic, itali, urdu dan apa sahaja..

Opss... saya juga suka baca buku sastera.. sebab masa saya tingkatan 4 dan 5, saya masuk kelas sastera. Buku novel 'Seorang Tua di Kaki Langit' karja Azizi Abdullah adalah novel kegemaran saya. Saya rasa saya pandai prosa sajak.. hehe...(puji diri sendiri..hehhe..) sebab setiap kali saya prosa sajak, saya selalu dapat markah tinggi..:-).. (makna prosa adalah membaca sesuatu yang sukar difahami secara biasa seperti sajak, puisi, gurindam dana lain-lain kemudian kita terjemahkan, tafsirkan dan rungkaikan apakah yang dimaksudkan oleh sajak itu- itulah prosa)..

Habislah cerita buku novel-novel yang dibaca..
_______________

John Gray..

Terdapat banyak ilmu yang dikupas oleh John Gray. Bila saya baca dan baca, saya tidak dapat tidak bersetuju dengan beliau. Saya terpaksa tunduk dan mengaku bahawa apa yang dia kupaskan tentang bagaimana perempuan menangani stress dan bagaimana kita perlukan sokongan dari suami adalah hampir benar dengan apa yang saya lalui..

Subhanallah...

Saya recommend buku-buku ini dibaca..Carilah kat mana, ambik manfaat dari hasil kajian orang lain, untuk kebaikan diri kita dan sesama insan..

Lepas habis saya baca, saya mencari secara online buku-buku ini untuk saya sendiri simpan di library rumah saya, (kerana buku pinjam perlu dipulangkan di library Mill Park).Akhirnya dapat, saya order dengan harga AUD5.30 satu. saya beli 4 buah berlainan tajuk, semuanya tulisan John Gray.. Beberapa hari lepas, saya sudah terima buku-buku yang diorder tersebut..
Alhamdulillah...

Inilah rupa buku-buku tersebut..
Pergi pinjam ya..


Mengenali perbezaan..


Kegagalan untuk menghargai, mengiktiraf perbezaan dan gagal menangani perbezaan boleh membawa kepada perceraian dan perpisahan..


-------------

Selingan...

Yang bawah ni menyelit jer.. hehe..
takda kena mengena dengan sesiapa..
hanya kena mengena dengan saya jer..:-)

Ini loket saya beli secara online.. tempah nama di loket silver..harga biasa AUD70. Ada offer jadi AUD20.. saya pun order la..

beberapa hari lepas sampai ke rumah saya..

Tara....

Ahad, 11 September 2011

Paper Presentation and Conference

Conference

Sepanjang membuat kajian PhD, pelajar digalakkan membeentang kertas kerja, sharing sebahagian dari hasil kajian dan dapatan research yang dibuat. Ada banyak conference yang dianjurkan, tapi kadang-kadang ada yang berkait dan ada yang tak berkait dengan research kita. Saya tak banyak terlibat dengan conference sebab masalah research Phd yang saya alami. Kajian saya tidak sepantas orang lain, apatah lagi lepas bertukar universiti, saya harus speed selaju mungkin.

Saya kadang-kadang fikir, saya perlu concentrate untuk siapkan tesis, dan tak payah fikir pasal nak bentang-bentang. Tapi Supervisor saya Pak lah dan Pak Tim suruh saya bentang dan hantar sebanyak mungkin abstarct dan paper untuk bentang dan publish sebelum saya tamat pengajian. Saya pun tak tahu saya sempat buat atau tidak.. Saya akan cuba..

Saya berbincang dengan rakan saya seorang Prof Madya yang telah bertugas sebagai pensyarah hampir 23 tahun lepas. Dia nasihatkan saya bahawa, ''sebagai ahli akademik, kita perlu ada rasa ingin bersaing secara positif dengan rakan-rakan penyelidik yang lain. Berdasarkan pengalaman beliau, orang kita, orang Melayu suka hasad dengki dan buruk sangka. Kalau penyakit itu  ada pada orang lain, biarlah...jangan ada pada kita.''

Belia berkata lagi:,''Bila ada rakan penyelidik dapat kelebihan, kita tak dapat, jangan ada hasad. Yang penting semua kita perlu ikhlas dan hati bersih. 'Awak lebih maka saya belajar dari awak. Saya lebih awak belajarlah dari saya..' itulah motto yang sepatutnya.. Kalau kita tahu ada conference mana-mana, sharelah dengan kawan..mungkin kawan2 kita nak bentang sama, tapi dia tak tahu di mana conference diadakan..''

Pencapaian orang lain adalah satu galakan untuk saya. Bila saya dengar ada kawan-kawan ke United Kingdom present paper, ke China, ke USA, ke Turki dll saya tumpang gembira untuk mereka.

Berbalik kepada keadaan saya, bulan lepas, Pak Lah dalam mesyuarat bulanan dengan supervisee nya, dia nasihatkan (plus arahkan) saya dan kawan-kawan hantar abstarct ke seminar di Univ Sydney, di malaysia dan mana-mana yang ada. Yang penting katanya adalah:
'Dapatkan pengalaman memberitahu orang lain tentang kajian apa yang kita buat. Kalau adaorang bagi pandangan, ambik secara positif. Improve research kita melalui pandangan orang lain..Bentang satu bahagian saja dari tesis kita. Contohnya perspective hakim tentang kes mahkamah di malaysia, itu sudah satu paper. Jangan buat kertas kerja yang baru, mesti buat apa yang sebenarnya dalam tesis kita. Ambik satu subtopic dari tesis dan bentang. '

Mengambil pandangan dan arahan Pak Lah, saya menghantar abstract ke Univ Sydney. Alhamdulillah ia diterima. Maka,  insya Allah saya akan ke University Sydney pada 27- 28 Oct untuk menghadiri Conference Postgrad anjuran Law Faculty, Univ of Sydney. Abstract kertas kerja saya bertajuk, 'Child maintenance after divorce in civil practice in Malaysia: a preliminary discussion' diterima untuk dibentangkan. Saya akan menyiapkan kertas kerjanya dan perlu menghantarnya sebelum 13 October nanti.

Dalam paper tersebut, saya akan bincang mengenai children's right for maintenance in United Nations Convention on Children's Rights (UNCRC) 1989 and what is the practice in Malaysian Court in child maintenance applications. Saya akan tengok beberapa kes mahkamah dan mengupas pendapat hakim sivil yang saya temubual hari tu, kenapa dia beri keputusan macam tu, dan apa pendapat dia tentang penghakiman dan cara pendekatan mahkamah civil. Ia adalah sebahagian dari tesis saya. Saya harap saya berjaya membuatnya. Pada masa sama, saya ingin sangat berjumpa dengan kawan saya di Univ Sydney iaitu Hidayah Abdullah dan juga Nasreen Nasrizal. Saya perlu mencari nombor contact mereka.

Pada tarikh itu, Abah balik ke Malaysia. maka saya perlu mancari jalan siapakah yang sudi menolong saya menjaga Aisyah ketika ssaya ke sana. umphhh Farizal dan hamdan akan balik ke Malasyia hujung September ini, Hana anaknya adalah kawan baik Aisyah. Jika mereka ada, mereka akan tolong jaga Aisyah.. Saya perlu mencari jalan untuk menyelesaikan perkara ini... Jika tidak ada aral, sampailah saya nanti ke Univ of Sydney.. insya Allah..

Jumaat, 2 September 2011

Eid Mubarak


Selamat Hari Raya Idil Fitri 2011/ 1432H

Kami di Melbourne berpuasa cukup 30 hari, dari 1 Ogos ke 30 Ogos 2011. Kami berhari raya pada hari Rabu 31 Ogos 2011.
Kepada semua sahabat, rakan taulan, saudara mara, rakan taulan dan juga kepada pembaca blog yang saya hormati walaupun saya tidak kenal siapa yang mengikuti blog kisah kami sekeluarga ini...
Semua anda adalah orang yang penting..

Selamat Menyambut Hari Raya
Eid Mubarak
Mohon Maaf Zahir Batin..

Solat eid atas jalan raya di Masjid Preston..
Bersama Kak Sal, Kak Syidah dan Auntie Zura di Jack Ropert .. selepas solat di Preston, kami join perhimpunan solat eid pelajar Mesia plus Singaporeans pula..

Bersama Niza, Rizal dan keluarga selepas solat eid di Masjid Preston

Bersama Nora, Intan dan Sham..

Di bawah adalah Aisyah dan kawan-kawannya...

Sabtu, 27 Ogos 2011

Melbourne Madinah

Qiyam di Melbourne Madinah Jumaat 26 Ogos 2011..

Subhanallah.. hanya puji syukur saya mampu luahkan ke hadrat Allah atas kurniaanNya yang amat banyak. Melihat hampir beratus muslimah yang qiyam di Melbourne Madinah memberikan saya nikmat yang tidak terucap. Alhamdulillah..