Memaparkan catatan dengan label Perjalanan Hidup Aisyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perjalanan Hidup Aisyah. Papar semua catatan

Isnin, 30 Mei 2022

 ANAK KESAYANGAN KAMI 

AISYAH & AIEMAN



Anak saya Aisyah  sudah besar... 

dan dengan rahmat Allah, sudah memasuki alam baru dalam fasa kehidupannya.


Setiap saat saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah di atas limpahan kurnia yang dianugerahkan kepada saya dan seluruh ahli keluarga .



Anak saya sudah mempunyai pilihan hatinya.. :-) 

Dan kami memberikan sepenuh restu semoga ALlah merestui, melindungi dan menyayangi Aisyah dan  pilihannya...


Semoga ALlah memudahkan jodoh Aisyah dan Aieman dan menjaga mereka berdua sepanjang hayat dan menyatukan mereka kelak dengan penuh rahmat dan kasih sayangNya.. Ameen..


Grandparents keduanya sanggup datang dari Kelantan.. Masya Allah.. Syukur ke hadrat ALlah dan terima kasih kepada Puan Su, En Haniz,  Aieman, Dato Dr Hj Ahmad dan seluruh ahli keluarga dan terima kasih kepada Ma, Ayah, Kaknik, Abg Die dan semua ahli keluarga saya atas doa dan sokongan.. 







Bagus sungguh hasil kerja En Kyrol . Boleh contact dia di No telefon  018-298 0242 photographyhttp://instagram.com/kyrolphotography


Khamis, 29 Januari 2009

Selasa, 20 Januari 2009

Defend Yourself Aisyah!

Teakwando Class...


"Umi.. Umi ada tak duit nak bayar ni..?'
'Ada.. insya Allah..Umi tak de duit, kita mintak duit abah..hehe...'

Susah hati ker tak de duit?
Takde..
Setakat ini saya tak der lagi seingat saya ...
Saya tak pernah susah hati pasal duit..
Alhamdulillah so far so good..
Kalau terdesak sangat saya SOS ler my kakak-Kak Za in JB.. hehe..
Ada duit, kita beli, takde duit kita diam je lah..
Walaupun saya suka beli, tapi saya selalu ingat mengenai fiqh awlawiyyat..
yang tak penting saya tak beli sesuka hati..

___________

Sekarang kita cite pasal Aisyah lak.
Tadi jam 5pm waktu Melbourne pada hari Selasa tarikh 20 Jan 09, Aisyah mendaftar diri ke Sekolah Hall's Teakwando.. Instructornya ada 6 calit hitam kat pinggang, namanya apa yer.. tadi saya ingat.. sekarang dah lupa dah..

Aisyah dinilai untuk pastikan dia masuk kelas mana...
Best jugak saya tengok Cikgunya test...

'Ok Aisya, let's start with your leg, which one you always use when you kick? ok, put the foot like this..'
'Ok Aisya, show me your palm? ok now you hold like this. I want you to punch this board.. ok using your right hand, punch harder.. ok Aisyah.. good...'




















'Ok Aisya.. if I want to hurt you .. ok I want to grab your head.. defend yourself Aisya.. show me what to do..''






Akhirnya.. Aisyah masuk kelas belt kuning.
Esok jam 4.30 pm kelas formal bermula..
Sebulan $83 sebanyak 5 sesi seminggu.. Bagus ler tu..

Nampak gaya jadual Aisyah kena diubah suai ni.. supaya kelas ngaji dan waktu main kat taman tetap ada walaupun nak pergi kelas teakwando ni..

"Aisyah kenapa Aisyah kena belajar teakwando?
'Sebab Abah selalu pesan Aisyah kena jaga Umi kalau Abah takde.. sebab tu Aisyah kena belajar Teakwando..'

'Good girl...'
amin

Isnin, 19 Januari 2009

Isnin 19 Jan 09

Monday

Tadi Umi ke office dari jam 12 sehingga jam 6 petang. Hari ini Umi masak tomyam.. best..

Jam 6.15-7.30 bermula kelas ngaji untuk 4 orang secara formal ... hari ini hari pertama bagi Arash dan Wawa dan minggu ketiga bagi Aliya dan Aisyah. Lepas ngaji main-main dalam rumah.. main mak-mak, main tolak-tolak, main sekolah-sekolah, main princess-princess.. Sian Arash sebab he is the only boy, so dia tak nak join akhirnya dia tengok TV cerita Ninja Turtle..

Jadual Aisyah :

Isnin- Jam 6-7 Ngaji Quran dan Jawi, 7-8pm ke taman main scooter

Selasa - Jam 5-7- Kelas Teakwando, esok mula sambung tali pinggang kuning..

Rabu- Jam 6-7 Ngaji dan Jawi, 7-8 ke taman main scooter

Khamis- Jam 6-9 pm- ikut Ummi pergi Study Circle

Jumaat- 6-7pm- Ngaji dan Jawi, 7-8 pm ke taman main scooter

Sabtu- - acara bebas

Ahad- 6-8 swimming .. yeaa.. Umi pun ikut swimming sekali.. bestnyer

Isnin, 12 Januari 2009

Surat Irdina dan Aisyah

Aisyah dan Dina

Dina telah mengirim email kepada Aisyah melalui email ibunya Nurul beberapa hari lepas. Aisyah punyalah seronok dapat email dari Dina, dia terus balas dan asyik bercerita betapa rindunya Aisyah nak bermain dengan kawan-kawan kat Nursery Kristal, kawan-kawannya di sekolah ISSA, kawan-kawannya di sekolah Little Caliph, kawan-kawan jirannya dan sedaranya di Bangi, Kakak Afiah dan lain-lain, adik Absya dan semuanya kat sana..

Dina nama penuhnya Irdina, anak kepada Nurul Himmah kawan Umi di UiTM. Semasa Aisyah sekolah Little Caliph dia sangat mesra dengan Dina, suka dokong Dina sebab Dina ni kecik dari dia. Umur Dina 5 tahun dan Aisyah 6 tahun.

Lepas Aisyah masuk sekolah ISSA, Dina belum masuk sekolah. Tapi mereka berjumpa balik selepas Aisyah duduk di Nursery Kristal selepas habis sekolah. Kat situ mereka jadi rapat semula dan selalu lah Aisyah cerita bahawa Aisyah suka dokong Dina sebab Dina ringan dan sangat comel..

Ini adalah email dari Dina..

Assalamualaikum...
kakak aisyah awak dah pandai cakap english ke dan awak bile
awak nak balek dina dah rindukan aisyah.
dina dah masok darjah satu di sekolah sri pintar .

byebye

____________


Aisyah telah membalasnya ...
Ini adalah balasan email dari Aisyah..


Assalamualaikum,

dina kakak aisyah pun rindu kan dina.
dina dah makan.
dina sihat ke....
kak aisyah sihat
bai lain kali kita sembang lagi eh....
bai......
______________

Umi uploadkan sebagai kenangan perjalanan Aisyah..

Ahad, 11 Januari 2009

Perjalanan Aisyah

Aisyah di Melbourne...

Kat sini, kadang-kadang panas, kadang-kadang sejuk.. berubah-ubah ikut suka.. Kadang-kadang Umi basuh kain dan jemur, kadang-kadang masuk dryer lepas basuh..

Kat bawah ni gambar Aisyah tengah tulong Umi jemur baju Aisyah lepas basuh..




Ini gambar Aisyah dan Aliya main-main kat playground..

Ni pun sama.. best sangat main..Aliya cakap dia pakai skirt yang Tok Ma dia jahitkan..

Ini AIsyah dengan Aliya depan pokok apa yer..Pelam atau Apricot, (tak ingat dah..) tak jauh dari rumah Aisyah, jadi boleh pergi petik saja..

Ini pulak Aisyah dengan Aliya pergi visit ada kawan Umi dapat baby.. Comel baby dia..

Sabtu, 10 Januari 2009

Kenangan Aisyah

Aisyah nak cerita ni...

Untuk Tok Ma, Tok Ayah, Atok, Nenek, Adik Absya dan semua saudara di Malaysia..
Begitu jugak kepada kawan-kawan Aisyah semua...

Kat bawah ni gambar-gambar Aisyah dan Umi dan ABah..
Ada gambar lama dah, dan ada juga gambar yang baru...

Aisyah letih sangat balik dari bandar, naik bas. Aisyah tidur atas riba abah..


Yeaahhh... Abah happy sangat..


Aisyah kat padang


Ni Aisyah tengah dukong Uwais. Sebelah tu Aliya... inilah kawan-kawan Aisyah sekarang



Ni Umi dan Abah... tenagh tunggu tram, Aisyah yang ambik gambar ni..




Aisyah dalam tram ni..tram dia cantik dan luas..





Aisyah suka tengok gambar ni.. ni Adik Ulya, dia pegang hadiah Aisyah yang Aisyah nak bawak masa datang sini kat airport hari tu..






Ni Aisyah main panjat-panjat kat padang.. Sebelah tu anak orang puteh, Aisyah kena cakap ENglish kat sini dengan dia orang..




Umi tengah tolak Aisyah main buai


Cantikkan gambar dari atas bukit ni..

Aisyah dengan Umi kat atas bukit

Tempat ni namanya Mount Cooper, 137 Meter di atas laut.. Sejuk kat sini tapi best rasanya..


Isnin, 22 Disember 2008

Aisyah lagi..

Victoria Market Ahad 21 Dec

Aisyah berjalan lagi.. ini kali kedua pergi ke Victoria market kat Melbourne City. Abah kata, Umi belum sibuk lagi sekarang, jadi bolehlah kita berjalan-jalan. Kalau ada saudara atau kawan-kawan dari Malaysia datang ke sini, boleh kita tunjuk tempat kalau kita dah tahu..


Kita pergi ke Melb City hari Ahad naik satu bas sahaja, berenti kat depan QV Store, lepas tu naik tram ke Victoria Market. ramai orang hari Ahad. Dalam Victoria market ada banyak jualan seperti daging dan buahan-buahan. tapi kita tak singgah situ, jalan terus masuk ke dalam sebab Vic Market ni besar, ada macam-macam dalam tu. Ada banyak jual barang-barang boleh buat hadiah pada orang. Ada jual baju-baju murah-murah, pastu ada juga jual buku dan barang cantik-cantik seperti alas meja, cadar, dolls dan banyak lagi.


Hari tu Umi dah belikan Aisyah kotak tempat letak gelang, hari ni Umi dengan Abh belikan Aisyah baju sejuk yang ada tulis Australia depan baju, pastu beli T Shirt untuk Abah dan Aisyah. Ada Santa dalam tu kasi hadiah pada budak-budak.

Abah benarkan Aisyah pergi dekat dengan Santa tapi Abah pesan, Santa ni sebenarnya untuk Krismas. Orang Islam tak boleh sambut Krismas, tapi kalau ada kawan2 kelas Aisyah kata Merry Chrismas, boleh lah jawab untuk mereka saja, tapi tak boleh wish kepada orang Islam sebab kita kena ingat, kita orang Islam.


Abah beli topi kat Victoria Market


Lepas tu, kita pergi ke satu taman dekat Vic market namanya Flagstaff Gardens. Cantik sungguh tempat tu.. Masya Allah.. Banyak burung dan ramai orang berparty kat situ. Kita orang makan bekal yang dibawa dari rumah. Lepas tu Abah teman Aisyah main buaian, slide dan main kuda gali pasir. Besat sungguh macam Bob The Builder jer..



Jam dah pukol 3, Abah kata nak cari masjid dekat situ, di Jalan Jafscott ada masjid.. Jalan dalam 10 minit sebelah taman ni baru jumpa Jalan tersebut. Kami jalan terus untuk cari bangunan masjid, Alhamdulillah jumpa.

Masjidnya 3 tingkat, tingkat 1 tempat orang lelaki solat dan ada kedai untuk beli makanan dan buku-buku, Tingkat dua tempat prempuan solat. Lepas tu, Aisyah dan Umi naik tingkat atas untuk solat Zuhur. Masjid ni sangat kemas dan bersih. Ramai orang datang pada masa tu, ada 2 taxi drivers berhenti untuk solat. Mereka bagi salam pada Aisyah. Masjid kat sini tak sama rupanya macam kat Malaysia. Aisyah lagi suka bangunan masjid kat Malaysia sebab bila tengok saja, kita dah tau itu masjid. Kat sini rupanya sama macam bangunan pejabat, tak ada kubah dan sebagainya.


Ini Aisyah depan papan tanda Masjid.


Dalam masjid..


Ini adalah bangunan masjid tersebut.

Kat sini sangat special bila ada jualan depan tempat solat lelaki di tingkat bawah, kita boleh beli apa sahaja dan letak duit dalam kotak, tak ada penjual pun. Aisyah share dengan Umi makan pasta harganya $5. Abah makan kebab lamb harganya $5 juga. Lepas tu kami beli air 3, harganya $7.50. Tadi dah makan, tapi nak makan lagi.. Kat sini Aisyah selalu rasa lapar. Alhamdulilllah kenyang lagi...

Lepas tu kami pun balik ke rumah. Alhamdulillah..
__________________________________

Sabtu Petang 20 Dec


Petang kol 6.30 lepas balik dari St Kilda Beach, Aisyah sekeluarga dengan Aliya dan Untie Ina ke rumah Arash, dia sambut birthday 7 tahun. Arash ni jadi kawan Aisyah masa di Malaysian Hall. Lepas tu dia sekeluarga pindah ke rumah yang cantik.


Arash yang baju putih tu tengah potong kek.


Masa nak pergi sana, Aisyah cakap dengan Umi nak pakai baju cantik macam Princess yang Sundus, Istabra' dengan Hawra' kawan Aisyah Sekolah ISSA bagi hadiah masa Birthday Aisyah hari tu. Aisyah tak pernah pakai lagi baju ni... jadi Aisyah rasa sangat happy sebab dapat pakai baju Sundus hadiahkan pada Aisyah ni. Aisyah suka sangat baju Sundus kasi ni. Sundus kata baju ni dari Yaman. Terima kasih ye Sundus..




Kawasan rumah Arash cantik sangat. Cuba tengok belakang gambar Aisyah dengan Aliya ni.. Cuba tengok baju Aisyah jugak, cantik sangat.. labuh sampai kaki, macam baju Princess dan ada manik-manik dan bunga-bunga.. Aisyah suka sangat hadiah Sundus kasi ni..

Aisyah dan Aliya lagi...

Ahad, 21 Disember 2008

St Kilda

Berjalan-jalan ke St Kilda Beach

Kali ni Aisyah yang bercerita yer..
Semua orang baca baik-baik yer..
Terutama kawan-kawan Aisyah di Shah Alam...
Inilah pengalaman hidup Aisyah kat Melbourne ni...
______________

Hari Sabtu, 20 Dec 2008, Aisyah dengan Umi dan Abah pergi ke St Kilda kat bandar Melbourne. Best betul. Kita pergi sekali dengan Aliya, Uwais dan Untie Ina dan Uncle Ibrahim.



Ni bergambar kat depan St Kilda, Luna Park.. Abah yang ambik gambar..


Bila dah masuk dalam Luna Park, kita orang cari tempat duduk dulu.. alhamdulillah dapat. Masa sampai tu panas, cantik sangat..

Lepas tu kita orang makan dulu kat situ.. Umi masak behun goreng, Untie Ina pulak bawak sandwich.. best betol makan kat situ... kenyang..

Ini salah satu permainan yang ada dalam Luna Park tu..

Aisyah, Aliya dan Uwais naik kuda pusing-pusing.. best sangat!


Abah, Aisyah dengan Aliya depan Tram St Kilda dalam tu.
Tram tu bukannya betol berjalan, dia jadi tempat makan, macam restoran gitu..

Umi, Untie Ina dan Uncle Ibrahim pergi naik roller coaster yang pusing-pusing tu.. Nanti lepas ni kita uploadkan gambar.. Umi kata takut, asyik menjerit tiap kali roller coaster tu turun bawah... hehe.. Abah pulak tanak naik sebab sakit kepalaa, jadi Abah ler yang jaga Aisyah, Aliya dan Uwais kat bawah masa tu...

Lepas tu kita orang keluar dari Luna Park berjalan ke Beach pulak.. Bestnyer..Cuaca panas tapi kadang2 ada angin yang sejuk.. sebab tu Umi masih pakai baju sejuk Umi tu...

Kat pantai ramai orang. Umi kata jangan pandang tempat orang yang baring-baring tu..

Tapi Aisyah dengan Aliyaa nak main sand castle..

Umi yang jaga kita orang buat castle tu.. Diamond Castle macam dalam cerita Barbie tu..

Tengah sedap-sedap buat castle, Umi kata kena balik sebab nak solat Zuhor.. Aliya taknak balik.. tengok muka dia.. dia nangis.. sian dia..

Aisyah tak nangis sebab takut Umi marah..

Lepas tu kita orang pun balik kke rumah.. Best betol pengalaman hari ni.. Nanti Aisyah cerita lagi yer..

_____________

Yang gambar bawah ni, Aisyah ikut Umi pergi ke pejabat Umi hari Jumaat lepas..Jalan tepi jalan...Sejuk sungguh...Pejabat Umi ada komputer, pastu ada tempat minum air. Tandas kat sini takde air.. Itu memang Aisyah tak suka..kena bawak air mineral tiap kali masuk tandas sebab Umi kata najis kena basuh betol-betul..

Sekian dari Aisyah