Memaparkan catatan dengan label Perjalanan Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perjalanan Hidup. Papar semua catatan

Khamis, 30 Jun 2011

Jadi Hakim..

Hakim Yang Arif...

Saya baca buku kisah-kisah ceria lagi, ada satu joke kisah hakim yang arif.. lucu gak..hehe...
bukan senang nak jadi hakim.

Seorang hakim telah dilantik untuk mengadili satu kes.
Selepas pendakwa yg begitu petah bercakap selesai membentangkan hujahnya,
tuan hakim itu terus berkata, "I think you're right!"
Mendengar kata-kata hakim tersebut, pembantu hakim berkata, "Yang Arif, tolong jangan buat sebarang komen lagi kerana pihak pembela belum membentang hujahnya."
Pihak pembela juga merupakan seorang peguam yang handal berhujah sehingga tuan hakim menangis teresak-esak mendengar hujahnya. Tatkala peguam pembela habis berhujah, tuan hakim terus berkata, "I think you're right!"

Mendengar kata-kata haim itu, pembantunya berkata, "Yang Arif, they can't both be right."
Hakim terus menyampuk, "I think you're right!"

______
hehehe... payah nak jadi hakim ni.. hehe..

Kelas Bapak Tim

Saya dah selesai membentangkan dua tajuk dalam kelas Master Supervisor saya pada 27 June 2011 (isnin jam 20.00 sampai 12.30thg). Terharu saya bila Prof Tim memperkenalkan saya kepada 20 orang pelajarnya dengan menceritakan latar belakang saya yang dia ambik dari borang peribadi saya..

Dia kata, 'Let me intoduce our speaker. She is a knowledgeable person for both syariah and conventional law, she completed her degree in LLB with Hon in 92, then she pursued for another degree in syariah....bla bla.. She is also a writer, a very active and prolific writer.. she has written 5 books and she is very kind to give me two of her books.. she also involved in several associations. I could not imagine how lucky we are to have her today... to share her knowledge and experience in syariah matters in Malaysia... Now she is a PhD candidate at the Melbourne University.......and I am very happy to be her Supervisor ....'

terkedu saya bila dengar dia introduce saya camtu...



Selasa, 22 Mac 2011

Perjalanan Hidup..

Kesibukan..

Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah atas semua nikmat yang diberikan. ALlah pemilik semua perkara. Perjalanan saya, Aisyah dan Abah berubah-ubah atas ketentuan dan kebenaranNya.

Perjalanan kami..

Saya balik sini terus balik KB (as in the earlier entry). Lepas 4 hari saya balik ke KL, dan stay di Bangi di rumah my parents in law. bersilih ganti tidur merata-rata di rumah my eldest di Sek 19 Shah Alam dengan rumah eldest brother my husband di Bukit Jelutong, Shah ALam.

16 Mac- ke UIA interview dua orang.
18 Mac- saya ke Putrajaya, Mahkamah Syariah, interview Hakim Syariah di sana.
20 Mac- saya attend bengkel 3 jam anjuran PTS di Wangsa Maju. Puan Ainon orang besar PTS buat workshop mengenai menjadi penterjemah buku-buku PTS dari bahasa lain ke bahasa Malaysia.. dan saya berminat. Saya ke sana, banyak yang dapat dipelajari, membuka minda saya dan saya bmenanam hasrat untuk menjadi penterjemah buku2 kreatif ke BM secara part time selepas saya berjaya habis PhD ini. insya ALlah... Saya ingin meneruskan legasi para ulama', meninggalkan bahan bercetak sebagai bacaan dan sedekaj jariah untuk generasi akan datang. Seperti ulama'2 besar yang meninggalkan kita ilmu mereka yang begitu berharga dengan buku-buku tulisan mereka yang tidak terbeli walau pun dengan segunung emas. Saya menanam cita-cita untuk melalui perjalanan yang sama. Insya ALlah.. menulis hasil sendiri atau menterjemah hasil orang lain untuk bacaan anak bangsa.

21 Mac- saya ke sekolah swasta mencari tempat untuk Aisyah transit selama kami di Malaysia. MUalnya ke SRI Ayesha di Bangi Baru, tapi nampaknya kurang bersesuaian. Insya LALah akak akan ke ISSA sekolah asalnya di Shah ALam. Say terpaksa melakukannya demi AIsyah tercinta, walaupun perlu berulang alik ke Shah Alam- Bangi. Mulai esok..

22 Mac- hari ini, saya ke Attorney General Chambers di Putrajaya, menemu bual dua orang pegawai. ALhamdulillah sangat informative.. 4 jam berbincang campur menginterview.. Lepas tu saya diajak makan soto di Restoran Warisan dalam Putrajaya.. sedapnya...

24 Mac- saya akan menginterview Legal Advisor Sisters in islam (NGO yang controversy), saya perlu melakukannya untuk memahami perjuangan mereka, apatah lagi ada berkaitan dengan kajian PhD saya.

25 Mac- saya akan ke JAKESS, menemu bual dua orang hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

28 Mac- saya akan ke Putrajaya lagi untuk menemu bual seorang pegawai lain.

5-6 April- saya dibenarkan dan dijemput menghadiri Konvensyen tertutup Tenaga Pakar di IKIM menegnai Transformasi Undang2 Syariah di malaysia.

7 April- saya dibenarkan dan dijemput menghadiri bengkel tenaga pakar Biro Bantuan Keluarga (BSK) oleh Dr Naem JKSM.

Selepasnya.... saya akan menemubual beberapa orang yang sangat sibuk..

Then selesailah field work saya..


.

Isnin, 20 September 2010

Ilmu Baru.. Belajar di Adelaide

Perkembangan ..

Saya ni seorang yang simple.. plus sempoi.. hehe..
Saya ada tulis dalam entry dulu-dulu bertajuk 'siapa saya?', saya ni sempoi, pakai ambik apa yang nak, pakai apa yang saya suka (asalkan tutup aurat.. guna apa yang ada jer.. jadi bersesuaian dengan kesempoian saya, saya tak tahu sangat perkembangan semasa yang kawan-kawan saya semua pakar dalamnya..

Apa tu?

Ilmu Corelle.. (hehe..)
Saya belajar ilmu baru, jauh 750km dari Melbourne. Di Adelaide rumah Wan Satirah dan Sayuti serta kawan-kawan Wan, saya belajar pasal Corelle.. Pinggan mangkuk Corelle, Jag Corning,jenis-jenis bunga Corelle.. wow.. pencapaian baru dalam hidup saya.. hehe..

Saya teruja tengok Wan dan rakan-rakan Adelaide semuanya pakai Corning, Corelle dan rumah mereka penuh dengan peralatan mangkuk pingganbunga-bunga sejenis, nama itu, nama ini.. semuanya tak pernah saya ambik pot sebelum ni.. saya rasa kelakar pulak sebab kenapa yer selama ni saya tak minat benda2 ni, tapi sekarang saya jadi minat sangat pulak dah.. hehe..

Yang jokenya, saya beli Corelle 2 kotak dari BigW Adelaide (kirim pada Liza Adelaide kawan Wan) dan beli jag Corning dari Wan dan bowl besar Corning dari Wan jugak.. Bahkan saya dah cuba mempengaruhi Abah.. 'Bah, kita beli Corelle nak tak?' hehe...

Saya dan Abah juga ikut Wan dan Sayuti ke Garage sale di kawasan rumah mereka awal pagi Sabtu, before balik ke Melbourne, nak cari Correlle dan Corning second hand.. haha..- terkejut saya sebab ramainya orang berkumpul depan rumah Garage Sale walaupun tuan rumahnya belum buka pun lagi Garagenya.. Pengalaman baru untuk saya jugak ni.. Selalunya saya ke Garage Sale di kawasan rumah saya dalam jam 10.00 -11.00pagi. Kena pergi awal ni, jam 8,00 pagi dah kena ada depan rumah- lagi bagus kalau rumah tu offer Garage Sale deceased estate or moving house.

Sumbangan besar dari Wan dan Sayuti ni.. ilmu baru tentang Corelle shingga saya jadi nak pakai Corelle dah sekarang ni. Dan juga ilmu baru tentang garage Sale ttempat mencari Correlle dan Corning second hand.. seronoknya..hehe..

_______________________

Kawan-kawan baru di Adelaide..

Saya sekeluarga sangat seroonok dengan layanan Wan, Sayuti dan anak-anak mereka, Syakirin, Aqilah dan Yaya. Aisyah juga sangat seronok bermain, bercerita dan tidur dengan Aqilah dan Yaya. Kami bertolak ke sana jam 7.40pagi Selasa sampai jam 7.30 malam. Terus dibawa ke dinner jemputan Raya rumah Ayu/Khairul. Jumpa ramai kawan-kawan baru postgrad di sana.


Ini dalam perjalanan ke Adelaide, kami singgah tepi jalan ambik gambar- banyak pokok-pokok warna kuning, menjadikan pemandangan yang sangat cantik.. Subhanallah..



Border antara negeri Victoria dan masuk ke dalam negeri South Australia


Ni tengah jalan ke Adelaide, kami berhenti sekejap, mencari tandas, menggeliat siket dan ambik gambar.. ada building cantik di belakang kami tu...Sejuk sangat!


Esoknya, Abah dan Sayuti uruskan urusan penting kereta. Tapi nampak gaya urusan kereta tersebut tidak berjaya diselesaikan. Kena cari jalan lain pulak. Plannya kami nak berjalan-jalan dengan kereta baru di Adelaide, tapi ia tak kesampaian.

Khamis, Sayuti dan Wan sudi membawa kami berjalan-jalan ke Mt Lofty, pusing-pusing bandar, pusing ke Adelaide Uni, UniSA dan kami pergi makan di restoran Mangkuk Hayun (Swinging Bowl) di bandar kepunyaan budak Kelantan. Makanannya boleh tahan. Malamnya kami semua dinner di rumah Liza, rakan Malaysia PR di Adelaide. Rumahnya penuh dengan Correlle jugak.. hehe.. cantik..



Sayuti dan Abah.. di Handorf (kawasan penempatan German di Adelaide)-
bangunannya sangat cantik..


Hari Jumaat, kami pan nak balik paginya. Tapi tukar plan baru. Sayuti bawak kami sekeluarga dan juga Abang Zul (suami kak Ros) ke bandar Adelaide, Wan ke pejabat, kami pulak ke jeti yang cantik nama kawannya Gelenegt. Cantik sungguh pemandangannya.. Subhanallah.. Lepas tu kami ke masjid solat Jumaat, saaya dan Aisyah pun ikut sekali. Malamnya kami dibawa dinner lagi, jemputan rumah kak Ros/Abang Zul pulak. Kat sini bertambah lagi cerita-cerita tentang Correlle.. hehe..


Aisyah... cunnya anak Umi ni..
takpakan kita puji anak kita..hehe..

Di Glenegh, berangin kuat dan sangat sejuk.. tengokla kain pun bertiup macam ada kipas di bawahnya..


Cantiknya... Alhamdulillah kami sampai ke Adelaide..



Sejuknya.. menggigil..




Kami masuk ke Bangunan Universiti Adelaide, disebelahnya Univ of South Australia
(UNiSA).. ada lambang Uni Adelaide di belakang saya tu.


Handorf.. perkampungan German.. memang cantik sangat..


Bersama Wan Satirah, dan Aisyah... belakang adalah bangunan di Handorf





Mt Lofty.. atas bukitnya, kita boleh tengok seluruh Adelaide..


Nampak tak anak bulan Syawal tu? hehe.. Sayuti membawa
peralatan melihat anak bulan.. canggih


Sabtu, kami ke Garage Sale dengan Wan dan Sayuti.. (yang saya cerita kat atas tadi tu..). Saya suka tengok cara Sayuti tawar barang.

Lepas tu, dengan berbekalkan macam-macam makanan yang Wan bagi untuk kami makan di sepanjang jalan nanti-nasi goreng, kek, air dll- kami bertolak ke Melbourne yang 11.pg. dan sampai rumah jam 11.30mlm. Tengah jalan kami berhenti di The Biggest Rocking Horse, ke Mannum dan terus ke Melbourne melalui Highway Princess.

Letihnya...
Ops.. ada berita besar berlaku.. tengah jalan kami ditahan polis- kat Arrarat- Tapi Alhamdulillah dia cek lesen memandu saja dan kami lepas.. Alhamdulillah..

Terimakasih pada Wan, Sayuti, anak-anak dan semua rakan-rakan baru yang kami baru kenali di Adelaide kerana sudi melayan kami dengan baik di sana. Syukran jazilan.. It was a wonderful journey.

Jumaat, 30 Januari 2009

Penjadualan Baru & Heatwave

Sibuk menjelang Tiba..

Mulai Ahad 1 Feb nanti, life saya dan Aisyah akan kembali sibuk..
mungkin blog ini terpaksa ditinggalkan sekejap kerana..

Aisyah mula sekolah Agama seminggu sekali di satu sekolah agama agak jauh dari rumah kami mulai 1 Feb ini jam 10 pgi -1.130 th. Seminggu sekali setiap Ahad.

Petang Ahad 6-8 kami akan ke swimming pool. Itu sahaja riadah yang saya nampak boleh dibuat sekarang ini..

Mulai hari Isnin 2 Feb sesi baru sekolah Aisyah bermula. Aisyah akan masuk Gred 1 dan kelas bermula 9 pagi - 3.30 petang. Aisyah akan pergi sekolah dengan Wawa lepas ni. Pergi dengan Mama Wawa dan balik dengan Umi. [Wawa adalah kawan baru Aisyah kat sini, yang duduk sebelah Aisyah masa berskype dgn Sarah tu ler Wawa]

Setiap hari selepas Aisyah ke sekolah, saya akan ke pejabat dan balik jam 3.30 petang setiap hari untuk ambik Aisyah di sekolah.

Aisyah pula akan hadir Teakwondo 3 kali seminggu iaitu hari Isnin, Rabu dan Jumaat. jam 4.30-5.30. Itu pun subject pada kekuatan badan dia, kalau tak mampu 2 kali seminggu. Kalau tak mampu lagi sekali seminggu..Balik rumah ada ngaji dari jam 6.30-7.30 petang dan kemudian baru boleh main di taman..

Saya pula akan secara formal mula sibuk kerana pada 12 Feb-16 Feb ini, saya perlu menyerahkan Table of Contents yang baru kepada Supervisor... Banyaknya saya kena baca..

Hari ini saya rasa macam nak pitam kerana sangat panas.. Dengan suhu yang tinggi segini, saya rasa sangat mengantuk, letih dan sangat tidak bermaya..


'Suhu sejuk pun tak boleh, suhu panas pun tak boleh... apaler manusia selalu tidak berpuas hati.. astaghfirullahal azim..'

__________________


Kepanasan Melbourne

Saya baca news hari ni tajuknya 'Melbourne Heatwave breaks record'.
Melbourne is officially in its hottest known 3-day heatwave, after the temperature again broke through the 43 degrees celsius marking the first time since 1855. Tasmania recorded its hottest-ever temperature, 42.2 degrees while Adelaide reached 43.1 degrees. Animals also affected where birds and possums were becoming heat-stressed.


Sadly to see birds from nowhere were trying to find shelter under the roof ..


Ini pulak adalah barisan semut yang beratur panjang... nampak ke semut-semut tu??



Aisyah with the scooter hadiah dari family Aliya.. Beberapa hari ini Aisyah tak dibenarkan main scooter kat luar cos of the weather.. it was so hot... Subhanallah...

Tumpang Rumah dan Hak Tetamu

Study Circle 4-Khamis, 29 Jan

Study Cirle 4 diadakan di rumah Nor, Pak Tam di Thomastown.. Semalam suhu sangat panas, mencecah 44 degree masa petangnya. Subhanallah.. dari pagi berubah-ubah.. sekejap 41, sekejap 43, sekejap 41 balik, rupanya suhu di sini bersilih tukar ganti dan kata kawan-kawan yang dah lama di sini, ini antara tertinggi... terlalu berbahang dan rasa berapi-rapi..

ALhamdulillah perancangan berjalan juga dan ramai yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis ilmu muslimat.
Gambar diambil oleh Aisyah.. bergegar-gegar jadi tak clear sangat.. Tapi Well done Aisyah.. lain kali ambik cantik2 yer..


Ini masa majlis berbincang berlangsung. Kita masih guna kitab Sullamul Mubtadi Syeikh Daud Fatani. Kali ni kita masuk bab Huquq- (Hak-hak) mengenai hak sahabat, hak jiran, hak ibu bapa, hak suami isteri, hak anak, hak tetamu dan menyentuh isu semasa di dalam yahoogroup pelajar di sini sekarang iaitu mengenai isu pelajar baru menumpang rumah pelajar lama, apa hak mereka, apa hak tuan rumah dari pandangan Islam. Ramai yang beri pandangan menarik..



Kami bincang sama ada ikhlas atau tidak bila kita letakkan harga pada mereka yang baru datang untuk duduk rumah kita? Apakah kita hilang pahala bila kita tak layan mereka sungguh2 sebab kita perlu ke opis dan menyiapkan anak sekolah, tugasan belajar dll.. Apa pandangan Agama...



Saya berpendapat..



Dalam kitab Tanbih al-Ghafilin dan Kitab Ihya Ulumuddin ada dihuraikan mengenai iman hamba, iman saudagar dan sebagainya. Iman hamba adalah orang yang buat suruhan ALlah semata-mata kerana Allah suruh, tanpa ingat nak dapat syurga atau neraka. Iman saudagar pula meminta sesuatu seperti minta diberi syurga dan sebagainya. Bahkan ada satu contoh dihuraikan dalam kitab tersebut tentang orang yang pergi haji dengan membawa barangan untuk dijual, apakah ia ikhlas naik haji atau pun tidak? Jawab penulis kitab, ia masih berada dalam lingkungan ikhlas kerana asas niatnya adalah kerana dan untuk Allah. Tujuan menjual barangan bukan niat mutlak dia ke mekah, kecuali kalau memang qasad hatinya untuk duit dan keuntungan, maka lainlah keadaannya..

Bagi saya, ia relevan dalam kes yang berlaku ini di mana ada orang yang membantu mereka yang perlu semata-mata kerana patuh ajaran agama dan tidak mengharapkan apa2 pun. Dan masa yang sama, ada yang membantu kerana Allah dan mengharapkan syurga, harap Allah membantunya apabila dia susah suatu hari nanti dan sebagainya.

Pada saya semua itu masih berada dalam lingkungan ikhlas.

Ia juga berkait pula dengan kaedah fiqh 'al-umur bi maqasidiha' 'whateven done is judged by its intention'..Ia relevan di mana apabila kita membantu orang yang menumpang dan meletakkan bayaran, bukan bermakna hilang keikhlasan dan hilang pahala kerana niat asasi adalah kerana Allah tetapi dalam keadaan tertentu bayaran dikenakan atas sewa, makanan, elektrik dan utilities lain adalah sesuatu yang munasabah dan acceptable.

Pendapat saya juga...



Orang yang datang menumpang perlu faham bahawa kita sama-sama hidup atas ehsan duit biasiswa, perlu ada give and take di samping membayar harga ditetapkan dan menjaga amanah duduk di rumah orang selama mana diizinkan oleh tuan rumah. Dalam keadaan tertentu, dua-dua pihak ada give and take.



Pada masa yang sama, orang yang baru datang selalunya tidak boleh bayangkan apa harus dibuat, apa harus dibeli dan rumah apa perlu disewa, maka mereka sudah tentu mengharapkan panduan dan bantuan dari tuan rumah yang menumpangkan mereka. Jadi saya berpendapat, perlu juga bagi tuan rumah allocatekan masa sehari dua untuk orang yang baru untuk menunjuk jalan, menolong daftar universiti, menolong bawa kereta untuk inspection rumah,

Duduk rumah orang juga boleh melibatkan aqad amanah terutama melibatkan pelajar baru masuk rumah kosong (with full facilities) di mana tuan rumah balik Mesia (dalam kes yang balik collect data) . Dalam kes sebegini, tuan rumah telah memberi kebenaran untuk mengguna pakai rumahnya dengan kelengkapan yang ada, maka wajarlah dibayar mengikut sepatutnya. Dan orang yang menumpang perlu pula menjaga rumah tuan punya atas nama amanah, sebagai mana dia masuk rumah, begitulah juga semasa dia keluar.. sama sahaja.

Barulah hubungan sesama insan akan harmoni dan baik selalu..
Kita memberi orang merasa, kita berbudi orang berbahasa..


Ini masa awalnya, kami baca yasin sama-sama..


Yasin... wal quranil hakim...




Inilah buku yang saya maksudkan.. sudah habis dalam pasaran bahkan khabarnya penerbitnya pun dah tak ada buku ni lagi.. Tetapi saya berjaya mencarinya melalui internet di State Library Australia dan membuat permohonan interlibrary loan melalui khidmat document delivery.. Inilah bukunya yang mengisahkan siapakan ulma' kita bernama Syeikh Daud Abdullah Fatani.. ilmuan bijaksana yang karamah pada tahun 1252Hijrah bersamaan 178 tahun sebelum ini... Al-fatihah untuk semua ulma' yang telah berjuang menyebarkan Islam untuk kita semua..

__________________

Khamis, 29 Januari 2009

Sarah and Skype


Gembiranya Aisyah..

Beberap hari lepas, Aisyah dapat berskype dengan Sarah, her best friend di Shah Alam.. Sekarang kami dah terer guna skype.. jadi bagi yang belum download skype, silalah download.. boleh kita bersembang-sembang..

Aisyah sangat gembira bersembang dengan Sarah..
Saya suka plus ketawa tengok depa bersembang..
Saya ambik gambarSarah yang keluar dalam notebook saya..

'Sarah, awak apa khabar?


Awak buat apa tu?
Awak main basikal tak petang-petang?

Kita kat sini rindu sangat dengan awak..
Awak teringat tak dengan kita?
Sarah, awak pergi sekolah tak?
Sarah., awak darjah kelas apa?
Sarah, nanti awak datanglah sini yer..bla bla..
Kami juga telah berskype dengan my sister di Shah Alam- Kak Nik, my sister di Johor Bharu-Kak Za, dengan Atok dan Nenek di Bangi, dengan beberapa orang lain yang sudah ada skype..
____________
Sekarang cuaca sangat panas, dua tiga hari ini waktu siangnya terik sampai kami rasa macam silau, berpinar-pinar dan rasa nak pitam. Suhunya dalam 40-42 degree.. dengan kering dan angin yang terpa muka kita pun rasa berbahang.. Wahh ini kali pertama kami berdepan dengan panas sebegin, rasa sangat terkejut dan takjub.. Subhanallah..
Jadi kena kurangkan keluar rumah kecuali perlu sangat..

Isnin, 26 Januari 2009

Berenang

Bestnyer Berenang..

Jam 6 kami sampai ke tempat swimming pool yang dijanjikan. Kami datang 8 orang dengan dua kereta. Aliya dangan mamanya tak jadi ikut sebab sakit mata. sian Aliya..

Sampai sana, saya lihat ramai muslim women yang pakai tudung dan jubah hitam especially orang Somali, Lebanese dan orang lain-lain yang datang. Saya bayar AUD6 untuk kami berdua then masuk ke tempat salin pakaian. Aisyah pakai baju berenang yang dibeli di Little Caliph KL dan saya hanya pakai seluar panjang dan T Shirt panjang.

Sebelum tu saya dapat tahu mengenai program 'swimming for ladies' ni melalui melbourne muslim yahoogroup dan saya pun hantar email pada Sister incharge namanya Lamya asking for the attire and regulations. Dia reply my email dan bagitau boleh pakai T Shirt and pants.

Saya tak berani nak ambik gambar Aisyah, risau orang marah sebab kawasan tu dah jadi 'prohibited area' dari 6-8 pm every Sunday and you can never find any man around the place.

Aisyah mandi bukan main semangat...
Berenang tak tak pandai sangat dah..
Bila ditanya, 'Nape Asiyah macam tak pandai, kan kat Mesia Aisyah dah pandai berenang?'
Apa jawapannya..'Tu ler Umi, Kalau kita dah lama tak berenang, kita lupa ler macamna nak buat. Aisyah dah tak ingat dah..'
'Ye ker... tapi Umi ingat lagi walaupun dah lama tak berenang..Macamna tu..'
My princess tak nak ngaku kalah..'Ye lah sebab Umi orang besar. kalau kanak-kanak lain Umi.. macam Aisyah, cepatler lupa..'
'Ada pulak...'

Saya berenang sambil jaga Aisyah.. sambil berenang-renang dengan Aisyah sekali, tapi tak berapa selesa sebab saya tak bawak goggle dan cap. Share-share dengan Aisyah jer..Lepas tu saya tinggalkan Aisyah berenang-renang dengan adik-adik yang baik yang datang sekali. Aisyah panggil Kakak Faliq, Kakak Tikah, Kakak Diana, Unti Fizah, Untie Azra dan Kakak Emy. Saya pulak lari ke tempat kolam air panas, jakuzi, pastu masuk sauna.. best sungguh.

(Saya dulu belajar berenang di kolam UiTM Shah Alam, 10 sesi sebanyak RM100 setiap minggu waktu solat Jumaat. Instructornya seorang lecturer yang ada sijil penyelamat dan yang belajar dalam 20 orang..semua wanita). Lepas pandai saya selalu pergi ke kolam UiTM waktu Jumaat untuk berenang tapi bila life saya semakin sibuk, saya tak lagi berkesempatan untuk ke kolam masa waktu solat Jumaat.--)

Dalam jam 7 petang, ada sesi ber-exercise dalam kolam air panas, dipimpin oleh seorang instructor. Semua orang ikut dia lompat-lompat dalam air, angkat kaki, goyang pinggang, tolak tangan, pusing kanan, pusing kiri dan macam-macam.. letihnye...

Rupanya dialah nama Lamya yang antar email maklumkan ada program swimming tu. Saya pun pergi kat dia. Saya call her name..'Sister Lamya... I'm Hidayah, the one who sent you the email asking about the swimming suit..' 'Oooo how ore you Hidayah. Thank you for introducing yourself. How's your daughter Aisyah. Do you like the pool here Aisyah...' Kami sembang-sembang sekejap..

Masa dalam jacuzzi, saya duduk sebelah seorang Makcik orang Lebanese. namanya Fatimah Laila. Dia dah duduk sini 42 tahun. Lamanya.. Bila saya tanya nak balik Lebanon ker? Dia kata tak nak.. Suka duduk sini... Dia dah ada anak 5, yang sulong dah umur 43 tahun dan macam2 dia cerita. Saya dengar je lah...

Jam 8 petang kami balik, singgah rumah Kak Hada sekejap.. Tapi tak sekejap sebab Kak Hada siap goreng keropok satu pinggan demi satu pinggan.. Saya dah letih sangat dan nak balik sangat dah.. AKhirnya kami sampai rumah jam 9.30 malam..

Malam tadi kami berskype dengan orang Bangi, mak, Kak Haz, Aitikah, Amir dan Amirah.. Best jugak tengok muka dia orang selepas hampir 2 bulan di sini. Lepas tu saya dah tak de mood nak baca buku, campur letih tapi saya sempat pulak tengok TV3 dalam internet... hehe..


Itulah pengalaman pertama kami di swimming pool di sini..
My darling princess Aisyah sangat seronok, excited, teruja, dan sangat ceria dengan program hari ini..Sibuk tanya next week datang lagi ke tidak..
Tengoklah yer Aisyah.. if minggu depan, umi free, kita datang, kalau tidak kita pergi lain kali yer...

Jumaat, 23 Januari 2009

Study Circle 3

Kat Rumah Kami..

Malam tadi study cirrcle 3 dibuat kat rumah kita orang..
Alhamdulillah saya tengok orang yang sama akan sentiasa datang dan ada pertambahan lagi..
Malam tadi dalam 15 orang yang datang.. Saya suka melihat mereka ada minat untuk datang..



Masa nak mula majlis, yang senyum comel tu Ummi Salwa, Coordinator Majlis Study Circle ni.. Semua orang keluarkan Yasin masing-masing dan sapa yang bawak air letaklah kat tengah-tengah..

Lepas baca yasin, saya tolong kawan-kawan setakat yang saya mampu.. saya bacakan fatihah, ayat syifa', selawat syifa' dan juga doa penerang hati kepada semua air-air tu.. Dengan izin Allah semoga siapa-siapa yang minum air yaisn ini beroleh kebaikan, kesihatan yang baik dan ketenangan hati.. Biiznillah.. Allah will..-Lillahi taala..


OIC ker kat belakang tu Na? Pemerhati politik sedang berdiri melihat perkembangan yang berlaku... hehe..

Hari ni Nor isteri Pak Tam yang baca kitab Syeikh Daud Fatani.. Tudung biru tu Nor dan sebelahnya anak sulung beliau..Hari ni kita sambung mengenai mandi wajib, syarat-syarat bersuci dan kisah ulama' Syeikh Daud Fatani yang saya baca dalam buku yang saya dapat di National Library tu..


Inilah muka adik-adik yang comel dan ceria ini.. Semoga ada ler sedikit manfaat dari perkongsian ilmu ini.. Amin . Semoga Allah beri saya selalu ikhlas dalam apa sahaja yang saya kerjakan..



Lepas discussion, kami makan
Makanan punyalah banyak.. semangat betoi!. hehe...
Gie bawak nasi dengan ikan masak asam, Nor bawak meehun, Su bawak nasi ayam, Ummi dan gengnya bawak puding roti. saya pulak masak spaghetty blognese,ada yang bawak buah strawberry, Ina pulak bawak hippopotamus berendam.. hehe.. Badak berendam,..Aisyah dengan Aliya jadi johan makan nombor satu..

Lepas makan, kami solat Maghrib. Malam ni diimamkan oleh Nur.
Lepas tu kami semua sepakat nak join swimming for ladies kat Swimming Pool Ahad ini. Berkumpul jam 5.45pm dan kami semua akan bergerak car-pool ke pool.. Bayarannya sangat murah, AUD4 seorang dan AUD2 untuk kanak-kanak.. 6-8 every Sunday..

Thanks to ALlah...Saya sangat seronok melihat perkembangan ini..amin..

Ahad, 11 Januari 2009

Niza dan Kereta

<>
Niza Balik Mesia..

Kemarin, saya dan Ina tolong Niza angkat barang dari rumahnya ke rumah Pak Tam. Niza akan balik setahun untuk collect data dan akan balik ke sini pada Mac 2010. Insya Allah. ..Barang-barangnya dengan sicomel Qistina boleh tahan jugak banyaknya.. especially barang yang kecik-kecik.. toys pun banyak.. Ada barang yang ditumpangkan kat rumah Pak Tam dan ada yang Niza kasi pada kita orang.

Nak angkat barang-barangnya dari tingkat tiga turun ke kereta agak mencabar jugak... hehe..

Sambil angkat turun tu saya teringat cite yang Aisyah tengok tajuknya Princess Pauper dan saya pun cite ler kisah tu pada Ina. Dalam cite tu Princess Analesse ada seekor kucing, kucing betina, comel sangat namanya Sarafena. Dalam cite tu cakapnya pun macam girl yang manja-manja. Bila Princess Analesse kena captured by Premanjre, kucing ni kena terjun dari bangunan tinggi sebab nak selamatnya Princess sehingga dia jatuh atas lumpur dan menjerit..'Ohhh dirt on my palm!'' Sebelum tu dia kata before dia terjun..'Oww.. A girl've got to do what a girl've got to do...'.. hehe..

Cite kucing ni tak berkait pun... hehe.. Cuma nak cite betapa benda berat dan lasak pun kalau kena buat, pompuan pun kena lah buat dan insya Allah berjaya.. hehe.. (betul ker analogy saya ni? hehe...)

Akhirnya kami semua sampai ke rumah Pak Tam selepas berhempas pulas menyusun barang-barang bagi muat dalam dua buah kereta. Ina yang terer bab susun-susun ni... Kejap kata, 'Kak, tukar beg besar kat booth.. tukar balik, letak kotak pulak.. cuba letak baju kat kaki.. alih ni pulak.. ok ok...' hehe.. terer ler Na... Canggis!

Selepas hantar barang pada petang Jumaat, Niza dan anaknya Qis umur 1 tahun tidur di rumah kami sebab flightnya Sabtu malam. Malam tu Aliya, Uwais dan Babahnya Ibrahim datang ke rumah kami makan malam bersama-sama dan apa lagi ..
Semua kanak-kanak tu bermain sakan.. Malam tu, Aisyah dengan Qis asyik bermain sampai tidur jam 1.30 malam..
____________

Sabtu Malam, Niza dan Qis akan balik ke Mesia naik Air Asia. Jam 10.30 malam, Ina drive, kami ikut naik kete Ina ke airport. Saya tolong Niza tolak barang dan Aisyah tolong tolak pram Qis. Selepas beratur dan barang-barang dah masuk, barulah kami balik semua.


Sepeninggalannya setahun, kereta hijau comelnya diamanahkan pada saya untuk jaga, guna dan repairlah mana-mana yang patut. Saya cuma bayar road tax saja.Terima kasih pada Niza kerana bagi kami pakai ketenya.. Insya Allah kita akan jaga dengan baik kete tersebut...

Semoga Niza berjaya mendapatkan data seperti dikehendakinya dan Alhamdulillah juga, sebab selepas hari ni, kita orang dapat guna kete walaupun belum beli lagi..
p/s

Kete tu kemek sebelah kiri, nanti kita pergi ketuk bagi cantik..
Panjanglah kaki kita lepas ni kan Aisyah .. hehe...

Selasa, 16 Disember 2008

Perjalanan Hidup

Hari ini Selesa 16-12-08 saya dengan Fazdlina pergi ke rumah dua orang sehabat baru saya di sini.

Pertama rumah Wan sebab nak pulangkan periuk besar yang dipinjam untuk masak sup kambing sabtu hari tu. Rumah dia cantik, lengkap dengan pelbagai perkara-perkara yang dibeli di sini. Dia beli peti sejuk dengan mesin basuh sahaja harganya $800 bersamaan dengan RM 2000 duit kita. Banyaknyer...

Lepas tu kami ke rumah Noi pulak.. sebab apa yer?? Sebabnya dia ada supply kicap manis cap kipas udang.. hehhe... mencacau cari kicap kat supermarket.. nasib baik ada yang jadi importer rupanya... power sungguh..

Saya beli satu carton.. hehhe bersamaan dengan 12 botol besar kicap bersamaan dengan $42 bersamaam dengan RM 100.. hehhe.. habis duit beli kicap je ler...

Esok jam 10 pagi saya plan nak pergi beli kete, budget tak lebih dari $3000 sahaja.. lebih kurang dalam RM 8,000 duit kita. Sebenarnya saya nak sangat beli kete yang bagus tapi tau tau jer ler... kita datang sini nak belajarkan, duit pun bukannya banyak.. Lainler kalo saya ni loyer cam kawan saya tu.. dia banyak duit... hehe..

Kete kat sini terutama kete Jepun murah sangat berbanding dengan kat Mesia. Kete Toyota Camry 2007 (satu tgn ler, bukan brand new) dijual dgn harga $ 18-24 Ribu bersamaan dengan RM45,ooo duit kita. Murahkan..

Esok jugak jam 2 pm, saya kena mengadap Supervisor.. namanya Asoc Prof Dr Kerry Peterson.. Jadi malam ni saya kena buat kerja, saya dah buat table pergerakan thesis saya, dalam bentuk graf, apa nak mula, pastu nak buat apa.. dll.. Sebenarnya Dr Kerry tak berapa setuju dengan tajuk asal research saya, jadi saya kena suit dengan kehendak dia, itu yang saya tengah pening ni..

Kalau saya pening, ada dua jer cara nak selesaikan pening saya, sama ada saya gi tido atau saya gi window shopping.. Baguskan? hehe...

Semalam saya dah tidur lambat, sebab berfikir macamana saya nak suitkan kajian saya supaya kehendak UiTM/CITU tidak jauh lari dari kehendak Supervisor saya..

Esok saya akan tablekan depan Dr Kerry apa plan saya, kita tengok nanti apa kata dia esok yer..

Sekian laporan untuk hari ini..

Opps.. saya nak beli kete apa yer??
Kete Ford Thn 1996 rasanya..

Sabtu, 6 Disember 2008

Kisah di Melbourne

Seminggu berlalu...

Semalam Jumaat 5 Dis 08 sudah cukup seminggu kami sampai ke Melbourne. Bila saya tanya Aisyah, 'Aisyah how do you feel after one week you are here in Melbourne?'

Dia jawab..'I feel like boring.. I cannot see my friend Sarah, Harith any more..I want to see Sarah, Adik Absya and all my friends..I want to play with Sarah..Boringler Umi..'

Kesiannya Aisyah, selalu sebut pasal kawan-kawannya...

Aisyah selalu mintak buka pictures file dalam notebook Abah, sebab nak tengok gambar2 dia dengan Sarah, gambar dia dengan Adik Absya dan dengan kawan-kawannya yang lain.. kesian sungguh Umi tengok Aisyah, bermain dengan perasaannya..Tapi apa nak buat, life has to go on..

Confusius said, 'Million steps start with the first step.! '

I have to take the first step..
I have to make the first action..

Yeahh.. Apa yang dilalui sebelum ini adalah kenangan terindah dalam hidup kita..
ia tinggal kenangan yang tersemat kukuh dalam hati kita..

Seperti Aisyah, kenangan terindahnya adalah membesar di kelilingi kawan-kawan sebayanya Sarah, Harith, Syasya, Adrina, Ardina, Ardani, Adik Absya, Adik Harith dan kawan-kawan sekolahnya di Islamic Integrated School Shah Alam (ISSA)..

Sekarang, semua laluan itu tinggal kenangan yang tidak mungkin dapat dilalui lagi.. Dia masuk sekolah di sini bersama orang-orang baru yang tidak dikenali. Sudah pasti bukan sekolah Islamic sebab Sekolah Islam terlalu mahal di luar kemampuan kami...Lagi 3 tahun Aisyah mungkin akan berjumpa kawan-kawannya kembali, tetapi sudah tenntu semua orang sudah berubah, tidak akan lagi seperti kebahagian yang dilaluinyaa sekarang..

Masa akan berubah, kanak-kanak akan membesar dan laluannya akan berbeza..
Betapa Aisyah sangat terkesan dengan pengembaraan kami sekeluarga ke Melbourne ini.. Kesian dia..
Tapi apa buleh Umi buat.. nothing..
Be strong Aisyah, we have to move on..

Seperti Aisyah, kenangan terindah saya akan kekal dalam hati dan nurani saya.. ia tidak mungkin akan hilang sama sekali walaupun ia tidak dapat diulangi lagi..

Saya bahagia berada di KPP sebelum ini, Seksyen 17 dan Seksyen 6 NCUK, mengajar budak2 yang akan ke UK. Kemudian saya dipindahkan ke CITU (Pusat Pemikiran dan Kefahaman islam) UiTM induk dan saya bahagia dengan kerja saya di CITU.. Sekarang saya meninggalkan semua itu.. 3 tahun akan datang mungkin semuanya berubah.

Saya bahagia berada dalam Persatuan Peguam Syarie Malaysia.. terlalu bahagia...itulah kenangan terindah dalam hidup saya.. Melalui PGSM, saya menapak selangkah demi selangkah berada dalam arus perdana berusaha memartabatkan perundangan Syariah di Malaysia. Saya sangat merindui semua itu...

Namun.. Allah adalah pentadbir kepada hidup kita..
Apa yang berlaku perlu diteruskan..
Dan saya berjanji untuk meneruskan langkah ini...
Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya dan seluruh keluarga saya..amin

Jumaat, 28 November 2008

Sampai ke Melbourne



Akhirnya...

Akhirnya, pada 28 hb Nov jam 8 pagi, kami sampai ke Melbourne Airport... selepas berada dalam flight MAS selama 7 jam. Alhamdulillah selamat semuanya dan perjalanan berlalu dengan baik. Syukur kepada Allah yang memudahkan semua urusan.


Mak bagi ikan bilis masak tempe di airport.. ini kira cam tawakkal ler kata Mak. Ada rezeki tak kena buang. Ma bubuh roti dalam beg Aisyah, banyak betoi. Alhamdulillah takde satu pun barang kena buang. Syukur pada Allah..

Abah tengah beratur nak kena cek sebab bawa bahan-bahan kena declare ie makanan dan ubat-ubatan.. termasuklah bahan berbahaya.. iaitu ikan bilis masak tempe.. hehehe..

Sampai di airport, kami disambut oleh wakil Universiti dan terus di bawa ke Malaysian Hall.

Ni shuttle University yang ambik kita orang.. semua beg berat 75kg.. nasib baik tak kena caj extra..
Jam 10.30 pagi, Fadzlina dah datang ke bilik dengan Aliya sicomel umur 4 tahun dan kami semua telah pergi ke rumahnya. Kesian Ina, susah payah dia datang, tetiba ketenya rosak, akhirnya ketenya ditinggalkan di Msian Hall dan kami semua naik bas ke rumahnya. Best jugak, sampai2 terus naik bas.

Ni tengah tunggu bus dari Malaysian Hall ke rumah Ina. Aisyah pakai baju panas yang dihadiahkan oleh sarah & family. Suhu 14 degree.. saya rasa sejuk ler...
Sampai rumahnya, kami berkenalan dengan suaminya Ibrahim. Anak-anak mereka Aliya dan Uwais comel-comel sungguh. Kat sana jumpa Hada dan Nani, semuanya lecturer UiTM. Alhamdulillah seronohnya bersembang. Last sekali kami balik ke Msian hall naik Bas jugak. Alhamdulillah Abah memang cepat ingat jalan, saya rasa kelabu jer, semua nya macam sama, rumah dan jalan serta bangunannya..

Saya ucapkan jutaan terima kasih pada Ina sebab susah payah nak bantu saya. Dahler tu, masa nak balik dari rumahnya jam 4 ptg, dia bekalkan nasi putih, kambing masa lemak lagi untuk kami makan malam. Pastu bagi ubat batuk untuk aisyah. TQ ye Na dan Ibrahim...

Abah kata, semuanya sebijik dengan UK. Dari susunan rumah, jalan-jalan, bau pun macam UK. Dia memang relex jer sebab Abah dulu belajar di New Castle Upon Tyne, UK. Dia dok sana 5 tahun, jadi dtg sini macam kembalikan nostalgianya masa belajar.

Suhu dia 14-15 C dan sangat berangin.. Sedapnya bau udara dan cuaca kat sini. Tapi lama2 lepas tu, saya dgn Aisyah dah sejuk sangat dah.. menggigil hehehe.. Guana ler saya nak tahan musim sejuk yer... Tapi insya Allah boleh kot..amin..

______________________
Sebelum Bertolak
Sehari dua sebelum bertolak (jadual bertolak adalah jam 9.25 malam- 27hb Nov-Khamis) sepanjang hari tersebut saya masih sangat kalut menyiapkan urusan2 lagi..
Saya pun tak tahuler.. rasa macam betul ker saya nak gi ostolia ni..



Pagi Rabu 26 Nov 08, saya masih menyiapkan markah DLSA, buat excell markah, kena submit hari ni jugak. Pastu pergi ke kedai potostat untuk mengambil borang dan ikatan otoriti untuk permohonan DM54. Dalam sibuk-sibuk tu, saya dengan Abah sempat jugak ke Sunway Pyramid, nak beli kasut.. hehehe nak jalan jauh ni, kena pakai selipar barukan.. Pastu Abah tanya, 'Umi nak notebook 10 inci yang kecik tak? Kita beli yang tu, senang nak bawak ..' 'Bagus jugak yer..' JAdi sekarang saya pakai notebook baru ni, 10 inci Eee PC ASUS.

Petangnya saya berkejar ke opis Law School untuk serahkan markah DLSA Undang2 Keluarga. Pastu jam 5.30 pm saya ke opis CITU untuk submit borang permohonan DM 54. Tebal dan sangat berat..Mudaha-mudahan saya dapat DM 54. Amin..

Pastu saya ke bilik Boss, maklumkan saya akan berangkat esok, mohon doa dan keberkatan semoga saya berjaya mencapai hajat dan memenuhi onjektif dan hasrat CITU yang diletakkan di bahu saya. Boss telah mengucapkan tahniah dan mengirimkan salam kepada kawan2nya di Melbourne. Insya Allah saya akan sampaikan bila bertemu nanti.


Malamnya barulah saya dan Abah mulakan operasi mengemas barang, di samping memasukkan mana2 barang yang ingin diberikan kepada mereka yang saya niatkan. Baju2 saya, Abah dan Aisyah hampir 10 plastik besar saya sedekahkan. Pastu TV besar berapa inci yer, rasanya 30 inci saya hadiahkan pada Ma dan Ayah. My sisters yang baru kahwin, Aa dapat peti sejuk dan meja makan. Na dapat katil, almari dan mesin basuh. Pastu TV 24 inci bawak ke bangi. Yang lain tu saya tinggal mintak dijaga..

Ooo rumah saya sapa duduk yer? ALhamdulillah lepas berdiskusi, akhirnya my beloved friend Kak Zah dengan 3 anaknya akan duduk di situ di samping memanfaatkan apa2 yang ada, Kak Zah juga akan menjaga rumah saya daripada tidak dihuni.
Kak Zah, jangan lupa bagi ikan makan yer...


Malamnya kami berdua tidur kol 4 pagi.. Letihnya...

Hari Khamis 27 Nov, kerja tak habis lagi.. Paginya saya masih berkemas lagi. Jam 12 thg, saya ke Maybank buat Bank deraf, pastu pergi pulak ke UPENA uruskan beberapa perkara tertunggak. Letihnyer.. Pastu balik rumah, solat dan makan..

Akhinya, jam 6pm kami semua bertolak ke KLIA. Nik dan Ree bawak beg-beg kami.
Ayah tak dapat datang, jadi on the way to airport saya telefon ayah, mohon restu dan doa agar didoakan oleh Ayah tentang perjuangan kami nanti. Kata Ayah,' 'Ayah dengan Ma tak pernah tak doakan anak-anak.. Tiap kali sembahyang, doa setiap kali supaya anak-anak selamat dunia akhirat.. ' Terima kasih ye Ma dan Ayah..

Di airport, ramai yang datang.. Terima kasih kerana sudi menghantar kami..
Mak dan Abah, Mak Long, Pak Long, PakSu MAzlan, Pakcik Dolah, Makcik Derma, anak-anak mereka, Faizah dan Hisyah serta anak-anak mereka
My beloved Mother..
My siblings.. Nik, Abg Die, Ree, Heikal, Muez, Na, Piji, dan seluruh anak-anak mereka..

Terkejut gak tengok Dr Azam, Peah, anak2, Faezi dan WakJen pun datang....
Marlina pun datang.. terharunya saya...


AKhirnya jam 8.30 pm kami masuk ke dalam, saya solat jama' takhir maghrib dan Isyak atas carpet di bilik menunggu sebelum boarding sebab tak sempat tadi..


Tapi rasa sangat sedih sebab Sara, Shasha, dan keluarga tak sempat datang awal, mereka adalah my neigbour yang sangat rapat. Kesian sungguh mereka datang jam 8.30pm tapi kami semua tak sempat jumpa.. Aisyah asyik sebut nama kawan baiknya Sarah saja.. ALhamdulillah mereka dapat bercakap dalam telefon sekejap sblm fly..


Kepada semua yang sudi datang, kami sekeluarga mengucapan ribuan terima kasih..


Saya doakan semoga Allah memudahkan semua urusan saya.. berkat doa dari orang-orang yang sayangkan saya dan keluarga saya.. semoga Allah memberi bantuan dalam setiap kesulitan yang kami hadapi di rantau orang.. amin ya Rabbal a'lamin...



Selepas iini, bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar....

Rabu, 26 November 2008

Aturcara terakhir yang menyayukan hati

Sibuknya...
saya menyiapkan tugasan2 tertunggak
- ke bank tutup Bank Affin,
- ke JPbSM submit semua borang2 dari KPT,
-ke UPENA selesaikan duit buku dan pulangkan buku yang berbaki
-ke opis untuk kemaskan bilik di UiTM untuk staff lain masuk nanti
-balik ke Kampong 1 hari - Jumaat petang naik fireflyz, jumpa Nenek (Wea, Mak Saudara dan keluarga terdekat sebelum berangkat...Sabtu malam balik Shah Alam semula.

Dalam sibuk itu, saya pergi juga kelas terakhir Ustaz Harun Din di Darus Syifa' pada 24 November 2008. Kelas ini adalah kelas ke 39 saya dan pelajar2 lain berada di bawah ajaran beliau dan menerima ilmu perubatan Islam dari Ustaz Harun.

Masa mengajar, Ustaz memberi tazkiran dan menyebut 'Saudara-saudara telah belajar ilmu hikmah dari saya, orang yang dekat dengan Allah adalah orang yang beramal dengan ilmunya. Saudara akan lihat Allah bantu saudara bila saudara beramal dan membantu masyarakat menggunakan kaedah ini..Saudara adalah kumpulan yang paling lama berada bersama saya.. Saya sangat bahagia mencurahkan ilmu saya kepada saudara..'

Saya rasa sangat sedih..
terharu..
dalam hati saya menangis...
Malam ini adalah malam akhir saya di Darus Syifa'...
Malam akhiar saya menjadi makmum dan bersama-sama mendengar zikir dari Ustaz..
Malam ini hari terakhir saya mendengar curahan ilmunya seperti air mengalir lembut..
Apakah selepas ini saya dapat hadir lagi ke sini?

'Wahai Allah, terima kasih kerana memberikan saya peluang mempelajari ilmu ini dari ilmuan soleh yang sangat saya kagumi ini.. Terima kasih kerana memberi peluang saya tamat sebelum saya berangkat ke Australia.. Berkatilah ilmu yang Engkau berikan ini..amin..'

Selepas kuliah, saya berjumpa Ustazah Siti memberitahu beliau, saya akan ke Australia selepas ini dan sangat berharap untuk berjumpa dengan Ustaz. Dan dia menemani saya menunggu Ustaz keluar dari bilik belakang (tempat Ustaz minum).. Alhamdulillah...

Akhirnya saya dan Abah berpeluang... bercakap dengan Ustaz dan memohon doa agar beliau doakan kesejahteraan kami sekeluarga dan saya mengucapkan jutaan terima kasih atas ilmu yang diberikan. Saya juga memeri hadiah kepada Ustaz buku saya bertajuk 'FASAKH', dan Ustaz ketawa bila saya katakan, 'Ustaz, semasa saya tulis buku ni, salah satu buku rujukan saya adalah Kitab Arab tulisan Ustaz bertajuk 'Al-Firqah Baina az-Zaujauin...' Dan dia jawab..'Ooo ye ker.. terima kasihlah.. Bila nak pergi? Kawasan mana tu? Ok saya doakan selamat semua. Suami ikut? Bagus.. Alhamdulillah..'

Dan saya dan Abah rasa seronok kerana hajat kami dimudahkan Allah..
Opppsss... kisah saya ke DS minggu lepas, saya dapat nombor 4, Abah no 3 dan My Mother no 6.. Kami rasa sangat seronok kerana hajat kami dimudahkan Allah.. Alhamdulillah...
_________________

Mesyuarat EXCO PGSM

Perkara kedua yang menyayukan saya adalah mesyuarat EXCO PGSM terakhir yang saya hadiri pada Selasa 25 Nov jam 5ptg di Sekretariat PGSM, KL..

Saya rasa sayu...
Rasa sedih..
Saya macam .... entahler...

Saya rasa sayu..
Lepas ni saya tak der dah dalam PGSM..
Lepas ni saya tak dapat dengar lagi perbincangan terperinci perkembangan perundangan Syariah dalam mesyuarat..
Lepas ni saya tak dapat dengar lagi taklimat Presiden setiap kali sebelum mesyuarat bermula..
Lepas ni saya mungkin semakin jauh dari PGSM...

Semasa masuk agenda Hal-hal lain,saya kata,
'Saya ucapkan terima kasih kepada semua, dan juga mohon maaf di atas di atas semua salah silap yang mungkin ada menyebabkan Exco lain kecil hati sepanjang penglibatan saya dalam PGSM. Saya harap dapat jumpa lagi walaupun selepas ini kepimpinan berubah....

Semoga PGSM terus gagah..
gemilang..
terbilang..
demi memertabatkan perundangan Syaraiah..
demi meletakkan hak kepada yang berhak..
Semoga sumbangan kecil saya semasa menjadi Exco diterima ALlah yang Maha Suci..amin

Khamis, 20 November 2008

Perjalanan

Saya sangat sibuk beberapa hari ini, berkejar-kejar ke Putrajaya berjumpa Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Bahagian Biasiswa, ke sana ke sini, siapkan markah, siapkan tugasan2 yang perlu dibereskan sebelum berangkat.. Birthday Aisyah kena raikan, saudara mara, orang surau, muslimat surau, kawan-kawan pejabat dan lain-lain juga perlu diraikan.......

Saya akan ceritakan banyak perkara selepas ni... -Pengalaman saya ke Putrajaya 14 Nov juga kelabu asap.. hehe.. Namun begitu alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.

-Saya ke Darus Syifa' pagi Selasa 18 Nov baru ni bersama My Mother dan Abah. Jam 5.30 pagi kami sudah ada di sana.. itu satu pengalaman yang terindah dalam hidup saya...

-Majlis Birthday Aisyah 16 Nov (Ahad).. banyak betul gambar Aisyah dan hadiah yang sicomel Umi terima. -My Brother idi akan ke Sudan 20 Nov..

-Tiket telah dibook oleh pihak UiTM tapi belum dibayar lagi kerana meunggu visa dikeluarkan, mudah2an dalam sehari dua ini visa keluar..insy Allah... Saya berharap dan berdoa agar Allah mudahkan segala perjalanan hidup saya.. amin...

Sepatutnya tugas menguploadkan bahan-bahan berkaitan PGSM adalah berada di bawah tugasan saya, tapi Alhamdulillah my good friend telah sudi membuatkan untuk saya...Terima kasih saya ucapkan..

Insya Allah apabila semua kembali tenang, saya akan ambil balik tugasan tersebut sebelum berakhirnya penggal khidmat saya iaitu April 2009...

Ahad, 9 November 2008

Laluan..

Dengan izin Allah, saya telah selesai melalui kerumitan awal dalam perjalanan pencarian ilmu ini. Doa saya semoga Allah memudahkan semua urusan saya, dulu, kini dan akan datang. amin..

1- Saya telah selesai membuat semua berkaitan dengan KPT, termasuklah mendapat financial guarantee dan buat medical check up untuk KPT/UiTM

2- Saya telah selesaikan document untuk dapat Cert untuk proses VISA. Saya telah selesai isi online application dengan bantuan Eliza.

3- Saya, Abah dan Aisyah telah selesai membuat medical check up untuk Visa.. (pecah record hari ini dalam sejarah apabila saya kena buat 2 kali chest X-Ray dalam masa 3 hari. Satu kali di Pusat Kesihatan UiTM pada 5/11 dan sekali lagi di panel VISA pada 8/11.. Saya tawakkal saja, mudah2an tidak ada mudharat...)

4-Saya telah mendapat rekod sekolah Aisyah untuk dihantar dalam permohonan sekolah di sana.

5- Sekarang saya tengah marking paper sebanyak 100 answer scripts..(ini betul2 membuatkan saya tension... adoiii tulisan budak2 ni punyalah kecik, susahnya nak baca esei ni...)

Saya sebenarnya sangat letih dan agak tertekan..Banyak sangat nak buat dalam masa yang agak terbatas.. Justeru, blog ini akan bercuti sehigga saya agak reda nanti ... Semoga Allah permudahkan semua urusan saya....amin

Sabtu, 13 September 2008

Tasmi' Darus Syifa' dan Perkembangan tempat PhD

Hari ini Sabtu 13 September, hari besar ujian tasmi' di Darus Syifa' untuk hafalan ayat-ayat asas 10 pertama. Tapi saya tak pergi kerana ada sesuatu yang penting berlaku. Hanya Abah seorang yang pergi dan dia telah ditemuduga oleh AJK di sana..

Apa terjadi? Apakah dia lulus????

Jawapannya adalah..jeng jeng jeng...
Alhamdulillah..Abah telah lulus .. dan dia sangat gembira...hehe....
Katanya ada pembetulan terutama tak cukup harakat untuk ayat Kaf Ha Ya Ain Sad...
Apapun dia sangat gumbira sebab lulus...
Tahniah ye Bah...

Saya telah mengirim surat kepada Pengerusi Darus SYifa' memaklumkan saya tidak dapat hadir dan mohon tarikh ujian Ahad depan.. Tak dapat apa-apa maklum balas pun lagi..
Rasanya dapat kot.. Tasmi' untukku nanti adalah hari Ahad 20 Sept nanti...
Mudah2an saya berjaya..amin

__________________

Berita seluruh Malaysia menyiarkan bahawa beberapa orang telah ditangkap ISA dan menurut temuramah dengan Menteri Dalam Negeri, semuanya berkaitan dengan membahaskan isu yang menimbulkan ketidaktenteraman awam. Isu-isu perkauman, isu agama, hak keistimewaan dan sebagainya..Pada masa yang sama dalam temuramah dengan pemimpin Pakatan Rakyat, ramai yang membahaskan isu penangkapan ini dengan pelbagai hujah. Begitu juga hampir hampir seluruh web berkaitan politik di negara ini mengupas isu ini dengan penuh panjang lebar.. Seperti yang saya tuliskan sebelum ini, saya sangat gusar dan bimbang dengan perkembangan politik di negara kita. Saya bukan pakar politik jadi saya tidak tahu untuk mengupas panjang. Tapi yang saya doakan sepanjang masa adalah keamanan negara ini dari sebarang huru hara.

Selamatkan kami semua..Jauhkan kami dari kecelakaan dan kehinaan.. amin..

_____________________

Hari ini saya mengambil tindakan baru mengenai pengajian saya. Selepas dinasihati oleh Puan Safiyah dari Jabatan Biasiswa supaya saya menukar Universiti, saya telah menghubungi Dato' Dr Abdullah dari Syarikat Cyberlink untuk menguruskan pengajian saya dan menyelesaikan perkara berbangkit dari beberapa masalah teknikal yang saya hadapi. Insya Allah kemungkinan saya tidak ke Melbourne Uni tapi ke tempat lain. Saya masih berharap untuk berada di Victoria, saya harap dapat La Trobe, Fadzlina juga akan cuba membawa proposal saya kepada Supervisornya untuk meminta pandangan.

Tetapi dari hasil perbincangan dengan Dato' Abdullah, dia mencadangkan saya ke Sydney atau Adelaide. Saya akan meneruskan perbincangan dengannya esok pagi Ahad (14 Sept 08). Kata Dato' Abdullah ada 15 pensyarah yang menghadapi masalah seperti saya, Jabatan Biasiswa menolak tawaran Master leading to PhD dan juga kerana band 7 IELTS.

Apa yang saya puji dengan usaha Dato' Abdullah adalah dia akan membaca proposal saya, melihat methodologi saya dan mencadangkan perubahan yang sepatutnya, memberi cadangan yang sewajarnya, menguruskan keseluruhan proses, mencari Supervisor sekali, menyiapkan VISA nanti sehinggalah candidate sampai ke sana.. Saya ingin mencadangkan kepada mana-mana candidate yang menghadapi masalah, jom contact Dato' Abdullah.. insya Allah dia akan membantu sebaik mungkin. Nombor contactnya adalah 014-3225001.

Ngapeler ler aku tak contact dia awal-awal.. IDP tak tolongpun aku..isy....
Tapi tak apalah.. Saya tidak terkilan apa-apa.. Apa yang berlaku semuanya dalam susunan Allah.

Pergi cepat kena resign PGSM cepat, pergi lambat, lambat ler resign..
Jadi saya buatlah lagi kerja, dah cakap dengan my Bos, kalau saya fly lambat, saya akan marking paper budak-budak saya, jika saya fly awal, orang lain kena marking..

Tapi saya yakin, jika di sisi Allah saya bagus ke Australia, lambat bangat saya akan sampai ke sana... No big hal..

Sekadar hikmah yangs aya nampak bila saya pergi lambat adalah..
1-Saya tak resign PGSM lagi..
2-Saya dapat habiskan belajar di Darus Syifa'
3-Saya berjaya siapkan buku Legal Maxims
4-Saya dapat tengok buku Soal Jawab Syariah diterbitkan nanti..
5-Saya dapat puasa di Shah Alam tahun ni..
6-Saya dapat raya dengan Ma dan Ayah di Kota Baharu tahun ni..
7-Saya boleh hadir adik saya Na yang akan kahwin raya ke tiga nanti..
8-Saya boleh tunggu Aisyah habis belajar darjah 1 di ISSA
9-Saya boleh siapkan permohonan saya untuk memohon Professor Madya DM54.. saya akan hantar borang bulan depan. Saya nak cuba apply, dapat tak dapat suku kira. Syarat2 saya dah cukup, saya dapat DM52 tahun 2005, maknanya 3 tahun selepas DM52, baru boleh mohon DM54.. Semoga saya dapat DM54.. amin

By the way, saya telah sempurnakan sebuah buku lagi bertajuk
Simple Guidelines to Islamic Legal Maxims .. Alhamdulillah.. minggu depan saya akan serahkan kepada pihak UPENA untuk usaha penerbitan. Ia adalah buku text bagi pelajar yang mengambil Islamic Legal maxims atau Qawaid Fiqhiyyah di seluruh UiTM iaitu pelajar Islamic Banking dan juga pelajar Halal Food Science.. Alhamdulillah..

Buku Soal Jawab Syariah Siri 1 tulisan Mr Presiden, Timbalan Presiden dan saya sendiri sepatutnya dah diterbitkan oleh UPENA bulan 8 tapi tak tahulah kenapa sampai sekarang belum keluar. Nanti hari Isnin saya akan susuli progressnya dengan Dr Ghafarullah..

Semoga Allah permudahkan seluruh perjalanan hidup saya..amin

Sabtu, 12 Julai 2008

Perjalanan Hidup

Kawan-kawan Dah Fly..

Wah.. ramai yang dapat biasiswa telah pun belayar ke luar negeri.. Tahniah banyak-banyak yer untuk Jaizah, Hamizah, Fadhlina dan yang lain-lain.

Hari tu, pada 4 Julai, Hamizah dah berangkat ke Melbourne bersama seluruh ahli keluarganya.. Suaminya Ghani dan 3 anaknya termasuklah si bongsunya Anis berumur 9 tahun. Mereka bertolak dari Shah Alam dan merupakan jiran tetanggaku di sini. Kami ke rumahnya malam sebelum berangkat, dan orang-orang surau juga penuh dalam rumahnya.. mengiringi mereka dengan doa agar semuanya berjalan lancar. Suaminya Ghani dan my husband, Abah Fairuz adalah AJK Surau Platinum/Kristal. Jadi mereka agak rapat dan sering bersama-sama di surau.. Aisyah sibuk dok tanya, 'Umi.. kalau kita pergi sana, kakak Anis ada lagi tak? Kalau ada, boleh lah Aisyah kawan dengan Kakak Anis..'..Jawab Umi..'Ada.. insya Allah..Aisyah akan dapat ramai kawan baru insya Allah..'

Pada 3 Julai juga, aku diberitahu Jaizah dan Asmadi, pensyarah Islamic Banking beserta 3 anak mereka berangkat ke Durham, UK.. Seronoknya dengar..

Pada 26hb Julai ini, Fadhlina pensyarah undang-undang Kedah pula akan berangkat ke Melbourne..Dia akan ke sana bersama suaminya dan anak-anaknya.. Seronok mendengar kisah dan membaca tulisannya dalam blognya..

Semua orang pergi dulu.. Aku ni bila pulak yer...

Takperlah.... Abah kata...
Bagus sebenarnya semua kawan-kawan pergi dulu, jadi bila kita nak pergi, dah tentu kita boleh paksarela kawan-kawan kita tunggu kat airport.. hehe.. koman-koman pun kita dah ada tempat nak tuju jika terdesak.. Bijak bijak.. hehe..Sebenarnya kita juga boleh tanya pendapat mereka, apa yang perlu dibuat dan dielakkan.. itu yang paling bagus..

Sebenarnya surat conditional offer letter aku dah terima, jadi aggreement, surat2 biasiswa dah boleh diteruskan, aku sedang berurusan dgn Jabatan Biasiswa sekarang ni.. Menurut my respected Boss, dia benarkan aku ke sana bulan Oktober nanti.. tidak lah boleh lambat dari itu.. Thank you Boss..

Aku ada banyak perkara lagi dalam kepala ni sebelum boleh meninggalkan UiTM ini..

Antaranya:

1-IELTS ku.. perlu dapat Band 7.. belum dapat lagi ni..
2-Aku ada 1 lagi research FRSG belum selesai, ada dalam 20% lagi nak habis
3-Aku ada 2 buku lagi pending dengan UPENA, satu buku adalah gabungan with my respected Presiden PGSM dan Timbalannya berkenaan Soal Jawab perundangan Syariah dan satu lagi mengenai manuskrip Melayu lama yang aku tukarkan aksara ke Melayu baru beserta kajian biodata penulisnya, seorang ulama Melayu Islam yang sangat solih Hj Abd Karim dari Trengganu, bukunya bertajuk Tarhib wa Targhib dan Riba Dalam Muamalat ditulis pada tahun 1910.. Aku sangat teruja dan bersyukur atas kedua-dua buku tersebut..
Keduanya akan diterbitkan dalam masa terdekat ni..
jadi aku perlu baca juga untuk kali terakhir sebelum publish.
4-Aku nak habiskan belajar perubatan Islam dari Ustaz Harun Din di Darus Syifa'.
5-Aku juga sedang belajar satu lagi teknik perubatan iaitu Aura Syifa' dan penggunaan Aura dalam hidup...
6- Itu je ler aku nak buat..

________________

My parents

Ma dan Ayah sibuk tanya, bila nak balik kampung dan bila nak fly.. Sebab nak buat solat hajat dan doa selamat..orang kampung nak jumpa aku... hehe.. macam ler terer anak Ayah Sin ni...

Ma dan Ayah ada nama glamer di kampung. Ayah aku di kampung di panggil Ayah Sin dan Ma dipanggil Kak Cek..Orang tua, orang muda, budak-budak, kakak-kakak semua panggil cam tu.

Nanti ler Ma dan Ayah yer, kalau dah dapat tarikh tepat-
bila nak buat majlis solat hajat, kita set
kemudian yer..
Bulan 8 ni kami satu keluarga akan balik ke kampung yer..
Insya Allah..
_______________

Jadual Kerja

opppsssss.. Aku dah dapat jadual.. kena mengajar 14 jam tapi jumlah loading 16 jam..
Banyak tu tapi boleh ler.. apa nak kata...

8 jam Islamic Banking
4 jam Hubungan Etnik
2 jam Family Law DLSA
2 jam lagi untuk reseach
Total ATA- 16 jam

Sekarang aku sedang sibuk membuat soalan exam... tension jugak banyak-banyak soalan ni.. weweng rasanya mencari apa yer yang aku nak tanya students ni...
______________

Anakku Sayang kena Campak

Lupanya Umi nak tulis.. anak Umi sayang kena campak..

Cream Calamain dari doktor ada tapi guna sekali dua kali sahaja..
Dengan penuh tawakkal, Abah bacakan ayat-ayat ubati campak seperti dipelajari dari Darus Syifa' dan Umi juga bacakan serta menggabungkan dengan perubatan Aura.. Atok mengambil daun mambu di Bangi untuk Aisyah mandi. Umi dah mandikan Aisyah dengan rebusan daun mambu serta kunyit hidup yang ditumbuk siket... Gabungan perubatan untuk anakku sayang..
Alhamdulillah Aisyah dah sihat dan Isnin ni akan ke sekolah seperti biasa...

Hidupku berjalan terus.. dari Allah dan untuk Allah.. amin

Ahad, 1 Jun 2008

Meeting PGSM 30 May 2008

Hari Jumaat 30 May 08, ada meeting Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia di Sekretariat PGSM di KL. Aku ke sana jam 2.40 pm dan sampai sana 3.05 pm. Siti my good devoted friend sudah datang dari Alor Star. Dia sangat bersemangat dalam kerjayanya sebagai Peguam dan juga dalam tugasannya sebagai salah seorang pimpinan PGSM. Aku tabik dengan semangatnya yang kuat..Presiden datang lambat siket dari aku dan lepas tu Setiausaha, kemudian seorang demi seorang sehinggalah akhirnya mesyuarat berjaya juga dijalankan..

Antara agenda penting adalah mengisytiharkan penambahbaikan PGSM untuk tahun 2008 ini dengan bidang tugas yang lebih diperjelaskan.. Dan sudah tentu yang penting juga adalah kedudukanku dalam pimpinan PGSM selepas ini. Aku tersepit antara sayangkan PGSM dan perjuangannya dengan konsentrasiku yang akan cuti belajar selepas ini. Apakah aku perlu bertahan dan bergerak secara maya dari Australia ataupun aku perlu menarik diri secara formal.. Sedangkan semua tugasanku yang lain dalam apa sahaja kerja berjawatan, aku telah menghantar surat meletak jawatan berkuatkuasa 30 Mei 2008. Semuanya berdasarkan plan asal bahawa aku akan mula bercuti mulai Julai 2008 dan kepalaku perlu dikosongkan untuk menyiapkan diri ke arah itu..

Di Pejabat pun, aku sudah berkecuali dalam banyak perkara dan tugasan.. Bos sudah bagi arahan bahawa dalam bulan Julai, paling lambat bulan Ogos, aku serta 4 yang lain yang mendapat biasiswa mesti tinggalkan UiTM dan mulakan hidup baru sebagai pelajar PhD, bergaul dengan buku dan makan tidur dengan nota-nota catatan melibatkan kajian..

Bahkan ramai yang telah memberi tunjuk ajar dan panduan tentang life seorang pelajar PhD untuk membantuku membina persediaan minda. Pada masa yang sama, seorang kawan baikku yang telah berjaya mendapat Dr memberi nasihat, 'Apa yang membuatkan awak sibuk? Tugas hakiki dan NGO kan?? If PGSM membuatkan awak sibuk, so itu yang paling awal awak perlu resign..' 'Ye ker.. Tapi saya sayanglah dengan PGSM..Macamna yer..'

Akhirnya aku inform Presiden tentang hasratku untuk menarik diri dari PGSM...

Namun begitu, mesyuarat telah memutuskan kedudukanku.. Dan aku rasa sangat terharu dan rasa sangat diraikan.. Betul ke gitu?? Atau hanya perasaanku sahaja..

Presiden mengumumkan bahawa Biro Penerbitan akan dipegang oleh orang lain.. dan aku masih dikehendaki berada bersama-sama PGSM, sebagai Ketua Biro ICT yang hanya menjaga weblog PGSM dari jauh dan dikecualikan dari menghadiri mesyuarat Exco setiap bulan sehingga tamat penggal pimpinan sesi ini pada April 2009. Terkejutnya aku..What should I do??

To my respected Presiden.... I always pray may PGSM will become a great Persatuan in the future, upholding justice and strive harder to protect the dignity of Syariah in our country. May the Akta Guaman Syarie also shall be materialised soon. May Allah himself gives you strength for you to lead the way...
______________

Di bawah ni gambar mesyuarat EXCO di Sekretariat PGSM. Gambar ini bukan mesyuarat 30hb May tapi sebelum tu lagi..

Mesyuarat dipengerusikan oleh Mr President, sebelahnya SU Musa dan sebelahnya adalah Exco Tajuddin dan Badri

Semua sekali dalam 18 orang pimpinan PGSM..

Ini myself, Siti dan Marlina...

Ahad, 25 Mei 2008

Temasik--- Singapura--- Singapore

Sambungan..

Kisah 5

Esoknya aku sakit perut, 'Ya Allah tolong ler aku..', turn aku dan Ita pagi ni.
My turn jam 9.00-9.15, followed by Ita jam 9.15-9.30pagi.
Setiap orang diberi 15 minit sahaja.

Akhirnya kami tertinggal bas yang menunggu di depan hotel jam 7.45pagi. Akhirnya juga, kami terpaksa naik taxi, murah jer dalam SD7.70 jer. Sampai sana, terus masuk bilik 2.2 dan majlis pembentangan sudah bermula.

Aku dan Ita terus mengambil tempat duduk presenters.. Lepas tu sampai turn aku..Sebelum mula, aku sempat say something... untuk mintak maaf sebenarnya sebab lambat sampai..

' We are sorry for being late. Actually I got stomach ache.. I think maybe because of the dinner last night, I ate too much.. very delicious food.. hehe..'
Dan semua orang ketawa.. ini untuk break the ice sebenarnya.. Pasal sakit perut tu, aku pun tak tahu sebenarnya sebab apa...mungkin bukan sebab dinner, maybe sebab maggy kot.. hehe...

Ita sedang bentang paper kami ..

Aku telah membentang tajukku.. 'Failure to Provide Maintenance: Justice for Wife in Syariah Court'..Prof yang jadi MC pulak yang tanya soalan.. lepas tu Ita pulak bentang tajuk, 'Sexual Harassment at Work Place..' Selepas tu Ina Khaled pulak bentang tajuk 'Rohingya in KL: To Assist or Not to Assist.' Akhirnya selesai kerja kami semua..
_______________

Kisah 6

Lepas Jumaat ada majlis penutup, tapi aku, ita dan ina dah lari dari majlis tersebut sebab kita orang nak merendek di Singapore..

Ina Khaled memang orang Singapore, lecturer Law Fac di UiTM Shah Alam. Dia berkahwin dengan seorang Doktor perubatan dari Trengganu dan sekarang menetap di Bukit Jelutong.

Ina bawa kami naik taxi keliling Bandar dan akhirnya ke Orchard Road.. Banyaknya kedai kat situ.. Kita orang masuk kedai-kedai kat sepanjang jalan tu, nak beli cenderahati dan lain-lain.

Ina berjalan sambil bercerita, Supermarket Tamagaya.. (apa entah...Tagayamasha ker Tamayagasha..cant remember nama Jepun.) Aku rasa macam Nagoya kat Shah Alam jer..

Katanya, orang kaya-kaya akan datang membeli belah di Supermarket tersebut.. termasuklah Tuanku Permaisuri Agung, Datok Datin dll.. Apatah lagi hari ini 23hb May, first day sale di Singapore.. Ramainya manusia.. pening kepala aku..


Nak jadi cerita pulak, kasut aku rosak, terpaksa ler beli yang baru..so kita ke Supermarket TANG. Aku ke kawasan kasut Clarks, tapi teringat dulu, my husband ada beli sepasang untukku masa dia ada urusan di England, tapi bila balik baru dia perasan ada 3 titik kulit babi.. beli mahal-mahal, tak boleh pakai.. Jadi aku pun pergi ke bahagian kasut yang murah siket..

Ini ler kasut coklat tu..

Aku tak terfikir langsung kemungkinan terambil kasut kulit babi masa kat tempat kasut di Tang.. Akhirnya aku beli sepasang warna coklat dan terus pakai yang baru.. Lepas tu, kami naik Duck Tour..hehe.. macam budak-budak jer rasanya..

Masa dia masuk dalam air, sorang staffnya bercerita macam-macam ler pasal Singapore, dari sejarah Temasik, nama Singapura, sejarah bangunannya sampailer kepada kisah Batu Putih.. tapi aku terlelap.. kelakarnya.. udahler dalam tu disebut.. 'Rules in the duck, no eating, no drinking and no yawning.. Aku takder yawn pun, terus terlelap.. ' hehe..Sekejap jer lelap, lepas tu aku dah bangun dengan segarnya.. alhamdulillah..

Lepas naik atas darat, kami lalu depan Raffle Hotel , sambil tu dia bercerita tentang Marina Square, Raffle Hotel dan macam-macam lagi.. Katanya Raffle Hotel tempat orang kaya-kaya, Micheal Jackson, Elton John dll duduk situ bila datang Singapore. Katanya harga suite di situ antara SD800 hingga SD3000 satu malam.. Fuyooo mahalnya..


Lepas tu kami pusing-pusing lagi keliling kota.. Marina Square dll..lepas tu naik MRT/ERT ke Little India, pusing-pusing lagi dan cari makan.. Lepas tu balik ke hotel jam 9.30malam. Tak boleh berjalan lagi sebab Ita sakit kepala.

Sampai di bilik, lepas mandi dan solat... kami semua perlu tidur..

Malamnya baru aku tahu, Batu Putih diberikan kepada Singapore. Penghakiman ICJ sangat diraikan di Singapore, temubual dengan banyak pihak dijalankan, Presiden, Timb Presiden, Pensyarah Undang-undang ditemubual dan semua berkata, 'We are happy and very pleased with the judgement..' Aku rasa sedih kerana Pulau tersebut adalah milik Malaysia tetapi kerana kesilapan tergadai ke tangan orang lain.. Aku rasa ada kaitan isu ini dengan concept of Syufa'ah in Islam. Nanti nak balik study lepas ni on this issue..

Dr Faridah dari Law School UKM sms aku dari Malaysia, dia tulis, 'Saya balik awal dari NUS, tak boleh tunggu sehingga diumumkan jdmt ICJ, sebab saya rasa sgt sedih dan tercabar. Pulau Batu Putih tu milik Malaysia, tapi sebab surat dari Johor, semuanya hilang. Saya rasa tercabar sangat..'

Dr Faridah present paper pada hari pertama. Sebelum tu kami dah jumpa masa aku mewakili PGSM ke MQA meeting. Tapi di NUS, kami jadi baik, selalu makan dan bersembang sama-sama.. Apatah lagi dia sangat prihatin tentang Mahkamah Syariah dan dia tahu aku adalah Exco PGSM. Macam-macam kami bercerita , daripada kisah Moorthy, Saravanan, kisah Fatimah Tan, dan macam-macam lagi..

Aku ber sms dgn Dr Faridah sekejap sebelum tidur..
Jam 11 aku tidur kerana sangat letih...
Esok nak balik ke Malaysia..
Bestnya balik rumah esok....

_____________

Kisah 7

Aku tinggalkan Singapore menaiki Air Asia jam 11.30 pagi dan sampai Malaysia tercinta jam 12.30.. Ita balik petang jam 2.30 petang. Selesai semua, aku tunggu di LCCT, wait for Abah dan Aisyah datang jemput. Sempat habis tiga round game dalam PDA aku..

Masuk jer kereta, aku berstory dan story.. dengar cerita Aisyah dan Abah.. cerita demi cerita sehingga masuk ke cerita beli kasut.. Abah terus kata, 'cuba bukak, kita cek...'

Abah lagi pakar bab cek kasut ni...
Alamak.... rupanya kasut yang aku beli dan aku pakai dua hari ini rupanya dibuat oleh kulit babi..

Aku tak terfikir langsung, dan Abah kata,
'Cuba tengok betul-betul ni.. Kan ada 3 titik ni. Umi tak tengok dulu ker bila beli..'
Adoiii..sedih campur geram aku rasa...

Kasut tersebut terus dibungkus dan akan dibuang esok..
______________

Pengajaran untukku , kasut kulit babi ni di mana-mana, kena perlu berhati-hati...Membazir jer duit aku..Sekarang aku tengah fikir, macamna aku nak buat, kena samak kaki aku atau tidak? Mengikut tulisan dalam kitab, kalau kering bertemu kering tak perlu samak. Tapi aku akan confirmkan dengan mereka yang lebih berilmu malam ini..

Itulah sepanjang perjalanan beberapa hari ini.


Secara keseluruhannya, Conference ASLI banyak memberi ilmu baru untukku. Banyak pembentangan yang sangat bermanfaat dan baru untukku dan aku sangat menghargainya..



Pihak NUS Law Faculty juga telah menunjukkan satu profesionalisme yang tinggi. Mereka berjaya menjalankan Seminar peringkat Asean ini dengan jaya dan tersusun. Sungguh pandai mereka menyusun sehinggakan semua perjalanan nampak terarah dan teratur dengan baik. Apa yang sangat menakjubkan juga adalah, hampir kesemua Sekretariat NUS yang terlibat adalah pelajar law tahun dua dan tiga..
Tahniah untuk law Faculty, NUS atas kejayaan menjayakan Seminar ini.

Akhirul kalam, aku telah balik ke tanah airku...

Singapura sangat bersih, kemas dan canggih, banyak lagi tempat yang tak sempat dilawati. Alangkah bestnya jika melawat dengan Aisyah dan Abah. Kalau berkesempatan, aku berhasrat untuk ke Singapore lagi melawat pelbagai tempat menarik lain di bumi Temasik..



Sebenarnya aku dan Abah dah pergi dulu melawat Singapore tapi dah lupa dah tempat mana yang kami dah pergi.. Melawat tempat baru dan negara orang adalah suatu yang menarik, dapat melihat negara orang, melihat budaya dan perbezaan kaum dan suasana kerja dan social. Di samping menyaksikan kebijaksaan Allah mencipta alam ini. Namun begitu, walaupun negara orang penuh dengan kemajuan, tetapi sudah tentu ia tidak boleh menandingi negara sendiri..


Hujan Emas di negeri orang


Hujan batu di negeri sendiri..


Lebih baik ler hujan air.. di negeri sendiri..di Shah Alam..hehe..

Negara tanah air tempat tumpah darahku..
bumi tercinta Malaysia...

Dalam hati kecilku, aku sangat cintakan negaraku.. Malaysia


Apatah lagi.. di dalamnya ada orang-orang yang aku sayang..
rumahku syurgaku...



opss... aku dah samak seluruh kaki dan tapak tanganku...dengan 7 kali aliran air di mana 1 darinya adalah bercampur tanah.. Semoga Allah memaafkan kecuaianku..amin