____________
Dari Berita Radio.....
PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju manaikkan Elaun Sara Hidup (COLA)
Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja....
____________
Adoii.. nak pecah perut aku ketawa...
Artikel ini disiarkan dalam Berita Harian pada 30 Julai 2008
MUZAKARAH POLITIK
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) berasa amat gembira apabila pelbagai pihak mula membincangkan mengenai muzakarah antara PAS dan UMNO baru-baru ini. Ini bermakna sesi percambahan fikiran sedang diadakan. Kebaikan dan keburukan perkara ini diperhalusi oleh semua pihak yang akhirnya akan membuahkan suatu keputusan yang jitu lagi padu di kedua belah pihak.
Selepas semua perbincangan diadakan, terserahlah kepada pihak PAS dan UMNO membuat keputusan sendiri berhubung dengan isu ini setelah mengambil kira semua pertimbangan dan faktor semasa.
Cakap-cakap politik mengenai perkara ini terus rancak berhubung dengan pertemuan PAS dan UMNO dalam rangka kerjasama demi menjaga kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu.
Perkara ini terus diperkatakan sama ada di kedai-kedai kopi mahupun di peringkat pimpinan parti-parti politik PAS dan UMNO. Malah parti-parti siasah lain seperti PKR, MCA dan DAP juga turut memberi komentar masing-masing berhubung dengan perkara ini.
Dalam menangani isu politik negara, kita harus menerima hakikat bahawa kedudukan parti-parti politik di Parlimen ketika ini ialah tiada sebuah pun parti politik yang mempunyai kelebihan majoriti. Daripada 222 kerusi di Parlimen pembahagian kedudukan kerusi adalah seperti berikut: UMNO (79), PAS (22), PKR(31), DAP(28), MCA(15), MIC (3), PBB(14) dan seterusnya.
Jika diteliti sebaiknya, kedudukan kerusi ini memang wajar mendesak kedua pihak iaitu PAS dan UMNO untuk bersemuka bagi membincangkan kepentingan agama dan bangsa. Walau apa pun nama yang diberikan sama ada muzakarah (ingat mengingati), muqabalah (pertemuan), hiwar, musyawarah (bermesyuarat) ataupun muhadasah (perbincangan) namun tujuan utamanya adalah bagi membincangkan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu. Istilah ini tidaklah penting berbanding dengan pengisian yang ingin dicari melalui wadah yang dinyatakan tersebut.
Sudah tentu pemimpin pelbagai peringkat di kedua-dua buah parti akan berasa tidak selesa dan sedikit canggung dengan perkembangan terbaru ini kerana sejarah telah membuktikan betapa renggangnya hubungan antara kedua parti ini. Kita sering melihat kedua parti ini saling bercakaran antara satu sama lain, bahkan kadang-kadang sampai ke tahap yang agak membimbangkan.
Sering pula sesuatu strategi politik digarap bagi menjatuhkan parti yang satu lagi dan membiarkan parti lain yang tidak berteraskan Islam dan bangsa Melayu mempunyai ruang yang cukup mengatur percaturan politik mereka. Natijahnya orang Islam tidak bersatu dan saling bercakaran antara satu sama lain.
Melihat kepada senario kedudukan politik semasa, sebenarnya PAS mempunyai kata pemutus dalam banyak hal. Ini adalah kerana ke mana pun PAS berada, kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk. Sebagaimana yang dimaklumi, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen.
Sekiranya PAS menyokong usul Kerajaan maka Kerajaan mungkin juga mempunyai kuasa yang lebih besar lagi. Sekiranya PAS tidak menyertainya maka undang-undang hanya membenarkan Kerajaan bertindak dalam fungsi yang terhad sahaja.
Begitu juga di pihak Pakatan Rakyat, sekiranya terjadi pemindahan parti sebagaimana yang dikatakan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya PAS tidak menyertainya maka kerajaan Pakatan Rakyat mungkin tidak akan dapat dibentuk.
Walau apa pun kelebihan atau kekurangan, sepatutnya itu bukanlah itu faktor utama yang perlu diambil kira.
Apa yang lebih penting ialah berbincang dan mencari jalan penyelesaian bagaimana dapat meletakkan Islam itu di tempat yang sebenar. Sudah tentulah pelbagai formula perlu digarap ke arah mencapai matlamat ini.
Walaupun sebelum PRU 12 perkara sebegini tidak pernah diperkatakan bahkan tidak terfikir di benak fikiran rakyat Malaysia, namun kemungkinan ini perlu diterokai semata-mata dengan harapan dapat mengembalikan kegemilangan Islam yang telah sekian lama pudar.
Beberapa minggu yang lepas ruangan ini telah menyiarkan beberapa pilihan yang ada bagi sebarang bentuk kerjasama, tetapi senarai pilihan tersebut tidaklah terhad kepada apa yang dinyatakan itu sahaja. Lebih banyak pilihan perlu dicari ke arah ini.
Reaksi yang diterima di kedua belah pihak adalah bercampur-campur. Ini dapatlah difahami kerana sejarah pertelingkahan antara kedua belah pihak sukar dilupakan oleh pihak pimpinan mahu pun pihak ahli kedua belah pihak.
Ketidakpuasan hati ini mungkin tidak dapat dipadamkan dari memori pemikiran mereka. Beberapa pemimpin NGO Islam seperti ABIM dan PKPIM juga telah menzahirkan sokongan mereka terhadap muzakarah ini. Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) juga menyokong sebarang langkah bagi mengukuhkan kedudukan Islam di Malaysia. Tetapi kedengaran juga suara yang mempertikai dan menempelak sokongan ini kerana khuatir parti-parti politik ini apabila bekerjasama akan menjadi terlalu bersifat perkauman dan menindas agama lain.
Perkara ini perlu diteliti dengan mendalam agar tidak ada mana-mana rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama akan ditindas hasil daripada kerjasama sebegini.
Sebenarnya kerjasama sebegini hendaklah diteraskan kepada semangat Islam. Jika teras Islam itu diterima oleh kedua belah pihak maka akan lebih mudahlah mendatangkan keadilan kepada semua pihak. Ini bermakna sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa, rasuah, penindasan, kekejaman dan mencabul hak asasi hendaklah dibuang dan tidak diamalkan.
Malah orang bukan Islam juga tidak perlu khuatir kerana jika dilaksanakan Islam sebenarnya, hak-hak orang bukan Islam itu akan terus dijaga dan dipertahankan.
Oleh yang demikian sekiranya hanya melihat kepada rupa dan warna kulit sahaja, sudah tentu orang bukan Islam gusar dengan perkembangan ini. Namun Islam itu sebuah agama yang adil, ia adalah jaminan tidak akan berlaku penindasan kepada orang bukan Islam.
Berbalik kepada muzakarah antara PAS dan UMNO ini, penulis berpendapat sekiranya kedua-dua pihak ikhlas mahu mempertahankan Islam, maka ada baiknya setiap ruang di lihat bagi menilai sejauh mana kerjasama dapat dilakukan. Walaupun sekiranya kerajaan campuran tidak dibentuk, tetapi sekurang-kurang suatu tahap pemahaman dapat ditingkatkan antara kedua parti ini agar apa pun tindakan selepas ini ia semestinya berteraskan kepada Islam.
Pertelingkahan yang terlalu lama antara PAS dan UMNO tidak mudah dipadamkan dalam sekelip mata ataupun melalui beberapa siri pertemuan sahaja. Tetapi langkah pertama itu telah pun diambil bagi menuju ke arah ini. Oleh itu kedua pihak mesti lebih berhati-hati selepas ini di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun membuat sebarang tindakan agar ianya selaras dengan hasrat menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia.
Tanpa kesatuan aqidah ini yang disertai dengan keikhlasan hati tidak mungkin sebarang kerjasama dapat diadakan. Jika PAS dan UMNO menoleh ke belakang, sudah tentu tidak akan dapat dicapai kata sepakat. Tetapi lihatlah ke hadapan tentang masa depan Islam di Malaysia itu sendiri. Namun kedua belah pihak berhak berhati-hati dan berwaspada dalam semua tindakan mereka kerana mungkin terdapat pelbagai helah yang akan memakan diri sendiri dari sudut politiknya. Sudah sampai masanya orang Islam melihat sesuatu menjangkaui batasan siasah kepartian dan berusaha mempastikan Islam itu dipertahan.
Sebenarnya terlalu banyak lagi yang perlu dilakukan untuk Islam sama ada di Malaysia ataupun di peringkat global. Orang Islam perlu mengorak langkah ke hadapan dan menjadi model kepada orang lain, bukan menjadi bahan cemuhan dan diperlekehkan setiap masa.
Namun begitu, sekiranya muzakarah ini tidak berjaya menghasilkan sesuatu dalam masa terdekat, kita semua tidak boleh berputus asa. Apa yang lebih penting ialah kesedaran tentang perpaduan umat Islam ini dapat disemai di kedua belah pihak sekarang. Mungkin masa belum sesuai lagi bagi merealisasikan impian ini tetapi usaha ke arah itu hendaklah dimulakan mulai saat ini.
Dalam membincangkan perkara ini, penulis berpendapat adalah lebih molek sekiranya PKR yang diterajui oleh orang Islam juga dijemput menyertai muzakarah ini. Dengan cara ini umat Islam akan bersatu, dengan izin Allah. Selaku sebuah badan Islam, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong sepenuhnya sebarang usaha ke arah menjayakan muzakarah tersebut.
Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com/
Aku sangat suka baca novel.. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah, aku membesar dengan novel kegemaran iaitu Buku bersiri 'Sekolah Sri Inai', 'Hardy Boys', dan macam-macam novel yang menarik semasa zaman kanak-kanakku.. Novel kegemaranku juga adalah siri penyiasatan Agatha Christie..
Namun sekarang, hobi membaca novel sudah tidak begitu mampu aku lakukan kerana sangat sibuk dengan pelbagai tugasan . Tugasan hakiki dan tidak hakiki menghalang aku dari duduk-duduk membaca novel-novel sebegini..
Ulasanku terhadap novel 'Ketika Cinta Bertasbih'
Novel 'Ketika Cinta Bertasbih' bagiku tidak menyamai taraf buku pertama tulisan Al-Syirazi bertajuk 'Ayat-ayat Cinta'. Buku "Ketika Cinta Bertasbih melibatkan seorang lelaki (selalunya ada seorang karaktor terkuat dalam setiap novel), namanya Khairul Azam.. Ia melibatkan perasaan dan perebutan cinta dan kasih sayang yang bertembung antara pelbagai segi..
Muncul pelbagai karaktor lain sepanjang kehidupan Azam di Al-Azhar iaitu kawan-kawan serumahnya, kehidupannya sebagai pelajar dan penjual bakso, seorang lelaki lain sebagai pesaingnya mendapatkan wanita idaman.. Kemudian wujudnya kisah Mosaid sebagai penyabar AIDS.. Ayat-ayat dalam percakapan novel ini juga sudah menjadi agak 'kelam kabut' (caca marba) antara ayat dalam bahasan Indonesia dan Bahasa Malaysia. Mungkin untuk menangani pembaca dari Malaysia, penulis telah menggunakan pendekatan tersebut seperti ayah dipanggil Abah sedangkan wanita tersebut adalah orang Jakarta..
Aku tidak mampu menulis sepanjang itu, dan tidak mampu membina plot cerita sesusah itu- teapi aku berpendapat plotnya tidak begitu logik, tanpa menafikan usaha penulis, aku berpendapat cerita ini akan menjadi lebih canggih jika plotnya diberi nafas yang lebih logik lagi..
Sebelum ni aku ada membaca bukunya 'Ayat-ayat Cinta' pemberian hadiah kawanku yang baik, Siti Razasah yang telah menghadiahkan buku tersebut kepadaku.. Novel ini melibatkan satu karaktor lelaki yang hebat bernama Fahri dengan latar belakang Universiti Azhar dan Mesir secara umum. Menurut kawanku, seorang pensyarah yang pernah belajar selama 6 tahun di Univ Al-Azhar, ,penceritaan kisah ini mengenai jalanraya, pasar dan keseluruhan situasi Mesir sangat mengesankan kerana membuatkan kita mengimbau kembali tempat tersebut. Bagi yang tidak pernah ke sana sepertiku, kita juga boleh membayangkan tempat tersebut seolah-olah juga kita benar-benar berada di sana.
Kisah ini bagiku lebih menyentuh hati dan lebih berjaya membawa pembaca menghayati konsep cinta sejati yang bernaung di bawah kata kunci mencari kerdehaan Allah dan tidak melakukan maksiat sebelum wujudnya akad nikah. Tahniah kepada al-Syirazi atas usaha penulisannya yang hebat sehingga berjaya menjadi box office.. mungkin jutaan naskhah telah terjual...
Woww sesuatu yang sangat hebat..
________
Aku juga telah membeli dua buah buku lain iaitu buku berkenaan angkasawan negara Sheikh Muszafa hasil tulisan adiknya yang telah meninggal bertajuak MENGGAPAI BINTANG.
Ini adalah buku termahal yang aku beli pada hari tersebut berharga RM60. Sangat bagus dan berkesan.. Ia menceritakan bagaimana kita patut bercakap, bagaimana wajar kita bertanya kepada orang yang lebih tua, lebih tinggi pangkatnya dan apa PR yang teruk dan tidak wajar diamalkan..
Isi kandungan buku ini sebenarnya adalah isi pengajian 'akhlak' dalam Islam, tetapi dengan persembahan yang baik, contoh dan penyampaian yang canggih, ia menjadi buku motivasi best seller. Kenapa buku-buku akhlak dalam Islam tidak boleh menjadi best seller.. Kenapa kita tidak mengutarakan nas Quran dan Sunnah serta contoh-contoh akhlak yang baik dengan canggih seperti ini.. Kita wajar membina pendekatan baru dalam penyampaian dan penulisan berkenaan akhlak supaya berjaya menarik minat anak-anak kita.. terutama generasi muda..
Ye..ini satu cabaran untuk kita semua.. sebagai pencinta dakwah Ilahiyyah..
______________
Aisyah juga dapat dua buah buku, satu buku cerita "Ferry Tales' dan juga buku kreativiti kanak-kanak.. Origami..
____________
Prinsipku..
Jika kita boleh tulis, kita mesti tulis..
Jika kita tidak boleh tulis, kita perlu beli (jika mampu)sebagai sokongan terhadap hasil tulisan orang lain..
Jika tidak mampu beli, kita wajar tolong jualkan hasil tulisan orang lain (jika ada jalan).
Jika itu semua tidak boleh, jangan kita menjadi orang yang mengutuk tulisan orang lain...
Ini kek untuk Abah...
Sebahagian dari isi kandungan buku
Buku ini dipasarkan oleh pihak UPENA dengan harga RM46.00 dengan 215 mukasurat.
Sepanjang bulan Julai ini dan dengan tujuan promosi, bagi sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya di Sekretariat PGSM di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dengan harga RM 37.00 sahaja.
Jika ada yang nak beli secara online boleh ke:
http://jualbukuonline.blogspot.com/
atau email to me- puan_hidayah@yahoo.com
Bagi yang membeli daripadaku, aku akan memberi sedikit kata-kata dan menurunkan tandatangan sebagai penulis di buku tersebut sebagai penghargaan atas sokongan dan belian tersebut...
Selalunya aku akan menulis,
'All the best..' atau 'Selamat berjuang..' atau 'Semoga selalu kuat dalam berjuang membantu agama Allah..' dan bagi isteri yang bermasalah dan membeli bukuku, aku akan menulis kata-kata pemberi semangat seperti...'Semoga tabah selalu menghadapi ujian hidup...' atau 'Jangan beralah, teruskan perjuangan..' atau ' Semoga Allah selalu memberi kekuatan...' Dan selepas itu aku akan turunkan tandatanganku...
__________
Semoga buku ini berguna untuk umat Islam yang ingin mengetahui mengenai isu-isu Syariah di negara ini..dan menjadi amal solehku yang aku hadiahkan pahalanya untuk Ayahku sayang Hj Hashim, ibuku sayang Hajah Che Gayah, suamiku sayang Hj Fairuz, anakku sayang Aisyah, adik beradikku sayang dan semua guru-guru yang berjasa mendidikku sehingga aku menjadi seperti aku sekarang ini.. Dan aku juga mengucapkan terima kasih pada Mr President yang sudi berkongsi artikel dan sama-sama menerbitkan buku tersebut bersamaku..
Semoga Allah memberkati seluruh perjalanan hidupku..