Rabu, 18 September 2013

Belajar dari kaedah pendidikan Australia



Kaedah pendidikan, kerja rumah dan budaya suka membaca: pendekatan sekolah di Australia-  Nurhidayah Muhd Hashim


Melihat perlaksanaan negara lain boleh membuka pandangan kita untuk mempertingkatkan kelompongan yang ada. Ini bersesaian dengan ajaran Islam di mana  apa-apa yang baik haruslah dicontohi apatah lagi demi kesejahteraan kanak-kanak sebagai generasi pelapis negara masa depan. Ini bertepatan pula dengan usaha negara memperbaiki sistem pendidikan negara dan juga bergerak ke arah negara maju pada tahun 2020.

Satu perkara penting yang dapat dilihat dari sistem sistem pendidikan sekolah rendah di Australia adalah mereka tidak mendesak ilmu diberi secara cepat dan memaksa kanak-kanak menjadi ‘pandai’  lebih awal melepasi tahap normal keupayaan mereka. Silabus subjek mereka terutama matematik dan sains tidak begitu berat dan serius seperti yang dijalankan di sini. Mereka tidak menggunakan konsep ‘hafal’ fakta atau sifir tetapi lebih kepada memahami konsep sesuatu perkara yang diajar. Mereka juga menggunakan pendekatan praktikal dan kemudian pelajar mengingati sesuatu input secara ‘sepontan atau tanpa sedar’ kerana selalu mengulanginya atau kerana guru-guru menceritakan rasional  di sebalik maklumat tersebut.

Lihat, pegang, buat dan hafal

Pembelajaran secara aplikasi dalam subjek matematik dan sains sangat ketara di sana. Contohnya apabila mempelajari tentang binatang mamalia, replitilia dan sebagainya, pelajar akan dibawa ke zoo berdekatan atau menonton dokumentari bersama guru tentang haiwan. Semasa matapelajaran sains berkaitan alam, pelajar akan dibawa ke taman, ke padang di luar bilik darjah dan membuat ekperimen yang bersesuaian. Melawat pasar ikan juga adalah antara tempat penting untuk guru-guru membawa murid-murid dalam pembelajaran sains. Mereka belajar dengan memahami konsep, melihat, membuat dan kemudian mengingat.

Ketika mempelajari matematik gred tiga dan empat berkenaan berat dan jarak, murid-murid dibawa berjalan keluar dari kawasan sekolah ke mana-mana kedai berdekatan dengan sekolah dan tuan kedai akan menunjukkan bentuk-bentuk timbangan serta bagaimana barang ditimbang, kilogram diguna, apakah gram dan sebagainya. Pelajar akan diberi peluang berlakon sebagai  pekedai dan pembeli menggunakan alat penimbang dan pengukur jarak. Kanak-kanak bukan menghafal ukuran gram dan kilogram sebegitu sahaja, tetapi melihat sesuatu dengan mata mereka dan melakukannya. Ini menunjukkan pendekatan mereka adalah teori dan praktikal sekali gus. Ingatan mereka terhadap perkara tersebut bukan melalui hafalan, tetapi melalui penglihatan dan praktikal.

Begitu juga ketika mereka belajar sifir. Guru tidak memaksa murid menghafal sifir tanpa tahu bagaimana bahagi, tolak, darab dan bahagi berlaku. Contohnya ketika guru mengajar sifir, mereka menggunakan pendekatan bersahaja dan menarik dengan  menunjukkan dengan praktikal pembahagian sesuatu barang seperti manik, duit, batu kecil, gula-gula di lantai dengan santai dan ceria. Guru akan membahagiakan  dalam beberapa kumpulan mengikut pecahan sifir berapa yang diajar. Pelajar akan mengelilingi guru dan memberi jawapan untuk tambah, tolak, darab dan bahagi. Selepas praktikal dibuat, dan murid faham bagaimana bahagi berlaku, darab berlaku, maka baharulah hafalan sifir dibuat. Kanak-kanak menghafal sifir kerana melihat kegunaannya dalam hidup dan bukan kerana takut dirotan kerana tidak menghafal sifir. Secara tak langsung, guru-guru menjadikan subjek matematik dan sains adalah matapelajaran yang disukai, menarik dan seronok.

Kerja rumah

Saya melihat mereka sering merujuk kepada pendapat pakar, guru-guru  dan ibu bapa  dalam hal berkaitan persekolahan. Contohnya mengenai urusan memberi kerja rumah selepas tamat sekolah. Amalan umum adalah mereka tidak membebankan pelajar dengan kerja rumah yang bertimbun-timbun seperti diamalkan di sekolah-sekolah kita sekarang ini. Walaupun ada kebaikan dalam tindakan guru-guru memberi kerja rumah, tetapi apabila ianya banyak dan semua subjek mempunyai kerja rumah, maka sudah tentu ia membebankan kanak-kanak.

Isu kerja rumah ini pernah menjadi topik hangat di kalangan ibu bapa dan pakar pendidikan di Australia. Semasa saya sekeluarga masih berada di Australia pada awal tahun 2012, terdapat perbincangan berhari-hari di stesen TV bertajuk ‘kerja rumah- wajar atau tidak’.  Pihak TV menemubual sekumpulan ibu bapa, pakar pendidikan dan guru-guru sekolah.  Ramai ibu bapa tidak bersetuju jika sekolah memberikan kanak-kanak kerja rumah, kerana ia membebankan kanak-kanak. Ia disokong pula oleh seorang pakar pendidikan kanak-kanak yang menghuraikan bahawa sebarang kerja rumah yang hanya bertujuan membuat pelajar sibuk menyalin, menjawab soalan-soalan latihan tidak membawa manfaat yang banyak kepada pelajar.

 Terdapat juga pakar yang berdebat mengatakan kerja rumah wajar diberi tetapi dalam jumlah yang sedikit dan tidak membebankan, tidak boleh mengambil masa yang lama dan haruslah berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak untuk hari-hari seterusnya. Maksudnya kerja rumah diberi hendaklah untuk memudahkan mereka belajar tajuk selepasnya dan bukan mengulangi apa yang telah dipelajari. Ia juga semestinya tidak boleh menyebabkan terganggu keseimbangan tumbesaran kanak-kanak untuk masa mereka bermain, membaca buku-buku cerita dan menonton TV yang turut sama membina minda mereka.

Di sana, kanak-kanak berada di sekolah selama 6 - 7 jam setiap hari (bermula jam 9.00 pagi dan tamat sesi persekolahan jam 3.30 petang). Menurut guru besar yang ditemubual, mereka melihat waktu belajar secara formal di sekolah selama 6-7 jam itu sudah  memadai untuk kanak-kanak. Waktu petang  selepas sesi persekolahan adalah untuk mereka bermain, atau menghadiri kelas di luar sistem persekolahan seperti kelas teakwondo, tarian, berenang dan lain-lain aktiviti untuk keseimbangan fizikal dan minda mereka. Manakala waktu malam selepas makan adalah untuk mereka membaca bahan bacaan dan novel-novel bersama ibu bapa sebelum tidur untuk membina kemampuan kreativiti dan penguasaan bahasa mereka. Tuisyen atau kelas tambahan selepas waktu sekolah adalah perkara yang bukan amalan di sana. Beliau beberapa kali menegaskan bahawa tuisyen selepas belajar secara formal di sekolah adalah tidak wajar, ia membebankan kanak-kanak, tidak baik untuk tumbesaran mereka dan boleh menimbulkan kesan negatif seperti tidak cukup rehat dan waktu bermain untuk kanak-kanak.

Apa yang saya perhatikan dalam sesi pembelajaran anak-anak di sana, kerja rumah yang diberikan adalah berkaitan dengan tugasan seterusnya. Contohnya jika murid-murid ditugaskan membentangkan sesuatu tajuk pada minggu seterusnya, maka kerja rumah adalah untuk mencari bahan berkaitan tajuk tersebut dari internet dan sebagainya,  serta membuat slide perbentangan. Ini menunjukkan mereka mengambil maklum pendapat pakar pendidikan dan kehendak ibu bapa dalam melaksanakan pendekatan untuk memberi kerja rumah atau tidak. Ia sekali gus menjawab soalan kenapa mereka tidak membebankan kanak-kanak dengan pelbagai kerja rumah seperti diamalkan di negara kita.


Membaca buku cerita adalah kerja rumah

Pendekatan menyeluruh berkaitan dengan kerja rumah dan penerapan nilai budaya suka membaca dapat dilihat daripada penjelasan guru kelas yang ditemubual. Katanya, membina minat suka membaca di kalangan kanak-kanak adalah satu perkara yang penting. Seseorang dewasa sukar mempunyai minat suka membaca jika ia tidak diterapkan dari kecil. Justeru, amalan biasa di Australia adalah sebelum balik dari sekolah, setiap kanak-kanak akan disuruh meminjam beberapa buah buku cerita di perpustakaan kelas atau perpustakaan sekolah dan mereka hendaklah membaca buku tersebut bersama  ibu bapa. Itulah yang dipanggil kerja rumah bagi mereka. Mereka juga diberi sebuah buku log untuk ibu bapa tandatangan mengesahkan buku cerita tersebut telah dibaca dengan catatan berapa minit diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Bagi pelajar yang belum tamat membacanya, maka ia hendaklah disambung pada hari selepasnya. Manakala yang sudah tamat, akan mengambil buku lain untuk dibaca di rumah. Pada hujung bulan, pelajar yang menghabiskan buku paling banyak akan menerima hadiah atau dipilih sebagai ‘pupil of the week’. Justeru, adalah perkara biasa di sana seseorang pelajar berjaya menghabiskan 30 buah atau lebih bahan bacaan seminggu.

Membaca buku cerita dengan ibu bapa sangat ditekankan di sana. Sekolah dan perpustakaan daerah kerap mengadakan sesi pembacaan buku cerita dengan menjemput ibu bapa  dalam aktiviti tersebut. Mereka turut membuat tutorial kepada ibu bapa bagaimana untuk membaca buku bersama anak-anak. Itulah sebabnya juga kenapa dalam cerita kanak-kanak kecil di negara-negara maju akan ada sesi membaca buku sebelum tidur bersama ibu bapa, yang dipanggil ‘bedtime stories’. Kerana itu juga, masyarakat mereka menjadi sebati dengan budaya membaca dan mendarah daging sehingga mereka dewasa. Ini menjawab pertanyaan kenapa kita sering melihat kanak-kanak atau orang dewasa di Australia dan juga negara maju mempunyai tahap minat membaca yang tinggi dan  sentiasa membawa buku ke mana-mana, dan membaca buku dalam keretapi, tram, bas, sambil menunggu kaunter, di klinik dan sebagainya. Sistem persekolahan mereka sebenarnya meletak perancangan ke arah pembinaan minat membaca ini. Pendekatan sekolah rendah sudah bergerak ke arah menanam, membina dan menyuburkan budaya suka membaca dalam diri kanak-kanak sekolah rendah. Budaya suka membaca menjadi agenda semua pihak, bukan agenda individu atau ibu bapa  yang prihatin.


Dengan membaca novel dan bahan bacaan,  guru tersebut menjelaskan mereka berjaya mendapat beberapa manfaat. Selain dari menjadikan kanak-kanak akan membaca sehingga menjadi amalan harian mereka, ia juga memperkasakan kanak-kanak dengan bahasa mereka dan menguasai maksud serta penggunaan perkataan dan prosa kata. Kanak-kanak tahu apa maksud sesuatu perkataan, kata-kata hikmah dan peribahasa serta bagaimana ia digunakan. Justeru, membaca novel dan bahan bacaan menjadi perkara penting di sekolah di sana. Kanak-kanak bukan menghafal tatabahasa, atau menghafal erti sesuatu kata-kata hikmah tetapi memahaminya melalui penulisan yang dibaca. Melalui pembacaan, jendela akal mereka terbuka dan mereka tanpa sedar menghafal penggunaan tatabahasa, kosa kata dan menirunya dalam percakapan dan penulisan. Sudah tentu menjadikan kanak-kanak membaca untuk membina minda dan kemahiran bahasa sebagai agenda sekolah tidak dapat dilakukan sekiranya kerja rumah untuk pelbagai subjek diberi dengan banyak. Pendekatan holistik mereka berjaya membina masyarakat yang cintakan ilmu dan suka membaca.

Saya berpendapat pendekatan mereka sangat dekat dengan apa yang Nabi ajarkan. Kata-kata ilmuan Islam yang hebat, Muhammad Abduh selalu terngiyag-ngiyang di minda saya; Semasa beliau  dibawa berjalan-jalan di sekitar Eropah, Syeikh Mohammad Abduh berkata:

رأيت الاسلام و لم ار المسلمين و رأيت المسلمين و لم ار الاسلام
“Aku melihat Islam (di Eropah), tapi tidak melihat Muslim.  Dan aku melihat Muslim (di Mesir/negara Arab) tetapi aku tidak melihat Islam”.


Sungguh, saya berharap dan berdoa agar nilai2 Islam akan berada dalam masyarakat saya; penyayang kepada kanak-kanak, mendidik dengan penuh kasih dan sayang, bukan dengan garang dan baran.

Ahad, 8 September 2013

Pendidikan sekolah rendah-apa kita boleh belajar dari australia

Rencana

Apa kita boleh belajar dari sistem dan pendekatan persekolahan Australia - Nurhidayah Hashim

September 06, 2013
Daripada pemerhatian dan temubual yang dijalankan, saya dapati ramai kanak-kanak  Malaysia yang mengikut ibu bapa menyambungkan pelajaran di luar negara (termasuk Australia) menghadapi ‘kejutan’ selepas kembali ke Malaysia.
Ini kerana wujudnya perbezaan yang ketara di antara dua sistem dan pendekatan persekolahan ini. Konsep sistem pendidikan sekolah rendah di Australia serta pendekatan guru mereka jelas berbeza dengan apa yang dilaksanakan di negara kita.

Prinsip pendidikan Australia
 
Bagi mereka, sekolah rendah adalah asas untuk membina semangat cintakan ilmu dalam diri kanak-kanak. Apabila kanak-kanak suka kepada ilmu, maka mereka akan dengan sendiri berminat untuk mencari ilmu dengan lebih serius dan mendalam di sekolah menengah dan juga di peringkat universiti. 
 
Dengan itu, bukan matlamat sekolah rendah untuk mengajar dan ‘memaksa’  kanak-kanak belajar secara berat dan serius, menghafal fakta dan maklumat, tetapi lebih kepada membuka minat dan kecintaan kepada ilmu dan maklumat. Waktu untuk belajar dengan serius dan mendalam akan berlaku di sekolah menengah dan peringkat universiti. Sekolah rendah juga adalah tempat menyuburkan nilai murni, jati diri anak sebagai generasi baru negara dan menerapkan serta membina kemahiran untuk menjadi insan bermanfaat selepas mereka dewasa.

Tidak keterlaluan dinyatakan bahawa sistem persekolahan mereka sentiasa berkembang berdasarkan kajian pakar dan penglibatan guru dan juga ibu bapa. Mereka mengambil pakai hasil kajian pakar pendidikan dan psikologi kanak-kanak.

Contohnya, kajian membuktikan bahawa mempunyai kemahiran berbahasa yang tepat, yakin diri dalam berkomunikasi, pandai bercakap di hadapan ramai, berani bertanya soalan untuk memahami sesuatu fakta, kritis dalam mencari idea menyelesaikan masalah, suka berfikir di luar kotak, minat membaca, tepat menjaga masa, suka membantu orang lain, menghormati orang lain, sukakan ilmu dan menggunakan teknologi moden mencari maklumat tentang sesuatu ilmu baru dan bekerja secara kumpulan (team work) adalah keperluan penting untuk berjaya dalam hidup semasa mereka dewasa, maka ia diterima sebagai prinsip penting persekolahan mereka.

Begitu juga apabila kajian menunjukkan nilai-nilai murni yang ingin diterapkan ini akan lebih berkesan dan sebati dalam diri kanak-kanak apabila ia diterap secara lembut, bersahaja, dengan perasaan seronok dengan kasih sayang  semasa kanak-kanak  masih di peringkat awal umur mereka (umumnya sebelum berumur 14 tahun), maka ia juga diterima pakai sebagai prinsip penting pendidikan di sana.

Justeru, hampir seluruh pendekatan di sekolah rendah mereka bagi pelajar berumur 6 hingga 12 tahun (Pra-sekolah sehingga Gred 6) diambil menjurus ke arah merealisasikan idea tersebut. Hasilnya, pendekatan pendidikan sekolah rendah mereka dibuat secara ‘menarik’ dengan moto ‘learning is fun’ (menuntut ilmu itu seronok), ‘school is fun’ (sekolah itu seronok) , ‘critical thinking is the goal of education’ (berfikir secara kritis adalah matlamat pendidikan) dan suka bertanya dan berbincang dalam kelas adalah matlamat pendidikan. Pendekatan guru juga sangat mesra pelajar, positif dan membina.

Oleh kerana pendidikan dibuat dengan gembira, seronok dengan pelbagai aktiviti perbincangan dua hala yang ceria, dengan sillabus yang kurang berat, ia menjadikan belajar di sekolah rendah di sini seolah-olah bermain sahaja.

Kanak-kanak hadir ke sekolah dengan perasaan seronok, dengan tekanan yang minima, belajar sambil bermain dan membina kemahiran yang lebih baik hari demi hari. Hadir ke sekolah adalah aktiviti yang dinanti-nanti oleh kanak-kanak. Bahkan ramai yang menangis untuk ke sekolah apabila cuti sekolah bermula dan sangat gembira pula apabila cuti penggal berakhir. Inilah yang dilalui oleh anak-anak  Malaysia yang pernah mengikuti  sistem persekolahan sekolah rendah di negara itu.

Tidak membezakan murid pandai dan kurang pandai

Untuk mencapai objektif tersebut, sekolah mereka tidak membezakan kedudukan pelajar pandai dan  kurang  pandai dalam penyusunan kelas. Setiap kelas menggabungkan dua gred sekali gus - kecuali pelajar ‘pre-school’, pelajar dari Gred 1 dan 2 diletakkan dalam satu kelas, Gred 3 dan 4 dalam satu kelas dan juga Gred 5 dan 6 bersama-sama. Mereka tidak memberi nama kelas A, B, C dan lain-lain yang merujuk kelas pandai, kurang pandai dan sebagainya. Tetapi menggunakan nama guru kelas sebagai ganti, contohnya Kelas 3/4T merujuk kepada kelas di bawah seliaan guru kelas bernama Tom. Kelas 1/2J menunjukkan kelas di bawah guru kelas bernama John.

Menurut pengetua sekolah anak saya yang ditemubual, (anak saya menghadiri sekolah kerajaan selama 3 tahun di utara Melbourne), dalam setiap kelas perlu ada gabungan tiga kategori pelajar, yang lambat memahami sesuatu input;  yang sederhana kemampuan penerimaan informasi dan juga yang cepat faham sesuatu maklumat.

Ujian tetap diadakan untuk melihat markah sebagai cara mengetahui kemampuan pelajar, tetapi  penilaian dibuat secara ‘natural’ tanpa tekanan dan pelajar tidak diasingkan mengikut ‘kepandaian’ mereka. Saya akan menceritakan mengenai cara  peperiksaan dibuat dalam artikel yang seterusnya.
Ini menunjukkan sekiranya kelas 5/6J mempunyai 20 orang, maknanya 10 orang dari gred 5 dan 10 orang dari gred 6 akan berada dalam kelas tersebut. Daripada 10 murid tersebut, mungkin 3 orang adalah mereka yang cepat memhami maklumat, 3 orang yang agak sederhana dan 4 orang lagi yang  lambat memahami sesuatu input. Mereka akan bekerjasama dan saling tolong menolong supaya yang lemah akan sentiasa dibantu secara rakan sekelas (peer-support).

Oleh kerana mencapai objektif pendidikan menjadi keutamaan, maka setiap tindakan diambil menjurus kepada apakah nilai murni yang ingin diterapkan. Di sana, mereka memakai sistem ‘buddy’ di kalangan pelajar untuk menanamkan nilai bekerjasama dan tolong menolong.

Pelajar gred atas dan juga yang lebih cepat faham akan dilantik sebagai pembimbing atau ‘buddy’ kepada pelajar lain. Mereka akan membantu rakan yang lebih lemah, sekaligus menanam nilai tidak memandang hina orang yang lebih rendah dari mereka, bahkan perlu saling membantu, bertanggungjwab dan pemurah. Namun begitu ada juga beberapa subjek yang lebih berat yang difokuskan kepada pelajar tahap lebih tinggi. Ia juga menanam semangat menjadi ketua yang prihatin di dalam jiwa pelajar.

Keprihatinan kerajaan dalam menjayakan hasrat pendidikan mereka sangat ketara. Sekolah di bina dengan bilangan yang banyak terutama dalam kawasan penempatan penduduk yang padat. Contohnya di tempat kami tinggal di kawasan Reservoir, terdapat enam sekolah rendah kerajaan dalam kawasan berdekatan, dan juga dua sekolah swasta untuk dipilih oleh ibu bapa untuk mendaftar anak.

Bangunan sekolah rendah di sana pula umumnya adalah setingkat sahaja. Banyak bangunan sekolah mereka hanya dibina dengan gabungan kayu dan batu. Pengetua sekolah yang ditemubual menjelaskan bahawa setiap sekolah kebiasaannya tidak mempunyai bilangan yang ramai. Sekolah yang ditadbirnya hampir 300 pelajar  dari pra-sekolah sehinggalah gred enam. Dengan bilangan pelajar yang sedikit, ia memudahkan pengawasan, perancangan dan pengurusan pendidikan kanak-kanak.

Bagi menjayakan objektif mendidik dan menerapkan nilai murni, serta menggunakan pendekatan  mesra pelajar, setiap kelas mempunyai bilangan murid yang sedikit. Purata kelas di sana adalah antara 20  orang sahaja setiap kelas. Dengan bilangan pelajar yang kecil, guru di sana bukan sahaja mampu berhubung dengan murid dengan lebih rapat, bahkan mengenali latar belakang pelajar dan juga ibu bapa mereka. Perbincangan dua hala lebih mudah diadakan. Guru tidak perlu mengangkat suara dan menjerit-jerit untuk menarik perhatian murid. Dan yang penting guru akan senang mengawal selia pelajar di bawah seliaannya, yang mana menyebabkan proses menyampaikan ilmu menjadi lebih tenang dan senang.

Susunan meja

Sekolah rendah mereka adalah medan menyuburkan keberanian dan yakin diri dalam bercakap, bijak berbincang dalam kumpulan dan melatih semangat berkongsi dan kerjasama. Untuk itu, meja pelajar sekolah rendah (bagi semua gred) disusun berbentuk empat segi besar untuk 6-8 pelajar satu meja. Ini dibuat dengan sengaja, bertujuan supaya pelajar dapat bercakap dan berbincang sesama mereka bagi membina kemahiran berkomunikasi.

Guru sekolah  anak saya yang ditemubual turut  menjelaskan bahawa semua tajuk dan subjek akan mengambil pendekatan perbincangan dua hala, bahkan menggalakkan pelajar berbincang  sesama mereka dan berkongsi idea masing-masing. Ini menyuburkan kemahiran berhubungan dan bergaul dalam masyarakat.

Mereka sungguh serius mencari jalan untuk menerapkan kemahiran bercakap, saling berkongsi, saling mengajar sesama kawan dan membina semangat ‘team work’ yang baik. Jarang sangat guru menyuruh pelajar membuat kerja secara sendirian, diam tidak bercakap, tetapi mereka menggalakkan perbincangan dalam kumpulan di meja besar tersebut, dan kemudian seorang wakil kumpulan akan ke depan membentangkan hasil perbincangan mereka. Kerja kumpulan adalah keutamaan mereka walaupun bagi pelajar gred satu. Apabila ada yang tidak pandai berbincang, ketika itulah guru menunjukkan panduan bagaimana cara bercakap, berbincang, memberi peluang orang bercakap dan kita mendengar, menghormati pandangan orang lain, bagaimana untuk memberi idea dan mempertahankan idea kita secara sihat.

Saya akan menyambung perbezaan dengan sistem di negara kita mengenai bilangan pelajar dan kedudukan meja serta  bagaimana ia boleh mempengaruhi keadaan pembelajaran kita yang serius dan formal. Saya juga akan membawakan  perbezaan pendekatan membina dan positif yang diamalkan  oleh guru-guru di sana untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran. - 6 September, 2013.

* Prof Madya Nurhidayah Hashim ialah pensyarah di IPT di Selangor yang menamatkan pengajian PhD di Melbourne, Australia.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Jumaat, 6 September 2013

Pendekatan Guru-guru

THE MALAYSIAN INSIDER

Rencana

Pendekatan keras pengajaran di sekolah: Perspektif kebajikan kanak-kanak - Dr Nurhidayah Hashim

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pendekatan-keras-pengajaran-di-sekolah-perspektif-kebajikan-kanak-kanak-dr

September 04, 2013
Bahagian 1

Beberapa minggu lalu, akhabar melaporkan insiden seorang murid lapan tahun, darjah dua ditampar oleh gurunya sehingga rosak mata dan dimasukkan ke hospital. ‘Kesalahannya’ adalah tidak menyiapkan kerja rumah dan menyerahkan buku latihan seperti yang dikehendaki oleh guru. Dilaporkan juga bahawa tindakan guru itu mungkin ada kaitan dengan tekanan kerja dan tempat tinggal yang jauh dari sekolah. Ibu kanak-kanak itu membuat laporan polis berkenaan kes ini.
Sebelum itu, terdapat juga beberapa laporan akhbar mengenai kes pelajar dikenakan hukuman keras sebegitu oleh guru kerana pelbagai ‘kesalahan’ seperti tidak membuat kerja rumah, memberi jawapan yang salah kepada latihan diberi, tidak menghafal sifir, tidak datang sekolah, datang lambat ke sekolah,  berbuat bising dalam kelas, tidak menghafal ayat al-Quran atau apa-apa yang disuruh guru dan tidak fokus kepada penerangan guru. Ada yang mendakwa ditampar, didenda berdiri di atas kerusi berjam-jam,  ditarik telinga, dirotan dan sebagainya.



 Laporan kes sebegini sebenarnya menunjukkan dua isu besar, iaitu pendekatan keras yang diambil sesetengah guru dalam mendidik murid, terutama murid sekolah rendah, dan juga tekanan dan beban kerja yang dihadapi guru yang mungkin menjadi faktor kepada pendekatan keras diambil.


Apabila mengupas mengenai pendekatan keras yang diberikan kepada murid, daripada satu segi, hukuman sebegini diberikan dengan harapan ia dapat menjadi pengajaran dan menyedarkan murid tentang kesilapan yang dibuat. Sekaligus membuatkan mereka berubah sikap kepada lebih baik. Melalui tamparan dan berdiri atas kerusi kerana tidak membuat kerja rumah, diharapkan mungkin murid akan berubah sikap dan menjadi rajin menyiapkan kerja rumah pada masa depan. Dengan ditarik telinga kerana bising semasa guru mengajar, diharapkan murid akan diam dan berubah sikap menjadi taat dan memberi tumpuan dalam kelas. Dengan disuruh berdiri atas kerusi selama sejam kerana salah memberi jawapan kepada latih tubi yang diberi, diharapkan murid akan lebih berhati-hati dan tidak memberi jawapan yang salah di masa depan.

Namun, daripada sudut lain, pendekatan sebegini menimbulkan banyak persoalan lain dan kesan sebaliknya. Apakah ‘kesalahan’ tidak membuat kerja rumah, datang lambat, tertinggal buku wajar dihukum sebegitu? Apatah lagi yang melakukannya adalah budak kecil darjah satu atau tiga? Apakah dengan pendekatan dimarah, dipukul dan didenda, ia dapat mengubah sikap kanak-kanak menjadi seorang yang prihatin kepada ilmu, berminat untuk mencari ilmu, membuat kerja rumah kerana cintakan ilmu dan tidak akan cuai lagi dalam menyelesaikan latihan yang diberikan? Atau ia sebenarnya membina rasa takut di hati murid kepada guru terlibat dan kepada hukuman semata? Ataukah ia sebenarnya membina rasa  tidak yakin diri dalam diri kanak-kanak kerana dimalukan di hadapan kawan lain dan membina rasa benci kepada guru, kepada subjek yang dipelajari dan kepada sekolah itu sendiri?
Pendekatan negatif dan keras  dalam mendekati kanak-kanak terutama murid darjah satu dan dua membimbangkan pihak yang prihatin. Berita dilaporkan mungkin hanya segelintir daripada yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat. Sekiranya pendekatan keras menjadi sesuatu yang ‘biasa’ di kalangan guru, ia secara tak langsung menunjukkan wujudnya masalah dalam sistem dan kaedah pendidikan negara kita.

Inilah antara isu yang diketengahkan dalam tulisan Anas Alam Faizli daripada grup Teaching for Malaysian (TFM) dalam artikelnya yang disiarkan dalam The Malaysian Insider pada 20 June 2013 mengenai kurangnya pendekatan kasih sayang dalam pendekatan pendidikan kita.

Isu ini juga pernah diketengahkan pendakwah terkenal (Dr Zahazan) yang meletakkan di Facebook beliau gambar sekumpulan pelajar sekolah rendah dijemur di bawah panas matahari kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan guru dalam bulan puasa baru-baru ini. Beliau menegur tindakan itu dan mengaitkan dengan kesabaran guru dalam mendidik, apatah lagi pada bulan Ramadan yang mulia. Namun, tindakan beliau dibantah oleh sebilangan guru yang berpendapat teguran dibuat  seolah-olah ‘menghina’ institusi guru. Ada juga guru yang menulis bahawa  jika ibu bapa tidak suka pendekatan keras guru, lebih baik mengajar anak mereka sendiri di rumah. Teguran yang positif oleh pendakwah tersebut dipandang negatif pula oleh segelintir guru.

Respons yang diberi terhadap nasihat pendakwah tersebut sebenarnya turut menjadi bukti yang menunjukkan bahawa ramai yang melihat cara keras, marah dan memukul dengan rotan adalah kaedah tepat dalam mengajar murid sekolah atau mengajar anak di rumah. Kita kerap dimainkan dengan kisah dulu-dulu seperti, “Cikgu dulu-dulu pukul saya, ikat di tiang, rotan sampai patah kayu rotan, sebab itu saya berjaya.” Ada pula yang menyebut bahawa amalan biasa zaman dulu-dulu ketika ibu bapa menyerahkan anak kepada tuan guru atau sekolah menyebut bahawa, “Didiklah anak saya, buatlah apa sahaja, asalkan tidak buta atau cedera cukuplah.” Ramai juga yang beranggapan apabila tidak dimarah, tidak dihukum, kanak-kanak akan menjadi naik kepala,  nakal dan tidak berakhlak.

Mungkin pendekatan keras ini  berguna dalam keadaan tertentu,  tapi hakikatnya ia tidaklah tepat dalam semua perkara. Apatah lagi kepada kanak-kanak kecil di sekolah rendah-yang berumur tujuh hingga 12. Ia juga tidak selari dengan pendekatan pendidikan umum yang Nabi tunjukkan. Pendekatan Nabi adalah indah, cantik, lembut, bertimbang rasa, memuji, mengajar dengan perlahan, sedikit demi sedikit, tidak mendesak sehingga memaksa seseorang memahami sesuatu sebelum masanya, menanam rasa cinta kepada ilmu, kurang mengherdik dan banyak memuji. Pendekatan keras hanya datang sebagai alternatif terakhir kepada kesalahan yang berat yang melayakkan hukuman sebegitu, apabila keadaan sangat memerlukan.

Ini dapat dilihat contohnya dalam hadith mengenai solat di mana hadith bermaksud; “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).” (Hadis riwayat Abu Daud). Sebelum sampai kepada umur tujuh tahun lagi, ibu bapa sebenarnya sudah diminta menunjuk ajar, memujuk, mengajak anak mereka mengerjakan solat bersama mereka dan memuji apabila mereka melakukannya dengan baik.

Apabila mereka dididik dengan lembut dengan ajakan yang membina, diberi galakan dan pujian dari kecil sehingga berumur tujuh tahun, mereka akan berada dalam situasi iaitu mengerjakan solat adalah sebahagian dari cara hidup mereka.  Apabila sudah sebati dalam diri mereka rasa cinta melakukan solat kerana faham kenapa dan apa yang mereka perolehi melalui solat, maka pendekatan keras seperti tengkingan dan pukulan tidak perlu digunakan lagi. Sekiranya selepas berumur 10 tahun tetapi masih enggan mengerjakan solat selepas dididik, maka barulah rotan hadir sebagai alat terakhir dalam mendidik. Itupun bukan untuk mencederakan tetapi memberi pengajaran menunjukkan bahawa Allah tidak suka tindakan meninggalkan solat.

Begitu juga dalam hadis lain menunjukkan pendekatan lembut Nabi apabila cucu Baginda memakan buah kurma yang diserahkan kepada Nabi sebagai hasil zakat. Rasulullah tidak menggunakan kekerasan tetapi mengambil balik kurma dari dalam mulut cucu Baginda dan menyebut dengan lembut; “Tidakkah kamu tahu bahawa kita tidak boleh memakan barang zakat?” (Riwayat Bukhari Muslim).

Ketika menyebut mengenai pendekatan keras suami dalam melayani dan mendidik isteri dan anak-anak, Nabi menyebut, “Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik dengan keluarganya. Dan aku adalah seorang yang paling baik dengan keluargaku” (Riwayat al-Tirmizi). Ini menunjukkan bahawa pendekatan berlembut, positif dan membina adalah pendekatan pilihan, dan pendekatan keras adalah alternatif kedua sekiranya keadaan sangat memerlukan. Sekiranya dengan ahli keluarga kita diminta bercakap dengan lembut, mendekati dan membetulkan mereka dengan pendekatan berhikmah, positif dan kasih sayang, maka begitulah juga dengan orang lain, termasuklah murid yang berada di bawah tanggungjawab kita untuk mendidik mereka.

Kajian banyak menunjukkan bahawa seseorang sering melakukan apa yang sama seperti mana dia dilayan ketika kecil. Kajian juga mendapati seseorang yang sering dipukul, dimarah, kerap dimalukan dan tidak dihargai, dilayan dengan keras dengan pelbagai hukuman semasa kecil, akan mempunyai perwatakan negatif dan didapati melakukan yang sama kepada pasangan dan anak-anaknya tatkala mereka berkeluarga. Dapatan ini banyak diketengahkan oleh pengkaji sosial, sarjana kemanusiaan termasuklah pakar psikologi. Justeru itu, sekiranya pendekatan kita dalam mendidik murid sekolah rendah lebih banyak kepada kekerasan, adalah dimbimbangi  mereka  yang kerap menerima hukuman dan pendekatan keras akan melayan dan mendidik dengan keras pula apabila mereka menjadi ibu bapa atau guru di masa akan datang. Inilah isu yang perlukan perhatian dan tindakan para guru yang prihatin.

Apatah lagi, kita perlu menerima hakikat bahawa zaman kita sebelum ini adalah berbeza dengan zaman kanak-kanak hari ini. Cabaran yang kanak-kanak lalui hari ini, dengan konsep dunia terbuka, media sosial dan cara hidup bebas dan sebagainya memerlukan guru-guru mencari pendekatan pendidikan yang jauh lebih baik dari sebelum ini. Seperti kata-kata Umar al-Khattab yang antara lain bermaksud, “Ajarilah anak-anak kamu dengan urusan di zaman mereka, kerana mereka akan hidup di suatu zaman yang bukan lagi zaman kamu.”

Apabila cabaran dunia berubah, kemampuan menggali ilmu sudah berbeza dan ujian yang mereka lalui dalam hidup sangat kompleks, maka proses dan pendekatan pendidikan juga perlu mengambil maklum dan dibuat penambahbaikan sentiasa.

Justeru, tindakan beberapa pihak dan NGO yang mengetengahkan pendekatan pendidikan positif dengan lebih lembut, banyak memuji dari mengherdik, kurang pendekatan keras berdasarkan panduan dari Rasulullah adalah usaha murni yang harus dipuji. Pendekatan sebegini wajar diketengahkan dan disokong oleh semua pihak sehingga menjadi amalan dalam sistem pendidikan dan kaedah pengajaran guru kepada murid. Melalui pendedahan sebegini, ia mungkin dapat membantu guru dalam mendidik murid, menangani karenah mereka dalam meninggikan keilmuan, di samping membentuk akhlak mereka.

Pada masa sama, dengan pelbagai perubahan kepada sistem pendidikan yang ada, tidak mustahil kesibukan dan beban kerja sebagai guru sekarang ini boleh menjadi faktor tekanan yang boleh mempengaruhi guru dalam pendekatan mereka terhadap murid. Jika dalam kes murid ditampar dikatakan mungkin ada kaitan dengan tekanan yang dihadapi oleh guru, maka isu tekanan kerja guru perlu ditangani pihak berwajib dengan sebaiknya. Ia bukan sesuatu yang boleh dinafikan atau diletakkan sebagai masalah individu. Ini kerana sekiranya beban kerja yang terlalu banyak dan tekanan yang dihadapi boleh menjadi faktor guru menjadi cepat marah, maka tindakan susulan menangani tekanan dan usaha merendahkan tahap beban kerja guru ke tahap munasabah perlu diperhatikan.

Tanpa menafikan bahawa usaha penambahbaikan kepada sistem pendidikan secara keseluruhan telah dan sedang berlaku seperti perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang baru diisytiharkan, adalah baik juga jika kita dapat melihat bagaimana sistem pendidikan sekolah dilaksanakan di negara lain, terutama negara maju. Ia boleh dijadikan panduan dalam usaha mencari jalan penambahbaikan kepada sistem pendidikan di negara kita. Walaupun tidak semua aspek pendidikan mereka boleh diambil pakai, namun apa yang baik wajar dipertimbangkan. Apatah lagi apabila melibatkan penambahbaikan kehidupan kanak-kanak yang menjadi pelapis negara masa depan. Ia selari juga dengan usaha negara untuk menjadi negara maju pada tahun 2020  dan  hasrat negara untuk menjaga kebajikan kanak-kanak dalam semua urusan melibatkan mereka, termasuklah aspek pendidikan selepas menandatangani United Nations Convention on the Rights of the Child (UNCRC) 1989.

Mengambil tindakan memperelokkan apa-apa yang menjadi amalan kehidupan juga digalakkan oleh agama yang menggalakkan kita berusaha ke arah menjadi lebih baik hari demi hari. Al-Quran menyarankan kita bertanya kepada yang lebih mengetahui apa-apa yang tidak kita ketahui sebagai satu penzahiran betapa bertanya, mengkaji sesuatu ke arah penambahbaikan hidup adalah anjuran agama selagi mana ia tidak berlawanan dengan Syariah.

Dalam beberapa artikel selepas ini, saya akan membawakan beberapa aspek pendidikan dan pendekatan sistem persekolahan sekolah rendah di Australia sebagai perbandingan berdasarkan dapatan  awal kajian yang saya dan rakan lakukan serta pengalaman sendiri semasa melanjutkan pelajaran selama empat tahun di sana.

* Prof Madya Dr Nurhidayah Hashim pensyarah di IPT di Selangor yang baru sahaja menamatkan PhD di Melbourne, Australia.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Pendekatan Guru-guru...


Pendekatan Guru..

 KISAH 1

Pelajar mungkin pekak ditampar guru
  • Pelajar mungkin pekak ditampar guru Norlaila menunjukkan laporan polis dibuat mengenai kejadian menimpa anaknya, Mohd Jazman.
1 / 1
MARANG - Seorang pelajar sebuah sekolah di sini, berkemungkinan pekak selepas ditampar guru Isnin lalu.
Mohd Jazman Jailani, 15, mendakwa ditampar guru lelaki itu kira-kira jam 11 pagi selepas dia dituduh memancitkan tayar kereta seorang guru perempuan, bersama beberapa murid lain.

Kejadian itu berlaku apabila guru lelaki terbabit mengarahkan dia dan seorang lagi rakannya ke bilik guru untuk disoal siasat berhubung kejadian tersebut.

“Apabila tiba di bilik guru, cikgu itu bertanya mengenai tayar kereta cikgu (perempuan) yang pancit minggu lalu. Saya menafikan saya terlibat.

“Dia tidak percaya dan menampar pipi kiri saya dengan kuat. Telinga saya rasa berdengung sampai sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Jazman berkata, dia tidak segera memberitahu ibunya mengenai tindakan guru itu.

Ibunya, Norlaila Jusoh, 41, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas anak keempat daripada tujuh beradik itu bangun tidur kira-kira jam 5 petang hari tersebut dan mengadu sakit telinga.

“Saya membawa anak ke Klinik Kesihatan Gong Balai, di sini, sebelum ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mengesahkan terdapat kecederaan pada gegendang telinganya,” katanya.

Keluarga Mohd Jazman membuat aduan di Balai Polis Merchang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan kes sedang disiasat.

 ___________________  


KISAH 2

Murid dakwa ditampar guru
Oleh : MOHD FIRDAUS YON
Tarikh : November 21, 2011
Murid dakwa ditampar guru
JOHOR BAHRU - Ibu bapa kepada seorang murid tahun lima dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sekitar kawasan Skudai, di sini, membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati dengan tindakan seorang guru menampar anak lelaki mereka.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah, di sini, 16 November lalu, selepas diberitahu anak tunggal mereka itu ditampar sebanyak lapan kaki di pipi sehingga cermin mata dipakai tertanggal, jatuh dan pecah.
Suri rumah, A Rukumani, 49, berkata, sebagai ibu bapa, tindakan guru kelas menampar anak lelaki mereka, S Sri Viknesh, 11, di pipi kiri dan kanan tidak boleh diterima.
“Pada 16 November lalu sekitar jam 1 petang, saya menjemput Viknesh dari sekolah. Ketika bertemu dia, saya bertanya di mana cermin mata yang dipakai.
“Dia (Viknesh) memberitahu cermin matanya pecah gara-gara ditampar guru kelas dan mahu sembunyikan daripada pengetahuan saya.
“Saya kemudiannya diberitahu oleh Viknesh bahawa guru terbabit menampar dia kerana tidak mengaku selepas dituduh menconteng kad laporan kemajuan miliknya pada bahagian tandatangan guru besar,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat DAP Taman Nesa, Skudai, di sini, semalam.
Menurutnya, Viknesh didakwa mula dituduh oleh guru kelas terbabit pada 15 November lalu dan masalah itu turut dibawa ke pengetahuan guru besar.
“Dia dipukul di hadapan rakan sekelas selepas enggan mengaku berbuat sedemikian walaupun dipaksa oleh guru terbabit. Saya sendiri sudah cuba selesaikan masalah ini dengan pengurusan sekolah.
“Saya fikir hal ini sudah diselesaikan hasil pertemuan dengan guru besar dan guru terbabit pada 15 November.
“Bagaimanapun, tidak disangka apabila keesokan harinya, Viknesh terus ditekan supaya mengaku sehinggalah ditampar empat kali di pipi kiri dan empat kali di pipi kanan,” katanya.
Rukumani berkata, berang dan tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit, dia segera membuat laporan polis supaya siasatan dibuat.
“Saya diberitahu oleh murid-murid lain bahawa kad laporan kemajuan kelas Viknesh diisi oleh dua murid yang dilantik oleh guru terbabit.
“Jadi, dalam soal ini, saya bukan mahu menuduh atau mengheret dua murid berkenaan. Cuma lebih baik sekiranya pihak pengurusan sekolah turut bertanya kepada dua murid ini.
“Ini tidak, bila saya mahu membawa dua murid yang diberikan bertanggungjawab mengisi markah kad laporan kemajuan oleh guru terbabit, guru besar menolak cadangan diberikan,” katanya.
Justeru, katanya, pihak berkuasa perlu bertindak dengan menjalankan siasatan ke atas guru terbabit, manakala pengurusan sekolah harus berlaku adil ke atas Viknesh.
Sementara itu, Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa, S Kogilavani berkata, pihaknya akan menghantar surat aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran bagi mendapatkan pembelaan bagi keluarga Viknesh.

_____________________  

KISAH 3

Giliran bapa murid ditampar guru

Oleh pada 21 Jun, 2013 |

Bapa_GuruKali pertama membaca berita ini rasa nak tergelak juga, yelah biasanya kita dengar murid yang ditampar guru, kali ini bapa murid juga yang kena. Naik angin benar guru tersebut.
Seorang bapa mendakwa ditampar seorang guru di pekarangan sebuah sekolah di Seremban 2 sewaktu nak mengambil anaknya pulang.
K. N Balasantheran, 45, juga mendakwa hampir dibaling batu bata dan diugut akan dicederakan di luar sekolah oleh guru berkenaan hanya kerana mahu penjelasan tindakannya sering memukul anaknya di sekolah. Ia berlaku 13 Jun lalu.
“Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang Khamis lalu, saya datang ke sekolah untuk menjemput dua anak saya termasuk seorang perempuan yang bersekolah di sekitar Seremban 2.
“Sebaik saja tiba, anak lelaki saya yang berumur 9 tahun mengadu terdapat seorang guru lelaki di sekolah itu memarahinya dengan perkataan tidak sepatutnya seperti ‘binatang’ dan ‘lembu’,” katanya.
“Dalam perbualan kami, cikgu itu memberitahu saya supaya tidak masuk campur dengan hal sekolah kerana ia melibatkan pelajar sahaja. Tapi, saya tak puas hati dengan jawapan itu kerana cikgu itu menghina anak saya depan kawan-kawannya.
“Saya terus desak cikgu itu memberi penjelasan tapi tiba-tiba dia terus menampar muka saya. Dia juga mengambil seketul batu dari pasu bunga untuk memukul saya, namun sempat dihalang beberapa ibu bapa yang turut berada di situ,” katanya pada sidang media di Pejabat Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin. – SinarHarian
Peguam A. Partheeban turut bersama. Balasantheran yang tergolong dalam golongn OKU kerana masalah mata berkata, kejadian berlaku di hadapan dua anaknya serta beberapa penjaga murid yang datang untuk mengambil anak mereka di sekolah.
“Akibat kejadian itu, anak saya kini trauma dan takut pergi sekolah, malah demam akibat terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya. Dia juga sudah membuat laporan di Balai Polis Seremban pada hari sama.
Juga kena bertanyalah guru terbabit kenapa dia bertindak sedemikian. Mungkin disebabkan PBS, dia dah ‘mentel’.

_____________________

KISAH 4

Murid dipukul guru besar hingga cedera
  • Murid dipukul guru besar hingga cedera
1 / 1
SEGAMBUT – Akibat ditampar dan ditendang oleh seorang guru matematik yang juga guru besar sekolah, seorang murid tahun lima mendakwa mengalami gegaran otak.
Bapa mangsa S. Saravanan, 40, berkata, dia dimaklumkan secara lisan oleh doktor dari Bahagian Neurologi, Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa anaknya selepas ditahan dua hari di wad kerana muntah-muntah selepas insiden itu.
Dalam kejadian 3 April lalu, pipi anaknya, S. Suryakaran, 11, ditampar dan kaki kirinya disepak hingga terjatuh serta kepala terhantuk pada kerusi kerana tertinggal buku latihan.
Justeru, satu laporan polis berhubung tindakan guru itu terhadap anaknya dibuat di Balai Polis Jinjang.
“Saya kecewa, setakat ini tiada wakil pihak sekolah datang ke rumah atau bertanya khabar tentang keadaan Suryakanan.
“Apa jaminan anak saya akan sembuh dan tiada kecederaan sampingan. Saya harap Kementerian Pelajaran campur tangan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, dia kini hilang pekerjaan selepas tidak datang bekerja selama tiga hari kerana menjaga Suryakaran.
Apa yang dikesalinya, insiden berlaku pada jam 9 pagi tetapi dia mengetahuinya pada kira-kira jam 1 petang.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 kanun keseksaan.
 ______________________-

KISAH 5



Murid Orang Asal Ditampar Kerana Tidak Baca Doa

Arahan tutup mulut kes tampar murid Orang Asal?
Koh Jun Lin
Malaysiakini Okt 29 2012
Kemungkinan terdapat arahan tutup mulut dikeluarkan terhadap pelajar SK Bihai di Pos Bihai, dekat Gua Musang, Kelantan berhubung pengajaran agama yang diterima mereka, dakwa seorang ibu bapa.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bihai Arom Asir berkata, sehingga kini pelajar kekal diam daripada memperkatakan insiden dakwaan empat murid Orang Asli yang ditampar kerana tidak membaca doa.
“Mungkin guru juga diberi amaran untuk tidak memberitahu ibu bapa mereka apabila pulang ke rumah. Itu apa yang saya syak,” kata Arom.
Beliau memberitahu Malaysiakini semalam bahawa beliau mengesyaki ada yang tidak kena tetapi ibu apa tidak menyedarinya sehinggalah insiden itu berlaku.
Arom juga mendakwa, selepas ibu bapa tampil mengadu, guru itu didakwa mempertahankan tindakan itu sebagai haknya sebagai guru.
Sekumpulan ibu bapa pada 25 Oktober lalu membuat laporan polis terhadap guru di SK Bihai kerana didakwa menampar anak mereka yang tidak membaca doa makan walaupun bukan Islam.
Malaysiakini cuba menghubungi SK Bihai untuk mendapatkan reaksinya.
Sementara itu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula ketika dihubungi berkata belum ada laporan dibuat kepada mereka dan sedang mengumpul maklumat tentang perkara itu. –Malaysia Kini

_________________


 KISAH 6

Isnin, 17 Disember 2012

SPRM ambil kenyataan bapa murid Orang Asli ditampar




Bapa empat orang murid SK Bihai yang ditampar pada 23 Oktober kerana tidak membaca doa sebelum makan, telah memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua pegawai SPRM mengunjungi kampung Orang Asli tersebut di Pos Pos Bihai, Selasa lepas berikutan dakwaan bahawa guru-guru sekolah tersebut cuba merasuah mereka supaya menarik balik laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

"Mereka mahu tahu jika kami meminta rasuah atau sama ada pihak sekolah yang menawarkan rasuah.
Wakil kampung tersebut, Arom Asir berkata pihaknya memberitahu pegawai berkenaan bahawa bukan mereka (bapa murid) yang minta rasuah.
NONE"... dan pegawai-pegawai berkenaan berpuas hati," kata Arom (kanan) ketika ditemui di Kampung Tenrik, di lokasi sekolah tersebut, dalam pusat pentadbiran Pos Bihai , berhampiran Gua Musang di Kelantan.
Arom yang juga timbalan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bihai, turut menemani bapa murid-murid berkenaan apabila kenyataan mereka direkodkan.

Awal bulan ini, bapa murid-murid berkenaan - Hassan Achoi, 34; Atar Pedik, 38 dan Along, 49 - merentasi perjalanan selama tiga jam ke Gua Musang dari kampung pedalaman mereka untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan cubaan rasuah tersebut.

Mereka mendakwa guru-guru dari sekolah terkenaan, telah menawarkan kepada mereka RM300 tiap seorang pada 7 November lalu, supaya menarik balik laporan polis terhadap guru-guru yang telah menampar anak-anak perempuan mereka kerana tidak membaca doa.

_________________  

  KISAH 7


Cikgu Yang Melampau | Pekak Ditampar Cikgu Ketika Solat

Cikgu Yang Melampau | Pekak Ditampar Cikgu Ketika Solat | Ipoh : Seorang pelajar tingkatan dua disahkan pekak telinga kirinya akibat ditampar seorang guru wanita selepas mangsa didakwa tidak khusyuk dan mengganggu rakan lain ketika solat berjemaah di surau sekolahnya. 
Cikgu Yang Melampau | Pekak Ditampar Cikgu Ketika Solat
Kejadian pada Selasa lalu itu menyebabkan mangsa, Nur Alif Suliman, 14, mengalami pendarahan selain gegendang telinganya disahkan berlubang oleh doktor pakar yang merawatnya.

Mangsa yang ditemui di rumahnya di Kampung Bakar Bata, Tambun, di sini, berkata, kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika mangsa bersama rakan lain menunaikan solat Asar di surau sekolah.

“Ketika itu saya bersolat di saf belakang. Pada masa sama terdapat beberapa pelajar lain membuat bising dan bermain-main ketika bersembahyang di saf hadapan.

“Tiba-tiba muncul seorang guru wanita dari arah belakang mencubit tubuh saya. Saya memaling muka ke belakang dan guru itu terus menampar telinga kiri saya dengan kuat,” katanya. – Metro
________________  

KISAH 8

Guru sekolah didakwa cederakan murid
BANDARAYA MELAKA - Seorang guru agama sebuah sekolah rendah di sini berdepan tindakan tegas selepas dia didakwa mengasari enam muridnya.

Guru berkenaan turut didakwa menyebabkan kecederaan kepada salah seorang daripada muridnya itu apabila membaling segumpal kunci dan mengenai bahagian sulit murid terbabit akibat berang kerana murid terbabit tiba lewat untuk kelasnya minggu lalu.

Difahamkan, ibu salah seorang daripada murid berkenaan membuat laporan polis sejurus dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya.

Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin berkata, bahagian bahu murid berkenaan juga didapati mengalami bengkak akibat didakwa dikasari guru terbabit.

"Pertemuan sudah diadakan dengan enam murid berkenaan. Tindakan guru ini adalah suatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian hanya kerana isu remeh.

“Jabatan sudah menjalankan siasatan selepas satu laporan dibuat ibu mangsa dan hasil siasatan, tindakan tegas diambil terhadap guru terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, Md Yunos enggan mengulas bentuk tindakan diambil terhadap guru berkenaan.
-------------------------
KISAH 9

Kes guru tampar murid selesai

  • Isu guru tampar murid selesai
1 / 1
SEGAMBUT – Kes tampar dan tendang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Segambut selesai apabila ibu bapa dan guru terbabit berdamai dalam satu pertemuan di rumah murid berkenaan, kelmarin.

Pertemuan yang diatur Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan itu berakhir apabila kedua-dua belah pihak ibu bapa dan guru besar terbabit menarik balik laporan polis dibuat berhubung insiden yang berlaku.

Bapa murid itu, S Saravanan, 40, berkata, pihaknya memaafkan guru terbabit di atas apa yang berlaku dan berharap kejadian terbabit tidak akan berulang.

“Saya maafkan guru itu dan saya juga berbesar hati apabila diberitahu PIBG akan bertanggungjawab jika anak saya mengalami masalah kesihatan sampingan disebabkan insiden itu,” katanya.

Menurutnya, anaknya S Suryakaran kini beransur pulih dan sihat seperti sediakala selepas mendapatkan rawatan hospital.

Dalam pertemuan itu, PIBG turut memberikan sumbangan berupa ubat-ubatan serta wang tunai bagi meringankan beban keluarga itu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PIBG, Rashid Yaakob berkata, tujuan pihaknya campur tangan adalah untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Ini antara tanggung jawab PIBG itu menyelesaikan masalah ini dan kami berharap juga jika ada masalah membabitkan guru dan murid ini, ibu bapa atau penjaga murid berkenaan boleh membuat aduan kepada kami,” katanya.

___________________-

KISAH 10


Trauma didera guru matematik

  • Trauma didera guru matematik Salim bersama anaknya yang ditampar guru, Amir Haziq.
1 / 1
PORT DICKSON – Segelintir ibu bapa murid sebuah sekolah dekat sini mendakwa anak mereka didera seperti ditendang, disepak dan dicubit oleh guru sehingga menimbulkan rasa trauma.

Seorang ibu, Norazah Mohamad Akhtar, 32, berkata, anaknya mula menerima perlakuan tidak munasabah guru yang mengajar subjek matematik pada minggu pertama sesi persekolahan tahun ini.

Menurutnya, anaknya yang baru darjah satu mengadu bahawa gurunya memukul dan melakukan kekerasan kepada tanpa sebarang sebab serta alasan.

"Pada awalnya saya tidak percaya namun setelah melihat sendiri kesan lebam di kaki dan aduan daripada ibu bapa rakannya lain yang menyaksikan kejadian itu menyebabkan saya menyelidik perkara tersebut.

"Bimbang akan perkara yang diadu anak menyebabkan kami bersama ibu bapa lain sanggup bergilir-gilir menunggu anak kami di bilik darjah sewaktu proses pembelajaran matematik dijalankan guru tersebut," katanya.

Norazah berkata, aduan sudah pun dibuat kepada pihak sekolah, malah Guru Besar turut memerhatikan kelas berkenaan.

"Pemerhatian yang dilakukan ibu bapa bermula Januari sehingga beberapa bulan kemudian didapati keadaan masih terkawal namun sebaik sahaja kami tidak lagi berbuat demikian, guru tersebut kembali melakukan kekerasan," katanya.

Katanya, anaknya trauma dengan apa yang berlaku dan mula tidak mahu hadir ke sekolah jika hari berkenaan ada jadual mata pelajaran matematik.

"Atas nasihat ramai pihak, akhirnya saya bertindak menukarkan anak saya ke sekolah lain di Lukut.

"Bagaimanapun, dia masih trauma untuk ke sekolah. Mujur guru di sekolah baru memberikan kerjasama baik bagi membantu memulihkan anak saya," katanya.

Malah, katanya, dia juga ada membuat laporan di Balai Polis Lukut selain melakukan pemeriksaan doktor ke atas anaknya serta laporan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

"Tetapi saya tidak tahu sejauh mana tindakan yang diambil pihak berkenaan mengenai aduan saya ini. Yang pasti guru berkenaan sehingga kini masih lagi mendera murid di sekolah itu," katanya.

Sementara menurut Salim Putih, 58, berkata, sebelum ini anaknya ada mengadu dicubit guru berkenaan namun dia hanya bersangka baik.

"Namun setelah anak saya ditampar hampir tujuh kali di kedua pipinya hanya kerana melakukan kesilapan pada kerja matematiknya menyebabkan saya membuat aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

"Salah seorang pegawainya berjanji akan bertemu dengan saya pada Isnin ini (esok) bagi membincangkan perkara ini dan mencari jalan penyelesaian," katanya.

Manakala, bagi Noruliza Abdullah, 33, berkata, ibu bapa murid ada bertemu sendiri dengan guru berkenaan dan walaupun sudah ditegur dia tetap dengan sikapnya itu.

"Cadangan menukarkan guru berkenaan ke kelas darjah dua pun tidak bertahan lama atas alasan kesukaran rombakan jadual.

"Kami ibu bapa murid di sini amat berharap agar akan ada tindakan proaktif daripada pihak berkenaan agar masa depan anak kami tidak terjejas," katanya.

Sinar Harian difahamkan, guru matematik itu baru mengajar ke sekolah berkenaan sejak dua tahun lalu selepas berpindah dari sebuah sekolah di Port Dickson.

_______________________

Saya membaca semua kisah di atas dengan penuh rasa sedih..
Kenapa ini terjadi??

Rabu, 4 September 2013

Kenangan..

Rindu bertandang..

Dalam kesibukan yang ada, saya semakin tak cukup masa untuk duduk sendirian mengisi hobi menulis dan mengisi entry di blog. Apabila saya melihat gambar-gambar lama, terutama tengok gambar aisyah mas kecil, semakin kerap saya dibayangi rasa rindu kehidupan di Melbourne yang semakin jauh saya tinggalkan..

Saya rindu sangat pada kehidupan yang menjadi kenangan..
masa membaca buku dan menonton cerita kanak-kanak dengan Aisyah..
masa berjalan2 dan semuanya...
Subhanallah...

Nabi berpesan isilah dengan baik masa lapang sebelum datangnya masa sibuk..Semoga kita sama2 beringat.. insya Allah..

Tadi saya sedang menyiapkan beberapa tugasan sambil mencari bahan dalam thumb drive saya yang banyak ini. Tiba2 terbuka bahagian video dan oooohhh air mata saya hampir mengalir..
Video yang suami saya buatkan untuk mengingati perjalanan kami di Melbourne, bersempena kedatang Pak Usu ke sana pada akhir 2011.. hampir 2 tahun yang lepas..

Subhanallah...
Saya tunduk syukur atas semua kurniaanMu..






Rabu, 12 Jun 2013

Turki..

Semoga Allah memeliharamu..wahai bumi Turki warisan Uthmaniyyah..

Saya dah lama mencari apakah sebenarnya yang sedang berlaku di Turki..
Bagi yang sama macam saya, artikel ini sangat membantu..


________________ 

What Is Really Happening In Turkey?

Before I begin with what is actually happening in Turkey, there are some facts which need to be cleared first to gain an insight into the current political upheaval.

Recep Tayyip Erdogan is the Prime Minister of Turkey since 2003. He was educated at Imam Hatip School, an institute that is still frowned upon by the elite and anti religion establishment of Turkey, as it was founded on a religious ideology. In 1999 he was imprisoned for reciting a poem in public in which he criticized Turkish government for its failures. After that he established the current ruling party i.e. AK Party, also known as ‘Justice and Development Party’.

In his first term he won the election with a majority of 34 %, in his second term he won with a 47% majority and in the third term he won by 49.8%. For the first time in 52 years, a party in power had bagged more votes in its second term, let alone the third. It is clear that the majority of Turks have stood behind AK party.

Profile of Opposition Parties

The CHP party, the main opposition party, is an ultra liberal party, which does not shy away from showing its disgust over religion being part of politics. The BDP party is a socialist party working mainly for the rights of Kurds. It also hates AK party due to its religious ideology. The BDP and CHP have both taken abominable stances with regards to Syrian conflict and have been showing their sympathy and support for Bashar al Asad since day one. Next in line is TKP, a far-left communist party lead mainly by atheists and is bastion of anti religion forces. Again they have supported Asad whole heartedly and have sympathized with all communist regimes, regardless of their oppression.

Then among the anti AK parties are those which are banned in Turkey due to their terrorist activities. For example the militant communist parties like Halk Cephesi and DHKP.

Since the creation of Turkey there has been a minority that has ruled over the majority, taking in process the blood, sweat and tears of the Turkish masses. As a result of free and fair election the tables were turned and Erdogan came into power. One can write books upon books as to what Erdogan has achieved in his tenure. It is simple to say that the elites of Turkey, who ape west, can’t get over the fact that a religious – read ‘backward’- man has been ruling over them for some time now. Erdogan’s achievements obliterate their argument that religion equals backwardness, as Erdogan out ranks every single Turkish Prime Minister in history in terms of economic and social achievements.

What has really happened?

There is a park in Taksim in which there are about 12 or more trees standing and the government wants to cut them down it to make way for a museum and a shopping centre. As a result the tree huggers started a campaign. This park was formed in 1939 following governments order to demolish a remarkably designed Ottoman barrack. The current government wants to reconstruct the building and make it a museum, and for that 12 trees need to be chopped down.

All this over trees?

No! CHP, TKP, DHKP, BDP and all those opposing the current government used this as a disguise to stage anti government protests with the slogan: ‘we stand united against the authoritarian regime’. These leeches never stood for Syrians or any other humanitarian cause for that matter.

When the universities didn’t allow female students with headscarf and deprived them their right for education, which one of them came out to protest? None! When they were forced to take off their scarves and wear wigs which of these parties wrote to Amnesty International, European Union, and the international media? None!

This protest is not over bunch of trees but in fact it is an attempt to derail AK party, derail religious leadership and most importantly hide their hypocrisy. Yes in some areas the police did come down heavy on the protestors and to Erdogan credit he ordered a full investigation but I ask when was throwing Molotov Cocktails acceptable form of protesting? What were they expecting when they raised flags of a terrorist organization? When was it ok to spray ‘F** the police’ on shops?

They never protested when Israel killed Turkish citizens on Mavi Marmara, and they sure as hell didn’t ask ‘Occupy Wall Street’ to aid them then. Now Occupy Wall Street, Bruce Willis, and the rest of the propaganda machinery are trying to stick their nose in Turkey’s politics. These people cannot fathom the reality that a graduate from a pariah religious school has become the Prime Minister of their country. They cannot fathom the idea that in the Turkish ‘white house’ there is a woman who wears headscarf and in the government meeting alcohol is not permitted. They can’t fathom the fact that women in scarves have access to higher education.

Is Turkey experiencing its own Arab Spring?

Arab Spring? You must be joking! Erdogan has freed Turkey from IMF loans, it has the 5th fastest growing economy in the world, and it has started to develop its own military equipment rather than being dependent. There is fair access to social services and he has given more rights to Kurds than any other Turkish regime. He was the first none African president to go to Somalia, he visited Gaza, he talked about Islamophobia on international forums, he criticized Israel and mobilized against her. He choked the dragon of inflation, gave a much more stable economy; aided Libya, Egypt, Tunisia, Iraq and Syria. Every province now has its own university, school books are handed out for free. He has increased female enrollment rates and doubled the number of universities in Turkey. The list goes on and on.

Author: Yigit Usenmez

Ahad, 2 Jun 2013

Radio IKIM 


 Hari tu saya diminta menggantikan slot Islam itu indah di mana penceramah tetap adalah seorang Pakar Motivasi yang sangat saya hormati dan saya segani .. iaitu Prof Muhaya. Beliau menunaikan umrah selama dua minggu.

Dan saya dihubungi oleh radio ikim untuk tolong mengisi slot tersebut pada awal bulan April.

Saya ni bukanlah pakar motivasi.. banyak sgt yang saya sendiri perlu pelajari dan improve diri saya sanediri.. Bahkan sangatlah jauh saya dengan Prof Muhaya..:-)

 Tapi saya tunaikan juga hasrat mereka..

 Semoga dalam kekerdilan saya, adalah juga sedikit sebanyak isi yang baik yang boleh diambil manfaat oleh pendengar radia ikim semua..

 Dengan kelulusan Dekan saya, saya ke sana...

 Di bawah ini adalah saya dengan DJ yang comel, peramah dan sangat ceria iaitu Maz..



Saya dan DJ Radio IKIM Mazlina Ismail.. or lebih dikenali sebagai DJ Maz