Ahad, 1 November 2026

 NARCISSISTIC


Soalan:

Apakah narcissist ni ada dua muka?

Jawapan:

Begitulah..

Mereka ada dua muka- satu muka ketika berada di khalayak ramai dan satu lagi ketika dia berada dengan pasangannya.

Depan orang ramai, mereka ceria, peramah, penuh dengan ramah, charming.
Mereka nampak confident, berkarisma, baik hati dan suka membantu...
Orang puji selalunya sebab mereka baik dan charming.
Dan mereka sangat mencintai validation, orang puji dan org raikan mereka.

Tapi dalam private life mereka sangat berbeza.

Dengan pasangannya, mereka tunjukkan warna diri mereka yang sebenarnya.

Mereka ni seperti monsters, suka bercakap bohong, tipu dan kelentong, suka mendera mental pasangannya dan lagi teruk mendera fizikal pasangan.

Pasangannya sahaja yang tahu perlakuan, sifat dan kelaku buruknya.

Antara pola hidup dgn mereka adalah:

1- Mereka sentiasa betul, tak boleh ditegur

2-Suka angkat bakul sendiri dan merendahkan pasangan

3- Suka cemburu buta

4- Controlling pasangan dari segi duit, baju, dgn siapa yang buleh kawan, tak dibenarkan balik kampong dll

5-Suka gaslighting pasangan

6-Pantang ditegur dan senang mengamuk

7-Ada sense of entitlement, rasa berhak kpd semua

Takleh sekat anginnya..

Mereka juga akan buat apa saja, guna siapa saja, selalu menipu semata2 untuk menjaga fake persona kepada orang lain.

Mereka tidak rasa bersalah melakukan semua itu.

Pasangan yang tidak tahu ilmu tentang perkara ini, yang mereka sedang berhubungan dan hidup dengan narcisisistic, boleh stress dan boleh kena depression sebab confuse dan sengsara dgn apa yg dilalui.

Jom Bangkit dengan ilmu.

Dapatkan bahan bacaan yang relevan untuk bantu anda.