Jumaat, 6 September 2013

Pendekatan Guru-guru

THE MALAYSIAN INSIDER

Rencana

Pendekatan keras pengajaran di sekolah: Perspektif kebajikan kanak-kanak - Dr Nurhidayah Hashim

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pendekatan-keras-pengajaran-di-sekolah-perspektif-kebajikan-kanak-kanak-dr

September 04, 2013
Bahagian 1

Beberapa minggu lalu, akhabar melaporkan insiden seorang murid lapan tahun, darjah dua ditampar oleh gurunya sehingga rosak mata dan dimasukkan ke hospital. ‘Kesalahannya’ adalah tidak menyiapkan kerja rumah dan menyerahkan buku latihan seperti yang dikehendaki oleh guru. Dilaporkan juga bahawa tindakan guru itu mungkin ada kaitan dengan tekanan kerja dan tempat tinggal yang jauh dari sekolah. Ibu kanak-kanak itu membuat laporan polis berkenaan kes ini.
Sebelum itu, terdapat juga beberapa laporan akhbar mengenai kes pelajar dikenakan hukuman keras sebegitu oleh guru kerana pelbagai ‘kesalahan’ seperti tidak membuat kerja rumah, memberi jawapan yang salah kepada latihan diberi, tidak menghafal sifir, tidak datang sekolah, datang lambat ke sekolah,  berbuat bising dalam kelas, tidak menghafal ayat al-Quran atau apa-apa yang disuruh guru dan tidak fokus kepada penerangan guru. Ada yang mendakwa ditampar, didenda berdiri di atas kerusi berjam-jam,  ditarik telinga, dirotan dan sebagainya.



 Laporan kes sebegini sebenarnya menunjukkan dua isu besar, iaitu pendekatan keras yang diambil sesetengah guru dalam mendidik murid, terutama murid sekolah rendah, dan juga tekanan dan beban kerja yang dihadapi guru yang mungkin menjadi faktor kepada pendekatan keras diambil.


Apabila mengupas mengenai pendekatan keras yang diberikan kepada murid, daripada satu segi, hukuman sebegini diberikan dengan harapan ia dapat menjadi pengajaran dan menyedarkan murid tentang kesilapan yang dibuat. Sekaligus membuatkan mereka berubah sikap kepada lebih baik. Melalui tamparan dan berdiri atas kerusi kerana tidak membuat kerja rumah, diharapkan mungkin murid akan berubah sikap dan menjadi rajin menyiapkan kerja rumah pada masa depan. Dengan ditarik telinga kerana bising semasa guru mengajar, diharapkan murid akan diam dan berubah sikap menjadi taat dan memberi tumpuan dalam kelas. Dengan disuruh berdiri atas kerusi selama sejam kerana salah memberi jawapan kepada latih tubi yang diberi, diharapkan murid akan lebih berhati-hati dan tidak memberi jawapan yang salah di masa depan.

Namun, daripada sudut lain, pendekatan sebegini menimbulkan banyak persoalan lain dan kesan sebaliknya. Apakah ‘kesalahan’ tidak membuat kerja rumah, datang lambat, tertinggal buku wajar dihukum sebegitu? Apatah lagi yang melakukannya adalah budak kecil darjah satu atau tiga? Apakah dengan pendekatan dimarah, dipukul dan didenda, ia dapat mengubah sikap kanak-kanak menjadi seorang yang prihatin kepada ilmu, berminat untuk mencari ilmu, membuat kerja rumah kerana cintakan ilmu dan tidak akan cuai lagi dalam menyelesaikan latihan yang diberikan? Atau ia sebenarnya membina rasa takut di hati murid kepada guru terlibat dan kepada hukuman semata? Ataukah ia sebenarnya membina rasa  tidak yakin diri dalam diri kanak-kanak kerana dimalukan di hadapan kawan lain dan membina rasa benci kepada guru, kepada subjek yang dipelajari dan kepada sekolah itu sendiri?
Pendekatan negatif dan keras  dalam mendekati kanak-kanak terutama murid darjah satu dan dua membimbangkan pihak yang prihatin. Berita dilaporkan mungkin hanya segelintir daripada yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat. Sekiranya pendekatan keras menjadi sesuatu yang ‘biasa’ di kalangan guru, ia secara tak langsung menunjukkan wujudnya masalah dalam sistem dan kaedah pendidikan negara kita.

Inilah antara isu yang diketengahkan dalam tulisan Anas Alam Faizli daripada grup Teaching for Malaysian (TFM) dalam artikelnya yang disiarkan dalam The Malaysian Insider pada 20 June 2013 mengenai kurangnya pendekatan kasih sayang dalam pendekatan pendidikan kita.

Isu ini juga pernah diketengahkan pendakwah terkenal (Dr Zahazan) yang meletakkan di Facebook beliau gambar sekumpulan pelajar sekolah rendah dijemur di bawah panas matahari kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan guru dalam bulan puasa baru-baru ini. Beliau menegur tindakan itu dan mengaitkan dengan kesabaran guru dalam mendidik, apatah lagi pada bulan Ramadan yang mulia. Namun, tindakan beliau dibantah oleh sebilangan guru yang berpendapat teguran dibuat  seolah-olah ‘menghina’ institusi guru. Ada juga guru yang menulis bahawa  jika ibu bapa tidak suka pendekatan keras guru, lebih baik mengajar anak mereka sendiri di rumah. Teguran yang positif oleh pendakwah tersebut dipandang negatif pula oleh segelintir guru.

Respons yang diberi terhadap nasihat pendakwah tersebut sebenarnya turut menjadi bukti yang menunjukkan bahawa ramai yang melihat cara keras, marah dan memukul dengan rotan adalah kaedah tepat dalam mengajar murid sekolah atau mengajar anak di rumah. Kita kerap dimainkan dengan kisah dulu-dulu seperti, “Cikgu dulu-dulu pukul saya, ikat di tiang, rotan sampai patah kayu rotan, sebab itu saya berjaya.” Ada pula yang menyebut bahawa amalan biasa zaman dulu-dulu ketika ibu bapa menyerahkan anak kepada tuan guru atau sekolah menyebut bahawa, “Didiklah anak saya, buatlah apa sahaja, asalkan tidak buta atau cedera cukuplah.” Ramai juga yang beranggapan apabila tidak dimarah, tidak dihukum, kanak-kanak akan menjadi naik kepala,  nakal dan tidak berakhlak.

Mungkin pendekatan keras ini  berguna dalam keadaan tertentu,  tapi hakikatnya ia tidaklah tepat dalam semua perkara. Apatah lagi kepada kanak-kanak kecil di sekolah rendah-yang berumur tujuh hingga 12. Ia juga tidak selari dengan pendekatan pendidikan umum yang Nabi tunjukkan. Pendekatan Nabi adalah indah, cantik, lembut, bertimbang rasa, memuji, mengajar dengan perlahan, sedikit demi sedikit, tidak mendesak sehingga memaksa seseorang memahami sesuatu sebelum masanya, menanam rasa cinta kepada ilmu, kurang mengherdik dan banyak memuji. Pendekatan keras hanya datang sebagai alternatif terakhir kepada kesalahan yang berat yang melayakkan hukuman sebegitu, apabila keadaan sangat memerlukan.

Ini dapat dilihat contohnya dalam hadith mengenai solat di mana hadith bermaksud; “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).” (Hadis riwayat Abu Daud). Sebelum sampai kepada umur tujuh tahun lagi, ibu bapa sebenarnya sudah diminta menunjuk ajar, memujuk, mengajak anak mereka mengerjakan solat bersama mereka dan memuji apabila mereka melakukannya dengan baik.

Apabila mereka dididik dengan lembut dengan ajakan yang membina, diberi galakan dan pujian dari kecil sehingga berumur tujuh tahun, mereka akan berada dalam situasi iaitu mengerjakan solat adalah sebahagian dari cara hidup mereka.  Apabila sudah sebati dalam diri mereka rasa cinta melakukan solat kerana faham kenapa dan apa yang mereka perolehi melalui solat, maka pendekatan keras seperti tengkingan dan pukulan tidak perlu digunakan lagi. Sekiranya selepas berumur 10 tahun tetapi masih enggan mengerjakan solat selepas dididik, maka barulah rotan hadir sebagai alat terakhir dalam mendidik. Itupun bukan untuk mencederakan tetapi memberi pengajaran menunjukkan bahawa Allah tidak suka tindakan meninggalkan solat.

Begitu juga dalam hadis lain menunjukkan pendekatan lembut Nabi apabila cucu Baginda memakan buah kurma yang diserahkan kepada Nabi sebagai hasil zakat. Rasulullah tidak menggunakan kekerasan tetapi mengambil balik kurma dari dalam mulut cucu Baginda dan menyebut dengan lembut; “Tidakkah kamu tahu bahawa kita tidak boleh memakan barang zakat?” (Riwayat Bukhari Muslim).

Ketika menyebut mengenai pendekatan keras suami dalam melayani dan mendidik isteri dan anak-anak, Nabi menyebut, “Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik dengan keluarganya. Dan aku adalah seorang yang paling baik dengan keluargaku” (Riwayat al-Tirmizi). Ini menunjukkan bahawa pendekatan berlembut, positif dan membina adalah pendekatan pilihan, dan pendekatan keras adalah alternatif kedua sekiranya keadaan sangat memerlukan. Sekiranya dengan ahli keluarga kita diminta bercakap dengan lembut, mendekati dan membetulkan mereka dengan pendekatan berhikmah, positif dan kasih sayang, maka begitulah juga dengan orang lain, termasuklah murid yang berada di bawah tanggungjawab kita untuk mendidik mereka.

Kajian banyak menunjukkan bahawa seseorang sering melakukan apa yang sama seperti mana dia dilayan ketika kecil. Kajian juga mendapati seseorang yang sering dipukul, dimarah, kerap dimalukan dan tidak dihargai, dilayan dengan keras dengan pelbagai hukuman semasa kecil, akan mempunyai perwatakan negatif dan didapati melakukan yang sama kepada pasangan dan anak-anaknya tatkala mereka berkeluarga. Dapatan ini banyak diketengahkan oleh pengkaji sosial, sarjana kemanusiaan termasuklah pakar psikologi. Justeru itu, sekiranya pendekatan kita dalam mendidik murid sekolah rendah lebih banyak kepada kekerasan, adalah dimbimbangi  mereka  yang kerap menerima hukuman dan pendekatan keras akan melayan dan mendidik dengan keras pula apabila mereka menjadi ibu bapa atau guru di masa akan datang. Inilah isu yang perlukan perhatian dan tindakan para guru yang prihatin.

Apatah lagi, kita perlu menerima hakikat bahawa zaman kita sebelum ini adalah berbeza dengan zaman kanak-kanak hari ini. Cabaran yang kanak-kanak lalui hari ini, dengan konsep dunia terbuka, media sosial dan cara hidup bebas dan sebagainya memerlukan guru-guru mencari pendekatan pendidikan yang jauh lebih baik dari sebelum ini. Seperti kata-kata Umar al-Khattab yang antara lain bermaksud, “Ajarilah anak-anak kamu dengan urusan di zaman mereka, kerana mereka akan hidup di suatu zaman yang bukan lagi zaman kamu.”

Apabila cabaran dunia berubah, kemampuan menggali ilmu sudah berbeza dan ujian yang mereka lalui dalam hidup sangat kompleks, maka proses dan pendekatan pendidikan juga perlu mengambil maklum dan dibuat penambahbaikan sentiasa.

Justeru, tindakan beberapa pihak dan NGO yang mengetengahkan pendekatan pendidikan positif dengan lebih lembut, banyak memuji dari mengherdik, kurang pendekatan keras berdasarkan panduan dari Rasulullah adalah usaha murni yang harus dipuji. Pendekatan sebegini wajar diketengahkan dan disokong oleh semua pihak sehingga menjadi amalan dalam sistem pendidikan dan kaedah pengajaran guru kepada murid. Melalui pendedahan sebegini, ia mungkin dapat membantu guru dalam mendidik murid, menangani karenah mereka dalam meninggikan keilmuan, di samping membentuk akhlak mereka.

Pada masa sama, dengan pelbagai perubahan kepada sistem pendidikan yang ada, tidak mustahil kesibukan dan beban kerja sebagai guru sekarang ini boleh menjadi faktor tekanan yang boleh mempengaruhi guru dalam pendekatan mereka terhadap murid. Jika dalam kes murid ditampar dikatakan mungkin ada kaitan dengan tekanan yang dihadapi oleh guru, maka isu tekanan kerja guru perlu ditangani pihak berwajib dengan sebaiknya. Ia bukan sesuatu yang boleh dinafikan atau diletakkan sebagai masalah individu. Ini kerana sekiranya beban kerja yang terlalu banyak dan tekanan yang dihadapi boleh menjadi faktor guru menjadi cepat marah, maka tindakan susulan menangani tekanan dan usaha merendahkan tahap beban kerja guru ke tahap munasabah perlu diperhatikan.

Tanpa menafikan bahawa usaha penambahbaikan kepada sistem pendidikan secara keseluruhan telah dan sedang berlaku seperti perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang baru diisytiharkan, adalah baik juga jika kita dapat melihat bagaimana sistem pendidikan sekolah dilaksanakan di negara lain, terutama negara maju. Ia boleh dijadikan panduan dalam usaha mencari jalan penambahbaikan kepada sistem pendidikan di negara kita. Walaupun tidak semua aspek pendidikan mereka boleh diambil pakai, namun apa yang baik wajar dipertimbangkan. Apatah lagi apabila melibatkan penambahbaikan kehidupan kanak-kanak yang menjadi pelapis negara masa depan. Ia selari juga dengan usaha negara untuk menjadi negara maju pada tahun 2020  dan  hasrat negara untuk menjaga kebajikan kanak-kanak dalam semua urusan melibatkan mereka, termasuklah aspek pendidikan selepas menandatangani United Nations Convention on the Rights of the Child (UNCRC) 1989.

Mengambil tindakan memperelokkan apa-apa yang menjadi amalan kehidupan juga digalakkan oleh agama yang menggalakkan kita berusaha ke arah menjadi lebih baik hari demi hari. Al-Quran menyarankan kita bertanya kepada yang lebih mengetahui apa-apa yang tidak kita ketahui sebagai satu penzahiran betapa bertanya, mengkaji sesuatu ke arah penambahbaikan hidup adalah anjuran agama selagi mana ia tidak berlawanan dengan Syariah.

Dalam beberapa artikel selepas ini, saya akan membawakan beberapa aspek pendidikan dan pendekatan sistem persekolahan sekolah rendah di Australia sebagai perbandingan berdasarkan dapatan  awal kajian yang saya dan rakan lakukan serta pengalaman sendiri semasa melanjutkan pelajaran selama empat tahun di sana.

* Prof Madya Dr Nurhidayah Hashim pensyarah di IPT di Selangor yang baru sahaja menamatkan PhD di Melbourne, Australia.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Pendekatan Guru-guru...


Pendekatan Guru..

 KISAH 1

Pelajar mungkin pekak ditampar guru
  • Pelajar mungkin pekak ditampar guru Norlaila menunjukkan laporan polis dibuat mengenai kejadian menimpa anaknya, Mohd Jazman.
1 / 1
MARANG - Seorang pelajar sebuah sekolah di sini, berkemungkinan pekak selepas ditampar guru Isnin lalu.
Mohd Jazman Jailani, 15, mendakwa ditampar guru lelaki itu kira-kira jam 11 pagi selepas dia dituduh memancitkan tayar kereta seorang guru perempuan, bersama beberapa murid lain.

Kejadian itu berlaku apabila guru lelaki terbabit mengarahkan dia dan seorang lagi rakannya ke bilik guru untuk disoal siasat berhubung kejadian tersebut.

“Apabila tiba di bilik guru, cikgu itu bertanya mengenai tayar kereta cikgu (perempuan) yang pancit minggu lalu. Saya menafikan saya terlibat.

“Dia tidak percaya dan menampar pipi kiri saya dengan kuat. Telinga saya rasa berdengung sampai sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Jazman berkata, dia tidak segera memberitahu ibunya mengenai tindakan guru itu.

Ibunya, Norlaila Jusoh, 41, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas anak keempat daripada tujuh beradik itu bangun tidur kira-kira jam 5 petang hari tersebut dan mengadu sakit telinga.

“Saya membawa anak ke Klinik Kesihatan Gong Balai, di sini, sebelum ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mengesahkan terdapat kecederaan pada gegendang telinganya,” katanya.

Keluarga Mohd Jazman membuat aduan di Balai Polis Merchang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan kes sedang disiasat.

 ___________________  


KISAH 2

Murid dakwa ditampar guru
Oleh : MOHD FIRDAUS YON
Tarikh : November 21, 2011
Murid dakwa ditampar guru
JOHOR BAHRU - Ibu bapa kepada seorang murid tahun lima dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sekitar kawasan Skudai, di sini, membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati dengan tindakan seorang guru menampar anak lelaki mereka.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah, di sini, 16 November lalu, selepas diberitahu anak tunggal mereka itu ditampar sebanyak lapan kaki di pipi sehingga cermin mata dipakai tertanggal, jatuh dan pecah.
Suri rumah, A Rukumani, 49, berkata, sebagai ibu bapa, tindakan guru kelas menampar anak lelaki mereka, S Sri Viknesh, 11, di pipi kiri dan kanan tidak boleh diterima.
“Pada 16 November lalu sekitar jam 1 petang, saya menjemput Viknesh dari sekolah. Ketika bertemu dia, saya bertanya di mana cermin mata yang dipakai.
“Dia (Viknesh) memberitahu cermin matanya pecah gara-gara ditampar guru kelas dan mahu sembunyikan daripada pengetahuan saya.
“Saya kemudiannya diberitahu oleh Viknesh bahawa guru terbabit menampar dia kerana tidak mengaku selepas dituduh menconteng kad laporan kemajuan miliknya pada bahagian tandatangan guru besar,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat DAP Taman Nesa, Skudai, di sini, semalam.
Menurutnya, Viknesh didakwa mula dituduh oleh guru kelas terbabit pada 15 November lalu dan masalah itu turut dibawa ke pengetahuan guru besar.
“Dia dipukul di hadapan rakan sekelas selepas enggan mengaku berbuat sedemikian walaupun dipaksa oleh guru terbabit. Saya sendiri sudah cuba selesaikan masalah ini dengan pengurusan sekolah.
“Saya fikir hal ini sudah diselesaikan hasil pertemuan dengan guru besar dan guru terbabit pada 15 November.
“Bagaimanapun, tidak disangka apabila keesokan harinya, Viknesh terus ditekan supaya mengaku sehinggalah ditampar empat kali di pipi kiri dan empat kali di pipi kanan,” katanya.
Rukumani berkata, berang dan tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit, dia segera membuat laporan polis supaya siasatan dibuat.
“Saya diberitahu oleh murid-murid lain bahawa kad laporan kemajuan kelas Viknesh diisi oleh dua murid yang dilantik oleh guru terbabit.
“Jadi, dalam soal ini, saya bukan mahu menuduh atau mengheret dua murid berkenaan. Cuma lebih baik sekiranya pihak pengurusan sekolah turut bertanya kepada dua murid ini.
“Ini tidak, bila saya mahu membawa dua murid yang diberikan bertanggungjawab mengisi markah kad laporan kemajuan oleh guru terbabit, guru besar menolak cadangan diberikan,” katanya.
Justeru, katanya, pihak berkuasa perlu bertindak dengan menjalankan siasatan ke atas guru terbabit, manakala pengurusan sekolah harus berlaku adil ke atas Viknesh.
Sementara itu, Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa, S Kogilavani berkata, pihaknya akan menghantar surat aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran bagi mendapatkan pembelaan bagi keluarga Viknesh.

_____________________  

KISAH 3

Giliran bapa murid ditampar guru

Oleh pada 21 Jun, 2013 |

Bapa_GuruKali pertama membaca berita ini rasa nak tergelak juga, yelah biasanya kita dengar murid yang ditampar guru, kali ini bapa murid juga yang kena. Naik angin benar guru tersebut.
Seorang bapa mendakwa ditampar seorang guru di pekarangan sebuah sekolah di Seremban 2 sewaktu nak mengambil anaknya pulang.
K. N Balasantheran, 45, juga mendakwa hampir dibaling batu bata dan diugut akan dicederakan di luar sekolah oleh guru berkenaan hanya kerana mahu penjelasan tindakannya sering memukul anaknya di sekolah. Ia berlaku 13 Jun lalu.
“Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang Khamis lalu, saya datang ke sekolah untuk menjemput dua anak saya termasuk seorang perempuan yang bersekolah di sekitar Seremban 2.
“Sebaik saja tiba, anak lelaki saya yang berumur 9 tahun mengadu terdapat seorang guru lelaki di sekolah itu memarahinya dengan perkataan tidak sepatutnya seperti ‘binatang’ dan ‘lembu’,” katanya.
“Dalam perbualan kami, cikgu itu memberitahu saya supaya tidak masuk campur dengan hal sekolah kerana ia melibatkan pelajar sahaja. Tapi, saya tak puas hati dengan jawapan itu kerana cikgu itu menghina anak saya depan kawan-kawannya.
“Saya terus desak cikgu itu memberi penjelasan tapi tiba-tiba dia terus menampar muka saya. Dia juga mengambil seketul batu dari pasu bunga untuk memukul saya, namun sempat dihalang beberapa ibu bapa yang turut berada di situ,” katanya pada sidang media di Pejabat Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin. – SinarHarian
Peguam A. Partheeban turut bersama. Balasantheran yang tergolong dalam golongn OKU kerana masalah mata berkata, kejadian berlaku di hadapan dua anaknya serta beberapa penjaga murid yang datang untuk mengambil anak mereka di sekolah.
“Akibat kejadian itu, anak saya kini trauma dan takut pergi sekolah, malah demam akibat terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya. Dia juga sudah membuat laporan di Balai Polis Seremban pada hari sama.
Juga kena bertanyalah guru terbabit kenapa dia bertindak sedemikian. Mungkin disebabkan PBS, dia dah ‘mentel’.

_____________________

KISAH 4

Murid dipukul guru besar hingga cedera
  • Murid dipukul guru besar hingga cedera
1 / 1
SEGAMBUT – Akibat ditampar dan ditendang oleh seorang guru matematik yang juga guru besar sekolah, seorang murid tahun lima mendakwa mengalami gegaran otak.
Bapa mangsa S. Saravanan, 40, berkata, dia dimaklumkan secara lisan oleh doktor dari Bahagian Neurologi, Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa anaknya selepas ditahan dua hari di wad kerana muntah-muntah selepas insiden itu.
Dalam kejadian 3 April lalu, pipi anaknya, S. Suryakaran, 11, ditampar dan kaki kirinya disepak hingga terjatuh serta kepala terhantuk pada kerusi kerana tertinggal buku latihan.
Justeru, satu laporan polis berhubung tindakan guru itu terhadap anaknya dibuat di Balai Polis Jinjang.
“Saya kecewa, setakat ini tiada wakil pihak sekolah datang ke rumah atau bertanya khabar tentang keadaan Suryakanan.
“Apa jaminan anak saya akan sembuh dan tiada kecederaan sampingan. Saya harap Kementerian Pelajaran campur tangan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, dia kini hilang pekerjaan selepas tidak datang bekerja selama tiga hari kerana menjaga Suryakaran.
Apa yang dikesalinya, insiden berlaku pada jam 9 pagi tetapi dia mengetahuinya pada kira-kira jam 1 petang.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 kanun keseksaan.
 ______________________-

KISAH 5



Murid Orang Asal Ditampar Kerana Tidak Baca Doa

Arahan tutup mulut kes tampar murid Orang Asal?
Koh Jun Lin
Malaysiakini Okt 29 2012
Kemungkinan terdapat arahan tutup mulut dikeluarkan terhadap pelajar SK Bihai di Pos Bihai, dekat Gua Musang, Kelantan berhubung pengajaran agama yang diterima mereka, dakwa seorang ibu bapa.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bihai Arom Asir berkata, sehingga kini pelajar kekal diam daripada memperkatakan insiden dakwaan empat murid Orang Asli yang ditampar kerana tidak membaca doa.
“Mungkin guru juga diberi amaran untuk tidak memberitahu ibu bapa mereka apabila pulang ke rumah. Itu apa yang saya syak,” kata Arom.
Beliau memberitahu Malaysiakini semalam bahawa beliau mengesyaki ada yang tidak kena tetapi ibu apa tidak menyedarinya sehinggalah insiden itu berlaku.
Arom juga mendakwa, selepas ibu bapa tampil mengadu, guru itu didakwa mempertahankan tindakan itu sebagai haknya sebagai guru.
Sekumpulan ibu bapa pada 25 Oktober lalu membuat laporan polis terhadap guru di SK Bihai kerana didakwa menampar anak mereka yang tidak membaca doa makan walaupun bukan Islam.
Malaysiakini cuba menghubungi SK Bihai untuk mendapatkan reaksinya.
Sementara itu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula ketika dihubungi berkata belum ada laporan dibuat kepada mereka dan sedang mengumpul maklumat tentang perkara itu.Malaysia Kini

_________________


 KISAH 6

Isnin, 17 Disember 2012

SPRM ambil kenyataan bapa murid Orang Asli ditampar




Bapa empat orang murid SK Bihai yang ditampar pada 23 Oktober kerana tidak membaca doa sebelum makan, telah memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua pegawai SPRM mengunjungi kampung Orang Asli tersebut di Pos Pos Bihai, Selasa lepas berikutan dakwaan bahawa guru-guru sekolah tersebut cuba merasuah mereka supaya menarik balik laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

"Mereka mahu tahu jika kami meminta rasuah atau sama ada pihak sekolah yang menawarkan rasuah.
Wakil kampung tersebut, Arom Asir berkata pihaknya memberitahu pegawai berkenaan bahawa bukan mereka (bapa murid) yang minta rasuah.
NONE"... dan pegawai-pegawai berkenaan berpuas hati," kata Arom (kanan) ketika ditemui di Kampung Tenrik, di lokasi sekolah tersebut, dalam pusat pentadbiran Pos Bihai , berhampiran Gua Musang di Kelantan.
Arom yang juga timbalan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bihai, turut menemani bapa murid-murid berkenaan apabila kenyataan mereka direkodkan.

Awal bulan ini, bapa murid-murid berkenaan - Hassan Achoi, 34; Atar Pedik, 38 dan Along, 49 - merentasi perjalanan selama tiga jam ke Gua Musang dari kampung pedalaman mereka untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan cubaan rasuah tersebut.

Mereka mendakwa guru-guru dari sekolah terkenaan, telah menawarkan kepada mereka RM300 tiap seorang pada 7 November lalu, supaya menarik balik laporan polis terhadap guru-guru yang telah menampar anak-anak perempuan mereka kerana tidak membaca doa.

_________________  

  KISAH 7


Cikgu Yang Melampau | Pekak Ditampar Cikgu Ketika Solat

Cikgu Yang Melampau | Pekak Ditampar Cikgu Ketika Solat | Ipoh : Seorang pelajar tingkatan dua disahkan pekak telinga kirinya akibat ditampar seorang guru wanita selepas mangsa didakwa tidak khusyuk dan mengganggu rakan lain ketika solat berjemaah di surau sekolahnya. 
Cikgu Yang Melampau | Pekak Ditampar Cikgu Ketika Solat
Kejadian pada Selasa lalu itu menyebabkan mangsa, Nur Alif Suliman, 14, mengalami pendarahan selain gegendang telinganya disahkan berlubang oleh doktor pakar yang merawatnya.

Mangsa yang ditemui di rumahnya di Kampung Bakar Bata, Tambun, di sini, berkata, kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika mangsa bersama rakan lain menunaikan solat Asar di surau sekolah.

“Ketika itu saya bersolat di saf belakang. Pada masa sama terdapat beberapa pelajar lain membuat bising dan bermain-main ketika bersembahyang di saf hadapan.

“Tiba-tiba muncul seorang guru wanita dari arah belakang mencubit tubuh saya. Saya memaling muka ke belakang dan guru itu terus menampar telinga kiri saya dengan kuat,” katanya. – Metro
________________  

KISAH 8

Guru sekolah didakwa cederakan murid
BANDARAYA MELAKA - Seorang guru agama sebuah sekolah rendah di sini berdepan tindakan tegas selepas dia didakwa mengasari enam muridnya.

Guru berkenaan turut didakwa menyebabkan kecederaan kepada salah seorang daripada muridnya itu apabila membaling segumpal kunci dan mengenai bahagian sulit murid terbabit akibat berang kerana murid terbabit tiba lewat untuk kelasnya minggu lalu.

Difahamkan, ibu salah seorang daripada murid berkenaan membuat laporan polis sejurus dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya.

Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin berkata, bahagian bahu murid berkenaan juga didapati mengalami bengkak akibat didakwa dikasari guru terbabit.

"Pertemuan sudah diadakan dengan enam murid berkenaan. Tindakan guru ini adalah suatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian hanya kerana isu remeh.

“Jabatan sudah menjalankan siasatan selepas satu laporan dibuat ibu mangsa dan hasil siasatan, tindakan tegas diambil terhadap guru terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, Md Yunos enggan mengulas bentuk tindakan diambil terhadap guru berkenaan.
-------------------------
KISAH 9

Kes guru tampar murid selesai

  • Isu guru tampar murid selesai
1 / 1
SEGAMBUT – Kes tampar dan tendang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Segambut selesai apabila ibu bapa dan guru terbabit berdamai dalam satu pertemuan di rumah murid berkenaan, kelmarin.

Pertemuan yang diatur Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan itu berakhir apabila kedua-dua belah pihak ibu bapa dan guru besar terbabit menarik balik laporan polis dibuat berhubung insiden yang berlaku.

Bapa murid itu, S Saravanan, 40, berkata, pihaknya memaafkan guru terbabit di atas apa yang berlaku dan berharap kejadian terbabit tidak akan berulang.

“Saya maafkan guru itu dan saya juga berbesar hati apabila diberitahu PIBG akan bertanggungjawab jika anak saya mengalami masalah kesihatan sampingan disebabkan insiden itu,” katanya.

Menurutnya, anaknya S Suryakaran kini beransur pulih dan sihat seperti sediakala selepas mendapatkan rawatan hospital.

Dalam pertemuan itu, PIBG turut memberikan sumbangan berupa ubat-ubatan serta wang tunai bagi meringankan beban keluarga itu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PIBG, Rashid Yaakob berkata, tujuan pihaknya campur tangan adalah untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Ini antara tanggung jawab PIBG itu menyelesaikan masalah ini dan kami berharap juga jika ada masalah membabitkan guru dan murid ini, ibu bapa atau penjaga murid berkenaan boleh membuat aduan kepada kami,” katanya.

___________________-

KISAH 10


Trauma didera guru matematik

  • Trauma didera guru matematik Salim bersama anaknya yang ditampar guru, Amir Haziq.
1 / 1
PORT DICKSON – Segelintir ibu bapa murid sebuah sekolah dekat sini mendakwa anak mereka didera seperti ditendang, disepak dan dicubit oleh guru sehingga menimbulkan rasa trauma.

Seorang ibu, Norazah Mohamad Akhtar, 32, berkata, anaknya mula menerima perlakuan tidak munasabah guru yang mengajar subjek matematik pada minggu pertama sesi persekolahan tahun ini.

Menurutnya, anaknya yang baru darjah satu mengadu bahawa gurunya memukul dan melakukan kekerasan kepada tanpa sebarang sebab serta alasan.

"Pada awalnya saya tidak percaya namun setelah melihat sendiri kesan lebam di kaki dan aduan daripada ibu bapa rakannya lain yang menyaksikan kejadian itu menyebabkan saya menyelidik perkara tersebut.

"Bimbang akan perkara yang diadu anak menyebabkan kami bersama ibu bapa lain sanggup bergilir-gilir menunggu anak kami di bilik darjah sewaktu proses pembelajaran matematik dijalankan guru tersebut," katanya.

Norazah berkata, aduan sudah pun dibuat kepada pihak sekolah, malah Guru Besar turut memerhatikan kelas berkenaan.

"Pemerhatian yang dilakukan ibu bapa bermula Januari sehingga beberapa bulan kemudian didapati keadaan masih terkawal namun sebaik sahaja kami tidak lagi berbuat demikian, guru tersebut kembali melakukan kekerasan," katanya.

Katanya, anaknya trauma dengan apa yang berlaku dan mula tidak mahu hadir ke sekolah jika hari berkenaan ada jadual mata pelajaran matematik.

"Atas nasihat ramai pihak, akhirnya saya bertindak menukarkan anak saya ke sekolah lain di Lukut.

"Bagaimanapun, dia masih trauma untuk ke sekolah. Mujur guru di sekolah baru memberikan kerjasama baik bagi membantu memulihkan anak saya," katanya.

Malah, katanya, dia juga ada membuat laporan di Balai Polis Lukut selain melakukan pemeriksaan doktor ke atas anaknya serta laporan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

"Tetapi saya tidak tahu sejauh mana tindakan yang diambil pihak berkenaan mengenai aduan saya ini. Yang pasti guru berkenaan sehingga kini masih lagi mendera murid di sekolah itu," katanya.

Sementara menurut Salim Putih, 58, berkata, sebelum ini anaknya ada mengadu dicubit guru berkenaan namun dia hanya bersangka baik.

"Namun setelah anak saya ditampar hampir tujuh kali di kedua pipinya hanya kerana melakukan kesilapan pada kerja matematiknya menyebabkan saya membuat aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

"Salah seorang pegawainya berjanji akan bertemu dengan saya pada Isnin ini (esok) bagi membincangkan perkara ini dan mencari jalan penyelesaian," katanya.

Manakala, bagi Noruliza Abdullah, 33, berkata, ibu bapa murid ada bertemu sendiri dengan guru berkenaan dan walaupun sudah ditegur dia tetap dengan sikapnya itu.

"Cadangan menukarkan guru berkenaan ke kelas darjah dua pun tidak bertahan lama atas alasan kesukaran rombakan jadual.

"Kami ibu bapa murid di sini amat berharap agar akan ada tindakan proaktif daripada pihak berkenaan agar masa depan anak kami tidak terjejas," katanya.

Sinar Harian difahamkan, guru matematik itu baru mengajar ke sekolah berkenaan sejak dua tahun lalu selepas berpindah dari sebuah sekolah di Port Dickson.

_______________________

Saya membaca semua kisah di atas dengan penuh rasa sedih..
Kenapa ini terjadi??

Rabu, 4 September 2013

Kenangan..

Rindu bertandang..

Dalam kesibukan yang ada, saya semakin tak cukup masa untuk duduk sendirian mengisi hobi menulis dan mengisi entry di blog. Apabila saya melihat gambar-gambar lama, terutama tengok gambar aisyah mas kecil, semakin kerap saya dibayangi rasa rindu kehidupan di Melbourne yang semakin jauh saya tinggalkan..

Saya rindu sangat pada kehidupan yang menjadi kenangan..
masa membaca buku dan menonton cerita kanak-kanak dengan Aisyah..
masa berjalan2 dan semuanya...
Subhanallah...

Nabi berpesan isilah dengan baik masa lapang sebelum datangnya masa sibuk..Semoga kita sama2 beringat.. insya Allah..

Tadi saya sedang menyiapkan beberapa tugasan sambil mencari bahan dalam thumb drive saya yang banyak ini. Tiba2 terbuka bahagian video dan oooohhh air mata saya hampir mengalir..
Video yang suami saya buatkan untuk mengingati perjalanan kami di Melbourne, bersempena kedatang Pak Usu ke sana pada akhir 2011.. hampir 2 tahun yang lepas..

Subhanallah...
Saya tunduk syukur atas semua kurniaanMu..






Rabu, 12 Jun 2013

Turki..

Semoga Allah memeliharamu..wahai bumi Turki warisan Uthmaniyyah..

Saya dah lama mencari apakah sebenarnya yang sedang berlaku di Turki..
Bagi yang sama macam saya, artikel ini sangat membantu..


________________ 

What Is Really Happening In Turkey?

Before I begin with what is actually happening in Turkey, there are some facts which need to be cleared first to gain an insight into the current political upheaval.

Recep Tayyip Erdogan is the Prime Minister of Turkey since 2003. He was educated at Imam Hatip School, an institute that is still frowned upon by the elite and anti religion establishment of Turkey, as it was founded on a religious ideology. In 1999 he was imprisoned for reciting a poem in public in which he criticized Turkish government for its failures. After that he established the current ruling party i.e. AK Party, also known as ‘Justice and Development Party’.

In his first term he won the election with a majority of 34 %, in his second term he won with a 47% majority and in the third term he won by 49.8%. For the first time in 52 years, a party in power had bagged more votes in its second term, let alone the third. It is clear that the majority of Turks have stood behind AK party.

Profile of Opposition Parties

The CHP party, the main opposition party, is an ultra liberal party, which does not shy away from showing its disgust over religion being part of politics. The BDP party is a socialist party working mainly for the rights of Kurds. It also hates AK party due to its religious ideology. The BDP and CHP have both taken abominable stances with regards to Syrian conflict and have been showing their sympathy and support for Bashar al Asad since day one. Next in line is TKP, a far-left communist party lead mainly by atheists and is bastion of anti religion forces. Again they have supported Asad whole heartedly and have sympathized with all communist regimes, regardless of their oppression.

Then among the anti AK parties are those which are banned in Turkey due to their terrorist activities. For example the militant communist parties like Halk Cephesi and DHKP.

Since the creation of Turkey there has been a minority that has ruled over the majority, taking in process the blood, sweat and tears of the Turkish masses. As a result of free and fair election the tables were turned and Erdogan came into power. One can write books upon books as to what Erdogan has achieved in his tenure. It is simple to say that the elites of Turkey, who ape west, can’t get over the fact that a religious – read ‘backward’- man has been ruling over them for some time now. Erdogan’s achievements obliterate their argument that religion equals backwardness, as Erdogan out ranks every single Turkish Prime Minister in history in terms of economic and social achievements.

What has really happened?

There is a park in Taksim in which there are about 12 or more trees standing and the government wants to cut them down it to make way for a museum and a shopping centre. As a result the tree huggers started a campaign. This park was formed in 1939 following governments order to demolish a remarkably designed Ottoman barrack. The current government wants to reconstruct the building and make it a museum, and for that 12 trees need to be chopped down.

All this over trees?

No! CHP, TKP, DHKP, BDP and all those opposing the current government used this as a disguise to stage anti government protests with the slogan: ‘we stand united against the authoritarian regime’. These leeches never stood for Syrians or any other humanitarian cause for that matter.

When the universities didn’t allow female students with headscarf and deprived them their right for education, which one of them came out to protest? None! When they were forced to take off their scarves and wear wigs which of these parties wrote to Amnesty International, European Union, and the international media? None!

This protest is not over bunch of trees but in fact it is an attempt to derail AK party, derail religious leadership and most importantly hide their hypocrisy. Yes in some areas the police did come down heavy on the protestors and to Erdogan credit he ordered a full investigation but I ask when was throwing Molotov Cocktails acceptable form of protesting? What were they expecting when they raised flags of a terrorist organization? When was it ok to spray ‘F** the police’ on shops?

They never protested when Israel killed Turkish citizens on Mavi Marmara, and they sure as hell didn’t ask ‘Occupy Wall Street’ to aid them then. Now Occupy Wall Street, Bruce Willis, and the rest of the propaganda machinery are trying to stick their nose in Turkey’s politics. These people cannot fathom the reality that a graduate from a pariah religious school has become the Prime Minister of their country. They cannot fathom the idea that in the Turkish ‘white house’ there is a woman who wears headscarf and in the government meeting alcohol is not permitted. They can’t fathom the fact that women in scarves have access to higher education.

Is Turkey experiencing its own Arab Spring?

Arab Spring? You must be joking! Erdogan has freed Turkey from IMF loans, it has the 5th fastest growing economy in the world, and it has started to develop its own military equipment rather than being dependent. There is fair access to social services and he has given more rights to Kurds than any other Turkish regime. He was the first none African president to go to Somalia, he visited Gaza, he talked about Islamophobia on international forums, he criticized Israel and mobilized against her. He choked the dragon of inflation, gave a much more stable economy; aided Libya, Egypt, Tunisia, Iraq and Syria. Every province now has its own university, school books are handed out for free. He has increased female enrollment rates and doubled the number of universities in Turkey. The list goes on and on.

Author: Yigit Usenmez

Ahad, 2 Jun 2013

Radio IKIM 


 Hari tu saya diminta menggantikan slot Islam itu indah di mana penceramah tetap adalah seorang Pakar Motivasi yang sangat saya hormati dan saya segani .. iaitu Prof Muhaya. Beliau menunaikan umrah selama dua minggu.

Dan saya dihubungi oleh radio ikim untuk tolong mengisi slot tersebut pada awal bulan April.

Saya ni bukanlah pakar motivasi.. banyak sgt yang saya sendiri perlu pelajari dan improve diri saya sanediri.. Bahkan sangatlah jauh saya dengan Prof Muhaya..:-)

 Tapi saya tunaikan juga hasrat mereka..

 Semoga dalam kekerdilan saya, adalah juga sedikit sebanyak isi yang baik yang boleh diambil manfaat oleh pendengar radia ikim semua..

 Dengan kelulusan Dekan saya, saya ke sana...

 Di bawah ini adalah saya dengan DJ yang comel, peramah dan sangat ceria iaitu Maz..



Saya dan DJ Radio IKIM Mazlina Ismail.. or lebih dikenali sebagai DJ Maz

Rabu, 29 Mei 2013

Inspiration...

Inspiring....

Selalulah baca bahan2 yang membina jiwa dan memberi kita sudut pandang yang positif... Saya suka melihat orang lain berjaya.. dan selalu berharap dan berdoa agar saya, Aisyah dan semua yang saya sayang juga diberi Allah peluang untuk menjadi orang yang berjaya, yang positif dan memberi kebaikan kepada alam...

Contohnya mengenai pelajar yang bijak ini...
Saya kagum kepadanya..
dan takjub kepada kebesaran Allah yang memberikan kebaikan kepadanya..

------------------ 

Published online 16 May 2013

Interview http://www.nature.com/nmiddleeast/2013/130516/full/nmiddleeast.2013.73.html?WT.mc_id=TWT_NatureMEast

The youngest Arab doctor

Graduating from Weill Cornell Medical College in Qatar (WCMC-Q), 20-year-old Iqbal El-Assaad is possibly the youngest Arab doctor ever.
Iqbal El-Assaad during her graduation from WCMC-Q.© WCMC-Q
Iqbal El-Assaad is the youngest medical doctor to graduate from Weill Cornell Medical College in Qatar (WCMC-Q) in its ten-year history. When Iqbal was a toddler, she learnt algebra by watching her older siblings study. Before El-Assaad's fifth birthday, her favourite pastimes were reading books and solving mathematical problems.
Following her graduation, Nature Middle East spoke to Iqbal about what it's like to be a 20-year old medical doctor and hear what she plans for the future.

Who or what inspired you to pursue a career in medicine?

I made the decision to be a doctor myself when I was 12 years old. Growing up as a Palestinian living in Lebanon, I saw much suffering among my people since the Palestinians in Lebanon did not have health insurance.
My family and I visited the camps and saw how harsh the conditions there were. I saw many parents who see their children suffering but they can't help them because they don't have the money to do that. These visits to the camps made me feel that it is my responsibility to study medicine and try to help these people. Many of them cannot even afford the medication they need.

What role did your family play in your decision to pursue medical school?

I am the youngest among my siblings and my father first noticed when I was two-and-a-half years old that I was keen to learn when he was teaching my brothers. For my dad, education is always number one – especially for a girl. He always said that the boys will eventually find work but education is a girl's weapon in the future. We grew up on this idea and my dad always encouraged me that if I have a dream I want to pursue, my parents would always help me.
I went to a private school in Lebanon that was based on the Lebanese curriculum, not an American school. After paying my tuition for the first two years, the principal of the school gave me a full scholarship. I used to skip grades and I was always the youngest person in my class.
I graduated from high school when I was 12 and Khaled Abany, who was then the education minister in Lebanon, honoured me as the youngest student to ever finish high school. I told him that I dreamt of being a doctor and he promised to try to secure a scholarship for me. The next day he contacted Sheikha Mozah [the Chairperson of the Qatar Foundation for Education, Science and Community Development] and she promised me a full scholarship to study at WCMC-Q.

Was it challenging being the youngest student in college?

The toughest time was when I first arrived in Qatar. I felt a lot of pressure because Qatar Foundation had given me the full scholarship without any tests. So I wanted to prove myself and prove that I was up to the trust people put in me.
The Lebanese education system prepares you very well for college so in terms of science and maths I found I was very well prepared.
I grew up with students who were always older than me so I am used to dealing with older people and I am mature enough to work with them. I always liked to study with friends in school and that carried on in college. This interaction has helped improve my way of thinking so that eventually people don't even notice there is an age difference.

What is your next step now after graduation?

I am leaving soon for a three-year residency at the Children's Hospital in Cleveland, Ohio. After that I want to apply for a fellowship in paediatric cardiology, which will take three more years. I then want to come back to the Middle East and work between Qatar and Lebanon – to pay Qatar back. They have been sponsoring me for the past six years. I also want to go back to Lebanon to help my Palestinian people because they are the main inspiration for me to be a doctor and I would like to fulfil my childhood dream to make a difference to their lives.

Why paediatrics?

I can't say exactly why, but I just love it. In our third year in college I found I was really happy to be able to help little kids. I also see the hardship of Palestinian children living in camps in Lebanon and that is part of the reason why I want to pursue paediatrics

Are you interested in doing any research?

I definitely want to pursue research. I did research during the summer of my second year and I fell in love with it. I even published at that time and was involved in two other studies. I really like the idea of discovering something new.
I hope in the future I can join an academic health centre where I can treat patients and also work in research.

What advice would you have to young people who would pursue medicine?

The only advice I would have is for students to study hard and make use of the opportunities in Qatar. Having world-class universities here in the Middle East is beyond imagination. This is the most important stage in their lives and they have to work for it.
For premed students, enjoy your lives now! It is a good time especially if you have good friends and it is not really too hard so you can get the best of both worlds.

Ahad, 17 Mac 2013

Sekolah kita...

Sekolah kita..

Saya berbincang dengan jiran saya yang merupakan cikgu darjag 1 dan 5 sekolah rendah kerajaan di sebuah sekolah di shah alam. Dia menceritakan tentang perlaksanaan baru yang dijalankan di sekolah kerajaan. Katanya, dia masih berusaha memahami dan semua pertukaran ini sangat membebankan cikgu2. Bagaimana dia nak buat personal assessment sedangkan budak darjah 1 di bawah jagaannya adalah 40 orang satu kelas. Subhanallah... Dan katanya memang dalam menjalankan tugas, beliau selalu stress..

Saya sangat terkesan dan sering berfikir tentang perkara ini...

Pendapat saya:

1- Perubahan terhadap sistem pendidikan seharusnya perlu dibuat dengan tepat dan bukan sekejap ini sekejap itu... kerana ia memberi kesan jangka panjang yang ketara. Contohnya sekejap belajar math and sc in english, separuh jalan budak2 kita terkejar2 mempelajarinya, kemudian ditukar ke bahasa pula. Kesian budak2 dan cikgu2 yang terlibat.

2- Bila pertukaran sistem ke arah lebih baik, contohnya menggunakan ketiadaan UPSR, tetapi mengadakan peperiksaan dalaman dan personal assessment by the school, ia perlu disekalikan dengan pakej sistem yang betul. Jika personal assessment, maka setiap kelas perlu dalam kemampuan cikgu. Di United Kingdom, kawan saya yang baru balik PhD di sana mengatakan setiap kelas di UK, polisinya tidak boleh lebih dari 25 orang. DI Australia, saya menemubual guru besar sekolah Aisyah, katanya tidak boleh lebih dari 21 orang. Jika terlalu ramai, mana mungkin cikgu boleh assess. Kesian cikgu2...

3-Ini bermakna bilangan sekolah rendah terutamanya (sekolah kerajaan) mesti ditambah dengan banyak, terutama di kawasan ramai penduduk. Contohnya di Kingsbury tempat kami duduk di Melbourne dulu, dalam kawasan yang sikit penduduk, ada 3 sekolah rendah. Maknanya dalam 1 seksyen, contohnya di Seksyen 7 Shah Alam, ada 3 sekolah rendah kerajaan. Seksyen 18 contohnya, ada 3 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah. Semoga ia menjadi kenyataan nanti. Setiap kelas di bawah 21 orang, dan satu level cuma ada 3 atau 4 kelas sahaja.

4-Ini juga bermakna, kita perlu melihat dan mengkaji apa yang orang lain buat. Jika ia membawa kebaikan untuk kanak-kanak, kita perlu mencari jalan menirunya. Inilah ciri tamadun islam yang kerana berpegang kepada prinsip ini, maka ia bangun dan tertegak dengan penuh keagungan di masa silam. Mengkaji apa yang orang lai buat, melihat dan meniru untuk kemaslahatan masyarakat, selagi mana ia tidak berlawanan dengan Syariat Allah.


Ahad, 10 Februari 2013

Exam vs Exam Oriented

Exam and Exam Oriented..

Apakah beza antara dua istilah tersebut?
Exam adalah peperiksaan. Ia penting untuk menjadi aras penilai tahap pencapaian sesoarang- untuk mengetahui sejauhmana kepahaman, dan tahap keupayaan seseorang pelajar. Ia menjadi pushing factor untuk seseorang berusaha kerana ingin mencapai tahap terbaik dalam exam.

Apakah exam oriented? Exam oriented adalah menjadikan seluruh usaha kearah peperiksaan yang akan dijalankan. Semua perkara lain jika tidak berkait dengan exam akan dianggap tidak penting.. yang penting hanya yang berkait dengan exam.. semua usaha, fokus diberi kepada exam dan budak2 dianggap seperti kuda perlawanan- semua mengejar berapa A, nombor berapa..

Ini menyebabkan ada sekolah yang mana budak darjah 6 nak UPSR tak dibagi involve dengan apa2 program lain, selain fokus untuk upsr dll.. tak ada masa main, hanya nak fokus upsr.. sekolah nak kejar berpa ramai dapt 5A, sekolah dapat nama dan masuk berita kalau semua pelajar dapat 5A.. berlumba2 semua guru besar nak kejar berapa A. Yang jadi mangsa adalah cikgu2 yang mengajar budak darjah 6. Dan yang paling jadi mangsa adalah budak2 itu sendiri..

Mereka diterapkan satu nilai yang menjadi perosak bangsa.. iaitu kejar markah, kejar A.. bukan kerjar ilmu dan belajar sebab nak tahu.. Sebab nak markah tinggi.. belajar belajar belajar.. keseimbangan diri anak2 hilang entah ke mana..fizikal, emosi tidak dilihat penting lagi.. Sedangakn budak2 dijadikan ALlah masa untuk bermain.. mereka belajar semasa bermain.. dan menjadi kenal diri, yakin diri, creative, suka mencuba, berani bertanya dan menjawab soalan adalah sebahagian dalam belajar.. Tapi exam oriented ini mematikan creativiti mereka.. Mereka boleh menjadi robt, dan mungkin dilihat sebagai robot..
Ibu bapa juga ramai yang menjadikan anak2 mereka sebagai kuda tunggangan.."Anak Q dapat 5A.. anak YOu dapat berapa A? I hantar anak ke tuition, pagi ptg siang malam.. mengaji tak sempat, maklumlah nak upsr.."

Ini adalah kitaran ganas yang ditanam dalam jiwa budak2.. belajar sebab nak markah tinggi, bukan sebab nak cari ilmu, nak tahu dan nak bina keinsanan diri..IA menghasilkan tekanan dalm diri anak2.. sebab itu lepas exam, habis semua ilmu.. nota campak buang.. lepas exam dianggap merdeka, cikgu tak masuk kelas dah.. sebabnya belajar hanya untuk upsr..

Kitaran ini adalah kitaran ganas yang merosakkan generasi baru.. Ibu bapa perlu betulkan minda, begitu juga semua pihak.. Kesihan anak2 kita..Jauh di hati saya, saya sangat simpati....

Itu sekolah kerajaan.. Saya bersyukur sebab sekolah Aisyah adalah sekolah swasta.. kuranglah siket tekanan upsr.. walaupun ada..

Saya berharap agar suasana belajar menjadi indah dan dinanti2 oleh kanak2... Bilakah ia akan menjadi kenyataan..

Bersambung...

Isnin, 4 Februari 2013

Stress dan ubat stress

Stress.. Tension..


Bila banyak kerja kita stress..tegang..tension..

Apa stress ni? Ia adalah perkara negatif yang boleh merosakkan diri kita. Jika stress banyak,tension banyak, semua perjalanan hidup menjadi tegang dan tidak tenang.. Ia tidak bagus untuk kita.. Kita perlu belajar menangani stress... belajar mengawal diri agar tidak dikuasai tekanan kuat yang membuat kita hilang rasa teang. Jika banyak sangat kerja, kita perlu cari jalan untuk tenangkan diri. Keluar berjalan-jalan, ambil angin, buat hobby yang disukai.. dan lain-lain..

Ini adalah gambar wajah yang stress.. walaupun ianya orang  putih dan anjing dalam gambar ni, tapi ia menunjukkan muka yang tegang, garang, tiada senyum, marah selalu.. Kita perlu jaga diri dari perkara ini.. kerana aura diri kita jatuh jika kita tegang dan tidak stabil..

___________________ 

Apakah yang boleh menghilangkan stress?

Apa sahaja yang boleh menggembirakan kita..
Melihat muka ibu dan ayah adalah menggembirakan kita... ia mereleasekan ketegangan kita..
Dan ia juga memberi kita pahala..
Lihatlah muka ayah ibu kita selalu..
Ingatkan sumbangan mereka pada kita..
Kita akan tenang.. apatah lagi jika ibu bapa selalu mendoakan kesejahteraan kita..





Ini ayah saya yang baik.. Saya balik kampung menemani ayah saya buat pembedahan cataract Kesian ayah saya.. Semoga sihat cepat mata ayah dan semoga ALlah berikan kesejahteraan yang baik untuk ayah saya.... Sebelahnya gambar Ma saya.. dan adik adik saya yang sama2 tunggu operate mata Ayah...





Main game sesekali boleh hilangkan stress.. Tapi jangan keterlaluan main game.. dan jangan pulak ketagih main game..
{ini gambar anak sedara saya, Ulya dan Umairah kat hospital masa tunggu Tok Ayah operate..

_______________ 

Melihat alam ciptaan Allah..
Ia juga melegakan stress.. Pergilah melihat alam ini, dan jangan lupa mengaitkan dengan betapa hebatnya pencipta yang maha Agung..


Wahhhh... apa saya buat tu?hehe... Saya pun tak tahu benda apa? Tapi ia di Sri Lanka, tempatnya tinggi, sejuk dan saya berimagine saya masukkan tangan saya ke dalam awan...:-)
Subhanallah..

Ahad, 27 Januari 2013

Rindu...



Saya rindukan Melbourne.. rindu sangat-sangat...
Setiap kali saya ke kedai, ke Supermarket, Giant, Tesco, Jaya Jusco dan lain-lain yang berhubung dengan cashier atau pegawai di caounter, bila mereka masam, tidak friendly, tiada bahawa manis meraikan kita sebagai orang yang dilayan.. ingatan saya terus ke Melbourne... saya rindukan Melbourne...

Nilai peramah dan meraikan pelanggan membuatkan saya melihat, seperti kata-kata ulama silam, (lebih kurang bermksud):
 "Aku melihat Islam di Barat...
aku tidak melihat Islam di Timur.. 
Islam terhijab kerana penganutnya..."
Saya rindukan Melbourne..

Nilai peramah, pembersih, selamat dan terjaga adalah nilai Islam.. tapi nilai itu banyak berada di sana, sedangkan kita yang Islam, nilai Islam kurang kita gengami.. Alangkah sedihnya...
Saya rindukan Melbourne..


Duhai Melbourne..
rindu sungguh saya kepada mu... 



Ini tesis saya... saya masih menunggu result dari examiners.. Semoga Allah izinkan saya berjaya dengan baik.. ameen

Ini kad saya... kenangan terindah yang ada dalam hidup saya..
Valid until 29 Feb 2012. Tapi saya dapat extend until 30 November 2012 tapi tak diubah di kad tersebut..

Pengajaran dari Sri Lanka

Sri Lanka..

Saya tidak pernah sampai ke Sri Lanka..Ini adalah kali pertama saya ke sana..
Perjalanan saya ini bersama empat rakan yang lain memberi beberapa pengajaran pada saya..

Sri Lankan food penuh dengan rempah seperti makanan orang India. Saya sampai, dan start makan nasi mereka, saya diserang cirit birit yang sangat teruk.. selama 3 hari yang pertama. Setiap jam saya ke tandas. Perut saya sangat sakit, memulas-mulas, cirit cirit.. aduhhh Allah saja yang tahu. Tetapi cikgu2 dan tuan rumah ASEI sangat baik.. mereka berikan saya madu, teh pekat dan macam2. Tapi perut saya masih tak baik. Saya tak sesuai agaknya masakan mereka..

Saya kena bagi talk hari kedua (20 Dis)  jam 9 pagi. Perut saya masih sakit ketika itu. Saya berdoa agar ALlah mudahkan urusan saya.. Sebelum saya ke dewan, saya ke tandas dahulu. Perut saya masih sakit. Semua makanan tak dapat saya makan betul2.. masa bagi talk, perut saya memulas2 lagi. Saya bertahan sambil dalam hati berdoa semoga ALlah izinkanlah saya habiskan talk yang diamanahkan kepada saya.Alhamdulillah, habis saja ucap salam, terus saya minta izin nak keluar dan mintak Asmak ganti saya ke depan untuk sesi soal jawab.. Saya lari ke tandas lagi.. Subhanallah.. Selepas seketika, saya balik ke dewan, Asmak masih lagi sedang menjawab beberapa soalan.. Dan saya sambung balik sampailah masa rehat lunch.. Alhamdulillah dan subhanallah..

Guru2 dan pelajar ASEI sangat baik dan menyediakan makanan yang sungguh sedap. Saya terharu melihat kesungguhan mereka melayan kami semua. Makanan di bawa ke tempat kami duduk, dan berjenis2 lauk. Memang sedap (jika perut tak sakit..:-) tapi sebab perut saya kurang ceria, maka saya hanya lihat saja rakan2 makan.. :-)

Sri Lanka adalah bandar di mana Budha adalah agama majoriti. Walaupun orangnya macam orang India, dan bercakap bahasa Tamil tapi mereka yang saya lihat hampir semuanya bercakap lembut, intonasi lembut, suaranya tak diangkat kuat macam orang India (yang saya lihat dalam cerita Tamil terutamanya..). Orang lelaki yang tolong drive kami ke airport, dan bawa kami ke hotel dari ASEI bercakap penuh hormat dan slow bunyinya.. Subhanallah.. Dan mereka juga pembersih. Tandas2 awam di Sri Lanka tempat kami singgah hampir semuanya bersih dan ada tisu. Di tengah jalan nak ke Nelli Elia bersih, tandas di Botanical Garden mereka juga bersih.. Tapi tandas di restoran tak bersih pulak.. hehe.. Tandas di asrama ASEI jangan cakaplah..  sangat bersih dan terjaga. Pelajar2 mereka juga sangat tertib, kasut tersusun rapi depan pintu, walaupun 100 pasang kasut, semuanya tersusun. Tandas di asrama bersih, tandas di Bangunan library juga sangat bersih.. Subhanallah..

Di Colombo semasa hari nak balik ke airport 24 Dis 12, jalannya sangat jam, penuh dengan kereta2 dan trafficnya  hampir sama macam di Mekah, di Mesir dan di Indonesia (Saya tak pernah ke Mesir tapi kata Kak Pah yang sama2 ke sini bagitau camtu ler keadaannya). Seolah2 takda undang2, sapa cepat, dia masuk dulu dalam round about. Polis traffic ada berdiri tepi jalan, tapi setakat berdiri saja, kereta simpang siur, main masuk round about ikut suka, dan driver2nya sangat kerap menggunakan hon. Hon hon hon sepanjang jalan. Kereta nak masuk ke kanan atau keluar dari simpang main keluar masuk terus, macam tak pandang mana2.. Saya kecut perut tengok.. rasa macam nak accident  manjang.. tapi miraclenya, takda pulak accident.. Subhanallah...

Opss.. hari ke empat dan sampai balik, peut saya dah baik. Alhamdulillah.. Akhirnya saya dapat juga makan sepuas2nya makanan yang dihidang, sebab bila perut saya dah tak sakit, barulah nikmat rasa makanan yang dimamah dan ditelan.. Maknanya hari keempat, barulah perut saya immune dengan rempah ratus, dan juga immune dengan air minum mereka.. maklumlah di Malaysia, airnya air tapis dan air mineral saja yang saya minum, di Sri Lanka, saya mendapat pengajaran yang besar iaitu,  betapa perut yang manja, sukar untuk hidup.. Tapi akhirnya perut saya immune juga akhirnya.. Subhanallah...

Program berjalan dengan penuh kebaikan, lancar dan sungguh bermakna. Pelajar2 ASEI mengajar saya banyak perkara, terutama tertib dalam bercakap.. Mereka bercakap penuh lembut dan setiap akhir ayat disebut Mam..contohnya, "How are you Mam.. Please have a seat Mam.. I hope you can eat our food Mam.. have a nice day Mam... We enjoy your talk Mam... You have openned our mind Mam..." Mereka sangat tertib.. Saya rasa malu pada diri saya sendiri.

Semoga ALlah berikan kebaikan kepada mereka semua..
Dan semoga ALlah berikan pahala yang baik juga kepada kami juga.. ameen..
 Malam tersebut, mereka membuat kejutan dengan meminta kita orang membuat persembahan..Saya yang dhaif dan tak berapa reti art ni ikut saja ler.. hehehe.. Gambar atas, Kak Siti menjadi solo kami menyanyikan lagu insya ALlah Maher Zain... Saya kat tepi tu takat nyanyi Insya Allah.. insya Allah... :-) itu yang saya hapal..:-)


 Ini saat akhir semasa nak tinggalkan ASEI. Jika ada rezeki Allah, kami akan sampai  ke sana lagi...bi iznillah..

Inilah kami berlima, ditemani oleh dua sisters Sri Lanka.. ke Bottanical Garden mereka dan ke Supermarket sekejap, mencari baju sari..:-) Rombongan kami adalah PM Sharifah Zahrah, Dr Siti Khadijah, Ustz Asmak Husin (celebrity Tanyalah Ustazah dalam TV9 :-)) dan juga sicomel baby face Mardhiyah Sahri..




Ahad, 30 Disember 2012

Sri Lanka











Dunia academia

Ahli akademik..

Bca artikel Prof ni membuatkan saya terduduk, termenung, dan terfikir tentang wahhh macam-macam boleh terjadi dalam dunia akademi..Saya rasa takut bila baca artikel ni..
Saya berdoa semoga saya termasuk dalam orang-orang yang jujur, menjadi penulis bersama yang memang berkongsi  membuat penulisan yang ada..
Semoga kita semua menjadi ahli ilmu yang baik, jujur dan beramanah kepada ilmu.. insya allah..

wallahu a'lam
__________________


ARKIB : 16/11/2011

Integriti dalam dunia akademik

LUMRAHNYA golongan akademik adalah komuniti yang dianggap kudus, berintegriti, berakhlak tinggi, serta boleh dipercayai dari segi menjana dan mengukuhkan khazanah ilmu. Hanya akhir-akhir ini komuniti tersebut telah dicemari dengan unsur-unsur negatif yang berpunca daripada pelbagai faktor, sama ada kerana permainan ranking atau faktor-faktor lain, sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja 'kecurangan akademik' demi mengejar pangkat dan kedudukan.
Istilah 'kecurangan' atau 'jenayah akademik' merujuk kepada perilaku segelintir pensyarah universiti yang melanggar etika dan amalan baik profesion perguruan tinggi melalui penyelewengan kuasa atau membuat dakwaan palsu.
Jenayah akademik dapat dibahagikan kepada tiga jenis: pertama, pembohongan dalam penulisan biodata; kedua, penipuan dalam penerbitan; ketiga, salah laku dalam tugas pengajaran, penyeliaan dan penyelidikan.

Biodata yang sangat hebat
Etika asas penulisan Curriculum vitae (CV) ialah kejujuran dan keikhlasan, tetapi penyelewengan maklumat di dalamnya sering berlaku dengan memasukkan apa yang disebut dalam bahasa Inggeris half truth.
Maklumat yang dimuatkan kadang-kadang tidak tepat dan boleh mengelirukan. Satu contoh klasik ialah bagaimana seorang pensyarah membuat dakwaan palsu bahawa beliau pernah menjadi penyelia Phd di sebuah universiti terkenal di England.
Pensyarah berkenaan kebetulan menjadi pelawat selama enam bulan di universiti tersebut. Dalam tempoh tersebut beliau telah dikunjungi oleh seorang pelajar Phd yang ingin mendapatkan pandangannya.
Apabila pensyarah itu pulang ke tanah air beliau telah mengemaskini CVnya dengan memasukkan maklumat bahawa beliau telah dilantik sebagai penyelia Phd di universiti tersebut. Sungguh hebat!
Pengakuan "separuh benar" itu sangat menarik. Pertama, beliau berbuat demikian kerana terdesak. Permohonan menjadi profesor menghendaki seseorang itu menjadi penyelia Phd terlebih dahulu. Maka dirangkumnya pelajar di England itu sebagai calon Phd di bawah seliaannya.
Kedua, nak dipanjangkan cerita, siasatan telah dibuat oleh pihak dekan. Terbukti berlakunya pembohongan terang-terangan dalam CV berkenaan. Bahkan calon Phd yang dikatakan diselianya itu telah membuat pengakuan bertulis menafikan bahawa pensyarah itu adalah penyelianya.

Penulisan dalam percetakan

Satu contoh lagi ialah bagaimana seorang pensyarah dilantik menjadi profesor kerana dalam CVnya terdapat tajuk buku yang sangat berwibawa. Sewaktu ditemuduga beliau telah menunjukkan kulit buku yang kononnya masih dalam percetakan.
Namun demikian, bukunya itu tak keluar-keluar setelah sekian lama. Maka terkenallah profesor itu di kalangan rakan seangkatannya sebagai "profesor kulit buku," Yang lain memanggilnya unbooked profesor.
Selain buku, makalah dalam percetakan juga tidak terkecuali daripada disenaraikan dalam CV sebagai usaha untuk menunjukkan jumlah penerbitan. Petua umumnya ialah kita jangan mudah percaya dengan bahan yang masih dalam percetakan.
Taktik lain adalah mengumpul beberapa kertas kerja yang diformat semula dan dijilid seolah-olah seperti buku, lalu dipersembahkan sebagai karya akademik bertaraf buku.
Dalam amalan akademik, kertas kerja yang dikumpul dan dijilid dipanggil prosiding. Untuk menjadikannya buku tidak salah, tetapi prosesnya memerlukan penyuntingan dan penilaian yang ketat oleh pakar bidang. Kalau kertas kerja itu dijilid mentah-mentah tanpa suntingan rapi sebaik sahaja berlangsungnya seminar, maka integriti orang yang menjadi penyunting 'buku' itu boleh dipersoalkan.

Bayi tunggal bidan sepuluh
Kita pernah mendengar fenomena pembonceng gratis dalam bentuk penulis bersama. Amalan ini bukan perkara baru dalam dunia akademik, tetapi akhir-akhir ini kita sering melihat karya akademik yang mempunyai terlalu ramai penulis bersama, ada yang sampai sepuluh orang. Setelah diteliti ternyata bukan semua sepuluh orang itu pakar dalam bidang berkenaan, tetapi nama-nama mereka dimasukkan dengan tujuan menambahkan jumlah penerbitan setiap orang.
Fenomena yang seakan-akan sama juga berlaku dalam penulisan kertas kerja bergabung. Kertas kerja yang dimaksudkan itu adalah hasil kerja berpasukan tetapi pembahagian tugasnya sangat menarik. Salah seorang akan menjadi penulis. Seorang lagi akan menaja perbelanjaan ke luar negara untuk menghadiri seminar. Mungkin ada seorang lagi yang akan menjadi pembentang kertas kerja tersebut. Setelah pulang, ketiga-tiga orang itu akan menyenaraikan dalam CV masing-masing satu lagi kertas kerja antarabangsa.

Menciplak tugasan pelajar
Demi memperbanyakkan jumlah penerbitan ada pensyarah yang menciplak tugasan pelajar terutama sekali hasil kerja pelajar sarjana dan Phd. Tugasan pelajar diedit semula dan diterbitkan dalam bentuk artikel tanpa sebarang pengiktirafan kepada pelajar berkenaan.
Bukan setakat itu, ada pensyarah yang mengguna keringat dan titik peluh pelajar untuk menjalankan penyelidikan peribadi mereka dengan alasan bahawa itu adalah sebahagian daripada kerja kursus pelajar. Hasil penyelidikan itu digunakan oleh pensyarah berkenaan sebagai penerbitan asalnya, sementara pelajar berputih mata kerana langsung tidak diberikan sebarang ganjaran ataupun pengiktirafan.
Kewajaran yang digunakan oleh golongan ini ialah sebagai penyelia, mereka berhak ke atas hasil kerja pelajar kerana merekalah yang mengeluarkan idea asal dan bimbingan - satu lagi bentuk pentakrifan semula etika akademik yang mungkin tidak akan berlaku di Barat.
Sibuk dengan penyelidikan
Penyelidikan merupakan salah satu kriteria yang diambil kira dalam kenaikan pangkat. Jenayah akademik yang melibatkan penyelidikan berlaku dalam pelbagai bentuk, antaranya pengurusan dana yang penuh dengan penipuan, sama ada dalam bentuk tuntutan perjalanan, perbelanjaan runcit, pembayaran kepada pembantu penyelidik 'hantu' serta penggunaan keringat pelajar secara percuma.
Selain itu terdapat mereka yang menjalankan kerja-kerja perundingan secara diam-diam tanpa memaklumkan kepada universiti tetapi mereka ini rakus pula menggunakan kemudahan universiti dan tenaga kakitangan sokongan pada waktu pejabat dengan dakwaan itu adalah tugas rasmi.
Pensyarah golongan ini biasanya banyak membatalkan kuliah dan tutorial atau mengajar tidak cukup jam. Ada pula yang menyuruh 'keldai akademik' melakukan kerja-kerja pengajaran bagi pihaknya. Keldai tersebut terdiri daripada pensyarah muda yang menaruh harapan kepada pensyarah kanan dan yang berpengaruh itu.

Tiba-tiba bergelar Dr.
Pada zaman dahulu peluang untuk mendapatkan Phd adalah sangat sukar kerana prosedur penilaian yang sangat ketat. Apa yang berlaku sekarang ialah ramai orang yang mendapat Phd dengan begitu mudah, terutama sekali di kalangan ahli perniagaan dan ahli politik. Hampir tidak percaya -- bila masa pula mereka ini mengikuti pengajian di peringkat Phd?
Ada beberapa kelompongan yang terdapat dalam proses mendapatkan gelaran Dr. Kalau di luar negara ada Phd yang 'boleh dibeli' terutama sekali daripada universiti yang integritinya diragui, di Malaysia caranya agak berlainan.
Proses asas memperolehi Phd melibatkan tiga tahap; penyelidikan, penulisan dan penilaian. Nampaknya akhir-akhir ini ada beberapa kes di mana tahap pertama dan kedua itu boleh 'diswastakan' mengikut kadar bayaran yang boleh dirunding. Maka muncullah penyelidik upahan dan penulis hantu - satu industri hiliran baru dalam dunia akademik.
Penilaian tesis Phd di universiti luar negara biasanya melalui proses yang sangat ketat dengan pemeriksa yang dilantik secara objektif mengikut bidang kepakaran masing-masing. Bahkan penyelia tidak boleh campur tangan dalam pelantikan tersebut.

Di Malaysia siapa yang akan menjadi penilai 'bisa diatur' dengan pemeriksanya merangkumi daripada kalangan kawan-kawan baik penyelia tesis. Yang menariknya ialah apabila kawan-kawannya itu mempunyai pelajar Phd yang hendak dinilai, maka penyelia ini akan dilantik pula sebagai pemeriksa. Maka wujudlah lingkaran 'hutang budi' yang sangat merbahaya.
Perkembangan akademik yang tidak sihat ini sedikit sebanyak merosakkan persepsi dunia luar terhadap integriti akademik Malaysia. Biarpun seseorang itu mempunyai CV yang sangat impresif, namun dunia di luar sana sudah lama mengetahui tentang permainan kotor segelintir golongan akademik di negara ini.

Seseorang mungkin bergelar Dr. atau profesor, tetapi kalau proses perolehannya diragui maka tak akan ke mana komuniti akademik kita di persada antarabangsa.
Yang menariknya jenayah akademik bukanlah jenayah yang boleh dikenakan tindakan mengikut hukum kanun negara. Maka berleluasalah pelanggaran etika akademik dalam pelbagai bentuk dewasa ini.
Prof. Dr. Mohamed Yusoff Ismail Fakulti Sains Sosial Gunaan Universiti Terbuka Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm#.UN1sbuaTXHN.facebook#ixzz2GSmGvvuz
© Utusan Melayu (M) Bhd