Saya berusaha untuk menulis dalam Berita Harian, berkongsi rasa dan sedikit ilmu yang Allah berikan. Terima kasih pada ALlah di atas rezekiNya yang sangat saya syukuri. Terima kasih juga kepada kawan saya yang merecommend saya dengan kata-kata yang baik kepada pihak Berita Harian... Alhamdulillah...
Saya plan dan berhasrat untuk mengenengahkan isu kanak-kanak, kekeluargaan,undang-undang dan pendidikan dalam artikel yang akan keluar setiap hari Khamis di Berita Harian Ruangan Agama. Semoga ada manfaat.. ameen
Khamis Pertama 9 Jan 2014
Bersama
mendidik kanak-kanak dengan pendekatan lembut dan kasih sayang
Oleh:
Prof Madya Dr Nurhidayah Hashim
Sepanjang tahun 2013 ini, banyak laporan
akhbar menyentuh mengenai pendekatan keras segelintir guru yang dilakukan ke
atas anak didik mereka, sama ada di sekolah rendah, menengah, agama,
termasuklah juga sekolah pondok tahfiz. Antaranya murid tahun dua didakwa
ditampar sehingga pekak, murid tahun satu ditendang guru matematik, pelajar
sekolah agama ditendang guru, dibaling kunci
oleh guru dan sebagainya. Antara ‘kesalahan’ mereka adalah tidak
menyiapkan kerja rumah, tidak menghafal
sifir, tidak datang sekolah, datang lambat ke sekolah, berbuat bising dalam
kelas, tidak menghafal ayat al-Quran,
tidak fokus kepada penerangan guru dalam kelas dan bergaduh dengan
rakan-rakan.
Dari satu segi, pendekatan keras yang
diberikan kepada murid bertujuan supaya menjadi pengajaran, menyedarkan murid tentang kesilapan mereka,
dan membuatkan mereka berubah sikap kepada lebih baik. Apabila ditampar, atau
dihukum berdiri atas kerusi kerana tidak membuat kerja rumah, diharapkan mereka
akan menjadi rajin menyiapkan kerja
rumah. Dengan ditarik telinga kerana bising, diharapkan murid akan diam dan
berubah sikap menjadi taat dan memberi tumpuan dalam kelas.
Namun, daripada sudut lain, pendekatan
sebegini menimbulkan banyak persoalan lain dan kesan sebaliknya. Apakah
‘kesalahan’ tidak membuat kerja rumah, datang lambat, tertinggal buku wajar
dihukum sebegitu? Apatah lagi yang melakukannya adalah budak kecil darjah satu
atau tiga? Apakah dengan pendekatan kasar begitu dapat mengubah sikap kanak-kanak menjadi prihatin, berminat mencari ilmu, membuat
kerja rumah kerana cintakan ilmu dan tidak akan cuai menyelesaikan latihan yang
diberikan? Atau ia sebenarnya membina rasa tidak yakin diri dalam diri
kanak-kanak, membina rasa takut kepada
guru, dan tidak suka kepada subjek yang dipelajari dan kepada sekolah itu
sendiri?
Mungkin pendekatan keras ini berguna dalam keadaan tertentu, tapi hakikatnya ia tidaklah tepat dalam semua perkara. Apatah lagi kepada kanak-kanak kecil di sekolah rendah. Ia juga tidak selari dengan pendekatan pendidikan umum yang Nabi tunjukkan. Pendekatan Nabi adalah indah, cantik, lembut, bertimbang rasa, memuji, mengajar dengan perlahan, sedikit demi sedikit, tidak mendesak sehingga memaksa seseorang memahami sesuatu sebelum masanya, menanam rasa cinta kepada ilmu, kurang mengherdik dan banyak memuji. Pendekatan keras hanya datang sebagai alternatif terakhir kepada kesalahan yang berat yang melayakkan hukuman sebegitu, apabila keadaan sangat memerlukan.
Ini dapat dilihat contohnya dalam hadith,
“Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh
tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh
tahun…” (Riwayat Abu Daud). Sebelum sampai kepada umur tujuh tahun lagi, ibu
bapa sebenarnya sudah diminta menunjuk ajar, memujuk, mengajak anak mereka
mengerjakan solat bersama dan memuji apabila mereka melakukannya dengan baik.
Apabila mereka dididik dengan lembut dengan ajakan membina, diberi galakan dan
pujian dari kecil sehingga berumur tujuh tahun, mereka akan berada dalam
situasi di mana mengerjakan solat adalah sebahagian dari cara hidup
mereka. Apabila sudah sebati dalam diri
mereka rasa cinta melakukan solat kerana faham kenapa dan apa yang mereka
perolehi melalui solat, maka pendekatan keras seperti tengkingan dan pukulan
tidak perlu digunakan.
Sekiranya selepas berumur 10 tahun, mereka meninggalkan solat dengan sengaja, atau enggan mengerjakan solat selepas dididik, maka barulah rotan hadir sebagai alat terakhir dalam mendidik. Itupun bukan untuk mencederakan tetapi memberi pengajaran. Ia juga menunjukkan bahawa ‘menghukum’ kanak-kanak dengan rotan, atau pukulan hanyalah kepada kesalahan yang dianggap ‘berat’ sewajarnya dan tidak dilakukan kepada kanak-kanak kecil sebelum umur 10 tahun. Bahkan pukulan tidak boleh dibuat di tempat yang sensitif seperti muka. Ia sekaligus menegur bahawa guru yang menampar anak murid adalah bercanggah dengan sunnah secara total.

Contoh pendekatan lembut Nabi turut
ditunjukkan apabila cucu Baginda memakan buah kurma yang diserahkan kepada Nabi
sebagai hasil zakat. Rasulullah tidak menggunakan kekerasan tetapi mengambil
balik kurma dari dalam mulut cucu Baginda dan menyebut dengan lembut; “Tidakkah
kamu tahu bahawa kita tidak boleh memakan barang zakat?” (Riwayat Bukhari
Muslim). Nabi turut menjelaskan kenapa ia dilarang secara ringkas untuk cucunya
yang masih kecil tersebut. Nabi tidak memukul cucunya atas kesalahan tersebut.
Ini menunjukkan ‘kasih sayang’ adalah asas kepada tugasan sebagai guru dan
membetulkan kesilapan anak murid juga hendaklah dilakukan dengan kasih sayang.
Jika sesuatu larangan dikenakan kepada mereka, ia juga perlu diberi rationalnya supaya larangan bukan semborono tanpa alasan. Rasional larangan wajar diberitahu mengikut tahap kemampuan berfikir kanak-kanak.

Ketika menyebut mengenai pendekatan keras
suami dalam melayani dan mendidik isteri dan anak-anak, Nabi menyebut,
“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik dengan keluarganya. Dan aku adalah
seorang yang paling baik dengan keluargaku” (Riwayat al-Tirmizi). Nasihat Nabi
ini menunjukkan bahawa pendekatan berlembut, positif dan membina adalah
pendekatan pilihan, dan pendekatan keras adalah alternatif terakhir sekiranya
keadaan sangat memerlukan.
Sekiranya dengan ahli keluarga kita diminta bercakap dengan lembut, mendekati dan membetulkan mereka dengan pendekatan berhikmah, positif dan kasih sayang, maka begitulah juga dengan orang lain, termasuklah murid yang berada di bawah tanggungjawab kita untuk mendidik mereka.

Ilmu yang ingin diajar kepada murid-murid
juga seumpama barang berharga yang ingin ditawarkan kepada mereka. Bagaimana
mungkin pengguna suka menerima sesuatu jika ditawarkan dengan kasar, penuh
kemarahan dan tiada kasih sayang. Atas dasar itu, ia boleh dikaitkan dengan
nasihat Allah yang menyuruh kita menawarkan dakwah kepada orang ramai dengan
hikmah dan perbincangan yang baik (al-Nahl:125).
Apatah lagi, kita perlu menerima hakikat bahawa zaman kita sebelum ini adalah berbeza dengan zaman kanak-kanak hari ini. Cabaran yang kanak-kanak lalui hari ini, dengan konsep dunia terbuka, media sosial dan cara hidup berbeza memerlukan guru-guru mencari pendekatan pendidikan yang jauh lebih baik dari sebelum ini.

Apabila cabaran dunia berubah, kemampuan menggali ilmu sudah berbeza dan ujian yang mereka lalui dalam hidup sangat kompleks, maka proses dan pendekatan pendidikan juga perlu mengambil maklum dan dibuat penambahbaikan sentiasa. Seperti kata-kata Umar al-Khattab yang antara lain bermaksud, “Ajarilah anak-anak kamu dengan urusan di zaman mereka, kerana mereka akan hidup di suatu zaman yang bukan lagi zaman kamu.”
Justeru, wajarlah pendekatan pendidikan para guru ditambah baik. Mengambil tindakan memperelokkan apa-apa yang menjadi amalan kehidupan turut digalakkan oleh agama yang menyuruh kita berusaha ke arah menjadi lebih baik hari demi hari.