Alhamdulillah, artikel mengenai Hak Kanak-kanak dan saya kaitkan dengan apa yang berlaku dalam kes di Sweden yang saya tulis telah diterbitkan pada hari ini. Perkataan Bahasa Inggeris telah diterjemahkan ke BM oleh Editor terlibat. Berita Harian 23 Januari 2014 (Khamis-Ruangan Agama page 32). Semoga ada manfaat.. ameen
Kisah Pasangan di Sweden dan isu hak
kanak-kanak.
Masyarakat kita dikejutkan dengan
kes sepasang suami isteri warga Malaysia ditahan reman di Sweden kerana memukul
anak mereka atas alasan tidak mengerjakan sembahyang. Dikatakan anak tersebut
menceritakan kepada gurunya, kemudiannya membuat laporan kepada pihak berwajib.
Tindakan undang-undang sangat tegas di sana menyebabkan ibu bapa ditahan dan anak-anak diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat. Pihak Kementerian Luar Negara turut campur tangan dalam kes ini. Kita semua menunggu dengan debar dan doa bagaimana kes ini akan berakhir kelak.
Tindakan undang-undang sangat tegas di sana menyebabkan ibu bapa ditahan dan anak-anak diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat. Pihak Kementerian Luar Negara turut campur tangan dalam kes ini. Kita semua menunggu dengan debar dan doa bagaimana kes ini akan berakhir kelak.
Dari satu sudut, kes ini telah
membuka mata banyak pihak mengenai isu hak kanak-kanak. Apakah dasar yang
menjadi pegangan negara-negara maju seperti Sweden, Australia dan lain-lain
sehingga banyak pendekatan sistem mereka berbeza dengan beberapa negara lain,
terutama dengan negara sedang membangun.
Apa yang wujud hari ini sudah
pasti bermula dari zaman sebelumnya. Apakah kanak-kanak ada hak, dan jika ada,
apakah hak mereka mula dibincangkan di kalangan sarjana barat beberapa kurun
terdahulu. Terdapat dua aliran pendapat bertentangan. Pihak pertama mengatakan
kanak-kanak tidak mempunyai sebarang hak. Mereka tidak berkemampuan membuat
pilihan dan melaksanakan hak.
Mereka dianggap hak milik mutlak ibu bapa atau penjaga, boleh diperlakukan mengikut sekehendak ibu bapa dan penjaga, termasuklah dipukul, dikurung, disuruh bekerja mencari rezeki dan sebagainya. Oleh kerana kanak-kanak dianggap tidak mempunyai sebarang hak, maka mereka tidak boleh berbuat apa-apa untuk membantah.
Mereka dianggap hak milik mutlak ibu bapa atau penjaga, boleh diperlakukan mengikut sekehendak ibu bapa dan penjaga, termasuklah dipukul, dikurung, disuruh bekerja mencari rezeki dan sebagainya. Oleh kerana kanak-kanak dianggap tidak mempunyai sebarang hak, maka mereka tidak boleh berbuat apa-apa untuk membantah.
Manakala pendapat kedua
mengatakan kanak-kanak mempunyai hak seperti mana orang dewasa. Mereka mesti
dilayan seperti orang dewasa yang berhak melakukan apa yang mereka ingini dalam
hidup. Tidak boleh dipaksa melakukan perkara yang mereka tidak sukai, tidak
boleh dipukul seperti hamba, tidak boleh didera, dan kebajikan mereka dalam
hidup mesti dijaga oleh semua pihak.
Usaha menjaga hak kanak-kanak bergerak
lebih serius pada awal kurun 20an. Pada tahun 1924, lahir Declaration of
Geneva yang menyebut bahawa semua lelaki dan wanita bertanggungjawab
memberi yang terbaik kepada kanak-kanak, antaranya mereka mesti dipelihara dan dijaga
keperluan mereka untuk membangun dari segi material dan spiritual.
Usaha
lebih serius diteruskan pada tahun 1959 apabila Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)
menerima Declaration on the Rights of the Child 1959 yang meletakkan 10
prinsip dalam mengiktiraf hak kanak-kanak. Ini termasuklah hak mendapat jagaan
yang baik, hak menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak (childhood) yang sesuai
dan gembira, mendapat perlindungan yang baik sehingga semua unsur fizikal,
mental, moral, rohani dan sosial mereka dapat terbangun dengan baik.
Jane Fortin dalam bukunya Children's
Rights and the Developing Law (2009) menyatakan usaha bersungguh-sungguh
telah diteruskan lagi diawal tahun 1970an untuk mendesak negara-negara bagi
menjaga kebajikan kanak-kanak dalam negara masing-masing. Pada ketika itu
banyak isu melibatkan pencabulan hak kanak-kanak diketengahkan, termasuklah
kebajikan kanak-kanak tanpa ibu bapa yang menjadi mangsa perang, kanak-kanak
dipaksa menjadi buruh dan dibayar gaji sangat sedikit, dan juga isu
hukuman ‘keras’ terhadap kanak-kanak seperti dirotan di khalayak ramai, didera
dan sebagainya sama ada oleh ibu bapa atau pun pihak sekolah.
Usaha tersebut dianggap mencapai
kejayaan dengan lahirnya United Nations Convention on the Rights of the
Child (UNCRC) pada tahun 1989 yang diangkat sebagai dokumen antarabangsa
yang mempunyai nilai perundangan dalam menjaga hak kanak-kanak. UNCRC
ditandangani oleh paling banyak negara dunia, termasuklah negara kita Malaysia
(dengan beberapa reservasi terhadap beberapa peruntukan yang dianggap berlawanan
dengan Syariah).
UNCRC inilah yang menjadi penggerak
kepada perubahan di banyak negara maju dalam menangani isu kanak-kanak. Prinsip
besar adalah Perkara 3 yang memperuntukkan bahawa negara, bukan sahaja mesti
melindungi kanak-kanak dalam memastikan hak mereka untuk menjalani kehidupan
terjaga, tetapi mesti mengambil apa sahaja tindakan untuk memastikan kebajikan
kanak-kanak terbela dalam semua keadaan. Ia menyebut, “Dalam semua keadaan yang
melibatkan kanak-kanak, sama ada diambil di bawah institusi kebajikan kerajaan,
swasta, mahkamah, jabatan pentadbiran; kebajikan kanak-kanak adalah perkara
asas yang mesti dipertimbangkan ( the best interest of the child shall be a
primary concern.)
Istilah ‘for the best
interests of the child’ ini menjadi dasar pula kepada wujudnya beberapa
undang-undang dan polisi yang melindungi kebajikan kanak-kanak . Ini
termasuklah tidak membenarkan kanak-kanak dirotan dan didera oleh pihak
keluarga dan juga sekolah, tidak boleh dipaksa bekerja mencari rezeki, tidak
boleh dibiarkan berada dalam keadaan merbahaya, dianiaya dan tertekan.
Pelakunya dianggap melakukan kesalahan jenayah dan berhak dihukum.
Kanak-kanak berhak untuk melalui
zaman kanak-kanak yang aktif dan ceria, diberi hak bermain, menerima nafkah dan
menerima pendidikan. Kebajikan kanak-kanak mesti menjadi dasar bagi kerajaan
dan semua pihak dalam memutuskan sesuatu tindakan yang melibatkan mereka.
Apabila didapati ada kanak-kanak berada dalam bahaya, atau dalam lingkungan ibu
bapa pendera, dan mereka teraniaya kerana tidak dapat menyelamatkan diri
sendiri, maka kerajaan mempunyai tanggungjawab menyelamatkan kanak-tersebut.
Mereka yang mengetahui wujudnya penderaan atau salah laku terhadap kanak-kanak
juga wajib melaporkan kepada pihak berwajib demi kebajikan kanak-kanak yang
terlibat.
Sebahagian ilmuan barat khuatir
dengan istilah ini kerana ia terlalu besar maknanya dan boleh terbuka kepada
pelbagai pendekatan dan salah tanggap. ‘For
the best interest of the child’ sangat sukar dinilai kerana tiada kayu ukur
untuknya dan mempunyai lompong besar yang terbuka kepada nilaian berbeza
mengikut negara. Inilah yang terjadi
dalam undang-undang yang melibatkan pasangan tersebut di Sweden.
