Isnin, 13 April 2009

Talk

7 & 8 April- Tuesday and Wednesday

Dua hari ini saya hadiri talk Christianity & Islam and another one bertajuk Is Jesus is a God or a Man? Kedua-dua program dianjurkan oleh Christian Union and tajuk dibentangkan oleh Sam, seorang Christian dari Tasmania. Profram ini diadakan berkala, selanya setiap 2 bulan sekali atau se semester sekali. Kali ini adalah kali pertama saya datang untuk melihat keadaan dan apakah ada ruang untuk mencelah.

Dalam kedua-dua talk, banyak soalan diajukan oleh pihak Islam dari Nigeria, Turki dll menggunakan pendekatan membantah dan attacking. Nampak keadaan tidaklah tegang tetapi nampak juga Sam kadang-kadang gagap siket masa menjawabnya. Saya cuma menambah dalam talk tersebut bahawa, banyak lagi things to discuss tapi mestilah adil dalam perbincangan. Saya sarankan supaya pihak Christian Union dapat anjurkan satu forum di mana speakers adalah from both sides. Apabila soalan ditanya, pihak Muslim akan menerangkan dari perspective Islam dan dia buleh jawab bagi pihak Christian. Saya sebenarnya kurang bersetuju jika kita guna attacking approuch tapi apabila kita tengok secara sekali lalu, itulah yang berlaku.. Sememangnya perbincangan agama adalah bersifat sensitif, personal dan sangat terlibat dengan emosi dan jati diri. Apabila ayat digunakan oleh speaker tidak kena dengan ajaran Islam, kita akan rasa tercabar, terbangun dan emosi turut naik sekali. Itulah yang paling sukar untuk diperhalusi.. Saya juga sedang belajar perkara ini..

______________

AIIC di Melbourne Uni 12 April 2009

Semalam, saya dengan Umi Salwa dengan ditemani scholar muda iaitu Aisyah telah naik bas jam 8 pagi ke Melb Uni menghadiri Annual Austalian Islamic Conference Program (AIIC) anjuran MERCY MISSION yang diadakan 3 hari iaitu 10-12 April. Saya rasa sangat rugi kerana tidak dapat menghadiri keseluruhan seminar ini. Tapi apa nak buat...






Kami sampai di Melb Uni dan terus menuju ke Econs Department tempat diadakan Seminar tersebut. Hari ini Dr Zachariah Matthews berceramah. Saya suka mendengar syarahannya yang kemudian diikuti dengan workshop Soft Heart, Strong Mind.. Kami mendengar perbincangan dengan penuh minat.

Habis workshop, kami bertiga turun ke depan dewan dan saya berjumpa dengan Dr Matthews bertanyakan sesuatu. Saya bertanyakan pendapatnya dalam perbincangan inter faith.. apakah pendapatnya sama ada dia setuju mengguna attacking approuch or guna diplomatic way, dengar dan beri penjelasanan tanpa berdebat siapa salah dan siapa benar..

Dia memberikan saya kadnya kerna perlu dibincangkan lebih terperinci, dan saya akan hubunginya melalui email soon.
Dr Zachariah Matthews
Australian Islamic Mission
President
www.aim.org.au

Ahad, 12 April 2009

Tidurkan Aisyah..

Aisyah Baru Tidur..

Anak Umi sicomel Aisyah baru tidur..
11 malam lepas skype dengan Abah...
Sementara Abah balik ke Mesia sebulan ini, Aisyah dapat tidur dengan Umi..
Sebelum tidur tadi, Umi bacakan 3 muka surat buku Sleeping Beuty..

Lepas tu Umi suruh Aisyah baca Asas 10..
Sebab dia mengantuk sangat, Aisyah suma baca 5 asas pertama sahaja..
Dia dah hafal semua Asas 10 yang Ustaz Harun Din ajarkan...

1- Alfatihah
2-Ayat Kursi
3-Ya Bari
4-Kaf Ha Ya Ain Sad
5-Selawat Syifa'

Lepas tu dia terus tidur.. Sementara dia tidur Umi bacakan zikir
La ilahaillah
La ilahaillah
La ilahaillah
Muhammadur Rasulullah..

Ya Zaljalali wal ikram..
Ya Zaljalali wal ikram
Ya Zaljalali wal ikram
Amitna Ala dinil Islam..

Aisyah paling suka kalau Umi nyanyikan dia sebelum tidur..
Lagu ni Umi buat sendiri..
Dari dia kecik sampai sekarang..
Umi akan nyanyikan untuk Aisyah..
Tapi sekarang Aisyah dah hafal, jadi dia buleh nyanyi sendiri..
Kata Aisyah..
'Lagu paling best dalam dunia ni adalah lagu yang Umi buat untuk Aisyah..'

Apa lagunya?
Bunyinye cam ni...

Anak Umi sayang..
Namanya Aisyah..
Aisyah budak baik.
Umi sangat sayang..
Aisyah budak baik..
Abah sangat sayang..
Anak Umi Abah..
Aisyah Fairuz..

Taat pada ALlah..
Taat pada Nabi..
Dengar cakap Umi..
Dengar cakap Abah..
Rajin sembahyang..
Rajin baca Quran..
Anak Umi sayang..
Aisyah Fairuz..

Aisyah budak baik..
Umi sangat sayang..
Aisyah budak baik..
Abah sangat sayang..
Tok Ma pun sayang..
Nenek pun sayang..
Aisyah budak baik..
Semua orang sayang..

Rajin pergi sekolah..
Rajin baca buku..
Dengar cakap teacher..
Jadi orang pandai..
Anak Umi Abah..
Aisyah Fairuz.....Budak yang baik..Budak solehah..
Tidur yer Sayang..

Dan setiap malam, sebelum Umi tinggalkan Aisyah, Umi akan tiup ayat Quran dan lalukan aura ke seluruh badannya..

Dengan doa..semoga Aisyah selalu berada di bawah lindungan Ilahi..amin..

Soverign Hill Tempat Emas di Ballarat

Sovereign Hill

Hari Sabtu 11 April pagi jam 8 am waktu Melbourne, Aisyah dan Umi bersama-sama keluarga kawan-kawan berjalan-jalan ke Sovereign Hill di Ballarat. Tempatnya best untuk dilawati. Nanti Aisyah akan ceritakan dari perspective Aisyah sebagai seorang pelawat muda. Tapi kalau nak baca dan tengok gambar terperinci, boleh tengok
blog Aunty Ina ni.. ( cepat betul Auntie Ina uploadkan.. power! hehe..)

Nanti Aisyah akan cerita kemudian...
____________

Sebenarnya Aisyah sangat sunyi bila Abah balik Mesia. Abah perlu balik kerana ada urusan syarikat yang perlu Abah selesaikan. Abah sedang menguruskan import mesin-mesin dari China untuk proses makanan dan menjualnya di Malaysia. Semoga Syarikat Abah berjaya dan Abah dapat selesaikan kerja-kerja Abah dengan cepat. Lepas Abah selesai, Abah balik sini cepat yer Bah....

Jadi Umi bawak Aisyah ke Sovereign Hill supaya Aisyah gembira. Mulanya Umi tulis email pada kawan-kawan Umi ajak pergi sekali sebab kalau dapat 10 orang, nanti dapat less AUD5 setiap orang. Berjaya juga plan Umi sebab lepas tu 12 orang telah setuju untuk pergi sekali. Akhirnya Umi buat plan lagi, ajak semua orang buat pot luck dan makan sama-sama masa kat sana.. Semua orang gembira sebab jadi perkelahan keluarga. Umi bawak roti garlic, Uncle Idham buat burger, Auntie Ina buat macaroni bakar, Auntie Rami dan Auntie Nor buat sandwich dan Auntie Nita bawak puding roti. Jadi kami semua makan best sangat kat sana...

Sedihnya Abah tak ada nak join sama..


Aisyah tengok ada gambar surat khabar yang menceritakan emas dijumpai di Ballarat tahun 1851. Surat khabar tu dah tua tetapi masih elok dalam cermin. Lepas tu ada banyak rumah macam rumah koboi dan pekerja-pekerja sedang berlakon macam zaman dulu, pakai dress yang sangat cantik. Aisyah suka tengok baju labuh yang kembang tu, macam baju Princess Anallesse.


/>








Pastu Aisyah pergi masuk tempat orang tunjuk wayang gambar masa zaman emas dulu. Aisyah main-main dengan Irfan, Idlan, Aliya, Abang Ariq dan Sofea. Lepas tu Aisyah ambik gambar depan emas, patung-patung orang yang kerja kat lombong emas zaman dulu, pastu Aisyah juga masuk dalam lorong bawah tanah, kecik sangat lorongnya dan Aisyah nampak ada lakonan orang yang mula-mula gali tanah tu, lepas lama-lama gali dia ternampak emas.. besar sangat emas tu..Cantik sungguh emas tu.. Aisyah nanti akan tunjukkan gambar-gambar yang Aisyah ceritakan ini ye.










Lepas tu Aisyah pergi mendulang atau dipanggil panning.. Itu pengalaman best sangat untuk Aisyah. Tapi masalahnya Umi terlupa ambik gambar Aisyah tengah mendulang tu.. Aisyah rasa best sangat, cari emas. Tapi sebab semua emas dah tak ada, jadi Aisyah ambik batu yang ada dalam dulang masa Aisyah panning tu yang warna macam gold. Jadi sekarang Aisyah ada 14 biji batu warna gold. Umi kata boleh buat main batu seremban.. Malam tadi Umi ajar main batu seremban. Best betul.

Ada kuda lalu depan kita.. yakkk.. busuk sangat sebab dia berak atas jalan.. hehe.. Tapi Umi kata tak boleh nak naik kuda sebab mahal kena bayar. Hari tersebut Aisyah sangat happy, tapi ada banyak lagi tempat yang Aisyah tak sempat pergi termasuklah train yang turun bawah tanah. Umi kata kita akan datang sekali lagi bila Abah balik.

Tak pe ye Bah, nanti Abah balik sini, kita pergi sama-sama sekali lagi yer..

Sekian, inilah pengalaman Aisyah ke Sovereign Hill Ballarat.

p/s Umi cakap sejuk sangat sampai kena bawak baju tebal. Tapi sebenarnya panas sangat kat sana..tak payah bawak baju tebal pun..

AGM PGSM ke 8 - 11 APRIL 09

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Pada 11 April 2009- Sabtu. Mesyuarat Agong (AGM) ke 8 Persatuan Peguam Syarie Malaysia telah dilangsungkan di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bersempena dengan AGM tersebut, semua barisan kepimpinan baru PGSM dari tahun 2006 - 2009 dianggap berakhir dengan rasminya. Salah seorang barisan Kepimpinannya atau EXCO terlibat adalah SAYA sendiri.

Saya telah diamanahkan untuk menjadi EXCO yang menjaga Biro Penerbitan dan ICT PGSM. Kemudiannya semasa saya di Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran ke Melbourne ini, jawatan tersebut dipecah dua iaitu Biro Penerbitan diserahkan kepada Sazila dan saya ditugaskan menjaga Web PGSM sebagai EXCO Biro ICT PGSM sehinggalah berakhir tugasan secara rasmi pada 11 April 2009.

Semasa saya menjadi EXCO Penerbitan, dengan izin Allah- bersama dengan beberapa AJK lain, saya berjaya menerbitkan Buletin PGSM untuk tahun 2006 dan juga satu lagi untuk tahun 2007. Bagi tahun 2008, saya tak sempat kerana terlalu sibuk menguruskan urusan tugas hakiki di UiTM dan juga urusan belajar PhD.

Saya juga menjaga, mengewal selia dan juga menulis untuk Slot rasmi PGSM di Berita Harian setiap Rabu dan Khamis. Saya banyak menjadi penyumbang dan mengisi slot tersebut atas nama Peguam Syarie Menulis setiap Rabu. Koleksi jawapan Hak Muslim PGSM dan juga artikel-artikel PGSM juga berjaya diterbitkan dalam bentuk buku di bawah Pusat Penerbitan UiTM (UPENA).

Dengan rasminya pada 11 APRIL 2009 ini, saya bukan lagi EXCO PGSM. Namun begitu, walau pun saya bukan lagi EXCO, tetapi saya akan sentiasa menyokong perjuangan PGSM ke arah memperjuangan perundangan Syariah di Malaysia.

Babai PGSM..
Semoga PGSM akan terus bersinar.. gemilang dan terbilang..

p/s Saya perlu betulkan dalam blog saya di bawah ruangan pengenalan blog owner-- saya perlu edit tentang jawatan saya dengan PGSM.... Semoga Allah memberi pahala kepada saya dan semua kepimpinan terdahulu yang telah memberi masa, tenaga dan wang ringgit ke arah membantu PGSM..
Hanya ALlah sebaik-baik pemberi pahala.. amin

Jumaat, 10 April 2009

Kabinet Baru Mesia

Kabinet Baru..



Kabinet baru telah dilantik oleh Perdana Menteri yang baru...
Semoga ada kebaikan untuk negara keseluruhannya..
Bila saya baca laporan bernama di bawah ni, saya rasa Dr Mahathir ni memang lain sungguh...
Dia memang berani..
Berani attack KJ tanpa berlapik..

Macamna tu yer...
humpppp...

_________________

Sedutan dari Utusan Malaysia...

KUALA LUMPUR 9 April - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan barisan Kabinet yang baru dilantik sebagai positif dan bukti 'pembersihan dalam parti' sedang berlaku.

"(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) bertindak bijak dengan menggugurkan kebanyakan mereka yang dituduh mengamalkan rasuah walaupun seorang dua entah kenapa turut terselit," katanya kepada pemberita ketika ditemui hari ini di Tingkat 86, Menara Petronas.

"Ianya positif. Tak ada orang yang jelas terlibat rasuah terpilih khususnya Ketua Pemuda yang didapati bersalah guna wang dalam pemilihan (UMNO). Dia tak diberi apa-apa jawatan pun. Itu satu bukti Najib ingin bersihkan parti."Ini satu pendirian yang tegas oleh Datuk Seri Najib. Oleh itu saya berasa kalau dia dapat beri pendirian yang tegas dalam perkara ini, perkara lain juga dia akan mempunyai pendirian yang tegas," katanya.

Dr. Mahathir juga berkata, jika beliau boleh mempengaruhi keputusan Najib, beberapa orang yang dilantik juga tidak akan berada dalam Kabinet.Mengenai pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata: "Saya fikir dia memang layak dilantik kerana setakat yang saya tahu dia tak guna wang untuk dapat sokongan." - Bernama
_____________

Khamis, 9 April 2009

Kisah Tiga. Restoran Zara.


Makan di Restoran Turki..











Ahad, 5 April jam 8 malam, kami keluar ke Sydney Road mencari kedai makan. Akhirnya kami masuk ke Restoran Zara, Restoran Turki..

Besar restoran tersebut.. belakang kami ada majlis kenduri orang Turki kahwin.. bunyi muzik tradisional, mereka menari-nari tarian tradisional... sangat kuat tapi ok ler kerana itu pengalaman baru kat sini..

Makanannya pelik sungguh.. untuk dua orang dewasa, dikasinya roti sebekas besar cecah dengan 6 jenis dip tradional Turki.. semuanya berasaskan soya, kacang dan susu masam.. tak berapa nak masuk dengan tekak saya.. hehe...

Akhirnya saya makan nasi dengan ayam grill dan lamb.. sedapnya..
Habislah AUD43 malam tu... hehe..

Rabu, 8 April 2009

Sambungan Bunga..

Pernah tak mandi bunga?

Ada yang akan jawab, itu khurafat sebab percaya bunga boleh mengubah nasib...
Sebenarnya.. tak de salahmya pada mandi bunga.. yang ada pada bunga adalah auranya.. bunga tidak boleh mengubah apa-apa nasib kita..Kalau niat mandi bunga nak buang sial, nak cepat dapat jodoh, nak jadi berjaya dan lain-lain... maka ianya boleh bawa syirik...

Yang sebetulnya pada bunga itu adalah lambang kebesaran Pencipta. Ada aura yang boleh kita absorb.. Tapi kena tahu caranya.. Kita mengambil manafaat atas penciptaan Allah untuk kebaikan insan, sepertimana kita guna haiwan untuk makan, untuk kenderaan dan sebagainya...

Itu cerita mandi buang... Jangan salah niat, ia akan membawa mudharat pada iman kita.
_____________

Gambar-gambar kenangan...



Aisyah dan Aliya.. belakang tu penuh dengan burung-burung...

Inilah bangunannya.. lama, cantik dan masih terpelihara...

Ini Aisyah depan Elmo.. Elmo tu dalam taman penuh dengan bunga.. cantik lah jugak..

Inilah bangunan yang saya ceritakan.. cuba tengok belakangnya penuh dengan lukisan cantik-cantik..Lukisan-lukisan potret manusia itu sedang bercerita tentang sesuatu kisah... mungkin tentang kisah agama mereka..

Lepas jalan lama jugak, Aisyah dah mula boring... Ayat dia dah mula pelik-pelik...

'Umi, Aisyah dah boring sangat ni.. kita nak tengok apa lagi.. semuanya bunga.. Bunga ni semua Allah yang cipta. Tengok bunga jer ker hari ni.. tengoklah animal ker, benda lain pulak.. letih ler Aisyah tengok bunga saja satu hari ni..' hehehe... Aisyah Aisyah...

Sebenarnya juga, saya bukan reti sangat menilai bunga-bunga..saya ingin mempunyai pengalaman hadir ke International Pameran Bunga2 di Melbourne. Saya nak pi tengok suasana, apa yang ada dalam pameran tu, ramai tak orang.. apa bentuk bunga yang depa tunjuk... Sebab saya tak ada green fingers..



Aisyah boring yer.. Nanti Umi belikan air cappucino.. Ada duit tak dalam purse ni.. hehe.. Harganya AUD4 secawan.. mahal betoi!

Saya ambik gambar budak tu sebenarnya.. takjub tengok backpack yang mak dia pakaikan pada dia, ada tali dan maknya akan masuk tangan di hujungnya.. bila dia lari jauh sikit, maknya akan tarik... hehe....

Masa nak balik kami lalu kat bunga-bunga ni.. cantik sungguh.. Subahanallah..


Ini dalah kenangan terindah hari tu... Ada robot tengah berjalan dengan anaknya dalam pram.. Aisyah teruja.. Umi pun teruja jugak... hehe.. Aisyah siap bersalam.. Umi pun bersalam jugak... hehe...
Sambil tu robot tu bercakap..'How are you. You are very nice. I love you. Bye..'..


" Abah.. oo abah.. tu robot betul ke Bah?"

Selasa, 7 April 2009

Kisah Dua

Bunga-bungaan

'Umi, kalau kita nak buat aurakan, kena berapa banyak bunga Umi?
' 7 warna lah lagi bagus.. jom kita beli 7 warna.. ada tak agaknya..?

Melihat bunga yang mekar berseri.. cantiknyer...

Tapi tak adalah rupanya.... semuanya satu warna satu jambak. Takkan nak kena beli 7 jambak bunga, banyak benar pulak.. Jadi akhirnya kami tak beli satu pun...

Pagi Sabtu lepas, 4 April sebenarnya kami ke Melb City untuk melihat pameran antarabangsa bunga-bungaan yang diadakan berhampiran Melbourne Museum. Ramainya orang..


Dari tingkat atas, orang punya ramai.

Bangunannya sangat cantik, saya memerhatikan lukisan di sepanjang tepi, atas, bumbung bangunan tersebut. Rupanya ia dibina tahun 1847 dan dihiasi lukisan cantik berdasarkan Bible, penuh dengan ilustrasi Jesus dan wanita (Marry agaknye) dengan salib di tangan..

Tingginya pintu ni..

Ini antara bunga-bungaan yang ada.. cantikkan..

Nanti cerita bersambung lagi..

Isnin, 6 April 2009

Kisah Demi Kisah..

Kisah 1: Majlis Kahwin kat Fowkner 5 April 09..

Kak Sal adalah orang Johor yang dah bermastautin selama 19 tahun di sini. Berkahwin dengan orang Greek dan duduk di Fawkner. Perkahwinan ini adalah untuk anak sulongnya Nabila. Alhamdulillah berjalan lancar.. Dalam hati saya rasa agak terkilan dan sedih sebab saya telah mengecewakan Kak Sal. Dia mintak saya datang awal hari Sabtu supaya saya dapat lead sedikit program, tapi saya sampai lepas maghrib, agak lambat siket. ALhamdulillah Hafilah dapat ganti.. Disebabkan itu, saya mengambil tindakan membayarnya dengan datang awal ke Dewan kenduri esoknya.

Ahad, majlis diadakan di Dewan dekat dengan Preston Market. Saya datang awal, tolong siket-siket mana-mana yang mampu. Sebenarnya bahagian kenduri kendara, saya bukanlah pandai sangat. Kalau di Mesia, kita ada mak, makcik, kakak-kakak yang lebih tua, kat sini kita perlu tolong sebab orang kita tak ramai sangat. Biarpun tolong siket, ia akan menggembirakan tuan rumah serta merapatkan kita dengan sesama sahabat yang lain.


Agaknya sebab saya anak ayah.. dan ayah saya tukang kayu, jadi saya pun
secara tak langsung pergi betulkan meja orang masa majlis tu.. hehe..
pengantin makan beradab atas meja yang saya betulkan.. ada air tangan saya kat situ.. power!!.. hehe..

Majlisnya benar-benar seperti majlis di Malaysia.

Rasa macam dok Mesia jer.. Siap bunga manggar, nasi beriani, ayam masak merah dengan dalca daging.. Saya makan banyak ler sebab sedap.. Antara orang lelaki yang involve bab masak-masak ni adalah Ustaz Nushi, Pak Abu dan ramai lagi..

Ramai betul yang datang. Saya jaga bahagian nasi dengan Farhana. Nasi satu tong tu katanya untuk 200 orang. Ditambah dua kali maknanya 400 orang.. tu hanya bahagian wanita, bahagian lelaki rasa saya 3 kali bertukar tong nasi.. Kuah dan lauk juga silih ditambah-tambah..



Kesimpulannya...
Kenduri kat Mesia lebih senang... ada catering!
Namun begitu, prinsip mudah saya, jika ada orang buat majlis, kenalah hadir. Jika berlapangan, kena tolong. Jika kita beri tangan kita, mudah-mudahan di masa lain bila kita berkeperluan, ALlah akan menghantar tangan-tangan yang tidak tersangka-sangka untuk memudahkan urusan kita.. insya Allah..

Daylight Saving in Melbourne

Perubahan 1 Jam

Hari Ahad 5 April lepas, jam di Melbourne dipusing ke belakang 1 jam. Maknanya sebelum ini kita berbeza dengan Malaysia 3 jam, jadi sekarang hanya 2 jam sahaja. Contohnya di Malaysia jam 9 malam, sebelum ini di sini jam 12 tengah malam. Selepas ni kalau di Mesia 9 malam, di sini jam 11 malam.

Dengan perubahan itu, semua waktu solat juga berubah dengan begitu drastik. Subuh sebelumnya masuk 6.09 minit dan tamat jam 7.37 pg, sekarang subuh masuk 5.11 pagi dan tamat 6.39 pagi.

Keadaan sekitaran juga sudah mula berubah, semakin sejuk dan saya terasa kaki saya selalu kebas-kebas. Sekarang saya di pejabat, jam 8 pgi tadi, suhu di sini 10 darjah C.. Sejuknya...

Malam juga sudah mula cepat sangat tibanya. Malam tadi jam 6 petang, hari dah mula gelap, Maghrib masuk 6.10 minit. Sedangkan masa saya mula-mula sampai sini dulu, Mahgrib masuk 8.45 dan walaupun dah pukul 9 mlam, hari masih lagi cerah dan isyak masa tu masuk jam 10.40 malam...
Beza sungguh...


Allah menjadikan matahari dan bulan, masing-masing bergerak di atas orbitnya.. Dengan pergerakan itu, lahirlah malam dan siang, silih berganti......
Subhanallah...
Semuanya ini adalah pengalaman baru untuk saya..

___________

Changes to Daylight Savings
ACT, New South Wales, South Austalia, VICTORIA and TASMANIA

From 2008 the ACT, NSW, South Australia, Victoria and Tasmania will all start daylight savings on the first Sunday in October and end on the first Sunday in April. This will result in an extra month of daylight saving for the ACT and introduces common start and finish dates in these states.

Begins 2 am EST the first Sunday in October Ends 2 am EST the first Sunday in April

Begin -Sunday 5 October 2008 End- Sunday 5 April 2009

Begin - Sunday 4 October 2009 End - Sunday 4 April 2010

Begin - Sunday 3 October 2010 End - Sunday 3 April 2011

Sabtu, 4 April 2009

Tempat Solat

Sambungan...

Barbara kemudiannya berkata...

'Let me show you the place. This is part of the library. We can move the sofa and the students can pray here.. '

Tempat tu boleh muat 10 orang sembahyang..
Sesuatu yang di luar dugaan kami..
Dia kemudiannya menyambung lagi..

'You know, as a principal, my duty is to ensure their safety. I think they should not perform on their own... Can you discuss with your community to ask one adult person to lead the prayer? So they won't think that they're doing something fun, they are performing prayer, they should be serious with a supervision from an adult person..'

Saya pandang Abah..
Dia nak bagi solat jemaah ker.. Ya Allah..

Abah terus bersetuju...

'That is a very good suggestion. I will discuss with my friends, maybe one of us can come to lead the prayer, we can take turn. I also can come because I'm not working now.. But I will discuss first.. Thank you for the excellent suggestion..'

Saya kemudiannya menunjukkan surat yang saya tulis dengan sokongan oleh 10 ibu bapa yang lain. Barbara nampak sangat terperanjat..

'Ohh.. you have prepared it nicely. This is a very nice letter. I like this.. '
Terima kasih pada Abah, Adili, Suraini, Norzaidah, Rami, Hashimah, Hamdan, Syed Aris, Syafiq yang telah turut sama menandatangani surat tersebut...

Barbara akhirnya bercerita dengan begitu seronok tentang sekolahnya dan tanpa kami duga dia kemudiannya membawa satu lagi cadangan..

'I realise that the number of muslim students is increasing. Why not you teach them about Islam once a week. We can provide the slot under 'Religion for Life'. Under Australian's Education Policy, religions that recognised by the Government can have a short slot for their followers... This is more on teaching the values and good behaviours that they should have in their life. The same like we have now for Christianity. We allow them to teach 30 mt every week..'

Subhanallah..
Hanya ALlah yang Maha Tahu apa perasaan saya..
Mudah-mudahan ada kebaikan untuk anak-anak kami semua di sekolah ini..
Sekurang-kurangnya saya dan Abah memulakan langkah..
Dan orang lain boleh meneruskannya..

Abah terus tersenyum dan berbincang lebih detail dengan Barbara...

'Is there any conditions to be fulfilled. I can bring this matter to my Muslim community, we can propose someone. For the time being, if we cannot get any, I can volunteer myself..'

Akhirnya Barbara memberi cadangan demi cadangan dan katanya..

'You just bring the documents, The person should be an accredited teacher who can teach Islam, maybe with approval from your scholar here.. The Imam maybe, I don't know..'

Kami berasa sangat gembira..
Proposal ini akan dibawa dalam mesyuarat Council Sekolah pada 24 April ini dan kami perlu menyediakan orang dan silabus untuk memulakannya pertengahan tahun ini..

Untuk tempat solat, selepas cuti sekolah berakhir, kelas pada 20 April ini akan menyaksikan perubahan kepada ruang solat secara rasmi untuk kanak-kanak muslim di sekolah ini..

Subhanallah...
amin..

_________

Permohonan ini dikuatkan dengan surat yang saya buat dengan tandatangan sokongan oleh lebih 10 orang ibu bapa yang lain...

Disertakan..


Mrs Nurhidayah Muhammad Hashim

XXXX
Australia

Date: 1 April 2009



Principal

XXXX


Dear Principal,


REQUEST FOR A SMALL SPACE FOR MUSLIM STUDENTS TO PERFORM PRAYER AT SCHOOL


We would like to draw your attention to the above matter. For your information, Islam requires its followers to perform 5 times prayer a day and one of them is afternoon prayer or is called as Zuhur prayer. This prayer is performed between 1.30 - 4.30 pm. Before this, our children will perform that at home right after they come back from school.


However, with the changes of day saving hour next week and the changes of time during winter, the duration for Zuhur prayer shall end by 3.45pm which the children will not be having enough time to perform the prayer at home after school.


Therefore, we would like to seek for your kind consideration to provide a small space in the school for our children to perform the prayer. We do not require a big space- 6 square feet will be adequate. Further more it will not affect the school hours as the prayer just take about 5 minutes and can be performed during the lunch break (i.e. between 1pm – 2 pm)


We believe by doing this, the school:

  • Will show that it is a multi-race school and practicing multi-religious acceptance
  • Good name will spread especially among Muslims and Malaysians.
  • Increase in number of new pupils as more parents will be sending their kids here since its practicing religion tolerance.

Shall you require further information or to discuss on this matter, please hesitate not to contact the undersigned. Your kind consideration will be highly appreciated by not only the parents but also by the whole Muslim community.


Thank you

Regards,

__________________

Nurhidayah Muhammad Hashim

Mother of Aisyah 1/2J

Telephone: XXXXXX


Page 2..

Requested also by:
1-
2-
3-
4-
5-

Jumaat, 3 April 2009

Tempat Solat

Sekolah Aisyah..

Hari ini saya sangat gembira..


Saya berjaya memenuhi habit pertama dalam 7 Habit Covey iaitu 'You should be proactive. Do what people do not do.. Start something good for the benefit of others..'
Bukankah habit itu bertepatan dengan apa yang Nabi ajar? Buat baik untuk umat, buat baik untuk diri dan orang lain, mudah-mudahan Allah kasihkan kita dan memudahkan semua urusan kita..
Bukahkah begitu..

Saya ada cita-cita. Saya berhasrat untuk menulis 7 Habits Covey dari perspektif Islam, untuk kanak-kanak.. seperti buku Leader in You yang saya baca dulu...
Bila nak tulis?
Nantilah...insya Allah..

Tadi kami berdua menghantar Aisyah ke sekolah. Hari ini belakang kereta penuh dengan tiga orang kanak-kanak comel iaitu Aisyah my Darling, Wawa yang manja dan juga Shermi, anak my neighbour.

Di sekolah ada acara lucky draw sempena Easter Day dan hari akhir semester ini. Mulai esok sekolah bercuti 2 minggu.

Lepas perhimpunan, saya dan my husband aka Abah masuk ke pejabat untuk jumpa guru besar.

Selepas menunggu beberapa minit dalam 15 minit, kami dijemput ke dalam bilik beliau, Mrs Barbara melayan kami dengan baik..'Yes, please come in.... What can I help you'..

Saya pun cakap dulu..lepas tu Abah pun elaborate further..

'Actually, we are here to ask something for the benefit of our children..I mean muslim children here, in this school..You know, there're many muslim students here especially from Malaysia. We would like to request if you can provide a small space for them to perform zuhur prayer here, in this school..'

'Why? can they perform that at home..'

Then kami pun berstory, in Islam, there're 5 prayers a day and one of them is afternoon prayer which is called as zuhur. The duration is from 1.30-4.30. But after the changes of saving day time and also winter to come, time to perform the prayer is also changed. . Our childen won't have enough time to do that at home...

Bla bla... Dalam hati saya, dia kasi ke tidak yer..risau jugak..

She then asked..'How big space do you need?'

'Not big, it just a small space for them to perform the prayer, maybe 2 or 3 students at one time, then the others will take their turn later..' Abah yang jawab.

AllahMaha Kaya...

Kita mintak siket saja, tapi Barbara offer lebih banyak lagi..

Apakah yang dia offer?

Sambung esok pulak..

Khamis, 2 April 2009

Aisyah Darling Taekwondo Grading


Yellow Belt 2 to 3...


Semua duduk elok-elok.. Jangan bising, jangan baring.. walaupun letih jangan tidur..
Mari kita tengok video Aisyah masa grading hari tu..

Masternya nama Martin Hall. 7th Dan.. Ramai sangat hari tu dan sangat best tengok budak-budak ni bersemangat, tangan pun dah kuat, pukulan pun berisi..
Umi rasa nak pergi daftar Kelas Teakwondo lah pulak.. Ok tak agaknye? hehe...



Rabu, 1 April 2009

Letih Itu Ujian perjuangan

Letih bangat..

Pernah tak rasa letih? Biasakan.. Apatah lagi kalau kita dah tua.. opsss... bukan tua, dah berumur.. hehe..

Bila badan letih, kita akan rasa mengantuk, rasa nak baring, nak tidur jer.. Betol tak? Kecuali kalau anda seorang superman. Atau power ranger.. atau power puff girl.. Itu dah sure tak letih..

Hari ini saya rasa agak letih.. Tapi berbaloi juga saya datang ke office pagi tadi walau pun letih dan menunggu hampir 20 minit depan bilik Dr Keith Kendell, Lecturer yang ajar Legal Research Method.. Selepas berbincang dengan Keith, saya rasa cerah lagi tentang research saya... It was a wonderful discussion... Now, I'm trying to work on it. I feel like I can see the light at the end of the tunnel now.. ... hehe.. hopefully..

Maka saya sekarang akan redo my proposal.. still not too late, saya baru masuk bulan ke empat. Area saya masih sama, cuma saya nak tukar focus dan mengelakkan sebarang kajian perbandingan... Harap-harap Supervisor saya pulak tidak membantah...insya Allah..