Selasa, 12 Februari 2008

Sibuk dan Sibuk

Hari ini aku ada kelas 4 jam straight dari jam 8.30-12.30 tghari. Lepas kelas aku ke pejabat am CITU menyelesaikan beberapa perkara.

Selepas solat Zohor, jam 2.10pm aku bergegas ke Pejabat Biasiswa UiTM menyerahkan surat penerimaan biasiswa yang dikirimkan bersama keputusan temuduga pada 1 Februari dulu. Kami diberi tempoh dua minggu untuk membalasnya dan tadi aku telah menyelesaikannya tadi. Sempat berbincang dengan Kak Murni, Pegawai Biasiswa dan dia memberitahu perkara-perkara yang perlu aku buat dalam masa terdekat ini.. Antaranya mesti ke British COuncil seberapa segera untuk menduduki peperiksaan English, lepas tu diberinya tarikh Biro Tata Negara yang diadakan di Ulu Rembau selama beberapa hari, lepas tu perlu ke ILQAM untuk mengambil kursus Methodologi Kajian, dan yang pentingnya perlu lepas keselamatan Negara.. Takutnya aku dengar..

Jam 3 pm ada mesyuarat Jawatankuasa Diskusi yang akan diadakan di CITU Khamis ini 14 Februari. Aku perlu menyiapkan beberapa tugasan untuk menjayakan majlis tersebut.

Program tersebut sangat penting rentetan perkembangan terbaru di negara ini yang melibatkan Orang bukan Islam dan berkahwin secara Sivil, lepas tu salah seorang masuk Islam, apa yang akan terjadi kepada perkahwinan mereka? Seksyen 51 Law Reform dan Seksyen 46 Enakmen Undang-undang Keluarga yang saling bertembung.. Isu ini sangat penting sebenarnya mengenai kedudukan orang-orang yang terlibat dalam konflik sedemikian.. Apakah penyelesaiannya?? Mahkamah mana sewajarnya menangani masalah sebegini??
Diskusi ini cuba mencari jawapannya...

Program tersebut adalah:

DISKUSI KEBEBASAN BERAGAMA, MASUK ISLAM DAN KES SUBASHINI
Tarikh: 14 Februari 2008 dari jam 9 am- 1 pm
Tempat: Dewan Muktamar CITU, UiTM Shah Alam
Ahli Panelnya adalah:
1- Dato' Faiza Thamby - Fellow Kehormat USIM (Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Sivil)
2-Hj Zainul Rijal Abu Bakar-Presiden PGSM
3-Tuan Naser Disa-Ketua Unit Syariah dan Undang-undang, Pejabat Peguam Negara
Moderator adalah Dr Azam Adil dari CITU

Yang pentingnya aku diberi tugas menjadi MC sepanjang program tersebut berlangsung.

Aku perlu buat beberapa perkara dan akhirnya balik ke rumah jam 6.30 petang.
Semoga majlis nanti berjalan lancar.

Ahad, 10 Februari 2008

Artikel ku mengenai Perkembangan Wali Hakim Perlis

Artikel ini telah disiarkan dalam Harian Metro awal Nov 2007 sebagai feed back terhadap press statement YB Shahidan Kasim yang mengatakan bahawa Perlis bersedia menerima anak-anak gadis yang tidak mendapat restu bapa sebagai wali untuk berkahwin di Perlis dan juga respon Dr Asri pada awal Oktober tahun lepas. Artikel ini dah hilang dari simpananku, baru dijumpai kembali dan dimasukkan dalam blog ini untuk rujukan, teringat selepas membaca respon Dr Asri mengenai Kahwin Cincai dalam harian Metro 3 Feb baru-baru ini..
________________________________

WALI HAKIM APABILA BAPA ENGGAN
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim

Nov 2007

Baru-baru ini, akhbar melaporkan bahawa Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perlis akan dipinda untuk membenarkan Mahkamah mengeluarkan kebenaran berkahwin bagi wanita tidak mendapat persetujuan wali. Dengan itu wanita Perlis atau mana-mana negeri di mana wali enggan mewalikan mereka tidak perlu kahwin lari ke Thailand seperti dilakukan sebelum ini, sebaliknya hanya perlu pergi ke Perlis sahaja. Apakah ini isu baru atau sebenarnya isu lama yang diberi nafas baru oleh negeri Perlis?

Wali berasal dari perkataan wilayah bermakna kuasa cakapan ke atas orang lain. Wali mujbir adalah bapa kandung dan datuk kepada pengantin. Sekiranya bapa tidak ada kerana mati atau disahkan hilang, maka datuk mengambil alih tugas mewalikan. Apabila datuk tidak dapat menjalankan tugas itu, barulah dipindahkan kepada wali nasab lain.

Apabila tiada wali nasab, kuasa wali berpindah kepada Sultan dipanggil wali hakim. Contohnya perempuan mualaf atau anak tak sah taraf, wali mereka adalah wali hakim.

Persoalan sekarang apabila bapa (wali mujbir) masih ada tetapi enggan mewalikan anaknya. Apakah si anak boleh menggunakan wali hakim sebagai ganti dan mengetepikan langsung bapa kandungnya?

Hukum wali mengikut jumhur fuqaha’ adalah wajib. Tanpanya perkahwinan tidak sah berdasarkan hadis Rasulullah iaitu, "Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya, maka nikahnya adalah batal, dan nikahnya batal, nikahnya batal. Dan jika suaminya telah menyetubuhinya maka hendaklah dibayar mahar. Jika mereka (walinya) bertikai maka Sultan (pemerintah) menjadi wali bagi sesiapa yang tidak ada wali.’

Dari sudut undang-undang, contohnya Enakmen Keluarga Islam Selangor 2003 dalam seksyen 13 memperuntukkan sesuatu perkahwinan tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini kecuali setelah kedua pihak suami/isteri bersetuju atau samada,
a) Wali pengantin perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syara’, atau;
b. Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana pengantin perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Hakim Syarie itu telah, selepas melakukan penyiasatan yang wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadinikahkan oleh Wali Raja mengikut hukum Syarak.

Izin wali adalah syarat sah akad di sisi undang-undang. Tetapi jika bapa enggan mewalikan, undang-undang memberi peluang si anak berkahwin menggunakan wali hakim melalui permohonan di Mahkamah Syariah di mana dia bermastautin.

Kedudukan permastautinan sangat penting kerana ia memberi hak kepada raja tempat wanita bermastautin untuk mengambil alih kuasa wali hakim dalam perkahwinan apabila perlu.

Bermastautin bermaksud tinggal tetap atau pada kelazimannya dalam sesuatu kawasan tertentu. Ia boleh dibuktikan melalui alamat kad pengenalan, pengesahan ketua kampung atau apa-apa dokumen disahkan. Oleh itu, jika seorang perempuan bermastautin di Kelang, tetapi pergi ke Perlis untuk 2 minggu, memohon menukar alamat dalam kad pengenalan dan diluluskan. Kemudian memohon menggunakan wali hakim di Perlis, dia tidak sekali-kali dianggap bermastautin di Perlis. Dia tetap pemastautin Selangor, cuma pergi bercuti ke Perlis.

Apa yang sewajarnya dijelaskan adalah, peruntukan wali hakim kerana bapa enggan telah sedia ada di setiap negeri, maka mana-mana perempuan menghadapi masalah ini, harus membawa kesnya ke Mahkamah Syariah berkaitan. Contohnya Raja Perlis adalah wali hakim kepada pemastautin Perlis sahaja dan Raja Selangor adalah wali hakim kepada pemastautin Selangor. Isu permastautinan tidak wajar dipandang rendah kerana ia memberi kesan kepada proses pentadbiran undang-undang Syariah negara ini.

Amalan di negeri-negeri sekarang ini ialah apabila permohonan dibuat atas sebab wali enggan, maka wali tersebut dipanggil untuk diketahui alasan kenapa enggan mewalikan. Untuk memanggilnya mesti mengikut tatacara yang ditetapkan. Jika alasannya tidak munasabah di sisi Syarak maka Mahkamah akan memerintahkan wali mewalikan pernikahan ataupun mengeluarkan perintah wali hakim. Dengan cara ini dapat dipastikan alasan keengganan munasabah atau sebaliknya. Ini selaras dengan peruntukan dinyatakan di atas dan sejajar dengan hak asasi manusia iaitu kedua belah pihak diberi hak untuk didengar.

Namun apa dicadangkan berlaku di Perlis seolah-olah menafikan hak wali untuk didengar alasannya. Pelbagai perkara boleh dilakukan bagi menghalang seseorang wali dari hadir ke mahkamah. Tidak mustahil seseorang mengambil tindakan sebegini apatah lagi tiada syarat dikenakan dalam undang-undang bagi memastikan saman ataupun kertas kausa perundangan lain diserahkan kepada wali.

Justeru, apa dicadangkan dilaksanakan di Perlis wajar diperhatikan dengan lebih terperinci demi keadilan semua pihak. Apatah lagi keadilan adalah tunjang perundangan Islam itu sendiri. Isu wali enggan sebenarnya bukan isu baru, negeri lain telah lama memutuskan perkara ini sedangkan Perlis baru mengambil tindakan untuk memasukkan peruntukan ini dan ditunjukkan seolah-olah Perlis pula menjadi negeri pertama memperjuangnya.

Penulis adalah Pensyarah Kanan di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Shah Alam

Sabtu, 9 Februari 2008

Artikel Umi dulu-dulu

Aku jumpa artikel ini dalam blog orang lain, jadi aku ambil dan masukkan dalam blog ini..
Terima kasih pada empunya blog yang banyak mengisi artikel-artikel tulisanku dalam blog mereka contohnya dalam promote5.blogspirit.com, dalam nurjannah mutiara hati.blogspot dan banyak lagi.. terima kasih semua. Semoga ada manfaat daripadanya..
________________________-

13/11/2006
Perkahwinan buka pintu rezeki, elak maksiat
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim


Islam utamakan hidup berkeluarga, lahir zuriat suci sebagai khalifah Allah di muka bumi

RUANGAN sebelum ini menyentuh bagaimana Islam menilai perkahwinan bukan saja sebagai satu akad yang mengikat dua insan saling menyukai tetapi mempunyai hubungan rapat dengan unsur keagamaan.Atas dasar itu, Islam sebagai satu jalan dan cara hidup komprehensif memberi penekanan penting meletakkan garis panduan serta piawaian tinggi yang terperinci bagi membimbing manusia ke arah keredaan-Nya.

Dalam Islam, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta seisi keluarga adalah perkara mulia dipandang penting.Allah SWT yang mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri.Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia, contohnya keperluan ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup serta keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.

Oleh itu, semua orang yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga.Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)

Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga.Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)

Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya.Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam sebenarnya tidak menggalakkan umatnya mengambil sikap berkecuali dengan tidak mementingkan urusan perkahwinan. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya.Sabda Baginda SAW bermaksud: “Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: "Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak.” (Riwayat Ahmad)

Namun begitu, kita perlu melihat dengan lebih terperinci bahawa apa yang menjadi impian Rasulullah SAW adalah umatnya ramai, berkualiti, mempunyai jati diri Muslim sebenar. Apakah yang dikatakan perkahwinan itu? Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy meletakkan definisi perkahwinan atau al-nikah sebagai 'satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.'

Menerusi definisi ini, beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:
Pertama, perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksankan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.

Kedua, adalah jelas bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dengan itu, Islam tidak membenarkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik beradik, anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Termasuklah hubungan muhrim yang terbina dari pertalian darah, susuan dan persemendaan.

Ketiga, hanya selepas wujudnya akad perkahwinan, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka ada pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian dan kegagalan itu. Itulah elemen keagamaan dan ketundukan kepada Allah di dalam perkahwinan.

Keempat, definisi itu juga menjelaskan bahawa pasangan yang belum berkahwin, sama ada yang sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, maka hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembawaan dan keputusan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara bukan mengaibkan atau pelik dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.

Kelima, akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima perkembangan yang berlaku di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki. Keenam, perkahwinan adalah ikatan suci yang bukan saja menggabungkan dua insan, tetapi dua keluarga dan keturunan. Maka silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan lebih berseri.

Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia sumber: Berita Harian 8 Nov.2006

Umi Dalam Harian Metro

Sabtu, 09 Februari 2008
myMetro » BeritaUtama

Kahwin cincai
Oleh AHMAD NAZRI MOHAMAD, NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRANmetahad@hmetro.com.my

Nikah tanpa dokumen

KUALA LUMPUR: “Pada zaman Nabi dulu, mana ada kad pengenalan atau sijil nikah. Itu semua tidak perlu,” kata seorang jurunikah palsu kononnya berstatus kiai yang dipercayai memberi khidmat kahwin cincai kepada ratusan pasangan, baik rakyat tempatan mahu pun warga asing, terutama Indonesia.

Wakil Metro Ahad berkesempatan terbabit dalam satu pernikahan yang dilakukan kiai itu membabitkan seorang lelaki tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Aziz, 43, dengan pasangannya, baru-baru ini.

Menurut Aziz, dia menggunakan khidmat kiai itu kerana tidak mahu perkahwinannya diketahui isteri pertama, selain prosedur nikah yang mudah dan menjimatkan, iaitu cuma RM150.“Saya mengetahui perkara ini daripada seorang rakan dan diberitahu, ramai pasangan menggunakan khidmat kiai yang terkenal alim itu.

“Apabila bertemu, kiai itu meyakinkan saya bahawa pernikahan dijalankannya sah mengikut hukum syarak, walaupun dia tidak menyediakan dokumen sebagai bukti perkahwinan.
“Alasannya, pada zaman Nabi Muhammad SAW mana ada sijil nikah (untuk pasangan bernikah). Malah, dia juga tidak meminta kad pengenalan saya.“Saya hanya datang bersama bakal isteri kedua. Kiai itu cuma tanya nama saya dan bakal isteri, ada wali hakim atau tidak, berapa mas kahwin dan terus menikahkan saya,” katanya.

Menurut Aziz, seumur hidup dia tidak pernah menghadiri mana-mana proses pernikahan yang terlalu mudah dan ringkas itu.“Saya katakan isteri saya tiada wali, tetapi dengan tenang kiai itu memberitahu boleh berwali hakim.“Saya juga tidak membawa saksi, tetapi dengan cepat kiai itu dan rakannya memanggil dua rakan mereka untuk menjadi saksi.“Dia bertanya mengenai mas kahwin, saya beritahu RM80 hutang dan dia terus buat akad nikah. Kesudahannya, saya bernikah dan hanya membayar RM150,” katanya.

Ditanya sama ada dia yakin status perkahwinan itu, Aziz menyatakan, dia yakin pernikahannya sah di sisi agama, walaupun bertentangan dengan undang-undang negara.Dalam upacara pernikahan itu, kiai yang mempunyai ramai anak murid di kalangan pekerja Indonesia itu bertanya bakal pengantin perempuan sama ada dia sedia dikahwinkan dengan pasangannya.Kiai itu juga bertanya mengenai waris yang sepatutnya menjadi wali bakal pengantin perempuan dan halangan yang menyebabkan wali terbabit tidak dapat hadir sebelum melangsungkan pernikahan dengan wali hakim.

Ketika akad nikah dijalankan, pengantin diminta memberitahu nama bakal pengantin untuk diakad oleh kiai. Tidak perlu ditunjukkan kad pengenalan sebagai pengesahan, memadai memberitahu nama penuh.Majlis kahwin cincai berkenaan dijalankan di sebuah rumah setinggan di lokasi perumahan yang kebanyakannya dihuni warga asing di sekitar ibu kota, lazimnya pada waktu malam.

Tidak semua orang boleh pergi ke lokasi kahwin cincai kerana ia perlu diatur terlebih dulu oleh perantara.Ini kerana kiai terbabit dikatakan berhati-hati dengan pasangan yang mahu dinikahkan kerana menyedari kegiatannya bertentangan dengan undang-undang di negara ini dan dia boleh dikenakan tindakan pihak berkuasa pada bila-bila masa.Mereka yang menggunakan khidmat kahwin cincai itu biasanya pasangan cinta terhalang oleh ibu bapa dan keluarga, lelaki mahu berkahwin lebih daripada satu tetapi tidak mendapat kebenaran isteri pertama atau pasangan sengkek (tidak berduit) tetapi mahu kahwin cepat.

Mengulas kegiatan kiai terbabit, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, berkata pihaknya mengakui kewujudan kegiatan pernikahan membabitkan sindiket di negara ini. Namun, beliau tidak mahu mengulas lanjut perkara itu kerana bimbang masyarakat tidak dapat memahami isu berkenaan dengan jelas dan boleh membawa salah faham, terutama berhubung isu status pernikahan yang dikendalikan oleh sindiket.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Hidayat Abdul Rani, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku apa yang dikatakan kahwin cincai seperti didedahkan Metro Ahad.Katanya, sesiapa yang ada maklumat mengenai kegiatan haram itu perlu tampil membuat aduan supaya tindakan dapat diambil.“Pihak terbabit (kiai) mengambil kesempatan menggunakan ilmu agama yang ada padanya untuk mengaut keuntungan.“Pasangan pengantin yang terdesak pula, apabila tahu ada khidmat seperti itu, mengambil kesempatan terhadap kemudahan yang disediakan pihak terbabit,” katanya.

Mohd Hidayat berkata, setiap jurunikah dan wali hakim di Selangor perlu mempunyai tauliah dan jelas kahwin cincai itu hukumnya tidak sah.

______________________________

Sukar daftar kelahiran anak

KUALA LUMPUR: Sengsara kemudian hari dan mengaibkan diri sendiri. Itu yang bakal dilalui pasangan ‘kahwin cincai’, terutama wanita. Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Nurhidayah Muhd Hashim, berkata perkahwinan yang dikendalikan jurunikah tidak bertauliah seperti itu terang-terangan bertentangan dengan peruntukan undang-undang negara ini.Katanya, ia tidak boleh didaftarkan dan surat perakuan nikah tidak boleh dikeluarkan.“Jika lahir anak, bagaimana anak itu mahu didaftarkan tanpa sijil nikah? Bagaimana mahu menyekolahkan anak?“Fikirlah mengenai masa depan sebelum memilih mengambil jalan mudah untuk berkahwin,” katanya.

Nurhidayah yang juga Pensyarah Kanan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Shah Alam, berkata lebih membimbangkan jika berlaku masalah seperti suami meninggalkan isteri, si isteri akan menanggung beban lebih berat.“Perkahwinan yang tidak sah daripada segi undang-undang menyebabkan si isteri tidak dapat menuntut haknya, sama ada untuk nafkah diri mahupun nafkah anak.“Si isteri juga sukar menuntut cerai daripada suami kerana sebelum sesuatu perceraian boleh dituntut, perkahwinan terlebih dulu perlu disahkan oleh mahkamah syariah. Jika berpisah, si isteri turut berdepan kesukaran jika mahu berkahwin lain,” katanya.

Nurhidayah berkata, jika berlaku kematian satu pihak, isteri atau suami sukar menuntut harta pusaka daripada pasangannya yang meninggal dunia kerana sebelum harta pusaka boleh dibahagikan, pihak yang menuntut mesti membuktikan kepada mahkamah syariah bahawa dia waris yang sah.

Katanya, penuntut terlebih dulu mendapat pengesahan daripada mahkamah syariah bahawa perkahwinannya adalah sah mengikut hukum syarak berdasarkan surat nikah yang diperoleh.“Tanpa dokumen, pasangan bukan saja mengaibkan diri sendiri, tetapi juga ibu bapa. Bagaimana ibu bapa hendak menjawab jika ditanya mengenai perkahwinan anak mereka,” katanya.

________________

Tidak sah: Mufti

KUALA LUMPUR: “Itu wali Encik Hakim, bukan wali hakim,” seloroh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika menjelaskan perkahwinan pasangan berwali hakim menggunakan khidmat jurunikah warga asing adalah tidak sah mengikut hukum syarak.

Beliau mengulas pendedahan Metro Ahad berhubung kegiatan ‘kiai’ warga asing yang menikahkan pasangan Islam dengan cara mudah, ringkas dan tidak memerlukan dokumen.

Mohd Asri berkata, pernikahan itu tidak sah kerana seseorang warga jurunikah terbabit bukan orang yang diberi kuasa oleh pemerintah atau pihak berkuasa agama negara untuk mewalikan calon pengantin perempuan.

Menurutnya, wali hakim yang dibenarkan hanya seseorang diberi pengiktirafan daripada pihak berkuasa seperti jabatan agama Islam, pejabat kadi daerah atau mahkamah syariah.“Wali hakim ini adalah sebagai wakil pemerintah diberi kuasa menjadi wali apabila berlaku halangan kepada wali seseorang perempuan dalam upacara akad nikah.“Ini adalah hukum secara umum. Namun, kita kena tengok kes ini lebih teliti dan terperinci,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Mohd Asri juga mempertikaikan tindakan pasangan menggunakan khidmat jurunikah sindiket, sedangkan undang-undang Islam di negara ini memberi kemudahan umat Islam di negara ini.

“Kenapa hendak menikah dengan cara begitu (khidmat jurunikah asing)? Jika bapa tidak izinkan berkahwin dengan alasan tidak munasabah, boleh minta kahwin dengan wali hakim.“Jika tidak boleh di negeri lain, datang ke Perlis. Kita tengok, kalau dihalang dengan alasan tidak munasabah, kita boleh nikahkan dengan menggunakan wali hakim,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika terbukti jelas wali perempuan menghalang perkahwinan kerana calon suami penjenayah atau penagih dadah tegar, bapa sebagai wali berhak menghalang perkahwinan.

____________

Ulasanku..

Orang yang kahwin macam ni sama ada lelaki atau perempuan adalah orang yang tidak takutkan halal haram dalam agama, semua ambik mudah mengikut kata hati dan nafsu.. Tetapi kata Dr Asri tu tak bagus, apasal asyik promosikan Perlis untuk kahwin guna wali hakim. Pendapat ini sebenarnya sama dengan pendapat yang suka memandang mudah undang-undang negara.. terutama melibatkan bidangkuasa negeri dan juga tatacara di Mahkamah Syariah.. Maksud katanya seolah-olah mengajak orang negeri lain jangan lari ke Thailand, lari ke Perlis pun boleh.. Inilah yang berlaku dalam kes Perlis baru-baru ini, anak perempuan Selangor lari ke Perlis dan berkahwin di Perlis sedangkan ayahnya tidak diberi ruang yang munasabah untuk membantah, apatah lagi anak perempuan tersebut bukannya rakyat pemastautin Perlis tetapi diuli-uli sehingga akhirnya lulus perkahwinan di sana.. Ini lah hujah mereka kerana zaman dulu pun tak ada istilah Enakmen Selangor hanya untuk orang Selangor, jadi sapa-sapa pun boleh masuk dan mendapat wali hakim di Perlis.. Jadi yang ingin ke Perlis, silakanlah....adoii...Pening betul melihat perkembangan sebegini...

Artikel Umi dalam Berita Harian

Disiarkan pada 6 Feb 08

Peguam Syarie Menulis:
Pasangan wajar disiasat, elak buta kerana cinta
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim




DEWASA ini pelbagai kisah negatif dilaporkan di media berkenaan kecelaruan sistem sosial masyarakat termasuk sistem kekeluargaan. Contohnya, media pernah menyiarkan ramai pasangan berkahwin, tetapi akhirnya bercerai dalam tempoh tidak sampai 10 tahun perkahwinannya atas pelbagai alasan. Ada kes suami didakwa mencederakan dan melakukan penderaan ke atas isteri menggunakan senjata tajam hingga menyebabkan kecederaan pada badan isteri. Seorang bapa ditahan atas dakwaan merogol anaknya yang masih kanak-kanak. Mahkamah Sesyen di sebuah negeri juga dilaporkan pernah menjatuhkan hukuman penjara 60 tahun ke atas seorang bapa yang mengaku merogol anak gadisnya sendiri berumur 15 tahun.

Media juga sebelum ini ada melaporkan ramai anak berstatus profesional yang mewah hidupnya mengambil tindakan menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atas alasan ibu bapa uzur dan tidak boleh menjaga kebajikan mereka. Pada masa sama, laporan mengenai pembabitan anak muda dengan dadah, menjadi mat rempit, berlumba motosikal secara haram, bergaduh sesama mereka, merompak, terbabit dalam gejala seks bebas juga tidak pernah habis diperkatakan. Belum lagi membabitkan masalah buli di sekolah, ponteng kelas, melepak tanpa tujuan, merokok dan sebagainya. Semua ini secara tidak langsung menjadi satu petanda bahawa sistem sosial kita berada dalam keadaan yang agak celaru, sakit dan perlu diubati segera.

Semua masalah yang berlaku tidak boleh dinafikan sedikit sebanyak mempunyai hubungkait dengan keluarga. Rumah tangga yang bercelaru menyebabkan anak dalamnya terganggu jiwanya. Pasangan yang selalu bergaduh juga tidak mempunyai ketenangan dalam jiwa mereka. Kebahagiaan dapat dicapai apabila hati tenang dan gembira.

Hati menjadi tenang apabila urusan sekeliling terutama membabitkan orang yang disayangi berada dalam keadaan baik. Orang yang disayangi itu pula ibu bapa, adik-beradik, pasangan dan anak yang lahir daripada satu perkahwinan dibina. Hati yang tenang juga sebenarnya datang daripada kehidupan yang berkat dan dipenuhi cahaya rahmat oleh Allah. Walau sekaya mana pun kita, kita tidak boleh membeli bahagia dan ketenangan. Merujuk urusan rumah tangga, apabila seorang perempuan menerima lamaran untuk menjadi isteri kepada mana-mana lelaki, dia sebenarnya sudah menyerahkan hampir keseluruhan dirinya untuk berada bawah lembayung dan jagaan lelaki itu.

Segala kasih sayang yang ada dan ketaatan diberikan kepada lelaki berkenaan. Isteri juga selalunya bersedia pula berkongsi semua perkara dan menerima suaminya sebagai ketua rumah tangga yang dibina. Wanita perlu mengambil inisiatif memastikan dia tidak tersalah pilih pasangan. Orang tua menyebut cinta itu buta. Kerana ia buta, maka ramai wanita mencintai dan berkahwin dengan lelaki yang tidak diketahui latar belakangnya. Begitu juga ramai lelaki mengahwini wanita yang belum dikenali keturunan dan agamanya.

Dalam keadaan masyarakat yang agak gawat ini, kita menyarankan supaya wanita merujuk kepada ibu bapa dan memastikan restu ibu bapa sebelum berumah tangga. Justeru, kahwin lari ke mana-mana tempat untuk mengelakkan masalah wali bapa seharusnya dielakkan. Pada masa sama, setiap orang juga wajar membuat sedikit kerja rumah menyiasat latar belakang bakal pasangan.

Orang tua dulu pernah berpesan dalam menyiasat latar belakang bakal suami, lihat bagaimana dia berhubungan dengan ibu bapa dan keluarganya. Apakah dia seorang yang menyayangi ibunya, mengasihi dan melindungi adik-adiknya serta boleh dibawa berbincang dalam menangani sesuatu masalah?

Jika ada ciri itu, besar kemungkinan dia akan turut melayani dan melindungi isteri dan anak dengan baik selepas perkahwinan. Jika dia seorang yang cepat mengamuk, pantang tersilap akan menengking dan memerintah ibunya, tidak mengasihi dan mengambil berat terhadap adiknya, maka ia petanda supaya wanita itu wajar berhati-hati sebelum mengambil keputusan yang memberi kesan kepada keseluruhan kehidupannya pada masa depan. Begitulah sebaliknya.

Dalam satu kajian yang pernah dijalankan terhadap kira-kira 100 kes tuntutan cerai di Mahkamah Syariah, kira-kira 70 kes menuntut cerai fasakh atas alasan suami mendera, melayani dengan kasar, memukul isteri di depan anak dan orang tidak berkenaan serta tidak memberi nafkah. Dalam keterangan diberi, sebahagian besar mengakui suami adalah seorang yang panas baran, suka memukul, terbabit dengan dadah daripada awal perkahwinan, malas bekerja, pantang tersilap, maka terus memukul isteri dan ada juga yang memaksa isteri menjadi pelacur.

Di samping itu, ada kes suami dan ayah yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik, anak lelaki yang meninggalkan kebajikan ibu bapa, tidak menghulurkan sebarang sumbangan kewangan selepas berkahwin dan melebihkan isteri dalam segala hal berbanding ibunya. Termasuk menghantar ibu bapa ke rumah orang tua. Ini juga adalah perkara besar dan perlu ditangani dengan baik. Tidak ada sebarang alasan membolehkan anak membuang ibu bapa sama ada tidak sanggup, malas atau malu menjaga ibu bapa yang uzur.

Rasulullah SAW banyak berpesan supaya setiap kita berusaha memilih pasangan yang baik, beragama dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. Beragama tidak hanya menjadikan Islam sebagai agama anutannya, tetapi menjadikan agama sebagai landasan hidupnya, beramal dengan peraturan agama, menghayati halal haram, dosa pahala, menjadikan rahmat dan berkat Allah adalah matlamat dalam kehidupannya.

Semua pihak perlu menggembleng tenaga membina dan membaiki kegawatan masyarakat. Pihak kerajaan, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu terbabit sama menangani isu ini. Di samping perlunya pendekatan undang-undang, mungkin antara usaha yang wajar dibuat adalah pihak berwajib perlu menambah baik kandungan dan pendekatan kursus praperkahwinan dengan tajuk relevan kepada isu ini di samping membina kekuatan jiwa pasangan untuk patuh kepada agama.

Mungkin kursus pasca-perkahwinan kepada pasangan sudah berkahwin juga perlu dilaksanakan untuk membina semangat beragama di samping memberi ilmu keibubapaan, menyuburkan kasih sayang antara pasangan, menangani tekanan dan sebagainya yang bersesuaian demi membaiki kegawatan masalah dalam masyarakat.

Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
Semua tulisan boleh dilayari di http://peguamsyarie.blogspot.com

Sweet Memories of Padang & Bukit Tinggi



Pada 3 hb Jan (Ahad)- Umi, Abah dan Aisyah bersama-sama dengan 22 yang lain dari opis CITU, UiTM Shah Alam telah berangkat ke Padang menggunakan Air Asia. Kami sampai di LCCT jam 5.30 pagi, lepas check in, kami semua solat Subuh di airport. Kapal terbang Air Asia bertolak jam 7.30 pagi dan sampai di Padang 1 jam selepasnya.

Rombongan ini diketuai oleh Pak Takiyuddin sama Pak Ghazali... Semua sekali adalah 12 orang pensyarah, di sana di panggil dosen dengan ahli keluarga masing-masing.

Aisyah sangat teruja nak ke Indonesia dan asyik bertanya, sama ada Padang tu dekat tak dengan Jakarta.? Bila Umi jawab jauh sangat, dia terus kata, 'Kalau dekat, Aisyah nak pergi cari Nabila Mutiara Hati...'.. 'tak habis-habis dengan Nabila..' hehe..

Apabila kami sampai, kumpulan Mukmin Travels di Malaysia bekerjasama dengan Shann Travel di sana jadi mereka dah tunggu dengan 1 bas dan 1 van. Tapi yang paling terkejutnya, Bapak Hasim, Ketua Kantor Agama Province Sumatera Barat juga turut tunggu dengan MPVnya dan ingin membawa kami ke tempat seterusnya.

Ke mana yer..?

Rupanya mereka bawak kita semua pusing-pusing Padang, sambil pemandu pelancong yang bernama Pak Osman bercerita tentang Sumatera Barat, Padang, Bukit Tinggi, jumlag penduduknya, Bupatinya, kantor-kantornya, universitas dan pasentren yang ada... Pagi tersebut hujan sikit jadi tak boleh turun, hanya duduk dalam bas ronda-ronda sampai jam 10.30, kami di bawa makan tengahari di Restoran Family, best jugak makanan dia...

Lepas makan, dalam jam 12.30 kami di bawa ke hotel Pengiran City di tengah bandar. Hotel ini bukan mewah sangat, dalam tahap 3 bintang macam De Pelma kat Malaysia. Umi, Abah dan Aisyah diberi bilik 207. Selepas masukkan barang, kita semua rehat-rehat dan ada yang tidur sebab keletihan. Aisyah tidur jadi Abah kata, kita tak perlu keluar dulu sebab kesiankan Aisyah..

Semua orang diberi waktu bebas sehingga jam 7 malam untuk dinner.. Ada yang dah keluar awal-awal lagi membeli belah dan ada yang tidur sahaja di bilik..
Lepas solat jama' takdim, dalam jam 4 petang Aisyah dah bangun, maka bermulalah pengembaraan kami sekeluarga...

Oppss.. masa mencari baju cantik-cantik untuk Aisyah pakai, rupanya Umi telah melakukan satu kesilapan yang dasyat sangat.. 'Macamna ler buleh jadi macam ni..? Umi bawa seluar panjang Aisyah 6 helai tetapi hanya bawa baju Aisyah 2 helai sahaja.. isyyy....Akhirnya kami ke supermarket bernama Supermarket Matahari dan Aisyah telah mendapat 8 helai baju yang cantik-cantik termasuklah satu helai jaket panjang untuk tahan sejuk..


Umi memang pening dengan duit Indonesia yang beribu-ribu dan juta-juta.. jadi bahagian duit, abah yang pegang. Umi cuma jadi tukang ambil barang dan Abah yang bayar... hehe.. Akhirnya semua baju dan seluar Aisyah berjumlah hampir RM100 atau hampir 300 Ribu Rupiah...(betol ker??)


Masa nak balik ke hotel, kita naik Bendi.. power betul pengalaman naik bendi ni.. dan lagi power pengalamannya dengan Pakcik yang bawa Bendi tu.. Brutal bangat..Bila Umi tanya, 'Pak, bendi ni atas jalan raya besar, tak berlaku accident ker?' Apa jawabannya..'Kalo nama kenderaan, mesti accident.. Kalau nama atas jalan, tak ada accident, itu bukan kenderaan..' Udahler brutal jawapannya, bawak pun brutal.. main cross je jalan, tak de signal-signal.. adoii.. banyak kali Umi rasa kecut perut sebab van dan kereta dekat betul kat belakang bendi tu, macam nak langgar jer..
Kami bertiga di hadapan Bendi

Kami naik bendi pusing-pusing bandar sampai ke tepi laut yang ada Bukit Nurbahyah.. Pakcik tu siap bagi tempat mana yang bagus ambik gambar.. 'Mari sini saya ambikkan gambar kamu..'.. brutal ler bapak ni... hehe..


Malamnya kami semua dinner di Hotel BumiMinang yang berdekatan. Katanya hotel BumiMinang adalah hotel yang paling mahal di Padang, setaraf 4 bintang. Makanannya boleh tahan jugak..

_______________


Hari kedua, 4hb Feb
jam 7.30 kami sudah check out dari Hotel Pengiran City kerana akan melawat beberapa tempat sebelum menuju ke Bukit Tinggi pada sorenya.. Seawal jam 8 pagi kami sudah menuju ke Universitas Andalas, ada perbincangan ke arah membina MOU antara CITU, UiTM dan UNAND. Kami disambut oleh Bapak Timbalan Rektor dan Dekan-dekan di sana.

Berjalan dari bas ke Bangunan Rektorat UNAND, dan di sana Ayah Li mewakili CITU, UiTM berucap dan mencari titik temu MOU antara dua buah institusi.


Rupanya di UNAND ada hampir 250 pelajar Malaysia sedang membuat jurusan Perubatan kerana UNAND diiktiraf oleh LAN (MQA) di negara kita mempunyai fakultas perubatan yang terkenal dengan kemudahan terkini. Aku telah membuat kaji selidik dan questionaires telah diserahkan kepada Pak Hasim untuk membawanya ke tengah, tajuk kajianku adalah,

'Masalah dan Cabaran Pelajar Malaysia di luar negara: Kajian Kes di Universiti di Padang'.



Selepas itu kami ke restoran untuk makan tengahari, selepas makan kami bergerak ke Institut Agama Negeri Padang (AIAN) dan disambut oleh Rektor dan 10 orang Dekan-dekan dan di sana, MOU nampak lebih terserlah. Aku sendiri bercakap sedikit, memberi buah fikiran ke arash membina kerjasama antara Fakultas Hukum di sana dengan CITU terutama melibatkan perbandingan undang-undang antara Sivil dan Syariah dan juga perbandingan perlaksanaan dan peruntukan Undang-undang Syariah di sana dengan di negara kami. Rupanya AIAN terlibat dalam gempa bumi baru-baru ini dan banyak bangunannya yang merekah. Kelengkapan dan kemudahan serta fizikal bangunan AIAN juga sangat kurang jika dibandingkan dengan UNAND.



Namun begitu, sambutan mereka hanya Allah yang tahu, sangat hebat dan menceriakan dengan jamuan pelbagai bentuk makanan termasuklah nasi mereka (nasi anang kot??? -lupa dah namanya.. huhu..) Rektornya, Timbalan Rektor dan Dekan-dekannya semua menunggu rombongan kami. Selepas berbincang, kami mengambil gambar kenangan beramai-ramai di hadapan bangunan AIAN tersebut.



Selepas solat jama' ta'khir zohor dan asar, kami menuju ke Bukit Tinggi dan melihat pelbagai keindahan panorama ciptaan Allah yang amat indah dan tersusun. Sampai di Bukit Tinggi, suasana agak sejuk juga dan kami dibawa ke kedai baju-baju. Wah.. banyaknya barang, dan semua orang teruja terutama yang kaya-kaya ler.. semua orang adalah jutawan... huyooo... Beli Buk.. jangan tak beli..


Selepas makan malam jam 9 pm di restoran, kami mula bergerak untuk check in di Hotel Grand Malindo. Semua orang mengalami keletihan yang amat sangat. Terus tidur selepas solat jama' ta'khir maghrib dan isyak.
___________

Hari ketiga, 5 hb Feb.

Jam 7.30 pagi kami mula bertolak ke Rumah Hamka, mendengar pensejarahan Buya Hamka yang banyak berjasa.. Pemandangan menuju ke sana amat cantik.. Sungguh besar kekuasaan-Mu ya Allah, yang Maha Berkuasa menjadikan begitu cantik panorama alam. Aku terpegun dengan penuh merendah diri pada kebesaran penciptaan-Mu. Subhanallah...


Perjalanan ke rumah Hamka, melalui Lekoh 44. Gambar diambil di antara lekoh-lekoh tersebut..

Mendengar pensejarahan Buya Hamka, menjadikan kami semua semakin mengenalinya. Semoga Allah mengurniakan pahala yang besar kepada Buya atas semua jasa-jasanya menyebarkan Islam di nusantara. Ayah Li aka Prof Madya Ghazali telah menjemput Pak Hanif (keponakan Buya Hamka yang menceritakan kisah Buya Hamka) ke CITU pertengahan tahun ini untuk Pensejarahan Tokoh dalam Seminar Jabatan kami dan Bapak Hanif telah bersetuju menerima undangan tersebut. Aku telah menulis namaku, terpahat dalam buku lawatan ke Rumah Buya Hamka pada tarikh 5 Feb, aku telah sampai ke rumah kelahiran Buya Hamka, tokoh yang amat aku kagumi dan hormati...

Rombongan kami sedang khusyuk mendengar Pak Hanif menceritakan pensejarahan Buya Hamka di dalam Rumah Buya Hamka..


Aku sangat meminati buku tulisannya. Aku ada koleksi Tafsir Hamka, dan di sini, aku telah membeli 7 buah buku tulisan Hamka iaitu 'Di bawah Lindungan Ka'bah' dan juga buku 'Tenggelamnya Kapal Ven De Bourgh' untuk dihadiahkan pada kawan-kawan baikku.. Yang pastinya sebuah darinya adalah untuk my beloved anak saudaraku Tasnim yang cantik dan solehah atas kejayaannya mendapat 9A dalam PMR baru-baru ini, dengan harapan semoga Tasnim akan menjadi insan solehah dan mengenali penulis2 besar dalam kelompok Islam di nusantara ini.

Jam 12 pm, kami ke Pesantren Tauhid bersebelahan Masjid Bayur, Masya Allah.. sambutannya hanya Allah yang menilai.. Kami sangat terharu melihat mereka menyambut kami dengan penuh gembira...Pak Hasim, Ibu-ibu dari kantor Agama Province Sumatera Barat menemani kami sepanjang lawatan ini. Terima kasih ye Pak sama ibu-ibu..


Kami disambut dengan khemah berwarna kuning, habis gambarpun menjadi kuning. Dengan susunan kerusi di atas pentas yang dibina semata-mata untuk meraikan kami semua. Terharunya melihat begitu sekali mereka meraikan kehadiran kami.


Selepas diraikan dengan ucapan alu-aluan, kami dibawa solat di Masjid Bayur yang sangat cantik dan penuh dengan binaan yang mengagumkan..



Kami solat jama' takdim zohor dan asar, selepas solat, kami dijamu dengan makan nasi berlaukkan semua ikan-ikan dari Tasik Malinjau, ikan kecil digoreng tepung, isi ikan diuli-uli dan dibakar seperti sata, ikan besar dibakar seperti otak-otak.. Bestnye.. aku makan sampai bertambah dua kali.. Adoii.. sedapnya..

Selepas Pengetuanya berucap dan menceritakan betapa gembiranya mereka kerana buat pertama kali didatangi tetamu dari luar negara.. Masya Allah.. Kami sangat terharu dengan sambutan yang diberi..

Selepas itu, kami dibawa ke Rumah Bupati, ditunggu oleh Bupati atau Wali Kota atau Shah Bandar province.. Masya Allah Bupati sekeluarga menunggu kami untuk makan tengahari, sedangkan aku sudah penuh sangat perutku.. Tetapi mengingatkan kami tetamu dan mengikut adat Minang bahawa pantang bagi tetamu tidak menjamah makanan yang dihidang, kami semua makan walaupun agak sedikit..

Aku diminta makan bersama isteri Bupati dan sambil bercerita tujuan kedatangan kami ke Sumatera Barat, aku menceritakan tentang negaraku dan Shah Alam serta UiTM sendiri. Beliau menceritakan akan membuat satu lawatan ke Shah Alam selepas ini kerana ingin melihat perkembangan Taman Asuhan Kanak-kanak mengikut Tatcara Islam yang banyak dijalankan di tempat kami, mudah2an ada yang boleh dibawa contohnya ke Sumatera Barat.. Dan aku akan menunggunya bersama dengan ahli rombongan yang lain.. Insya Allah.


Selepas itu, kami ke Pesantren Hidayah di Kabupatan Agam.. Masya ALlah.. sekali lagi kami rasa nak menangis melihatkan betapa sambutan yang dibuat. Seluruh ahli kampung turun ke jalan raya, memukul gendang, menari tarian sambutan tetamu, dan beratur di sepanjang jalan selepas bas kami berhenti sehingga ke Dewan bersidang Pesantren tersebut.. Kami dijamu makan nasi Minang lagi sekali..


Wahai Allah.. apa yang patut kami buat, semua orang perut sudah hampir pecah, tetapi kami makan juga dan semasa bertemu dengan ibu-ibu di sana, aku memuji mereka dan mengatakan 'Sedap bangat makanan yang ibu-ibu masak, apakah semua ibu-ibu di sini turun gotong royong bersama?' Dan mereka sangat seronok apabila aku memuji dan mengatakan, 'Ibu makan lagi ye buk..'..Aku dengan penuh senyum yang besar di bibirku mengatakan 'Saya amat suka dan sangat ingin untuk makan lagi.. mudah-mudahan suatu hari nanti saya akan sampai lagi ke sini..'

Mereka menyambut dengan penuh kebesaran adat Minang dengan pakaian Minangkabau, jual beli pantun dalam bahasa Minang yang kami tidak paham walau pun sekelumit, tetapi kami mendengar dengan penuh minat. Pesantren tersebut sangat dhaif kerana baru ditubuhkan. Selepas itu Ayah Li berucap mewakili UiTM, dan Pak Hasim serta Pengetua Madrasah tersebut pula berucap..

Matahari hampir tenggelam, dan kami semua perlu balik ke Hotel Grand Malindo dengan penuh keletihan..Perjalanan sangat jauh kerana perlu naik semula melepasi Lekoh 44 tetapi kerana semua sudah terlalu letih, kami tertidur di sepanjang jalan sehingga sampai ke atas.

Sedar-sedar kami di bawa ke restoran yang telah menunggu kami dengan makanan padang untuk makan malam.. Selepas itu, kami beli belah lagi di tepi hotel dan selepas itu, semua tidur keletihan selepas mengerjakan solat jama' ta'khir maghrib dan isya'..
________________

Hari ke 4 iaitu 6hb Feb.

Jam 7.30 pagi kami sudah bertolak ke Pesantren ketiga iaitu Madrasah iaitu Madrasah SumateraThawalib Parabek. Madrasah ini adalah bekas tempat belajar Buya Hamka, Pak Naser dan ramai lagi nama-nama yang terkenal sama ada sebagai ulama' atau pentadbir negara.



Jam 7 pagi, selepas selesai breakfast dan check out di Gran Malindo, kami sekeluarga menuju ke Lubang Jepang untuk melihat hasil peninggalan Jepun semasa berada selama 3 tahun di Indonesia. Lubang Jepang berada sangat dekat dengan Hotel Gran Malindo jadi kami hanya berjalan kaki sahaja. Masa sangat suntuk kerana sekitar jam 7.30am pagi, kami akan bertolak ke Madrasah tersebut.

Masuk ke sana perlu bayar tiket 3000 Rupiah setiap orang.. Melihat lubang Jepang, aku betul-betul kagum dan terpegun. Pandanganku melampaui fizikal yang terzahir di hadapanku. Apabila petugas tersebut mendengar pandanganku, dia terpegun dan tercengang.. agaknya dia tidak pernah mendengar pendapat orang lain sepertiku.. hehe..

Apa agaknya pendapat ku yang power tu?? hehe..

Petugas tersebut bercerita dengan penuh perasaan sejarah lubang Jepang tersebut. Rupanya dalam tempuh tiga tahun Jepun masuk ke Sumatera Barat, mereka telah mengambil secara paksa hampir seramai 1000 orang penduduk setempat dan memaksa mereka menggali lubang dan membuat kubu untuk tentera Jepun. Terdapat banyak bilik di dalamnya dan hampir 100 anak tangga perlu dilalui untuk masuk ke dalam tanah tempat tentera Jepun berkubu. Terdapat beberapa bilik yang khusus untuk dewan mesyuarat, tempat masak, tempat buruh paksa tersebut diletakkan, tempat masak dan juga tempat di mana Jepun boleh mengintip melihat aktiviti masyarakat setempat sebelum ditahan dan dirampas makanan mereka.



Apabila ada buruh paksa melawan arahan Jepun, mereka akan dibunuh dan mayatnya akan diloloskan melalui satu lubang yang akan terus menuju ke sungai. Justeru, mayat yang dibunuh dan dilempar tidak dapat dikesan di mana kuburnya dan berapa bilangannya. Petugas tersebut memberitahu, tiada siapa yang tahu kewujudan lubang Jepang ini sehingga selepas Indonesia merdeka barulah dijumpai dan ia sungguh memeranjatkan semua pihak.

Aku bertanya, Jika tiada yang tahu kewujudan lubang ini, dan tiada rakyat tempatan yang selamat, bagaimana Bapak boleh ceritakan ini bilik apa, ini tempat apa dan sebagainya. Dari mana info ini Bapak perolehi?' Agaknya petugas tu gabra kot aku tanya macam-macam soalan, terus ditunjukkan beberapa kali kad gambarnya, di mana dia belajar dan ketahui sejarah ini, bagaimana ada Jepun dan document Jepun yang diperolehi menceritakan satu persatu tentang kedudukan lubang atau kubu ini.. 'Jangan gabra Pak, saya tanya saja..' kataku..hehe..



Dia asyik bercerita betapa kesiannya rakyat tempatan kerana menjadi buruh paksa dan dibunuh. Betapa tersiksa mereka menggunakan cangkul dan alatan tradisional lain apabila dipaksa membuatnya sepanjang siang dan malam tanpa henti.. Aku membayangkan semua ini dalam fikiranku, membayangkan kesiksaan dan betapa teruknya layanan dan kejahatan penjajah Jepun ketika itu. Bagaimana kes sama berlaku di Malaysia semasa Buruh Paksa Tanah Melayu dikerah membuat landasan keretapi maut dahulu. aku teringat kisah yang aku tonton dalam movie P Ramlee 'Sarjan Hassan', cerita "Embun' dan cerita lain-lain lagi..



Tetapi yang bermain difikiranku juga pada ketika itu adalah gambaran orang Jepun, aku cuba visualize dalam fikiranku pakar-pakar Jepun dalam bidang Architecture yang mendraf kedudukan kubu tersebut, Engineernya yang mamastikan aliran air, edaran udara, bagaimana ventilation yang ada dalam lubang tersebut dan lain-lain.

Dan akhirnya aku kata pada petugas tersebut, 'Saya betul-betul simpati kepada rakyat tempatan yang telah dibunuh dan dipaksa menjadi buruh dan diseksa. Saya sangat simpati mengingatkan mereka bertungkus lumus membuat lubang, menebuk batu dan tanah keras sehingga menjadi lubang sebesar ini..Tapi Pak, yang sangat takjub juga pada saya adalah bagaimana bijaknya Jepun Pak pada zaman itu, kita belum tahu apa-apa dia boleh merancang begini canggih satu binaan di dalam tanah, dengan pengedaran udara, lubang yang kecil dan terus menjunam ke laut/sungai.. Semua ini memerlukan ilmu yang sangat tinggi.. Saya kagum betul bagaimana mereka sampai ke tahap itu..'

Petugas itu kata,' Selalunya orang sebut simpati kepada rakyat tempatan tetapi ibu memuji Jepang.??' Sure dia pelik..'Saya bukan memuji Jepang kerana menganiaya orang kita Pak, tapi kerana mereka begitu bijak sampai ke tahap itu..Kita patut menjadi ilmuwan segitu Pak.. pandai dan bijak sehingga melepasa zaman. '



Yea.. itulah cabaran untuk orang Islam hari ini, kita perlu menjadi Ilmuwan yang berfikir dan berbuat melepasi zaman dan waktu.. Aku teringat satu papan tanda yang disediakan oleh Syarikat Gergasi di Padang iaitu Syarikat Siemen Padang bersebelahan Universitas Andalas iaitu..'KAMI TELAH MEMBUATNYA SEBELUM ORANG LAIN MEMIKIRKANNYA'.. Ayat itu benar-benar memenuhi fikiranku, membuat aku terfikir dan memikir apakah Muslim hari ini mampu menjadi seperti itu.. Membuat sesuatu sebelum orang lain memikirkannya.. Bolehkah?? Entahlah...



Selepas keluar dari Lubang Jepang, kami ke Madrasah Parabek. Sambutan yang diberi juga hebat dengan pelajar-pelajarnya membuat persembahan tarian menyambut tetamu dan kami dibawa ke Dewan Madrasah dan pensejarahan madrasah dengan nama-nama Alumni Madrasah tersebut. Pak Fauzi, Ketua Kabupatan Agam juga turun dan memberi ucapan. Ayah Li sekali lagi memberi ucapan mewakili CITU.

Sambutan di Madrasah Parabek dengan penuh adat



selesai program tersebut, kami di bawa ke Jam Gadang. Tetapi masa juga suntuk, hanya diberi 1 jam sahaja kerana ada beberapa tempat lagi yang ingin dilawati. Aku pula perlu menghubungi my Bos mengenai lawatan Bos ke Australia nanti pada 19 Februari. Bos dah SMS dan call aku beberapa kali bertanyakan maklum balas dari Profesor Saeed yang mungkin diemelkan kepadaku. Wah.. susahnya nak cari Cyber Cafe kat sini. Line internet pula tak ada di hotel. Akhirnya berjumpa juga Cyber Cafe dan selepas membuka emel yahooku, rupanya ada emel dari Personal Assistant Prof Saeed. Aku terus forwardkan pada Bos dan masa hanya tinggal 30 minit lagi untuk membeli belah...

AKhirnya kami pusing sekejap saja, beli hadiah untuk my two parents only (my own parents and my parents in law) dan mengambil gambar di sekitar Jam Gadang.

Kami di hadapan Jam Gadang.



Aisyah sepanjang lawatan ini sangat gembira sebab berjumpa dengan kawannya Huda anak Ustaz Taki, Huda ni kawan sekolah TADIKA Littel Caliph yang sama dengan Aisyah, tetapi berpisah selepas masuk darjah satu, Huda ke Hira' dan Aisyah ke ISSA. Sepanjang perjalanan, dua orang ni duduk satu kerusi dan asyik berkepit ke mana-mana..



Selepas itu, kami melawat Rumah Hajah Rosma tempat membuat ukiran kain dan sebagainya. Cantik jahitan mereka...Selepas itu ke tempat membuat kopi dan menjual air pinang muda yang baik untuk pria dan bukan pria.. hehe.. Ayah Li, Dr Nik dan lain-lain buat joke, Ustaz Rahman dan Ustazah Normah kena usik, Kak Asma' pun kena usik jugak.. "Aaa.. sapa nak minum air pinang muda.. cepat...karang balik Malaysia, teringat , kempunan pulak...' Best jugak air tu.. hehehe...

Lepas tu makan tengahari di restoran dekat sawah padi, kami ke Istana Minangkabau.. rupanya Istana asal dah terbakar pada

Feb 2007.. Pusing-pusing lihat kawasan bangunan Istana yang cantik tersebut.. lepas tu pergi solat jama' ta'khir zohor dan asar .

Kemudian, kami dibawa singgah kat tempat air terjun tepi jalan, indahnya air terjun tu.. Masya Allah.. Cantik betul air terjun tu.. Pak Osman kata air terjun ni dipanggil Air terjun Awet Muda.. fuyooo.. sapa yang sempat terjun dalam kolam tu power ler nanti.. hehehe..



Lepas tu kami perlu balik ke hotel di Padang semula, hotel yang sama iaitu Pengiran City.. kami singgah di restoran untuk dinner. Lepas tu dalam jam 11 malam, kami sampai ke hotel tersebut. Letih betul... Selepas solat jama' ta'khir, kita perlu kemas barang kerana esok pagi jam 6 pagi lepas solat subuh kita akan berangkat ke airport. Ada di kalangan kami yang terkilan sebab masa sangat suntuk untuk membeli belah.. Aku faham perasaan mereka...Tetapi apa nak buat, kerana perjalanan ini dicampur antara libur dan lawatan akademik.. Harap-harap lain kali lah pergi lagi untuk membeli belah dan melawat tempat-tempat bersejarah yang lain..

Tapi kalau ada peluang, aku nak ke Bandong pula, then ke Bali, kemudian ke Bandar Acheh dan yang pastinya nak ke Jakarta, sebab anak kesayanganku yang cantik tu nak cari Nabila Mutiara Hati dan nak cari Ibu Arini di Jakarta... hehe..

Esoknya, kita semua telah berangkat balik ke Malaysia jam 8.30 waktu sana dan selamat sampai di LCCT sejam selepasnya. Akhirnya kami meninggalkan bumi Padang dengan penuh kenangan manis hasil lawatan yang sangat bererti..

Umi, Aisyah, PM Asma' dan anaknya Najihah di airport Padang

Akhirul kalam.....Thank you Allah for giving us the opportunity to see the beauty of Your creations and to meet so many good Muslim people who stay around us..

My entry for this beautiful journey is also completed... Amin and Alhamdulillah.....




Aku abadikan lagu Ayam Den Lapeh di sini. Rupanya lagu ni adalah lagu klasik orang Minang.. Aku tak tau pun.. hehe.. Dalam video ni ada ditunjukkan main sabung ayam yang diharamkan dalam Islam kerana menganiaya binatang. Tapi semua budaya tak baik tersebut telah luput pada pendapatku (yangmasih kabur pasal Minang) kerana sepanjang di sana, banyak papan tanda Islamic diletakkan disepanjang jalan. Perubahan banyak berlaku hasil Bupati yang lebih Islamic. Semoga Islam lebih gemilang di bumi Minang..

Tapi bolehler kita tengok lagu klasik mereka ni yer..

Khamis, 7 Februari 2008

Joke Membina Minda..

Ada somebody email this joke..Bagus jugak sebab ia mengingatkan kita betapa wajar kita semua menghargai apa yang kita ada.. jangan dilupakan walaupun satu...
Baca dengan serius, semoga dapat manfaat..hehe..
________________

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiaphari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : Yang putih..

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak pulak rumput biri-biri ni makan setiap hari Pakcik?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih..

Pakcik : Aa.. yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih..

Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik bezakan biri-biri pakcik yang putih dengan yangg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punya...

Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punya Pakcik?

Pakcik : Yang hitam pun sama....


Hehe... joke bangat.. nak pecah perut aku baca..hehe..
Justeru, hargailah apa yang Allah beri pada kita..

Update Blog- Ke Padang, Sumatera Barat

Agak lama Umi tak update blog ini, hampir 7 hari. Yang terakhir update pada 1 Februari mengenai tawaran biasisiswa. Sebenarnya dari 3hb - 7hb, Umi, Abah dan Aisyah ke Padang, Sumatera Barat bersama 20 orang yang lain membuat lawatan akademik ke sana. Best betul pengalaman di sana...

Kami semua telah melawat dua buah Universiti iaitu:
  • Univarsitas Andalus atau nama glamernya UNAND.
  • Institut Agama Islam Negeri Padang (AIAN)

Kami juga melawat 3 buah Pesantren iaitu:

  • Pasentren Tauhid di Bayur
  • Pesantren Hidayah di Lubuk Basung
  • Madrasah Thawabet Sumatera
Selain dari itu, tempat2 menarik yang dilawati banyak juga seperti Air Terjun Awet Muda (fuyooo awet betol sapa yang mandi kat situ..), Lubang Jepang, Jam Gadang, Rumah Hjh Rahmah dll..

Banyak bangat pengalaman menarik yang kami lalui sepanjang 5 hari di sana. Nanti Umi akan uploadkan gambar-gambar dan berita di sana ke dalam blog ini soon...

Jumaat, 1 Februari 2008

Berita Gembira Result Temuduga PhD

Berita Gembira...
1 Feb 2008

Hari ini aku dipanggil oleh Boss di ofisnya, masa tu jam 6 petang dan masih ramai lagi officemate kami yang belum balik walaupun waktu kerja habis jam 5 petang.

Dalam biliknya, Bos memintaku menghubungi Profesor Abdullah Saeed di Melbourne Universiti secepat yang mungkin untuk pertemuan dan perbincangan antara dua buah institusi pendidikan akan diadakan dalam masa terdekat. Dan Bos meminta aku mendapatkan beberapa data mengenai Centre for Islamic Law and Society di Melbourne University. Dan aku akan membuatnya secepat mungkin selepas selesai vetting soalan final untuk subjek yang aku ajar.

Sebelum aku keluar, Bos ucapkan tahniah dan katanya, 'Nanti get ready, prepare yourself, periksa Bahasa Inggeris dan apa-apa yang patut.. Tak boleh tunda mesti tahun ni jugak. Jadi semua urusan kerja mesti siap sebelum akhir tahun...' ' Aku tersipu-sipu..' hehehe...

Petang tadi, jam 6 pm aku telah mendapat surat yang ditunggu-tunggu....
Surat apa tu? suspennya...

Suratnya bertajuk:

TAWARAN BIASISWA DI BAWAH SKIM LATIHAN STAF UiTM BAGI TAHUN 2008

Sukacita dimaklumkan bahawa puan telah berjaya ditawarkan Biasiswa Staf UiTM bagi tahun 2008 iaitu:
Peringkat: Ijazah Kedoktoran
Bidang: Undang-undang
Tempat: Australia
Tempoh sah: Sebelum Dis 2008



Ya Allah.. aku lepas temuduga hari tu.. syukur...ALHAMDULILLAH

Wahai Allah, aku ucapkan syukur dan puji pada-Mu di atas segala nikmat yang Engkau curahkan kepadaku. Hanya Engkau Pemberi Rezeki..
Terima kasih kerana memberiku rezeki ini... amin.

Bernama 1 Feb

Kisah Siti Nazirah dibincangkan lagi dalam berita di bawah tajuk Berita Am disiarkan dalam laman web bernama.com pada 1 Feb 2008. Dalam artikel tersebut diletakkan nama sy.
______________________

01 Februari, 2008 10:41 AM

Persediaan Mental Dan Spiritual Penting Jika Ingin Kahwin Warga AsingOleh Ayu Dalita Pendek

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Kepayahan ibu muda Siti Nadzirah Mohd Nasir dalam memperjuangkan hak penjagaan terhadap anak lelakinya berusia setahun hasil perkahwinan dengan warga Pakistan mungkin boleh dijadikan iktibar kepada wanita dalam memilih pasangan hidup.Ungkapan jodoh pertemuan di tangan tuhan adalah satu ketentuan tetapi sewajarnya seoang wanita mengkaji dahulu siapakah calon suami sebelum bersetuju mengikat tali perkahwinan.

Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Nurhidayah Muhd Hashim berkata apabila seorang ingin berkahwin dengan warga asing, banyak persediaan perlu dilakukan khususnya persediaan mental, spiritual, fizikal dan kewangan."Kita terpaksa mengakui perbezaan budaya, suasana, makanan, serta cara hidup seseorang itu akan mempengaruhi pasangan. Ajaran Islam juga menyarankan agar menilai bakal pasangan yang secara tidak langsung menunjukkan perkahwinan itu adalah sesuatu dirancang dan bukan sekadar berserah," katanya kepada Bernama di sini.

Nurhidayah berkata adalah amat penting bagi seorang perempuan untuk mengkaji latar belakang calon suami kerana selepas berkahwin mereka terpaksa akur dengan keputusan suami, termasuk perlu meninggalkan keluarga di negara sendiri dan mengikut suami ke negara asing."Kegagalan membuat persediaan boleh menimbulkan kejutan demi kejutan yang mungkin menjadi faktor kepada kegagalan perkahwinan," katanya.

Menurutnya apabila sudah berkahwin, isteri perlu mengikut suami yang pastinya akan kembali semula ke negara asal dan pada peringkat ini perbalahan sering terjadi yang seterusnya membawa kepada perpisahan. Nurhidayah berkata kesan daripada perpisahan itu adalah perebutan anak dan lebih memilukan sehingga berlakunya insiden menculik anak antara bekas isteri dan suami.

Siti Nadzirah, 20, masih berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan kekal terhadap anaknya Arman Khan hasil perkahwinan dengan Faizal Azim pada 17 Januari 2006 yang kemudian mengikut suaminya pulang ke Pakistan pada 14 Februari tahun lepas.Sepanjang lima bulan berada di Pakistan, Siti Nadzirah mendakwa diberi layanan buruk dan hanya diberi minum susu kerbau dicampur air gula oleh keluarga mertuanya menyebabkan beliau nekad untuk pulang ke Malaysia.

Sementara itu, Peguam Syarie dan Runding Cara Keluarga Islam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berpendapat berkahwin dengan lelaki warga asing boleh diatasi sekiranya individu itu mempunyai pegangan agama yang kuat."Kita tak boleh halang...tetapi sebaiknya sebelum mengahwini lelaki warga asing, fikirkan sedalamnya akan risiko yang bakal dihadapi dan jangan jadikan rasa cinta menguasai diri," katanya.

Mohd Zaidi berkata antara jalan terbaik mengatasi masalah berebut anak ialah ketepikan sikap pentingkan diri, bertolak ansur dan fikirkan masa depan anak.Mengenai kes seumpama itu yang pernah dikendalikannya, beliau berkata kebanyakan kes membabitkan usia perkahwinan yang masih di peringkat bawah lima tahun.

Terdapat beberapa kes yang mula dikendalikan ketika usia anak baru berumur setahun masih belum selesai walaupun anak itu kini telah mencecah 18 tahun semata-mata kerana sikap pasangan yang enggan bertolak ansur dan sukar menerima keputusan awal mahkamah, katanya.Statistik menunjukkan bagi tempoh tiga tahun sehingga 2006, seramai 5,577 wanita tempatan berkahwin dengan lelaki asing sementara 19,633 lelaki tempatan mengahwini wanita asing.-- BERNAMA

____________

Rabu, 30 Januari 2008

Takziah Atas Pemergian Bekas Mufti Selangor

Hari ini, 30 Januari 2008, kita kehilangan seorang insan yang sangat banyak berjasa kepada agama dan negara iaitu Bekas Mufti Selangor yang terdahulu, Dato' Ishak Baharom. Allahyarham semasa menjadi Mufti Selangor sangat tegas dengan pendiriannya walaupun kadang-kadang tidak disenangi banyak pihak terutama yang tidak sependapat dengannya.

Aku masih ingat suatu ketika dahulu, timbul kes penguatkuasaan dan serbuan yang dijalankan oleh Pihak Penguatkuasaan Agama JAIS ke atas tempat hiburan di mana anak gadis Melayu Islam yang bekerja sebagai GRO dengan pakaian yang sangat menjolok mata, melayan lelaki minum minuman keras ditahan. Maka ramai orang besar, pejuang hak asasi, persatuan wanita yang bertunjangkan barat membantah dan menyelar tindakan tersebut. Tetapi Allahyarham sangat berani mempertahankan dan menyokong usaha tersebut demi mempertahankan nama baik Islam.


Begitu juga ketika timbul pertanya demi pertanyaan tentang hukum Amanah Saham Bumiputera (ASN/ASB), beliau antara yang kuat menyatakan perndiriannya.

Pendapat beliau pula sering didengar dan kesungguhan beliau sering diperhatikan oleh masyarakat ramai. Begitu juga keberanian Allahyarham dalam menyatakan pendiriannya juga menarik perhatian masyarakat untuk terus mendengar dengan penuh minat. Cara percakapannya yang tenang, sederhana dan bersahaja memang sangat menarik hatiku.



Manusia mati meninggalkan jasa dan nama.. Begitulah dengan al-marhum yang telah meninggalkan banyak jasa dengan mengorbankan masa dan tenaganya untuk menyebarkan ajaran Islam. Jasa al-marhum sangat banyak dalam menegakkan Islam di Malaysia dan khususnya di Selangor.

Pada 1997, timbul masalah apabila ramai wanita Islam masuk pertandingan ratu cantik dengan memakai baju mandi, pakaian seksi dan sebagainya, beliau dengan tegas menyatakan bahawa haram hukumnya terlibat mempromosikan aurat diri dan dengan sengaja dan sedar memakai pakaian tersebut serta memperagakan badan di hadapan orang. Ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau diuji dengan hebat sehingga membawa kepada kedudukannya sebagai mufti telah hilang darinya..

Pemergian al-marhum merupakan kehilangan yang sangat besar ertinya bagi orang-orang yang mencintai Islam. Kita semua berasa sangat sedih atas kehilangan seorang ulama' dan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Al-marhum Dato' Ishak Baharom, bekas Mufti Selangor atas pemergian Allahyarham.

Semoga Allah mengurniakan sebesar-besar ganjaran serta meletakkan al-marhum bersama-sama golongan mereka yang soleh dan diberkati. Amin.. Al-Fatihah


Ahad, 27 Januari 2008

Balik Rumah- Home Sweet Home

Aaahhhh... seronoknya Bengkel dah habis..


Alhamdulillah bengkel telah selesai, sempurna dijalankan dengan majlis penutup pada jam 1 pm tadi. Sepanjang bengkel, walaupun letih tapi semuanya berjalan dengan sangat lancar penuh keriangan..

Aku paling banyak ketawa sebab duduk dalam kumpulan bersama Ustaz Ezani, pakar Ekonomi yang sangat kelakar, Prof Madya Ghazali yang kami semua panggil Ayah Li pun kelakar tapi bersahaja memberi nasihat seumpama seorang ayah. Semuanya sangat kelakar dengan gaya masing-masing, Dr Dani, Dr Azam, Dr Fisol, Dr Hassan, Dr Asiah, PM Asma', Kak Zu, Kak Baterah dll... semuanya suka buat joke dan aku adalah tukang ketawa.. kukik kukik ketawa... adoii.. sakit perut2 ketawa.. Tapi bagus bangat kerana tugasan membuat plan strategic yang sangat berat menjadi sangat mudah dan tidak tension...

Akhirnya selepas selesai semua kami akan balik semula ke Shah Alam... Wahhh tak sabarnya nak balik......Lepas pergi lunch, semua naik ke bilik untuk solat zuhur dan kami semua telah keluar meninggalkan Bayu Beach Resort pada jam 2.20pm.

Pemandu bas UiTM yang bawa kami ni sangat efficient..Terer betol..
Bayangkanlah, kita bertolak dari PD jam 2.25pm, sebab letih sangat semua orang takde sembang dalam bas, semua tertidur keletihan termasuklah aku sendiri.. Sedar-sedar bas dah masuk tol Batu 3..Bila aku tengok jam, baru jam 3.00 pm... 'Betul ker jam aku ni? takkan 40 minit dah sampai Shah Alam?' Rupanya betul...semua orang terkejut... hehe..
Bagusnya Pakcik bas ni bawak laju, Alhamdulillah semuanya selamat sampai dengan sejahtera dan gembira..

Abah dan Aisyah dah siap tunggu Umi depan Kolej Seroja.. Aisyah begitu gembira Umi dah balik.. Umi juga rasa sangat seronok dapat jumpa Aisyah dan Abah...

Esok kerja?????
Oh no... letih belum lagi habis...
tapi tugasan demi tugasan menanti di hadapan..


Doaku; Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepadaku, sihat tubuh badan, fizikal yang sihat dan minda serta spritual yang kuat untuk meneruskan tugas-tugas yang mulia ini..Semoga semua urusanku dipermudahkan Allah...amin..

Jumaat, 25 Januari 2008

Umi di Port Dickson

Alangkah letihnya my mind and my body...

For four days I have to be here, in Bayu Beach Resort, Port Dickson with 20 of my colleagues from the same department. We have to settle two things ie The OBE (Outcome Base Education) and also Strategic Plan for 2008.

We arrived on Thursday 24 Jan around 1 pm and I was assigned to be under group 6 and stayed with Kak Fisha, kak Asma' and Kak Zu in the same apartment. After 2pm, the taklimat was conducted and we should start the bengkel right after..

The time table was so tight. Started at 2pm up to 11 pm. Everyday we have to be in the seminar room as early as 8.30 am and the discussion will continue up to 11 pm at night..

Today is Friday, the second day of my bengkel. My mind has already too occupied and I do feel very tired and exhausted... I feel like weweng...

And the most important matter for me is my darling Aisyah...She called yesterday during the bengkel and I did not hear the call in.. She rang for more than 4 times... kesiannya my darling Umi.. After I realised, I called her back at home... and she kept crying.. uhu...uhu... Kesian betul...

'Kenapa Umi tak angkat Aisyah telefon? Tadi Aisyah yang call, Aisyah pakai telefon Bibik Umi tak angkat. Aisyah pakai telefon rumah pun Umi tak angkat.. Umi pergi mana? Aisyah rasa sedih sangat..'

'Umi mintak maaf yer sayang sebab tadi Umi tak angkat sebab Umi tengah meeting.. Umi tak dengar Aisyah telefon, nanti lain kali kalau Aisyah call, Umi cepat-cepat angkat yer.. Jangan sedih lagi ye..' Then she stopped crying..

Just now at 8.30 pm, Aisyah called and said how she misses Umi very much.. Abah also...(hehehe..) And I have to do my PR with this young clever girl.. So before she started to explain sad sad thing, I have to change her mood...

'Aisyah... Umi kan letih betul duduk kat sini. Pagi meeting, petang meeting, malam meeting, Umi rasa letihnyaa macam nak pengsan.. Aisyah kesian tak kat Umi?

My darling Aisyah terus bertukar tunenya..

'Umi letih kesiannya Umi.. Kalau Aisyah ada, boleh Aisyah tolong massage Umi kat kaki, kat kepala, kat bahu,... tak per Umi jangan sedih, Aisyah tahu Umi pergi sana sebab ada mesyuarat. Abah dah bagitau Aisyah Umi kerja sebab Umi nak cari rezeki yang halal kan...Nanti Umi balik Aisyah urut Umi yer.. kesian Umi..Umi tahu tak, Aisyah ada banyak cerita nak bagitau Umi, nanti Umi balik cepat yer, sebab Aisyah rasa nak sembang-sembang dengan Umi... Umi , kalau letih Umi bagitau la Boss Umi tu, Umi cakapler 'Saya letih la Boss, saya nak rehat..' Umi bagitau macam tu yer..'

"Ya lah.. kalau ada Aisyah mesti best boleh urut Umi.. nanti kita jumpa hari Ahad, Aisyah urut Umi sambil kita sembang-sembang yer...Aisyah duduk rumah kena dengar cakap Abah.. Lepas ni solat Isya' dulu baru tidur ye sayang.. Aisyah kasi telefon kat Abah pulak, Umi nak sembang dengan Abah pulak ye....'

Sebelum letak telefon, Aisyah said, 'Umi.. Umi buat kerja Boss Umi suruh eleok-elok ye.. Babai Umi, I love you very much...'


Mission accomplished! hehe.. Aisyah telah tidak jadi mengadu dan cerita dengan sedih-sedih tapi akhirnya telah bercakap dengan ceria dan memberi Umi luahan kata-kata yang mulia dan indah yang datang dari hatinya..

Bagus anak Umi ni..

Boringnye nak tunggu hari Ahad..

Rabu, 23 Januari 2008

Jokes

Ada someone send to me.. kelakar bangat.. hehehe...

Teacher: History is a very interesting subject. It tells you about what
had happened in the past.
Student: Please teacher, I don't think I want to study history.
Teacher: Why?
Student: There is no future in it.
............ ........


Teacher: Ted, if your father has $10 and you ask him for $6, how much
would your father still have?
Ted: $10.
Teacher: You don't know maths.
Ted: You don't know my father!
............ .......

Mother: David, come here.
David: Yes, mum?
Mother: You really disappoint me. Your results are getting worse.
David: But I will only get my report book tomorrow.
Mother: I know that. But I am going to Hong Kong tomorrow, so I am
scolding you now
............ . .......

Father: Why did you fail your mathematics test?
Son: On Monday, teacher said 3+5=8
Father : So?
Son: On Tuesday, she said 4+4=8
And on Wednesday, she said 6+2=8. If she can't make up her mind,
how do I know the right answer?
............ ......... .

A mother and son were doing dishes while the father and daughter were
watching TV in the living room. Suddenly, there was a loud crash of
breaking plates, then complete silence. The daughter turned to look at
her father.
Daughter: It's mummy!
Father: How do you know?
Daughter: She didn't say anything.
...........

Man: How old is your father?
Boy: As old as me
Man: How can that be?
Boy: He became a father only when I was born
-----------

Teacher: Simon, your composition on "My Dog" is exactly
the same as your brother's. Did u copy his?
Simon: No, teacher, it's the same dog!
------------ -

Teacher: "Where were u born?"
Student: " Singapore , Sir."
Teacher: "Which part?"
Student: "All of me, Sir."
------------ ---------

A teacher was asking her class: "What is the difference between
'unlawful' and 'illegal'?" Only one hand shot up.
"Ok, answer, Joan" said the teacher.
"'unlawful' is when u do something the law doesn't allow
and 'illegal' is a sick eagle."
------------ --------- --------- --------- --------- --

Teacher: "How come you do not comb your hair?"
Ah Kow: "No comb, Sir."
Teacher: "Use your dad's then."
Ah Kow: "No hair, Sir."

------------ --------- --------- --------- --------- ----

Kelakar jugak jokes ni... hehehe..

Selasa, 22 Januari 2008

Tazkirah Ustazah Cilik

Semalam masa tengah buat kerja di internet, Umi plan nak hantar satu artikel pada salah seorang kawan.. Tapi entah la tak tahu macamna buleh jadi, Umi tersilap hantar isi yang salah kepadanya. Ingat nak tekan benda lain tapi tertekan send.. isyyy..
Masa tu Umi ada dengan Aisyah dalam bilik. Aisyah tengah buat 'colouring' dan Umi tengah guna internet.

Bila dah tersalah, Umi terus kata..'Alamak..Ya ALlah Aisyah..'

'Ada apa Umi..' terkejut makcik tu.. (makcik comel nama Aisyah ler..hehe..)

'Umi tersilap hantar emel pada kawan Umi la Aisyah...Sepatutnya Umi hantar isi lain tapi Umi tersilap klik send... Ya Allah .. habisla Umi..mesti kawan Umi marah..' Umi mengadu pada sicantik Umi.

Dengan penuh tenang, Aisyah terus bertindak memberi tazkirah yang sangat bernas.. hehe.. kelakar bangat tapi Umi tak boleh ketawa.. mesti serius kalau dengar nasihatnya..Itu prerequisite condition..

'Takpa Umi, Umi jangan sedih.. Umi sabar yer..Umi tersilapkann..
jadi Umi tak salahlah.. Umi jangan sedih tau..'
Umi angguk je sambil senyum (tapi tak boleh ketawa...)

'Tapi Umi dah tersalah hantar emel ni..mestilah Umi rasa sedih dan geram..' Bantah Umi.. (saja nak nyakat Aisyah ni..hehe)

Ustazah cilik telah bercakap dengan penuh yakin , 'Umi.. Umi tau tak, kita kan manusia.. Allah yang create kita.. bukannya orang lain yang cipta..Maksud Aisyah, kalau kita tersalah Allah tak marah sebab kitakan manusia..'

Hehehe anak anak...

'Camtu ke Aisyah..Lagi...' Umi mintak Aisyah bagi tazkirah lagi..

'Umi kena ingat, kalau manusia, kita kan selalu macam taknak buat tapi kita buat.. Maksud Aisyah kita mula-mula tak nak buat tapi kita buat lepas tu sebab kita tersalah.. Itu lah maksud Aisyah.. Macam Aisyahkan Umi, masa Aisyah 6 tahun, Aisyah tak nak lagi kencing atas katil, tapi Umi ingat tak, hari tu Aisyah terkencing atas katil..Itu sebenarnya Aisyah tersalah la tu.. bukannya sengaja..'

'Ooo camtu, tapi emel ni salah Umi kirim, mesti kawan Umi marah..' saja nak ngadu..
Best tau mengadu dengan Aisyah..hehe..

'Takk..mesti dia tak marah.. Umi telefon la dia, Umi bagitau..'Saya tersalah tadi masa hantar emel..Awak jangan marah yer..nanti saya hantar yang lain, yang betul punya..' Umi cakap je lah macam tu ye Umi.. Umi call kawan Umi yer.. Jadi Umi tak payah rasa sedih lagi..'

'Cam tu ke Aisyah.. Pandailah anak Umi ni....nanti Umi call dia bagitau..'

'Sekarang Umi boleh sambung buat kerja Umi.. jangan sedih ye Umi sebab Umi kena ingat dalam hati dan kepala Umi, kita semua manusia..mesti tersalah..Allah tak marah kalau kita tersalah..Umi ingat yer...' Ustazah Cilik menutup tazkirahnya.

Akhirnya Ustazah Cilik rasa sangat gembira, sebab Umi nya telah mendengar nasihatnya.. Nasihat apa tu yer.. nasihat undang-undang ke nasihat kaunseling?
Umi ketawa betul bila ingat nasihat anak Umi yang comel ini...

Terima kasih ye Aisyah...

'

Kisah Perempuan didakwa masuk Islam

Berita Harian
18 Jan 2008
Pengurus dibenar tuntut mayat isteri

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam, membenarkan seorang pengurus pusat snuker menuntut mayat isterinya, yang didakwa menganut agama Islam sebelum kematiannya pada 30 Disember tahun lalu.

Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyatakan pihaknya tidak akan mengambil tindakan lanjut dan melepaskan segala hak terhadap mayat Wong Sau Lan, 53, kepada warisnya untuk disempurnakan mengikut agama dianutinya sebelum ini.

Mahkamah sepatutnya ditetapkan untuk mendengar permohonan perintah injunksi interim sementara bagi menghalang MAIWP menuntut mayat Wong, semalam. Peguam Karpal Singh yang mewakili suaminya, Ngiam Tee Kong, 52, ketika ditemui di luar mahkamah, berkata MAIWP menyerahkan surat bertarikh 16 Januari lalu kepada beliau menyatakan pemelukan Islam oleh Wong adalah tidak sah mengikut kehendak Hukum Syarak dan Seksyen 85 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993.

Karpal berkata, Ngiam akan menuntut mayat isterinya daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan berharap MAIWP lebih berhati-hati berkaitan isu agama pada masa depan.

Sementara itu, peguam Zulkifli Che Yong, yang mewakili MAIWP berkata sudah menjadi tugas MAIWP untuk menyiasat status keislaman Wong selepas timbul dakwaan beliau sudah memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah.

Zulkifli berkata, keputusan untuk melepaskan mayat itu juga dibuat selepas mengambil kira pandangan Mufti dan hasil siasatan berhubung keterangan seorang saksi iaitu pengamal perubatan tradisional, Siti Aishah Ismail, yang pernah mengubati Wong.

Zulkifli berkata, MAIWP mendapati ucapan kalimah syahadah (perakuan sebagai Islam) Wong adalah tidak lengkap, selain syarat pemelukan Islam beliau yang tidak sempurna. Dalam permohonannya pada 2 Januari lalu, Ngiam meminta perintah injunksi bagi menghalang mayat isterinya itu diuruskan mengikut Islam sebelum kesahihan dakwaan Pengarah HUKM dan MAIWP (defendan) diputuskan di mahkamah. Ngiam memohon injunksi bagi menghalang HUKM dan MAIWP daripada mengambil atau menuntut milikan terhadap mayat Wong.

_______________________________

Man granted right to claim wife's body

Ngiam Tee Kong, 52, and his youngest daughter leaving the High Court after their hearing.

KUALA LUMPUR: It was a traumatic three-week ordeal for an entertainment outlet manager after he was refused permission by a hospital to claim his wife's body. She had allegedly converted to Islam.But yesterday, Ngiam Tee Kong, 53, could finally heave a sigh of relief after the High Court (Appeals and Special Powers Division) ordered Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital (HUKM) to release the body to him, after granting him rights over her remains. "I will be claiming it today (yesterday) and hold a wake before cremating her."

He said this after judge Lau Been Lan delivered her decision in chambers following a letter from the Federal Territory Islamic Religious Council (MAIWP), saying it did not want to pursue the matter.The letter, dated Jan 16, stated that Wong's conversion was not in accordance with the Syariah Law and Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993.The court was supposed to hear Ngiam's interim application to prevent MAIWP from claiming his wife's body. Counsel Karpal Singh, who represented Ngiam, said they would file a civil suit against MAIWP and HUKM for negligence."

MAIWP should not make mistakes like this and they have to be more careful." Lawyer Zulkifli Che Yong, who represented MAIWP, said it was the council's responsibility to investigate Wong's religion following claims that she had converted to Islam.The decision to release Wong's body was made after considering the views of the mufti and testimony from a witness, traditional healer Siti Aishah Ismail, who used to treat Wong.
____________________

Kesimpulannya;

Wanita tersebut didakwa memeluk Islam di hadapan seorang wanita pengamal perubatan yang pernah merawat wanita terbabit. Tetapi dengan kekurangan pembuktian, pendaftaran masuk Islam juga tidak kuat ketrangannya, apa tah lagi tidak ada apa yang boleh menguatkan dakwaan dan menyokong bahawa dia sudah masuk Islam.. Kerana itu, keputusan memihak kepada keluarga si mati..

Wallahua'lam.. Sekiranya simati memang pernah mengucap dua kalimah syahadah, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membuat penilaian dengan sebaiknya..Kita berasa sangat sedih sekiranya perkara ini berlaku...Tetapi cuba kita perhatikan reaksi Karpal mewakili bukan Islam bahawa dia akan mengambil tindakan seterusnya memfailkan saman kecuaian dan sebagainya terhadap MAIWP... Sebenarnya inilah tindakan mereka yang sebenarnya sangat tertutup dan tidak mahu bertimbang rasa serta sangat tidak menghormati Mahkamah Syariah... Peguam Nyonya Tahir kes Seremban dulu, sangat berbeza nasihatnya yang menghormati Mahkamah Syariah dan menunggu dengan sabar apa keputusan Mahkamah Syariah tetapi keadaannya sangat berbeza dalam kes Reyappan, kes ini pun sama... Alangkah sedihnya....

Semalam, surat khabar membawa kes yang hampir sama...
Seorang lelaki China berumur lebih dari 70 tahun meninggal dan anaknya yang Islam mendakwa ayahnya telah masuk Islam... Macamna pula keputusan mahkamah dalam kes ini? Mudah2an Allah membantu semua urusan kita..