Isnin, 26 November 2012

Melbourne

 Berjalan...


Jalan kaki... Hari Ahad semalam 25 Nov, saya ke uni, print draft dan letak depan pintu opis Pak Tim. DIa suruh saya letak sebab dia nak ambik petangnya on the way to Canberra. Saya serahkan 7 chapter draft terakhir.. dia akan serahkan hari rabu ni.. Semoga kuranglah kesalahannya, supaya dapatlah saya selesaikan repair repair mana patut sebelum saya balik ke Msaia.



Hari Ahad terakhir saya di bumi Melbourne..
Lepas saya tinggalkan document depan opis Pak Tim, saya keluar dari Law School berjalan menyusuri jalan tepi bangunan menuju ke Vic Market..

Saya rasa ini kali pertama saya berjalan dengan penuh perasaan sebagai seorang yang 'berjalan.'
Saya tengok setiap kedai, baru saya nampak ooo rupanya ada kedai vietnam kat sini, ada kedai jual barang mainan, ada kedai jual motor..
sebab sebelum ini saya berjalan tanya jiwa..
berjalan laju nak sampai ke uni, dan dari uni berjalan pula balik ke rumah..
apa kedai2 di tepi jalan elizabeth saya tak perasan langsung..

Saya sms Adli, 'adik saya' kat Uni vermlbourne..
Dia jadi adik saya sebab 'ayah' kita orang sama..:-)
Ayah kita orang Pak Lah, so Adli ni kira adik saya la..
Dia tempat rujukan saya.. semua kedai makanan halal kat melbourne dia tahy..
Dia juga pembantu saya dalam kerja PhD saya..
Saya tanya kat mana kedai makan halal kat Vic Market?
Dia jawab tak de, yg terdekat Kedai Mamak.. so saya pun berjalan ke kedai mamak..

Sepanjang jalan, saya ambik gambar.. pusing sana pusing sini..
Saya rasa seperti release beban yang berat atas bahu saya..

Dalam saya berjalan, tiba-tiba saya dibuai rasa sayu..
Rasa sayu yang mmenuhi ruang hati saya..
Saya telah berada di Melbourne 4 tahun,
dan saya akan meninggalkan bumi Melbourne yang cantik ini.
Saya sukakan Melbourne.
Saya suka menghirup udaranya..
Saya suka melihat jalan rayanya dan kereta2nya..
Saya suka melihat kebersihannya.
Saya suka melihat bangunan2nya..
Saya suka melihat cashier mereka, dalam semua kedai peramah dan friendly..
Saya suka rumah yang selamat, tanpa pagar..
Saya suka pasar Preston yang kering..
Saya suka hampir semua yang ada di sini..

Saya melihat nilai Islam pada penduduknya, walaupun mereka umumnya tidak Islam..

Dan selepas beberapa hari lagi, saya akan meninggalkan bumi Melbourne..
Saya rasa sangat sayu....

Air mata saya rasa hampir mengalir turun..

Wahai ALlah, terima kasih kerana memberikan saya peluang yang sangat bernilai ini..

Bumi Melbounrne, selama empat tahun saya sini..
Saya akan merinduimu....

Ini antara gambar yang saya snap..
Laicester St, sebelah Law School.. Saya menyusuri jalan ini..
Dari kejauhan selepas meninggalkan Law School, saya toleh ke belakang melihat Leicester St yang akan saya tinggalkan...
Bangunan yang ada...
Inilah jalan Leicester St.. Ia kenangan untuk saya...


Saya melintas jalan dari Leicester St to Elizabeth St, saya lalu depan Vic Market.. Saya akan pasti merindui Vic Market..
Ini Keretapi laama yang ditukar menjadi restoran...





Vic Market... antara kedai basah yang tidak ada air.. kering sekering2nya... sepertimana kedai basah yang lain, jual ikan, ayam, daging tapi kering... Gambar ini saya ke tempat jual sayur..





Vic Market....
Kedai Pakcik CIna yang pandai cakap Melayu... Saya membeli belah barang2 untuk bawa balik...


Saya menapak balik  dari Vic Market ke Law School.. Melihat bangunan Law School dari jauh..
University of Melbourne.. Bangunan Fakulti Undang-undang..
Saya akan merindui bangunan dan meja tempat saya buat kerja..



Bangunan Law School...
University of Melbourne...
Bandaraya Melbourne..
Saya bersyukur pada Allah atas semua nikmat yang diberi..
Semua kenangan laluan hidup saya... 
adalah indah belaka...

Jumaat, 23 November 2012

Completion seminar 23 Nov 12

Perjalanan PhD saya..

 Tadi saya present completion seminar..

Semoga Allah izinkan saya menamatkan perjalanan ini dengan jaya.. in sya allah.. ameen..



Inilah dua orang yang sangat saya hormati..
Pak Tim sebelah kanan, sebelah kiri saya adalah Pak Lah..
Semoga Allah rahmati perjalanan pencarian ilmu saya ini...ameen.

Khamis, 22 November 2012

Kata-kata semangat..

Semangat.. semangat..

Kenapa kita selalu guna perkataan semangat?
Bila ada musibah, kita nasihatkan kawan kita, "Kuatkan semangat yer.."
Kita nasihatkan anak-anak kita, "Tabah selalu, jangan patah semangat.."
Kita kata kat diri sendiri, "Jangan mengaku kalah, pertahan semangat juang yang ada.."

Kenapa semangat? dan apa peranannya dalam diri kita?

Saya sebenarnya masih terfikir-fikir pasal ni..
Kuatnya peranan semangat, sepertimana kuatnya peranan kata-kata pemberi semangat.

Semangat adalah pushing factor yang ada dalam jiwa kita.
Ia tertanam sama ada kita berusaha menanamnya, atau kerana ia diberi masuk ke dalam diri kita oleh orang lain. Ia boleh jadi kerana berlaku sesuatu yang mendesak kita untuk menanamkan semangat itu menjadi kuat, atau kerana ada orang lain yang selalu memberi kita kata-kata semangat dari luar.

Kita boleh jadi lemah semangat, hilang semangat juang, tak ada rasa nak ke depan, tak ada perasaan nak maju membaiki diri, kerana kita sendiri tidak berikan kata-kata yang baik untuk semangat kita. Jiwa halus kita yang akan malap apabila dibiarkan begitu sahaja.

Seorang doktor gigi, tidak boleh mencabut giginya sendiri walaupun dia tahu kat mana gigi yang sakit. Dia perlukan doktor gigi lain untuk mencabut giginya.  Seorang 'kita', saya dan anda, apabila berdepan dengan masalah, selalunya kurang berjaya memberi kata-kata semangat untuk diri sendiri, kita perlukan orang lain untuk memberi kata-kata semangat. Ini  membuktikan kita adalah manusia ciptaan Allah yang lemah. Kita ini lemah, kerana itu perlukan bantuan- dari orang lain, apatah lagi dari pencipta kita.

Kata-kata semangat adalah multi-vitamin yang kita perlukan. Saya, anda, anak-anak kita, pasangan kita, pelajar kita, kawan-kawan kita.. semua orang perlukan kata-kata semangat dari orang lain.

Jadi
Jangan berhenti berjuang,
sepertimana jangan berhenti memberi kata-kata penguat semangat juang.

_______________

Kata-kata pemberi semangat untuk saya dan anda..

There is no such word as TRY
There is only DO or DID NOT DO!


Always be BRAVE
even if you're not,
pretend to be
No one can tell the difference...

Jangan biarkan pemikiran negatif membunuh semangat kita...
teruskan memberi positif input, kata-kata penguat semangat..
jalan ke depan akan terus bercahaya... insya Allah..

Rabu, 21 November 2012

80 words

80 words... Saya baru hantar 80 words abstract yang dikehendaki oleh Graduate school. Semoga saya berjaya menghantar thesis saya soon.. Ya ALlah.. mudahkanlah untuk saya.. Ya Allah.. ameen..



Ahad, 18 November 2012

Kata-kata semangat..

Aisyah..

Aisyah tulis untuk saya kata-kata hikmah dia ...

UMI,
IF YOU WANT TO SEE THE RAINBOW
YOU GOT TO PUT UP WITH THE RAIN..

Keep trying Umi....


 insya Allah.. I will try to keep trying.. bi iznillah...

Isnin, 12 November 2012

Happy Birthday..

Happy Birthday to me...28 Oct

and Happy birthday to my darling Aisyah .. 11 Nov..

Semoga ALlah selalu bersama kita, memayungi kita dengan rahmatNya, InanyahNya, kasih sayangNya dan mendorong kita menjadi orang solehah, hambaNya yang taat pada suruhan dan laranganNya, dan menjadi umat Nabi Muhammad yang baik. Semoga kita diberi hidayah selalu.. dan menjadi penghuni syurga di akhirat kelak...

Wahai Allah, terima kasih di ats semua nikmat yang Engkau telah kurniakan... ameen...

Sabtu, 10 November 2012

Letihnya............

Letihnya....

Saya tak tahu nak cerita betapa letihnya badan saya, dan letihnya kepala dan otak saya sekarang ini. Masa yang mengejar saya seperti tak cuku- masa untuk saya tidur dan berehat. Saya tidur 4 jam sehari, dan terus membetulkan tesis ini, refine and refine.. Subhanallah.. hanya Allah yang tahu betapa sukarnya..

Saya jumpa Pak Lah, banyak dia suruh tambah terutama mengenai perbahasan Muslim scholars.. yang ada sekarang belum cukup dalam, masih shalow.. Mencacau saya cari buku. Nasib baik saya ada Adli..[lecturer UIA yang juga anak murid bawah Pak Lah, kami dua orang saja budak Mesia bawah supervision Pak Lah]. Dia tolong saya carikan buku2 Arab kat mana dan download mana2 ebook kitab Arab untuk saya tambah dalam Chapter 4 yang pak Lah suruh..

Saya rasa macam nak tumbang bila baca comments Pak Lah. .. Saya email Pak Tim, mengadu.. [ adoii macam anak-anak saya rasa saya sekarang ni. Mengadu pada ayah yang baik atas masalah yang saya lalui.. ] dan Pak Tim dengan baik hati membalas email saya.."Hidayah yang baik, do not worry, I will call him and discuss with him. Finish your work and do not worry.." .. Terima kasih ya Pak..

Susah hati saya tak tahu lah macamana nak cakap...
Air mata saya mengalir sendirian.."Ya Allah tolonglah saya ni... kesihankanlah saya ya Allah..Saya nak siapkan tesis ni, saya nak balik Mesia ya ALlah.. tolonglah saya.."

Adli yang baik ni orangnya kelakar.. Bila dia tahu saya sedih, dia hantar sms tulis,
"Don't cry for me Argentina.."
 adoiii saya ketawa dan kurang siket rasa sedih..

Subuh pulak masuk awal dan habis awal. Saya terpaksa adjust waktu dengan baik. Dulu saya tidur jam 2 pagi, dan bangun jam 6 pagi tak apa sebab Subuh habis jam 7.30 pagi. Tapi sekarang subuh masuk jam 4.30 pagi dan habis jam 6pg. Kalau saya tidur jam 2 pg, saya takut tak terbangun.. Jadi saya terpaksa adjust lagi jadual saya, sama ada saya tidur jam 10.30 mlm dan bangun jam 2 pg atau 3pagi. Atau terus buat kerja, lepas solat subuh dalam jam 7pg baru tidur sampai jam 11 pagi.. Kelam kabut betul life saya.. Nak cerita kat orang pun tak reti dah. Kalau nak jumpa saya pun dah tak boleh sekarang ni, kerana masa saya, hanya untuk solat, makan sekejap dan semuanya di meja. Saya berada di meja hampir 17 jam sehari..

Ya Allah, berilah bantuanMu dan berilah pahala untuk semua yang saya buat.

Pak Tim tanya saya semalam,"Hidayah, tell me about your health?"
Saya jawab.."haaaa..what do you  mean Pak?"
Dia kata, "Just answer, bad or worse.."
Saya jawab.."I think worse.."

Dan Pak Tim ketawa.."Ok.. it is a good sign. It means you are doing your PhD. If you are ok, and sleep 8 hours a day, you won't get your PhD. PhD itu kesukaran, keletihan, kesusahan.. no pain no gain.."

"ooo.. baik Pak... Thank you Pak.. I want to continue my work, be in the gubuk derita seorang pelajar PhD..."

-----------------------


Isnin, 5 November 2012

Buku dan Meja Studyku..

Buku-bukuku...

Saya sekarang adalah pelanggan kepada Better World Books- belian buku second hand secra online tanpa sebarang caj penghantaran. Alamat websiteny adalah
http://www.betterworldbooks.com/cart.aspx

Saya dah habiskan banyak dollar dah sepanjang saya berada di Melbourne ini. Barang diorder dapat dalam masa seminggu.

Ini adalah buku-buku yang saya baru order dan baru dapat. Harga sebuah second hand sangat berbaloi..satu dalam AUD9, AUD12, AUD7, AUD14 dan lain-lain.. Yang terbaru saya dah dapat hampir 11 buah buku..

Tapi sebab saya kesuntukan masa untuk siapkan tesis, semua buku-buku ini saya akan baca bila dah balik Malaysia nanti. Insya Allah..

Saya selalu berdoa mudah2an Allah memberikan saya akal yang cerdas, suka baca buku, suka berfikir, dan semoga setiap yang saya baca memberi saya ilmu-ilmu baru, dan semoga dengan adanya ilmu, ALlah izinkan saya untuk memberi sumbangan keilmuan sebagai amal jariah kepada dunia.. insya Allah.. dan saya juga selalu berdoa yang sama untuk Aisyah, semoga anak Umi akan menjadi ilmuan Islam yang solehah di masa-masa akan datang..ameen..









Inilah rupa meja study saya sekarang ini...
Yang besar terpampang depan meja saya warn biru itu adalah motivasi saya....
            
THE SKY IS THE
           LIMIT

Sabtu, 3 November 2012

VMPGA Melbourne Australia..

 VMPGA

VMPGA stands for Victoria Malaysian Postgraduates Association. Ia ditubuhkan pada tahun 2007 yang mana Presiden pertama adalah Ustaz Nushi. Kemudia berkembang menjadi persatuan yang diiktiraf oleh Malaysian Student Department (MSD) dan menjadi wadah rasmi pelajar PhD terutamanya untuk berurussan dengan Kementerian dan sebagainya. Alamat websitenya adalah http://www.vmpga.org/past-vmpga-committee.

Saya sebenarnya dah lama tak tengok website VMPGA, apatah lagi sekarang ini, apabila masa semakin suntuk untuk kembali kesepenuhnya ke Malaysia. Baru tadi, tetiba saya teringat kepada vmpga dan menjengah ke laman webnya. Rupa-rupanya Committee vmpga telah letak list nama AJK VMPGA semenjak penubuhannya. Ia adalah infomasi penting menjadi kenangan untuk saya.. 

Apatah lagi ada nama saya di antara nama-nama mereka.. Semoga pada ketika saya memberi khidmat, semua masa dan tenaga yang saya curahkan diberi ganjaran pahala oleh ALlah yang Maha Kaya..

  

VMPGA Committee 2007/08

President: Nushi Mahfodz
Vice President: Vacant
Secretary: Basyariatul Fathi Othman
Asst. Secretary: Vacant
Treasurer: Norizan Mohamad
Asst. Treasurer: Vacant
Academic & Human Development: Muhamad Razak Idris
IT & Communication: Anang Hudaya Muhamad Amin
Social & Welfare: Mohd. Khairul Hilmi
Special Tasks: Mohd. Hanif Yaacob
Ex-Committee Members:
  1. Noorihsan
  2. Wan Fauziah
  3. Chong Tsu Tsuey
  4. Mahazan Mutalib
  5. Istas F. Nusyirwan
  6. Ema Izati


VMPGA Committee 2008/2009

President: Mohd. Hanif Yaacob
Vice President: Muhamad Razak Idris
Secretary: Anang Hudaya Muhamad Amin
Treasurer: Norizan Mohamad
Academic Development & Research Networking: Nurhafilah Musa
Welfare & Accommodation Support: Roslan Seman
Membership Affair: Nancy Soo Wan Ling
IT & Publications: Raja Azlina Raja Mahmood

Communication & External Affairs: Rohani Mohamad
Social & Recreation: Shafriza Nisha

VMPGA Committee 2009/2010

President: Prof Madya Hjh Nurhidayah Hashim
Vice President: Khairul Azami Sidek
Secretary: Haslaile Abdullah
Treasurer: Nurhafilah Musa
Academic Development & Research Networking: Mohd Adli Musa
Welfare & Accommodation Support: Zaihan Othman
IT & Publications: Dr Rahana Hashim
Social & Recreation: Umar Hayyat Abd Kahar


VMPGA Committee 2010/2011

President: Khairul Azami Sidek
Vice President: Mohd Fauzi Kamaruddin
Secretary: Abdul Jabbar Abdullah
Treasurer: Murshamsul Kamariah Musa
Academic Development & Research Networking: Mohd Fauzi Kamaruddin
Welfare & Accommodation Support: Sallehudin Harun
IT & Publications: Mohd Zulfaezal Che Azemin / Syahril Said
Social & Recreation: Yusli Yaakob

VMPGA Committee 2011/2012

Presiden: Shamsul Nizam Bin Kachi Mohideen
Timbalan Presiden: Nazura Mohamed Sayuti
Setiausaha: Nurul Nuha Abdul Molok
Penolong Setiausaha: Wan Suriyani Faliq Adeeba Wan Ibrahim
Bendahari: Murshamsul Kamariah Musa
Penolong Bendahari: Ku Azizah Ku Daud
Biro Pembangunan Akademik dan Rangkaian Penyelidikan: Dr Asreenee Ab Razak
Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan: Muhammad Rusdi Ahmad Rusmili
Biro Sukan dan Rekreasi: Asrol Afendy Mohamad Ali
Biro Kebajikan dan Sosial: Sallehudin Harun
Biro Publisiti dan Seranta: Nazura Mohamed Sayuti
Biro Wakil Universiti: Arif Fahmi (Victoria University)/Wahida Ahmad (La Trobe University)/Nazura Sayuti (RMIT University)

Rabu, 31 Oktober 2012

Thesis oo thesis..

Thesisku.......

Dapat maklumbalas dari Pak Tim..
penuh bertanda
sakan berconteng

Tugasanku masih panjang....
Mudahkanlah untukku wahai Allah yang Maha Mengasihani...


 Walaubagaimanapun, saya sangat 'hormat dan suka' kepada cara Pak Tim menjadi supervisor.  Saya belajar banyak perkara dari beliau. Saya selalu berazam ingin mencontohinya dalam berurusan dengan pelajar..

Sepanjang saya mengenalinya, Pak Tim sangat friendly, ceria, suka bagi nasihat, baca setiap patah perkataan.. dan saya sangat ingin mencontohinya apabila saya balik ke Malaysia nanti.

Contohnya.. lihatlah betapa banyak dia conteng kertas saya..:-)

dan juga lihatlah betapa berserabainya meja study saya..:-)

Kalau dapat dibesarkan gambar ini, kat cermin depan notebook saya ada satu kata-kata hikmah yang saya tampal dan saya baca setiap hari..

SUCCESS ISN'T HOW FAR YOU GO, BUT
THE DISTANCE YOU TRAVELED FROM WHERE YOU STARTED -Steve Prefontaine-

dari tahu sikit, kepada tahu lebih banyak.. itulah ilmu kita dan itulah kejayaan!

atas sikit dari cermin tersebut ada dua lagi kata-kata hikmah yang saya tampal iaitu:

DO NOT GIVE UP. 
IT IS NOT OVER UNTIL IT IS OVER!

Jangan putus asa, selagi ada kudrat, ada keupayaan, ada masa, brain masih diizinkan Allah berfungsi dengan baik, dan selagi ada hayat... Jangan sama sekali berputus asa. Kalau ada rasa lemah sesekali, itu lumrah, nama lagi manusia..tapi tidak terus surrender berlepas tangan dan putus asa.. Nooo.. Sekali melangkah, mesti bagi habis!. Sekali kata nak sambung PhD, mesti usaha sehabis daya bagi tamat!..

Hanya langit yang paling atas kita tak boleh capai.. kalau boleh capai, kita perlu capai..

THE SKY IS THE LIMIT!

Saya selalu ulang kata-kata hikmat yang sama berulang-ulang kali pada diri saya sendiri.
Bukan saya tidak pernah lemah, selalu..
saya pernah meluahkan rasa lemah sungguh semangat saya pada kawan saya fadzlina dulu. Saya dah rasa nak balik sambung di Malaysia. Tapi Ina, a good friend of mine, dia bersungguh-sungguh beri saya semangat, dan carikan beberapa articles yang saya perlu baca.

Saya juga pernah bagitau Pak Tim bahawa saya rasa buntu, cannot see the light, saya tak tahu macamna nak tulis apa yang saya tahu. Dan Pak Tim kata, "Write from your heart.  I know you have a lot of knowledge about Syariah court and civil court. I know you can finish this research. That is why I agreed to be your Supervisor. I know you can make it hidayah. Your research is for your society, your country and children in Malaysia.. Just tell me what you know..write whatever you have, and I will help you to finish this study.."

Ayah saya juga pernah said yang sama, "Yang hantar anak ayah belajar di Australia tu Allah. ada sebabnya.."

Pak Lah my main principal juga kata yang sama lebih kurang, "Your research is important. That is why God sent you to Australia.."

Bagaimana mungkin saya tidak bersyukur pada Allah yang Maha Pengasih. dan berterima kasih kepada semua kawan-kawan yang menolong saya.

Dan bagaimana mungkin saya tidak berterima kasih pada Ma yang setiap malam bangun solat hajat untuk saya. Setiap kali saya telefon, Ma akan beritahu saya, "Ma tak pernah berhenti solat hajat semoga Allah tolong anak Ma di Australia.." Begitu juga pada suami saya, yang tak pernah berhenti memberi saya semangat and berdoa untuk saya lebih banyak dari doa untuk dirinya..

Wahai Allah,
semoga ilmu dan tesis ini bermanfaat untuk Islam dan umatnya, untuk negara dan seluruhnya.. ameen..



Sabtu, 27 Oktober 2012

Eid Mubarak

Hari Raya Eidil Adha 2012 26 Oktober 2012 Saya dengan Sherry ke Masjid Preston untuk menunaikan solat hari raya..



 Lepas solat, kami pun balik sebab solat atas jalan, tak dengar pun khutbah yang dibaca oleh Imam. Imam tak guna speaker ke luar, hanya dapat dengar dalam bagunan saja. Masa solat, kita semua dengarlah bacaannya. Imam cuma buka speaker ke luar masa solat saja. Mungkin permit polis hanya diberi masa solat saja agaknya untuk suara boleh dilaungkan ke luar masjid..Habis solat, tak dengar dah.  Nak masuk building tak dapat, oranag sangat ramai.

Bila semua orang gulung tikar, dan balik, kita pun ikut lah...:-)

Lepas tu kami ke Dewan Uni La Trobe, ada solat hari raya dan jamuan pelajar2 Malaysia. Duduk sana setengah jam, kami semua ke universiti untuk tugasan masing-masing..

Saya ke Universiti, untuk berjumpa dengan Pak Tim..

.....

Khamis, 25 Oktober 2012

Arafah Day

Today is 9 Zulhijjah, the Arafah Day.


Tomorrow is Hari Raya..
Selamat Hari Raya to my Ma and Ayah, Mak and Abah,
my kakak-kakak and adik-adik, my dearest hubby and my darling daughter Aisyah.
and all Muslims in the world.

Selamat Hari Raya Eidil Adha.
May Allah bless us all. 
May ALlah help Palestanian people, Rohingya, and all Muslims in the world. ameen.
This would be my last Eid in Melbourne.. bi iznillah...

--------------------

I received a message from Mercy Mission Australia, (as a subscriber to their bulletins). It's a very nice message. Thank you to Mercy Mission. 

Tomorrow is Eid al-Adha. 
I plan to perform my solat raya somewhere in the city or at the Preston Mosque. 
After the solat, I have to run to the uni, to see my Supervisor. 

Tomorrow  will be the important day of my PhD journey..insya ALlah..
Mengambil keberkatan Hari Raya Korban..
Semoga pengorbanan yang saya buat sepanjang 4 tahun ini diberkati ALlah yang Maha Pengasih.
I will submit the whole thesis -my first draft of the whole seven chapters of 70000 words.

Ya ALlah, please help me and ease my burden.. ameen....
___________________________

Message from MERCY MISSION..

As-salamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh my dear brothers and sisters,

Alhamdulillah, by the grace of almighty Allah subhana wa ta'ala, we are blessed with another Eid this year.  JazakAllah khair to all our supporters and sponsors for the generous contributions. May Allah subhana wa ta'ala reward you and bless you abundantly in this world and in the Hereafter. 
The best days of Dhul Hijjah are coming to an end and soon the day of Arafah will be upon us. The day of Arafah is a special day and it is recommended to fast on this day. The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) was asked about fasting on the day of Arafah, so he said, “It expiates the sins (Minor) of the past year and the coming year.”(Muslim)

This is a time for us to maximise our acts of Ibaadah from fasting to charity, from moistening our tongues with the remembrance of the All Mighty to making duaa, from standing the night in prayer to increasing in all the sunnah/nawafil prayers.

May Allah subhana wa ta'ala give us guidance, wisdom and strength to benefit from these blessed days. Please remember our ummah, people who are oppresed and in great difficulties and our families in your duas.

On behalf of the Mercy Mission Australia team, I wish you a joyous eid, Eid Mubarak!
Jazaaka Allahu Khairan.
Tahir Usman
National Manager
Mercy Mission Australia

Selasa, 23 Oktober 2012

Iman siapa lebih tinggi..

Iman dan taqwa kepada Allah..

Dalam kalangan kita, ada yang  selalu melihat sesuatu secara luaran dan literal, sedangkan tidak selalunya pandangan literal itu tepat. Kadang-kadang ia tersasar jauh dari apa yang sebenarnya.

Contohnya ada yg beranggapan orang berserban adalah lambang tinggi ilmunya, lebih labuh tudungnya adalah lambang ketakwaannya.   Sebab itu ada orang yang beranggapan yang berjubah, kopiah dan berjanggut melambangkan tinggi iman dan takwa mereka.
Begitu jugak ada yang beranggapan yang pakai tudung kurang labuh, maka kurang baik dari yang lagi labuh..


Kita tidak tahu, mungkin orang ini lebih baik dari orang itu.. mungkin yg nampak biasa2 lebih  menjaga mata dan akhlaknya, lebih kuat beribadah malam,  lebih baik dari yang sesetengah yg bertudung labuh dan berserban....

Kita mungkin perlu lebih menilai ke dalam lagi...
dalam dan dalam..sebelum membuat tanggapan.
lebih baik kalau elakkan dari buat sebarang tanggapan..

Tapi saya tidaklah kata orang bertudung labuh dan berjubah berserban tu tidak kuat imannya. Tidak sama sekali. Ia pakaian orang-orang baik.. Untuk berpakaian dan memilih berjubah tudung labuh dan berserban bukanlah mudah. Ia sukar dan merupakan satu perjuangan. Besar pahalanya untuk  kita berusaha untuk itu.

Saya juga selalu melihat beberapa orang tabligh, kadang-kadang sebahagian dari mereka keluar meninggalkan anak isteri selama berbulan-bulan, atas dasar beruzlah di masjid2, tp dan meninggalkan mencari nafkah untuk keluarga. Kadang-kadang yang didakwah orang luar, tapi lupa berdakwah dan mendidik anak isteri di rumah sendiri. Bahkan tidak ambik berat urusan nafkah yang wajib diberikan. Adakah mereka lebih baik dari yang lain?

Mungkin yang bekerja keras membanting tulang mencari rezeki, ke hulu ke hilir mungkin lebih baik iman mereka..

Itulah ..
kita perlu selalu pause and reflect...
duduk merenung dan berfikir..
mencari siapakah kita di sisi Allah..
apakah kita ini baik atau tidak dalam pandangan Tuhan kita yang Maha Besar.
Semoga setiap kali kita pause and reflect..
setiap itu memberi nilai taqwa kepada kita... insya ALlah..

Sepertimana kisah di bawah ini..
___________________

The Pious Man and the Shokeeper

There lived a pios man all by himself, who spent most of his time in paraying, fasting and praising Allah. Almost all his waking hours were utilised in mediation and devotions. He was very happy with his spritual progress. No wicked thoughts came to his mind and no evil temptations entered his heart.

One night, he dreamt a rather disturbing dream. He saw that a shopkeeper in the town was far superior to him in sprituality and that he must go to him to learn the basics of true spiritual life.

In the morning, the pios man went in search of the shopkeeper. He found him busy with his customers, selling goods and collecting money with a cheerful face. He sat there in a corner of the shop and watched the shopkeeper carefully. No signs of any spiritual life at all, he said to himself. His dream could not be true. But then he saw the shopkeeper dissapear to pray his solah. When he returned, he was busy with money matters again.

The shopkeeper noticed the pios man sittig int he corner and asked: "Assalamualaikum, would you like something, brother?"

"Waalaikumussalam. Oh. No! No!" said the pios man. "I don't want to buy anything, but I want to ask you a question." He then related his dream..

"Well, that is something to explain," said the shopkeeper, "but you will have to do something  for me before I answer your question."

"I will do anything for you," replied the pios man.

"All right. Take this saucer, there is some mercury in it. Go to the other end of the street and come back fast within half an hour. If the mercury falls out of the saucer, you will hear nothing from me. There you go now."

 The pious man took the saucer and started running. The mercury nearly wobled out of the saucer. He saved it just in time, and slowed down. Then he remembered he had to return within half an hour, so he started walking at a fast pace. At long last he returned puffing and panting. "Here is your mercury, safe and sound," he told the shopkeeper. "Now tell me the true interpretation of my dream."

The shopkeeper looked at the pious man's weary condition and asked him: "Well, friend, how many times did you remember Allah while you were going from this end of the street to the other?"

"Remember ALlah?" exclaimed the pious man. "I did not remember Him much. I was so worried about the mercury in the saucer."

"But I do remember Him all the time," said the shopkeeper. "When I am doing my business, I am also carrying mercury in a saucer. I am fair, honest and kind to my customers. I do not forget Allah in my dealings with other men."
_____________________

Apabila kita berbuat sesuatu yang nampak seolah-olah tidak ada nilai ibadah khusus, ia tidak bermakna kita jauh dari ALlah. Setiap yang kita buat, Allah ada di hati dan di minda. Kita mungkin tidak mampu duduk di sejadah lama seperti orang lain. Mungkin kita tidak mampu dengan kesibukan urusan kerja, untuk duduk berzikir dan duduk khusus untuk baca Qur'an, ma'thurat dan lain2lain. Tapi jangan dilupai Allah dalam setiap urusan kita.

Sambil drive kereta ke pejabat, kita boleh habiskan ma'thurat atas asas 10 Darus Syifa'.
Dari rumah ke kedai, kita boleh habiskan zikir dan baccan yang kita hafal.
Dalam belajar, kita sebenarnya bersama ALlah..
Kita belajar adalah untuk Allah, dan kerana Nya. Kita bekerja kerana Allah dan untukNya.. Setiap laluan perjalanan hidup kita di dunia ini.. adalah untuk Allah dan RasulNya, untuk Islam dan umatnya..

Semoga kita seperti shopkeeper yang selalu berhati-hati membawa mercury dalam hidup!


Ahad, 21 Oktober 2012

Skype

Skype dengan Aisyah

Aisyah sekarang tengah exam..
Semoga berjayalah hendaknya anak Umi mendapat score terbaik. She aimed for number 1, 2 or 3.
I think she can.. as she always believes that I can.. insya ALlah.. bi iznillah..

Catatan skype saya dengan Aisyah saya abadikan dalam diary maya saya ini.. sebagai kenangan yang sangat berharga.

__________________________
10mlm waktu mesia, 1 pg waktu melbourne..22-10-12

 Aisyahsa:  umi, doakan aisyah besok examination paper for english...

 umihidayah: aisyah.. umi doakan kakak can give the best answer and get the highest score. "Ya Allah, please help my daughter. Please help her to answer the exam and get number one in the world and also in the hereafter.. number one among muslimah solehah.. ameen.."

Aisyahsa: Ameen Ya Rabb.... :)

 umihidayah: kakak get ready for school tomorrow-your uniform, books, breakfast, drink to bring to school ok..tudung as well

 Aisyahsa: done! and i'm already done studying...huh penat... (:|

 umihidayah: alhamdulillah... umi always pray for you.. be a solehah girl ya aisyah..obey ALlah and Rasul, and listen to Umi and Abah ya..

 Aisyahsa: ok umi iAllah...

 umihidayah: o bye syg.. kakak go to bed ye

umihidayah: bye.. i love you. gd night and have a nice dream. don't forget to recite doa ya..

 Aisyahsa: okumi..bye take care goodnight i lov  You.

 umihidayah: kakak pray for umi too. May Allah help umi to submit my thesis as soon as possible..ameen..


Aisyahsa: iAllah...i always pray for me Iallah
 bye umi .... (heart)

 umihidayah: bye sayang..

 Aisyahsa: I luv  YOU!

 Aisyahsa: bye...

 umihidayah: umi offline ya..

 Aisyahsa: ok umi....:)

Sabtu, 20 Oktober 2012

Acknowledgment



 Acknowledgment untuk tesis..

Thesis saya belum siap lagi, tapi acknowledgment dah siap dah..:-) 

Pak Tim kata ok, so kira boleh lah macam ni. Ringkas satu muka surat sahaja. Jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang baik dan membantu kita, terutama KPT, Uni kita, Ma dan Ayah, Mak dan Abah-in-law, kakak2 dan adik2 saya, kawan-kawan saya terutama fadzlina, sham, nazura, kak hada yangs ama-sama belajar di Melbourne ini, kawan-kawan lawyers saya yang sangat banyak memberi saya kata-kata semangat dan  information, Siti Razasah, Marlina, dan kakak-kakak lawyer dari Sg Petani yang saya jumpa di Sydney masa kursus PPMM hari tu.. (ala.. lupa nama..), kwn-kwn opis, Dr Azam, Dr Huzaimah, Dr Fisol dll yang selalu bagi saya semangat, termasuklah mendoakan saya.  Tapi ruang siket untuk tulis semua nama, jadi saya niatkan dalam hati siapakah mereka semua, atas kertas tulis rakan-rakan sahajalah.. 

Dan yang penting adalah org terdekat iaitu pasangan dan anak-anak. Saya skype dgn Aisyah dan abah bagitau mereka, Saya kata.."Bah, umi letak nama abah dengan aisyah dalam tesis ni.." Dan dia menjawab dengan ketawa riang..."Mestilah kena letak, kita orang berdualah yang paling sengsara atas dunia ni masa umi buat PhD.. asyik makan kedai saja..hehehe.."

Semoga tesis saya akan direalisasikan dlam masa terdekat.. insya Allah.. ameen ya rabbal a'lamin.

______________________________

 Inilah rupa acknowledgment saya..

Alhamdulillahi rabb al’alamin. I thank God for making it possible for me to complete this thesis: a long, complicated and challenging work. I would like to express my special gratitude to my supervisors, Prof Abdullah Saeed and Prof Tim Lindsey for their assistance, enormous support, commitment and advice throughout my studies. Many thanks go also to the staff of Asia Institute, Faculty of Arts and the Centre for Islamic Law and Society (CILS), Law School for their support especially Tessa, Leena and Claire.

I also would like to express my gratitude to several funding sources that have supported me throughout my studies, namely the Malaysian Ministry of Higher Education (MOHE) and the Universiti Teknologi MARA (UiTM) which awarded a scholarship to undertake my PhD in Australia with my family. My gratitude also goes to Prof Tim Lindsey’s ARC Federation Fellowship, Federation Fellowship Fieldwork Scholarships for supporting my two months fieldwork in Malaysia (17 March 2011-17 May 2011).

My gratitude also goes to Associate Prof Dr Muhammad Rahimi Osman, the Director of Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU), UiTM, Malaysia for his strong support for me in furthering my studies in Australia. I also thank my parents, Hashim and  Gayah, parents-in-law, Abd Jalil and Noriah, siblings, colleagues and friends who have always encouraged, and continually prayed for my success. Thanks must also be directed to all key informants who have all provided me with invaluable information.  Last but not least, I thank my husband, Mohd Fairuz and my daughter Aisyah Fairuz for their enormous support, understanding and encouragement. Being in the company of my husband and my daughter in Australia has truly made my life more colourful and meaningful.

---------------- 

Doa saya mengiringi draft acknowledgment ini..
Wahai Allah.. izinkanlah saya untuk menamatkan perjalanan yang penuh getir ini.. ameen...

Selasa, 16 Oktober 2012

Ayat Syifa'

Ayat Syifa' 


Saya kurang sihat sekarang ini. Hari Ahad, 14/10 saya ke Reservoir Leisure Centre untuk swimming. balik dari pool tersebut mata saya mula rasa berair dan pedih. Malamnya saya tidur agak awal, dalam 12.30 saya sudah tidur..

 Hari Isnin 15/10 saya ke universiti jam 9am, ada pertemuan dengan Penyelia. Beliau memberikan tiga bab pertama yang telah diedit olehnya Penuh dengan pembetulan, saya rasa adohhh.. teruknya kerja saya, banyak betul correction.. Membetulkan kesemuanya dan mengadap komputer dari pagi ke malam membuatkan kepala saya pusing. Jam 6pm saya sudah tak mampu bertahan. Saya balik ke rumah dan mata saya berair, runny nose dan kepala mula sakit. Saya sampai rumah jam 7.50mlm, solat maghrib, makan siket, ambil panadol dan sambung kerja sampai tengah malam.

 Disamping makan ubat sebagai ikhtiar, jangan kita tinggalkan doa, mohon ALlah sembuhkan seberapa segera. Ya Allah sembuhkan saya cepat, kerana masa saya sangat suntuk. Saya perlu menyiapkan draft keseluruhan tesis ini secepat mungkin.

"Wahai Allah.. permudahkanlah urusan saya.."

Ameen..

_______________

Ayat kesembuhan

Ayat di bawah adalah doa yang saya pelajari di Darus Syifa' dahulu. Ustaz Harun Din akan baca doa ini setiap kali lepas solat dan lepas pengajian..

Bagi yang kurang sihat, terutama saya dan pembaca jika ada, amalkan doa ini..

Terutama bahagian fatabra' fatabra' fatabra'..
ulang ulang ulang dengan penuh harap kepada Allah..

 Kerana Dialah penyembuh segala penyakit yang ada.. ameen..




Doa atas dan bawah berbeza. Baca yang atas dulu, dan sambung yang di bawah.

Ini adalah doa kedua-duanya..

Isnin, 15 Oktober 2012

Grading Aisyah

Belt Yellow 3 28 March 2009..

Lama dulu, sekarang menjadi kenangan....

Aisyah sangat seronok kerana berlangsungnya majlis grading Teakwondo yang dipelajari di Hall Teakwondo Class. Ramai betul anak-anak yang terlibat dan majlis dibahagikan kepada beberapa peringkat. Petang 4.00-5.30 adalah untuk pelajar White Belt dan Yellow Belt 1-2. Aisyah dari Yellow 2-3.




elt

Empty your mind..

Empty your mind..

Masa tengok cerita Karate Kid, ada satu perkara yang menarik hati saya.. (selain dari morals of the story yang disebut oleh Aisyah..), iaitu semasa dalam perlawanan antara budak lelaki dengan budak jahat.. (saya tak ingat nama-nama budak2 ni), tapi scene yang last sekali, selepas budak jahat tendang kaki karate kid sampai luka..patah or something like that. That karate kid duduk atas katil dan dia tutup muka dia. kemudian Jacky Chan atau Mr Hun yang jadi cikgunya kata, lebih kurang maksudnya, "Tak perlu malu, you have tried your best. apa-apapun dah dapat tempat kedua walaupun tak jadi johan.."

Tapi budak tu tak setuju, dia nak lawan juga, dia kata dia malu dan nak lawan rasa malu dan takut (fear)..

scenenya pun bla bla...

Akhir cerita, Mr Hun ubatkan dan ikat kaki dia...untuk dia sambung lawan lagi

Masa atas pentas,
lawan-lawan jatuh..
lawan lawan jatuh..

Sampailah kemuncaknya atau kita kata 'culmination' bila Mr Hun kata something yang sangat berharga iatu..

"FOCUS... EMPTY YOUR MIND!"

So budak tu pun fokus... fokus... fokus...
empty his mind..
Then dia buat langkah macam ahli kung fu yang main dengan ular which he saw before hand.

Then... deshummmm...
budak jahat tu jatuh...

Then the budak baik was announced as The Champion.. the Karate Kid!
____________________

Saya cakap dengan Aisyah,
"Aisyah, it's so interesting when Mr Hun said, 'empty your mind', what does it mean Aisyah? empty your mind tu macamna ?

Aisyah menjawab..

"Umi.. memang when we empty our mind, we can get what we want. Empty your mind tu like when we perform our solat, we have to empty our mind, we have to remember Allah alone. So we focus, we kusyu'.. Empty your mind to Umi macam kusyk dalam solat lah.. remember nothing except Allah.."

Oooooh darling Umi, walaupun saya sedia tahu maksud empty your mind, tapi jawapan Aisyah membuka minda saya...membuatkan saya pause and reflect...sesuatu yang sangat besar dalam hidup kita..iaitu 'Kusyuk..kerana Allah dan untuk Allah semata!'
----------------

Dan sampai sekarang saya masih berfikir-fikir tentang perkara ini.. kata-kata Mr Hun, dan kata-kata Aisyah.. yang mengingatkan saya kepada Nabi Muhammad dan sahabat yang dicabut anak panah semasa solatnya.

Semoga saya, anda, dan Aisyah sendiri adalah orang-orang yang berjaya meng 'emptykan our mind' semasa solat..

Ingatkan Allah semata, hati menghayati makna ayat dibaca, mengingat hari akhirat, membayangkan berdiri sendirian di hadapan ALlah yang maha Hebat, memohon simpatiNya, mohon belas ihsan dariNya, mohon bantuanNya.. kerana siapalah kita yang hina ini di hadapan Allah yang Maha Kaya.. semoga ALlah redha kepada kita dan menerima semua solat kita..yang dilakukan dengan kusyu'..
for Him, the one and only!..Insya Allah..

Rabu, 10 Oktober 2012

Perjalanan lagi..

Perjalanan Ilmu..

Saya sekarang berada di Australia selepas balik Malaysia beberapa ketika. Kadang-kadang saya rasa semangat saya tinggi melangit, tapi kadang-kadang saya rasa ia jatuh menjunam. Hanya ALlah yang tahu apa yang saya lalui.

Bila ada yang tanya, 'Best tak buat PhD?'
Saya hanya boleh bagi jawapan, "Hummmpppp entah ler..:-)"

PhD seperti kata kawan saya, adalah satu kehidupan. Ia mengajar mengenai ilmu, bagaimana mencari ilmu, bagaimana memproses ilmu dan bagaimana menyampaikan ilmu secara tersusun dalam bentuk tulisan sehingga ia menjadi perkara besar yang boleh membina akal dan budi insan.

Saya selalu berfikir tentang perkara ini..

Kakak saya yang ngajar di UTM Skudai juga selalu beri saya semangat. My kakak yang baik, dia tak putus2 hantar pesanan supaya saya terus menulis dan menulis.. berfikir dan berfikir.. Kata dia yang masih kuat duduk dalam kepala saya adalah, "PhD ni macam kita buat satu kerja, selagi tak habis cerita pasal kerja yang kita buat tu, tak ada conclusion, maka tak habis lagi ler tu... Jadi kerja awak sekarang adalah bagi habis kerja tu..."

Adoiiii... sukar sungguh..

Dan saya masih bekerja menyiapkan kerja yang menjadi kerja saya..
Apakah kerja saya sekarang?
Kerja saya adalah menyiapkan kerja saya yang belum siap..
Apakah bendanya tu?
PhD ni ler..
itu la kerja saya..
dan saya sedang membuat kerja ..
untuk menjadikan kerja PhD saya selesai.

Bila ia selesai, maka barulah kerja saya dianggap selesai..


Bila ia akan selesai?
Sekejap lagi...
Very soon..... insya Allah..

____________

Anak saya Aisyah..

Kesian anak saya Aisyah yang baik. Sepanjang saya ada di Malaysia, dialah teman saya dan sayalah teman dia.. Saya berada di bilik study dari pagi hingga malam. Yang mampu saya buat sedikit untuk Aisyah adalah membacakan buku untuknya sebelum tidur. Baca buku Princess, baca buku Kisah Nabi, baca buku tentang Fiqh. Dengar dia berstory sebelum tidor.. saya dengar dia stroy pasal kawan-kawan sekolahnya di ISSA, pasal Ustaz-ustaz yang dia sayang, pasal cikgu-cikgu yang dia sayang, pasal kawan yang suka perli dia, pasal kawan yang suka main dengan dia, pasal kawannya nama Hajidah, nama Anisah, Afikah, pasal itu, pasal ini..

Baca buku cerita saya untuk Aisyah setiap malam saya buat bergilir dengan Abah.
Malam ni saya punya turn, malam esok Abah punya turn..

Bila saya balik ke Australia, Aisyah menangis.. kesian dia..

Aisyah ni selalu bagi kata-kata hikmah untuk saya..


"Umi... you can do it. We believe in you.. "
"Umi... Do not give up.. It is not over until it is over.."
"Umi... Keep swimming Umi.. just like Nemo, never stop swimming.. keep swimming Umi.."

'Ya yaa... Umi tengah keep swimming ler ni...:-)

Sebelum saya balik sini, saya dengan Aisyah tengok movie Karate Kid kat rumah, kita download saja dari internet. Kisah budak lelaki ikut ibunya ke China, pastu kena buli dengan budak2 China, dia jumpa Jacky Chan yang jadi Mr Hun. Lepas tu Mr Hun ajar budak tu kung fu... sampai dia pandai dan lawan budak jahat dalam pertandingan.. dan wooooo akhirnya budak tu berjaya...

Saya tanya Aisyah..

'Aisyah, Please tell Umi morals of the story that we can learn..'

Dengan semangatnya Aisyah menjawab..

"Umi.. never say never.. just like you, never say that you cannot finish your PhD. If you believe in yourself and work hard, you will get what you want! Like that boy, Mr Hun ajar ajar ajar sampai dia pandai.. then he managed to win the competition..."

'umppmmm lagi..'

'"Lagi satu Umi, you will never know what will happen in the future. Do not give up. You can learn something even from small tiny things. Like that boy, Mr Hun asked him to pick up the jacket, hang the jacket on and put on your jacket... beribu ribu ribu kali .. budak tu tak tahu sebabkan Mr Hun suruh tu.. rupanya Mr Hun nak dia changed his attitude yang tak dengar cakap mak dia, suka sepah baju atas lantai.. then the most important thing, budak tu badan dia jadi lembut, sebab banyak kali tunduk, angkat, tunduk angkat... like me, I can bend my body. My body is flexible.. because dulukan Aisyah belajar teakwondo kat Australia.. sebab tu Aisyah boleh bend my body..'

'ooooo.. bagusnya anak Umi ni...'

Aisyah... I miss you very much!!


Khamis, 4 Oktober 2012

Masa yang suntuk..

Suntuk..

Doa saya tidak pernah putus..
Wahai Allah yang Maha Pemurah
Saya merayu kepadaMu, izinkanlah saya untuk menamatkan jihad ilmu ini..
izinkanlah saya untuk menghabiskan PhD ini..
izinkanlah saya wahai Allah tamat pengajian ini dengan kejayaan..
izinkanlah saya wahai Allah izinkanlah..

Kerana saya tidak akan dapat menghabiskannya jika bukan dengan izin dari Mu.
wahai Allah, kasihanilah hambaMu yang lemah ini..
______________

Supervisor saya mengirim emailnya..
beberapa hari lepas
ia membakar hati kecil saya..
ia menyemarakkan api di dalam sanubari saya..
is memberikan saya kekuatan..

Tulisnya..

Dear Hidayah,
I know you can make it!!!

Tim

Thank you Bapak Tim
I can make it....
insya Allah.. bi iznillah..

Rabu, 19 September 2012

Perjalanan yang panjang...

Perjalanan

Perjalanan saya semakin hampir ke garis penamat..
Saya semakin gusar dengan kesuntukan masa yang mengejar saya..
Aduhhh.. sempat ker habis ni...
sempat ker...


Jumaat, 13 April 2012

Di sebalik Tabir..

Apa yang Orang Tidak Tahu..

Hidup kita adalah satu perkara yang rumit. Ia bermula dengan pelbagai persedian. Seumpama ingin menjahit baju. Bermula dengan mencari kain, mencari mesin jahit, mencari gunting, mencari benang, mencari tali ukur, mencari kapur, kertas dan apa sahaja yang berkaitan. Kemudian merangka baju di atas kain, memotongnya, mencantumnya,menjahitnya dan kemudian melihat hasilnya..

Ooohhh alangkah cantiknya baju ini.

Orang lain hanya melihat hasil yang terjadi. Baju yang telah siap. Itu pun belum tentu sedap dipakai ataupun tidak. Orang lain tidak dapat memhami apa yang berlaku di sebalik tabir sebelum terjadinya sehelai baju tersebut. Yang tahu hanya kita.. dan orang yang berada di sekeliling kita.. Dan sudah pasti yang paling tahu adalah Tuhan yang sifatnya Maha Tahu dan Maha Berilmu.

Orang tidak melihat dan tidak mahu tahu bila kita menemui mesin tersebut, kat mana benang kita beli. susah ke senang nak jumpa gunting yang bagus.. Yang nampak mata hanyalah baju yang telah siap.

Kesukaran kita lalui tidak terzahir pada mata orang lain.

Itu belum lagi dikira kesusahan orang  yang terlibat dalam usaha menjadikan kapas kepada kain yang ada. Betapa sukarnya mereka menanam, mencari, memproses sehingga kapas dan semua yang bahan kasar menjadi sejenis fabrik yang menarik. Meletak  lukisan dan corak sehingga tugas kita hanyalah pergi ke kedai dan memilih yang mana kita suka..



Apa yang ada dalam tulisan saya ini?
Agaknya apa yang anda pikir?

---------

Menjadi seorang yang 'berilmu' bukanlah senang. Kerana ianya susahlah maka ALlah nyatakan dalam Qurannya yang mulia, "Apakah sama mereka yang berilmu dan yang tidak berilmu? Mereka tidak sama!"

Itulah yang saya rasai sekarang ini. Saya dan rakan-rakan yang belajar mencari ilmu Allah dalam apa bidang sekalipun, sama ada Master, PhD dan sebagainya adalah seumpama tukang jahit tersebut. 
Orang tidak tahu apa yang kita cari, betapa sukarnya membaca dan memahami, betapa sakitnya seluruh akal dan hati, betapa sukarnya untuk tidur kerana berfikir susahnya mencari bahan yang diperlukan. Betapa tersiksanya berusaha memhami pemikiran orang lain, pemikir dan mereka yang berilmu sebelum kita. Betapa sukarnya membuat ujikaji, mencari bahan dan responden, mentafsirkan semua yang diperolehi dan melakarkan dalam bentuk tulisan menjadi sebuh tesis.

Ohhh ia sungguh sukar..

Menjahit dan menjahir, menggabungkan ayat demi ayat sheingga menjadi satu bentuk pemikiran yang kritis dan mampu memberi sumbangan kepada keilmuan yang sedia ada adalah satu perkara yang sukar. Benarlah apa yang Allah kata, betapa berusaha menjadi orang berilmu adalah benda yang sangat sukar..Kerana itu ALlah mengangkat darjat orang yang berilmu..

Jika tidak kerana perbezaan itu,
apakah yang ingin ALlah nyatakan lagi..
Sungguh benar ALlah yang Maha Tahu..

Jika usaha yang sukar ini tidak menjadikan kita lebih taat dan tunduk kepada ALlah, tuan punya segala ilmu dan keilmuan yang ada di alam ini. Maka apakah erti setiap titik peluh dan getir yang kita lalui. Ilmu ini seharusnya menjadikan kita lebih merendah diri, taat kepada ALlah dan berusaha sehabis daya untuk membawa kebaikan kepada alam. Dengan itu, dapat tak anda kaitkan bahawa 'Orang berilmu itulah sebenarnya yang memakmurkan alam Allah.. menjadi KhalifahNya di muka bumi?' Islam akan naik dan tinggi  apabila ramai penganutnya berilmu dan menjadi pembawa kebaikan kepada alam.

Itulah yang mesti kita buat.



Jika sukarnya kita untuk berusaha menjadi orang berilmu.. Bagaimana mungkin orang terdahulu dari kita. Jika kita sukar menjadi tukang jahit. Anda dapat tak bayangkan betap lebih sukar orang yang berusaha menjadikan kain untuk kita. Jika ilmu yang saya cari ini ada di buku-buku. Apakah kesukaran yang dapat kita bayangkan pada ilmuan terdahulu yang menghasilkan buku pada tahun-tahun tiada komputer dan printer. APakah dapat dibayangkan Imam Shafi'i, Ibn Taymiyah, ulama' Islam dan ilmuan barat menulis untuk kita membacanya. Mereka telah lama menggali dari Quran dan hadith untuk kita semua, membina aliran mazhab, melahirkan satu gagasan ilmu untuk generasi 100 tahun selepas mereka tinggalkan..

Ohh sudah tentu sangatlah sukar usaha mereka..
 Justeru, saya tunduk atas segala kesukaran yang saya lalui dalam pencarian ilmu ini. Saya mengakui kesukarannya, tapi saya tidak akan mengaku kalah. Betapa orang lain berusaha, begitu jugalah kita..

Walaupun orang tidak tahu betapa sukarnya laluan kita..

Seumpama video di bawah..


Siapa tahu sebelumnya?
Saya tidak tahu langsung..
Yang saya tengok hanyalah tengok nasyid maher zain  diyoutube..

Rupanya susahnya nak jadikan video ini, ramainya orang yang terlibat..

dan lamanya masa yang diambil.
Bezanya..mereka buat secara riang, bergembira ramai-ramai..

Sedangkan saya, dan rakan-rakan yang belajar menyiapkan PhD
sedang berjuang dengan air mata dan keringat..

Semoga ALlah redha atas setiap saat yang kita curahkan..
Ameen

Hidayah
Melbourne
13 April 12

Jumaat yang indah..



I believe

Sabtu, 17 Mac 2012

Hilang..

Diam..

Selepas Rudd kalah, dia terus senyap dan hilang dari pandangan mata umum. TV dah tak cari dia lagi, bila Queensland banjir, Premiernya bagi pandangan macam-macam, tapi Rudd tidak juga ada dalam TV. Terus hilang.. kesian dia..

Sepertimana hilangnya Kevin Rudd dari public, begitu jugala hilangnya tuan punya blog ni..hehe..

Saya dikunjungi ahli keluarga saya yangs aya sayang, Aisyah dan Abah dan kami semua berusaha untuk melihat kebesaran Allah dengan keluar berjalan-jalan sementara masih ada rezeki berada di Australia.

Kami ke Tasmania selama seminggu, Alhamdulillah puji syukur pada ALlah atas keizinanNya,  kami melihat betapa besarnya kuasa Allah menjadikan alam ini, menjadikan kecantikan yang begini indah. Tasmania sangat cantik. Syukur pada Allah..kerana memberikan keizinan kepada saya dan keluarga mencapai apa yang lama kami hasratkan..

Selepas selesai musafir, mereka kembali semula ke Malaysia dan saya tinggal sendirian di sini.
Saya perlu memecut perjalanan ini selaju yang terdaya. Saya bekerja dan bekerja, berada di meja tulis untuk menulis tesis ini hampir 15 jam sehari. Letihnya...

Pada masa yang sama, kisah Syria sangat meruntun hati kita,
Kenapa orang islam semakin hari semakin tidak keruan.
Apakah dunia ini akan berakhir dalam sedetik masa lagi, kerana Nabi bersabda, tanda akhir kiamat apabila umat Islam berperang sesama sendiri, di dunia timur melarat dari satu ke satu tempat.. Ya ALlah, hanya Engkau yang maha tahu..

Tapi, walaupun kiamat akan berlaku sedetik lagi, tugasan yang kita lakukan perlu kita habiskan.
Kata Nabi, 'Andai kiamat berlaku, tetapi di tanganmu ada sebiji kurma (untuk ditanam di tanah), maka hendaklah kamu habiskan tugasan tersebut..'

Wahai Allah, bantulah saya untuk menamatkan tugasan PhD  ini..
Walau apa terjadi, selagi ada hayat dan kudrat, saya akan menamatkannya.. insya ALlah..
Amin ya Rabbal a'lamin..