Melbourne...
Hari ni teringat pulak hari2 best saya di Melbourne. Dulu2 saya selalu pergi ke 3 supermarket kalau nak beli barang.. ALDI yang murah 30 Dollar dah boleh dapat banyak barang. Air susu kotak 1Liter harga baru ALD1.. Tapi kat situ takda disediakan plastik. Yang ada hanya kotak2 yang dah dipotong2 so kita bubuhlah barang dalam kotak dan bawaklah balik rumah..
Lagi satu saya suka ke Coles.. Best sungguh beli macam2 lepas tu simpan resit harga potongan untuk beli minyak kereka. Belanja AUD30 satu resit dapat discount 4cent per liter untuk minyak..
Lagi satu saya suka ke Woolworths.. Sini lagi murah dari Coles. Saya jadi ahli dengan kad keahlian free. Tiap kali beli AUD30 dapat 4cen discount juga minyak tapi dengan cara swipe card.. bukan resit macam Coles ..
Hari ini 9 November 2015, selepas saya meninggalkan bumi Melbourne yang indah pada 1 Disember 2012.
Selepas hampir 3 tahun, kad membership Woolwoths saya masih valid lagi rupanya.. oo rindunya...
Your card number: 99344491058777
Ohh Melbourne... hatiku masih di sana...
Nikmat yang sungguh terindah. Saya nak bukukan kenangan saya di Melbourne dan tengah mencari tajuk yang sesuai.... apa ye..
Travelog Melboure..
Travelog Mengejar Kejayaan..
Catatan Diary Perjalanan Indah..
Melbourne.. Ku ingin berjumpamu...
Ohh Melbourne.. indahnya di sana..
Ku ingin ke sana .. Melbourne ku..:-)
Apa ye???
Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
Isnin, 9 November 2015
Rabu, 14 Januari 2015
Kenangan Menyentuh Hati
Hari ini saya baru habis mesyuarat.. Tetapi entah ler.,.. ingatan saya banyak kali ke Melbourne..
Saya membuka video anak kesayangan saya Aisyah bercakap semasa di Melbourne.. Ketika itu beliau masih kanak-kanak, belum baligh.. Dalam video ini dia tak pakai tudung,, baru balik dari sekolah...
Saya ingin upload untuk mudahkan saya menontonnya di sini.. Tetapi sekarang anak saya sudah baligh dan saya tidak akan memasukkan gambar2nya sesuka hati saya seperti mana ketika dia belum baligh..:-(
Ini adalah sambungan kisah kenangan yang indah ini..
Kenangan yang indah yang kita lalui adalah satu kekuatan..dan perkara besar untuk disyukuri..
Selasa, 1 Oktober 2013
Rindu dan kenangan
Kenangan..
Kenangan adalah sesuatu yang tinggal dalam memori hidup kita. Ada kala ia boleh diulang kembali, tetapi ddalam banyak keadaan, ia datang hanya sekali dan tiada peluang lagi untuk kita mengulanginya.
Seperti kenangan semasa kita kecil, ia habis dan tidak lagi boleh dipusing kembali. Kengan semasa belajar, dan sebagainya. Ia penting untuk kita mendapat pengajaran dan kadang-kadang menjadi penyejuk hati ketika kita kerunsingan.
Sebab itu, bagi ibu bapa, layanlah dan didiklah anak2 dgn baik, kerana biarlah kenangan yang indah ada dalam hati mereka. Bagi guru-guru, didiklah anak didik kita dengan baik dan kasih sayang, agar tiap kali mereka berjumpa dengan rakan-rakan selepas tamat belajar, nama kita harum dan menjadi kenangan indah sebagai guru mereka.
Semasa di Bundoora, saya ada banyak kenangan. Dan saya memilih untuk mengingati kenangan yang baik-baik sahaja supaya mood saya akan sentiada baik dan ceria. yang kenangan kurang best, saya ingat juga, tetapi sebagai pengajaran dalam mengharungi hidup ini..
Antara kenangan manis adalah "study Circle Muslimah".
Minggu lepas, saya terima email Bundoora's yahoogroup menyebut bahawa ada majlis untuk Muslimah.. Tiba-tiba saya terus teringatkan Melbourne.. Kenangan silam bermain-main di depan saya..Ohh rindunya...
Dan saya menulis email ini.. sekadar meluahkan perasaan saya..:-)
*
Wassalam
From: Hafizah Dzulkifli
To: desabundoora@yahoogroups.com
Sent: Friday, 27 September 2013 10:09 AM
Subject: [desabundoora] Program Study Circle Muslimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan2 Desa Bundoora,
Membaca
email yang dikirim oleh Puan Hafizah ini membawa ingatan saya kepaad
Desa Bundoora yang telah ditinggalkan. Terimbau kembali suasana Bundoora
dengan University La Trobe dengan kolam yang ada burong kakatoo yang
comel..jalan depan universiti menuju ke Reservoir, sekolah rendah
Kingsbury, Bundoora Square, Mill Park Library yang besar dan sangat
child-friendly.. Dengan Coles dan
kedai-kedai kat sana.. Dengan majlis ilmu Study Circle Muslimah setiap
kali dibuat dari rumah rumah sahabat yang berbeza, dengan perbincangan
tajuk yang pelbagai dan membina minda, dengan anak-anak yang 'meriah dan
bising' menemani setiap kali ibu-ibu ke majlis Study Circle, dengan
makanan yang sedap-sedap berbagai jenis.. indahnya..
Terbayang semua kenangan yang sudah pasti tidak akan dapat dilalui
kembali.
Dari Malaysia, walaupun saya tidak ada di sana dan ramai yang tak kenal terutama adik2 baru, saya rasa sungguh gembira membaca email ini, majlis Study Circle terus disemarakkan.Dari kejauhan ini, di
doakan agar semua rakan-rakan Muslimah terutamanya akan sentiasa
bersama-sama menghidupkan majlis ilmu ini dan beroleh keberkatan Allah
dalam perjalanan jihad ilmu di negara orang.
"Wahai
Allah, mudahkanlah perjalanan jihad ilmu sahabat-sahabat kami di
Bundoora, semoga semuanya berjalan dengan mudah dan diberkati olehMu
yang Maha Kaya." ameen
Sekian dan juga diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji yang akan datang lagi dua minggu.
Kak Hidayah
Dulu di Bundoora/Reservoir 2008-2012
Dulu di Bundoora/Reservoir 2008-2012
From: Hafizah Dzulkifli
To: desabundoora@yahoogroups.com
Sent: Friday, 27 September 2013 10:09 AM
Subject: [desabundoora] Program Study Circle Muslimah
Assalamualaikum WBT,
Diharap warga Desa Bundoora berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa di dalam redha Allah SWT. Insya'Allah Program Study Circle Muslimah (PSCM) 2013 kita pada hari ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh / Hari : 27 Sept 2013 (Jumaat)
Lokasi : 1/221 Childs Road, Mill Park (Pn Nurul Hafizah)
*(Boleh park kereta di Crampton Cresent)
Masa : 7.00 malam
Aktiviti :
1) Bacaan Yassin berjemaah
2) Solat Isyak berjemaah
3) Sembang Ilmu bersama Pn Bazilah
4) Jamuan Ringan (Portluck dari para ahli program)
5) Bersurai
Untuk sebarang cadangan, bolehlah berhubung dengan kami seperti yang tertera di bawah:-
Pn Nurul Hafizah : hafizahdzulkifli@gmail.com
Pn Siti Bazilah Binti Karim :sbk_252@yahoo.com
Pn Khadijah Muhammad : 0470294750
Wassalam dan terima kasih.
Yang Menjalankan Tugas;
Nurul Hafizah Binti Dzulkifli
04 81134637 |
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (23) |
Recent Activity:
.
__,_._,___
Langgan:
Catatan (Atom)