Memaparkan catatan dengan label Pengalaman Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman Hidup. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mei 2022

Lantikan Jawatan

 Dekan


Satu pengalaman yang sungguh mencabar dan mengajar saya banyak perkara adalah lantikan sebagai Dekan mulai 15 Dis 2019 sehingga 14 Dis 2021. 

Selepas beberapa kali sesi temubual dan hadir beberapa hari kursus di ILD, maka akhirnya Prof Kamal Harun ketika itu sebagai Timbalan Naib Canselor  Akademik UiTM telah menyerahkan surat lantikan di pejabat beliau pada 16 Dec 2019.




Dalam tempoh dua tahun ini, saya dilantik menerajui fakulti semasa COVID yang sangat mencabar. Pelbagai tugasan perlu dibuat dan banyak KPI yang perlu dicapai. Ada banyak pencapaian yang berjaya dicapai dan ada juga  kesilapan yang saya buat. Semoga ALlah memberikan pahala atas apa yang baik yang saya lakukan dan mengampunkan saya atas kesilapan yang saya buat.   

Purata jam  saya bekerja adalah 52 jam seminggu (dalam keperluan pensyarah adalah 40jam seminggu).  Selalunya saya masuk mulai 8.30pagi dan selalunya pulak  saya balik rumah sama ada jam 7.00 sebelum solat maghrib atau jam 8.00 selepas solat maghrib di pejabat. 


Pada 16 Disember 2021 saya telah menerima surat rakaman penghargaan daripada pihak UiTM  dan tamatlah lantikan saya sebagai Dekan.  Selepas berjumpa dengan semua staf pentadbiran di pejabat Dekan, petangnya saya mengangkat barang keluar dan mengambil gambar di pejabat Dekan sebagai kenangan. 


Saya rasa seperti beban seberat Bukit Uhud yang ada di bahu saya telah diangkat pergi.. :-)


Peace.... 


 2 years as the Dean... 

Kenangan.. 

Dean During COVID19...
semoga menjadi pahala di akhirat


Peluang yang sangat mahal.   saya mengucapkan setinggi2 syukur kepada Allah di atas peluang yang diberikan dan jutaan terima kasih kepada Pimpinan tertinggi UiTM yang mempercayai saya.

. 

May Allah reward me abundantly  and  bless me always.. ameen