Isnin, 31 Ogos 2009
Merdeka 31 Ogos 2009....
Malaysia
Selamat Menyambut hari Kemerdekaan ke 52
Semoga hari-hari bakal mendatang..
Menjanjikan kebaikan untuk kita semua
Kita bertanggungjawab menjaga tamadun ini
Islam di Sepanyol hilang walaupun hebat selama 800 tahun
Apakah bakal terjadi kepada bumi Malaysia
Di suatu ketika nanti
Jika anak cucu kita bertanya,
'Wahai Ibu, wahai Ayah..
Apa sumbangan ibu ayah terhadap kecemerlangan agama di negara ini'
Justeru..
Saya
Anda
Siapa sahaja..
Kita bertanggungjawab
Menjaga negara kita
Menjaga agama kita
Menjaga budi bahasa kita
Menjaga anak cucu kita
Supaya masa depan negara terus gemilang
tamadun terus terjaga
Islam terus diangkat
Dalam kapasiti yang ada
Semoga..
Apabila kita tiada
Ada nama dan jasa
Ada jawapan yang boleh kita sembahkan
Dihadapan Allah..
'Bahawa saya telah berusaha..
Terimalah usaha saya..
Dan ampunilah saya...'
Hidayah
31 Ogos 09
Melbourne
Khamis, 26 Mac 2009
Nak Masak Tak?
Mula-mula mesti masak nasi. Nasi tu mesti puteh dan sejuk..dan peroi, jgn berketul atau lembik.Pastu siapkan bahan-bahan iaitu:
A:
bawang merah
bawang puteh
ikan bilis
cili padi/cili besar
B: lauk- i.e. ikan masin or sotong or udang or lauk2 kering yg x abis semalam laa,
-Tumbuk A, kalau x de lesong, blend je..(Saya kat sini takde lesong, jadi saya ambik alternatif B.. blend jer semo...)
-masuk minyak sket, tumis A sampai naik bau atau bawang garing jangan hangit
-masukkan lauk tadi, gaul2
-masukkan kunyit sket, garam, sayur campur ke..
- masuk nasi gaul sampai mesra alam
- tolak ke tepi sket, pecah telur, kacau2 telur dan masak, gaul semua ngan nasi
Kakak saya pesan,
Lepas buat, try cuba test ..kalau dah sedap.. makan daa..
Tapi kalau tak sedap, try la buat lagi sampai 100 x sampai dia jadi sedap ….hehe
Selasa, 24 Mac 2009
Blog Saya Sudah Berat
Blog saya sudah berat. Bila berat dia jadi lambat nak bukak. Kenapa dia jadi berat? Sebab saya banyak bubuh gambar dan juga lagu dari youtube. Macamana sepatutnya saya buat? Sepatutnya saya ubah gambar yang saya ambil sebelum saya upload dalam blog. Dah lama dah my husband ajar supaya ubah suai supaya blog tak jadi berat. Tapi saya malas nak buat.. Bila saya nak upload gambar, saya terus upload tanpa ubah-ubah apa2.. Sebab saya malas, maka sekarang saya dapat kesannya... Blog saya dah lambat nak bukak..
Tapi takkan saya nak buka setiap entry dulu-dulu dan buang gambar atau edit semula gambar-gambar tu? Itu dah terlambat. Lagi ler saya malas nak buat..
Jadi apakah kesimpulannya?
Kesimpulannya kalau sapa-sapa bukak atau terbukak blog saya, memang dia lambat, harap maap ler.. Tapi lepas ni saya akan ubah suai sepatutnya untuk entry akan datang dan seterusnya..Sekarang saya dah rajin dah...
Rabu, 11 Mac 2009
Maulid Nabi
Isnin lepas iaitu pada 9 March, hari ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tapi kita selalu lupa, tidak sepertimana kita mengingat hari lahir kita atau our loved one di sekeliling kita. Kita tidak terasa ia memberi makna besar pada kita sepertimana kita rasakan tentang kelahiran diri kita sendiri.. Itulah yang saya sendiri lalui.
Kita memuji Nabi
Tapi sering lupa padanya
Kita isytihar kita umat Nabi
Tapi sering engkar ajarannya
Kita rasa macam kita sayang Nabi
Tapi selalu tinggalkan suruhannya..
Wahai Allah, maafkanlah kekurangan hamba-Mu yang seorang ini..
Wahai Nabi, maafkanlah juga kealpaan umatmu yang seorang ini..
Semoga saya akan lebih berusaha menanam kecintaan ini di dalam hati ini..
Wasallallahu ala Sayyidina Muhammad
Wa a'la Alihi wasahbihi wasallim..
Rabu, 11 Februari 2009
Birthday Orang-orang Baik..
PDA saya dah crash.. jadi semua birthdates orang-orang penting dalam hidup saya semua crash bersama-sama crashnya PDA saya tu.. Sebelum ini, saya akan masukkan sekali jer birthdate sapa-sapa then bila sampai tarikh tu setiap tahun, PDA saya akan menyala...
dan berbunyi... ting ting ting... oo ada birthday somebody hari ni.
Then I will send sms wishing happy birthday...
tapi semuanya sekarang dah takde..
Yang ada hanyalah beberapa orang saja yang saya sempat ingat...
Antaranya..
8th Feb is the birthdate of my beloved darling younger sister.. Zuraida Hashim... she is 36 now.. huuuu dah tua yer... hehe.... Happy Birthday darling Uya.
My darling Aisyah informed me that her teacher, Mrs Jap punya birthday hari ni. ..
Aisyah said she has told her teacher..'I have something surprise for you.. I will bring it tomorrow..'
Ayoyo... sudah janji, apa mau kasi...
Akhirnya..
Tadi, saya ke Coles lepas Aisyah habis kelas teakwondo, tak tahu apa nak beli, akhirnya
beli ini....
Buku recipe dengan coklat.. hehe...
Inilah rupanya bila lepas dibalut.. Aisyah gembira sakan, kerana dia mempunyai hadiah untuk guru kesayangannya......
Ahad, 1 Februari 2009
Belajar di Universiti
Jawapannya kena bayar!
Di Mesia, setiap kita yang masuk Universiti kena bayar banyak duit. Ada duit pendaftaran, duit peperiksaan, bayaran hostel dan lain-lain. Dulu kala, kita ada biasiswa, kakak-kakak saya pergi oversea semuanya dapat biasiswa. Dah kerja gaji besar pun tak perlu bayar apa-apa.. bestnye..
Bila masuk zaman saya ke UIA, saya dapat pinjaman JPA sebanyak RM16000 (lebih kurang). Itu tahun 1988. Lepas saya keluar UIA tahun 1992 dengan L.LB (Honours) Second Class Upper, saya buat permohonan pada JPA mengenai bayaran balik duit pinjaman. Akhirnya saya cuma kena bayar 25% dari jumlah pinjaman kerana dapat Second Upper. Sapa yang dapat Second Lower dan Third Class kena bayar semua jumlah pinjaman. Bagi yang bijaksana dan dapat First Class, semua pinjaman akan ditukar kepada biasiswa. Saya bersyukur sebab kena bayar 25% sahaja dan saya dah habis bayar selepas 4 tahun masuk bekerja di UiTM. Itu pun saya bayar melalui postal order RM200 sebulan.
Selepas zaman saya, pinjaman PTPTN diperkenalkan dan jumlah pinjaman pun ditambah lagi.. yuran Universiti pun semakin mahal. Lepas tu saya dengar masalah demi masalah berkaitan PTPTN.. KAdang-kadang saya rasa kesian dengan generasi baru yang berdepan dengan masalah ini. Adik saya masuk UIA tahun 2003 kena apply PTPTN dan saya tak pasti dia dah bayar atau belum lagi hutang tu.. Nasihat saya, hutang kena dibayar yer supaya generasi baru dapat guna untuk belajar lepas ni..
Kenapa saya tulis mengenai pinjaman ni?
Ahad petang, masa saya mandi di kolam renang, saya berkenalan dengan Puan Faizah, warganegara Singapura yang dah duduk Melbourne 30 tahun dan bekerja di sini serta ada 3 anak, semuanya sudah besar dan ada seorang sedang belajar di RMIT. Bila saya tanya berapa dia perlu bayar untuk anaknya masuk Universiti, katanya AUD1000 sahaja setahun. Dan anaknya ditanggung oleh Kerajaan kerana mereka warganegara dan katanya apabila anaknya bekerja, dia perlu bayar kembali kepada Kerajaan tetapi jumlahnya sangat kecil. Tidak membebankan..
Takjubnya saya dengar..
Alangkah baiknya jika kat Mesia pun macam tu kan.....
p/s Tak boleh nak stop menulis dalam blog, rasa macam dah ketagih... Sibuk pun masih mencari jalan juga menconteng apa-apa dalam blog ini.. Sekadar melepas perasaan.. hehe..
Jumaat, 22 Ogos 2008
Hari Jumaat
Ramai jugak yang sms bertanyakan result IELTS saya... Terima kasih sebab menunjukkan ke'concernan' (perkataan baru- DBP tak iktiraf..hehe..) anda semua..
Ada salah seorang student saya mengirim email dan mengutarakan bahawa dia mengirimkan doa agar saya dapat melalui cabaran demi cabaran dengan tabah.. Terima kasih yer Nurul. Doakan lagi yer.. mudah-mudahan ada kebaikan dan kemudahan di sepanjang perjalanan ini..
Yang ni kita cerita kemudian yer..
_____________
Perhimpunan Keluarga
Hari ini hari Jumaat, 22 Ogos. My mother ada di rumah saya kerana kami akan menghantar my younger sister Siti Khadijah @ Aa untuk menyambung pelajaran ke Jambi, Indonesia. Penerbangannya dijadualkan pada jam 3 petang Isnin nanti iaitu pada 25 Ogos 08. Jadi rumah saya penuh dengan ramai orang dan Aisyah sangat gembira apabila ramai kanak-kanak keangkatan dengannya sama-sama bermain di rumahnya dan di biliknya..
Kak Za satu family dari Johor pun turun. My elder sister Kak Za @ Dr Siti Zaiton adalah Pensyarah Kejuruteraan Komputer di UTM Skudai. Suaminya Dr Razali aka Abang Lie iaitu Pensyarah Electrical Engin di UTM juga. Semua datang dan tidur di sini. Aisyah asyik main sepanjang masa dengan Abang Firdaus, Abang Fahmi dan Kakak Tasnim. Tasnim ni suka baca buku, malam tadi dia tidur di bilik study rumah kami sebab semua bilik telah penuh.. Rasanya mesti dia berjaya menghabiskan beberapa buah buku yang tebal-tebal termasuklah buku Hamka dan buku berkenaan Barrack Obama..
Kak Nik, my eldest dan keluarga pun datang, tapi tak tidur sebab rumahnya juga di Shah Alam, Seksyen 19. Jadi penuhlah rumahku dengan suara riuh rendah Adik Afif, Syahmi, Abang Amir dan Kakak Nadia..
Adikku Ree yang tinggal di Puchong, Zura dan Na yang tinggal di Pandan Indah tak dapat datang sebab terpaksa kerja pada hujung minggu ni..
Aa dan suaminya Muez juga tidur di rumahku. Ulya asyik ikut kakak Aisyah pegi sana, pegi sini, baca buku, nyanyi pastu tengok TV.. Ulya ni asyik pakai tudung saja walaupun baru berumur 2 tahun.. bagus betol..
Adikku Aa sebenarnya lepasan Diploma KUIS dan menyambung untuk satu tahun ke Uni Jambi dan insya Allah dapat transfer credit untuk menghabiskan Degree Usuluddinnya dalam masa setahun di sana. Hari tu dia ke Mesir mengikut suaminya Muez menamatkan pelajaran ijazah Usuluddin di al-Azhar Uni.. Kami semua doakan semoga Aa berjaya.. Jadi sepanjang ibunya belajar, Ulya akan berada dengan Tok Ma di Kota Bharu nanti.
Saya ada ramai adik beradik, 11 orang dan yang paling specialnya, ada 5 orang bekerja sebagai pensyarah, 1 orang guru dan 3 orang Executive Syarikat. Kak Nik pensyarah UTM KL, Kakak kedua Kak Ros guru di Trengganu, Kak Za di UTM JB, saya di UiTM Shah Alam, Siti Hajar pensyarah UNITAR dan Idi pensyarah Kolej Baitulmal. Tapi sekarang dah bertukar sebab Siti sambung Master, Idi ke Sudan bersama MERCY. 3 orang yang lain adalah Auditor JTop, Officer Glomac dan sorang lagi HR EON. Tapi lepas ni bertukar lagi tu..
Adikku Aa adalah kedua bongsu dan the youngest brother sedang ambil Diploma Mechanical Engin di Politeknik Trengganu.
______________
Ufm
Tadi jam 10.45 hingga 11.45 saya dijemput untuk menjadi tetamu di Radio UiTM atau disebut Ufm di frekuensi 93.6 fm. Tajuk diberikan adalah 'Remaja dan Cabaran'. Slot ini adalah slot kerjasama CITU (my office) dengan Radio UiTM dengan nama slotnya adalah '
Bagi saya berbincangan sangat baik dan menarik kerana ia berbentuk santai, tidak serius dan Anim banyak mengutarakan soalan yang terlintas di kepalanya. Sebelum pergi ke
Anim memulakan perbincangan dengan bertanyakan 'Puan, kita selalu dengar remaja banyak masalah, dikaitkan dengan yang negatif sahaja.. sebenarnya siapakah yang dikatakan remaja dalam pandangan Islam'. Sekejap Anim ni panggil Puan, sekejap Ustazah, kadang-kadang dia tersebut Puan Ustazah.. apa-ape jer ler.. Saya tak kisah..
Saya menyebut bahawa perbincangan pakar psikologi, pakar kemanusiaan dan sebagainya meletakkan umur 8 tahun dan belasan tahun sebagai remaja dan remaja akhir dirujuk kepada awal 20an. Islam tak menolak nak bahagikan ikut umur sebegitu tapi yang penting dari perspektif Islam adalah perbezaan antara mumayyiz dan baligh. Bila baligh kita mula ada tanggungjawab, dengan pergolakan jiwa yang membara, dengan semangat nak tahu, nak rasa, nak
Saya membawa contoh dalam akhbar Harian Metro hari ini disiarkan seorang remaja umur 15 tahun menghantar 6 sms maki hamun dan menghina ibu bapanya sendiri.. Ini suatu yang menggerunkan kita..
___________
Selitan.. kisah disiarkan Harian metro
SMS maki ayah, ibu
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah
KUALA LUMPUR: Hanya kerana dinasihat meninggalkan tabiat buruk dan kembali ke jalan Allah swt, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang gemar meneguk arak dan ponteng sekolah tergamak menghantar `SMS derhaka’ memaki-hamun ibu bapanya sendiri.
SMSnya berbunyi.. `untuk pengetahuan kau, aku kaki mabuk! tak nak halau aku keluar dari rumah ke?’ Malah, dia mendakwa semua dosa dilakukannya di bawah tanggungan kedua-dua orang tuanya, Remaja terbabit menghantar mesej berbunyi “kau sayang aku? buang masa kau sayang setan ini! aku keluar dari rumah sekarang dan tak payah cari aku. Aku berjanji tak akan jejak kaki di rumah kau lagi.”
____________
Kita selalu dengar kata-kata hikmah,'Berikan aku 10 pemuda, nescaya aku akan goncangkan dunia ini..' Pemuda tu boleh saja orang muda berumur 20an, dan boleh jadi remaja berumur belasan tahun..
Remaja ni boleh jadi penambah nilai, permata yang bergemerlapan dan remaja juga boleh jadi liabiliti (beban) yang menyusahkan seumpama kaca-kaca yang menyepahkan, menyakitkan dan membebankan seluruh orang yang ada disekitarnya..
Anim bertanya lagi 'Jadi.. apa sebenarnya ciri seorang ramja yang Islam nak yer..?'
Saya jawab..'Kita tengok apa kata Hasaan al-Banna.. Ciri yang patut ada, dan kita harapkan ada pada remaja kita adalah, akidah yang sejahtera..
Lagi satu remaja perlu jaga ibadah terutama yang asas jangan sama sekali tinggal. Ibadah sahihah. Perlu belajar supaya ibadah yang dibuat tidak sia-sia seperti mana rukunnya dan sebagainya. Jika kita jaga solat, kita menjaga keseluruhan agama. Jika kita tinggal solat, kita meruntukan agama kita sendiri.
Saya bawakan perumpamaan..
'Katakan ada layang-layang, angin tengah kuat, jadi layang-layang tu akan terbang tinggi dan tinggi.. Tuannya pula akan lepas kan tali sikit demi sikit.. Tapi tuannya tidak lepaskan semua tali tu, bila terlalu tinggi, tuannya akan tarik tali tu sikit demi sikit.. akhirnya kembali pada tuannya.. Macam tu ler kita.. kalau remaja jaga solat, kita ada tautan dengan Allah.. Bila kita buat apa-apa yang silap, jauh kita terlajak, Allah akan cetuskan rasa bersalah dalam hati kita, macam tali layang-layang tadi, tuannya masih pegang.. Tapi kalau remaja tinggal solat, kita yang lepaskan diri dari Allah. Bila layang-layang putus tali, apa jadi? Terbang setingginya selagi ada angin, lepas tu jatuh ke tanah.. tapi tak ada value apa2 lagi.. Kita pun macam tu la dengan Allah. Kalau kita jauh dan putuskan diri dengan Allah, solat kita tinggal, macam-macam nanti maksiat demi maksiat kita akan buat.. Sampailah kita mati dan hati kita pun telah dikunci mati.. Nauzubillah..
Perbincangan lebih seronok lagi bila Anim tanyakan ada kawan-kawannya yang sangat kuat bercinta dan ada yang sanggup buat macam-macam untuk dapatkan cinta, termasuklah sanggup serahkan diri pada pasangan .. macamana yer pandangan Islam..'
Saya cuma jawab bahawa, remaja dengan cinta memang ibarat kuku dengan isi ler, mana nak lari.. sebab media pun asyik kisah tu yang diulang-ulang. Lagu cinta, kisah cinta, putus cinta, kawin lari, cinta suami orang, lari ke Thailand dll.. Lepas tu pulak ditunjuknya sapa tak ada pasangan, maknanya dia tak laku.. tak der harga.. Sebab tu kena ambik tindakan..
Tindakan apa nak ambik?
'Anda kesepian?? Dial ler 338899 On Cinta..'
Anim ketawa jer bila saya buat joke tu.. Sebab itu remaja kita asyik sungguh dengan cinta.. bila kita tengok pasangan kita tu paling berharga.. maka jadilah apa yang Anim sebut tu..
Saya tambah.. 'Kita tak boleh macam tu.. Ingat apa yang Nabi pesan... Nanti akhir zaman, kamu akan ikut amalan orang lain syibran bisyibrin, ziraan bizirain.. sehasta demi sehasta, sejengkal demi sejengkal.. Sahabat tanya, sapakah depa tu? Jawab Nabi Yahudi dan Nasrani.. Kita kena lari dari masuk golongan yang Nabi sebut tu, ikut cara hidup orang bukan Islam, tidur sebelum kawin, berpelukan tanpa malu dan segan depan orang.. '
Banyakler Anim tanya, ringkasnya selepas 1 jam, habis ler bicara tersebut. Anim ni kata, 'Saya seronok dengan perbincangan tadi, boleh tak kita buat Siri Remaja 2 pulak nanti... Masa tu kita bukak talian, tadi tu menyala-nyala talian kita, ada pendengar call, tapi kita tak angkat...'
Saya cuma jawab.. 'Insya Allah ye Anim, kalau saya free, nanti kita bincang ok..'
Semoga radio UiTM akan meneruskan rancangan 'CITU ON AIR' ini seterusnya dengan perbincangan dengan pensyarah lain yang lebih ilmiah lagi, semoga ada manfaat kepada pendengar yang ada di luar sana..
Isnin, 14 April 2008
Balik Kampung
Umi balik sorang, Aisyah dan Abah hantar Umi ke Subang, flight jam 8.30mlm dan sampai di Kota Bharu 1 jam selepasnya..Ayah datang dengan my sister (Tie) with her sons , Absya dan Akil (baby twin)..Sampai rumah jam 10 malam.. My mother, My grandmother, we call her Wea.. (from the word Wan) ada di rumah, alhamdulillah semua orang sihat walafiat.
Ini first time naik firefly ke KB, hari tu aku naik ke Kuala Trengganu.. Naik firefly ni ok sebenarnya walaupun kapal terbangnya kecil.. takde pun gegar, ok jer bila fly, bahkan rasa macam naik personal flight jer sebab orang tak ramai.. (hehe.. maka tak payahler beli personal flight, beli tiket firefly jer ..hehe..)
Selepas Firefly beroperasi ke KB, maka ia adalah pilihanku selepas ini, takyah lagi pergi ke LCCT untuk Air Asia atau KLIA untuk MAS yang jauh di hujung dunia tu.. jauh bangat..
Sepanjang hari aku bergerak menyempurnakan beberapa urusan, ke KB Mall, lunch dengan kebab Kyroz, lepas tu ke Panji dan akhirnya balik semula ke rumahku selepas membeli 8 keping roti canai dengan kari kepala lutut di Kubang Kerian... wuhhh sedapnya..
Ini Haninah
Ini Akil
Kak Ros call aku masa di opis untuk maklumkan Idi dan kawan2nya sihat dan selamat dari kawasan perang. Masa Kak Ros call aku di opis, aku terus call Ma dan Ayah di KB tapi tak angkat, malam tu dah terlupa nak inform sampai Idi sendiri call my parents dan inform Ma dan ayah mengenai dirinya dan tanyakan sama ada orang MERCY ada call atau tidak...
Untuk Idi, this is my apology: 'Sorry yer die... sebenarnya Kak Ros manager tu inform kak, tapi kak terlambat nak convey the message to our parents..sorry yer'
Aku sangat kagum dengan profesionalisme MERCY, semuanya tersusun dan dijaga dengan sebaiknya... Baguslah Idi dah tukar menjadi Sukarelawan di bawah MERCY. Aku rasa banyak yang dia boleh pelajari dan lebih besar pengalamannya bergaul dengan Doktor-doktor sukarelawan MERCY seluruh dunia..
Malamnya, Tie sekeluarga hantar Umi ke airport untuk balik semula ke KL menggunakan Air Asia. Hari Ahad, Abah dan Aisyah balik rumah nenek di Bangi dan dari Bangi terus ke LCCT untuk jemput Umi...Gembiranya Aisyah tengok Umi balik.. Macam-macam nak bercerita dan salah satunya cerita sensasi yang berlaku ke atas dirinya..
Nanti entry akan disambung dengan cerita sensasi tersebut.... apa tu???
Kisahnya Aisyah telah diuji kesabarannya serta jatidirinya di sekolah ISSA..
tunggu....