Saya
terima tazkirah yang sangat baik ini tentang peranan ibu bapa dalam
mendidik anak-anak. Saya ingin berkongsi di sini, mudah-mudahan kita
semua dapat manfaat..
Anak dan Ibu Ayah
1. Mulakan
hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang
kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan.
2. Berikan
anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk
setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang
jarang dipeluk.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih
sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran.
4. Berikan peneguhan setiap
kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah
ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang
dilakukannya.
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum
matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka
hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah
keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu
terus berlalu dan tak akan kembali.
7. Di dalam membesarkan dan
mendidik anak-anak, janganlah anda mengeluh. Keluhan akan membuatkan
anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak
anda. Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan
datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda
tentang giliran untuk bercakap.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11. Buatlah sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut ulangtahun
kelahirannya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya
murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak
yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar
menghargai orang lain.
12. Kemungkinan anak kita menerima
pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan
kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah
masa bersama anak anda di luar rumah. Peganglah tangan anak-anak apabila
anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan
kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu 'real' dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Dalam masa yang sama,
mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah
kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam dari anda.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Kelak
anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting
daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan
mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun
dengarilah mereka. 20 tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis
apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar
tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Kain yang putih terpulang kepada anda untuk mewarnakannya. Semuanya di
tangan anda. Fikir-fikirkanlah. Nampak mudah tapi sangat bermakna.