Muslimat Desa Bundoora berpakat-pakat membaca al-Quran, AJKnya nama Siha dan Fisah, membahagikan kepada 6 kumpulan.. Insya Allah esok majlis khatam akan diadakan sebagai meraikan tamatnya usaha kami untuk kali ini. Insya Allah, semoga usaha mentilawah al-Quran akan terus kita sama-sama teruskan, tanpa mengira masa dan waktu.. insya ALlah..
_______________
Pengumuman oleh AJK untuk program esok..
Salam Ramadhan Kepada Seluruh Warga Desa..
Alhamdulillah, Setelah berbincang dengan Ustazah & juga rakan-rakan muslimah DB atas beberapa pertimbangan yang telah dipersetujui ramai, maka Majlis Khatam Al-Quran Muslimah 2011 akan diadakan seperti maklumat yang tertera di bawah:
Majlis Khatam Al-Quran Muslimah Desa Bundoora 2011
Tarikh/Hari
21 Ogos 2011 (Ahad)
Masa
10 am - 12.30 pm
Tempat
36, Cabernet Crescent, Bundoora.
(Rumah Pn Azida/ En. Afendi)
Tentatif Program
* Majlis Khatam Al Quran( Bacaan Surah-surah dan Doa Khatam Al Quran)
* Tazkirah Ringkas oleh Ustazah Hidayah : "AMALAN BAIK DI BULAN RAMADHAN"
* Solat Zuhur Berjemaah
* Bersurai.
Semoga rakan-rakan muslimah diberi kelapangan waktu untuk menghadiri majlis ini.
Mudah-mudahan aktiviti kita di bulan Ramadhan yang mulia ini juga mendapat keberkatan olehNya.
Sekian Terima Kasih.