____________
Hari Raya Jumaat 1 Syawal 1431H
Kali ini kami sekeluarga berhari raya kali kedua di sini. Hari Raya jatuh hari Jumaat.
Awal pagi, kami ke Masjid Preston untuk solat hari raya. Orangnya teramatlah ramai.. penuh semua ruang dalam masjid. Di luar masjid diletakkan tikar tetapi disebabkan hujan turun walaypun tidak lebat, tapi ia menyebabkan basah habis tikar. Jadi semua orang berpusu-pusu ke dalam ruang solat.Jam 11 pagi, kami beraya di rumah Irniza/Rezal, then lepas lepas solat Jumaat, kami convoy dua kereta beraya di St Albon, rumah Dr Zaharuddin Sani.
Sabtu, kami join sambutan hari raya di Bundoora dan juga Kg Vic. Lepas tu kami ke rumah rakan-rakan Singapore di Dallas, rumah Sila/Bukhari, rumah Kak Ros Lazzat, then kami ke hospital Epping melawat Abang Man Kak Min (sahabat Singapore juga) yang dimasukkan ke hospital atas masalah jantung.
Ahad, kami join majlis beraya lagi di beberapa buah rumah. Rakan Singapore dan juga rakan2 Malaysia. Alhamdulillah.. Semuga semua berbahagia dan ceria selalu..
_______
Di bawah ni..
Siapakah yang bergaya tu??? hehe...
Siapa lagi.. kalau bukan Aisyah sekeluarga..
Selamat Hari Raya dari Kami semua..
Mohon Maaf atas segala silap..
Musafir Kelana..
Masa yang sama, hari raya ni juga dua orang anak sedara saya berangkat ke luar negeri.
Tasnim ke Jordon, anak sulong my sister Kak Za, lecturer UTM Skudai, melanjutkan pelajaran menjadi Doktor.. amin...
Yang tengah tu Tasnim... (Saya curik gambar ni dari facebook tasnim).. .. Tasnim, jangan mare yek..Sorang lagi anak sedara saya, namanya Zuhri, anak sulong Kakak Solong saya (Kak Nik-lecturer UTM KL) melanjutkan pelajaran Syariah di Al-Azhar, Mesir.
(Gambar Zuhri belum ada lagi. nanti saya carik dari facebook dia yer.....)
Semoga mereka berdua selamat, dimudahkan urusan, berjaya dalam pengajian, dilindungi Alah dan selalu menjadi dan berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah.. amin