Selasa, 18 Disember 2007

Aisyah Nabila

Umi berdiolog dengan Aisyah mengenai Nabila Mutiara Hati..

"Aisyah, Umi nak bagitau satu perkara kat Aisyah ni pasal Nabila.."

"Apa dia Umi.."

"Umi nak bagitau, hari tu Aisyah cerita pasal Nabilakan, sebenarnya Umi nak inform ni, Nabila tu sebenarnya dalam TV saja.. dia berlakon dalam cerita Mutiara Hati, sebenarnya bukannya betul-betul ada Nabila macam tu...Maksud Umi, yang baca doa tu sebenarnya budak perempuan nama dia Novi Auliya, dia berlakon jadi Nabila, bukannya Nabila yang betul, Aisyah paham yer..."

Lama dia diam.. agaknya tengah digest dalam pemikirannya mengenai Nabila dan Novi...

Akhirnya Aisyah bersuara..

"Ye lah Aisyah paham Umi.. tapi Aisyah rasa macam betul-betul Nabila lah Umi.. sebab dia selalu berdoa, mintak tolong dengan Allah.. Kalau dia bukan Nabila yang sebenar pun tapi dia banyak buat baik dalam cerita tu, mesti akhirnya Allah bagi lah dia petunjuk.. dia memang dah jadi baik lah Umi.."


Ooo rupanya dia memang sedang memproses data dan akhirnya mengeluarkan remarknya yang tersendiri..

"Takpelah Umi..Aisyah bukan kisah sangat, dia Nabila yang betul ke tidak..Tapi dia selalu ingat Allah, selalu berdoa dan buat baik, sebab tu kita kena belajar buat macam tu, selalu berdoa dan ingat ALlah.. kan Umi.."

"Aaa.. lah.. Aisyah betul. Yang mana baik, Aisyah ikut, tapi kalau Aisyah tengok cerita 'Adi dan Ayah' atau 'Afi dan Abah', atau cerita lain yang tunjuk akhlak tak baik, Aisyah tak boleh ikut yer Sayang..."

"Ok Umi, Aisyah janji ye Umi.."

Akhirnya Aisyah berpijak di bumi nyata mengenai Nabila..
Akhirnya terjawabler teka teki siapa ikut siapa ni....
Rupa-rupanya Aisyah yang tiru Nabila yer... hehehe





Gambar sebelah, Aisyah sedang membaca majalah dengan kusyuknya sementara menunggu turn jumpa Dr Alfi di klinik Nik Ishak. Aisyah dah belajar bahawa cara mengelak keboringan menunggu adalah dengan baca buku...






Anakku sayang.. semoga selalu berakhlak mulia, menjadi insan solehah dan selalu berbudi pada semua insan..

Ahad, 16 Disember 2007

Kisah Ibuku Sayang

My Mother



Hari Sabtu, 15 Dis 2007, aku ada kursus Aura Syifa' di Shah Alam, dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang. Kursus ini sungguh bermanfaat dan aku rasa sangat teruja dengan ilmu baru yang aku pelajari dalam majlis ini.

Pada masa yang sama, Ma akan balik ke Kota Bharu sebelum Hari Raya Haji selepas semua urusan penghantaran Ayah Die selesai. Begitu juga dengan programnya untuk bermalam sehari di setiap rumah anak-anaknya yang ada di Lembah Klang ini.

Aku dah belikan tiket Air Asia untuk Ma balik ke KB pada hari Sabtu 15hb Dis jam 1.40 petang. Tiket MAS dah habis hari Sabtu, yang ada MAS hari Ahad dan Ma tetap nak balik hari Sabtu. Jadi confirm belikan tiket Air Asia.

Petang Jumaat, aku hantar Ma ke rumah adikku Ree di Puchong. Dan Ree dan Na akan hantar Ma ke airport tengahari Sabtu.

Tapi apa yang dirancangkan tak terjadi. Kesiannya Mother....

Tengahari Sabtu, Ree dan Na hantar Ma ke LCCT sampai jam 1 ptg iaitu 40 mt sebelum berlepas dan pintu telah ditutup 2 jam sebelumnya. Pelik betul sebab selalu aku naik, 40 mt masih boleh masuk. Hari tu 30 mt pun dilepaskan lagi masa aku berkejar balik KB masa Ma admitted kat ward Hospital Kota Bharu bulan Oktober lepas. Kesian Ma...

Ramai yang marah-marah sebab Air Asia tukar peraturan tiba-tiba.. Apsal tutup awal???Aku pun plan nak hantar surat komplen pada Pengurusan Air Asia..
My sister kata.."mangkuk betol Air Asia ni..' hehehe.. Tu ler sapa suruh naik Air Asia yang everybody Can Fly tu.. Kan dah jadi macam Bas Mini jer..


Ma dah rasa sedih sangat-sangat sebab Ayah dah turun ke airport KB untuk jemput buah hatinya lepas solat Zohor di Masjid... Kesiannya ayah.. macamana nak bagitau Ayah yer....
Memang tak de jalan nak bagitau Ayah sebab handphone ayah ada dengan Ma....

Akhirnya Ma tak nak tunggu jugak, burn gitu ler tiket Air Asia tu. Semua tiket Air Asia dan MAS dah penuh untuk hari Ahad, Isnin hingga Khamis. Apasal ler ramai sangat orang Kelantan nak balik ni....Ma nak juga balik hari Sabtu, nak naik Bas ke KB malam tu jugak.. Sebab dia dah janji dengan Ayah nak balik, kesian Ayah sebab dah tunggu Ma balik... Kuatnya cinta my parents berdua...

Malam tu Ma balik juga, naik bas ke KB. Jalan Gua Musang belum ditutup lagi dan akhirnya Ma sampai pagi Ahad jam 5.30 pagi. Ayah tunggu Ma. Selepas sampai, Ma balik rumah sekejap dan mereka berdua kemudiannya menuju ke Masjid untuk solat Subuh berjemaah..Alhamdulillah Ma selamat sampai dalam hujan lebat dan banjir yang melanda Pantai Timur sekarang ini.

Jam 7 pagi Ahad, aku call ke rumah cakap dengan Ayah..

'Assalamualaikum Yah, buat apa tu? Ma dah sampai ker Yah?" (Ayah dah jadi Yah..hehe)

"Alhamdulillah.. sampai tadi terus gi masjid dengan ayah.."

"Ayah, maaf banyak-banyak ye yah pasal Ma tu, tak tahu lah macamana buleh jadi gitu.. Tiket batal tu takpelah, tapi mesti Ma dengan Ayah sedih... Maaf ye yah..."

"Tak pe.. Ayah risau sungguh, ayah tunggu di airport sampai kol 5 petang.. rungsing takut jadi apa-apa ke Ma.. Dah sampai dah tu, takperlah nak buat macamna, ambik pengajarannya je lah.. lain kali keluar lah awal lagi kalo naik Air Asia tu.. Ayah nak marah pun tak jadi.."

"Yelah.. ok yah, pagi ni ada kursus lagi ni.. kemarin satu hari, hari ni kursus lain pulak.. Sibok siket la yah, Hari Raya Haji ni rasanya tak dapat balik la, maaf ye Ayah, dah bagitau Ma, nanti cuti awal tahun depan, kita balik insya allah ye yah...."

"Tak per la.. yang pentingnya semua sihat.."

Dan Ayah bercakap panjang lagi tanya soalan demi soalan... Sudah pasti tanya pasal Aisyah dll...Sampailah selesai bercakap.. Aku pun letak telefon.


"Wahai Allah, sayangilah Ibu dan Ayahku, berkatilah mereka, kasihanilah mereka, tautkan kasih sayang mereka di dunia dan di akhirat. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kami semua. AMpunilah dosa mereka dan masukkanlah mereka ke dalam syurgaMu wahai Tuhan..."

Ma dan Ayah, semoga Allah selalu merahmati Ma dan Ayah dan semoga Ma dan Ayah selalu bersama sebagai pasangan bahagia di dunia dan di akhirat...Amin..


Hormatilah, berbaktilah dan sayangilah ibu dan ayah kita semasa mereka masih ada..

Keluarga Sakinah dan Pelancaran Unit Guaman

Program Keluarga Sakinah Siri ke 5 telah diadakan di Dewan Muktamar CITU, UiTM Shah Alam pada 12 dan 13 Disember 2007. Ini siri ke 5 maknanya CITU dan mengadakan 5 tahun berturut-turut siri program keluarga sakinah ini. Ramai juga yang hadir dalam 150 orang peserta. Semoga semua yang hadir termasuklah aku akan mendapat keluarga yang sakinah, bahagia dan diberkati di dunia dan di akhirat. amin..

Siri kali ini diadakan serentak dengan Pelancaran Unit Guaman Syarie CITU. Aku dilantik menjadi AJK perasmian dan sekaligus AJK Pelancaran Unit Guaman Syarie. Letih jugak sebab tugas aku ada beberapa yang agak penting iaitu:

1- Kena draf ucapan Datok VC
2-Kena draf ucapan Bos aku
3-Kena siapkan kertas kerja operasi Unit Guaman ini nanti
4-Kena jadi moderator Kertas kerja Hadhanah
5-Kena jadi Setiausaha Unit Guaman Syarie

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Marlina mewakili PGSM membentangkan tajuk Hadhanah di mana aku jadi moderatornya..

Operasi Unit ini akan dibuat dengan kerjasama dengan ebberapa badan luar yang berkaitan. Yang pastinya kami akan bekerjasama dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) selepas ini. Inilah kerja yang perlu dibereskan nanti, kertas kerja yang kemas untk dibentangkan dalam mesyuarat Exco PGSM akan datang.

Pada masa yang sama, aku telah berjaya membina blog baru untuk PGSM di alamat http://peguamsyarie.blogspot.com/

Aku ler moderatornya...

Hari ini 15 Dis, satu hari suntuk aku hadir kursus AuraSyifa'.. Semakin banyak aku ingin belajar, semakin banyak yang aku belum tahu lagi di dunia ini.. Besarnya ilmu Mu Wahai Allah..

Aku rasa letih sangat tapi seronok dan bahagia dengan hidupku...

Khamis, 13 Disember 2007

Umi Dalam Berita Harian 13 Dis 07 (Hak Muslim)

Hak Muslim:
Guna kaedah taklik, fasakh jika ditinggal suami
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim


Soalan

SAYA adalah mangsa poligami di mana suami berkahwin dengan wanita lain kira-kira empat tahun lalu di sempadan Thailand. Selepas berkahwin lain, beliau keluar daripada rumah tinggalkan saya dan anak tanpa sebarang nafkah. Saya benar-benar kecewa dengan nasib saya. Saya ingin bercerai tetapi apabila ke Mahkamah Syariah, saya diminta memberitahu alamat suami. Disebabkan tidak tahu alamat suami, mahkamah menangguhkan kes saya. Mahkamah sepatutnya perlu mengasihani orang seperti saya dan meneruskan kes walaupun suami tidak hadir kerana saya memang tidak tahu di mana suami berada, tetapi saya pasti dia berada dengan isteri barunya. Apa yang perlu saya lakukan sekarang?

Isteri mangsa poligami
Selangor


Jawapan


Kami bersimpati terhadap masalah yang puan hadapi. Semoga puan tabah selalu. Suami puan sudah melakukan dosa dengan mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada puan dan anak. Beliau melaksanakan poligami tetapi dengan jelas gagal berlaku adil. Puan sebenarnya bukan mangsa poligami tetapi mangsa perlakuan suami yang tidak bertanggungjawab. Poligami tidak salah, yang salah adalah perlakuan orang yang mengamalkannya tanpa mengikut cara dikehendaki Islam. Orang sebegini sebenarnya memberi nama buruk kepada agama dan balasan azab di akhirat sudah pasti menantinya kerana tanggungjawab adalah perkara besar yang akan ditanya di akhirat kelak.

Tindakan suami meninggalkan puan lebih daripada empat tahun tanpa nafkah adalah tempoh masa yang lama. Puan sememangnya berhak untuk keluar daripada ikatan rumah tangga dengan menggunakan kaedah cerai taklik atas alasan suami gagal memberi nafkah dan meninggalkan isteri lebih daripada tempoh empat bulan.


Puan juga boleh menggunakan kaedah fasakh menggunakan alasan pengabaian nafkah dan juga ditinggalkan dalam tempoh yang lama. Dalam soalan puan, puan sudah membawa kes tuntutan cerai di mahkamah, kemungkinan menggunakan salah satu daripada kaedah di atas.

Jika membawa kes ke mahkamah, ia bermaksud kita ingin mencari keadilan menurut apa yang diputuskan wajar oleh Hakim Syarie yang mendengar kes kita. Memfailkan kes di mahkamah mesti mengikut cara ditetapkan undang-undang atau dipanggil tatacara kes di mahkamah. Semua tatacara ini diperuntukkan dalam Enakmen Tatacara Mal yang diwartakan dan mesti dipatuhi. Oleh itu, kurang tepat jika kita beranggapan hakim patut tahu dan menolong kita kerana hakim hanya berpandukan apa yang puan bawa di hadapannya.

Berdasarkan prinsip keadilan, pihak yang menuntut perlu membawa keterangan supaya jelas apa yang dituntutnya. Kerana itu, puan perlu menyediakan diri dengan maklumat lengkap seperti tarikh berkahwin, sejak bila tidak mendapat nafkah, tarikh suami meninggalkan puan, siapa yang mengetahui suami meninggalkan puan, siapa saksi yang boleh menyokong tuntutan puan dan sebagainya.


Apabila puan memfailkan tuntutan cerai atau dipanggil kes mal, puan mesti memulakan dengan saman dan penyata tuntutan. Puan perlu menyatakan dalam penyata tuntutan bahawa puan sudah berkahwin dengan suami, mempunyai berapa orang anak, suami meninggalkan lebih empat tahun tanpa nafkah mulai bila dan apa-apa perkara perlu dinyatakan secara bertulis. Saman dan penyata tuntutan itu pula mesti disampaikan kepada suami.

Oleh itu, sebahagian daripada tugasan puan adalah mengetahui alamat di mana suami tinggal untuk tujuan penyerahan saman serta penyata tuntutan tadi. Disebabkan itu, kami menasihatkan wanita supaya mengetahui alamat tempat kerja suami, alamat kampung suami atau alamat lain di mana suami boleh dihubungi.

Selepas suami menerimanya, dia diberi hak untuk menjawab atau membela tuntutan yang puan failkan terhadapnya. Tujuannya adalah memberi ruang kepada mahkamah untuk mendengar daripada kedua-dua belah pihak sebelum keputusan adil dapat diputuskan. Daripada segi undang-undang, saman perlu disampaikan secara kediri iaitu dengan menyerahkan saman bermaterai kepada suami puan sebagai defendan dalam kes ini.

Defendan hendaklah menandatangani saman itu sebagai akuan penerimaan. Jika defendan enggan menerima saman itu, ia boleh ditinggalkan berhampirannya dan perhatiannya diarahkan kepada saman itu. Dalam kes ini, puan tidak tahu langsung di mana suami berada. Kemungkinan mahkamah menangguhkan kes kerana saman dan penyata tuntutan tidak dapat disampaikan kepada suami.

Puan sepatutnya memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan suatu perintah yang dinamakan perintah penyampaian ganti di mana saman itu disampaikan dengan cara menampalkan suatu salinannya di papan kenyataan mahkamah dan di tempat yang mudah dilihat di alamat defendan yang terakhir yang diketahui atau apa-apa cara lain yang difikirkan patut oleh mahkamah. Mahkamah juga boleh membuat perintah supaya penyampaian dibuat melalui iklan dalam mana-mana akhbar tempatan seperti yang difikirkan patut oleh mahkamah.

Walaupun secara realitinya defendan tidak membaca notis tampalan atau iklan dalam akhbar tempatan itu, kesannya di sisi undang-undang adalah sama seperti penyampaian kediri yang disebutkan tadi. Apabila sempurna penyampaian ganti ini, mahkamah hendaklah menyifatkan saman itu disampaikan kepada defendan. Dengan itu, kes puan boleh diteruskan untuk perbicaraan dan tidak perlu ditangguhkan lagi.

Sebagai orang awam, puan sukar untuk memahami prosiding ini kerana ia bersifat teknikal. Justeru, puan wajar menggunakan khidmat peguam. Jika berkemampuan, puan boleh menggunakan khidmat peguam syarie biasa. Jika puan tidak bekerja atau bekerja tetapi mempunyai pendapatan sederhana, puan boleh ke pejabat Biro Bantuan Guaman (BBG) berdekatan untuk memohon bantuan khidmat daripada peguam BBG. Sekiranya puan memenuhi kelayakan ditetapkan, pihak BBG akan membantu untuk mendapatkan khidmat peguam bagi memudahkan kes.


Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Nurhidayah Muhd Hashim. Sebarang persoalan boleh dihantar ke exco_pgsm@yahoo.com

Artikel PGSM Rabu 12 Dis 07

Artikel ini tulisan Timbalan Presiden PGSM, Mohd Isa Abd Ralip, disiarkan pada Rabu 121207. Artikel ini aku yang edit. Disiarkan disini kerana berkaitan dengan kes Siti Nadzirah yang berkahwin campur.....


_______________


Peguam Syarie Menulis:
Ibu abai kebajikan hilang kelayakan hak jaga anak
Oleh Mohamad Isa Abd Ralip


PERJUANGAN ibu muda Siti Nadzirah Mohd Nasir, 20, mendapatkan anaknya kembali, Arman Khan selepas suami, Fazal Azim Abdul Ahad, 24, warganegara Pakistan serta keluarganya menghalang beliau membawa anaknya pulang ke tanah air mendapat liputan meluas serta simpati masyarakat Malaysia. Pada 23 November 2007, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor membenarkan permohonan sebelah pihak (ex-parte) Siti Nadzirah dan mengeluarkan perintah antara lain meletakkan hak jagaan sementara anak kepada Siti Nadzirah sehingga hak jagaan kekal anak diputuskan serta memberikan hak lawatan kepada bapa.

Mungkin timbul persoalan bagaimana hak jagaan anak diberikan kepada Siti Nadzirah, walaupun secara sementara sedangkan Siti Nadzirah masih isteri yang sah kepada suaminya? Dalam erti kata lain, masih dalam ikatan suami isteri dan belum disabitkan perceraian oleh mana-mana mahkamah.

Peruntukan seksyen bagi hak jagaan anak atau hadanah termaktub secara khusus dalam enakmen negeri di Malaysia. Di Selangor, peruntukan itu diletakkan di bawah Seksyen 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, 2003 (EUKIS 03) dan bagi Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan pula, diletakkan di bawah seksyen 81.

Walaupun peruntukan seksyen berbeza, dari segi penggunaannya adalah sama iaitu memperuntukkan ibu orang paling layak bagi menjaga anak kecilnya sama ada pada masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan. Seksyen itu dengan jelas menyebut ibu adalah paling layak sama ada ibu itu masih dalam perkahwinan atau selepas bercerai.

Dengan itu, walaupun seseorang itu belum bercerai atau dalam proses perceraian, berdasarkan kepada peruntukan seksyen itu seorang ibu atau bapa boleh membuat tuntutan hak jagaan anak. Namun, seksyen itu jelas menyatakan bahawa ibu paling berhak menjaga anaknya yang masih kecil atau anak belum mumaiyiz.

Justeru, adakah ibu saja berhak untuk menjaga anaknya? Bagaimana pula dengan bapa? Hakikatnya kedua-dua ibu dan ayah berhak mendapatkan hak jagaan anak, namun bagi anak kecil dan belum mencapai umur mumaiyiz, hak hadanah lebih diutamakan kepada ibu. Had umur mumayiz bagi kanak-kanak perempuan adalah sembilan tahun, manakala bagi kanak-kanak lelaki, tujuh tahun. Selepas mencapai umur itu, kanak-kanak berkenaan boleh memilih penjaga mereka.

Namun begitu, seorang ibu boleh hilang kelayakan sebagai hadanah jika dalam siasatan mahkamah dia tidak layak menjaga kebajikan anak itu. Seksyen 84 EUKIS 03 menggariskan beberapa perkara berkaitan hilangnya hak hadanah bagi seorang ibu ke atas anaknya iaitu: l Jika perempuan itu sudah berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak berkenaan, tetapi haknya akan kembali semula jika perkahwinannya itu dibubarkan.


l Jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka atau berperangai keji mengikut hukum syarak. l Jika perempuan itu menukar tempat pemastautin dengan niat untuk menghalang atau mencegah bapa kanak-kanak menjalankan pengawasan ke atas kanak-kanak berkenaan.

l Jika perempuan itu murtad dan yang terakhir adalah perempuan berkenaan cuai atau menganiaya kanak-kanak itu. Jika ibu didapati mempunyai satu atau lebih perkara di atas, maka hak sebagai hadanah boleh gugur dan anak akan diserahkan kepada orang lain lebih berkelayakan mengikut susunan keutamaan dengan syarat penjagaan oleh orang di bawah ini tidak menjejaskan kebajikan anak itu.

Mereka ialah:
Nenek sebelah ibu hingga ke atas ; bapa;
Nenek sebelah bapa hingga ke atas;
Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
Kakak atau adik perempuan seibu;
Kakak atau adik perempuan sebapa;
Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
Anak perempuan daripada kakak atau adik seibu;
Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa;
Emak saudara sebelah ibu;
Emak saudara sebelah bapa;
Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah.

Bukan mudah untuk mendapatkan hak jagaan anak kerana terdapat syarat khusus ditetapkan hukum syarak serta undang-undang. Antaranya pihak berkaitan hendaklah seorang Islam, sempurna akal, berumur untuk melayakkan dia memberi jagaan dan kasih sayang kepada kanak-kanak itu. Penjaga juga perlulah seorang yang berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah dan pihak memohon hendaklah tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Selain itu, terdapat syarat tambahan menjadi faktor utama melayakkan pihak yang mendapatkan hak hadanah iaitu dari segi kemampuan pihak itu menjaga kebajikan anak dari segi pendidikan agama dan akademik, keperluan tempat tinggal sempurna yang boleh mempengaruhi pembesaran anak kelak, keperluan makan minum yang mana pihak hendaklah mempunyai sumber rezeki yang baik dan halal. Pihak berkaitan juga hendaklah mengutamakan keselesaan anak itu.

Harus diingat, bukan hak ibu bapa terhadap siapa yang hendak menjaga anak perlu diutamakan, sebaliknya kebajikan anak hendaklah diberi perhatian. Jika hak penjagaan anak diletakkan kepada 'orang yang salah', yang akan terkesan serta menderita adalah anak berkenaan. Anak akan terbiar dan teraniaya daripada segenap sudut seperti kebajikan, juga keselesaan.

Sewajarnya anak dibesarkan dalam jagaan dan perhatian yang baik. Tetapi disebabkan kecuaian dan rasa tidak bertanggungjawab pihak diberikan amanah untuk menjaganya akan menyebabkan anak dibesarkan dalam keadaan serta suasana tidak sempurna. Ia akan menyebabkan masa depan anak terjejas, perhatian dan kasih sayang yang berkurangan juga menyebabkan anak menjadi anak terbiar.


Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar boleh dihantar ke exco_pgsm@yahoo.com

Hantar Ayah Di ke Sudan 121207

Hari ini 12hb 12 thn 2007, jam 12 malam, adikku Muhd Fitri Hashim aka Idi aka Ayah Di telah berangkat ke Sudan di bawah Persatuan Dewan Pemuda Masjid (DPM) bersama 3 yang lain iaitu Pengerusi DPM Hj Ismail, Setiausaha Agong DPM Hj Sahlan, Idi dan anak Hj Ismail.

Mengikut perancangan mereka akan berada di sana dan minggu depan seramai 16 orang lain akan turut di belakang ke Sudan membawa misi Dapur untuk Darfur bersama TV3.




Gambar family yang ada di KLIA menghantar Ayah Die

Idi mempunyai plan hidupnya yang sangat sukar untuk aku fahami. Apatah lagi kakak-kakaknya yang lain. Bermula dengan belajar Tahfiz, kemudian ke KISDAR, kemudian ke Universiti Azhar, Mesir menamatkan Ijazah Usuluddin, ingin menyambung pelajaran balik ke KUIS di Bangi dan sekarang katanya ingin belajar menimba ilmu di Sudan dengan ulama di sana di samping bersama-sama membawa misi keamanan di bawah Persatuan Dewan Pemuda Masjid.

Bermula dengan menjadi Pensyarah Agama di PTPL, kemudian berhenti untuk menjadi pensyarah Agama di Institut Profesional Baitul Mal (IPB), kemudian berhenti lagi untuk menjadi pensyarah sambilan di beberapa Kolej Swasta, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk ke Sudan.


Idi juga adalah adikku yang hansome jugak orangnya pada pandangan mataku.. Dan sehingga ke hari ini, kami sekeluarga tak tahu siapa sebenarnya pilihan hatinya. Ma sangat berharap Idi akan kawin segera tetapi nampak gaya, mungkin selepas misinya ke Sudan berjaya dicapai terlebih dahulu.




Idi, Cik Na, Cik Ree dan Uncle Heikal




Ma turun dari Kota Bharu semalam untuk bersama-sama Idi di rumah Cik Ya dan bertolak dengan kereta Irman ke KLIA jam 7 malam tadi. Ayah tak turun, as usual... tak boleh tinggal masjid dan kedai kopinya...

Antara yang datang hantar Idi ke KLIA adalah Cik Ree dan suami, Uncle Heikal dan sicantik Baby Umairah, Kak Nik sekeluarga, Cik Na, Hafiz aka Ayah Su dan Haswadi, aku sekeluarga dan kawan-kawannya dari IPB. Big Boss IPB, Tuan Rosli yang aku panggil Cik Li pun datang sekali, bertolak dengan Irman dan stay kat airport sampai lah Idi bertolak..Ada dua orang pensyarah perempuan dari IPB pun datang jugak. Thank you Cik Li, Irman dan yang lain-lain..









Sebelah adalah Idi with his best friends Chot dan Irman..
Ini kawan baik Idi dari KISDAR lagi....rapat betul semua ni sampai ada yang dah berkeluarga pun masih ada perjumpaan selalu






Ma.... sudah pasti akan rasa kesunyian dan kehilangan sebagaimana dia rasai masa Idi ke Mesir... sebab itulah anak lelaki sulongnya yang menjadi buah hatinya, pengarang jantung selain sibongsu Hafiz aka Ayah Su....










Sebelah ni Our beloved Mother, Ayah Di dan Chot his best friend









Semoga Idi akan mencapai apakah yang dicita-citakan dan membawa bahagia di dunia dan di akhirat.

Yang dibawah ni sapa pulak nak gi oversea tuu?

Ooooo... this is beloved beautiful darling Umi....

Aisyah the Nabila....




Rabu, 12 Disember 2007

Kisah Umi ke Acheh Raya Korban 1427 Thn Lps

Artikel ini telah disiarkan dalam Majalah i keluaran Karangkraf bulan Mac 2007. Aku letakkan dalam blog ini sebagai kenangan ke atas Acheh yang pernah kulawati. Membawa seribu kenangan dan membuat aku berfikir, betapa cepatnya masa pergi meninggalkan kita semua, rupanya telah setahun berlalu.......



_____________________



MEMBAWA MISI KURBAN KE LHOKSEUMAWEH, ACHEH


PADA 1-4 JAN 2007 BERSAMAAN 11-15 ZULHIJJAH 1427H
Oleh : Nurhidayah Muhd Hashim







Pengalaman berhari raya Haji di Acheh merupakan pengalaman baru bagi saya. Pada hari kedua Aidil Adha 1427H bersamaan 1 Jan 2007, saya dan suami telah menyertai misi kurban dan menziarahi anak-anak yatim Tsunami di Acheh anjuran sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Ikatan Muslimin Malaysia atau ISMA. Program ini merupakan program tahunan ISMA selepas peristiwa Tsunami tahun 2004 yang lepas. Kali ini pihak ISMA berjaya mengumpulkan sumbangan kurban dan akikah dari rakyat Malaysia sebanyak 11 ekor lembu dan 9 ekor kambing untuk disumbangkan kepada rakyat muslim yang miskin di Lhokseumaweh, satu daripada daerah majoriti orang Islam di Acheh.

Rombongan kami terdiri daripada Ustaz Fairooz Hj Fathillah, Azmi Khatiman, Hamidi Mat Lazim, Ismail Sulaiman, Wan Mohd Raedi Wan Salleh, penulis dan juga suami, Hj Mohd Fairuz Abd Jalil. Rombongan diketuai oleh Ustaz Wan Hisham Wan Embong. Perjalanan dari KLIA mengambil masa 60 minit untuk sampai ke Medan. Kami bertolak jam 8 pagi dan sampai di Medan jam 9pg. Waktu di Sumatera adalah 1 jam lebih awal dari waktu Malaysia.

Namun begitu, untuk ke Lhokseumaweh, ia mengambil masa yang lama kerana tidak ada pengangkutan udara dari Medan ke sana. Perjalanan kami mengambil masa 7 jam menaiki sebuah van yang dapat memuatkan 8 orang bersama-sama 8 kotak hasil sumbangan orang ramai. Van tersebut dipanggil mobil L 300, sudah berumur lebih dari 5 tahun dan tidak mempunyai penyaman udara.


Sepanjang jalan, terdapat pelbagai pemandangan yang memberi banyak pengajaran kepada kami. Jalanraya dari Medan ke Lhokseumaweh masih dalam keadaan yang kurang memuaskan. Jalanrayanya agak kecil, tidak mempunyai garisan putih di tepi atau di tengah jalan sebagai pemisah di antara lorong dan juga tidak ada lampu di tepi jalan untuk menyuluhi pemandu di waktu malam. Tiada had laju diletakkan dan semua pemandu membawa mengikut kelajuan yang mereka inginkan. Hon sentiasa berbunyi di jalanraya dan menurut pemandu van tersebut, tanpa hon, mereka tidak dapat memandu dengan baik. Motosikal merupakan kenderaan utama di sana dan nampak begitu mengusai jalanraya.



Apa yang menarik, apabila kenderaan yang besar berada di tengah-tengah jalan, seolah-olah wujud satu peraturan jalanraya yang dipatuhi bersama iaitu semua motosikal akan ke tepi dan memberi laluan kepada kenderaan tersebut yang berada di tengah-tengah jalan tersebut.






Kami melalui daerah yang bernama Tamiang, yang telah ditimpa musibah banjir besar beberapa hari sebelum kami sampai. Banjir yang dipenuhi dengan air lumpur telah menghancurkan banyak rumah. Sepanjang jalan, kami melihat kenderaan UNICEF dan TNI (Tentera Nasional Indonesia) serta beberapa NGO berada di tepi jalan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.










Di beberapa tempat, tertera spanduk POSKO BENCANA ALAM yang bermaksud pos bantuan tempat mangsa-mangsa banjir dan bencana alam mendapat perlindungan. Mereka yang berada di tepi jalan termasuk kanak-kanak memegang bakul dan akan menjerit kepad setiap kenderaan untuk menghulurkan derma dengan cara melemparkannya ke dalam bakul tersebut.


Sesuatu yang cukup menarik pandangan kami sebaik memasuki satu daerah yang disebut Langkat di mana kita akan melihat banyak gereja di sepanjang jalanraya. Boleh dikatakan seolah-olahnya bagi setiap 1 km, kita akan berjumpa satu gereja.




Keadaannya sangat berbeza apabila kita memasuki kawasan Acheh, terdapat banyak masjid di sepanjang jalan raya, keadaannya seperti bagi setiap 1 km terdapat satu masjid. Kita akan berjumpa dengan masjid sama ada masjid besar ataupun masjid kecil dan ada yang sudah sempuna binaannya dan ada yang masih dalam binaan. Menurut penduduk di sana tatkala terdapat apa-apa musibah, penduduk akan berkumpul dan menunggu bantuan di masjid. Semoga Islam akan terus kuat di bumi Serambi Mekah ini.




Papan tanda di Acheh mengenai Undang-undang Syariah yang dilaksanakan di Nenggori Acheh


Rombongan kami sampai ke desa tersebut dalam jam 7.30 pm waktu Malaysia selepas bergerak hampir 340km dari Medan. Kami di bawa bermalam di pondok anak yatim Tsunami di Lhokseumaweh. Seluruh badan saya dan ahli rombongan yang lain berasa sakit-sakit dan lemah hasil perjalanan tersebut. Nampak benar kesenangan hidup di Malaysia telah memanjakan badan kami semua.


Sambutan

Di Lhokseumaweh, pihak ISMA dengan kerjasama sebuah badan Bukan Kerajaan di sana iaitu PKPU (Pos Keadilan Peduli Umat) sebenarnya telah membiayai dan menubuhkan dua buah rumah untuk anak yatim di sana. Hampir kesemua mereka adalah mangsa Tsunami sama ada kehilangan ibu atau ayah dalam bencana tersebut. Buat masa ini, sebuah pondok untuk penempatan kanak-kanak perempuan telah sedia ada dengan jumlah penghuninya seramai 29 orang di antara umur 7 hingga 16 tahun di bawah pengawasan 3 orang pengasuh yang dipanggil Ibu Guru Pembina. Sebuah pondok untuk kanak-kanak lelaki juga telah berjaya didirikan dengan kos hampir RM100, 000 dan akan mula beroperasi mulai akhir bulan Januari ini yang boleh memuatkan 30 orang pelajar. Pondok tersebut dipanggil Tsunami Orphans House Lhokseumaweh Acheh.


Kami disambut oleh Pak Hamdani, salah seorang pimpinan PKPU di daerah tersebut. Semasa kami tiba, anak-anak yatim ini sangat gembira dan terzahir keceriaan di wajah mereka. Pada malamnya, rombongan kami diraikan oleh anak-anak yatim tersebut dengan persembahan Tarian Renup Lampuan iaitu satu tarian traditional Acheh bagi menunjukkan penghormatan mereka kepada tetamu.




Anak-anak yatim sedang menari Tarian Renup Lampuan, tarian tradisional Acheh dalam meraikan rombongan Malaysia

Pada pagi hari kedua kami di sana, majlis penyembelihan kurban dimulakan selepas solat Subuh. Dalam jam 11 pagi, orang-orang kampung telah mula berkumpul di hadapan pondok dengan membawa kupon masing-masing. Dengan jumlah kurban yang ada, alhamdulillah hampir 2000 keluarga telah mendapat sedikit daging kurban untuk keperluan mereka. Saya berasa sangat terharu apabila diberitahu ramai di kalangan orang miskin yang hadir hanya dapat makan daging 2-3 kali sahaja setahun. Kesusahan hidup mereka nampak sangat terkesan kepada keseluruhan sistem ekonomi yang kurang memberangsangkan selepas peristiwa Tsunamai tersebut.

Majlis penyembelihan dan pengasingan daging kurban diadakan bersama orang kampung di sana






Penulis mewakili ISMA menyerahkan daging kurban kepada penduduk miskin Lhokseumaweh dengan dibantu anak-anak yatim pondok tersebut.




Pada sebelah petang hari yang sama, program diteruskan dengan penyerahan ke tangan daging-daging kurban kepada ibu-ibu tunggal yang miskin di kampung berhampiran. Pihak PKPU berjaya mendapatkan dua buah motosikal dan penulis dan suami serta dua ahli ISMA dan PKPU telah diamanahkan untuk menyempurnakannya.


Ahli rombongan yang turut sama, di tepi sekali adalah penulis, suami, Wan, Mail, Midi, Ustaz Fairooz dan Ustaz Wan


Kami menunggang motosikal tersebut menjelajah kampung dengan tujuan menyerahkan daging kurban kepada ibu-ibu tunggal berkenaan. Bentuk-bentuk rumah dan perkampungan mereka hampir sama dengan perkampungan orang Melayu di Malaysia. Namun begitu, bagi yang susah, kedaifan hidup mereka terzahir dengan rumah yang sangat uzur, sangat kecil dengan berbumbungkan rumbia dan berdindingkan buluh.


Tandas mereka hanya ditutupi daun-daun dan terletak di luar rumah. Mereka sangat terharu dengan pemberian kurban dari Malaysia dan mencium tangan saya sambil mengatakan, ’Terima kasih kepada Bapak-bapak dan ibu-ibu Malaysia kerana sudi berkurban di tempat kami.’ Melihat kepada kedaifan mereka, saya berasa objektif kurban untuk menggembirakan orang miskin benar-benar terzahir melalui program ini.


Anak Yatim Tsunami

Pada hari kedua dan ketiga di sana, saya mengambil peluang untuk mengenali dengan lebih rapat anak-anak yatim di sana sambil bertanyakan pelbagai soalan kepada mereka. Mereka bercerita berbagai kisah bermula dari sebelum Tsunami, semasa Tsunami, kehidupan mereka di pondok tersebut, pembelajaran dan cita-cita mereka.

Antara yang paling memberi kesan kepada saya adalah kisah sedih seorang daripada mereka yang bernama Aina, gadis kecil berumur 9 tahun. Airmukanya sedih dan tiada keceriaan. Apabila saya mendekati dan berbual secara peribadi dengannya, rupa-rupanya beliau mempunyai pengalaman yang sangat ’direct’ dengan bencana Tsunami dahulu.

Menurutnya, pada ketika itu beliau berada bersama-sama ibu dan adik kecilnya di rumah. Selepas mandi dan makan, beliau telah keluar dan bermain di halaman rumah jirannya bersama anak-anak yang lain. Pada ketika itu orang ramai mula menjerit kerana air telah mula melimpah dan jirannya telah menarik Aina bersama kanak-kanak yang lain untuk menyelamatkan diri ke tempat yang lebih tinggi.

Aina menceritakan, ’Saya berlari ke rumah dan memanggil ibu saya, tetapi ibu tidak mahu lari kerana menunggu abang saya dari laut. Ibu bilang, sekembali abang dari laut, ibu akan lari ke bukit bersama abang dan adik. Ibu menyuruh saya mengikut tetangga lari dahulu.’ Tetapi rupa-rupanya abangnya tidak kembali ke rumah kerana di tarik ke tempat selamat oleh orang ramai di laut dan Aina telah kehilangan ibu dan adik kecilnya dihanyutkan banjir Tsunami. Air mata berlinangan di mata bundarnya. Saya memeluknya erat sambil memberi pelbagai kata perangsang. Semoga Allah memberi kekuatan jiwa kepada anak-anak ini.

Pada petang hari ketiga, Ustaz Wan selaku ketua kumpulan telah membuat keputusan untuk membawa kesemua anak-anak yatim tersebut ke sebuah pantai di daerah tersebut yang dipanggil Pantai Biru Lhokseumaweh. Tergambar keceriaan di wajah anak-anak ini dan ia benar-benar menyejukkan hati kami semua. Menurut Pak Hamdani, sebilangan anak-anak yatim ini tidak mahu melihat pantai, apatah lagi untuk bermain air kesan trauma peristiwa Tsunami. Namun begitu, hasil kesabaran pengasuh memberi nasihat dan kasih sayang seumpama ibu dan bapa kepada anak-anak yatim tersebut, trauma dan pengalaman pahit tersebut berjaya diatasi dengan baik.




Keceriaan benar-benar terzahir di wajah anak-anak yatim Tsunami ini apabila dibawa bermandi-manda di Pantai Biru Lhokseumaweh

Bahkan apa yang paling menggembirakan adalah, anak-anak yatim tersebut diberi perlindungan dengan baik dan jadual mereka disusun agar mereka dapat mentelaah pelajaran dan juga mendalami agama serta hafalan al-Quran sepanjang berada di situ. Salah seorang dari mereka telah berjaya menjuarai pertandingan hafalan al-Quran dan mewakili daerah Lhokseumaweh. Pada malamnya, majlis perpisahan dan pemberian sumbangan, derma dan hadiah telah diadakan bersama-sama anak-anak tersebut. Perbincangan dan sedikit ceramah motivasi ke arah meningkatkan diri dan jati diri anak-anak tersebut turut diadakan.

Pada tahun hadapan, pihak ISMA berharap untuk menambahkan bilangan kurban yang boleh diusahakan di sana. Mana-mana pihak yang berminat untuk menyalurkan derma dan kurban boleh menghubungi Ustaz Wan Hisham di nombor telefon 019-3833407 atau melawat laman web ISMA di ismaweb.net. Alhamdulillah program misi kurban dan menziarahi anak yatim ini sangat berkesan dan bermanfaat dan menambahkan kesyukuran kita betapa bahagia dan mewahnya kehidupan kita di Malaysia.

Sayu hati kami melihat anak-anak ini menangis semasa mengiringi kami pulang dan meminta Ibu dan Bapak Malaysia mendoakan mereka dan datang menziarahi mereka lagi di masa-masa akan datang. Akhirnya pada jam 9 pagi, saya dan semua ahli rombongan yang lain telah meninggalkan bumi Lhokseumaweh, Acheh bersama seribu kenangan dan tiba di Malaysia pada jam 10 malam waktu Malaysia 4 Januari 2007.

Isnin, 10 Disember 2007

Result Pelajar

Tadi ada seorang student sms me.

She/he wrote,
'Salam, thanz 4 being my lect 4 isb652...
eventho i only got A- 4 dis paper, but it'z ok.
i desrved it. huhuhu..
d knowledge i got is more than enythin'.
thanx alot'

And then I gave my reply:

'Dah dapat result ker? Ni sapa? Sorry x der save.
Want to tell you that A- under me means very excellent,
just like A for other paper. My std quite high..
3-4 orang jer dapat A, so don't feel sad, you are good student, congrat'

Then she/he replied:

'is it? I feel glad to know that..
means I'm ok.'

My darling students, congratulation to those who manage to get good result for my paper. I have to admit that my standard is quite high, a bit higher compare to other paper...if you get A, it means you are at par with A+ for others..If you get A-, it is A for others...


With my warmest salam,
Congratulation to all of you....

Ahad, 9 Disember 2007

Perjalanan Hidup Aisyah dan Hotel Mega View- Kuantan




Perjalanan Hidup Aisyah Dalam Dua Hari....







Aisyah di dua tempat berbeza..Satu-Aisyah sedang beradu bersama 'babynya' di Hotel Mega View, Kuantan.. Dua-Aisyah tengah teruja bermain layang-layang di Kemaman.


Hari ini Ahad 9 Dis, jam 10.30pm, Umi, Abah dan Aisyah baru sampai ke rumah dari Kuantan. Bertolak dari Kuantan jam 4.30 pm tadi. Sebenarnya sampai KL awal, tapi sebab Aisyah lapar sangat, Abah ke Giant LDP dan makan di Pizza Hut. Lepas tu solat jama' ta'khir maghrib dan Isya' dulu sebelum sampai rumah. Selesai semua urusan, barulah kita semua balik ke Shah Alam. Sebenarnya dari Kuantan ke Shah Alam tak lah lama sangat, dalam 3 jam lebih siket boleh sampai.

Lepas bersihkan badan dan selesaikan Aisyah untuk tidur, barulah aku boleh duduk bukak notebook, tengok emel dan tambah apa-apa entry yang patut untuk blogku ini.
______






Pagi Sabtu 6hb Dis- Opis Abah

Hari Sabtu, jam 10 pagi, Umi dan Aisyah ikut Abah ke opisnya dulu di Batu Cave sebab Abah perlu bagi talk every Saturday untuk bakal Usahawan Iwani di bilik mesyuaratnya. Sementara tunggu Abah tengah menyampaikan speach, aku bersembang dengan Abang Uji, my brother in law yang baru balik dari Bengkel Usahawan Frozen Food Iwani di Penang.

Dalam sembang-sembang, Abang Uji kata,
"Nak tak kita pegi berjalan-jalan dua family ke Trengganu naik firefly?
Boleh bawak Mak dan Abah sekali.."

Abang Uji tanya Abah, Abah pula bagi respon,
"Tanya Maam, dia nak pegi bila dan ke mana, biar dia decide.."
Woww.. bagusnya Abah, bagi aku decide..

Akhirnya sepakat ler kami nak pergi awal Januari tahun depan. Abang Uji terus beli tiket firefly untuk 9 orang dan tugas aku cari hotel untuk duduk di Kuala Trengganu pulak nanti..

Sementara tunggu Abang Uji selesai guna komputer untuk beli tiket online, Aisyah merengek-rengek tak senang duduk..

"Kenapa ni Aisyah?" tanya Umi sebab pelik tengok mukanya yang monyok, takde mood dan sekejap baring atas carpet, sekejap duduk atas sofa..

"Umi... Aisyah tak tahu la.. Aisyah bosan la Umi.. tunggu tak buat apa-apa kerja.. bosan sangat...." ngadu Aisyah dengan muka seposen..

"Ambik la surat khabar baca, ataupun baring tidur atas sofa, kita kena tunggu Papa Uji habis guna komputer, baru kita boleh pakai komputernya.." terang Umi sambil berbisik pada Aisyah..

"Aisyah rasa bosan la Umi.. baca surat khabar tak best..kenapa laa Aisyah tak bawa buku Aisyah untuk baca, buku colour pun tak bawa.. bosannya.. Aisyah nak main komputer boleh tak Umi.."

"Tak boleh, tunggu Papa Uji sudah guna dulu.. Sekarang Aisyah dah dapat satu ilmu baru tau. Lain kali nak pergi mana-mana jangan tinggal bawa buku sebab kalau kena tunggu apa-apa, baca buku saja yang buat kita tak bosan...Aisyah ingat ye.. Lain kali kena sendiri ingat, bawa buku sendiri.. Aisyah paham ye.."

Semoga Aisyah belajar bahawa buku adalah penyelamat keboringan, Umi akan bawa buku ke mana-mana terutama masa menunggu turn di klinik, di hospital, tunggu Abah dalam kereta atau tunggu sapa-sapa..

Sebab menunggu tanpa berbuat apa-apa, adalah satu penyiksaan..!

________________

Petang Sabtu 6hb Dis-Bertolak ke Kuantan

Lepas Abah selesai bagi talk, kita semua lunch dulu, maka barulah perjalanan ke Kuantan bermula jam 3 petang melalui highway baru ke Kuantan. Abah tak ke Kuantan tapi naik terus ke Kemamam sebab dia ada dua plan nak surprise Aisyah dan Umi.

Rupanya Abah terus ke Kemamam dan menuju ke tempat orang makan otak-otak dan sata.. Bestnya makan sata dan otak-otak yang fresh, sangat berbeza dengan otak-otak dan sata yang dijual di KL atau di tempat lain.

Sebelum makan sata dan otak-otak, Abah rupanya berhenti kereta tepi pantai dekat kawasan orang jual otak-otak dan sata. Lepas parking, dia keluarkan layang-layang dan surprise ini telah menyebabkan Aisyah melompat-lompat kegembiraan...

"Oooo kita nak main layang-layang kat sini ye Bah.. bestnya Bah.. angin kuat ler Bah.. bestnyer.. Aisyah suka ler Bah... bla bla bla...." Aisyah teruja.

Abah bubuh lidi di layang-layang dan suruh Aisyah pegang benangnya untuk Abah lepaskan layang-layang naik ke awan biru.. Angin kuat betul sebab memang sekarang negeri Kelantan dan Trengganu tengah musim hujan, tapi Alhamdulillah masa kita sampai tak hujan cuma angin saja yang kuat.

Apa lagi, layang-layang Aisyah naik tinggi ke awan biru.. tinggi dan tinggi sampai habis benangnya.. Dan Aisyah ketawa, menjerit menzahirkan kegembiraannya yang sangat hebat.. Dan Abah terus melayan Aisyah main layang-layang..

Umi pula duduk tepi batu, melihat ke laut,ombaknya sangat kuat memukul batu-batu yang dijadikan benteng elak banjir. Ramai orang termasuk keluarga datang ke sana membawa anak-anak merasai angin yang kuat menderu..






happynya anak Abah ni...
Aisyah dan layang-layangnya yang naik tinggi ke awan biru... Aisyah menjerit.. 'Wauuuuuuu....'





Sepanjang pantai yang diletak batu-batu besar.. air pun agak kuat ombaknya berdesir ke batu-batu yang ada...


Alhamdulillah.. Umi membaca surah ali_Imran mengenai kejadian langit dan bumi sebagai tanda kebesaran Allah.. Cantiknya kejadianmu Wahai Allah... tidak ada yang sia-sia dan tidak ada siapa boleh buat seperti yang Engkau cipta. Maha Suci Engkau, ampunkanlah semua dosa-dosa kami... Amin..

Umi hanya jadi penonton tengok Abah dan Aisyah main layang-layang..
Wahhh happynya dua orang ni..


Umi ambik gambar jer, gambar Aisyah, gambar layang-layang Aisyah, gambar Aisyah dan Abah berlari-lari bila layang-layang jatuh..
Cantiknya suasana tersebut...


Abah tengah tolong wau Aisyah yang jatuh...




Azan maghrib bergema, permainan layang-layang tamat dan kami ke masjid besar di Kemaman. Lepas solat jama' maghrib dan Isya', kita semua ke restoran yang menjual sata dan otak-otak..

Uhhhh takleh lawan betol ler.. Sata di sini sangat lazat. Otak-otaknya penuh dengan ikan dan rempah kelapa, bukan campur dengan tepung gandum macam dijual di sini.

Lepas makan, baru bertolak ke Kuantan....
Sebenarnya di Kuantan, Jabatan Perpaduan Negara sedang menjalankan satu kursus 4 hari untuk kaum wanita di bawah Program Jiran Wanita. Penganjur telah memberi satu slot kepada Abah untuk membentangkan mengenai Halal Frozen Food Iwani dan peluang menjalankan business tersebut kepada wanita-wanita yang berminat. Bilik untuk Abah juga telah disiapkan.

Kami sampai jam 12 malam ke Hotel Mega View, sebuah hotel bertaraf 3 bintang betul-betul bersebelahan dengan Sungai Besar Kuantan. Kami dapat bilik 811, di tingkat 8. Pemandangannya cantik tetapi ruginya tak ada kolam dan tak ada bath tub, jadi tak dapatler Darling Umi berenang-renang..

Siannya Aisyah tapi takper... lain kali berenang lagi ye..

Letihnyer.... lepas angkat barang, bersih badan...kita orang terus tidur.....zzzzz..

Esok Abah kena bagi talk jam 10 pagi...

_______________

Ahad - Abah bagi Talk
Umi dan abah breakfasat di Hotel Mega View. Makanannya sedap jugak..


Setakat ini masa Abah bagi talk, Umi dan Aisyah tak pernah dengar betul-betul.. Tapi rasanya dia pandai buat joke dalam talknye berbanding Umi.

Penganjur maklumkan ada perubahan masa, talk abah akan bermula jam 11.30-1 petang. Masa dah tiba, Umi dan Aisyah duduk di belakang sekali dalam Dewan yang disi oleh hampir 200 orang wanita dari 4 negeri iaitu Selangor, Kelantan, Trengganu dan Pahang. Ramainye orang...

Lepas MC introduce Abah, maka Abah telah memulakan talknya dengan pujian pada Allah, bagi salam dan bercerita mengenai Iwani Frozen Food. Sekejap-sekejap Abah buat joke sehingga Makcik-makcik yang ada asyik ketawa jer.. hehehe..

Dan anak Abah apatah lagi.. sambil memegang camera, dia ke depan, ke kanan, ke kiri, ke belakang, tepi sisi sini, tepi sisi sana, bergerak ke sana sini mengambil gambar Abah. Banyak betul dia ambil..

Lepas tu Aisyah duduk tepi Umi dan kata, "Pandaikan Abah bagi ceramah. Aisyah suka dengar Abah cite pasal Iwani.. ye lah sebab Iwani tu kan halal..."

Hehe.. Umi mengiya saja..

Tetiba Abah pergi sebut pasal Umi, Dia kata, 'Puan-puan boleh jual Iwani ni walaupun tak de kedai. Macam isteri saya, dia bubuh dalam kereta satu kotak icebox tu, lepas tu jual kat fakulti, kat kawan-kawannya lepas kuliah..Habis.."
Dan semua Makcik-makcik yang muda dan tua tu ketawa sambil pusing belakang tengok Umi..

Umi tersentak.."isyyy...awatnya sebut pasal Umi ni.. malunyer...."

Aisyah pulak pegi cakap kat Makcik-makcik tu, "Yang bagi ceramah tu ayah saya, yang duduk atas kerusi belakang sekali tu Mak saya.. Tadi tu yang ayah saya sebut jual Iwani kat tempat kerja tu mak saya ler.."

adoiii malunyer Umi...

Bila Aisyah datang, Umi kata, "Apasal ler Abah cite pasal Umi, malu ler Umi.. Aisyah pulak jangan la pegi bagitau makcik-makcik tu..segan la Umi.."

My darling Aisyah menjawab dengan penuh semangat mempertahankan Abahnya,
"Tak de lah nak segan. Memang Umi jual Iwani kannnn...Iwani tu kan Abah punya, kita kena la jual..."

anak.. anak.. hehehe..

Habis ceramah, berlaku satu perkara yang sangat tidak tersangka sama sekali...

Apa yang berlaku tu ???....

Lepas ceramah, Umi dan Abah bersembang dengan Ketua Penganjur, En Wan Darul, sembang-sembang dan akhirnya Umi memperkenalkan diri dan tulis kat kertas nombor telefon. Dan Umi mencadangkan kerjasama untuk masa-masa akan datang.


Kata Umi, "En Wan, you can gather so many women which is for me, very grate. Bagus sangat kalau kita dapat bekerjasama, we want to educate our women to know the law, their rights and what happen in court if they want to bring forward their case. En Wan, nanti kalau ada peluang, kita boleh buat kerjasama dengan PGSM..."

Tetiba En Wan ni cakap, "Ehhh.. kita ada masalah siket ni, speaker kol 2 pm tak dapat datang. Saya sangat setuju dengan cadangan tadi. Lain kali I will masukkan slot undang-undang dan hak wanita dalam program kaum wanita yang I anjur. But today, why not you start first. Saya sangat alu-alukan if you can deliver lepas ni, ganti speaker yang tak dapat hadir.. 30 minit pun tak apa..."

Akhirnya Umi menjadi bidan terjun, memberi ceramah bertajuk 'Wanita dan Keluarga-Memahami Hak di sisi Undang-undang'. En Wan Darul telah memperkenalkan Umi sebagai Pensyarah Kanan, Exco PGSM dan terlibat dalam banyak projek ke arah memperkasakan wanita di sisi undang-undang.

Alhamdulillah, nasib baik Umi bawak pendrive dalam handbag, dalam masa 30 minit sebelum talk, Umi membetul dan menyusun power point yang ada untuk memenuhi tajuk tersebut. Umi deliver selama 1 jam dan banyak membuat perbincangan dua hala..Ramai sangat yang saling menjawab dan bertanya soalan..

Nampaknya semua macam happy jer dengar Umi bagi talk.. hehehe...(perasaan!)

Nampak semangat kan Umi bagi talk... hehe..


Sepanjang Umi bagi talk, Abah dan Aisyah duduk di belakang Dewan dan Aisyah menjadi camera girl untuk kali kedua. Ambik gambar Umi dari semua sudut..

Alhamdulillah, bila Umi turun dari atas pentas, En Wan tepuk tangan dan kata,
"Bagusnya, very good, thank you puan hidayah sebab sanggup bagi talk dalam keadaan cam ni.."

"Tak per... dia orang dapat sikit ilmu, itu dah menggembirakan saya.."

Bila nak balik, En Wan bagi satu envelope untuk Abah, dalam tu ada cek bayaran ceramah untuk Abah mewakili Iwani, rupanya dia letakkan sekali untuk Umi..
Aku tak jangka pun, sebab dalam keadaan tak ada pun ceramah tersebut dalam agenda..

Dan kami balik selepas minum petang dan terus menuju ke Kuala Lumpur.





Masa nak balik KL, angin kuat di sepanjang Sungan Kuantan dan hari mula hujan..




Alhamdulillah.. Saling memberi dan berkongsi ilmu adalah matlamat hidup kita. Semoga mendapat ganjaran dari Allah...Syukur padamu Ilahi atas kehidupan yang indah ini..

Jumaat, 7 Disember 2007

Bengkel Board LAN (MQA)

2 hari ini Umi, Abah dan Aisyah tak ada di rumah sebab terlibat sebagai Board Pembentukan Standard Pengajian Undang-undang dan Syariah anjuran Lembaga Akreditasi Negara (LAN) pada 6-7 Disember.

Dulu nama LAN dipakai dan sangat terkenal sebagai badan yang meluluskan apa-apa program pengajian IPT di Malaysia. Tugasannya sama tetapi baru-baru ini LAN telah ditukar namanya kepada Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Quality Assurance (MQA).

Projek Pembentukan Standard dan Kriteria Pengajian Law dan Undang-undang telah lama dijalankan, bermula bulan 7 tahun 2007 dan berakhir tadi, iaitu petang 7 Disember 07. Umi dilantik atas kapasiti Badan Profesional Undang-undang Syariah mewakili Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Ikut jadual majlis akan bermula jam 9 pagi hari Khamis 6 Disember di Hotel Legend di KL. Kali ini aku takyah nak ingat peta ke KL sebab Abah dengan Aisyah pun ikut sekali.

Kenapa ye Aisyah ikut??
Jawapnya kerana ada kolam...
Darling Umi nak berenang dan Abah tak ada pilihan lain, nak tak nak terpaksalah jadi body guard Aisyah sepanjang Umi berbengkel tersebut...

Kalau nak sampai jam 9 pagi kat KL, mesti keluar jam 8 pagi..sepatutnya macam tulah...
Tapi hari tu, kita keluar jam 8.10 pagi. Umi dah gelisah dah..

"Abah.. cepat ler Bah..nanti lambat, hari ini Umi bukan peserta biasa, Umi jadi Fasilitator.. Cepat ler..."

"Ok ok... cepat cepat.. Aisyah jom jom....." Abah jawab dengan relaxnya..

Tapi rupanya minyak kereta Abah dah habis.
Abah kata, "Sekejap ye Mi, kita pegi Caltex, kejap je...Sempat sampai, dont worry.."

Selesai bubuh minyak, jam dah 8.30 pagi.. Umi gabra sakan dan mula ler nak mengomel ..

"Abah, cepatler.. tu ler lain kali jangan ler tunggu merah baru nak bubuh minyak..bubuhler awal-awal.. Dah kalut macam ni, baru nak bubuh minyak.."
Membebel siket-siket tak per kann...hehe..

Aisyah kat belakang cepat-cepat datang duduk antara Abah dan Umi. Tempat duduk dia tu macam kotak kecil, untuk letak smart tag dan kunci sebenarnya.. tetapi selalu jadi kerusi untuk Aisyah duduk..

Tetiba Aisyah bersuara, "Abah.. Abah jangan cakap apa-apa tau.. Abah diam jer.. Kalau Abah nak cakap, cakap dengan Aisyah je yer...."

"Apasal pulak kena cakap dengan Aisyah jer?" Abah tanya soalan kat Aisyah, menunjukkan dia tak dapat tangkap kata-kata Consultant Umi ni..

"Abah.. Abah jangan cakap apa-apa.. Sebab Umi tu tengah garang. Kita kena biarkan Umi tenangkan hati dia dulu. Abah jangan lawan apa Umi cakap yer.. Lepas ni mesti Umi dah rasa tenang baru lah Abah boleh cakap dengan Umi lagi..."

Umi diam jer, tapi dalam hati ketawa hehehe..
Bila pulak dia dapat ayat 'tenangkan hati' dulu masa marah, seingat Umi tak pernah pulak Umi cakap macam tu.. Agaknya dari Cikgu sekolahnya lah tu..

Abah tak habis lagi..terus dia bercakap jugak.. tapi dengan Aisyah lah..

"Kenapa kalau orang marah kena biarkan dia tenangkan hati pulak?" Abah nak bagi Aisyah explain pendapat dia ler tu..

"Kalau ada orang marah, muka dia jadi garang.. Kalau kita cakap dengan dia, mesti kita kena marah. jadi kan Bah, baik kita toksah cakap dengan orang tengah marah..sebab tu laa Abah jangan jawab masa Umi marah.. Kalau Abah marah, Aisyah akan nasihat Umi supaya jangan jawab..Itu laa maksudnya tenangkan hati dulu.."

"Ooo macam tu.. Tapi sampai bila Abah kena tunggu Umi tenangkan hati dia ni.."

"Alaa... bukannya lama Bah, kejap lagi mesti Umi tenang hati dia.."

Umi diam jer..

Adalah 10 minit Umi diam jer, Aisyah dok cerita dengan Abah pasal hotel, pasal berenang, pasal Kl dan macam-macam lagi..

Lepas tu, Aisyah tanya, "Umi..Umi dah berjaya tak tenangkan hati Umi...?"
hehe.. kelakarler Anak Umi ni..

"Dah.. tapi Abah tu lain kali cepat lah sikit..."

"Abah.. kan Aisyah dah kata, sekejap jer.. Sekarang Abah dah boleh cakap dengan Umi..." Aisyah memberi remark hasil consultation yang diberi...

"Abah nak cakap... Umi jangan la marah, Abah tau la jalan kat KL ni, bukan macam Umi tu. jadi dari Shah Alam kol 8.30 pagi pun insya Allah kita buleh sampai kol 9 kat KL... Sekarang ni kan 8.55 pagi, kat depan tu jer hotel Legend. Kol 9 pagi Umi sampai.. Kalau Umi yang bawa sendiri lain ler.."

"Oooo perli yer.."

Akhirnya tepat jam 9 pagi Umi dalam lif menuju ke level 9 Hotel Legend untuk Bengkel tersebut.. Alhamdulillah..

_______________

Dalam Bengkel

Bengkel ni memang sibuk sangat.. Dari mula daftar jam 9.05 pagi..Perbincangan bermula..Ada dari UKM, HELP, Sunway, Brickfiled Collage, IPTS dan IPTS sebagai Providers dan Stakeholders... Ramai jugak dalam 50 orang.

Pada jam 12 tgh till 1.30 pm, Dr Rozelina Chung ingin membuat majlis penerangan about problems with the new lawyers dan Dr Roz telah mengumumkan tiga orang ke depan iaitu Steven mewakil Bar Council, Dr Muhaimin mewakili ahli akademik dan aku pula mewakili Persatuan Peguam. Kecut perut jugak aku, sepatutnya Presiden datang tetapi dia terpaksa ke tempat lain dan tiada wakil tertinggi PGSM dapat hadir. Aku sepatutnya jadi fasilitator tapi sekarang terpaksa bercakap menggunakan topi PGSM.. Tanpa sebarang persediaan...

Steven Tiru telah menjelaskan bahawa ramai peguam muda hari ini lacking in two important matters ie ability to converse fluently or lack of communication skills and also lack of good ethics. Steven telah berhujah dengan panjang lebar, namun ada lecturer UKM yang bantah dan tak setuju dengan Steven..

Sampai turn aku..

First, allow me to introduce myself. My name is Hidayah. Our President and MT could not be here so as one of the Exco, I'm here representing Persatuan Peguam Syarie Malaysia or PGSM. Then aku mula berhujjah..

What I want to emphasize here is we have to accept that we have two sets of legal system in Malaysia, Civil and Islamic law. And we also need to accept the fact that our Government is using a good approach in order to harmonize these two laws, bridging the gap between these two laws. Therefore, we need to equip the students with knowledge of both laws. Do not teach them on Civil law perse, it won't help. They need to know both..

For civil students, we have to teach them Islamic laws under optional papers such as Islamic Banking and Financial Law, Islamic Insurance, Islamic Family Law, Islamic Jurisprudence etc. By knowing that, eventhough not in detail, they can see things positively and they can give right and good advice to their clients. bla bla...

For the syariah sudents, they also need to know civil laws especially about the Constitutional law, Comparative family laws, Company law etc.. bla bla.....

In PGSM, we have few types of lawyers. First, who are civil lawyers who want to do syariah , they then will take Diploma DLSA, DLSP etc in order to qualify themselves for the certificate to practice in each state. Second, lawyers from UIA, who have both degrees in laws and syariah, they can penetrate both courts and third , lawyers from syariah perse like Syariah Faculty in UM, UKM etc. They can only practice in syariah courts.. If we fail to adequate the students especially the civil law students who want to go to syariah court afterwards, it is not good for their future. We have to teach them with basic Islamic laws. By providing that, the prospects for the students will become brighter especially if they want to practice in both systems...

About the statements made by our friend Steven, I support his view that the providers have to teach the students communication skills, teach them good ethics, hopefully they will become good and respected lawyers in future... bla bla....

Aku pun tak tahu apa lagi yang keluar dari mulut aku...
Akhirnya aku duduk selepas 20 minit bercakap...

Dr Roz congratulate me..."Good Hidayah, you have presented very well, we want them to see that civil and islamic have their own roles and should support each other ..."

"Thank you Dr Roz.. "


Lepas lunch, perbincangan bersambung dari 2.30-4.30pm. Lepas tu malam sambung lagi dari jam 8 mlm sampai ke jam 11 malam.
Umi naik ke bilik 1332 jam 11.30, Abah dan Aisyah dah ngantuk sangat dah...

Hari Jumaat, bengkel mula 8.30 pagi lepas minum pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah..

Aisyah pulak bukan main sibuk menggunakan peluang yang ada untuk berenang. Abah bawak Aisyah ke kolam jam 10 pagi dan naik ke bilik jam 12.20 tengahari. Kalut sikit nak balik sebab Abah nak sembahyang Jumaat di Masjid Negara dulu sedangkan Umi kena check out kol 1 petang. Jadi Umi dengan Aisyah pergi lunch dulu di hotel dan tunggu Abah balik dari masjid. Jam 4 lebih baru sampai ke rumah.. Bestnya balik rumah..Alhamdulillah..

Esok dan lusa pulak nak pegi Kuantan. Abah pulak ada program, Umi dengan Aisyah akan ikut dan teman Abah pulak. Tapi sebenarnya Abah kata, Umi kena ganti tempat Abah jadi body guard si cantik Aisyah masa Abah ada program.. balas dendam yer..hehe..

Letihnyer rasa tapi sangat gembira dengan hidup yang dipinjamkan Allah ini..Alhamdulillah

Umi dalam Berita Harian 6 Dis

Di bawah ini jawapan yang aku tulis di bawah Slot Hak Muslim disiarkan dalam Berita Harian bertarikh 6 Dis 07.


Hak Muslim:
Isteri takut diabai jika suami nikah baru
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim


Soalan

SAYA seorang suri rumah mempunyai lima anak. Saya selalu membaca mengenai suami berpoligami dan kasihan pada isteri yang dimadu. Saya berasakan mustahil perkara itu berlaku pada saya. Jika suami ingin berkahwin lain, saya akan minta cerai. Namun, baru-baru ini suami memberitahu hasrat untuk berpoligami. Mulanya saya memberontak dan menangis sambil meminta cerai. Kemudian, saya berfikir mengenai anak, lalu mengambil keputusan bersetuju suami berpoligami. Bagaimanapun, saya risau nafkah untuk saya dan anak akan terabai. Apakah hak saya dan bagaimana untuk memastikan hak saya dan anak terutama nafkah seperti sebelum suami berpoligami.

Isteri kuat semangat,
Shah Alam.


Jawapan

WANITA akan berasa sedih untuk berkongsi suami. Tetapi kesedihan itu tidak boleh hingga mengingkari atau mengutuk hukum yang sudah ditetapkan dalam al-Quran. Masalah yang sering berlaku dalam masyarakat adalah orang berpoligami gagal berlaku adil. Kegagalan pihak berpoligami menyebabkan orang memandang buruk kepada keharusan itu.

Puan menyebut bersetuju dengan hasrat suami untuk berpoligami. Mengikut undang-undang, ada prosedur tertentu yang perlu diikuti suami untuk berpoligami. Izin puan bukan penyebab mutlak dia dibenarkan poligami, kelayakannya akan dinilai oleh mahkamah sebelum kebenaran berpoligami diberikan.

Oleh sebab puan beralamat di Shah Alam, berkemungkinan pemastautin Selangor, jadi kita merujuk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUKIS 03). Oleh itu, ada syarat yang perlu dipenuhi suami. Tujuan diwujudkan syarat adalah untuk menjamin hak isteri, sama ada isteri pertama atau yang bakal menjadi isteri. Begitu juga kebajikan anak jika ada, di samping tidak menolak keharusan poligami bagi lelaki dalam Islam.

Puan boleh merujuk Seksyen 23 EUKIS 03 yang memperuntukkan bahawa ketika masih wujud suatu perkahwinan, seorang suami tidak boleh membuat akad nikah dengan perempuan lain kecuali apabila mendapat kebenaran mahkamah terlebih dulu. Ini bermaksud suami perlu membuat permohonan ke Mahkamah Syariah terlebih dulu untuk mendapat kebenaran.

Sub-seksyen (4) menyatakan bagaimana kaedah permohonan poligami boleh dibuat. Suami perlu membuat permohonan kepada mahkamah mengikut cara ditetapkan, mesti disertakan ikrar yang menyatakan apa alasannya menunjukkan perkahwinan dicadangkan patut atau perlu, pendapatan beliau pada masa itu, butir komitmennya, kewajipan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan tanggungan, termasuk orang yang akan menjadi tanggungan berikutan perkahwinan yang dicadangkan dan sama ada izin atau pandangan puan sebagai isteri sudah diperoleh atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.

Mahkamah akan membuat pertimbangan terhadap permohonan suami seperti dinyatakan dalam sub-seksyen (5) iaitu, "Apabila menerima permohonan itu, mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, dan orang lain yang difikirkan mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan di dalam mahkamah tertutup, dan mahkamah boleh memberi kebenaran yang dimohon itu jika berpuas hati:
  • bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu, memandang kepada antara lain keadaan berikut iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak daripada segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri sedia ada;
  • bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung seperti dikehendaki hukum syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan perkahwinan yang dicadangkan itu; l bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan yang adil kepada semua isterinya mengikut hukum syarak; dan
  • bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan dharar syarie kepada isteri atau isteri-isteri sedia ada."

Suami puan perlu menjawab semua yang dinyatakan di atas untuk meyakinkan mahkamah bahawa dia memang mampu dan layak berkahwin lain. Apabila mahkamah memanggil puan untuk hadir, puan perlu menghadirkan diri dan memberitahu mahkamah apa-apa yang puan rasa patut diberitahu seperti jumlah nafkah diberikan sekarang, bagaimana pembahagian masa dan layanan suami kepada puan dan anak, puan setuju atau tidak dengan cadangannya dan sebagainya.

Selepas mendengar semua keterangan, baru mahkamah akan mempertimbangkan sama ada memberi kebenaran atau tidak. Selain itu, hak puan termasuk nafkah dan harta yang puan peroleh dalam tempoh perkahwinan dengan suami akan menjadi lebih terjamin dengan peruntukan seksyen 23 (10) iaitu,

"Tiap-tiap mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan untuk mengkehendaki seseorang membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; atau untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha sama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan dibahagikan."

Dengan maksud lain, hak puan dan hak anak daripada segi pemberian nafkah akan dijamin oleh mahkamah seperti yang puan terima sebelumnya iaitu sebelum mahkamah membenarkan suami berpoligami. Begitu juga harta sepencarian di mana puan dan suami beli semasa perkahwinan boleh dibahagikan sebelum kebenaran poligami diberikan.

Ada kes isteri bersedia memberi kebenaran suami berkahwin lagi tetapi suami tetap tidak mendapat kebenaran mahkamah. Ini kerana Mahkamah mungkin menilai bahawa suami tidak mampu daripada segi kewangan dan boleh menyebabkan timbul mudarat lebih besar pada keluarga yang asal sekiranya poligami diluluskan.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Nurhidayah Muhd Hashim.

Rabu, 5 Disember 2007

JKSM Bertukar Pemimpin

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebelum ni ditadbir oleh Datok Syeikh Ghazali Abd Rahman. Bahasa pendek di kalangan peguam-peguam dan ahli akademik, kita panggil dia Pak Syeh. Setelah 9 tahun memimpin JKSM, sekarang lantikan baru iaitu Datuk Ibrahim Lembut sebagai Ketua Pengarah JKSM. Tulisan ini disiarkan dalam Berita Harian hari ini iaitu 5hb Disember 2007. Artikel ini ditulis oleh Presiden PGSM dan diedit oleh aku sendiri. Artikel ini bagus untuk dibaca dan difahami perkembangan, kesungguhan dan pencapaian Pak Syeh dalam memperjuangkan Syariah di negara ini untuk renungan kita semua..



Peguam Syarie Menulis:
Pembaharuan dibawa Syeikh Ghazali berjaya licinkan perjalanan perbicaraan, elak kes tertangguh
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar


PERKEMBANGAN kehakiman syariah di negara ini sudah melalui jalan yang panjang. Pada 3 Julai 1996, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan penyusunan memantapkan urusan kehakiman syariah seluruh negara dengan menubuhkan satu badan dipanggil Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Antara peranan JKSM adalah mencari dan mewujudkan satu pendekatan selaras dalam semua aspek demi menjamin penguatkuasaan hukum syariah di negara ini dimartabatkan serta dipertingkatkan termasuk prasarana, kelengkapan fizikal, logistik, prosedur dan mutu perkhidmatan pegawai syariah.

Sejak JKSM ditubuhkan, ia diketuai Datuk Syeikh Ghazali Abdul Rahman sebagai Ketua Pengarah pertama. Bermula saat itu, JKSM mengorak langkah memajukan diri dan mencari jalan ke arah menjadi satu jabatan kerajaan yang berkesan serta boleh dibanggakan.

Namun, tanggal 30 November 2007 lalu, JKSM mendapat Ketua Pengarah baru iaitu Datuk Ibrahim Lembut berikutan tamat kontrak Syeikh Ghazali pada tarikh sama. Dari sudut perjawatan, jawatan itu merangkap jawatan Ketua Hakim Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Ini bermakna, pemegang jawatan berkenaan mengepalai bukan saja dari segi pentadbiran, tetapi juga mengetuai persidangan di Dewan Mahkamah Syariah.

Selama lebih sembilan tahun, Syeikh Ghazali membawa JKSM ke suatu persada amat membanggakan. Beliau berjaya mengubah persepsi masyarakat umum yang sering memperlekeh mahkamah syariah kepada suatu penghormatan amat tinggi.

Umpamanya, dengan pelancaran portal e-Syariah, JKSM acap kali menerima pengiktirafan dan anugerah daripada kerajaan. Kejayaan portal e-Syariah sejajar hasrat kerajaan dan JKSM melaksanakannya dengan cemerlang. Kecemerlangan sudah tidak lagi menjadi impian semata tetapi lebih kepada standard diunjurkan JKSM sendiri.

Begitu juga dalam urusan pentadbiran kehakiman syariah, JKSM banyak menggarap dan mengeluarkan Kaedah Amalan bagi melicinkan perjalanan perbicaraan di mahkamah syariah. Terbukti kelewatan kes di mahkamah syariah amat kecil berbanding di mahkamah sivil. Ini kejayaan besar mahkamah syariah.

Persepsi hakim syariah terhadap peguam syarie juga sudah banyak berubah berbanding 20 tahun lalu. Jika dulu peguam sering dianggap menyusahkan mahkamah membuat keputusan tetapi tanggapan itu tidak lagi wujud kini. Peguam syarie diterima sebagai pegawai mahkamah dan berfungsi membantu mahkamah mencari keputusan paling adil bagi sesuatu kes dibicarakan.

Malah, buat masa ini ramai peguam syarie dilantik menganggotai jawatankuasa ditubuhkan JKSM bagi memberi sumbangan kepeguaman. Selain itu, ramai kalangan peguam syarie muda dilantik ke jawatan kosong dalam JKSM.

Semua perkara positif ini berjaya dicapai JKSM ketika berada di bawah pimpinan Syeikh Ghazali. Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syeikh Ghazali atas segala jasa, pengorbanan dan kerja keras beliau menaikkan martabat mahkamah syariah.

Kewibawaan beliau menerajui JKSM menjadi inspirasi kepada PGSM untuk sama-sama berjuang memartabatkan perundangan syariah. Walaupun tidak lagi menyandang jawatan Ketua Pengarah JKSM, penulis percaya Syeikh Ghazali akan terus menabur bakti kepada mahkamah syariah di Malaysia.

Pelantikan Datuk Ibrahim Lembut pula memang tidak mengejutkan banyak pihak walaupun semua Hakim Rayuan Syariah layak dilantik sebagai Ketua Pengarah. Ibrahim adalah calon paling kanan bagi mengisi jawatan itu. Apa yang ketara dan perlu ditunjukkan pada semua, pelantikan Ketua Hakim Syariah Malaysia bersifat telus dan tidak ada kontroversi. Ini menunjukkan adab hakim syariah amat luhur dan tinggi, tidak mengejar jawatan tetapi lebih mengutamakan amanah yang hendak dipikul.

Ibrahim juga seorang berpengalaman luas di bidang kehakiman syariah kerana pernah dilantik pelbagai jawatan termasuk hakim syariah dan Ketua Hakim Syariah Negeri Melaka. Beliau kerap membentangkan kertas kerja dan dilantik menjadi Ketua Jawatankuasa Kaedah oleh JKSM. PGSM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ibrahim atas pelantikan itu. PGSM akan terus bekerjasama dengan JKSM di bawah pimpinan baru bagi menyambung kesinambungan kecemerlangan JKSM dalam usaha memartabatkan perundangan syariah dan mahkamah syariah di negara ini.

Pada masa sama, PGSM berpendapat, sebagai satu langkah untuk melancarkan perjalanan di mahkamah syariah dan mengurangkan beban kerja terlalu berat, jawatan ketua pengarah dan ketua hakim syariah wajar dipisahkan kepada dua orang berbeza. Ketua pengarah memfokuskan semua urusan kerja pentadbiran, manakala ketua hakim syariah menumpukan kepada kehakiman syariah semata-mata.

Dengan cara itu, ketua hakim syariah tidak terdedah kepada persoalan pentadbiran ketika menjalankan tugasan dan membuat keputusan di mahkamah. Sebagai ketua pentadbiran pula, ketua pengarah tidak perlu mempengerusikan prosiding di mahkamah syariah serta boleh memfokuskan usaha meningkatkan pentadbiran dan kelicinan pengurusan mahkamah syariah. Namun, saranan ini perlu dikaji lebih teliti kerana membabitkan implikasi kewangan, perjawatan dan sebagainya.

Peguam syarie di PGSM mengucapkan selamat bersara kepada Syeikh Ghazali dan tahniah kepada Ibrahim. PGSM akan bersama dalam usaha murni ke arah meneruskan kecemerlangan Syeikh Ghazali dan mendoakan JKSM di bawah pimpinan Ibrahim akan ke depan dalam usaha dilakukan.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Gambar Aisyah lagi dan lagi....

Ada banyak lagi gambar Aisyah Umi nak masukkan dalam blog ni.


Gambar sebelah ni Aisyah dengan Wani kat
sekolah Little Caliph. Wani ni kawan baik Aisyah..





Gambar sebelah ni pun kawan sekelas
Aisyah jugak. Semua ni pandai-pandai..
Yang tepi Wani, lepas tu Aisyah, tengah
tu Adlina, sebelah tu Aliya dan hujung tu Nisa'..



Aisyah bagitau Umi, Adlina tu pakai tudung tak pernah bukak, main basikal petang pun pakai tudung.. Bila Aisyah tanya, Adlina kata, "Mak saya kata, rambut saya orang lain tak boleh tengok. Yang buleh tengok hanya Ayah dengan Abang-abang saya jer.." Takjubnya Umi.. mudah-mudahan Adlina akan menjadi anak yang solehah..amin.

Aisyah tanya Umi, "Umi tak suruh pun Aisyah buat macam Adlina tu..kenapa?"

"Aisyah kanak-kanak lagi. Sekarang waktu Umi ajar Aisyah tutup aurat dan sembahyang. Jadi masa belajar ni, Aisyah belajar sembahyang dan tutup aurat pelan-pelan. Pegi sekolah, ngaji, keluar jalan-jalan Aisyah belajar pakai tudung. Masa belajar ni Umi tak suruh serius lagi.. Masa main petang-petang pun Aisyah tak pakai tudung lagi.."
Umi sekarang sedang memberi ilmu Syariah fiqh berpakaian pada Aisyah.

"Tapi bila Aisyah naik darjah tiga, masa tu Aisyah kena pakai betul-betol. Sembahyang pun tak boleh tinggal langsung masa tu.. Tudung pun kena pakai betul-betul macam Umi..Sekarang waktu nak belajar jadi ada longgar-longgar lagi hukum dia..Aisyah paham ye?" Umi explain panjang lebar..

"Ooo cam tu yer Umi.." paham le tu kot rasanya...

Ini Aisyah masa keluar pakai tudung Nabila.. hehe..
Tudung tu dia panggil tudung Nabila, sebab Umi beli masa pegi Acheh hari tu.. Dah setahun dah rupanya Umi dengan Abah pergi Acheh, masa tu kita pergi dengan NGO ISMA, bawak duit untuk 21 ekor lembu korban dari rakyat Malaysia untuk orang miskin di Lhoksemaweh, Acheh. Sekarang dah masuk bulan korban tahun 1428 dah.. Cepat betul masa berlalu...

Macam ni ler rupa Aisyah pakai tudung Nabila...
Cantikkan?....