With Kak Pah yang sangat saya sayang macam my own sister.. hehe..
Pada 7 April, seramai 36 orang Peguam baru telah ditauliahkan di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Dewan 3 di hadapan Yang Arif Tuan Abu Bakar Daud..
Gambar ini masa majlis belum bermula, masing-masing tengah tulis biodata diri untuk dibaca oleh Mover masing-masing..
Gambar ini, myself bersama Haziana (staff Presiden PGSM jugak)Sementara tunggu lif nak terbuka, kami ambik gambar ler dulu depan papan tanda JAKESS.. Lepas ni tak ambik dah.. once in life time...
Tapi perasaan kami tidak sama seperti semasa tauliah Peguam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.. Di Kuala Lumpur, disiapkan majlis yang sangat sempurna pada pandanganku, ada jemputan yang dihadiri oleh Ketua Hakim Syarie JKSM, Ketua Hakim WP, Wakil AG, Ketua Pendaftar, Ketua Pendakwa WP, Hakim-hakim Mahkamah Tinggi WP.. semua ada dan meraikan kami semua..Dalam majlis tersebut, PGSM diraikan dan Presiden PGSM diberi peluang berucap meraikan peguam baru. Selepas upacara ada jamuan makan tengahari dan kami diambil gambar oleh Badan Kebajikan Mahkamah WP..
Tetapi suasananya sangat jauh berbeza di JAKESS. Pelik betul.. seolah-olah JAKESS tidak melihat hari pentauliahan Peguam Syarie Selangor sebagai hari besar.. ia hanya hari biasa, dan tiada keraian, tidak diraikan oleh Ketua Hakim dan yang paling pelik lagi, tiada jamuan makan sedikitpun..
Namun begitu, apa-apapun, Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana semua berjalan dengan baik..