Jumaat, 7 Disember 2007
Bengkel Board LAN (MQA)
Dulu nama LAN dipakai dan sangat terkenal sebagai badan yang meluluskan apa-apa program pengajian IPT di Malaysia. Tugasannya sama tetapi baru-baru ini LAN telah ditukar namanya kepada Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Quality Assurance (MQA).
Projek Pembentukan Standard dan Kriteria Pengajian Law dan Undang-undang telah lama dijalankan, bermula bulan 7 tahun 2007 dan berakhir tadi, iaitu petang 7 Disember 07. Umi dilantik atas kapasiti Badan Profesional Undang-undang Syariah mewakili Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
Ikut jadual majlis akan bermula jam 9 pagi hari Khamis 6 Disember di Hotel Legend di KL. Kali ini aku takyah nak ingat peta ke KL sebab Abah dengan Aisyah pun ikut sekali.
Kenapa ye Aisyah ikut??
Jawapnya kerana ada kolam...
Darling Umi nak berenang dan Abah tak ada pilihan lain, nak tak nak terpaksalah jadi body guard Aisyah sepanjang Umi berbengkel tersebut...
Kalau nak sampai jam 9 pagi kat KL, mesti keluar jam 8 pagi..sepatutnya macam tulah...
Tapi hari tu, kita keluar jam 8.10 pagi. Umi dah gelisah dah..
"Abah.. cepat ler Bah..nanti lambat, hari ini Umi bukan peserta biasa, Umi jadi Fasilitator.. Cepat ler..."
"Ok ok... cepat cepat.. Aisyah jom jom....." Abah jawab dengan relaxnya..
Tapi rupanya minyak kereta Abah dah habis.
Abah kata, "Sekejap ye Mi, kita pegi Caltex, kejap je...Sempat sampai, dont worry.."
Selesai bubuh minyak, jam dah 8.30 pagi.. Umi gabra sakan dan mula ler nak mengomel ..
"Abah, cepatler.. tu ler lain kali jangan ler tunggu merah baru nak bubuh minyak..bubuhler awal-awal.. Dah kalut macam ni, baru nak bubuh minyak.."
Membebel siket-siket tak per kann...hehe..
Aisyah kat belakang cepat-cepat datang duduk antara Abah dan Umi. Tempat duduk dia tu macam kotak kecil, untuk letak smart tag dan kunci sebenarnya.. tetapi selalu jadi kerusi untuk Aisyah duduk..
Tetiba Aisyah bersuara, "Abah.. Abah jangan cakap apa-apa tau.. Abah diam jer.. Kalau Abah nak cakap, cakap dengan Aisyah je yer...."
"Apasal pulak kena cakap dengan Aisyah jer?" Abah tanya soalan kat Aisyah, menunjukkan dia tak dapat tangkap kata-kata Consultant Umi ni..
"Abah.. Abah jangan cakap apa-apa.. Sebab Umi tu tengah garang. Kita kena biarkan Umi tenangkan hati dia dulu. Abah jangan lawan apa Umi cakap yer.. Lepas ni mesti Umi dah rasa tenang baru lah Abah boleh cakap dengan Umi lagi..."
Umi diam jer, tapi dalam hati ketawa hehehe..
Bila pulak dia dapat ayat 'tenangkan hati' dulu masa marah, seingat Umi tak pernah pulak Umi cakap macam tu.. Agaknya dari Cikgu sekolahnya lah tu..
Abah tak habis lagi..terus dia bercakap jugak.. tapi dengan Aisyah lah..
"Kenapa kalau orang marah kena biarkan dia tenangkan hati pulak?" Abah nak bagi Aisyah explain pendapat dia ler tu..
"Kalau ada orang marah, muka dia jadi garang.. Kalau kita cakap dengan dia, mesti kita kena marah. jadi kan Bah, baik kita toksah cakap dengan orang tengah marah..sebab tu laa Abah jangan jawab masa Umi marah.. Kalau Abah marah, Aisyah akan nasihat Umi supaya jangan jawab..Itu laa maksudnya tenangkan hati dulu.."
"Ooo macam tu.. Tapi sampai bila Abah kena tunggu Umi tenangkan hati dia ni.."
"Alaa... bukannya lama Bah, kejap lagi mesti Umi tenang hati dia.."
Umi diam jer..
Adalah 10 minit Umi diam jer, Aisyah dok cerita dengan Abah pasal hotel, pasal berenang, pasal Kl dan macam-macam lagi..
Lepas tu, Aisyah tanya, "Umi..Umi dah berjaya tak tenangkan hati Umi...?"
hehe.. kelakarler Anak Umi ni..
"Dah.. tapi Abah tu lain kali cepat lah sikit..."
"Abah.. kan Aisyah dah kata, sekejap jer.. Sekarang Abah dah boleh cakap dengan Umi..." Aisyah memberi remark hasil consultation yang diberi...
"Abah nak cakap... Umi jangan la marah, Abah tau la jalan kat KL ni, bukan macam Umi tu. jadi dari Shah Alam kol 8.30 pagi pun insya Allah kita buleh sampai kol 9 kat KL... Sekarang ni kan 8.55 pagi, kat depan tu jer hotel Legend. Kol 9 pagi Umi sampai.. Kalau Umi yang bawa sendiri lain ler.."
"Oooo perli yer.."
Akhirnya tepat jam 9 pagi Umi dalam lif menuju ke level 9 Hotel Legend untuk Bengkel tersebut.. Alhamdulillah..
_______________
Dalam Bengkel
Bengkel ni memang sibuk sangat.. Dari mula daftar jam 9.05 pagi..Perbincangan bermula..Ada dari UKM, HELP, Sunway, Brickfiled Collage, IPTS dan IPTS sebagai Providers dan Stakeholders... Ramai jugak dalam 50 orang.
Pada jam 12 tgh till 1.30 pm, Dr Rozelina Chung ingin membuat majlis penerangan about problems with the new lawyers dan Dr Roz telah mengumumkan tiga orang ke depan iaitu Steven mewakil Bar Council, Dr Muhaimin mewakili ahli akademik dan aku pula mewakili Persatuan Peguam. Kecut perut jugak aku, sepatutnya Presiden datang tetapi dia terpaksa ke tempat lain dan tiada wakil tertinggi PGSM dapat hadir. Aku sepatutnya jadi fasilitator tapi sekarang terpaksa bercakap menggunakan topi PGSM.. Tanpa sebarang persediaan...
Steven Tiru telah menjelaskan bahawa ramai peguam muda hari ini lacking in two important matters ie ability to converse fluently or lack of communication skills and also lack of good ethics. Steven telah berhujah dengan panjang lebar, namun ada lecturer UKM yang bantah dan tak setuju dengan Steven..
Sampai turn aku..
First, allow me to introduce myself. My name is Hidayah. Our President and MT could not be here so as one of the Exco, I'm here representing Persatuan Peguam Syarie Malaysia or PGSM. Then aku mula berhujjah..
What I want to emphasize here is we have to accept that we have two sets of legal system in Malaysia, Civil and Islamic law. And we also need to accept the fact that our Government is using a good approach in order to harmonize these two laws, bridging the gap between these two laws. Therefore, we need to equip the students with knowledge of both laws. Do not teach them on Civil law perse, it won't help. They need to know both..
For civil students, we have to teach them Islamic laws under optional papers such as Islamic Banking and Financial Law, Islamic Insurance, Islamic Family Law, Islamic Jurisprudence etc. By knowing that, eventhough not in detail, they can see things positively and they can give right and good advice to their clients. bla bla...
For the syariah sudents, they also need to know civil laws especially about the Constitutional law, Comparative family laws, Company law etc.. bla bla.....
In PGSM, we have few types of lawyers. First, who are civil lawyers who want to do syariah , they then will take Diploma DLSA, DLSP etc in order to qualify themselves for the certificate to practice in each state. Second, lawyers from UIA, who have both degrees in laws and syariah, they can penetrate both courts and third , lawyers from syariah perse like Syariah Faculty in UM, UKM etc. They can only practice in syariah courts.. If we fail to adequate the students especially the civil law students who want to go to syariah court afterwards, it is not good for their future. We have to teach them with basic Islamic laws. By providing that, the prospects for the students will become brighter especially if they want to practice in both systems...
About the statements made by our friend Steven, I support his view that the providers have to teach the students communication skills, teach them good ethics, hopefully they will become good and respected lawyers in future... bla bla....
Aku pun tak tahu apa lagi yang keluar dari mulut aku...
Akhirnya aku duduk selepas 20 minit bercakap...
Dr Roz congratulate me..."Good Hidayah, you have presented very well, we want them to see that civil and islamic have their own roles and should support each other ..."
"Thank you Dr Roz.. "
Lepas lunch, perbincangan bersambung dari 2.30-4.30pm. Lepas tu malam sambung lagi dari jam 8 mlm sampai ke jam 11 malam.
Umi naik ke bilik 1332 jam 11.30, Abah dan Aisyah dah ngantuk sangat dah...
Hari Jumaat, bengkel mula 8.30 pagi lepas minum pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah..
Aisyah pulak bukan main sibuk menggunakan peluang yang ada untuk berenang. Abah bawak Aisyah ke kolam jam 10 pagi dan naik ke bilik jam 12.20 tengahari. Kalut sikit nak balik sebab Abah nak sembahyang Jumaat di Masjid Negara dulu sedangkan Umi kena check out kol 1 petang. Jadi Umi dengan Aisyah pergi lunch dulu di hotel dan tunggu Abah balik dari masjid. Jam 4 lebih baru sampai ke rumah.. Bestnya balik rumah..Alhamdulillah..
Esok dan lusa pulak nak pegi Kuantan. Abah pulak ada program, Umi dengan Aisyah akan ikut dan teman Abah pulak. Tapi sebenarnya Abah kata, Umi kena ganti tempat Abah jadi body guard si cantik Aisyah masa Abah ada program.. balas dendam yer..hehe..
Letihnyer rasa tapi sangat gembira dengan hidup yang dipinjamkan Allah ini..Alhamdulillah
Umi dalam Berita Harian 6 Dis
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim
Soalan
SAYA seorang suri rumah mempunyai lima anak. Saya selalu membaca mengenai suami berpoligami dan kasihan pada isteri yang dimadu. Saya berasakan mustahil perkara itu berlaku pada saya. Jika suami ingin berkahwin lain, saya akan minta cerai. Namun, baru-baru ini suami memberitahu hasrat untuk berpoligami. Mulanya saya memberontak dan menangis sambil meminta cerai. Kemudian, saya berfikir mengenai anak, lalu mengambil keputusan bersetuju suami berpoligami. Bagaimanapun, saya risau nafkah untuk saya dan anak akan terabai. Apakah hak saya dan bagaimana untuk memastikan hak saya dan anak terutama nafkah seperti sebelum suami berpoligami.
Isteri kuat semangat,
Shah Alam.
Jawapan
WANITA akan berasa sedih untuk berkongsi suami. Tetapi kesedihan itu tidak boleh hingga mengingkari atau mengutuk hukum yang sudah ditetapkan dalam al-Quran. Masalah yang sering berlaku dalam masyarakat adalah orang berpoligami gagal berlaku adil. Kegagalan pihak berpoligami menyebabkan orang memandang buruk kepada keharusan itu.
Puan menyebut bersetuju dengan hasrat suami untuk berpoligami. Mengikut undang-undang, ada prosedur tertentu yang perlu diikuti suami untuk berpoligami. Izin puan bukan penyebab mutlak dia dibenarkan poligami, kelayakannya akan dinilai oleh mahkamah sebelum kebenaran berpoligami diberikan.
Oleh sebab puan beralamat di Shah Alam, berkemungkinan pemastautin Selangor, jadi kita merujuk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUKIS 03). Oleh itu, ada syarat yang perlu dipenuhi suami. Tujuan diwujudkan syarat adalah untuk menjamin hak isteri, sama ada isteri pertama atau yang bakal menjadi isteri. Begitu juga kebajikan anak jika ada, di samping tidak menolak keharusan poligami bagi lelaki dalam Islam.
Puan boleh merujuk Seksyen 23 EUKIS 03 yang memperuntukkan bahawa ketika masih wujud suatu perkahwinan, seorang suami tidak boleh membuat akad nikah dengan perempuan lain kecuali apabila mendapat kebenaran mahkamah terlebih dulu. Ini bermaksud suami perlu membuat permohonan ke Mahkamah Syariah terlebih dulu untuk mendapat kebenaran.
Sub-seksyen (4) menyatakan bagaimana kaedah permohonan poligami boleh dibuat. Suami perlu membuat permohonan kepada mahkamah mengikut cara ditetapkan, mesti disertakan ikrar yang menyatakan apa alasannya menunjukkan perkahwinan dicadangkan patut atau perlu, pendapatan beliau pada masa itu, butir komitmennya, kewajipan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan tanggungan, termasuk orang yang akan menjadi tanggungan berikutan perkahwinan yang dicadangkan dan sama ada izin atau pandangan puan sebagai isteri sudah diperoleh atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.
Mahkamah akan membuat pertimbangan terhadap permohonan suami seperti dinyatakan dalam sub-seksyen (5) iaitu, "Apabila menerima permohonan itu, mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, dan orang lain yang difikirkan mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan di dalam mahkamah tertutup, dan mahkamah boleh memberi kebenaran yang dimohon itu jika berpuas hati:
- bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu, memandang kepada antara lain keadaan berikut iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak daripada segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri sedia ada;
- bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung seperti dikehendaki hukum syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan perkahwinan yang dicadangkan itu; l bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan yang adil kepada semua isterinya mengikut hukum syarak; dan
- bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan dharar syarie kepada isteri atau isteri-isteri sedia ada."
Suami puan perlu menjawab semua yang dinyatakan di atas untuk meyakinkan mahkamah bahawa dia memang mampu dan layak berkahwin lain. Apabila mahkamah memanggil puan untuk hadir, puan perlu menghadirkan diri dan memberitahu mahkamah apa-apa yang puan rasa patut diberitahu seperti jumlah nafkah diberikan sekarang, bagaimana pembahagian masa dan layanan suami kepada puan dan anak, puan setuju atau tidak dengan cadangannya dan sebagainya.
Selepas mendengar semua keterangan, baru mahkamah akan mempertimbangkan sama ada memberi kebenaran atau tidak. Selain itu, hak puan termasuk nafkah dan harta yang puan peroleh dalam tempoh perkahwinan dengan suami akan menjadi lebih terjamin dengan peruntukan seksyen 23 (10) iaitu,
"Tiap-tiap mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan untuk mengkehendaki seseorang membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; atau untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha sama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan dibahagikan."
Dengan maksud lain, hak puan dan hak anak daripada segi pemberian nafkah akan dijamin oleh mahkamah seperti yang puan terima sebelumnya iaitu sebelum mahkamah membenarkan suami berpoligami. Begitu juga harta sepencarian di mana puan dan suami beli semasa perkahwinan boleh dibahagikan sebelum kebenaran poligami diberikan.
Ada kes isteri bersedia memberi kebenaran suami berkahwin lagi tetapi suami tetap tidak mendapat kebenaran mahkamah. Ini kerana Mahkamah mungkin menilai bahawa suami tidak mampu daripada segi kewangan dan boleh menyebabkan timbul mudarat lebih besar pada keluarga yang asal sekiranya poligami diluluskan.
Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Nurhidayah Muhd Hashim.
Rabu, 5 Disember 2007
JKSM Bertukar Pemimpin
Peguam Syarie Menulis:
PERKEMBANGAN kehakiman syariah di negara ini sudah melalui jalan yang panjang. Pada 3 Julai 1996, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan penyusunan memantapkan urusan kehakiman syariah seluruh negara dengan menubuhkan satu badan dipanggil Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Antara peranan JKSM adalah mencari dan mewujudkan satu pendekatan selaras dalam semua aspek demi menjamin penguatkuasaan hukum syariah di negara ini dimartabatkan serta dipertingkatkan termasuk prasarana, kelengkapan fizikal, logistik, prosedur dan mutu perkhidmatan pegawai syariah.
Sejak JKSM ditubuhkan, ia diketuai Datuk Syeikh Ghazali Abdul Rahman sebagai Ketua Pengarah pertama. Bermula saat itu, JKSM mengorak langkah memajukan diri dan mencari jalan ke arah menjadi satu jabatan kerajaan yang berkesan serta boleh dibanggakan.
Namun, tanggal 30 November 2007 lalu, JKSM mendapat Ketua Pengarah baru iaitu Datuk Ibrahim Lembut berikutan tamat kontrak Syeikh Ghazali pada tarikh sama. Dari sudut perjawatan, jawatan itu merangkap jawatan Ketua Hakim Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Ini bermakna, pemegang jawatan berkenaan mengepalai bukan saja dari segi pentadbiran, tetapi juga mengetuai persidangan di Dewan Mahkamah Syariah.
Selama lebih sembilan tahun, Syeikh Ghazali membawa JKSM ke suatu persada amat membanggakan. Beliau berjaya mengubah persepsi masyarakat umum yang sering memperlekeh mahkamah syariah kepada suatu penghormatan amat tinggi.
Umpamanya, dengan pelancaran portal e-Syariah, JKSM acap kali menerima pengiktirafan dan anugerah daripada kerajaan. Kejayaan portal e-Syariah sejajar hasrat kerajaan dan JKSM melaksanakannya dengan cemerlang. Kecemerlangan sudah tidak lagi menjadi impian semata tetapi lebih kepada standard diunjurkan JKSM sendiri.
Begitu juga dalam urusan pentadbiran kehakiman syariah, JKSM banyak menggarap dan mengeluarkan Kaedah Amalan bagi melicinkan perjalanan perbicaraan di mahkamah syariah. Terbukti kelewatan kes di mahkamah syariah amat kecil berbanding di mahkamah sivil. Ini kejayaan besar mahkamah syariah.
Persepsi hakim syariah terhadap peguam syarie juga sudah banyak berubah berbanding 20 tahun lalu. Jika dulu peguam sering dianggap menyusahkan mahkamah membuat keputusan tetapi tanggapan itu tidak lagi wujud kini. Peguam syarie diterima sebagai pegawai mahkamah dan berfungsi membantu mahkamah mencari keputusan paling adil bagi sesuatu kes dibicarakan.
Malah, buat masa ini ramai peguam syarie dilantik menganggotai jawatankuasa ditubuhkan JKSM bagi memberi sumbangan kepeguaman. Selain itu, ramai kalangan peguam syarie muda dilantik ke jawatan kosong dalam JKSM.
Semua perkara positif ini berjaya dicapai JKSM ketika berada di bawah pimpinan Syeikh Ghazali. Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syeikh Ghazali atas segala jasa, pengorbanan dan kerja keras beliau menaikkan martabat mahkamah syariah.
Kewibawaan beliau menerajui JKSM menjadi inspirasi kepada PGSM untuk sama-sama berjuang memartabatkan perundangan syariah. Walaupun tidak lagi menyandang jawatan Ketua Pengarah JKSM, penulis percaya Syeikh Ghazali akan terus menabur bakti kepada mahkamah syariah di Malaysia.
Pelantikan Datuk Ibrahim Lembut pula memang tidak mengejutkan banyak pihak walaupun semua Hakim Rayuan Syariah layak dilantik sebagai Ketua Pengarah. Ibrahim adalah calon paling kanan bagi mengisi jawatan itu. Apa yang ketara dan perlu ditunjukkan pada semua, pelantikan Ketua Hakim Syariah Malaysia bersifat telus dan tidak ada kontroversi. Ini menunjukkan adab hakim syariah amat luhur dan tinggi, tidak mengejar jawatan tetapi lebih mengutamakan amanah yang hendak dipikul.
Ibrahim juga seorang berpengalaman luas di bidang kehakiman syariah kerana pernah dilantik pelbagai jawatan termasuk hakim syariah dan Ketua Hakim Syariah Negeri Melaka. Beliau kerap membentangkan kertas kerja dan dilantik menjadi Ketua Jawatankuasa Kaedah oleh JKSM. PGSM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ibrahim atas pelantikan itu. PGSM akan terus bekerjasama dengan JKSM di bawah pimpinan baru bagi menyambung kesinambungan kecemerlangan JKSM dalam usaha memartabatkan perundangan syariah dan mahkamah syariah di negara ini.
Pada masa sama, PGSM berpendapat, sebagai satu langkah untuk melancarkan perjalanan di mahkamah syariah dan mengurangkan beban kerja terlalu berat, jawatan ketua pengarah dan ketua hakim syariah wajar dipisahkan kepada dua orang berbeza. Ketua pengarah memfokuskan semua urusan kerja pentadbiran, manakala ketua hakim syariah menumpukan kepada kehakiman syariah semata-mata.
Dengan cara itu, ketua hakim syariah tidak terdedah kepada persoalan pentadbiran ketika menjalankan tugasan dan membuat keputusan di mahkamah. Sebagai ketua pentadbiran pula, ketua pengarah tidak perlu mempengerusikan prosiding di mahkamah syariah serta boleh memfokuskan usaha meningkatkan pentadbiran dan kelicinan pengurusan mahkamah syariah. Namun, saranan ini perlu dikaji lebih teliti kerana membabitkan implikasi kewangan, perjawatan dan sebagainya.
Peguam syarie di PGSM mengucapkan selamat bersara kepada Syeikh Ghazali dan tahniah kepada Ibrahim. PGSM akan bersama dalam usaha murni ke arah meneruskan kecemerlangan Syeikh Ghazali dan mendoakan JKSM di bawah pimpinan Ibrahim akan ke depan dalam usaha dilakukan.
Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
Gambar Aisyah lagi dan lagi....
Ada banyak lagi gambar Aisyah Umi nak masukkan dalam blog ni.Gambar sebelah ni Aisyah dengan Wani kat
sekolah Little Caliph. Wani ni kawan baik Aisyah..
Gambar sebelah ni pun kawan sekelas
Aisyah jugak. Semua ni pandai-pandai..
Yang tepi Wani, lepas tu Aisyah, tengah
tu Adlina, sebelah tu Aliya dan hujung tu Nisa'..
Aisyah bagitau Umi, Adlina tu pakai tudung tak pernah bukak, main basikal petang pun pakai tudung.. Bila Aisyah tanya, Adlina kata, "Mak saya kata, rambut saya orang lain tak boleh tengok. Yang buleh tengok hanya Ayah dengan Abang-abang saya jer.." Takjubnya Umi.. mudah-mudahan Adlina akan menjadi anak yang solehah..amin.
Aisyah tanya Umi, "Umi tak suruh pun Aisyah buat macam Adlina tu..kenapa?"
"Aisyah kanak-kanak lagi. Sekarang waktu Umi ajar Aisyah tutup aurat dan sembahyang. Jadi masa belajar ni, Aisyah belajar sembahyang dan tutup aurat pelan-pelan. Pegi sekolah, ngaji, keluar jalan-jalan Aisyah belajar pakai tudung. Masa belajar ni Umi tak suruh serius lagi.. Masa main petang-petang pun Aisyah tak pakai tudung lagi.."
Umi sekarang sedang memberi ilmu Syariah fiqh berpakaian pada Aisyah.
"Tapi bila Aisyah naik darjah tiga, masa tu Aisyah kena pakai betul-betol. Sembahyang pun tak boleh tinggal langsung masa tu.. Tudung pun kena pakai betul-betul macam Umi..Sekarang waktu nak belajar jadi ada longgar-longgar lagi hukum dia..Aisyah paham ye?" Umi explain panjang lebar..
"Ooo cam tu yer Umi.." paham le tu kot rasanya...
Ini Aisyah masa keluar pakai tudung Nabila.. hehe..
Tudung tu dia panggil tudung Nabila, sebab Umi beli masa pegi Acheh hari tu.. Dah setahun dah rupanya Umi dengan Abah pergi Acheh, masa tu kita pergi dengan NGO ISMA, bawak duit untuk 21 ekor lembu korban dari rakyat Malaysia untuk orang miskin di Lhoksemaweh, Acheh. Sekarang dah masuk bulan korban tahun 1428 dah.. Cepat betul masa berlalu...
Macam ni ler rupa Aisyah pakai tudung Nabila...
Cantikkan?....

Selasa, 4 Disember 2007
Gambar Aisyah lagi...
Aisyah sibuk dok sibuk pasal gambarnya beberapa hari ni..Dia suka tanya pelbagai soalan masa dia kecik.. antara yang paling favourite adalah;"Umi.. masa Aisyah kecik, Aisyah cantik tak??" tanya Aisyah dengan semangatnya..
"Cantiklah.. macam sekarang, sekarang cantik, dulu pun cantik.. nanti dah besar lagi la cantik..." jawab Umi..
"Ada tak gambar Aisyah masa kecik-kecik? Boleh kita masukkan dalam blog kita yer Umi.. Orang tak marahkan?"
"Nanti Umi masukkan banyak gambar Aisyah.. gambar Aisyah dengan Sarah, Shasha, Wani, Abang Firdaus, Abang Fahmi, Kakak Tasnim, adik Umairah dan ramai lagi.. Bila Umi ada masa, Umi masukkan.. Orang tak marah, sebab Aisyah kan macam Nabila, ramai orang nak kenal Aisyah.. sebab tu orang tak marah kalau kita letak gambar Aisyah banyak-banyak.."
"Ye ker Umi, ada orang nak tahu sapa Aisyah..?" terkejut campur teruja darling Umi ni..hehe..
"Mestilah ramai orang nak tahu.. Nabila pun nak tahu sapa Aisyah.. nanti kita letak gambar Aisyah yer.."
"Letak banyak-banyak yer Umi..."
Inilah gambar Aisyah....Gambar yang atas tu Aisyah dah pandai berenang....

Sebelah ni Aisyah dengan Abah tengah merenung masa depan.. hehe..

Ini pulak masa Aisyah nak bagi ceramah bertajuk Anak Soleh.. masa umur berapa yer.. ooo umur 4 tahun..
Di bawah ni pulak Aisyah, Sarah dan Shasha tetiba ambik bedak le, pakai gincu.. Umi tak tahu mana dia jumpa gincu tu..macam orang besar.. hehe....


Ini Aisyah posing di LCCT, masa nak balik kampong baru ni tengok Tok Ma, Aisyah dengan Umi naik Air Asia..

Ini Aisyah dengan Adik Absya kat rumah Tok Ma

Ini gambar masa Aisyah umur 3 tahun lebih, masa kat KLIA hantar Abang Firdaus, Abang Fahmi, Kakak Tasnim ,Umi serta Abahnya ke UK dulu...
Kan cantik Aisyah tu....
Renaissance Hotel Kuala Lumpur 3 Dis 07
Aku ni memang lemah bab jalan raya.. Rasanya macam lemah yang irrepairable dah pasal tak reti tengok peta dan tak hapal jalan-jalan. Tadi ada Seminar On Best Practices on 30% Women at Decision Making Levels anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama United Nation Development Programme. Aku jadi wakil Persatuan Peguam (PGSM).
Ini kali kedua mesyuarat berkaitan dibuat, bulan Oktober hari tu di Sunway Hotel. Yang Sunway tu aku memang tak ada masalah sebab dekat dengan Shah Alam, tapi yang Renaissance KL ni memang masalah besar buatku...
Program bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang. Sudahlah dalam bandaraya metropolitan Kuala Lumpur yang jalan sentiasa jam, mula awal pulak tu...isyyy..
Malam tadi, berlaku satu drama pasal jalan-jalan raya ni...
"Abah... boleh tak lukis jalan nak pegi Renaissance KL?"
"Ada apa kat sana?"
"Ada sambung mesyuarat dengan Kementerian Wanita esok. Kol 9 pagi nak mula dah..."
"Hari tu kan Abah dah lukis..Dah lalu ke KLCC, tak ingat lagi ker?.. "
"Dah hilang la Bah lukisan tu.."
Ini sebenarnya kali kedua aku suruh Abah lukis peta nak masuk KL. Hari tu baru jer dia lukis jalan ke KLCC sebab aku kena jadi Resource Person dalam perbincangan "Women and Judiciary' dalam Seminar Muslim Women in the Midth of Change kat KLCC..
Kali ni mintak lagi.. Cari naas jer ler aku ni...
"Tu la Umi.. kalau Abah bawa kereta ke KL, bukan nak hapal jalan, asyik tidur je dalam kereta.. tiap kali ada kerja kat KL, nak peta.. nak peta.."
Kan aku dah agak.. mesti kena marah... hehe..
"Alaa Bah, lupa la Bah..Jangan ler marah, nanti kena jual.." hehe..
Aku terus memanggil penyelamat bangsaku...
"Aisyah.. Aisyah.. Umi sedih ler sebab tak ada orang nak lukis peta gi KL esok.. Aisyah tolong yer.."
My darling Aisyah memang tau-tau jer peranannya..
"Abah.. Abah jangan la marah Umi.. Umi tu bukannya sengaja tak ingat jalan. Umi tu kan orang pompuan, mana boleh marah dia..Kalau kita tak sengaja, kita tak salahlaa Bah.. Macam Aisyah tak sengaja tak sembahyang, Allah tak marah sebab Aisyah tak sengaja... Kalau sengaja tak sembahyang barulah salah Bah.. Abah janganlah garang.. Abah lukis lah peta untuk Umi yer Bah..."
Dalam hati aku, 'pandai nye Aisyah ni berurus niaga dengan Abah..' hehe...
Aisyah berjaya mencairkan Abah... Akhirnya Abah ketawa dan kata,
"Aisyah ni.. asyik-asyik jadi lawyer Umi jer... Ambik ler kertas Abah lukis."
Mision accomplished.. hehe..
Dan Abah lukis dengan detail sekali. Lepas lukis, dia terangkan satu-satu. Lepas terangkan, suruh aku pulak explain semula macamana nak sampai ke hotel tu dari NKVE highway, ke jalan Duta, round about dekat IKIM tu, masuk round about kol 3, jalan terus, masuk kiri lepas PWTC, pergi terus, jumpa trafic light 1, lepas tu trafic light 2, lepas tu trafic light 3, nampak hotel Renaissance, masuk kiri dan cari parking..
Mudahnyer.. hehe...
Berpandukan peta tu, aku sampai lah tepat jam 9.15 pagi..
_______________________________________________________
Isi Seminar
Dalam seminar tu ada satu pembentang dari Indonesia, Dra Alia al-Hasna MH. Dia seorang Hakim Mahkamah Syariah di Indonesia. Dia bentang tajuk "Gender in the Perspective of Religious Court/Mahkamah Syariah of Republic of Indonesia'.
Isi pembentangannya sangat menarik sebab dijelaskan di Indonesia, hakim wanita telah lama dilantik di Mahkamah Syariah. Jumlah kesemua Hakim Wanita sepanjang 2007 di Syariah Court adalah 283 orang dan Hakim Lelaki adalah 2119. Jumlah kesemua Hakim adalah 2601 orang di seluruh Indonesia. Walaupun belum capai 30% tetapi bilangan wanita dilantik sebagai hakim adalah tinggi dan memuaskan.
Berbanding dengan Malaysia, sehingga sekarang belum ada seorang pun hakim wanita dilantik untuk menjawat jawatan Hakim di Mahkamah Syariah.. Kita perlu belajar dari Indonesia untuk bersikap terbuka dalam apa-apa perkara yang bersesuaian dan bersifat ijtihaddiy..
Discussant untuk pembentangan beliau adalah Dekan Law UIA, Datok Prof Zaleha Kamaruddin. Walaupun dia dah dapat bermacam pangkat, aku dan kawan-kawan yang pernah jadi anak muridnya masa di UIA masih panggil dia Kak Lie... Gelaran yang cukup unik dan melambangkan keakraban dan rendah diri beliau...
Semasa minum, aku menuju ke tempat Kak Lie, dia tengah bersembang dengan Dra Alia. Aku pergi tegur Kak Lie, then Kak Lie terus perkenalkan aku dengan Hakim tersebut..
"Ibu Alia, mari saya kenalkan sama salah seorang pimpinan Persatuan Peguam Syariah di sini, namanya Hidayah..orangnya penuh dengan Hidayah..." aku senyum sambil menghulur tangan bersalam.
"Ya saya Hidayah, Apa khabar Ibu Alia.." kataku mula bicara..
"Baik, di sini sangat baik orang-orangnya yer.. Ibu Zaleha juga banyak baik.."
Giliran aku pulak menyampuk..
"Ibu Zaleha memang terkenal orangnya baik bangat.. Saya ini anak muridnya dahulu tahun 1990, sampai sekarang dia masih baik sama saya..." Kak Lie ketawa jer..
Kami kemudiannya bertukar pendapat dan bersembang mengenai hakim wanita di Indonesia dan bagaimana perlu dibuat di Malaysia untuk menjayakan misi ini. Perbincangan menjadi seronok dan mesra. Kemudiannya Ustaz Asri, Pengarah Penyelidik dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) masuk dan turut sama dalam perbincangan kami.. Rancak betul perbincangan mengenai Hakim wanita ni..
Sebelum aku berpisah dengan Ibu Alia, dia memberikan aku kad businessnya dan katanya, "Datang Jakarta hubungi saya ye Ibu Hidayah.."
"Insya Allah sudah tentu.."
Aku membuat satu kenyataan,
"Ibu Alia, saya mahu menulis satu artikel untuk akhbar minggu hadapan mengenai Hakim Wanita di Indonesia. Saya ingin memberi bilangan dan statistik berdasarkan apa yang Ibu Alia present tadi. Boleh yer jika saya tuliskan maklumat saya dapat daripada Ibu Alia.."
"Ye Ibu, bagus sekali.. Saya akan terasa terhormat sekiranya Ibu masukkan nama saya dalam tulisan Ibu.."
"Nanti saya akan emailkan pada Ibu Alia tulisan saya nanti yer.."
Aku mengakhiri perbualan dan bersalam sebagai tanda perkenalan dan aku akan balik selepas itu ke Shah Alam..
Sambil memandu balik, (pastinya berdasarkan peta yang dilukis oleh Abah yang baik), aku merangka dalam kepala artikel yang ingin aku tulis nanti.
Alhamdulillah, syukur pada Allah yang selalu memudahkan urusanku.. aku berjumpa dengan orang ini, berjumpa dengan orang itu.. networkingku bertambah dan ukhuwwah sesama muslim menjadi lebih meriah...
Lagi satu.. bagus jugak tengok cite Nabila Mutiara Hati, sebab aku dah pandai bangat cakap Indon... hehe..
Aku sampai rumah jam 5.30 petang. Alhamdulillah semuanya selamat...
Ahad, 2 Disember 2007
Di Mana Bumi dipijak
Melayu Muslim perlu bangkit menjadi ilmuwan berguna, bukan membuang masa dengan muzik dan hiburan yang lebih dekat kepada hedonisme. Berhibur adalah laluan perjalanan hidup dan bukan matlamat kehidupan. Kita hanya dipandang mulia dengan ilmu. Jika Melayu Muslim tidak berubah, siapakah yang dapat kita harapkan lagi...
Oleh Roslan Mohd Latif
KEDANGKALAN memahami sejarah negara menjadi antara sebab segelintir rakyat negara ini sanggup melakukan tindakan membabi buta di luar lunas budaya Malaysia tanpa sedikit pun memikirkan sensitiviti kaum lain yang bukan saja telah berkorban malah bersedia menyerahkan sebahagian hak mereka demi memastikan perpaduan kaum terus utuh dan semua kaum dapat menikmati kehidupan dalam suasana damai.
Demonstrasi jalanan anjuran segelintir kaum India yang kononnya berasakan kaum mereka ditindas dan seterusnya meminta ganti rugi daripada Kerajaan British yang membawa mereka ke sini, tidak lebih daripada wayang kulit yang didalangi sekumpulan ahli politik muflis. Berbanding dengan rakan mereka di Fiji, Uganda, Kenya, Zimbabwe, kaum India di negara ini seharusnya bersyukur kerana berada di sebuah negara yang kaum pribuminya begitu pemurah dan paling bertolak- ansur.
Mereka bukan saja diberikan pelbagai keistimewaan dari segi peluang pekerjaan, malah di bidang pendidikan dan ekonomi ada kalanya mereka lebih terkehadapan berbanding orang Melayu. Seawal 1816, kaum India berpeluang memasuki sekolah yang mana Penang Free School dibuka dan kelas Tamil ditumpangkan di situ. Dengan wujudnya Malacca Free School, VI, King Edward antara 1826 dan 1906, kelas Tamil juga diwujudkan. Pada 1850, Anglo Tamil School diwujudkan di Melaka. Malah hampir di setiap estet, sekolah Venekular Tamil diwujudkan bagi menampung kaum India yang tinggal di sekitar ladang.
Malangnya bagi kaum pribumi, hanya pada 1856, ia itu selepas 40 tahun kaum lain menikmati kemudahan, barulah dua sekolah Melayu diwujudkan dengan serba kekurangan sekadar membasmi buta huruf. Kaum India boleh meneruskan pendidikan hingga ke peringkat Overseas School Certificate yang kemudian boleh menyambung pelajaran ke King Edward Medical College atau pun ke Raffles College malah boleh meneruskan pendidikan ke Britian atau ke Australia, sedangkan pelajar Melayu hanya ke peringkat darjah empat.
Terkecuali Malay College yang ditubuhkan pada 1905, peluang pelajar Melayu hanya terbuka pada 1930 apabila dasar British membenarkan pelajar Melayu ke sekolah Inggeris. Itu pun terhad kepada segelintir pelajar di bandar dan daripada keluarga elit. Tidak hairanlah, antara 1919 hingga 1937 hanya 15 peratus pelajar Melayu di sekolah Inggeris berbanding 35 peratus India dan 50 peratus Cina.
Fakta begini seharusnya difahami sebelum melakukan tindakan melulu dan membabi buta. Penjajah British mengenakan pelbagai jenis peperiksaan bertujuan menyekat pelajar Melayu ke peringkat lebih tinggi seperti Peperiksaan Memasuki Sekolah Menengah, Junior Middle Cert, Overseas School Cert dan Queen School Cert yang hanya mampu dicapai oleh pelajar di bandar besar yang majoritinya Cina dan India. Rata-rata keluarga mereka bertugas dengan pentadbir British atau pun menjadi peniaga.
Bagi pelajar luar bandar terutama dari negeri Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan serta Johor, peluang yang ada hanya di madrasah yang banyak ditubuhkan selepas 1906 oleh golongan muda seperti Syed Syeikh Al Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin yang peluang kerjanya begitu terhad. Akibatnya jurang ekonomi antara kaum pendatang dan orang Melayu menjadi begitu ketara.
Ini ditambah pula dengan dasar British yang tidak membenarkan pembabitan Melayu dalam industri menanam getah dengan berbagai-bagai sekatan serta pengwujudan pelbagai akta termasuk Akta Tanah Rezab Melayu yang bertujuan memastikan Melayu terus tinggal di kampung menanam padi yang mana hanya cukup untuk kegunaan sendiri. Dasar membenarkan penubuhan Sekolah Venekular Cina dan Tamil pada peringkat Sekolah Rendah oleh Penjajah British adalah sikap tolak ansur yang tidak dilakukan di mana-mana negara lain.
Hanya pada 1958 selepas 142 tahun kaum Cina dan India menikmati peluang ke peringkat menengah, barulah Sekolah Menengah aliran Melayu pertama diwujudkan iaitu Sekolah Alam Shah pada 1963 dan hanya pada 1968, kumpulan dari aliran Melayu pertama keluar dari Universiti Malaya.
Untuk rekod juga, hanya pada 1967 selepas Institut Teknologi Mara (ITM) ditubuhkan barulah orang Melayu mendapat peluang ke peringkat yang lebih tinggi, selepas 151 tahun kaum Cina dan India yang berasakan mereka ditindas menikmati peluang pendidikan tinggi. Tidak hairan, antara 1964 dan 1970 hanya 119 siswazah Melayu lulus dari Fakulti Sains Universiti Malaya berbanding kaum Cina dan India. Seharusnya mereka yang menggelar diri mereka profesional ini lebih sensitif dengan fakta sebegini daripada membuat tuduhan melulu tanpa bukti.
Dasar tolak ansur orang Melayu juga telah memberi peluang kepada kaum India untuk mendapat suara di Parlimen walaupun peratus kaum India tidak sampai pun 10 peratus. Seawal pilihan raya pertama pada 1955, wala pun kaum India hanya meliputi 3.9 peratus daripada pengundi berdaftar dan kaum Cina hanya 11.2 peratus, pemimpin Melayu atas dasar berkongsi kuasa telah memperuntukkan 15 kerusi kepada kaum Cina dan dua kerusi kepada kaum India daripada sejumlah 52 kerusi yang dipertandingkan, walaupun orang Melayu mampu menang tanpa berkongsi kuasa kerana mereka menguasai 84.2 peratus kuasa mengundi.
Ini berterusan sehinggalah pada pilihan raya lalu di mana kaum India menang di tujuh kerusi Parlimen dan 14 DUN yang majoriti Melayu termasuklah wakil MIC yang bercakap di Parlimen baru-baru ini mengenai kaum mereka dipinggirkan tanpa menyedari beliau sendiri menang di kawasan majoriti Melayu. Atas dasar tolak ansur dan kerjasama yang wujud begitu lama juga pengundi Melayu di Ijok sanggup membiarkan calon Melayu kalah di Ijok dan memejam mata untuk mengundi calon MIC. Apakah ini bukan pengorbanan. Inikah yang di panggil 'pembersihan kaum'?
Dalam bidang ekonomi juga, kaum India lebih terkehadapan. Malah empat orang India terkaya di Malaysia memiliki jumlah kekayaan tiga kali ganda lebih banyak daripada 10 orang Melayu daripada jumlah 40 orang terkaya di Malaysia, sedangkan salah seorang dari yang terkaya itu, ayahnya hanyalah seorang kerani Felda, satu-satunya agensi yang ditubuh Tun Abdul Razak Hussein untuk orang Melayu.
Pendapatan Isi Rumah Bulanan Purata antara kaum juga menunjukkan nisbah kaum India lebih tinggi berbanding Melayu ia itu 1.27: 1 atau sebanyak RM3,456 bagi kaum India berbanding RM2,711 bagi kaum Bumiputera. Kadar kemiskinan tegar di bandar kaum India juga jauh lebih baik berbanding Bumiputra iaitu 0.2 bagi India dan 0.7 Bumiputera, tetapi di luar bandar kadar kemiskinan Bumiputra 3.3 peratus berbanding kaum India hanya 0.5 peratus.
Seperti kata pepatah, 'Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung ', maka untuk mengeluar perkataan seperti 'penghapusan kaum' amat keterlaluan bagi sebuah NGO yang kononnya didukung golongan terpelajar apatah lagi di dalam masyarakat di mana adat dan budaya masih menjadi pegangan penting.
Penulis ialah Presiden Alumni Melayu Amerika Utara(ALMA)
Sabtu, 1 Disember 2007
Kenduri Kahwin dan luahan hati Aisyah
Tadi Umi dan Aisyah pergi dua kenduri kahwin. Abah tak dapat ikut sebab Abah kerja hari ni sampai jam 5pm. Terpaksalah kami pergi dua orang saja.Lepas solat Zuhur, kita orang ke majlis pertama di Seksyen 11. Anak Dr Amin yang kedua kahwin. Ramai orang kat sana tapi aku tak nampak pun kawan-kawan dari department yang sama. Jadi tak dapat lah nak duduk-duduk dengan mereka, akhirnya Umi dan Aisyah duduk dengan makcik-makcik yang ada kat situ..
Lepas makan, Umi cepat-cepat keluar, salam dengan wife Dr Amin, Umi mintak diri nak pergi ke kenduri kahwin yang kedua. Dr Amin sempat tegur, katanya buku yang dia nak terbitkan akan masuk pencetak bulan 12 ni. Dia nak aku baca sekali lagi sebab buku tu aku yang jadi editor, baca ayat-ayatnya dan betulkan susunan ayat serta ejaannya sekali.
Alhamdulillah bila dengar semua urusan bukunya berjalan dengan baik.
Sebelum pergi kenduri kedua, Umi bawak Aisyah ke Kompleks PKNS sebab buku Iqra'nya dah koyak-koyak, Ustaz yang ajar ngaji suruh pakai Iqra' baru, jadi Umi kena ler beli yang baru, sebagai motivasi untuknya belajar Iqra' dengan lebih rajin lagi. Cari-cari Iqra', akhirnya dapatlah beli satu berharga RM12.
Lepas dapat Iqra' Umi kata , 'Sekarang kita pergi kenduri kawan Umi yang kedua pulak yer.."
Aisyah jawab, 'Aisyah rasa gembira sebab dah dapat Iqra' baru, Umi suruh pergi mana pun tak per, Aisyah ikut jer.. "
Senang betul kena beli...hehe..
Kak Shah kahwinkan 3 anak perempuannya sekali gus tadi. power betul.. Masa nak ambik makanan, ramai kawan-kawan yang aku kenal datang majlis tersebut, jadi ada ler kawan untuk sembang. Kebetulan kakak yang makan sekali tadi tengah cuti belajar PhD, dia tanya pasal interview hari tu dan dia bagi banyak nasihat berguna yang sangat perlu diambil berat masa nak buat research nanti. Thank you atas nasihat berguna tersebut..
Aisyah makan banyak betul tadi, habis satu pinggan nasi beriani dengan ayam merah.. Aisyah kata sedap sangat..
Sambil menuju ke kereta, Aisyah bertanya soalan yang advance lagi..
"Umi.. Umi rasa pengantin tadi tu umur berapa?"
"Tak tahu la Umi.. agaknya 23 tahun kot..Kenapa?"
"Umi.. Umi masa kawin dengan Abah, Umi dengan Abah umur berapa?"
"Masa Umi kawin dulu, Umi umur 25 tahun.. Abah masa tu 26 tahun..Kenapa tanya?"
Dia meluahkan apa yang tersimpan rupanya...
" Aisyah rasa Aisyah pun nak kawin umur 25 tahun jugak la Umi.."
Hehehe... Aku rasa nak tergelak sakan.. tapi Aisyah ni kalau dia tengah cakap serius, pantangnya kalau kita ketawa..terus hilang mood dia dan merajuk tak nak cerita apa-apa lagi..
Jadi Umi perlu memberi dan menjawab soalannya dengan serius jugak..
Umi dengan coolnya bertanya,
"Insya Allah, nanti Aisyah umur 25 tahun, Aisyah dapat kawin, tapi Aisyah nak kawin dengan sapa ye?"
"Tak tahu lagi la Umi.. dengan sapa yer? Tak confirm lagi..."
Bila dia sebut tak confirm tu yang aku takleh tahan.. hehehe.. Tapi jangan ketawa depan dia..bahaya!
"Aisyah rasa Aisyah nak kawin dengan sapa?" Umi tanya lagi..
"Aisyah tak tahu la Umi... Aisyah nak kawin dengan orang laki yang macam Abah. Umi tahu tak sapa-sapa macam Abah.."
hehehe.. anak anak.. nak pecah perut mendengar pendapatnya..
"Kenapa Aisyah nak kawin dengan orang macam Abah?"
"Ye lah.. sebab Abah tu orang baik. Aisyah mestilah nak kawin dengan orang macam Abah. Pergi masjid, sembahyang, baca quran, tak dengar lagu tak soleh..Lagi satu tau Umi, Aisyah kan tak suka betol orang hisap rokok. Alhamdulillah Abah tak hisap rokok.. Sebab tu Aisyah nak kawin dengan orang macam Abah."
Panjangnya jawapan dia.. Betol ke ini jawapan budak 6 tahun.. Aku sendiri pun tak percaya dengan pendengaranku..
"Ooo cam tu yer.. Umi tahu dah sekarang..Tapi kan Aisyah belum umur 25 lagi, Aisyah doalah dengan Allah supaya bila umur 25 tahun, Aisyah dapat kawin dengan orang yang Aisyah bagitau Umi tu yer.."
"Umi pun kena doa sekali yer.."
"Ye, Umi selalu doakan anak Umi.."
Luahan hati Aisyah ni bila aku cerita kat Abah, Abah ketawa sakan..
Response Abah, 'Ke depan betol anak abah ni..macam budak umur 10 tahun cakap.."
Aisyah.. Aisyah... penyejuk hati penyeri

jiwa Umi dan Abah..
Jumaat, 30 November 2007
Interview Biasiswa PhD
On Wednesday 28th November, there were few things happened to me actually.. I wished to write some entries in this blog, but time was pretty constraint. ..
But the most important event happened on that day was the interview session for PhD scholarship, and I was there, as one of the candidates to apply for the scholarship offered by the University.
There were 7 candidates in total from my department . We were asked to be there at 2.15pm to get ready for our turn to be called. At the same time, there were ten other candidates from other departments with the same hope, to get the scholarship in order to pursue for PhD degree in different fields.
My tummy was not ok on that day..Memulas-mulas, Ya Allah.. gabranya nak kena interview.. I felt nervous, and there was butterfly in my stomach. I could not control my tummy anymore.. Ayyooo.. I went to the ladies more than 4 times .. Adoiii..
While waiting, I tried to calm myself by chatting with other candidates- asking questions such as, "if they ask like this, how to answer yer... If they ask like that, how to answer yer.." Alhamdulillah that helped me a lot to calm myself...
Jam 3pm Abah hantar mesej.... tut tut... (bunyi mesej!)
cool supaya dapat menjawab dengan rational. UMI BOLEH!'
'Thank you Bah....'
My sisters pun hantar mesej bagi semangat dan doa..
Thank you yer...
At 4.30pm, sampai turn aku... I was called together with my two other friends Y and N at the same time... "Ya Allah.. permudahkanlah aku dapat jawab soalan panelist ni.."
There were 4 panelists waiting for us.. .My friend Y had to start first. Then Prof A posed the question to me, "Ok now we go to you, tell us about your proposal.."
I told myself, ' Calm down hidayah.. relax.. tawakal to Him and try to explain the best that you could...' Bismillahirrahmanirrahim..
"Assalamualaikum, my topic is about family law.....bla bla... I want to focus on ..... bla bla... This issue is very important since the statistic given shows that.... bla bla... Objectives of this study are..... bla bla.. This research is very crucial since it deals with human capital which will affect our nation bla bla.... At the end of the research, I will present a mechanism in......bla bla..."
Prof A then said, 'Oh.. it's interesting, tell us about your methodology of the study. How you can ensure that all of the objectives can be achieved.. Have you dealt with any potential supervisor? Tell us about you plan.."
Prof H then asked another question, "How about your place of study. You state here that you already have a place under part time basis in IIU and you wish to do twinning program with Melbourne University ..Tell us about that. Why you choose twinning program instead of state to one place?"
I tried my best to answer all questions, the very best that I could..
I told them that I have sent my proposal to Professor Abdullah Saeed, Head of Asian Law and Islamic Centre in Melbourne University and he had answered my email saying that he has no objection to supervise my thesis. Prof Abdullah Saeed is a very prominent figure in Australia. He leads Asian Law Centre and had supervised more than 20 PhD students.
Actually I met him in the International Seminar on Human Right organised by AG Chambers last year and unintentionally, during the lunch he took the food and sat beside my friend and me. We discussed a lot especially on human right and the gender issues. He then gave me his card and said to us, 'Please contact me if you come to Australia...' and I also gave my card to him and said, 'Sir, if I want to go to Melbourne U for my PhD, will you be my supervisor?' He answered, 'Of course, please contact me..'
Prof A then said, 'I think based on your experience, you have a clear plan on what kind of field and issue that you want to focus..I dont have any other question to ask.. How about other panelist?"
Prof A then continued with few other questions to N as the last person for that day.....
Alhamdulillah, we finished our session around 5.20pm..
My prayer will remain the same..
.'Ya Allah, I wish to continue my study, to search for Your knowledge, the best that I could in order to fulfill the duty as your Caliph on earth. I want to be one of the scholars in Islam, to be somebody on earth that can give contribution to my religion and my people. Hopefully what ever I do in this world can help me in the day after life..I want to be somebody who can speak for Islam. Grant me what ever best for me in your eye... Amin...'
Khamis, 29 November 2007
Mutiara Hati Disiarkan Kembali
Aisyah tengah sibuk cerita pasal rindu kepada Nabila, tetiba ada disiarkan semula.. TV9 ni macam tau-tau jer... hehe..
Umi terus call dan bagitau Aisyah supaya bukak TV9 sekarang..Aisyah terus bukak dan lepas tu Aisyah telefon Umi, masa tu Umi masih dalam kedai Azira, beli nasi beriyani untuk makan malam ni..
"Umi..Umi..Aisyah ni..."
"Ya Aisyah, Aisyah dah bukak TV9 tak?"
"Dah Umi.. Aisyah tepon ni sebab Aisyah nak ucap terima kasih pada Umi.."
"Terima kasih sebab apanya?"
"Umi..terima kasih yer sebab bagitau Aisyah ada cerita Nabila dalam TV9. Syukur pada Allah Aisyah dapat tengok Nabila lagi..."
Ayat-ayatnya sungguh menyebabkan aku terkedu, terpikir. dan nak tergelak... kuat sungguh Nabila dalam diri anakku ini..
Aisyah ..Aisyah...
Rabu, 28 November 2007
Artikel Umi Dalam Harian Metro 28 Nov 07
Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim
Kisah artis berkahwin dan kemudian bergaduh dan bercerai selalu memenuhi ruang akhbar. Kisah sebegini pula selalu menarik minat masyarakat awam. Mereka ingin tahu siapa pilihannya, bagaimana perlaksanaan majlis perkahwinan, berapa hantarannya dan bagaimana mereka berpakaian semasa majlis tersebut. Keadaan akan jadi lebih heboh apabila artis yang baru berkahwin bergaduh dan bercerai.
Perkahwinan dalam pandangan Islam adalah satu perkara suci dan tinggi nilainya. Ia adalah saranan Allah kepada manusia bagi meraikan fitrah kejadian manusia ciptaan-Nya. Allah SWT mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri.
Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy mendefinisi perkahwinan atau al-nikah sebagai 'satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.'Justeru, terdapat beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:
- Perkahwinan menyatukan dua insan dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksanakan. Oleh itu, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang perkahwinan berlangsung.
Perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Islam mengharamkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik-beradik , anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya.
- Selepas wujudnya akad, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka perlu dijawab di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian itu.
- Bagi pasangan yang belum berkahwin sama ada sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah.
- Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam tindakan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin bukan mengaibkan dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.
- Akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima lelaki berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.
Justeru, wajar dipelihara sebaik mungkin ikatan perkahwinan kerana ia bukan sahaja ikatan suci yang menggabungkan dua insan, tetapi juga dua keluarga dan keturunan. Dengan itu, silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan insan akan menjadi lebih berseri.
Artikel Umi Dalam Berita Harian 28 Nov 07
KISAH perjuangan ibu muda, Siti Nadzirah Mohd Nasir, 20, yang terbabit dalam pertikaian penjagaan anak sejak beberapa bulan lalu menarik perhatian semua. Kes ini mengenai hak jagaan anak kecil berusia setahun hasil perkahwinan antara warga negara Malaysia dengan Pakistan.
Kes itu akhirnya menarik pembabitan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) iaitu Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar bertindak mewakili Siti Nadzirah dalam permohonan kesnya di Malaysia.
Kisah wanita muda ini membuka mata kita untuk melihat kesan dan implikasi perkahwinan campur antara dua bangsa, apatah lagi antara dua negara kerana membabitkan bidang kuasa mahkamah berbeza. Kes ini bukan kes pertama. Sebelum ini kita didedahkan dengan banyak kes perceraian serta perebutan anak membabitkan dua negara seperti kes Raja Bahrain dan kes Lepat. Apabila keadaan ini berlaku, yang menjadi mangsa adalah anak.
Apatah lagi bagi seorang perempuan, sudah tentu lebih wajar bagi yang ingin berkahwin untuk mengkaji siapakah calon suaminya kerana seorang isteri akan lebih dipengaruhi dan tertakluk kepada suaminya. Imam Hassan pernah ditanya seorang bapa, "Dengan siapakah perlu aku kahwinkan anak perempuanku? Beliau menjawab, kahwinkanlah dengan lelaki yang beragama dan bertakwa. Jika dia sayang pada anakmu, dia akan melayannya dengan baik. Jika tidak sayang, dia tidak akan melayannya dengan buruk."
Ilmu Aisyah
"Umi..takpe ke Umi tulis pasal Aisyah dalam komputer tu..?"
"Takpe..apa pulak tak boleh.. Umi tulis dalam blog kita sendiri, macam tulis dalam buku kita sendiri.. "
"Aisyah suka tak baca cerita Aisyah dalam komputer?"
"Aisyah suka sangat.. tapi ada tak orang lain baca?" Tanya Aisyah lagi.
"Ada kot.. blog tu maknanya buku dalam internet. Sapa-sapa yang datang kat blog kita, dia boleh baca le cerita yang Umi tulis. Tak kira lah cerita pasal Aisyah ke, pasal apa-apa lah.. Kenapa Aisyah tanya?"
"Orang tak marah ke Umi tulis pasal Aisyah?"
"Mana boleh marah. Umi tulis pasal anak Umi, bukan tulis pasal anak orang lain."
"Aisyah segan le Umi.. nanti orang ingat Aisyah sorang yang pandai.. nanti orang marah le Umi.."
"Apa pulak.. Umi tulis pasal anak Umi, sebab Umi tau pasal anak Umi jer. Anak orang lain pun pandai jugak, tapi Umi tak boleh tulis sebab Umi tak tahu pasal cerita orang lain.. "
Umi jelaskan panjang lebar nak memecahkan masalah Aisyah,
"Sebenarnya, Umi tulis cerita Aisyah sebab Umi sayang sangat dengan Aisyah, jadi bila Aisyah dah besar, Aisyah boleh baca cerita Aisyah masa Aisyah kecik-kecik...itu kita panggil kenangan..."
Dalam hati aku, 'Paham ke anak aku makna kenangan ni.. 'hehe..
"Bukan ke nanti orang ingat kita aksyen Umi.." tak puas hati lagi Aisyah dengan penjelasan yang aku buat.
"Takde lah.. apa pulak nak aksyen.. kalau Aisyah jadi anak yang bijak, Umi bersyukur pada Allah.. Aisyah paham yer?"
"Aaa.. yelah Umi.." Rasanya macam tak puas hati lagi tu.. hehe..
Anakku Aisyah.. mudah-mudahan jadi Anak yang solehah sepanjang hayat. amin..
Isnin, 26 November 2007
Akhirnya Aisyah ke Library Shah Alam
Sebelum bertolak, Umi panggil semua dan suruh duduk depan Umi untuk mesyuarat ringkas.
"Shasha, cuba kira ada berapa orang sekarang?" Soalan pertama Umi untuk Shasha..
"Ada enam orang Umi.." Jawab Shasha dengan bersungguh-sungguh.
"Ok, sekarang Umi want to tell you things to do and not to do in the library.. First, you have to listen to Umi carefully. Abang Azim is appointed to be the leader. Listen to him as well..." Umi mulakan mukaddimah..
" In the library, cannot shout, speak nicely and act properly. If anybody wants to go to toilet, you have to tell Abang Azim to accompany you to the toilet. Do not run or go to other level without permission from Umi....Understand?"
"Yes...Umi .." my good children answered clearly.
"One more, you have to make sure your tummy is full before we go, because you can't eat or drink in the library. Anybody who does not follow regulations will be punished. Umi will not bring you again if you fail to listen to Umi..understand?"
"Yes Umi.."
"Are you ready children?'' Umi tanya lagi..
"Yes Umi..." hehe.. bersemangat sakan..
"Go into the car, sit properly. Don't quarel in the car. If not, don't follow.." Umi macam garang sakan hari ni..hehe..
Maklumler nak jaga enam orang budak..macam cikgu nursery je rasanya.
Sampai di library, library belum buka sebab baru

jam 9.55 pagi. Lagi 5 minit nak buka. Ramainya kanak-kanak sedang tunggu depan pintu library untuk masuk..
Sambil tunggu pintu dibuka, Aisyah nak ambik gambar..
Ini gambarnya..
Yang mana satu Aisyah yer?
Yang mana lagi kalau bukan tepi kiri sekali tu..
Yang depan tu Shasha.
yang tengah tu ler Sarah..
Boys takde gambar ker?
Ada... ini dia.. jeng jeng..

Depan yang kecik tu Haris, sebelahnya yang buat pistol tangan tu Amar..
Sapa belakang pegang Notebook Umi tu??
Itu ler Abang Azim..
Sebab jadi leader, dia kena pegang notebook Umi, Umi nak buat artikel untuk Berita Harian siaran Rabu 28hb Nov ni dalam library, sementara tunggu bebudak ni baca dan main..
Masalah siket timbul sebab masa Umi nak bawak notebook masuk, makcik guard tahan, dia kata boleh bawa komputer sahaja, beg dan ain-lain kena letak kat luar.. Kelam kabut siket ler Umi keluarkan notebook, mouse untuk di bawak masuk.
Dalam library, budak-budak ni sangat bergembira, membaca dan melukis, cari buku, sepah buku dan macam-macam lagi..
All of them, behave nicely... Baguss..
After 3 hours in the library. Umi called them, "Time's up children..Insya Allah, next time we come again.."
Dan malam tadi Aisyah bercerita dengan Abah betapa happynya dia ke library...
"Best Abah.. betol.. Tak tipu.. best kat library.. Aisyah colour tapi tak siap sebab Umi panggil balik.. Best tau Bah pegi library..''
Dan Abah memberi response, "Ye ker.. oo best yer .. buat apa lagi kat sana ..gaduh tak?.. Tak gaduh.. bagusnyer anak Abah...Aa.. macam tuler..." hehehe.. as usual, itu ler response Abah bila dengar Aisyah bercerita.
Ooo ada satu lagi, bila nak tidur tadi, Aisyah tanya soalan yang sangat tinggi yang mengejutkan Umi, "Umi..Umi boleh tak cerita pasal sains, mengenai body kita, dari kepala sampai kaki, urat-urat semua, Aisyah nak tahu la..."
Sambil terpegun, Umi jawab.."Oooo itu semua ada dalam buku kat library, nanti Aisyah baca yer...Umi cerita lain kali ler... pegi tidur dulu ye sayang.."
Anak Umi Aisyah yang comel, Umi doakan mudah-mudahan menjadi Muslim yang suka membaca, cintakan ilmu dan juga sentiasa berakhlak baik..Amin
Sabtu, 24 November 2007
Aisyah Nabila - Mutiara Hati
"Nak buat apa pegi Jakarta.. Jakarta tu jauh, mahal nak beli tiket flight."
"Maksud Aisyah.. kalaulah Allah bagi Umi rezeki, kita pegi lah Jakarta..bukannya Aisyah push Umi, Aisyah tanya jer.."
"Yelah.. tapi buat apa nak pegi Jakarta?"
"Aisyah rindu sangat dengan Nabila. Aisyah nak jumpa Nabila, Aisyah nak tanya dia sihat ke tak? Sebab dalam TV dah lama habis cerita Mutiara Hati..Dia pun umur 6 tahun, Aisyah nak tanya nanti tahun depan Nabila masuk sekolah mana?..Bolehlah Umi yer..." renget simanja Umi.
"InsyaAllah, kita kena bincang dengan Abah dulu. Kalau Abah kata boleh, baru lah boleh pergi.."
"Macamna kalau Abah kata tak boleh pegi.. Jomla Umi.."
"Kita kena tanya Abah dulu. Kalau Abah kata boleh, barulah boleh..Kalau Abah kata tak boleh, kita kena dengar cakap Abah.. sebab Abah tu ketua keluarga kita.."
Selepas Aisyah menjalankan urus niaganya memujuk Abah (dengan manjanya sehingga cair Abah). Akhirnya Abah kata "Insya Allah..".
Dangan penuh gembira Aisyah bercerita betapa rindunya dia pada Nabila..Sehingga dia kata dia nak tukar nama dia jadi Aisyah Nabila Umairah Fairuz.... panjangnyer nama...
Nabila dangan Aisyah ni Umi tengok ada banyak kesamaan, sampai ramai orang cakap Nabila dengan caranya, ayat-ayatnya dan keupayaannya macam nak sama dengan cara percakapan Aisyah..
Agaknya Nabila tiru Aisyah kot..hehe..
Atau Aisyah tiru Nabila??
Mari kita siasat.. Siapa tiru siapa ni...
Macamna Umi nak jelaskan bahawa Nabila itu hanya dalam filem Mutiara Hati saja, bukannya betul?? Susah ni, satu perjuangan yang sukar....
Jumaat, 23 November 2007
Birthday Aisyah 111107

Aisyah darling Umi mencapai umur 6 tahun
pada 11 November baru ini.
Umi dan Abah buat majlis birthday kecil sahaja, bersempena birthday Aisyah dan open house untuk jiran-jiran terdekat dan juga cikgu-cikgu sekolah Aisyah.
Aisyah tiga hari sebelum birthday sangat excited dan asyik bertanya soalan,
"Umi, Umi dah beli kek harijadi Aisyah tak?"
Dan Umi akan jawab, "Belum, nanti sampai waktu, Umi beli lah.."
Aisyah dengan Sarah sangat akrab dan muka pun hampir sama. Dua orang ni best friend sangat-sangat rapat. Aisyah lahir 11 Nov 01 dan Sarah pula lahir 5 Nov 01.
Umi dengan Mama Sarah bincang, why not we have one majlis for both kids...
Pada 11 November, Aisyah ada graduation day (ihtifal) Sekolah Tadika Little Caliphnya dari 8 am - 1 pm. So we can not have any makan-makan on that day.

Akhirnya kita buat keputusan buat pada 10 November, waktu pagi antara 10 am - 2 pm kat rumah Umi.
Mama Sarah masak spaghetti, Umi masak Soto, roti john dan goreng frozen food iwani.
Aisyah pakai baju raya puasa yang sama corak macam Umi..
Lepas birthday tu, Aisyah bagitau Umi, "Umi.. Umi tahu tak satu rahsia Aisyah?"
"Tak tahu, apa rahsia Aisyah tu? Boleh bagitau ke tak?"
"Boleh... rahsianya Aisyah dah birthday jadi Aisyah dah jadi orang besar, bukan kanak-kanak lagi. Sebab tahun depan Aisyah dah masuk darjah 1. "
Aa.. lah, Aisyah dah besar lah rupanya..patut ler tembam, makan banyak yea..." Sambut Umi.."
Aisyah buah hati Umi memberitahu rahsianya yang sebenar...
"Umi tau tak, bila Aisyah dah jadi orang besar, kalo Umi ada apa-apa masalah, Umi boleh sembang dengan Aisyah.. Sebab Aisyah paham apa yang Umi bincang..."
"Oooo.. gitu maksudnyer.. Sekarang Umi dah tahu dah, kalo Umi ada masalah, boleh bincang dengan Aisyah sebab Aisyah sekarang bukan kanak-kanak lagi..."
"Pandailer Umi ni.." sahut si manja Umi dengan penuh ceria...
Macamana rupa kek Aisyah yer? Lepas di potong-potong, rupanya dah jadi macam ni....

Happy Birthday Aisyah dan Sarah...

Semoga membesar menjadi anak-anak yang solehah, baik akhlak dan suka melakukan kebaikan..Amin..
Khamis, 22 November 2007
Aisyah dan Perpustakaan Shah Alam
Masa Umi keluar dalam 9.30 pagi, semua kanak-kanak tersebut dah bersiap dengan baju cantik-cantik..
" Umi, kita nak pergi sekarang ke Umi?" Sarah mulakan soalan..
"Ye lah Umi, kita nak gi sekarang ker..? Shasha pulak menyusul...
"Tak.. Umi pegi opis dulu, korang duduk rumah, main-main dulu.. Lepas makan tengahari kat rumah masing-masing, sembahyang zohor dulu, kol 2 petang kita pegi yer..." Jawabku yang dipanggil Umi oleh semua anak-anak jiranku.
Memang bagus semua budak-budak panggil Umi, aku pun suka kerana aku anggap semua anak-anak jiran seolah-olah anakku semuanya. Kalau dipuji, puji semua. Kalau ada salah silap, nak tegur atau nak marah, aku akan tegur dan marah semuanya, atas alasan semuanya anak Umi, jadi sama rasa sama kena .... baguskann..
Selesai semua tugasan, jam 12.50 thg aku balik rumah semula, sebab nak siap ke perpustakaan dengan anak-anak ni.. Tetiba Mama Sarah datang, "Umi, i'm very sorry tak dapat benarkan empat orang budak-budak tu ikut you...." "
"Laa.. apasalnye... tadikan semua dah ready.."
"Sebab semua empat-empat orang dah langgar peraturan yang I buat, ada empat perkara dia orang kena buat pagi ni, kalo semua berjaya, baru dapat ikut Umi.. so I have to punish my children... if not dia orang tak dapat hargai apa yang I benarkan...."
"Ye ker... alahai... what should we do yer...Tapi tak per, I dont mind, you can decide, I just follow...If tak dibenarkan kita tukar ke next week lah...." Aku cadangkan Isnin pagi next week.
Mama Sarah kata, "Tengok whether dia orang can follow the regulations or not...but today, it's confirmed cannot go...Sorry yer Umi..."
Aku pun kata, "Tak per... I will tell Aisyah..."
Kemudian, aku pun panggil Aisyah, "Aisyah, kita tak dapat pergi library hari ni sebab Sarah, Shasha dan abang-abangnya kena punishment sebab tak ikut peraturan Mama.. Apa kata kita pegi next week, pagi isnin."
Tetiba my darling Aisyah menangis terisak-isak.."Umi, Umi ni kan selalu tukar program.. Kalo kita dah janji, kita kena buat...Aisyah dah siap dari pagi lagi, pakai baju cantik-cantik.. bangun awal.. Bukan sekali ni Umi tukar program, hari tu pun Umi dah tukar program.. Dah janji dengan Aisyah nak pegi Toy r Us, lepas tu tukar program...Aisyah sedih sangat..." Air matanya meleleh-leleh keluar...
Dalam hati aku..'Susahnya berjanji dengan ustazah comel ni..siap hujjah-hujah lagi....'
"Ok kalo semua tak boleh pergi, apa Aisyah nak buat? Nak pegi sorang takde kawan ke nak pegi minggu depan dengan kawan-kawan?"
"Aisyah tak boleh kalo dah buat program, mesti kena buat..Umi yang cakap, orang Islam kena ikut kalo kata buat , mesti buat..."
Aisey man... anakku...hujahnya selalu mengecutkan perut Umi..
"Aisyah, mari kita slow talk. Aisyah tengok Umi yer.. Bukan Umi yang tukar program tapi Mama Sarah tak kasi anak-anaknya pegi. Ada dua je pilihan, Aisyah nak pegi sorang atau tak payah pergi hari ni...Aaa.. apa kata kita pegi tempat lain, macam pegi giant ker..." Aku beri cadangan.
Kesiannya Aisyah, how I wish if I can give her a friend to play with...
"Library tu tempat buku le Umi, Giant tu bukan tempat buku. Kalo kita nak pegi library, mesti library, mana boleh tukar pegi giant.. Aisyah dah plan library dalam kepala Aisyah.." Sambil berhujjah, air matanya meleleh turun...
adoiii...anakku ni lawyer betol ler... isyyyy...
Akhirnya aku ambil keputusan untuk call Amirah, anak saudara di Bukit Jelutong untuk ajak ke library. "Ok lah, kita call Amirah, tanya Papa Uji dulu, kalo Papa Uji setuju, kita pergi dengan Amirah yer...."
Bersinar terus mata dan muka Aisyah....
Lepas tu dia kata, "Hari tu Umi yang kata, kita kena bercakap benar walaupun pahit..."
Aisyah.. Aisyah.. kadang-kadang aku pun pelik, macamana dia boleh bercakap macam orang tua...umurnya 6 tahun tapi selalu bercakap macam orang besar...Apakah anak-anak zaman sekarang semuanya begitu... Sangat sukar menjadi ibu bapa tanpa ilmu parenting dewasa ini..
Pengajaran sangat berguna aku dapat hari ini, dari seorang insan kecil bernama Aisyah..
So persoalannya... Aisyah sebenarnya pergi ke tidak ke library???
Sebenarnya Aisyah pergi sekejap je dengan Amirah. Umi dengan Abah bawak Aisyah dan Amirah ke library dalam 30 minit sahaja. Pergi servey tempat kanak-kanak di tingkat berapa, buku apa ada di library, buku BM atau buku English...tingkat bawah ada buku apa.. dan sebagainya. Kiranya lawatan Aisyah hari ini adalah sebagai preparation untuk dia datang lagi hari Isnin depan.....
