Friday, February 10, 2012

Kisah Sedih Luahan Suami..

Kisah Sedih...

Kita anggaplah entry sebelum ni pasal luahan hati suami tu adalah kisah benar. Jadi hari ini kita sama-sama duduk sekejap, cuba kita pikir apa agaknya  iktibar kisah tu  untuk kita..
Mari kita sama--sama pikir..
Lagi banyak kita pikir,  lagi kuat akal kita, dan lagi cepat kita nampak hikmah di sebalik kejadian ALlah..

Dalam hidup kita, ada macam-macam perkara yang kita lalui. Ada suka, ada duka, ada ceria, ada yang menyebabkan kita sedih. Begitu juga bila kita mengerjakan sesuatu perkara, ada yang mudah saja jalannya, dan ada yang susah berbelit-belit.. Semua itu asam dan garam dalam kehidupan.

Kalau jalan hidup kita berbelit-belit, apa yang kita buat semuanya nampak susah.
Rasa macam tak ada peluang kita nak berjaya macam orang lain..
Rasa macam bencinya hidup ni, kenapa semua benda yang susah2 berlaku pada kita, kenapa orang lain tak kena..

Kita pujuklah hati kita..
bahawa semua orang rezekinya tak sama.
Tak bermakna kita lebih rendah dari orang lain bila Allah beri ujian yang berat pada kita..
Mesti ada makna ujian yang ALlah bagi..
Mesti ada hikmahnya..
Sama ada kita sempat cari dan jumpa atau tidak.
Semuanya yg kita tempuh ada dalam Lauh mahfuz..
Apa kisah hidup kita, semuanya ada di sisi ALlah.

Kalau ikut logic kita, lagi orang tu baik dgn kita,, lagi banyak kita nak tolong dan berkawan dengan dia.
Kalau ada orang buat jahat dengan kita, lagi kita nak lari, tak mahu tengok dah muka dia.. betol tak?

Tapi Allah ada perancangan Dia sendiri.
Ada orang soleh diuji lagi kuat, sebab ALlah nak dengar lagi banyak orang tu mengadu minta tolong dengan Dia.. lagi tinggi ALlah angkat mertabat dia di sisiNya..
macam dalam kisah sedih yang kita baca dalam entry sebelum ini tu, kalau ikut Allah janji dalam Quran, kalau perempuan tu baik, Allah akan bagi dia kahwin dengan orang lelaki yang baik. Kalau perempuan tu jahat, jauh dengan Allah, nanti Allah pun bagi dia jumpa dengan lelaki yang jahat dan jauh dengan ALlah. itu namanya sekufu..
Tapi pelikkan..
Ada orang yang baik, tapi kenapa ALlah bagi dia kahwin dengan lelaki yang jahat, dan sebaliknya..
macam suami yang tak senonoh, layaknya dia kawin dengan orang lain, kenapa dapat isteri yang baik macam dalam kisah tu...
pelikkan..

Cuba anda pikir, pelik kan...
Itulah namanya perancangan ALlah, takdir namanya tu..
Takdir ini di atas tadbir kita.
Kita tak mintak tapi Allah kasi, kita usaha mentadbir macam lain, tapi yang jadi macam lain..
Itu takdir yang mengatasi tadbir.
Mesti ada hikmahnya..

Dari segi iman, lagi kuat orang tu bersabar, lagi banyak pahala dia dapat.
Tapi kalau dari sudut undang-undang, lain nasihatnya..

Kalau tanya saya, dari sudut undang-undang, saya kata perempuan yang mendapat atau diuji dengan suami yang jahat, kaki pukul, dera isteri, kasar, tidak sembahyang, benci ajaran Islam, keluarlah dari ikatan perkahwinan itu.
Kerana sabar itu ada batasnya..
Sebelum tu, kena usaha menyelesaikan masalah terlebih dahulu..
Contohnya dalam kisah tersebut, kenapa perlu isteri tersebut berbohong dengan keluarga mengatakan dia bahgia, sedangkan ditendang dan ditampar oleh suaminya..

Dan lagi , saya menyokong usaha memperkasakan wanita dari sudut undang2.
Janganlah kerana untuk berada dalam perkahwinan sebegitu azab, kita membiarkan diri kita disiksa sebegitu.

Kerana batas perundangan ada kaedahnya,
Apabila bertembung antara dua mudarat, pilihlah yang lebih rendah.
Jika berterusana dengan suami yang jahat, dipukul dan sabagainya..banyak mudarat
Jika bercerai juga ada mudarat..
Pilihlah yang lebih rendah..

Bercerai mudaratnya lebih rendah berbanding dengan seluruh hidup tersiksa selamanya dalam perkahwinan sebegini.
Ketika itu, akal perlu fikir jalan keluar
ketika itu kekuatan dalaman memberi jawapan..

Namun dalam kisah tersebut, kesabaran isterinya menyebabkan dia diberi hidayah oleh ALlah..
melalui isterinya dia menjadi seorang yang baik..

Jika anda, apa agaknya anda pilih?