Tuesday, January 19, 2010

Pesanan Saya

VMPGA

Dalam yahoogroup vmpg ada banyak perbincangan mengenai isu kalimah Allah, politik dll, walaupun saya secara peribadi mempunyai stand yang sangat strict terhadap isu kalimah Allah tetapi saya terpaksa melihat banyak perkara dalam vmpga. Akhirnya saya menulis stand di bawah ini untuk semua members vmpga. Yahoogroup yang baru untuk semua ahli akan dilancarkan minggu depan.. Saya buat setakat yang mampu sebelum berakhir term saya July 10 nanti..

Sekarang saya sangat sibuk dengan beberapa perkara yang berlaku... Inilah perjalanan sebuah PhD. Proses untuk setiap pelajar tidak sama. Ada yang smooth berlalu dan ada yang diuji. Saya pula di mana? Wallahua'lam..Masa semakin suntuk, saya perlu bergerak lebih pantas dan mula meninggalkan sedikit demi sedikit perkara yang kurang penting. Mungkin blog ini bermula minggu ini akan saya isikan entrynya sekali sahaja seminggu..

Selamat belajar untukmu hidayah...
____________________

Mesej saya untuk vmpga..
18 Jan 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada semua ahli VMPGA dan juga subscribers kepada vmpgyahoogroups,

Kita telah dikejutkan dengan beberapa perkara berlaku di Malaysia terutama isu terbaru iaitu permohonan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian, isu-isu politik dan lain-lain melibatkan negara Malaysia. Terdapat banyak perbincangan melalui yahoogroups ini dan ramai memberi pandangan yang berbeza. Ramai juga yang menghubungi VMPGA bertanyakan pendirian VMPGA sebagai sebuah persatuan pelajar yang berdaftar dengan MSDA tentang isu ini.

Mewakili VMPGA, suka ingin saya memaklumkan beberapa perkara iaitu:

1- Merujuk kepada isu penggunaan kalimah Allah, isu ini adalah satu isu sensitif yang melibatkan agama dan kaum. VMPGA pula dianggotai oleh pelajar dari pelbagai agama dan keturunan. Memandangkan perkara ini sekarang berada di peringkat tertinggi negara, PM dan TPM untuk mencari jalan penyelesaian, kami berpendapat bahawa biarlah isu ini diselesaikan oleh mereka yang berwajib di Malaysia .

2-Kami juga ingin memaklumkan bahawa vmpg@yahoogroups. com adalah satu yahoogroups yang telah dibina oleh pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Victoria pada tahun 2004 untuk kegunaan sesama pelajar ketika itu. Sehingga kini, keahlian yahoogroups ini telah bertambah dan mencapai ratusan ahli. Hakikatnya, ia bukanlah yahoogroups rasmi kepunyaan Persatuan Pasca-siswazah Malaysia di Victoria (VMPGA). Cuma sebelum ini dan sekarang juga, pengumuman VMPGA disalurkan di yahoogroups ini kerana ramai pelajar menjadi subscriber dan ini adalah satu-satunya saluran komunikasi yang ada di antara VMPGA dan ahli yang ada. Oleh itu, sebarang email yang dihantar di yahoogroups ini, pihak VMPGA tidak mempunyai bidang kuasa untuk menapis dan menghentikan apa-apa kerana yahoogroups ini adalah milik individu. Justeru itu, apa-apa perbincangan yang dijalankan adalah tanggungjawab individu dan setiap pengirimnya. Mewakili VMPGA, saya ingin memaklumkan bahawa VMPGA tidak bertanggungjawab di atas apa-apa email yang dikirim atau perbincangan yang diadakan di dalam yahoogroups ini.


2- Dengan tujuan memudahkan urusan dan menyelaraskan banyak perkara, VMPGA memutuskan untuk mempunyai yahoogroups rasmi yang diletakkan di bawah bidangkuasa VMPGA sebagai saluran perbincangan untuk semua ahli yang berdaftar dan membayar yuran keahlian. Untuk pengetahuan semua, kami sedang dalam proses mengemaskini semua ahli yang berdaftar yang membayar yuran untuk diselaraskan di bawah yahoogroups yang baru nanti. InsyaAllah ia akan dilancarkan pada 25 Januari nanti. Pengumuman rasmi berkenaan perkara ini akan dibuat oleh Setiausaha tidak berapa lama lagi.

3- Namun begitu, walaupun yahoogroups ini bukan kepunyaan rasmi VMPGA, kami sentiasa menyokong dan menggalakkan perbincangan sihat mengenai apa-apa isu di kalangan semua pelajar, pasangan dan semua subscriber yahoogroups ini. Perbincangan yang positif membuka minda, diharap dijalankan dengan baik, tertib dan berlapang dada, disamping tidak menyerang mana-mana pihak dan individu tertentu terutama apabila melibatkan isu-isu sensitif. InsyaAllah sebagai pelajar matang, kita semua akan dapat melakukan yang baik demi kesejahteraan semua.

Sekian. Terima kasih.

PM Nurhidayah Hashim
Presiden VMPGA 2009/2010

Sila layari http://www.vmpga.org