Monday, November 23, 2009

Tak Ingat..

Kisah Tak Ingat Parking..

Tadi saya tengok TV kisah sepasang suami isteri yang dah tua. Suaminya dalam 75 tahun hantar isteri ke pasar dan dia parking tepi jalan. Isterinya dalam 75 jugak, pergi sorang-sorang ke tempat dituju. Tunggu punya tunggu isteri tak sampai-sampai ke kereta..

Tetiba selepas 4 jam lebih, isterinya datang dengan seorang polis...Sampai jer isteri ke kereta, dia terus buka pintu dan kata kat suami dia, 'Where've you been?' Husband dia jawab,'I'm here, waiting for you.. where've you been.??'

Polis tu selesaikan masalah mereka... Rupanya suaminya memang tak bergerak, tunggu kat kereta dan rupa-rupanya isterinya lupa kat mana kereta, jadi dia berpusing-pusing selama 4 jam cari kereta, dia ingat suaminya tinggalkan dia.. akhirnya last resort dia mintak tolong polis tolong cari suaminya...

Moral of the story: Suami janganlah suruh wife pergi sorang dan dia tunggu dalam kerete.. Pergiler sama-sama.. Kalo tak jumpa kereta, tak ler gabra sangat sebab dua-dua sesat... hehe...

Cite Makcik pakcik tu, kelakar ler pada saya..
Saya teringat saya sendiri.. Bab lupa mana parking kereta adalah kelemahan saya yang amat ketara.. hehe....

Tahun lepas saya pergi meeting LAN (Lembaga Akredetasi negara) kat bangunan dia kat PJ. Saya pusing tiga kali cari tempat parking takde, akhirnya saya pun naik cari kat tempat parking atas bangunan tu.. Jalannya berpusing-pusing dari tingkat 1 ke tingkat 9. Saya jumpa, then terus parking kereta, pergi ke lift dan terus masuk mesyuarat.

Habis mesyuarat, saya dengan terernya berjalan ke lift, masuk lift dan tekan tingkat 6. Sampai ke tempat parking, saya cari cari cari cari kete MYVI saya tapi tak jumpa. Saya pusing seluruh tempat. Dahler dalam keadaan takut sebab takde orang.. Pusing punya pusing... Takde.
Last sekali saya give up..
Saya agak kete saya kena curi kot..

Saya pun turun ke tingkat bawah dan jumpa Pakcik Guard. Saya citeler satu satu..Saya kata that saya risau sangat takut kete saya kena curi.. Pastu dia kata, 'Macam ni, saya teman Puan cari kete Puan, then kawan saya akan pusing semua level dengan motorsikal. Kasi nombor plate kete Puan dan jam berapa Puan masuk tadi...' Saya pun jawab ler semua soalan beliau..

Saya takut jugak dengan Guard ni.. Tapi lawan ler rasa takut sebab kalau tak jumpa saya nak kena balik naik teksi ke Shah ALam dan mesti kena report kete saya kena curik..

Naik lift ke tingkat 6.. Guard yang guna motorsikal tu pun sampai.. Saya tengok dia pusing dengan motor, then dia kata, 'Takde ler kete Puan. Macam ni, kita cuba tingkat 7 pulak.'

Saya naik lift ke tingkat 7. Guard yang naik motor tu pusing seluruh tempat cari plate kete saya, then dia kata ' Memang takde ler Puan. Kita jangan berenti dulu, kita cuba level atas pulak..'
Saya dah takde mood, plus takut plus risau plus sedih...
Tapi naik jugak ler sebab Pakcik guard tu suruh naik..

Sampai parking lot level 8, yang naik motor tu berpusing seluruh tempat..
Pusing punya pusing then dia kemudiannya datang kat tempat saya berdiri..


Taraaaaa.....
Hehe... rupanya kete saya ada kat tingkat 8.. hahaha... Malunya saya..
Pakcik Guard tu kata kata saya, 'Tak per Puan. Sebab Puan bukan orang pertama kat sini yang tak ingat parking kete kat mana.. Ramai dah puan..'

Adoiiiiiiiiiiiii malunyer...hihi...