Thursday, November 12, 2009

Programs

Harian...

Sabtu 7 Nov 09- Aisyah dan Abah duduk di rumah. Saya perlu ke Malaysia Hall meeting VMPGA jam 11 pagi dan sambung Program Coffee Table Discussion sampai lah jam 5pm. Hari ni mesyuarat khusus untuk buat Family Day dan BBQ JV antara VMPGA dan Kampung-kampung yang ada di Melbourne yang mewakili Postgrad students. Kertas kerja dah dihantar pada Ustaz Zuhir Pegawai Attache' MSD dan kami tengah menunggu kesediaan MSD untuk jadi Penganjur Bersama dan hadir merasmikan program nanti. Insya Allah ia akan diadakan pada 29 Nov ini (hari ketiga selepas Aidil Adha)

Hari ni Hanif dan Rohani presented very well and the discussions were very fruitful, informative and interesting. Balik rumah tumpang Azni dan kawan-kawan Bundoora..Singgah rumah Azah dia buat jamuan makan, lepas tu balik singgah rumah Azni, makan karipap pulak... Sampai rumah sudah letih.. rasa nak tidur jer.. zzzz.. Tapi tak tidur sebab nak makan lagi, lapar.. hehe..

__________

Borang Penilaian Pretasi UiTM

Baru terima borang dari Pendaftar untuk diisi hujung tahun, kena dapatkan tandatangan Supervisor. Sekarang keadaan semakin menggusarkan.. ohhhh... dah nak masuk setahun betul saya di Melbourne ni.. kecutnyer perutku....

Semalam saya emailkan Report Progress on the Proposal pada Supervisor saya.. Nanti kena jumpa dia lagi untuk dapatkan markah untuk Performance Appraisal On Officer Attending Course' ... Mesti buat cepat dan hantar pada Pendaftar sebelum 31 Dec 2009.
Bukan satu saja borang, kena jugak isi dan hantar borang Appraisal untuk MOHE jugak..