Sunday, November 8, 2009

Program

Perjalanan harian..

Setiap hari saya ke pejabat selepas hantar Aisyah sekolah dan balik ke rumah selepas mengambil Aisyah habis kelas. Alhamdulillah.. Abah dah balik sini semalam. Jadi, tugasan mengambil Aisyah dari sekolah dan menghantar ke teakwondo akan berpindah pada Abah mulai esok. Relax ler siket saya... hehe...

Jumaat 6 Nov, study circle diadakan di rumah Mimi. Umi Salwa yang lead dan bawa perbincangan tentang keratan Berita Harian mengenai anak perempuan pensyarah universiti yang diperintahkan oleh Mahkamah Syariah untuk membiayai sara hidup Mak dan Ayah sehingga akhir hayat. Kes yang menyedihkan tentang perhubungan anak beranak yang sepatutnya mesra dan anak menyayangi dan membiayai ibu bapa atas dasar kasih sayang dan willingness bertukar menjadi arahan mahkamah. Suatu nilai penting yang merobek kesucian hubungan antara anak dan ibu bapa. Sangat menyedihkan dan membuka mata kita semua..

Saya teringat pada Ma dan Ayah dan Mak dan Abah di Bangi.. Semoga tidak adalah keturunan kami terjadi sesuatu yang menggerunkan seperti ini. Semoga ALlah menjadikan kami anak-anak yang soleh kepada ibu bapa yang penyayang.. amin.. Dan berterusan lah hendaknya kepada anak-anak terkemudian menjadi generasi soleh membantu dan mentaati ibu bapa dengan suci hati kerana Allah.

Selepas study circle, saya dan Aisyah balik ke rumah. Kita tengok cerita Harry Porter dalam TV. Kemudiannya kami berdua keluar semula ke Airport menjemput Abah yang baru sampai di Melbourne Airport.. Aisyah melompat-lompat kegembiraan melihat Abah balik. Macam-macam hadiah Abah bawa dan banyaknya berkaitan dengan hadiah harijadi Aisyah pada 11-11 nanti..

Saya pun dapat hadiah jugak..
Mesin urut belakang yang kecik comel..
Seronoknya kita orang sebab dapat hadiah...hehe..