Tuesday, November 3, 2009

Poligami..

Poligami lagi...

Malam tadi saya ber skype dengan seorang anak murid saya saya ajar di UiTM hampir 6 tahun lepas. Dia sekarang sedang sibuk menjaga anak lelaki sulong yang sudah boleh berjalan...

Selepas bertanya khabar, dia bertanya; 'Ustazah, how do feel when you reach 40?...'
Saya jawab..'humppp soalan cepumas tu.. I feel like 40 ler.. 40 tu dah berumur ler.. hehe.. but happy and syukur with a happy family yang Allah kasi dan juga kerjaya yang baik yang Allah rezekikan..' Dan dia jawab..'Ye ker... alhamdulillah..Keluarga yang bahagia..'

Dan saya pun jawab..'How about you? Saya pun doakan awak bahagia selalu.. amin'.

Tetiba dia wrote something:
'Ustazah, have you heard about your student XXX?
I said, 'Nope, what happen to her?'
Dia jawab..'Dia dah kawin sebagai isteri kedua..'
Saya jawab, ''Oo ye ker.. dia kawin dengan sapa? Saya kenal tak?'
Dia jawab..'Dia kawin dengan orang terkenal. Kalau Ustazah kenal Kapten Hafiz Firdaus yang menulis banyak kitab, pilot tu..'

'Ooooo... Yes I know him but not having any personal connection... Tapi saya kenal lah dia.. kenal cam cam tu ler.yang jadi columnist majalah karangkraf tu.. I know him kat Shah Alam...'

Saya tanya , 'How's her life? Isterinya ok ke?' Dia jawab, 'What do you mean by ok?.'

'Saya harap dia pandai bawak diri. Kalau dia pandai bawak diri, insya Allah ok semuanya kot..'

Sebagai human, kita boleh tengok dari tiga perspektif sebenarnya:
1-Dari kaca mata lelaki yang ingin berkahwin
2-Dari kaca mata wanita yang menjadi isteri awalan
3-Dari kaca mata wanita yang menjadi isteri akhiran

Undang-undang kita tak yah citelah dulu..

Sedikit dari saya yang cuba melihat dari semua perspektif..

Suami selalunya kata dia ada sebab nak kawin lain tanpa menghilangkan rasa kasih pada isteri pertama. Mungkin alasan diberikan nak anak lagi, nak cari yang serasi, first love, kesunyian, rumah tangga tak berseri seperti mula-mula kawin yang dimuliai, disayangi, dipujai- makan ditunggu, sentiasa duduk bersembang dan bermesra dll. Dan ada yang kata dari azali memang dah pasang niat nak berpoligami..

Isteri awalan akan rasa sedih, tercabar, tak sangka, kehilangan seperti dibuang oleh suami. Dengan anak ramai, a anak kecik, macamana nak layan suami makan, tidur dll seperti awal-awal kawin. Dengan sibuk sama-sama cari duit, masa lapang dah kurang, sepatutnya suami faham..Masa susah bersama mencari kehidupan, masa senang cari isteri baru..

Isteri akhiran akan rasa ini first time kawin, penuh rasa cinta, semuanya baru, bukan nak rampas suami orang tapi nak kasih sayang, tak pernah terfikir nak ambik suami orang, hanya nak share, beruntung dapat suami soleh, suami penyayang, ada tempat menumpang kasih dan mencintai dan dicintai.. Isteri pertama patut paham..

Macam-macam...

Namun ada yang berjaya.. contohnya salah seorang dari kawan baik saya... Dia dan isteri kedua adalah sahabat baik, dia yang minta suaminya kahwin dengan sahabat baiknya. Mereka tinggal serumah, hanya berlainan bilik. Anak isteri pertama isteri kedua susukan dan sebaliknya. Isteri kedua beritahu saya, bahawa dia akan selalu menghormati isteri pertama yang memberinya ruang mengasihi dan dikasihi. Dia akan duduk seat belakang setiap kali semua keluar bersama dan dia akan meraikan isteri pertama setiap kali ke mana-mana. Isteri pertama juga nampak sangat sayang pada yang kedua. Suami juga khabarnya tidak menunjukkan sayang berlebihan pada satu sehingga yang lagi satu rasa tersisih.. Saya memang kagum, terpegun melihat mereka seumpama isi dengan kuku.. Kemana-mana bersama. Saling memberi dan menerima..

Ada ramai tak macam tu? Entahlah..


Poligami... isu kecil.. isu besar... isu berkait.. isu bersilang... isu mudah.. isu rumit... isu pening.. isu seronok.. isu anak.. isu isteri... isu hati.. isu jiwa.. isu macam-macam...

Wallahua'lam...
Dari kaca mata mana kita nak lihat yer? terserah......