Friday, November 6, 2009

Nak Kawin...

Bersanding...

Minggu lepas, saya terima satu email dari student saya.. Anak-anak murid saya di UiTM semuanya saya sayang.. sangat meraikan saya termasuklah students yang ambik Islamic banking, pelajar lepasan Ijazah undang-undang Diploma Kehakiman Shariah di UiTM yang saya ajar sebelum saya datang sini..

Kisahnya pasal bersanding.
Adat bersanding memang sebati dengan mak-mak dan ayah-ayah orang Melayu. Sehingga datangnya kata-kata 'Biar mati anak jangan mati adat.' Adat bersanding seolah-olah jadi maruah keluarga. kalau anak dara tak bersanding dan tak duduk atas pelamin seolah-olah keluarga akan malu, macamlah ada benda tak kena pada anaknya sebab tu tak bersanding. Memang ramai kawan-kawan saya yang mengalami masalah yang sama. Mak Ayah bagi warning: 'Kena bersanding. Fullstop! '

Seingat saya dulu, ada anak-anak yang mula ikut pengajian agama, dan memilih berkahwin secara sederhana, tak mahu bersanding samapi ada yang bergaduh-gaduh dengan mak Ayah. Ada yang kata, neneknya siap kata, 'kalau kau tak bersanding, nanti nenek mati mata tak tutup sebab hajat tak habis..' Kenapa ada pegang nanti terkilan, malu, maruah tercabar kalau anak kawin tak bersanding.. semua tu pegangan yang salah dalam pandangan Islam.

Nabi suruh kahwin untuk jauhkan dari zina. Sunat menjamu orang makan untuk menzahirkan keseronokan dan maklumkan pada masyarakat bahawa anakku ini sudah berpunya.. jika ke mana-mana bersama, mereka adalah pasangan yang halal.. Nabi tak pernah ajar suruh tayangkan pengantin, berpakaian mendedah aurat, duduk atas pelamin, hilang waktu solat dan ditambah dengan macam-macam adat tak tentu hujung pangkal seperti menepung tawar, renjis renjisan dll..

Pada saya, berbincanglah dengan baik, jangan sampai bergaduh, angkat suara dan 'berperang' dengan Mak Ayah kerana mereka belum sampai kefahaman tentang kejituan Islam. Sampaikan dengan hikmah.. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan.
---------

Ini adalah email salah seorang students saya yang ingin berkahwin tidak lama lagi dan mengirim email kepada saya berbunyi:
[emailnya adalah dalam bahasa sms... sangat susah nak baca kalau anda bukan seorang pakar sms..hehe...] Untuk menyelamatkan susah baca, saya lengkapkan tulisannya siket.


assalamualaikum...
ustzh..
pe kabo??bestnyee da kat oversea kan...hehehe
ustzh,saya de masalah cket la..nk tnye pndapat ustzh...insyaAllah sy akan walimah pd thn depan..tp mslh nye kat cni mak sy nak ade pelamin...bergambar n bersanding...tapi tunang sy xnk..sbb die kt xleh...sy de ckp kat mak ckit2 hukum bersanding 2..die paham tapi tetap nk ade plamin n amik gambar. Sy x kisah, tp tnang sy x stuju.s bb mak nk wat adat menyambut pengantin lelaki...alaa yg pengantin pmpuan kene klua tuk sambut pengantin laki...sy xtau nk wat cmne...nant tsalah cakap due2 mrajuk..hati ibu cpat trase...cmne ni ustzh...????
__________

Ini pula jawapan saya untuk beliau...

W'salam..
Tahniah dah nak kawin dah awak no.. Ambik jalan tengah la kalau macam tu. Bincg dengan Mak, buat sanding dalam bilik tidur dengan keluarga dan ambik gambar. Masa hari kawin, awak boleh keluar dgn pakaian cantik sambut suami dan berjalan keliling bertemu tetamu. Takpe yang tu. Pengantin keluar meraikan org takde masalah, bukan kena duduk dalam bilik saja. Yang tak bolehnya duduk atas pelamin dan tayangkan pada semua orang, berjam2 tak bergerak, dan tak solat nanti..

Ambik jalan tengah yer..Tarik rambut dalam tepung.. insya ALlah disamping jangan terlalu keras, berlembut sedikit tapi ada prinsip.. Buatlah macam tu ..
Bagitau Tunang inilah nasihat Ustazah..

Bye
Ustzh Hdy


Untuk Penanya
Selamat Pengantin Baru yer...
Semoga Berbahagia dan bersama di dunia dan juga di akhirat..