Thursday, November 5, 2009

MAZA

MAZA... Mantan Mufti Perlis Mohd Asri Zainal Abidin

Tak dapat saya tolak, MAZA sebenarnya ada ramai peminat di Malaysia. Columnnya di Mingguan Malaysia memang ditunggu dan dibaca ribuan orang. Websitenya juga dikunjungi jutaan orang. Kalau dinilai, walaupun dia masih muda belum pun sampai 40 tahun, dia sudah berada di arus perdana, mempunyai pengikutnya tersendiri. Saya juga setuju bila ramai mengatakan mukanya ada karisma, nampak bersemangat, tegas dan berpendirian. Memang saya tidak boleh nafikan.

Tapi dia juga mempunyai ramai orang yang tidak bersependapat dengannya. Yang tidak bersetuju dengan pendekatan dan pendiriannya sangat ramai. Yang tidak seronok melihat pendekatan (approach) yang digunakan dalam ceramah dan tulisannya sangat ramai.. Saya salah seorang dari mereka yang selalu berbeza pendapat dengan apa yang dia hurai dan tulis di akhbar.

Saya pernah berbincang dengan gurunya semasa dia sekolah menengah dulu (kebetulan saya kenal orangnya), kawan-kawan beliau masa belajar di USM dulu, ramai yang mengatakan MAZA sudah terlajak jauh seolah-olah merasakan dia sahaja betul, pendekatan dan dakwah orang lain semuanya salah.... Wallahua'lam.

Saya secara peribadi tidak dapat menerima pendekatannya tetapi saya tidaklah membenci beliau.

Namun keadaan sekarang di Malaysia di mana MAZA ditahan kerana berceramah tanpa tauliah, pastu saling berperang akhbar antara ilmuan-ilmuan Islam sangat menggerunkan saya. Ia boleh menyebabkan pengikut2 MAZA bangun 'memberontak' dan orang yang tak tahu cerita akan turut tertarik sama.

Saya ingat masa dalam kelas di Darus Syifa' dulu (before saya datang sini), Ustz Harun Din pernah dalam kuliah pengajarannya tertiba menyebut pasal MAZA. Rupanya MAZA ada said something dalam ceramahnya (yang sampai pula ke telinga Ustaz Harun Din) yang 'memburukkan' pasal perubatan Ustaz Harun mengenai Selawat Sifa'. Ustaz Harun menghuraikan panjang lebar dengan hati yang 'sedih; katanya kenapa orang yang tak beramal dengan perubatan Islam cuba memburukkan sesuatu yang bukan bidangnya.. Panjang sangat huraian Ustaz Harun mengenai isu Selawat Syifa' dan rasa regret yang amat sangat Ustaz Harun pada cara MAZA lakukan....

Saya pernah jumpa pengikut MAZA yang sangat taksub pada kekuatan peribadi MAZA, semua yang MAZA cakap adalah benar segala. Dan saya juga pernah jumpa yang tak suka sangat-sangat pada MAZA.. contrast!..

Bagi pihak pengikut, duduk tengah-tengahlah yang paling baik. Jangan taksub keterlaluan, nanti ketaksuban akan membutakan mata dan memekakkan telinga. Jangan pula benci keterlaluan, kerana ada banyak yang baik walaupun banyak yang kita tak setuju. Saya sangat bimbang suasana seperti ABUYA ARQAM dulu mucul kembali. Ketaksubab pengikut menjadikan pengikut berbuat keterlaluan menunjukkan sokongan membuat tuli dan ketaksuban pengikut boleh pula menyebabkan diri yang disanjung terhanyut dengan riya, takjub dan bangga diri tanpa sedar.

Semoga ALlah menyelamatkan kita semua... amin