Sunday, November 29, 2009

Majlis

Alhamudulillah..

Cuaca hari ini kurang ceria sebab hujan di paginya dan mendung saja, tengaharinya pun hujan lebat sangat.Tapi Alhamdulillah ia berjaya dijalankan. Majlis Kerjasama dengan KgVIc, Bundoora, Clayon/Dandy dll selesai.. amin.



JV ini sebenarnya banyak dari kalangan kgVic. Mereka mempunyai daging korban, pakar memasak, alatan memasak dan penyediaan makanan serta ahli-ahli qaryah yang baik dan suka membantu. Sebahagian besar penduduknya adalah Postgrad yang belajar di universiti berbeza. Mereka sangat rapat sesama mereka dan menjalankan banyak program sosial untuk pembangunan penduduk di sana. Korban yang mereka kendalikan mencecah 40 ekor kambing. Subhanallah.. Secara jujur, saya memang takjub melihat kesungguhan dan kekuatan ukhuwwah dan kebaikan mereka semua dan saya bersyukur mereka ingin bekerjsama dengan VMPGA.

Usaha mendapat sedikit budget dari MSD berjaya. Selepas berunding dan berbincang dan mendapat fund dari MSD, akhirnya VMPGA mengeluarkan sedikit belanja sebagai sumbangan menambah keperluan membeli barang-barang asas penyediaan majlis. VMPGA menyumbangkan AUD600 untuk KgVic, AUD100 untuk Bundoora, AUD50 untuk Dandy Clayton dan AUD100 untuk hadiah telematch dan jajan anak-anak.


Alhamdulillah tadi selesai sudah..Semoga ia berjaya memberi sedikit kebaikan kepada semua.
Menjayakan program bersama bukanlah sesuatu yang senang.. Secara tulusnya, ia sangat sukar kerana banyak hati yang kecik hati jika tersilap langkah. Saya harap jika ada tersilap di sebelah saya dalam menuturkan dan memutuskan sesuatu, saya harap dimaafi.

Apa yang buruk kesilapan saya sebagai Pemimpin VMPGA dan yang baik dari Allah segala..
Terima kasih atas segala sumbangan semua. Hanya ALlah pemberi balasan yang baik.

Kisah lanjut akan diceritakan kemudian..