Tuesday, November 17, 2009

Kenduri Kesyukuran & Birthday Aisyah

Terima kasih..

Alhamdulillah hajat kami selesai sudah.. ingin meraikan kesyukuran bersama kawan-kawan di atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Begitu juga meraikan birthday Aisyah ke 8.
Majlis ini tuan rumahnya adalah kami dan juga keluarga Zura dan Rizal. Dengan bantuan kawan-kawan, Alhamdulillah ia berjaya direalisasikan.

Ramai yang membantu..
Ada yang tolong masak..
Ada yang tolong hidang..
Ada yang tolong potong buah..
Ada yang tolong run the telematch..
Ada yang tolong potong dan basuh lamb dan chicken wings..
Ada yang tolong marinate dan bakar separuh kat rumah..
Ada yang tolong jaga BBQ, bakar dan hidang..
Ada yang tolong kemas bila dah selesai..
Yang yang penting ada ramai yang datang sama-sama meraikan majlis kami..

Terima kasih pada semua..
Semoga Allah memberi ganjaran yang baik..

Aisyah masa ni nak tiup lilin dan Umi potong dan kasi semua kanak-kanak makan... boleh tengok video di blog Aisyah..

Aisyah sangat gembira kerana guru kelasnya Miss Japp datang, Sazia dan Aina serta Jannah sama kelas Aisyah..

Makanan kat bawah bumbung... Ada nasi lemak, mee goreng, roti jala, kek, buah, agar-agar, air, BBQ lamb dan chicken...

Sedap pulak kaum ayah-ayah pergi berehat kat bawah pokok.. anak-anak ada telematch kat tepi tu..

Telematch.. Kanak-kanak sangat gembira saya tengok... Aisyah mulanya pakai baju princess, habis potong kek, telematch nak mula, terus dia buka baju princess dan pakai baju ni... hehe..

Kak Ram, Zura dan kawan-kawan...


Sebahagian tetamu.. Keseluruhan tetamu dianggarkan dalam 250 rasanya.. budak-budak 90 orang sebab jajan dibuat 100, semuanya habis...


Kawan-kawan yang menolong membakar BBQ..


Telematch anak-anak... terima kasih pada team telematch yer..power betul!

Ramai-ramai bergambar depan makanan..


Sapa ni?? Inilah sebahagian dari orang kuat yang hadir ke rumah kami, sama-sama potong ayam dan marinate ayam dan lamb..Ada lagi sebenarnya dalam rumah tengah tolong...Cik Din & Din Hogan... awat tunjuk pisau tu.. marah ka? hehe....

Panasnya bakar... terpaksa cari payung..

Anak Umi.. merenung masa depan..napa nampak sedih jer Aisyah?


Ni adalah permulaan majlis.. Abah said a word then panggil ustaz Nushi baca doa..

Terima kasih sekali lagi pada semua yang bersama-sama menjayakan majlis kesyukuran dua keluarga iaitu keluarga :

Hj Fairuz, Hidayah dan Aisyah & En Rizal, Zura, Reza dan Alissa..

Alhamdulillah..