Saturday, November 28, 2009

Gathering

JV

Kami di VMPGA berusaha menjadi koordinator menggabungkan pelajar postgrad yang ada di seluruh Victoria melalui kaedah JV antara VMPGA dan komuniti pelajar-pelajar di sini. Antaranya yang paling banyak proportion JV adalah KgVIc, kemudian Bundoora, Dandeenong Clayton dan lain-lain. Kami menjemput semua postgrad, pasangan, anak-anak untuk hadir esok bersama-sama memeriahkan gathering bersempena hari raya haji.

Saya suka dengan barisan committee vmpga. Semuanya baik2 dan bersemangat. Vice President saya adalah Khairul Azami anak Prof Sidek Baba. Dia ni pun sangat bersemangat waja. Begitu jga SU iaiatu Layle, Filah sebagai Bendahari, Adli yang muda belia sebagai Exco Akademik. Semuanya sangat baik dan saya rasa serasi dengan mereka.

Insya ALlah dengan izin Allah, dimudahkan urusan kami VMPGA membuat JV bersama semua kampung-kampung. Daging korban sebenarnya datang dari KgVic, mereka membuat jadual kerja gotong royong memasak lembu beriani, nasi beriani, BBQ lamb, acar dan air minum. Desabundoora pula menyiapkan ayam masak merah, salad, karipap dan popia. Dandy Clayton menyediakan kek dan agar2..
________________
Saya menulis seperti berikut di web dan yahoogroup vmpg:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kepada semua warga VMPGA, pasangan dan ahli keluarga yang dihormati,

Sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini, insya Allah akan diadakan satu majlis pertemuan buat semua pelajar postgraduate, pasangan dan ahli keluarga di Victoria. Majlis ini dinamakan “Program Hari Keluarga Kali Pertama Pelajar Pascasiswazah dan Keluarga Seluruh Victoria Bersempena Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijrah anjuran bersama VMPGA, Komuniti Pascasiswazah Seluruh Victoria dengan kerjasama MSD Australia.

Antara objektif majlis ini adalah untuk mempertemukan, memanjangkan silaturrahim di samping membina jaringan professional di antara seramai mungkin pelajar postgrad, pasangan dan keluarga di seluruh Victoria bersempena dengan meraikan Hari Raya Aidil Adha bersama-sama. Majlis ini mendapat sokongan penuh dari MSDA dan dijangka beberapa pegawai MSDA akan turut hadir memeriahkan majlis nanti di samping bertemu dengan kita semua.

Program ini terbuka kepada semua postgrad, pasangan dan keluarga– muslim/nonmuslim, berkeluarga/ belum, ahli VMPGA /belum menjadi ahli- yang belajar/menjalani latihan amali lepasan ijazah di seluruh Victoria .

Oleh yang sedemikian, adalah dijemput dan diharapkan SEMUA AHLI VMPGA, ahli yahoogroup VMPG, pelajar-pelajar postgrad di lokaliti seluruh Victoria agar dapat sama-sama hadir memeriahkan majlis tersebut. Diharapkan juga jika dapat dipanjangkan maklumat ini kepada semua postgrad yang tidak subscribe yahoogroup ini agar mereka turut serta dapat hadir memeriahkan majlis nanti.


Berikut ialah butiran lanjut program ini:
Tarikh: 29 Nov 2009(Ahad)
Tempat: Jack Roper Reserve Park , Broadmeadow (Melway Pg7 B10)
Masa: 9.00 pagi – 2 petang
Tema: Pakaian Malaysia

* Tiada bayaran dikenakan

Semoga kehadiran tuan puan akan memeriahkan majlis nanti.
Maklumat lanjut nanti akan dimaklumkan secara berkala melalui website vmpga dan yahooroup selepas ini. Jika terdapat apa-apa persoalan, sila hubungi salah seorang dari nama-nama di bawah. Sekian. Terima kasih.


Puan Hidayah- (VMPGA), Khairul Azami (VMPGA), Umar Hayyat (VMPGA), Ustaz Nushi Mahfodz (KgVic), Rasul (KgVic), Salehuddin (Din Hogan) (DesaBundoora) , Hanif (Clayton), Ropidi(Dandy)

________________
Esok adalah hari bersejarah..
Perhimpunan terbesar seramai mungkin pelajar Masters and PhD dari malaysia yang berada di Victoria, Australia. Majlis akan diadakan di Jack Ropper Reserve Park, Boroadmeadow.

Saya sangat teruja menunggu hari esok...