Monday, November 30, 2009

Perhimpunan

Teruja.. 29 Nov 2009

Saya memang seronok dengan perhimpunan ini. Semoga ia mencapai matlamat menemukan seramai mungkin, mengeratkan hubungan di samping mewar-warkan kewujudan dan meminta rakan2 menjadi ahli berdaftar VMPGA.

Kronologi..

Pagi jam 7 pagi. kami keluar rumah, sampai ke Park jam 7.30 pagi.. Beberapa orang telah ada mem'booking' dan samak plate BBQ.

Antara orang terawal sampai tengah kemaskan meja, sapu dan letak alas meja.. Antaranya Lan, Jalil, Azami, saya, Abah, Din Hogan dll bersama-sama membantu..


Orang pertama sampai.. Shahril jam 6.30 pagi dah datang.. Takjub sungguh saya dengan kesungguhan mereka.. Lepas samak, panaskan plate dan start BBQ - Shahril, Nasrul dan Fakhrul sedang bekerja..


Kumpulan pertama 'test' masak ke BBQ dalam 8 pagi.. Wadi, Aleh, Jai, Din Hogan dan Azami.. 'Dah masak ni.. sedapnya..'


Meja pendaftaran.. sign nama yer, dapat sticker nama dan ada yang bersemangat mengisi borang VMPGA.. Ramai yang bertugas bergiliran menjaga kaunter.. Masa ni, Adili dan Layle jadi AJK mengawal selia urusan ini.. Hari ini dalam 30 orang mendaftar sebagai ahli.. ALhamdulillah..


Plan awal majlis akan bermula dalam 9 pagi. Saya dapat call dari Kak Laily Dandy kata ada masalah kereta rosak dan rombongan mereka akan sampai agak lambat. Saya juga dapat SMS kata ada masalah teknikal - blackout masa masak nasi di rumah Rasul, jadi dijangka nasi beriani serta lauk akan sampai dalam jam 10.40. Rasul Penghulu KgVic juga akan sampai dalam jam 11 pagi. Saya sempat berbincang dengan Ustaz Nushi, Azami dan juga dengan Rasul melalui phone .. plannya ucapan saya diikuti oleh ucapan Rasul dan wakil Kampung2 lain tapi sebab diluar sangkaan, akhirnya kami decide mulakan majlis dulu. Saya berucap dulu sepatah kata dan jemput makan apa yang ada dan sesi ucapan kedua akan dibuat kemudian untuk ucapan wakil komuniti ..

Rombongan dari Dandy Clayton datang dengan pakaian tema Malaysia.. cun sungguh! Baju Melayu, samping, baju kurung dan ada yang tak bawak jaket.. terpaksalah tahan sejuk..
Melihat ramai yang datang sungguh menggembirakan saya...



Azami jadi MC, panggil saya to say a word.. Saya ucap terima kasih atas kerjasama kampung2 bersama menganjurkan, ucap terima kasih atas kehadiran, sebut tujuan majlis diadakan serta penerangan ringkas tentang VMPGA serta apa yang sedang difight untuk kebajikan pelajar, pasangan dan anak-anak.. Lepas tu Azami call Ustaz Khairul baca doa..


Umar dan adik-adik Undergrad sedang menyusun budak-budak nak main telematch.. Ini semua lepas makan dan semua dah kenyang dan ready nak main. Alhamdulillah masa ni cuaca dah mula panas..

Yeahh bawak bola dalam sudu... Cepat dik.....



Lawan dik...


Aisyah, Iman, Hanna, Umairah dan Aiman.. dapat hadiah main telematch.. Yea....

Duduk-duduk sambil makan dan melebarkan networking... jumpa kawan baru..



Saya bersama orang kuat Penghulu kgVic En Rasul, lecturer Engin UiTM Shah Alam dan Abah di sebelahnya..


Lepas tu turn ayan-ayah pulak main telematch. Seronok melihat ayah-ayah lari bersungguh-sungguh membawa sponge berisi air sambil ketawa.. berlari ke tempat botol dan perah sponge tersebut. Ada yang kelakar dan masing-masing ketawa riang..



Ayah-ayah sedang main dengan semangat waja.. Kelihatan Hanif, Pak Tam, Jai dan ramai lagi bersemangat waja sedang berusaha keras membawa air dan sponge..
Lawan jangan tak lawan.....


Lepas main satu games sponge bubuh air dalam botol.. tetiba hujan lebat turun...terpaksa berenti.. dua games lagi tak sempat nak main.. Subhanallah.. jom lari bawah bumbung..

Mula masuk ke bawah bumbung..


Nasib baik ada yang pandai dan kreatif.. membuat bumbung pasang siap.. Rami yang basah kuyup..

Bila hujan reada, sesi kedua ucapan dimulakan.... Kali ini Azami menjemput semua Ketua Kampung beri ucapan... Dimulakan dengan Hanif wakil Dandeenong Clayton, pastu Din Hogan mewakili DesaBundoora dan kemuncaknya adalah ucapan Rasul sedang berucap.. Alhamdulillah semua berjaya dilaksanakan dan akhirnya bersurai dalam jam 2-2.30 petang. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..

Saya dan keluarga Sham Hogan masih berada di Park sehingga akhir program, melihat Abah, Din Hogan, Azami, Khairul, Amir, Jalil, Man Tebau dan lain-lain team mengangkat periuk belanga ke rumah Din Fawkner untuk acara cuci menyuci ....

Kami meninggalkan Park sebagai orang terakhir pada jam 3 petang menuju ke rumah Din Fawkner.. Di sana sudah ramai menunggu dan acara membasuh, menyental, membilas sedang bermula..Yang tolong ramai jugak, Abah, Jalil, Azami, Jai, Din Hogan, Amir, Mad dan lain-lain yang saya tak berapa kenal... Saya dengan Sham, Kak Sal, Kak Saniah tolong gak.. Tolong lap siket-siket..hehe..

Yang penting bagi saya adalah menzahirkan bahawa kami bersama semua dalam JV ini..



Selain dari sahabat-sahabat KgVic, Bundoora dan lain-lain yang membantu, saya sangat berterima kasih pada Excos VMPGA yang telah sama bersusah payah bersama saya -Azami, Jai, Layle, Adli, Umar dan Ana. FIlah balik Mesia jadi tak dapatlah dia membantu.

Tulusnya, saya sangat teruja melihat kesungguhan semua sahabat-sahabat dan saya seronok dengan hubungan baru ini.. Semoga ALlah memberi pahala yang banyak atas keikhlasan kita dan memberi pahala kepada semua yang sudi terlibat menjayakan majlis ini.. Masa dan tenaga yang diberikan, insya Allah diganti Allah dengan masa yang lebih baik dan dimudahkan semua urusan di kemudian hari.. amin..